Saturday, November 30, 2019

PDRM Kenal Pasti 2 Individu Yang Bawa Abu Mayat Chin Peng, Apakah Tommy Thomas Sekali Lagi Akan Selamatkan Gunakan Kuasa Untuk Tutup Kes?

|0 comments

Tahniah PDRM...

Admin pernah tulis bahawa PDRM adalah antara pasukan elit terbaik dunia (BACA DI SINI)...

Terbukti, hanya beberapa hari viral mengenai berita abu mayat Chin Peng telah berjaya diseludup masuk, Ketua Polis Negara, TS Hamid Badur membuat kenyataan bahawa pihak PDRM telah berjaya mengenal pasti 2 individu yang bertanggungjawab membawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia...

Hamid Bador juga memberitahu, kedua-dua individu tersebut sudah dipanggil oleh pihak PDRM untuk memberikan keterangan...

Tapi, dari pengumuman Hamid Bador, admin dapat mengesan, akan berlaku campurtangan tangan ghaib dalam siasatan PDRM...

Hamid Bador memberitahu, apabila selesai penyiasatan PDRM, maka segala-galanya terserah kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan sama ada terdapat kes atau pun tidak untuk didakwa di mahkamah (BACA DI SINI)...

Apa yang cuba disampaikan oleh Hamid Bador?


Mungkin Hamid Bador ingin memberitahu kita bahawa perjalanan kes menyeludup abu mayat Chin Peng akan berakhir seperti kes penglibatan ahli politik DAP dalam kegiatan pengganas LTTE?


Bukan menjadi rahsia, Tommy Thomas, Peguam Negara sekarang ialah peguam yang mewakili Chin Peng sewaktu beliau memohon untuk balik ke Malaysia...

Portal ini pernah menulis mengenai perkara itu (BACA DI SINI)...


Dan juga bukan menjadi rahsia, DAP dan parti tajaannya PAN, merupakan parti yang kuat memperjuangkan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya...

Maka campurtangan politik dalam kes menyeludup abu mayat Chin Peng ke Malaysia memang sesuatu yang boleh dijangkakan...

DAP Cuba Merasionalkan Isu Penyeludupan Abu Mayat Chin Peng


Satu perkara yang agak pelik ialah sikap membisu DAP dalam kes penyeludupan abu mayat Chin Peng...

Tidak ada pemimpin DAP yang membuat kenyataan mengenai kes tersebut...

Sikap DAP berbeza waktu Chin Peng membuat permohonan untuk balik ke Malaysia...

Bukan saja DAP melakukan perang saraf dengan cuba mengangkat Chin Peng sebagai wira negara, malah DAP menyediakan barisan peguam untuk mewakili Chin Peng dari kalangan pemimpin-pemimpin DAP...

Sebagai pendokong ideologi komunis, sudah semestinya DAP tidak berdiam diri bila kes ini terbongkar...

Namun suara DAP sebenarnya disuarakan oleh pihak-pihak tertentu :

Dr. Mahathir


"Dia (Chin Peng) sudah mati"...

"Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua"...

"Tetapi kita lupakan yang lama"...

"Bukan dia boleh buat apa dah"...

"Cuma abu dia saja yang balik"...

"Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint"...

"Kenapa?"

"Sebab dia Melayu kot"...

Apakah Dr. Mahathir lupa, dalam laman blog beliau, Chedet.cc bertarikh 2 Oktober 2013, pada perenggan yang ke 13, Dr. Mahathir menulis :

'Kerajaan adalah betul TIDAK membenarkan pengkebumian Chin Peng di Malaysia atau membawa abunya pulang' (BACA DI SINI)...

Sebelum menjadi orang suruhan DAP, Dr. Mahathir sangat konsisten dengan sikap menolak apa saja yang berkaitan dengan ideologi Parti Komunis Malaya, tapi kenapa sekarang Dr. Mahathir membuat U-Turn 360°, atau lebih tepat lagi, siapakah yang mengarahkan Dr. Mahathir berbuat demikian?

Apakah kerana nafsu mahu terus kekal menjadi Perdana Menteri telah membuatkan Dr. Mahathir 'melacurkan' maruah pada DAP dan membakul sampahkan perjuangan dan pengorbanan pejuang negara yang menentang kezaliman komunis?

Mantan Ketua Polis Negara, TS Rahim Noor



Disember 1989, Parti Komunis Malaya bersetuju untuk melucutkan senjata dan membuat perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia, Malaysia diwakili oleh TS Rahim Noor yang pada waktu itu adalah Ketua Cawangan Khas...

Sebagai seorang mantan Ketua Polis Negara di zaman komunis masih ada dan sebagai salah seorang wakil dari Kerajjan Malaysia dalam perjanjian damai dengan komunis, kita merasa terkejut bila Rahim Noor mengeluarkan kenyataan mempertahankan menyeludup abu mayat Chin Peng...
Lebih mengejutkan lagi bila Rahim Noor keluarkan kenyataan, "kalau Chin Peng boleh balik, kenapa abunya tak boleh balik?"...



Apakah Rahim Noor lupa, pada 30 April 2009, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan tidak membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia...

Di mana asasnya dakwaan Rahim Noor bahawa Chin Peng telah dibenarkan masuk ke Malaysia dan apakah sebagai seorang yabg terlibat secara langsung dengan perjanjian damai, apakah Rahim Noor tidak tahu perkara ini atau sengaja menyembunyikannya?

Dalam kes penyeludupan abu mayat Chin Peng, DAP tidak mahu menggunakan pemimpin PAN untuk mempertahankan kegiatan menyeludup abu mayat Chin Peng...

Mungkin kerana DAP sedar, suara pemimpin PAN dah tak laku dan ditolak rakyat...


Lalu mereka gunakan Dr. Mahathir, Rahim Noor dan juga Mohamed Arshad Raji, Presiden Patriot...

