Sunday, March 31, 2019

Pilih Orang Rantau, PH Habuk Pun Tarak

|0 comments

Anak RANTAU Demi RANTAU

Rantau itu kampung saya, kampung arwah mak saya...

"Saya berlatarbelakangkan daripada orang susah" - Tok Mat...

Bukan mudah menjadi seorang yang bernama Mohamad Hasan...

Seperti tokoh lain yang berjaya, beliau juga melalui onak dan duri untuk berada di kedudukan sekarang...

NAMUN, ia TIDAK SESEKALI MELENYAPKAN identiti sebenar beliau...

Rantau adalah kampung beliau, tempat lahir, membesar dan bersekolah di situ...

Anak jati Rantau ini akan terus berkhidmat demi rakyat, khasnya rakyat Rantau...

Seperti kata-kata beliau :


Sebagai tanggungjawab, WE MUST GIVE BACK TO OUR SOCIETY, MUST GIVE BACK TO PEOPLE, TO OUR COUNTRY, TO OUR STATE...

I will be the CLEANEST & MOST HONEST GOVERNMENT...

SAYA AKAN BUAT SECARA JUJUR YANG BAIK...

Bukan Sekadar Janji Tapi Tok Mat Dah Bagi Macam2 Kek Nogoghie...


Tokmat settle kan hutang org Sendayan...

Kalau dak sampai bila pon tak dapat, sampai ada yang dah meninggal...

Bukit putus dah di ganti Highway baru...

Banyak pelabur Singapore masuk...

Buka pelbagai pasaraya...

Pelabur Jepun banyak melabur di Negeri Sembilandan dah buka AEON terbesar di Asia Tenggara...

Mahkamah di beri bangunan baru bagi menggantikan bangunan usang...

Bandar dan penempatan baru di wujudkan (Bandar sendayan dan Ainsdale)...

Exit baru di wujudkan (Ainsdale, LEKAS dll) ...

Ada banyak kilang2 baru di Sendayan-Gadong-Enstek...

Kalau nak ckp pasal pembangunan anak2 pon dah boleh nilai...


Yang paling di puji, Tok Mat sanggup deal dengan PPD untuk masukkan KAFA di sekolah kebangsaan sebab sekolah agama tak banyak...

Macam2 dia fight untuk anak Negeri Sembilan...

Jangan banyak cakap kalau tak di duduk Negeri Sembilan...

Walaupon parti beza tapi orangg tetap sayang Tok Mat...

Jauh beza Negeri Sembilan dulu dan masa pemerintahan Tok Mat...

Banyak lagi kalau nak habaq...

Kilang2 banyak sampai orang Negeri Sembilan tak yah pi kluaq dah...

Keja dekat ngan rumah ja, yang balik belajar engineer pon jadi engineer kat ngan rumah ja...

Univerisiti pon ada...

Haish celah mana tak maju tu...

Satu2nya negeri yang tak naik2 cukai pintu, yang mana nak niaga tepi jalan pon tak di kacau,

Carik la rezeki...

Masa Tok Mat datang, dia cakap dia nak fight pasal Sekolah Agama dan dia buat, dia kata nak buat kilang betul dia buat, dia kata takkan naikkan cukai pintu  betul dia buat, apa yg dia cakap dia kotakan...

Siap jual air laut untuk kilang2 kerana air laut boleh menyejukkan janakuasa depa...

1 sen untuk seliter air laut dan peroleh 7.5 juta setahun untuk satu kilang yang mana perolehan nie tanpa bebankan rakyat untuk naikkan cukai...

Itu la cara dia stabilkan ekonomi dan hingga kini simpanan Negeri Sembilan dah cecah billion ringgit..

Kalau bab2 kebajikan nak buat jalan atau tar jalan dia kata jangan jumpa dia, pi jumpa wakil rakyat yg bertanggungjawab, kalau bab tu pun wakil rakyat tak leh buat jangan jadi wakil rakyat...

Kalau sekadar tar kan jalan sampai jumpa MB maknanya wakil rakyat tu tak buak kojor...

Setiap 10 tahun kerajaan negeri bole naikkan cukai tanah ikot Akta Kanun Tanah Negara tapi tokmat tak mo naikkan...

Hutang masa Tok Mat amik alih Negeri Sembilan adalah RM2.5 bilion tapi sikit2 dia bayar sampai hutang tak cecah billion...

Malah rizab Negeri Sembilan makin naik...

Kini dah cecah billion sebab Tok Mat pandai carik duit...

Kalau pasal pendidikan kat Negeri Sembilan ada INSTITITUT PERGURUAN, POLITEKNIK P. D, POLITEKNIK NILAI, AKEPT, AKADEMI, AUDIT NEGARA, ILD UITM ENSTEK, UITM SEREMBAN 3, INSTITUT AMINUDIN BAKI, KOLEJ TUNGKU KURSHIAH dan lain2...

Kalau kilang2 ada kilang Coca-Cola yg melabur RM1 billion kat ENSTEK...

Yang bole bagi pekerjaan pada 1000 orang, kilang HINO (Pengeluaran bas dan trak terkemuka dari Jepun)...

Kilang roti kat Sendayan, banyak lagi kilang2...

Semua tu bagi peluang pekerjaan, pam minyak makin banyak...

Buka peluang pekerjaan lagi...

Tok Mat rajin Carik pelabur, dia datang kampung2 dia akan bagitau perancangan setempat, semua dia cakap dia buat...

La ni tak der dah dengar suara dia pasal perancangan masa depan...

Bapa kebajikan dan pembangunan Negeri Sembilan...


Warih2 den kek Rantau, kokarkan Tok Mat atau apa yang ada kek Rantau nanti PH punah'an!!!

Saturday, March 30, 2019

Yang Tersirat Di Sebalik Tersurat Dari Kenyataan Nurul Izzah Mengkritik Tun M

|0 comments

Laman blog nie pernah menyiarkan artikel mengenai kekecewaan Nurul Izzah terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (BACA DI SINI)...


Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star, Sumiko, Nurul Izzah secara jelas mengatakan bahawa bukan mudah untuk berkerja dengan seorang bekas diktator yang telah melakukan banyak kerosakan bukan saja kepada keluarga beliau malah kepada sistem pentadbiran negara...

Kenyataan Nurul Izzah Membuat Pembodek Tun Mahathir Melenting


Antara yang mula2 mempertahankan Tun Mahathir ialah Azmin Ali...

Dengan nada sinis Azmin menyindir Nurul Izzah kerana di anggap mengeluarkan kenyataan yang tajam ke atas bos dia (BACA DI SINI)...


Setiausaha Politik Tun Mahathir, Abu Bakar Yahya pula kata Nurul Izzah yang arif dalam arena politik, masih belum cukup matang, tidak rasional serta emosi dalam memahami pendirian Dr Mahathir serta kerajaan (BACA DI SINI)...

Arif dalam politik tapi belum matang tak rasional dan emosi, kira2 maksudnya itu apa ABY...🤯🤯🤯


Anwar Ibrahim yang pada mulanya di lihat berdiam diri, akhirnya panas hati bila 'anak janda' dia di serang bertubi2...

Jangan sibuk pasal dia, tumpukan pada kerja bangunkan negara, sindir Anwar pada Azmin (BACA DI SINI)...

Apa Tujuan Sebenar Nurul Izzah Buat Kritikan Terbuka Pada Tun M?


Kalau ikut skrip yang tersurat, kritikan Nurul Izzah terhadap Tun M ialah kerana beliau kecewa dengan sikap Tun M yang membelakangkan janji PH untuk mempunyai sistem semak dan imbang dalam PAC (BACA DI SINI)...

Sebelum PRU 14, PH berjanji akan melantik ahli parlimen dari parti pembangkang untuk menjadi Pengerusi PAC sekiranya menang PRU 14...

