Monday, March 11, 2019

Apa Tujuan Sebenar DAP Menyerang Gelombang Penyatuan Ummah


DAP parti rasis dan pemimpin2 utama DAP bersikap cauvenis!!!

Dan kebijaksanaan DAP ialah, setiap kali melakukan kezaliman yang bertunjangkan sikap rasis mereka, DAP akan dengan sengaja menimbulkan isu, untuk mengalih perhatian umum...

Baru2 nie, Menteri Kewangan aka Setiausaha Agung DAP keluarkan kenyataan yang mendapat kecaman (BACA DI SINI) dari segenap lapisan masyarakat...


Lepas Guan Eng keluarkan kenyataan hasutan berunsur perkauman, Nga Kor Ming keluarkan kenyataan yang lebih biadap (BACA DI SINI)...

Kenyataan Nga Kor Ming sebenarnya adalah tuduhan beliau bahawa masyarakat Melayu dan Islam yang berada dalam UMNO dan PAS adalah pengganas!!!

Perjuangan politik UMNO ialah mendaulatkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara!!!

Perjuangan politik PAS ialah mendaulatkan Islam di Malaysia tanpa pernah ada tercatit dalan sejarah perjuangan parti, PAS melakukan atau merancang atau menaja keganasan dalam apa bentuk sekali pun...

Memang pernah terjadi pertembungan antara UMNO dan PAS hingga mengakibatkan kejadian pertumpahan darah seperti di Memali...

Tapi waktu itu, yang jadi Presiden UMNO ialah Pengerusi Pakatan Harapan sekarang...

Jadi, memang betullah macam yang Hanipa Maidin kata, orang PAS tak akan lupa apa yang UMNO buat dulu, atau lebih tepatnya, apa yang Pengerusi Bersatu sekarang nie buat masa jadi Perdana Menteri ke 4 dulu (BACA DI SINI)...

Kalau Nga Kor Ming nak tahu siapa orangnya, tanyalah Perdana Menteri sekarang nie, siapa orangnya...


Hakikatnya, parti yang pernah melakukan kerosakan hingga pertumpahan darah di Malaysia kerana memperjuangkan idealogi politik sempit mereka ialah DAP!!!

Mungkin masa Tragedi 13 Mei 1969, Nga Kor Ming masih menetek dengan mak dia, sebab tu dia tak tahu, tapi, rajin2lah baca buku sejarah...

Apa yang kita persoalkan ialah, bagaimana seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat boleh keluarkan kenyataan dan tuduhan bodoh begitu?

Sebab itu, hampir seluruh rakyat Malaysia marah dengan kenyataan kedua2 pemimpin ultra kiasu DAP nie, kecuali macai2 DAP yang akan setia mempertahankan tindakan tuan besar mereka :

Parti Amanah Malaysia (PAN)



Presiden Amanah, Mat Sabu kata apa yang Guan Eng maksudkan dengan 'declaration of war' tu bukanlah perang angkat senjata tapi perang politik (BACA DI SINI)...

Admin pening juga dengan Bang Mat nie, kata tak ikuti kenyataan Guan Eng tu, beh tu camner Bang Mat boleh tafsirkan maksud kenyataan Guan Eng...🤔🤔🤔

Si Kalut Samad pulak tuduh UMNO dan PAS gunakan konsep politik assobiyah, maksudnya politik perkauman, guna perkataan Arab, baru nampak cerdik, yer tak...😉😉😉

Tapi confirm si Kalut nie memang bahlol, tolol dan samdol...


Jelas, dari kenyataan bersama UMNO dan PAS, penyatuan ummah TIDAK AKAN meminggir @ mendiskriminasi mana2 ugama dan kaum di Malaysia...

Itu kenyataan bersama UMNO dan PAS lepas Mesyuarat Badan Induk Penyatuan Ummah...


Dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi BN, MCA dengan MIC pun tak ada halangan dengan kerjasama UMNO dengan PAS...

Jadi celah mana yang si Kalut nie tuduh penyatuan ummah yang di gerakkan UMNO dan PAS adalah politik perkauman?


Tapi sekali jadi macai DAP, selama2nya akan jadi baruah DAP...

Kenapa DAP Timbulkan Ketegangan


Masih ingat lagi pada tarikh 8 Disember 2018?