Bijak DAP mengatur strategi...

Waktu perjanjian damai dengan komunis, Dr. Mahathir, Rahim Noor dan Ardhad Raji adalah adalah pemimpin dalam bidang mereka di zaman komunis...

DAP mahu rakyat berfikir, sedangkan mereka yang dulu hidup dan berjuang menentang komunis boleh berfikiran terbuka atas isu penyeludupan abu mayat Chin Peng, mengapa rakyat mahu rasa marah!!!

Dan ketiga-tiga manusia ini sentiasa bersedia menurut segala perintah DAP, asalkan kepentingan peribadi mereka dipenuhi...

Kes penyeludupan abu mayat Chin Peng PASTI tidak akan dibawa ke mahkamah kerana Tommy Thomas akan lakukan segala-galanya untuk memastikan ianya TIDAK BERLAKU...

Thursday, November 28, 2019

Sempena Abu Chin Peng Di Bawa Balik Ke Malaysia, Bendera Malaysia Berbintang Lima Di Perkenalkan

|0 comments

Setiap tahun, bulan Ogos hingga bulan September, kita menyambut bulan kemerdekaan...

16 September 1969, ialah hari negara Malaysia ditubuhkan...

Dalam perjalanan sejarah negara menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, banyak liku-liku berduri dilalui...

Beratus tahun negara dijajah kuasa asing dan bukan sedikit darah serta airmata anak watan yang tumpah di bumi tercinta ini dalam perjuangan mereka menentang penjajah hingga negara dapat dimerdekakan sepenuhnya...

Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah bangsa penjajah yang pernah menjajah negara...

Walau pun Jepun merupakan antara penjajah yang dikatakan zalim dalam sejarah penjajahan mereke, tetapi keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh komunis lebih memberi kesan kepada rakyat...

Walau pun sejarah mencatitkan komunis ditubuhkan pada tahun 1930 tetapi keganasan dan kezaliman komunis benar-benar dirasakan rakyat bermula pada 13 September 1945 selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Ke II hingga 30 Julai 1960 bila darurat diisytiharkan tamat...

Kemuncak kezaliman komunis selama 14 hari, bermula pada 13 September 1945 hingga 27 September 1945, ketika berlakunya kekosongan pemerintahan di Tanah Melayu sementara menunggu kedatangan British selepas Jepun menyerah kalah...

31 Julai 2018, portal ini pernah mendedahkan mengenai kezaliman dan keganasan komunis di Tanah Melayu (BACA DI SINI)...

Selepas komunis mengisytiharkan meletak senjata, kerajaan Malaysia TIDAK membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia, malah apabila Chin Peng mati, abu mayat beliau juga tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia walau pun ada pihak yang mendesak untuk membawa balik abu mayat Chin Peng (BACA DI SINI)...


Tapi kita dikejutkan bila diberitahu pada 16 September 2019, abu mayat Chin Peng telah berjaya dibawa masuk oleh pihak-pihak tertentu (BACA DI SINI)...

Setahu admin, kerajaan Malaysia masih mengekalkan keputusan TIDAK membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk...


Apa yang lebih mengejutkan bila pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat kenyataan merasa terkejut mendengar berita tersebut (BACA DI SINI)...

Mungkin negara sekali lagi dilanda fenomena terkejut!!!

Biarlah matang bila membuat kenyataan...

PDRM bernaung di bawah KDN, dan skuad elit PDRM adalah antara yang diakui terbaik di dunia, tak mungkin pihak risikan tidak mengetahui mengenai perkara itu...

Mengambil kira kes LTTE, admin tak salahkan pihak PDRM tapi ada kemungkinan besar ada 'tangan ghaib yang menghalalkan' kemasukan abu mayat Chin Peng ke Malaysia, walau pun sudah diberi maklumat yang lengkap oleh pihak PDRM...

Ada pihak yang cuba menganggap isu ini sebagai isu remeh dengan berhujah, kononnya ia hanya abu mayat, tak perlu diperbesarkan...

Benar, ia hanya abu mayat, tetapi kita jangan lupa, pengasas LTTE sudah mati tapi doktrin perjuangan LTTE tetap subur dan telah sampai ke Malaysia dengan hanya memuja gambar beliau...

Kalau hanya gambar boleh menyuburkan perjuangan LTTE, fikirkan apa yang boleh berlaku apabila abu mayat Chin Peng berada di depan mata!!!

Terbongkar Kisah Abu Mayat Chin Peng, Jalur Gemilang Berbucu Lima Pula Di Zahirkan!!!


Kebetulan @ Tak Di Sengajakan, Sangat Di Kesali, Minta Maaf dan lepas tu tutup kes...

Itulah jawapan yang akan diberi oleh pihak-pihak yang biadab ini...

Perbuatan mempamerkan Jalur Gemilang  berbintang lima seakan mencabar kesabaran rakyat Malaysia!!!

Apa juga alasan yang diberikan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), ianya pasti sukar diterima oleh rakyat Malaysia yang cintakan negara...

Mana mungkin dalam majlis rasmi seperti itu, kesilapan yang sebesar itu boleh dilakukan!!!


Malah bukan saja dalam majlis perasmian pertandingan bola keranjang anjuran (MABA), dalam Pertandingan Taekwando Malaysia yang dihadiri oleh pemimpin PKR, Anwar Ibrahim juga memaparkan gambar Jalur Gemilang berbintang lima!!!


Isu ini mendapat perhatian khas dari SPB Raja Permaisuri Agong...

Baginda mengecam pihak yang melakukan kesilapan yang menjijikkan ini (BACA DI SINI)...


Malah dalam satu hantaran di Facebook, seorang pemain bola keranjang negeri Perak, negeri di mana abu mayat Chin Peng telah ditaburkan, telah didapati meletakkan lambang bendera Perak secara terbalik (BACA DI SINI)...