Isu timbul bila Pengerusi PAC, Ronald Kiandee, yang sebelumnya dari Barisan Nasional sewaktu di lantik telah melompat ke PPBM dan Tun Mahathir bertegas untuk mengekalkan jawatan Pengerusi PAC pada Roland Kiandee walau pun beliau telah berada di kerusi kerajaan...

Admin tak berminat nak bincangkan sama ada betul atau pun tidak apa yang Nurul Izzah kata...

Admin juga tak berselera nak bincangkan sama ada betul atau tidak Tun M diktator atau tidak, sebab rasanya satu Malaysia, malah satu dunia dah tahu...

Apa Yang Berlaku Adalah Memang Di Rancang


Apa yang admin nak ketengahkan ialah beberapa pendapat yang pada admin mempunyai asas :

Anwar Ibrahim satu nama besar dalam politik tanah air...

Anwar memang di kenali sebagai ahli politik yang bercita2 tinggi dan bukan rahsia lagi, jawatan Perdana Menteri memang menjadi impian dan buruan Anwar bermula hari pertama dia masuk ke dunia politik...

Kalau Tun Mahathir yang licik pun boleh terpedaya dengan Anwar, apa lagi rakyat marhein...

Sebagai seorang yang oprtunis, Anwar bijak memanupulasi apa atau siapa saja di sekeliling dia, asalkan membawa keuntungan pada dia...

Dalam sejarah politik Anwar, siapa yang tak pernah dia gunakan?

Pemimpin politik, ahli akademik, ulamak, rakan2, penyokong tegar, rakyat, malah ahli keluarga juga pernah di gunakan untuk survivor politik beliau...

Tindakan Tun M Tidak Selari Dengan Janji


Anwar tahu bahawa Tun M bukanlah seorang yang boleh di percayai janji2nya...

Pada bila2 masa, Tun M boleh dan akan memungkiri janji dengan menggunakan berbagai alasan...

Waktu yang di janjikan oleh Tun M untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar semakin hampir tapi ironinya, tindakan Tun M tak menggambarkan bahawa beliau akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri pada Anwar...


Perlantikan Azmin Ali (yang di lihat oleh pemerhati politik sebagai saingan terdekat Anwar) sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di lihat sebagai petanda awal Anwar sekali lagi akan kena game oleh Tun M...

Memancing MP UMNO ke Bersatu, memberikan gambaran yang jelas akan perancangan Tun M...

Bahang makin di rasakan Anwar bila namanya turut di ketepikan dari menganggotai MTEN yang baru di lantik...

Dan terkini, Tun M memberi isyarat bahawa kerusi Perdana Menteri tak akan di serahkan pada Anwar, bila Tun M membuat kenyataan bahawa Malaysia memerlukan lagi 3 tahun untuk kembali memulihkan ekonomi...

3 tahun maksudnya selepas PRU 15 kerana mengikut sejarah pemerintahan Tun M, parlimen tak pernah bertahan lebih dari 4 tahun!!!

Strategi Anwar Memakan Diri Sendiri


Anwar perlu lakukan sesuatu yang dapat melonjakkan semula namanya dalam politik tanah air, di samping memberi amaran pada Tun M bahawa dirinya masih mempunyai pengaruh yang kuat...

Lalu timbullah perancangan untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Tun M, sebaik saja bermula persidangan Dewan Rakyat Kali Ke 14, Penggal ke 2...

Tapi Tun M telah terlebih dahulu menghidu perancangan Anwar lalu menggunakan kesempatan permohonan PAS untuk menemuinya, yang pada asalnya untuk membincangkan mengenai royalti minyak Terengganu dan Kelantan tapi bayaran royalti itu di gunakan oleh Tun M sebagai insuran sokongan PAS terhadap Tun M, sekiranya undi tidak percaya menjadi kenyataan...

Tun M berjaya mendapatkan persetujuan PAS, dan rancangan Anwar gagal!!!

Anwar mula menyerang PAS, bukan sekadar kerana marah, malah supaya kepimpinan PAS di beri tekanan oleh akar umbi dengan persetujuan PAS itu...


Anwar mula spin cerita bayaran RM90 juta yang kononnya PAS terima dari UMNO menjelang PRU 14 yang lalu...

Bila siasatan SPRM mengesahkan tidak wujud isu RM90 juta maka sekali lagi Anwar gagal!!!


Lalu Anwar sekali lagi cuba menyerang PAS dengan cerita kononnya PAS membayar Clare sebanyak RM1.4 juta sebagai persetujuan menarik balik saman Hj. Hadi terhadap Sarawak Report...

Bila terbongkar sebenarnya Anwar yang memberikan duit RM1.4 juta pada Rameli untuk di berikan kepada Clarre, sekali lagi Anwar gagal (BACA DI SINI)...

Isu Pengerusi PAC Seolah2 Menjadi Talian Hayat Pada Anwar, Tapi...


Bila isu Pengerusi PAC di bangkitkan, maka Anwar yang dah tercalar imejnya kerana cubaan menyerang PAS memakan diri sendiri, terpaksa menggunakan Nurul Izzah untuk kembali menarik simpati dan sokongan...

Apabila Nurul Izzah menyerang Tun M dengan mengaitkan semula gelaran diktator kepada Tun M, ini sudah pasti akan membuatkan luka lama berdarah kembali...

Cerita2 kezaliman Tun M, tidak dapat tidak, akan kembali di dendangkan dan dalam masa yang sama, Anwar berharap supaya sokongan dan simpati akan kembali pada dirinya...

Tapi Anwar sebenarnya sedang bermain dengan api...

Ramai pemerhati politik berpendapat, strategi Anwar pada kali ini adalah DO or DIE...


Tapi sama ada Anwar sedar atau tidak, api yang di nyalakan Anwar di lihat sedang membelah PKR kepada 2 blok...

Ibarat retak menanti belah, kritikan Azmin secara terbuka terhadap Nurul Izzah sudah jelas mentafsirkan perpecahan dalaman PKR...

Apabila ini berlaku, maka Anwar akan tiba ke penghujung karier politiknya dan sekali lagi nampaknya Tun M akan menang dalam pergeseran ini...

Friday, March 29, 2019

Statut Rome : Si Kitol Dan Raja Mandeliar Moden Berjaya 'MEMPERKOSA' Kedaulatan Raja Raja Melayu!!!

|0 comments

Melayu Mudah Lupa...
Melayu Mudah Lupa...
Melayu Mudah Lupa...

Itu kata2 Perdana Menteri ke 7 sewaktu jadi Perdana Menteri ke 4...

Tapi walau banyak mana pun Melayu sekarang terlupa, satu yang minta, supaya Melayu hari ini tak melupakan sejarah Si Kitol dan Raja Mandeliar berketurunan Keling...

Inilah 2 watak utama yang memainkan peranan meruntuhkan Empayer Kesultanan Melayu Melaka...

9

Dan sebab itu, Melayu yang ada pada hari ini, janganlah lupa sejarah Si Kitol dan Raja Mandeliar pengkhianat bangsa kerana roh Si Kitol dan Raja Mandeliar dah meresap ke beberapa batang tubuh pemimpin negara sekarang ini!!!

Tahun 2018, sejarah negara Malaysia mencatitkan beberapa sejarah besar...

9 Mei 2018, tumbangnya kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan setelah memerintah lebih dari 6 dekad...

Dengan tumbangnya kerajaan Barisan Nasional, maka ini bermakna hilangnya kuasa pemerintahan bangsa Melayu di tanah air sendiri...

Benar, regim sekarang mempunyai beberapa pemimpin2 Melayu tetapi peranan mereka tidak lebih hanya sekadar 'angguk angguk, geleng geleng'...