Atau lebih tepat lagi pada Himpunan Daulat 812 kerana menolak keputusan kerajaan PH/ DAP untuk meratifikasikan ICERD...


Ratusan ribu, malah ada yang menjangkakan mencecah jutaan orang masyarakat Melayu Islam keluar ke jalanraya kerana membantah keputusan kerajaan PH (BACA DI SINI)...

Sedang kita semua menumpukan perhatian pada bantahan ratifikasi ICERD, DAP secara senyap2 dan terancang menjarah harta orang2 Melayu (BACA DI SINI), hingga kita terlepas pandang pada agenda sebenar DAP di sebalik menimbulkan ratifikasi ICERD melalui 'menteri kayu' di Kementerian Luar, Saifuddin Abdullah...

Sekarang sekali lagi DAP timbulkan ketegangan dengan memainkan api perkauman...

Tapi, apakah yang sebenarnya sedang DAP lakukan :



》Sedang kita menumpukan perhatian pada kenyataan BANGANG Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming, DAP telah berjaya memberikan satu BENCANA BESAR pada masyarakat Melayu Islam...

Sekali lagi melalui 'menteri kayu' di Kementerian Luar, Saifuddin Abdullah, di gunakan oleh DAP dalam menjayakan agenda Malaysian Malaysia mereka...

Tanpa merujuk kepada SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja atau dengan memberikan nasihat yang salah kepada SPB YDP Agong, pada 4 Mac 2019, Saifuddin atas kapasiti wakil kepada kerajaan Malaysia telah menandatangani persetujuan Malaysia ke atas Rome Statute (BACA DI SINI)...

Adakah Saifuddin sebagai Menteri Luar telah beeikan nasihat kepada SPB YDP Agong bahawa hampir KESEMUA negara yang ada sistem Beraja MENOLAK ROME STATUTE ini termasuk Brunei, Thailand dan negara2 Arab Beraja?

Adakah Saifuddin telah maklumkan kepada SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja semua, bahawa ICC di bawah ROME STATUTE ini boleh OVERULE Makamah Khas Di Raja yang Mahathir wujudkan sewaktu Krisis Perlembagaan 1993 dahulu?

Apa implikasinya pada negara, khususnya masyarakat Melayu :

YDP Agong dan Panglima Angkatan Tentera Boleh di dakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di bawah Rome Statute...

Secara halus sistem monarki telah pun di hapuskan secara beransur2 dan Malaysia sekarang ke arah negara republik...

Apabila anggota Majlis Raja Raja dan SPB YDP Agong sudah tidak lagi mempunyai kedudukan istimewa di dalam perlembagaan, maka 4 perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kedudukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia, kedudukan istimewa Raja Raja, hak2 istimewa orang Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan BOLEH di mansuhkan tanpa mendapat persetujuan SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja...

Keengganan SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja untuk bersetuju, menyebabkan baginda boleh di anggap sebagai gagal atau dengan sengaja bertindak bertentangan dengan perlembagaan negara...

Tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan, boleh di anggap sebagai jenayah dan baginda boleh di tangkap serta di dakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)!!!

Prinsip Raja Payung Negara telah berjaya DAP musnahkan kali ini selepas usaha mereka untuk meratifikasikan ICERD gagal!!!

Ini adalah bencana yang sangat besar pada bangsa Melayu bukan saja yang hidup pada hari ini malah generasi Melayu yang akan datang!!!

Kita mempunyai Raja Raja, tapi Raja Raja kita sudah tiada kuasa untuk melindungi rakyat baginda kerana kuasa Raja Raja sudah secara rasminya di cabut oleh Si Kitol yang bernama Saifuddin Abdullah!!!

Pada masyarakat Melayu yang masih lagi bersama2 dengan Pakatan Harapan, terutamanya DAP, sedarlah, kehancuran yang besar sedang menunggu kita...

UMMAH WAJIB BERSATU!!!

Cukuplah kita bermusuhan selama ini kerana ianya hanya akan menguntungkan musuh kita...

Kalau pun tak mahu bersatu dalam gelombang penyatuan ummah, janganlah pula bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan ummah...

Kelak akan di kenang di dalam sejarah sebagai pengkhianat ugama dan bangsa di bumi Malaysia...






0 comments:

fda

Archives