Negara pernah dikejutkan dengan isu menaikkan Jalur Gemilang secara terbalik dan Jalur Gemilang yang diwarnakan hitam ketika bulan menyambut Hari Kemerdekaan, sebelum abu mayat Chin Peng berjaya dibawa masuk (BACA DI SINI)...

Kini selepas terbongkar isu abu mayat Chin Peng telah berjaya dibawa masuk, sekali lagi Jalur Gemilang yang menjadi lambang maruah dan kemegahan negara dipersendakan...

Bintang berbucu lima sangat sinonim dengan lambang parti Komunis Malaya, apakah benar ini satu kesilapan atau ideologi komunis yang di bawa oleh Chin Peng telah meresapi ke dalam jiwa sebahagian pengkhianat yang bersembunyi di sebalik MyKad Malaysia!!!

Wednesday, November 27, 2019

Dr. Mahathir Dan Lim Kit Siang Semakin Terdesak Untuk Menekan Antara Satu Sama Lain

|0 comments

Keputusan PRK Tg. Piai memang memeranjatkan semua pihak, sama ada kerajaan, mahu pun pembangkang sendiri...

Apa yang ramai tak sedari ialah, keputusan PRK Tg. Piai membuatkan baik Dr. Mahathir, mahu pun Lim Kit Siang semakin terdesak untuk mencantas antara satu sama lain...

Dr. Mahathir Tertekan Dengan Desakan Untuk Berundur


Bagi Dr. Mahathir, kekalahan calon PH/PPBM dalam PRK Tg. Piai dengan majoriti 15,068 merupakan satu petanda yang cukup buruk bukan hanya pada PPBM, malah yang lebih merisaukan Dr. Mahathir ialah kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri...

Dr. Mahathir selalu mengulangi ucapan bahawa beliau akan terus menjadi Perdana Menteri selagi rakyat mahu...

Dengan kekalahan yang memalukan bukan sahaja kepada PPBM malah juga kepada Pakatan Harapan, jelas rakyat memberikan referendum menolak kerajaan Pakatan Harapan malah rakyat juga memberi signal menolak kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri...

Apa lagi alasan yang Dr. Mahathir ada untuk terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri...

Dr. Mahathir seperti telah terbelit dengan kenyataan beliau sendiri...

Sebab itu, untuk memastikan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri masih selamat, beliau telah mengarahkan Azmin supaya segera membuat 'head count' sokongan dari Ahli Parlimen pembangkang yang akan berikan sokongan kepada beliau sekiranya sesuatu...


Setiausaha Agong UMNO, TS Annuar Musa menjelaskan, kesemua 17 Ahli Parlimen UMNO yang pergi ke rumah Azmin malam itu sebenarnya telah ditipu dengan jemputan dibuat oleh Azmin kerana kononnya ingin membincangkan tentang projek di kawasan masing-masing...

Hakikatnya, Dr. Mahathir sudah merasakan adanya tekanan untuk beliau bertanggung jawab atas kekalahan PH/PPBM di PRK Tg. Piai dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan segera...

Lim Kit Siang Tertekan Untuk Memaksa Dr. Mahathir Berundur


Seperti yang kita ketahui, 'Superman Hew' dan Nga Kor Meng dari DAP, selalu memberitahu masyarakat Cina dalam kempen PRU 14, bahawa tujuan DAP menerima Dr. Mahathir adalah untuk menggunakan beliau untuk mendapatkan undi dari masyarakat Melayu...


Tawaran yang DAP berikan kepada Dr. Mahathir ialah, beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri tapi cuma dalam tempoh hanya 2 tahun dan selepas dari tempoh itu, Dr. Mahathir mesti menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim selepas beliau dibebaskan dan diberikan pengampunan sepenuhnya oleh SPB YDP Agong...

DAP semakin tersepit untuk mengekalkan keyakinan masyarakat Cina pada mereka bila dilihat Dr. Mahathir sering berdolak dalih mengenai tempoh peralihan kuasa...

Kemarahan masyarakat Cina kepada DAP semakin memuncak bila sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan, keadaan ekonomi semskin teruk dan menjejaskan perniagaan mereka...

Untuk memulihkan kepercayaan masyarakat Cina, DAP mesti mendesak Dr. Mahathir supaya meletak jawatan dengan segera, supaya dapat membuktikan bahawa DAP berupaya menunaikan janji yang mereka buat kepada masyarakat Cina sewaktu kempen PRU 14...

Semakin lama Dr. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, maka semakin sukar DAP mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat Cina...

Gagal mendesak Dr. Mahathir meletak jawatan, maka DAP akan menemui jalan mati dalam pentas politik tanah air...

Bijaknya DAP, mereka tidak menggunakan pemimpin-pemimpin utama mereka untuk melakukan desakan secara terbuka...

Anwar Ibrahim Ibarat Orang Lemas Di Berikan Pelampung


Melalui Anwar Ibrahim dan PKR, DAP mengenakan tekanan berterusan kepada Dr. Mahathir....

Bagi Anwar Ibrahim pula, ibarat mendapat tonik baru, semakin lantang dan terbuka mendesak supaya peralihan kuasa dilakukan segera...

Kepercayaan dan kesabaran Anwar kepada Dr. Mahathir semakin tercabar, bila dilihat Dr. Mahathir berjaya merobek dan pecah belahkan parti PKR hingga terjadinya konflik kepimpinan yang semakin meruncing dalam PKR...

Kekalahan PH/PPBM di PRK Tg. Piai membuka peluang dan ruang kepada Anwar untuk terus memberikan tekanan kepada Dr. Mahathir supaya cita-cita menjadi Perdana Menteri tercapai...