Pandang sekeliling kita dengan hati dan fikiran terbuka, pasti akan nampak realitinya...

Cubaan pencerobohan pertama bangsa pendatang ke atas kedaulatan Melayu, di lakukan apabila menteri Melayu di arahkan untuk meratifikasikan ICERD...

Menteri Melayu di suruh menggerakkan usaha meratifikasikan ICERD dan menteri2 Melayu yang lain di kerah ke seluruh pelusuk negara untuk memutarbelitkan cerita ICERD yang kononnya tidak beri kesan pada Raja Raja Melayu dan kedudukan istimewa bangsa Melayu...

Namun rakyat marhein Melayu sekarang tak mudah di perdaya...

Segala2nya di rancang oleh Allah SWT dan setiap yang Allah SWT izinkan pasti ada hikmahnya...

Kerakusan dan kebodohan puak pendatang yang baru mendapat kuasa ingin merampas hak dan keistimewaan bangsa Melayu yelah mendatangkan padah pada mereka...

Bangsa Melayu yang sebelum ini berpecah, telah bersatu menentang regim pendatang dan Melayu2 kayu dalam kerajaan...

Petikan Ucapan DYMM Sultan Ibrahin Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Berkenaan Statut Rom


Petikan titah ucapan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenaan dengan Kuasa dan Kedaulatan Pelembagaan Negeri Johor, Statut Rom serta ICERD :

Saudara saudari sekalian,

Suka saya tegaskan di sini bahawa negeri Johor adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat, lebih awal daripada persekutuan tanah Melayu atau pun Malaysia...


Kedaulatan itu bermakna negeri Johor mempunyai hak dan kuasa dalam melaksanakan perkara2 yang di peruntukkan oleh perlembagaan negeri dan persekutuan...


Oleh itu, saya sebagai raja dan pemerintah utama negeri, mempunyai hak dan kuasa ke atas kerajaan saya, dan memikul tanggungjawab untuk menjaga negeri Johor dan rakyat yang bernaung di dalamnya...


Kuasa negeri terhadap agama Islam, sumber air, hutan dan tanah tidak perlu di persoalkan lagi...


Raja sebagai pemerintah negeri pula mempunyai keistimewaan yang termaktub dalam undang-undang dan bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam sebagai agama negeri dan keistimewaan orang Melayu sebagai bumiputera...


Mana2 pihak yang telah menyentuh hak dan kuasa raja atau kerajaan negeri, adalah melanggar undang-undang negara dan boleh di anggap sebagai penderhaka...


Tindakan Kerajaan Persekutuan yang ingin meratifikasi ICERD dan menandatangani Statut Rom, adalah satu tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kerana ia menyentuh kuasa Raja-Raja dan keistimewaan orang Melayu serta kemuliaan agama Islam di negara ini...


Kerajaan haruslah ingat tentang kontrak sosial dalam sejarah pembentukan persekutuan tanah Melayu dahulu, di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh di sentuh atau di kurangkan...


Oleh yang demikian, suka saya ingatkan kepada kerajaan supaya tidak terus mengikut apa juga konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan orang luar, tetapi akhirnya nanti ia akan memusnahkan kedaulatan negara dan mengugat kesejahteraan hidup rakyat sendiri.


Tindakan Menteri Luar Meratifikasi Statut Rom Adalah Satu Penderhakaan Terhadap Institusi Raja Raja Melayu


Tapi niat busuk mereka tak pernah padam, akhirnya, ketika marhaen Melayu sibuk dengan PRK Semenyih, Si Kitol mengadap Yang Di Pertuan Agong dengan memberikan nasihat yang salah mengenai implikasi meratifikasi Statut Rome...



Maka atas arahan tuannya, Raja Mandeliar yang berketurunan Raja Keling dan Si Kitol moden dengan bongkak mengeluarkan kenyataan, kalau tak buat salah, tak perlu takut!!!

Baginda Yang Di Pertuan Agong bukanlah ahli undang2 yang mahir, maka sudah tentulah baginda akan meminta pandangan dan nasihat dari Peguam Negara dan juga Perdana Menteri...



Sebagai Peguam Negara, Tommy Thomas memang sedia maklum bahawa termaktub di dalam Perkara 38 (4)(5) dan (6)(C) Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan, apa saja perubahan atau pindaan yang hendak di lakukan, yang berkaitan dengan kedudukan istimewa Raja Raja, MESTI mendapat perkenan dari MAJLIS RAJA RAJA dan bukannya SPB YDP Agong sahaja (BACA DI SINI)...

Setiap perubahan atau pindaan perlembagaan yang di lakukan ke atas kedudukan istimewa Yang Di Pertuan Agong, secara langsung akan juga memberi kesan kepada kedudukan istimewa institusi Raja Raja Melayu yang selama ini tercatat dalam perlembagaan...

Peguam Negara, Menteri Luar dan juga Perdana Menteri sepatutnya menasihati Yang Di Pertuan Agong supaya memanjangkan isu Statut Rom ke Majlis Raja Raja untuk di bincangkan...

Kerana dengan meratifikasi Statut Rom, kedaulatan SPB YDP Agong serta keseluruhan Raja Raja Melayu boleh di cabar di Mahkamah Jenayah Antarabangsa...

Inilah yang MESTI di jelaskan...

Tetapi inilah yang di lakukan oleh Saifuddin, Tommy Thomas dan Mahathir terhadap bukan saja YDP Agong malah keseluruhan institusi Raja Raja Melayu...

Mereka dengan sengaja dan sedar telah meruntuhkan kedaulatan instusi Raja Raja Melayu yang di perakui dalam Perlembagaan Persekutuan...

Sebab itulah DYMM Sultan Johor menititahkan :

"Mana2 pihak yang telah menyentuh hak dan kuasa raja atau kerajaan negeri, adalah melanggar undang-undang negara dan boleh di anggap sebagai penderhaka"...

Implikasi Ratifikasi Statut Rom Pada Institusi YDP Agong Dan Raja Raja Melayu


Pensyarah Kuliah Undang Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Madya Mohd. Hisham Mohd. Kamal berkata, sebarang kekebalan yang di miliki oleh Ketua Negara atau Ketua Panglima Angkatan Tentera adalah tidak terpakai dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa...

Ini bermakna, SPB YDP Agong, sebagai Ketua Angkatan Tentera, boleh di dakwa atas mana2 kesalahan yang di lakukan oleh Panglima Angkatan Tentera atau mana2 Pegawai Tentera di bawah kawalan efektif SPB YDP Agong...

Ada pendapat yang mengatakan, tidak perlu bimbang kerana tiada kecenderungan YDP Agong atau Panglima Angkatan Tentera berperang dengan negara lain...

Ini adalah pendapat yang dangkal, peperangan akan berlaku bukan saja kerana kita menyerang negara lain tetapi juga kerana negara lain menyerang atau menceroboh kedaulatan negara kita...

Contoh yang terbaik ialah pencerobohan tentera Raja Sulu di Sabah...

Sekiranya Panglima Angkatan Tentera atau mana2 pegawai yang berada dalam kawalan efektif SPB YDP Agong mengetuai Ops Daulat di Sabah melakukan tindakan atau perkara yang boleh di anggap jenayah perang, maka SPB YDP Agong dengan sendirinya boleh di hukum oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa...

Di manakah kedaulatan Malaysia apabila SPB YDP Agong sendiri boleh di hukum atas kapasiti baginda sebagai Ketua Angkatan Tentera?

Kita akui, Perdana Menteri dan Menteri Luar boleh menandatangani persetujuan ratifikasi Statut Rom TETAPI mereka MESTI memaklumkan dan mendapatkan persetujuan Majlis Raja Raja kerana jawatan YDP Agong akan di pilih secara bergilir2 di kalangan Raja Raja Melayu yang menganggotai Majlis Raja Raja...