Tapi Anwar masih tidak berani untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadap Dr. Mahathir kerana baik di pihak Dr. Mahathir atau pun di pihak Anwar/DAP, masih lagi tidak mempunyai jumlah sokongan ahli parlimen yang mencukupi di dalam Dewan Rakyat (BACA DI SINI)...

Kepada parti yang berkerjasama dalam Muafakat Nasional, kita adalah 'king maker' dalam permainan antara Dr. Mahathir vs DAP/Anwar Ibrahim...

Untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurkan oleh DAP, kita boleh berikan sokongan supaya Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal...


Tapi untuk kita berkerjasama dengan PPBM supaya menubuhkan kerajaan dari pintu belakang, kita MESTI tolak kerana kita ada maruah perjuangan kita sendiri dan seorang pejuang TIDAK sekali-kali akan masuk melalui pintu belakang, kerana yang masuk dari pintu belakang bukan pejuang tetapi pengkhianat!!!

Tuesday, November 26, 2019

Rakyat Melaka Tak Faham, Apa Yang Norhizam Banggakan Sangat Mengenai Isu Tembak Babi Hutan!!!

|0 comments

Apa yang dapat admin kata ialah amat memalukan, malah sangat-sangat memalukan...

Isu yang dibangkitkan ialah menembak babi hutan...

Tuduhan yang diberikan ialah, babi hutan itu asalnya dari Indonesia dan berenang merentasi Selat Melaka untuk bermigrasi ke Melaka serta merosakkan tanaman dan mengancam kehidupan rakyat Melaka...

Yang ingin dibuktikan ialah 'beliau' telah menjalankan tugas 'beliau' dengan cemerlang dan 'beliau' tidak seperti Exco kerajaan Barisan Nasional dahulu...


Fakta yang dikemukakan ialah bilangan yang 'beliau' berjaya tembak dan gambar-gambar selfie 'beliau' dengan babi-babi tersebut...

'Beliau' merasa sangat bangga dengan 'prestasi cemerlang beliau' tanpa mengambil peduli, rakyat melihatnya sebagai gimik murahan dari seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka yang berstatus Datuk!!!

YB Datuk Norhizam...

Apakah tak terfikir, apabila membuat sidang media atau pun temuramah secara live di sosial media, 'beliau' bercakap atas kapasiti seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka atau pun bercakap mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan bukannya atas kapasiti 'beliau' sebagai Norhizam bekas 'van driver'...

Kenyataan 'beliau' mengenai babi hutan yang datangnya dari negara jiran, pasti akan menimbulkan perasaan kurang senang pemimpin dan rakyat dari negara jiran...

Walau pun tiada bantahan rasmi yang dikeluarkan oleh negara jiran namun di mana skil diplomasi antarabangsa pemimpin DAP ini?

Datuk YB Norhizam...


Exco Kerajaan Negeri adalah ibarat menteri dalam kabinet Malaysia...

Kemonlah, ini abad ke 21...

Omputeh cakap, 'work smart not work hard'...

Apa gunanya Pegawai Perhilitan yang kita ada?

Apakah 'beliau' mempunyai lesen senjata api untuk sama-sama menembak babi hutan?

Datuk YB Norhizam...

Apakah petani-petani, peladang-peladang di negeri Melaka tidak mempunyai masaalah yang lebih mendesak selain dari masaalah babi hutan?


Seperti yang 'beliau' katakan, pada tahun 2019, hingga bulan November 'beliau' telah berjaya menembak sebanyak 479 ekor babi hutan...

Ini bermakna, purata hanya 45 ekor babi hutan telah ditembak setiap bulan...

Apakah 45 ekor babi hutan ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap hasil pertanian petani dan peladang di negeri Melaka hingga perlu mendapat perhatian khas di dalam DUN Negeri Melaka...

Sidang DUN adalah tempat untuk Kerajaan Negeri Melaka membuat dasar-dasar untuk negeri Melaka...

Kehidupan petani makin terhimpit dengan harga komoditi dan kos ekonomi yang semakin hari semakin meningkat...

Sudah hampir 2 tahun Norhizam menjadi Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Melaka...

Apakah ada dasar yang telah beliau buat untuk membantu memajukan industri pertanian negeri Melaka?


Jika tidak ada, maka layaklah beliau digelar oleh Speaker DUN Melaka sebagai Juara Tembak Babi dan mungkin Ketua Menteri Melaka perlu mewujudkan satu lagi potfolio iaitu Potfolio Babi Hutan dan 'beliau' boleh dilantik sebagai Exco Babi Hutan Seumur Hidup, tak kira apa pun parti yabg memerintah negeri Melaka!!!

Monday, November 25, 2019

Geng Kartel Akan Boikot Konvensyen Nasional PKR Pada Disember Ini

|0 comments

Krisis dalaman PKR semakin membarah...

Dr. Mahathir sekali lagi berjaya membuktikan  tiada manusia dalam Malaysia yang ada 'skill' memecah belah selain dari dirinya...


Segala-galanya bermula bila Dr. Mahathir dengan sengaja melantik Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), pada waktu itu adalah Menteri Besar Selangor sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

Alasan Dr. Mahathir ialah prestasi Azmin yang baik sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor...

Hakikatnya, ramai yang berpendapat, tiada apa-apa keistimewaan luarbiasa pada Azmin sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor...


Malah, sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor, Azmin terpalit dengan beberapa skandal, seperti krisis air di Selangor (BACA DI SINI), krisis tanah Ijok (BACA DI SINI) dan krisis pasir di Ampang, Selangor (BACA DI SINI)...

Melihat perkembangan ini (perlantikan Azmin dalam kabinet), kita dah menjangkakan, ini adalah permainan pecah belah politik Dr. Mahathir...

Kemelut dalaman PKR menjadi semakin tegang, bila berlakunya perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Azmin dan Rafizi dalam Konvensyen Nasional PKR dan keadaan menjadi lebih meruncing bila Anwar melantik Rafizi seadgai Naib Presiden selepas tewas du tangan Azmin (BACA DI SINI)...


Peluang Anwar menyerang Azmin tiba bila Azmin kantoi dalam kes Semburit (BACA DI SINI)...

Bermula dari kes Semburit yang dikaitkan dengan Azmin hingga ke isu Azmin berjumpa dengan 22 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BACA DI SINI), kem Anwar mula menyerang Azmin secara terang-terangan

Dan terkini, nama Azmin digugurkan dari merasmikan Konvensyen Angkatan Muda Keadilan (AMK)...


Walau pun secara tradisinya, Timbalan Presiden PKR yang akan merasmiman konvensyen sayap parti, namun Anwar mengambil kesempatan untuk mengukuhkan pengaruhnya dalam PKR dengan mendesak supaya Wan Azizah merasmikan konvensyen tersebut (BACA DI SINI)...

Terbaru, Geng Kartel Azmin dikatakan akan memboikot Konvensyen Nasional PKR yang akan diadakan di Melaka pada 5 hingga 7 Disember yang akan datang (BACA DI SINI)...

Admin bukan penyokong PKR...

Seram bulu roma nak bersekongkol denga  parti luar tabiee nie...🤭🤭🤭

Apa yang admin ingin katakan, sebenarnya Azmin dan Anwar hanyalah 'puppet' Dr. Mahathir dalam menjayakan misi beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke akhir penggal dan selepas itu, parlimen akan dibubarkan...

Dr. Mahathir tahu, satu-satunya parti yang mampu mencabar kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri ialah PKR...

Mustahil pemimpin DAP akan dilantik sebagai Perdana Menteri, pasti orang Melayu akan memberontak dan orang Melayu adalah penduduk majoriti di Malaysia...

Jadi kekuatan PKR mesti dipecahbelahkan supaya PKR menjadi lemah dan tidak mampu menggugat kedudukan Dr. Mahathir...

Setakat ini, Dr. Mahathir telah berjaya dalam permainan memecahbelahkan kekuatan PKR...

Mesej sebenar admin ialah kepada pemimpin UMNO...

Dr. Mahathir sedang menggunakan strategi yang sama pada UMNO...

Kenapa UMNO?

Sebab UMNO dan PAS adalah tunggak kekuatan Muafakat Nasional dan majoriti rakyat mendokong Muafakat Nasional...

PRK Tg. Piai adalah bukti yang nyata...

PAS dilihat agak mesra dengan Dr. Mahathir kerana musuh PAS adalah DAP dan PAN...

UMNO menghormati pendirian PAS cuma diharapkan supaya satu hari nanti, bila Dr. Mahathir terdesak dan terpaksa membawa keluar PPBM dari Pakatan Harapan, PAS diharapkan pertimbangkan semasak-masaknya dari setiap sudut sebelum mengambil apa-apa keputusan...

Kekuatan UMNO cuba dipecahbelahkan dan 17 Ahli Parlimen UMNO yang berjumpa Azmin telah terjebak dengan percaturan Dr. Mahathir...

Dr. Mahathir adalah seorang politikus licik, admin berharap selepas ini, tiada lagi pemimpin UMNO yang terjebak dengan permainan Dr. Mahathir...

Kalau ada, Lembaga Displin UMNO, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan kepimpinan tertinggi UMNO MESTI mengambil tindakan tegas sekiranya tidak mahu akar umbi bosan...

Ingat, tegaknya pucuk adalah kerana pengorbanan dan usaha keras dari akar!!!

Sunday, November 24, 2019

17 MP UMNO, Berapa Kali Nak Kena Patuk Ular Dahhhh!!!

|0 comments

Orang-otang tua dah pesan, jangan biarkan diri kita dipatuk oleh ular dalam lubang yang sama...

Sekali tertipu, boleh dianggap silap tapi kalau dua kali tertipu dengan orang yang sama, tu bukan silap namanya, tapi BANGANG!!!


Sekarang nie dah kecoh dengan kenyataan Dr. Mahathir, 17 Ahli Parlimen UMNO yang jumpa Azmin hari tu mengadu bahawa mereka sudah 'hilang parti' dan tak tahu apa nak buat dan bertanya sama ada perlu untuk mereka tukar parti!!! (BACA DI SINI)...

Satu Malaysia tahu Dr. Mahathir menipu...

Akar umbi UMNO yakin dengan sebenar-benar yakin-yakin yang Dr. Mahathir menipu...

Mana mungkin di saat Muafakat Nasional mendapat kejayaan besar di PRK Tg. Piai, ada Ahli Parlimen mahu keluar dari parti UMNO...

Lainlah kalau Muafakat Nasional mengalami kekalahan, macam waktu mula-mula Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 dulu, mungkin ada pihak yang akan percaya dengan apa yang Dr. Mahathir katakan...

Ingat Pesan Bossku, Biarkan Pakatan Harapan Selesaikan Masaalah Mereka, Muafakat Nasional Tumpukan Perhatian Pada Rakyat


Terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mahathir, 7 dari 17 Ahli Parlimen UMNO yang berjumpa Azmin pantas mengeluarkan kenyataan bersama dan turut ditandatangani, menafikan apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir (BACA DI SINI), malah mereka menyatakan, sebenarnya mereka mengajak Azmin untuk menyertai UMNO memandangkan keyakinan dan sokongan rakyat sudah kembali pada Barisan Nasional...


Disusuli pula dengan kenyataan 8 orang lagi Ahli Parlimen UMNO yang membuat kenyataan dengan nada yang sama (BACA DI SINI)...

Lagi 2 Ahli Parlimen UMNO masih lagi belum membuat apa-apa kenyataan setakat ini...