Kita ingin bertanya pada si Kitol moden dan juga Raja Mandeliar berketurunan dari Raja Keling, apakah keperluan yang mendesak hingga perlu mendapatkan persetujuan YDP Agong secara tergesa2 dan tidak mengikut adab yang sepatutnya?

Apakah tujuan sebenar Si Kitol moden dan Raja Mandeliar yang berketurunan Raja Keling mengelak untuk berbincang dan mendapatkan persetujuan Majlis Raja Raja mengenai ratifikasi Statut Rom?

Raja Raja Melayu bertanggungjawab melindungi kedudukan dan keistimewaan ugama Islam dan bangsa Melayu tetapi sekiranya kedaulatan institusi Raja Raja Melayu sendiri sudah tidak kukuh, maka runtuhlah benteng yang melindungi keistimewaan dan kedudukan ugama Islam dan bangsa Melayu...

Sebelum Si Kitol Moden dan Raja Mandeliar bersekongkol dengan bangsa pendatang, bangsa Melayu WAJIB bangkit, pertahankan institusi Raja Raja, kerana itulah benteng kukuh yang melindungi bangsa Melayu selama ini!!!

Thursday, March 28, 2019

Mengapa Yayasan Pelaburan Bumiputera Berdiam Tony Pua Campur Tangan Tabung Amanah Hak Bumiputera?

|0 comments

Bloomberg melaporkan bahawa PNB ingin ikut jejak Khazanah Nasional dengan mengeluarkan bon pinjaman atau sukuk buat pertama kali dalam sejarah mereka (BACA DI SINI)...

PNB di laporkan akan gunakan aset2 dari tabung2 amanah ASB dan ASN mereka seperti pegangan saham mereka di dalam Maybank, Sime Darby, TNB dan lain2 sebagai pajakan bagi meminjam bon ini...

Pinjaman dalam matawang asing ini pula akan di gunakan untuk pelaburan baru PNB di luar negara...

Langkah PNB yang luar biasa ini tentu ada risikonya...

Termasuk risiko meminjam dalam matawang asing dan terdedah kepada ketidaktentuannya...

Baru2 ini sahaja, rakyat terkejut apabila Khazanah melaporkan nilai aset mereka jatuh RM25 bilion atau 22% tahun lepas serta mengalami kerugian besar sebanyak RM6.3 bilion...

Ramai pencarum2 tabung PNB bimbang jika PNB meneruskan langkah memajak aset mereka untuk meminjam berbilion2 melalui bon pinjaman...

Kerajaan PH dahaga wang sangat ke, sekarang?

Adakah ini satu cara untuk cairkan aset PNB seperti yang di umum oleh Tony Pua tahun lepas? (BACA DI SINI)...

Kenapa DAP Beriya2 Nak Jual Aset Bumiputera


Institut kajian DAP (Pulau Pinang) mendapati kekuatan ekonomi orang Melayu ada pada 2 tempat :

Pertama

Pada gaji 1 juta lebih kakitangan kerajaan...

Kedua

Pada instituti seperti PNB, LUTH, LTAT dan Felda...

Ini ada lah 'fund base' orang Melayu...

Juga sebagai 'purchasing power' orang Melayu-Islam.

Jika kerajaan Najib umum bantuan atau bonus kepada kakitangan awam kerajaan, ia melibatkan billion ringgit masuk ke kantung Melayu...

Itu yang buat DAP bertambah geram...

Jadi bila DAP berkuasa, semua usaha menghancurkan entiti Melayu segera di laksanakan...

Cuma, yang perlu mereka cari, adalah alasan dan lojik serta badut dari kalangan orang Melayu sendiri supaya DAP tidak nampak rasis...

Kita semua sudah tahu, siapa badut nya, cuma dia akan saman jika nama nya di sebut...


Jika mereka mahu merampas Tabung Haji yang ada dana berpuluh bilion yang boleh membeli saham bursa, mereka perlu cari alasan umpama pikul tilam ke mahkamah...

Dalam kes ini mula2 mereka pamerkan Azeez sebagai perasuah dahulu untuk wujudkan persepsi...

Kemudian baru mereka rampas, gambaran di berikan kononnya Tabung Haji dalam keadaan tenat...

Namun sebaik sahaja jatuh ke tangan SPV Guan Eng, ia bukan defisit tetapi meningkat RM19 billion...

Adakah Guan Eng nak tanggung beban menjaga perniagaan yang sudah muflis?

Sudah tentu tidak!!!

Jadi di manakah asasnya dakwaan mereka bahawa Tabung Haji sedang tenat?

Selepas Tabung Haji, DAP Menjarah Aset LTAT


Kini mereka sedang hancurkan LTAT di bawah batang hidung Patriot...

LTAT juga ada dana yg boleh membeli saham di bursa...

PNB juga dalam kawalan rejim Pakatan Harapan DAP dan tidak tahu apa bakal terjadi...

PNB boleh selamatkan indeks Bursa Malaysia dengan dana pelaburannya...

Jadi akhirnya hub dana orang Melayu sedang di godam oleh DAP dengan bantuan talibarut sambil pemimpin Parti Bunga berteori kononnya menjaga kepentingan Melayu...

Kini jelaslah selain jumlah kakitangan awam Melayu yang ada purchasing power mesti di kurangkan, entiti milik mereka juga mesti di godam...

Bila semua ini dapat di jayakan sepenuhnya, apakah kekuatan ekonomi yang akan tinggal pada orang Melayu?

Kuasa politik sudah mereka kuasai, kini kuasa tawaran dalam ekonomi juga sudah mereka kuasai, cuma tinggal kuasa permintaan atau 'purchasing power' orang Melayu mahu mereka kuasai...


Bila Master Plan mereka sudah lengkap, maka akan sepenuhnya TERBANGSATLAH BANGSA MELAYU di tanah air sendiri...

Inilah Malaysia Baharu yang anda pilih?

Pada Melayu2 yang masih lagi bertunjangkan DAP, ambil masa sebentar dan lihat sekeliling...

Apakah amaran dan ingatan yang kami berikan sebelum PRU 14 dulu tidak berlaku sekarang ini?

Dan sekali lagi, amaran dan ingatan kami berikan, janganlah sehingga nasi menjadi bubur, baru timbul kesedaran!!!






Kredit :

Portal Pakdin.my

Wednesday, March 27, 2019

'Jasa' Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

|0 comments
Malaysia Baru, Selamatkan Malaysia ; Apa Yang Baru Dan Apa Yang Dah Selamat?


Dalam kempen PRU 14 untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak, puak2 Pakatan Harapan jadikan slogan Malaysia Baru dan Selamatkan Malaysia...

Keadaan ekonomi dan kewangan negara pada waktu tu di gambarkan berada dalam keadaan yang cukup tenat...

Tanpa ragu2, puak2 Pakatan Harapan melaungkan, sekiranya Malaysia tak di selamatkan, krisis ekonomi akan berlaku, rakyat akan menderita dengan kos kehidupan yang akan melambung dan paling dahsyat, Malaysia akan bankrap...

Pemimpin2 Barisan Nasional, terutamanya Datuk Seri Najib di gambarkan sebagai penjarah harta negara!!!

Kerajaan Barisan Nasional di gelar kerajaan kleptokrasi!!!

Jadi untuk selamatkan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional MESTI di tumbangkan untuk membawa pemimpin2nya ke muka pengadilan...

Setiap sen duit negara yang di jarah, MESTI di tuntut balik...

Negara mesti di selamatkan, rakyat di tuntut supaya berani buat perubahan...

Itulah laungan kempen2 PRU 14 yang jadi zikir semua puak2 Pakatan Harapan...