Apa pun kenyataan yang dikeluarkan baik oleh Ahli Parlimen UMNO yang berjumpa dengan Azmin atau oleh Azmin atau oleh Dr. Mahathir, ada beberapa perkara yang 17 Ahli Parlimen UMNO perlu jadikannya sebagai satu sempadan dan TIDAK MENGULANGINYA lagi di masa hadapan :

》Apa pun alasan mereka berjumpa Azmin, ianya mestilah mendapat persetujuan dari kepimpinan parti UMNO atau sekurang-kurangnya Ketua Pembangkang...

Mereka MESTI ingat, kemenangan mereka di PRU 14 adalah di atas tiket Barisan Nasional/UMNO dan kemenangan mereka dibantu sepenuhnya oleh jentera dan parti UMNO...

》Mereka telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar dengan menjemput Azmin menyertai UMNO...

Mereka mesti ingat, UMNO BUKAN milik peribadi mereka, UMNO adalah MILIK ahli UMNO seramai 2.5 juta orang...

2.5 juta orang ahli UMNO memberikan mandat kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga barisan kepimpinan tertinggi UMNO untuk membuat keputusan bagi pihak parti...

17 Ahli Parlimen TIDAK ADA hak untuk membuat keputusan sendiri atas kapasiti wakil UMNO, apa lagi menjemput Ahli Parlimen parti lawan menyertai UMNO...

Dengan segala usaha untuk membunuh UMNO dan dengan akhlak yang songsang, majoriti ahli UMNO seluruh negara menolak sekiranya sama ada Dr. Mahathir atau Azmin ingin menyertai UMNO dan kami yakin Ahli MKT UMNO serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO sangat maklum mengenai perkara itu...

UMNO pernah luka parah selepas PRU 14 dan dengan kebijaksanaan kepimpinan tertinggi UMNO menyusun strategi dan kegigihan serta kesetiaan akar umbi, UMNO kini bangkit semula dan mula disayangi oleh rakyat...

Malah UMNO telah memulakan fasa baru dalam kebangkitannya selepas berjaya menjalinkan kerjasama politik dengan PAS serta parti komponen dalam Barisan Nasional melalui kesepakatan dalam Muafakat Nasional hingga ianya menjadi mimpi ngeri kepada Pakatan Harapan...

Segala-galanya kita lakukan TANPA Dr. Mahathir atau pun Azmin...

Jadi apa perlunya UMNO yang menjemput mereka kerana UMNO TIDAK memerlukan mereka!!!


Ingat pesan mantan Presiden UMNO, DS Najib aka Bossku...

Pakatan Harapan kini ibarat telur dihujung tanduk, TIDAK PERLU kita bazirkan masa untuk fikirkan masaalah mereka...


Kalau kita lihat sidang media yang dilakukan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, timbul satu persoalan, kenapa DAP hanya diwakili oleh Chin Tong sedangkan DAP ialah parti tunggak dalam Pakatan Harapan...

Tapi biarlah mereka selesaikan kemelut mereka sendiri...

UMNO perlu fokus kepada masaalah rakyat dan bukannya masaalah Pakatan Harapan (BACA DI SINI)...

Sama ada kita berstatus pemimpin atau pun rakyat, manusia memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan...

Ambil pengajaran dari kesilapan yang dilakukan...

Biduk berlalu, kiambang bertaut, kami akar umbi boleh memaafkan kesilapan yabg 17 Ahli Parlimen UMNO lakukan dengan syarat berjanji TIDAK akan mengulanginya lagi di masa hadapan...

Saturday, November 23, 2019

Salam RM1.4 Bilion, PAN Parti Rembatan Lil Alamin, RM1.4 Bilion Sudah Licin

|0 comments

Gempar bukan saja di kalangan rakyat, malah di kalangan Ahli Dewan Rakyat mendengar pembongkaran Skandal RM1.4 bilion Kementerian Pertanian!!!

Sampai ke saat ini, Menteri Pertanian, DS Salahuddin Ayob aka Din Ikan Kembong, masih lagi tak beri penjelasan tentang Skandal RM1.4 bilion yang dibongkarkan oleh Presiden MCA, DS Wee Kah Siong...

Walau pun ramai macai totoq PAN cuba memutarbelitkan isu dengan mengatakan kononnya majoriti dalam NAFAS adalah orang Melayu dan kenapa MCA perlu sibuk!!!

Ada buat 'homework' ker tak cai?

Admin tolong bagi penjelasan pada macai totoq PAN atas konsep PAN, Parti Rembatan Lil-Alamin, RM1.4 Bilion Sudah Licin...😉😉😉

'Direct Nego'  Batalkan Tender Terbuka Tawaran Kontrak Kementerian Pertanian


Ingat lagi tak 6 Teras Janji Pakatan Harapan yang diumumkan Dr. Mahathir dalam Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi dalam kempen PRU 14 Pakatan Harapan...

Teras yang ke 5 ialah, menghapuskan amalan runding terus atau 'direct nego' dalam semua kontrak kerajaan...

Untuk fahamkan apa yang Dr. Mahathir maksudkan, kita baca apa yang Wee Kah Siong dedahkan dalam Dewan Rakyat :

Pembongkaran Skandal RM1.4 Bilion Oleh DS Ir. Dr. Wee Kah Siong Dalam Dewan Rakyat


Di bawah maksud Bekalan B.21 040000 - Program Khusus, saya hendak menyentuh perkara tertakluk di bawah :

Butiran 040400 - Subsidi Harga Padi...
Butiran 040500 - Subsidi Baja Padi...
Butiran 040600 - Insentif Pengeluaran Padi Butiran 040800 - Subsidi Benih Padi Sah yang dibacakan bersekali...

Saya ingin mendedahkan satu isu yang melibatkan pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai petender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah :

RM52,484,585.95 (RM52.4 juta) melalui surat bernombor tender QT190000000058589...