Untuk menambah lunak kempen PRU 14, Pakatan Harapan menaburkan janji2 yang lebih manis dari gula...


"Hari nie kita menang, besok, petrol turun harga"...

"Hari nie kita menang, besok TOL seluruh negara percuma"...

"Hari nie kita menang, besok kita hapuskan hutang PTPTN, kita hapuskan hutang peneroka FELDA"...

Sekarang dah 10 bulan Pakatan Harapan memerintah, jom kita edisi siasat, dah baru ker negara Malaysia nie, apa yang dah selamat atau yang dah memang selamat dah jadi Kassim Selamat yang hilang dari pandangan...

'Pencapaian' 10 Bulan Pemerintahan Pakatan Harapan


Pencapaian 1 : JUAL ASET NEGARA


Satu skil yang tak dapat di nafikan ada pada Tun Mahathir dan Lim Guan Eng ialah menjual aset negara...

Asal jual aset negara, mesti Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, bila sebut nama Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, mesti teringat pada aktiviti jual aset negara!!!

Macam tu lah, jual aset negara memang tak dapat di pisahkan dari Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, ibarat irama dan lagu, tak boleh di pisahkan, kalau di pisahkan, aset negara tak akan dapat di jual nanti...

Tun Mahathir dengan pengalaman jadi Perdana Menteri ke 4 dan Lim Guan Eng dengan pengalaman menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, memang serasi dan memang ngam!!!

Kita tenguk betapa 'BERJAYANYA KEDUA2 PENJARAH NIE JUAL ASET NEGARA' :

》IHH Health di jual dengan 'HARGA RUNTUH' pada kroni Jepun...
》Menara Annexe TM1, TM2, di jual pada kroni dengan harga 'Go Back To School' pada kroni...

》Menara Felcra di jual, juga pada kroni...

》M1 Axiata di jual, juga pada kroni Singapura...

》Legoland di jual, juga pada kroni...

》Menara 28 tingkat di Hong Kong, di jual, juga pada kroni...

》Hotel Royal Chulan di jual, juga pada kroni Singapura...

》MAS bakal di jual, juga pada kroni...
Saham Bank Filipina di jual, juga pada kroni...

》Menara Felda di jual, pada kroni...

》Aset TH di bawa keluar, serah pada SPV milik Kementerian Kewangan, jadi senanglah Lim Guan Eng  nak gunakan sbb kuasa Menteri Kewangan pada SPV...

》Di jangka 5 - 10 lagi aset negara akan di jual juga...

Rakyat Malaysia relaks jer, tahulah Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng buat kerja tu nanti...

Pencapaian 2 : TAMBAH HUTANG NEGARA


Kalau ikut amalan biasa, orang jual harta untuk bayar hutang, macam tu lah juga dengan pentadbiran sesuatu negara, untuk kurangkan hutan, jual aset dan hasil jualan aset tu di kontrakan dengan hutang...

Dalam keadaan nie, memang aset akan berkurangan tapi hutang negara pun SEPATUTNYA berkurangan, jadi faedah yang negara perlu bayar dari hutang, juga akan berkurangan, bolehlah duit tu di gunakan untuk tanggung kos pentadbiran negara...

Tapi strategi Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng spesel, aset negara di jual tapi dalam masa yang sama, hutang negara bertambah!!!

》Hutang Negara di sahkan oleh BNM, Kementerian Kewangan dan BANK DUNIA hanya sekitar RM686.8 bilion hujung tahun Disember 2017, bila Pakatan Harapan memerintah jer, terus menyalak kata hutang bukan RM686.8 bilion tapi RM1 trilion!!!
(Fitnah dari PH kata RM1Trillion tidak benar)

》Kenaikan dari Mei 2018 - Februari 2019, meningkat sebanyak RM768.7 bilion, kenaikan RM81.9 billion...

》Jika di campur dengan duit Petronas sebanyak RM82 bilion yang di jarah, kerajaan Pakatan Harapan, maka hutang negara naik terkini ialah RM850.8 bilion!!!

Pencapaian 3 : NILAI RINGGIT (RM) MERUDUM


Kekukuhan nilai duit sesuatu negara, akan menjadi asas kepada indikator kekukuhan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara...

Kekukuhan dan kestabilan ekonomi pula sangat penting kerana ianya menjadi sama ada pemangkin atau penebat kepada pelaburan asing ke dalam negara...

Kemasukan pelaburan asing pula sangat penting kerana ianya bukan saja akan menjana pendapatan negara dari sudut cukai yang di kenakan, tapi negara juga akan mendapat menafaat dari sudut kemasukan teknologi yang di serapkan kepada pekerja2 tempatan...

Rakyat tempatan pula akan mendapat menafaat terus dari kemasukan pelaburan asing melalui peluang2 pekerjaan yang di tawarkan dan dengan sendirinya akan merancakkan ekonomi domestik kerana rakyat mempunyai kuasa membeli yang lebih kukuh dan ini akhirnya akan memberi menafaat kepada kerajaan melalui cukai barangan dan perkhidmatan yang di kenakan...

Namun atas 'kebijaksanaan' Tun Mahathir dan Lim Guan Eng, nilai Ringgit bukan saja tidak stabil malah semakin merudum...

Ini dengan sendirinya membuatkan semua hutang luar negara yang berasaskan matawang asing melonjak naik...

Keadaan ini menyebabkan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia hancur lodoh dan rakyatlah yang menanggung kesengsaraan bila syarikat2 asing yang membuat pelaburan sebelumnya terpaksa memberhentikan pekerja...

》Ringgit merundum jatuh ke paras USD1.00 bersamaan RM4.20 nilai pertukaran...

Fitnah Pakatan Harapan bahawa kalau Najib turun, Ringgit naik terbukti hanya retorik politik kerana Datuk Seri Najib dah 10 bulan turun dari menjadi perdana menteri tapi nilai Ringgit (RM) bukan saja lebih rendah dari era Barisan Nasional iaitu RM3.80 malah mencecah RM4.20, antara nilai terburuk dalam ekonomi Malaysia!!!

Pencapaian 4 : Penjawat Awam


Sebuah negara yang melangkah untuk menjadi negara maju, mestilah mempunyai pentadbiran yang bukan saja cekap tetapi juga mencukupi...

Seorang pemimpin yang berwawasan, akan menyediakan bilangan penjawat awam berkemahiran yang mencukupi untuk melancarkan pentadbiran dan pembangunan yang di rangka kerajaan...

Untuk mempunyai penjawat awam yang berkemahiran dan cekap, tidak akan dapat di lakukan dalam masa satu hari...

Sebab itu, kerajaan Barisan Nasional membuat pelaburan yang besar dengan mengembangkan saiz penjawat awam, terutamanya di dalam bidang pendidikan...

Ini adalah pelaburan jangka panjang negara di dalam pembangunan modal insan yang akhirnya akan mendatangkan menafaat yang besar kepada ekonomi negara...

Dengan bilangan tenaga mahir tempatan, negara tidak lagi perlu menggunakan tenaga mahir dari luar...

Ini akan dapat mengawal kadar aliran pengeluaran Ringgit...

Tapi sekali lagi, 'kebijaksanaan' Tun Mahathir dan Lim Guan Eng telah merosakkan perancangan yang rapi kerajaan Barisan Nasional...

Berdasarkan 'kajian' yang di buat oleh Penang Institue, institusi yang bertunjangkan DAP dan tidak di iktiraf bukan saja di peringkat antarabangsa malah di peringkat kebangsaan, kerajaan Pakatan Harapan telah merangka dasar penguncupan penjawat awam...

Penjawat awam bukan saja berhadapan kehilangan pekerjaan malah mereka di hina dan di keji dengan kata2 penjawat awam pemalas dan menjadi beban mati kerajaan...

Begitulah 'penghargaan' kerajaan Pakatan Harapan kepada jasa2 penjawat awam selama ini, malah majoriti dari penjawat awam yang akan kehilangan pekerjaan nanti adalah pengundi Pakatan Harapan yang memberikan mereka kemenangan dalam PRU 14!!!

Kita tenguk bagaimana dasar penguncupan penjawat awam akan dan telah di laksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan...

》Sebaik menang PRU14, di anggarkan 20,000 telah di buang kerja akibat penutupan jabatan2 yang di anggap bagi Pakatan Harapan tidak relevan...

》Di jangka 80,000 penjawat awam akan di buang secara berperingkat mulai 2019 hingga 2021...

》Manifesto 1 juta peluang pekerjaan sekali lagi menjadi retorik politik kerana bukan saja 1 juta peluang pekerjaan yak dapat di wujudkan malah ratusan ribu pula yang akan kehilangan pekerjaan!!!

Pencapaian 5 : LAWATAN LUAR NEGARA


Kita akui amat penting untuk pemimpin2 utama negara melakukan lawatan ke luar negara...

Ianya di harapkan bukan saja dapat mewujudkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar, malah di harapkan dapat memberi pulangan yang besar kepada negara dengan kemasukan pelabur asing setelah di buat penerangan dan promosi oleh pemimpin2 negara...

'Kebijaksanaan' Tun Mahathir dan menteri2nya dalam lawatan ke luar negara telah memberikan hasil sebaliknya...

Setelah puluhan juta ringgit duit rakyat di belanjakan untuk menampung lawatan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan, hubungan yang baik antara Malaysia dengan negara luar menjadi tegang kerana sikap keras kepala dan besar kepala menteri2 Pakatan Harapan terutamanya Tun Mahathir...

Contohnya adalah hubungan dua hala antara Malaysia dan China...

Sikap mulut laser tak der insuran dan keras kepala serta besar kepala Tun Mahathir telah membuatkan negara China marah kepada Malaysia...

Apabila sebuah negara kuasa besar ekonomi marah, yang menanggung akibat secara langsung ialah rakyat marhaen...

Bila China menghentikan pembelian komoditi dari Malaysia, yang menderita adalah pekebun2 kecil dan peneroka Felda...

Harga getah dan sawit Malaysia jatuh merudum, sedangkan pekebun kecil dan peneroka Felda bergantung hidup atas hasil jualan getah dan sawit!!!

Pelaburan asing yang di harapkan dapat di bawa balik, bertukar menjadi mimpi ngeri kepada semua rakyat Malaysia bila bukan pelaburan yang di bawa balik tapi hutang (Bon Samurai) yang di rayu oleh Tun Mahathir kepada kuasa besar Jepun!!!

Siapakah yang akan melunaskan hutang2 tersebut nanti, sudah tentulah rakyat marhein melalui cukai2 yang akan di kenakan...

Jadi tak hairanlah, bila berbagai2 cukai telah di perkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan!!!

Pencapaian 6 : KEAMANAN DAN KETENTERAMAN TERGUGAT


Islam ialah ugama rasmi Malaysia dan ini telah di persetujui dan di hormati lebih 6 dekad di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional...

Selama 6 dekad, rakyat Malaysia hidup secara harmoni dengan perasaan saling menghormati kepercayaan ugama masing2...

Keadaan ini tidak terhasil dengan sendiri tetapi melalui sikap toleransi dan dasar2 tegas kerajaan Barisan Nasional ke atas isu2 yang menyentuh sensitiviti ugama dan peradaban bangsa...

Dasar kerajaan Barisan Nasional ialah kebebasan bersuara BUKAN lesen untuk menghina ugama dan bangsa orang lain...

Namun sikap cauvanis DAP dan sikap lembu di cucuk hidung pemimpin2 Melayu Islam yang membiarkan malah ada yang mempertahankan perbuatan penghinaan ugama dan bangsa antara rakyat Malaysia telah beberapa kali menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia...

Isu penghinaan kepada baginda Rasulullah SAW, isu penghinaan bangsa oleh pemimpin DAP terhadap bangsa Melayu dengan mengatakan penyatuan bangsa Melayu akan melahirkan negara yang di perintah oleh Taliban, lambat di tangani oleh kerajaan Pakatan Harapan...

Keadaan ini sangat merbahaya kepada keamanan negara...

Kenapakah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya Melayu Islam, Menteri Agama yang bukan saja mengaku dirinya Melayu Islam malah berbangga berketurunan ulamak tetapi membisu bila perkara2 tersebut berlaku!!!

Malah ekoran dari kejadian pembunuhan umat Islam di Masjid Christchurch, arahan di berikan kepada PDRM untuk menjaga keselamatan gereja dan kuil!!!

Negara2 luar keluarkan arahan supaya masjid2 di negara mereka di kawal keselamatannya oleh pihak berkuasa tapi di Malaysia sebaliknya pula yang berlaku!!!

Apa relevannya arahan seperti ini di keluarkan kepada PDRM?

Yang terbunuh di New Zealand ialah orang Islam dan yang membunuhnya adalah pengganas bukan Islam tapi mengapa di Malaysia kerajaan Pakatan Harapan mengarahkan PDRM untuk mengawal keselamatan gereja dan kuil...

Apakah kerajaan Pakatan Harapan ingin memberikan gambaran kepada dunia luar bahawa masyarakat Melayu Islam di Malaysia adalah pengganas!!!

Berapa banyak gereja dan kuil di Malaysia yang telah di serang selepas kejadian pembunuhan umat Islam di New Zealand?

Tidak ada walau satu pun gereja atau kuil di Malaysia di serang oleh orang Melayu Islam selepas kejadian serangan di New Zealand!!!


Jelas kerajaan Pakatan Harapan ialah kerajaan yang gagal...


Menteri2 Pakatan Harapan hanya berminat mempolitikkan apa saja isu dari memikirkan tentang kesengsaraan rakyat...


Di saat rakyat Johor bertarung dengan maut, Menteri Besar Johor dengan senang hati pergi ke Batam...


Di saat rakyat Pulau Pinang di halau dari rumah, menteri2 berseronok berjoget...


Di saat rakyat Malaysia terutamanya keluarga Allahyarham Mohd. Adib bersedih dan mengharapkan keadilan dan pembelaan di atas kematiannya, Menteri Undang2 dan Peguam Negara seronok ber'twist' macam Yahudi mabuk!!!

Mereka yang berada di tampuk kuasa sekarang ini, tidak ada masa memikirkan masaalah rakyat...

Mereka yang mendapat mandat dari rakyat, sekarang ini sedang sibuk berseronok dengan keluarga dan kroni2 mereka...

Kalau rakyat nak hidup, pandai2lah...

Takkan segala2nya nak bergantung pada kerajaan!!!

Sabarlah rakyat Malaysia, akan tiba masanya nanti, kita tunjukkan pada mereka, apa yang kita boleh lakukan...

Tumbangkan kerajaan sepenggal Pakatan Harapan di semua PRK, terutamanya di PRU 15 nanti...

Rakyat Malaysia di pihak yang teraniaya...

Rakyat Malaysia di pihak yang tertipu...

Allah SWT pasti akan bersama2 rakyat Malaysia kerana itu adalah janji Allah SWT...

DAN JANJI ALLAH SWT ADALAH MAHA BENAR TIDAK SEPERTI JANJI PAKATAN HARAPAN PENIPU BESAR!!!




Tuesday, March 26, 2019

Rakyat Dan Bumi Libya Sedang Menerima Kifarah Dari Allah SWT Atas Kezaliman Yang Di Lakukan, Mengapakah Kita Tidak Mahu Mengambil Iktibar?

|0 comments

Sebelum perang saudara tahun 2011, Libya adalah negara kaya raya, negara terbesar yang ke-4 di Afrika ini adalah satu²nya negara termaju di benua Afrika...