Untuk makluman, kesemua syarikat ini telah pun melalui proses tender terbuka secara sah...

Malah pemilihan syarikat ini juga telah dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOA, Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Wakil Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya...


Difahamkan, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat mengenai isu ini...

Ia pastinya sesuatu yang amat serius...

Namun, terdapat satu lagi isu yang lebih besar hasil rentetan daripada pembatalan pemilihan syarikat yang saya sebutkan sebentar tadi...

Difahamkan, terdapat satu surat daripada YB Menteri Pertanian (Salahuddin Ayob) kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 7 November 2019 untuk memohon melantik secara rundingan terus bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tempoh 3 tahun iaitu :

(2020-2022) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion daripada jumlah peruntukan yang telah diperakukan untuk Subsidi dan Insentif Subsektor Padi dan Beras untuk tahun 2020 iaitu RM1.55 bilion...

Persoalan saya, kenapa mahu melibatkan campur tangan Perdana Menteri berhubung perkara ini?

Adakah Menteri Pertanian tidak mempercayai keputusan yang telah pun dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian sendiri?

Kedua, bukankah Kerajaan Pakatan Harapan dahulu beriya-iya mahukan semuanya dibuat secara rundingan tender terbuka?

Tetapi kenapa bila sudah berkuasa, diminta pula secara rundingan terus?

Saya minta YB Menteri untuk menjelaskannya di sini...

Ketiga, kalau pun Kementerian Pertanian hendak melakukan pemilihan secara rundingan terus, mengapa tidak dilakukan sejak dari awal proses tersebut?

Mengapa menganiaya syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu memohon tender dan membatalkan pemilihan mereka selepas dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian, seterusnya menganugerahkan kepada NAFAS?


Keempat, adakah penganugerahan kontrak bernilai RM1.4 bilion kepada NAFAS ini ada kaitan dengan pimpinan NAFAS yang mana kita sedia maklum Ahli Jemaah pengarah NAFAS itu sendiri terdiri daripada pemimpin parti politik, Parti Amanah Negara (PAN)?

Bukan seorang tetapi ramai lagi pemimpin politik berada dalam NAFAS atas lantikan politik...

Adakah ini bentuk kronisme yang sedang diamalkan oleh Malaysia Baharu?


Dan yang terakhir, kelima, saya meminta Kementerian Pertanian menyatakan jumlah tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini...

Amatlah musykil apabila pimpinan NAFAS mengenakan pakaian berwarna oren yang sinonim dengan satu parti politik, tambahan pula dalam suasana kempen pilihan raya...

Kronisme Subur Kembali Di Era Pemerintahan Pakatan Harapan


Adakah ini kronisme yang diamalkan kerajaan baharu?

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Salahuddin Ayub), mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri (Dr. Mahathir) untuk memohon lantikan terus kepada NAFAS pada 7 November...

Kontrak pembekalan selama 3 tahun dibatalkan, walaupun sudah diluluskan Lembaga Perolehan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pembatalan (tender) dibuat apabila penender menunggu Surat Setuju Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan bukannya dibuat sejak awal proses berkenaan!!!

Mengapa?

Pembatalan itu dibuat selepas Kementerian Pertanian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) secara rundingan terus...

Apakah justifikasi Perdana Menteri buat begitu jika sudah tahu NAFAS kalah tender?

Siapa yang sebenarnya yang berada dalam pengurusan tertinggi NAFAS?

DS Wee Kah Siong membongkarkan dengan membawa keluar beberapa helai kertas dan membacakan beberapa nama pengurusan tertinggi NAFAS, termasuk Pengerusi NAFAS yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi!!!

NAFAS juga didapati membuat tempahan bilik di Pontian sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan semua penghuni didapati memakai baju jingga, selepas mendapat kontrak berkenaan...

Adakah penganugerahan kontrak kepada NAFAS ini mempunyai kaitan dengan pimpinan pertubuhan itu yang terdiri daripada pimpinan dan lantikan politik, khususnya daripada Parti Amanah Negara (AMANAH)?

Pada 23 Januari 2019, Salahuddin melantik Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baru dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan :

Phahrolrazi Mohd. Zawawi

Pengerusi NAFAS merupakan Timbalan Pengerusi PAN Kedah dan ADUN Alor Mengkudu...

Wan Kharizal Wan Khazim

Pengerusi PAN Perlis

Muhamad Said Jonit

ADUN Mahkota (PAN)

Mohd. Hisyamuddin Ghazali

Calon DUN Apam Putra (PAN)

Normah Yusof

Bekas Ketua Angkatan Wanita PAN Pahang

Ahli Dewan Negara, Senator Dr. Yaakob Sapari 

Ketua PKR Cabang Shah Alam


Din Ikan Kembong tak perlu menangis di atas pentas lagi kerana kali ini mungkin Din Ikan Kembong akan menangis selama-lamanya, sekiranya kerajaan berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk membuat siasatan terperinci skandal kewangan Pakatan Harapan yang besar antara yang terbesar...

Kalau Pakatan Harapan tak berani tubuhkan RCI, maka jelas di mata rakyat, siapakah pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan sekarang!!!

Mereka melaungkan untuk menghapuskan salah guna kuasa tapi mereka sendiri yang mengamalkan salah guna kuasa secara berleluasa!!!

Mereka melaungkan untuk menghapuskan amalan runding terus dalam kontrak kerajaan tapi Perdana Menteri sendiri yang membuat arahan supaya tawaran tender terbuka dibatalkan dan tawaran secara runding terus diluluskan!!!

Tunggu PRU 15, rakyat PASTI akan menunjukkan kuasanya!!!

Friday, November 22, 2019

Kereta Terbang 'Pak Wan Kereta Terbang' Tak Jadi Terbang Pulak Dah

|0 comments
Gambar Hiasan...😜😜😜

Abaikan infografik 'Mastika' tu...