Libya menjamin pendidikan percuma, biasiswa ke luar negara, kesihatan percuma, elektrik dan air percuma, bantuan wang pernikahan, faedah bank tanpa bunga, bantuan dari hasil keuntungan minyak diagih sama rata untuk rakyatnya (BACA DI SINI)...

Ghadafi banyak menaikkan taraf pendidikan wanita...

Melepasi tradisi kuno yang tidak membenarkan wanita belajar dan bekerja...

Ghadafi berjaya menjadikan kaum hawa celik ilmu...

87% dari kaum hawa ketika itu sudah pandai membaca...

Ghadafi juga menyerapkan wanita dalam ketenteraan...

Begitulah beliau membantu rakyatnya...

Bila Rakyat Libya Mula Di Pengaruhi Fitnah


Namun tengoklah apa jadi sekarang?

Apa sudah jadi dengan Libya setelah Ghadafi di gulingkan...

Rakyat marah dengan Ghadafi kerana pemerintahannya yang di katakan diktator yang zalim lagi kejam...

Di katakan Ghadafi menyekat kebebasan suara rakyat...

Rakyat di larang mengkritik kerajaan...

Rakyat yang berdemonstrasi akan di pukul dan di tangkap oleh kerajaan pimpinan Ghadafi...

Ada sahaja rakyat Libya terutama golongan muda tidak puas hati dengan Ghadafi...

Anak muda Libya mula inginkan kebebasan mutlak sebagaimana negara² lain, terutamanya cara Barat, padahal Barat pun tidak sebebas mana...

Kemuncaknya apabila Saddam Hussein jatuh...

Mereka melaungkan slogan "Saddam Hussein sudah, Ghadafi bila pula"...

Slogan yang sama seperti di Malaysia - "Jom Ubah"...


Jika DS Najib di Malaysia di lukis karikatur sebagai Kleptokrasi, Ghadafi di Libya pula di lukis sebagai "The Killer"...

Sewaktu kerajaan Ghadafi di jatuhkan oleh rakyat, Ghadafi di jumpai sedang menyorok di dalam lubang paip dan di tarik keluar oleh rakyatnya...

Sebaik beliau di tarik keluar, kaki beliau di tembak...

Belakang badan beliau di tembak...

Hingga beliau tidak mampu bergerak...


Ghadafi merayu kepada rakyatnya ketika itu :

"Jangan bunuh saya"...

"Kasihani saya"...

"Saya tidak bersalah"...

Rakyat yang sedang di rasuk nafsu syaitan ketika itu langsung tidak mengendahkan rayuan beliau...

Anak² muda memukul beliau seperti beliau tidak mempunyai jasa sedikit pun...

Hinanya sehingga mayat Ghadafi di usung dan di heret merata ceruk bandar...

Anak² muda sempat berselfie dengan mayat Ghadafi...

Ianya bagai suatu keseronokkan bagi mereka...

Satu kemenangan besar bagi mereka iaitu mereka telah BEBAS!!!

Namun, setelah 7 tahun revolusi Libya...

Keadaan politik Libya tidak lagi stabil...

Masing² berebut jawatan...

Tiada lagi pendidikan percuma...

Tiada lagi elektrik percuma...

Tiada lagi air percuma...

Rakyat hilang pekerjaan...

Rakyat terpaksa migrate ke luar negara untuk mencari pekerjaan...

Kos sara hidup mereka meningkat melampau...

Tidak tahu ke mana perginya hasil kekayaan negara mereka...

Kini ISIS dan Al-Qaeda mula memasuki Libya dan menjadi sarang mereka...

Banyak negara mula menyekat kerjasama ekonomi dan politik...

Libya kini tidak seperti dulu...

Sekurang²nya, hasrat rakyat untuk bebas dari cengkaman kuku besi dan memperjuangkan kebebasan suara BERJAYA...

Namun, sejauh mana suara mereka pergi?

Mereka terlepas dari cengkaman kuku besi Ghadafi, tapi mereka berhadapan sebuah ketidaktentuan politik yang lebih buruk...

Ramai rakyat Libya sudah mulai menyesal (BACA DI SINI)...

Saat tulisan ini, mereka memperjuangkan agar anak Ghadafi diberikan keampunan...

Alhamdullilah telah dapat...

Sekarang mereka menawarkan anak Ghadafi sebagai Presiden Libya yang baru...

Dengan harapan dapat membawa kembali legasi bapa beliau...

Namun, itu sudah terlambat...

Nasi sudah menjadi bubur...

Rakyat Malaysia Harus Bertanya Kepada Diri Sendiri, Apakah Dosa DS Najib Pada Rakyat Dan Negara Ini Sehingga Beliau Di Perlakukan Dengan Begitu Kejam


DS Najib sudah beri yang terbaik untuk rakyat yang tidak mampu di beri oleh Perdana Menteri terdahulu mahupun kini (BACA DI SINI)...

DS Najib tidaklah sekejam Ghadafi...

Namun rakyat Malaysia dari golongan Liberalis ini sangat kejam malah jauh lebih kejam dari rakyat Libya sendiri...

Hanya dengan persepsi dan fitnah, mereka jatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan HARAPAN mereka mendapat kerajaan baru yang lebih baik...

Sama sahaja sangkaan mereka ini dengan sangkaan rakyat Libya dahulu ketika beriya2 mahu menjatuhkan kerajaan diktator Ghadafi...

Malangnya, kerajaan baru yang di harapkan ini jauh lebih teruk daripada kerajaan DS Najib...

Mungkin sebab itu, Allah tarik pentadbiran kepimpinan DS Najib...


Allah gantikan dengan pentadbiran yang lebih kejam sesuai dengan kekejaman rakyatnya...

Namun kita bernasib baik kerana DS Najib masih lagi ada bersama2 kita...

Janganlah kita teruskan kesilapan dan kezaliman ke atas pemimpin yang telah banyak berjasa pada rakyatnya...

Sama2lah kita berdoa muga balasan yang Allah SWT turunkan kepada rakyat dan negara Libya tidak berlaku di bumi ini...

Kerana sekiranya berlaku, takut kita tak tertanggung akibat kemusnahan yang kita sendiri buat...






Petikan dari tulisan asal :

FB Nabeel Naqie II

Monday, March 25, 2019

Nama Tiba2 Hilang Dari Senarai Semakan Pengundi, Apa Motif Sebenarnya Nie!!!

|0 comments

Nama dah hilang dari senarai pengundi di SPR...

Apa yang SPR bawah Art Harun cuba buat ni?

Silap mata apa yang dia cuba lakukan?


Kalau ikut pada kenyataan media yang SPR keluarkan, 24 Mac 2019, mulai pukul 8.00 pm malam, semakan dah boleh di buat semula...

Melalui semakan yang admin buat, memang aplikasi Semakan SPR dah boleh di gunakan semula...

Tapi beberapa persoalan yang timbul ialah :

》Kenapa tiba2 bila dah hampir PRK DUN Rantau, perkara ini boleh berlaku?

》Apa jaminan SPR, tidak ada nama pengundi yang dah berdaftar tidak hilang dari senarai pengundi, terutamanya pengundi DUN Rantau?

》Apa tindakan SPR, sekiranya di hari pengundian PRK Rantau, ada pengundi yang mendapati nama mereka tiada dalam senarai pengundi, sedangkan mereka bukan pengundi baru dan sudah beberapa kali mengundi di DUN Rantau sebelum ini?

》Apakah SPR tidak mempunyai pegawai2 IT, sehingga perlu mengambil masa yang agak lama untuk atasi masaalah teknikal ini?