Hari nie admin nak cerita pasal kereta terbang impian Pak Wan Kereta Terbang...

Portal nie pernah menulis tentang 'kegigihan' Pak Wan Kereta Terbang (BACA DI SINI), untuk jadi manusia pertama di Malaysia dan mungkin juga di Asia Tenggara yang 'terbang' dengan kereta terbang...


Tapi apakan daya, seawal memperkenalkan contoh model kereta terbang di LIMA Langkawi, riak muka Dr. Mahathir tak sebangga riak muka bangga yang Pak Wan Kereta Terbang tunjukkan...😉😉😉

Tapi 'kegigihan' Pak Wan Kereta Terbang yang sanggup hadapi apa juga cabaran, tetap mahu meneruskan projek Kereta Terbang...


Bila ditanya wartawan tentang perkembangan projek kereta terbang, Pak Wan Kereta Terbang, dengan 'poyo' beritahu, prorotaip kereta terbang akan siap seawal Oktober 2019...

Menteri cenggini yang kita nak, konfiden walau pun tahu mustahil akan jadi kenyataan...🤭🤭🤭

Sampai bulan Oktober 2019, bayang kereta terbang pun tak nampak lagi...


Bila tanya pada Pak Wan Kereta Terbang, jawapannya ialah, "Saya akan naik kereta terbang tahun ini"...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Adoiii hai...

Kereta terbang pun tak nampak bayang, apa ker benda yang nak dinaikkannya tu?


Mungkin Dr. Mahathir pun dah rasa bosan dengan cerita kereta terbang dari Pak Wan Kereta Terbang, dengan selamba Dr. Mahathir 'sailang' projek kereta terbang Pak Wan Kereta Terbang...😂😂😂


Respon Pak Wan ialah, dengan muka selamba badak, umumkan pulak projek kereta terbang kedua Malaysia...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Buat kata P. Ramlee, dah tua pun bodoh!!!

Dan terkini, Pak Wan Kereta Terbang umumkan pulak semalam 21 November 2019 akan jadi hari yang bersejarah sebab seluruh rakyat Malaysia dan penghuni dunia dari golongan jin dan manusia akan menyaksikan buat pertama kali kereta terbang Pak Wan Kereta Terbang akan terbang di ruang angkasa Malaysia, kira-kira boleh masuk dalam Malaysia Guiness Record ler...

Maka ramai yang teruja, tapi lagi ramai yang terima berita nie dengan perasaan curiga dan lebih ramai lagi yang terima berita nie dengan buat 'do no jer'...

Maka berbondong-bondong rakyat Malaysia ambil cuti untuk bersama-sama nak meraikan detik bersejarah tu dengan Pak Wan Kereta Terbang...

Tapi ku sangka panas sampai ke petang, apakan daya, hujan tak turun, tapi kencing Pak Wan Kereta Terbang mencurah-curah di awal pagi...


Tetiba Pak Wan Kereta Terbang beritahu, kereta terbang idaman Pak Wan Kereta Terbang tak jadi terbang  walau pun dah ada kat Malaysia nie, pulak dah...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Kereta Terbang Belum Pasti Terbang Tapi Duit Rakyat Dah Terbang


Inilah rupanya kereta terbang yang Pak Wan Kereta Terbang katakan...


Tapi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kata, itu bukan kereta terbang maaa, itu dron!!!


Nie sebenarnya kisah cerita terbang bertaraf dron tu...

Mula-mula, ternampak dron nie kat negara China...


Mmm, nampak menarik dan cantik, sekurang-kurangnya nampak lebih cantik dari prototaip kereta terbang kat LIMA Langkawi dulu...


Lepas tu, kereta terbang tu dia orang tambahlah dengan tayar...

Yer lah, nama pun dah 'kereta' terbang, kalau tak ada tayar, apa pulak rupanya kereta tak ada tayarkan...


Maka terbentuklah kereta terbang aka dron Pak Wan Kereta Terbang...


Kira keseluruhan proses macam kat infografik kat atas tu...

Apa punya merapu Pak Wan Kereta Terbang!!!

Apa yang pasti, lebih RM1 juta duit rakyat dah dibazirkan untuk hasilkan prototaip kereta terbang 4 kipas yabg dipamerkan di LIMA, Langkawi (BACA DI SINI)...

Dan kereta terbang aka dron yang Pak Wan tunjukkan langsung tak sama dengan prototaip yang dihasilkan dengan duit rakyat RM1 juta tu...

Dan berapa banyak lagi duit rakyat yang Pak Wan Kereta Terbang dah bazirkan untuk beli dan bawa balik dron dari negara China tu, semata-mata nak memenuhi impian karut Pak Wan Kereta Terbang...

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (DAP) sendiri, TIDAK MENGIKTIRAF apa yang ditunjukkan tu sebagai kereta terbang!!!

Perdana Menteri pun dah bagi sindiran tajam mengenai projek kereta terbang...

Pegawai PBB juga telah membuat kenyataan bahawa projek kereta terbang di Malaysia adalah sia-sia (BACA DI SINI)...

RM100 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan bawah Pak Wan Kereta Terbang, tapi tak ada satu projek yang bermanafaat pada rakyat Pak Wan perkenalkan, kecuali projek Kereta Terbang mengarut tu!!!

Pemimpin Pakatan Harapan mencanangkan ke seluruh dunia bahawa Malaysia sedang menghadapi kemungkinan bankrap kerana hutang luar negara yang mencecah RM1 trilion...

Rakyat sedang berperang dengan kos kehidupan yang meningkat, sedangkan dalam masa yang sama pekerjaan, malah bantuan dari kerajaan tak ada...

Tapi dengan peruntukan RM100 juta tu Pak Wan tetap berbangga dengan projek kereta terbang!!!
fda

Archives