Dan kepada netizen, tolong minta anak2, adik beradik, jiran dan rakan2 untuk memastikan nama masih tersenarai dalam daftar pemilih SPR dan tiada perubahan yang di lakukan...

Sekiranya selepas pukul 8.00 pm (24 Mac 2019), masih lagi nama tidak tersenarai, maka admin sarankan, beramai2 membuat lapuran polis...

Contoh Laporan Polis Kerana Kehilangan Nama Dalam Daftar Undi

Pada hari ... tarikh ... jam ... saya berada di ... dan saya telah cuba mengakses laman sesawang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi menyemak status pengundi saya dan saya mendapat jawapan dari sistem laman sesawang itu bahawa tiada rekod di temui...

Saya hairan dan sangsi akan jawapan tersebut kerana saya merupakan pengundi berdaftar di Parlimen ... dan DUN ... dan telah ... kali membuang undi di kawasan-kawasan berkenaan tanpa isu...

Saya berharap Polis dapat menyiasat kejadian ini kerana senarai daftar pengundi adalah penting di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh di apa-apakan...

Saya membuat report ini untuk melindungi senarai daftar pengundi.

Sekian laporan saya.

Kepada SPR dan kerajaan Pakatan Harapan :

HAK RAKYAT UNTUK MENGUNDI TIDAK BOLEH DI PANDANG REMEH!!!

Mengapa Anwar Diam, Nurul Saja Bersuara Isu Pengerusi PAC?

|0 comments

Sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar semalam mengumumkan perletakan jawatannya sebagai anggota PAC...

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berbuat demikian berikutan perubahan pendirian PH, terutamanya berikutan kenyataan Perdana Menteri selepas Pengerusi PAC sedia ada, Ronald Kiandee menyertai Bersatu...

Salah satu janji manifesto PH ketika kempen PRU14 ialah melantik Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara daripada kalangan pembangkang dan untuk itu, Ronald Kiandee daripada UMNO telah di lantik memegang jawatan tersebut selepas PH berjaya menumbangkan BN buat pertama kali pada pilihanraya 9 Mei 2018 lalu...


Dalam satu kenyataan kepada MalaysiaKini, Nurul Izzah mengakui bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem pentadbiran negara (BACA DI SINI)...

Tun Mahathir Tidak Pernah Akan Berubah


Bagaimanapun selepas Ronald Kiandee memilih menyertai Bersatu, Tun Mahathir turut berubah pendirian dengan mengatakan tidak perlu bagi Ahli Parlimen Beluran itu melepaskan jawatannya (BACA DI SINI)...

Alasan Tun Mahathir ialah PH sudah pun menunaikan janji manifestonya ketika mula melantik Ronald Kiandee dulu, namun katanya :

"Apa PH boleh buat apabila Ahli Parlimen tersebut memilih untuk menyertai parti kerajaan"...

Hujah Tun Mahathir ini bukan saja mengecewakan, malah seperti mempermain2kan janji PH sendiri...

Sedangkan memilih orang baru untuk mengisi jawatan PAC itu di sebabkan tindakan beralih kiblat politik bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk di lakukan...

Mengapakah Tun Mahathir tiba2 jadi tidak setia lagi kepada janji PH sendiri?

Tetapi dengan perletakan jawatan Nurul Izzah menjelang mesyuarat PAC dalam waktu terdekat yang akan membuat pendirian sama ada mahu melantik peneraju baru atau mengekalkan Ronald Kiandee, pujian harus di berikan kepadanya yang pernah di gelar Puteri Reformasi sebelum ini...

Isyarat daripada perletakan jawatan beliau ini adalah sangat jelas iaitu PH mesti kembali kepada janji manifestonya semula...

PH ini tertegak dan berjaya menjadi kerajaan bukanlah di sebabkan oleh Tun Mahathir seorang diri, tetapi kerana perjuangan pemimpin2 gabungannya itu yang melaungkan pembaharuan dalam negara sejak tahun 1998 lagi...

Perlantikan Pengerusi PAC daripada kalangan pembangkang hanyalah salah satu daripada pembaharuan yang di janjikan oleh PH demi tadbir urus serta semak dan imbang yang lebih baik dalam kerajaan...

Pendirian Tun Mahathir Akan Membuatkan Kredibiliti PAC Menjadi Tandatanya


Jika jawatan itu gagal di kembalikan kepada pembangkang, bererti PH akan lebih teruk daripada BN dahulu kerana selain Pengerusi PAC datang daripada Bersatu, timbalannya pula adalah daripada DAP...

Semasa BN, walau pun peneraju PAC adalah parti kerajaan, tetapi timbalannya adalah pembangkang...

Reformasi apa jika begitu keadaannya?

Banyak lagi pembaharuan atau reformasi yang di janjikan yang sedang di tunggu atau di perhatikan rakyat sama ada PH benar2 jujur mahu melaksanakannya atau tidak...

Dalam hal ini, sikap dan tindakan Nurul Izzah adalah terpuji dan syabas di ucapkan kepadanya...

Janji pembaharuan kepada rakyat adalah jauh lebih utama daripada kedudukan dan beliau sanggup melepaskan jawatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan agar apa yang pernah di janjikan dahulu benar2 di tunaikan apabila kuasa sudah ada dalam genggaman...

Harus lebih ramai dalam PH yang berani dan sanggup berbuat seperti Nurul Izzah...

Tun Mahathir sudah mencecah umur 94 tahun sekarang ini, usianya mungkin tidak berapa lama lagi di dunia ini...

Tetapi, yang jauh lebih penting, bukanlah sama ada Tun Mahathir ada atau tidak, tetapi di manakah kredibiliti dan integriti PH sebagai sebuah kerajaan yang telus seperti yang sering di laungkan...

Admin percaya, ada lebih ramai lagi Nurul Izzah di dalam PH...

Ini bukti yang cukup jelas bahawa kerajaan PH bukan saja sudah di tolak rakyat malah pemimpin2 PH sendiri telah mula menolak PH...

Puteri Reformasi Sudah Bertindak, Mana Perginya Suara Bapa Reformasi


Satu tandatanya yang bermain di kalangan rakyat Malaysia, di manakah perginya suara Anwar Ibrahim yang di gelar sebagai Bapa Reformasi?

Anwar yang selama ini lantang mengkritik, tiba2 di lihat menikus dalam isu ini...

Ini bukanlah satu isu yang kecil atau isolated issue yang boleh di kesampingkan begitu saja...

Ini adalah isu yang berkait rapat dengan integriti dan kredibiliti kerajaan Pakatan Harapan, bukan saja di mata rakyat Malaysia malahan di mata dunia...

Adakah sikap membisu Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa Anwar sanggup mengambil alih sebuah kerajaan yang sudah tiada kredibiliti di mata rakyat Malaysia dan dunia, asalkan tercapai cita2 peribadi untuk menjadi Perdana Menteri?

Atau apakah Anwar akan dengan berani dan lantangnya mengkritik keputusan dan pendirian Tun Mahathir?

Atau ini satu lagi 'political movement' Tun Mahathir untuk meletakkan Anwar dalam keadaan serba salah...

Bersuara, bererti memulakan satu lagi perbalahan dengan Tun Mahathir dan berdiam diri bererti akan mendapat tentangan dari penyokong sendiri, apa lagi bila puteri sendiri dah mulakan langkah berani!!!

Now the fireball is in your hand Anwar, it's too hot to hold it too long but it's too risky to pass it to the wrong person!!!

What's your call, the rakyat and the whole world is watching and waiting...


Oh yer, Wakanda Mujahid tak nak tulis surat memujuk rayu pada adinda Izaah lagi ker?

Adinda kesayangan wakanda tengah merajuk tu...😜😜😜










Petikan karya asal :

Blogger tempatan
fda

Archives