Thursday, February 28, 2019

Bila Dah Kantoi Dengan Mahathir, Anwar Spin Isu Konon PAS Bayar Clare Untuk Alih Perhatian

|0 comments

Tiba2 Anwar berminat dengan isu fitnah RM90 juta yang di katakan duit 1MDB di masukkan ke dalam akaun PAS...

Bila SPRM jelaskan, siasatan yang di buat SPRM mengesahkan tiada kemasukan duit RM90 juta dari 1MDB ke dalam akaun PAS, Anwar cuba timbulkan isu yang langsung tak ujud (BACA DI SINI)...

Setiausaha Agung PAS Berikan Penjelasan Pada Menteri Di Jabatan BAKAL Perdana Menteri


Jadi untuk puaskan hati Anwar, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berikan penerangan :

Perintah Persetujuan (Consent Order) yang di rekodkan menyatakan pihak yang menuntut tidak meneruskan tuntutannya, manakala pihak defendan tidak meneruskan tuntutan balas serta tiada perintah mengenai kos...

Berdasarkan kepada Perintah Persetujuan di atas, maka selain daripada kedua2 pihak bersetuju tidak meneruskan tuntutan dan tuntutan balas masing2, mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kepada mana2 pihak...

Dengan kata lain pihak yang menuntut, YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, (dalam pliding Mahkamah di sebut sebagai 'Mr. Awang') tidak membayar apa2 bayaran atau pun kos kepada pihak defendan untuk penyelesaian kes ini di luar mahkamah...

Perlu di jelaskan juga bahawa, PAS lagilah tidak membayar apa2 bayaran di mana2 peringkat kes ini kerana PAS bukanlah satu pihak dalam tindakan ini (PAS is not even a party to the suit)...

Kenapa Anwar Tiba2 Beria2 Bangkitkan Isu Ini


Cubaan Anwar untuk spin isu tersebut adalah langkah terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu krisis keyakinan Pakatan Harapan terhadap Mahathir...

Tak perlulah Anwar cuba nak mengalihkan perhatian rakyat apa lagi perhatian Mahathir dalam usaha membuat undi tak percaya...

Walau pun admin bukanlah penyokong Mahathir, tapi admin akui, apa yang Mahathir pernah katakan dulu adalah benar...



Tujuan Anwar masuk politik hanyalah semata2 untuk menjadi perdana menteri...

Sejarah berulang kembali, tentu ramai masih ingat lagi bagaimana kerakusan Anwar untuk menjadi perdana menteri, beliau telah gunakan Ketua Pergerakan Penuda UMNO di waktu itu, Zahid Hamidi, untuk menimbulkan isu kronisme sewaktu Persidangan Agung UMNO...

Tujuannya tak lain dah tak bukan adalah untuk beri tekanan pada Mahathir supaya berundur...

Kini cara yang sama Anwar gunakan di pentas yang berbeza...

Dan nasib yang sama juga bakal Anwar terima...

Sebagaimana Mahathir telah menghidu niat busuk Anwar sewaktu mereka berada dalam UMNO, begitu jugalah Mahathir telah hidu niat busuk Anwar di dalam Pakatan Harapan...



Isyarat dan amaran yang cukup jelas telah Mahathir beri pada Anwar dan parti2 komponen PH...

Gerakan menjatuhkan Mahathir menghadapi situasi di telan mati emak, di luah mati bapak!!! 



Majoriti PH di Dewan Rakyat bukanlah majoriti 2/3 tetapi cuma majoriti mudah...

Sekiranya ada parti yang berpaling tadah maka dengan sendirinya PH akan kehilanhan kelayakan membentuk kerajaan...

Ini bermaksud, sekiranya Mahathir dapat di gulingkan dengan undi tak percaya, pastilah Mahathir akan membawa semua ahli parlimen Bersatu bersamanya dan bila tiada gabungan parti politik atau mana2 parti politik tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan, maka parlimen MESTI di bubarkan untuk mengadakan pilihanraya umum bagi membentuk kerajaan baru...

Dalam keadaan sekarang kerana kegagalan kerajaan PH mentadbir negara dengan baik dan di tambah dengan kemarahan penyokong2 setia Mahathir kerana usul undi tak percaya yang di lakukan, apakah Anwar, DAP dan PAN yakin masih boleh memenangi pilihanraya umum?

Sekali lagi kegopohan Anwar akan menyusahkan penyokong2 beliau...

Jadi, tak perlulah Anwar Ibrahim cuba menangguk di air yang tak berapa nak keruh tu...

Rakyat sudah penat dengan kerenah2 PH!!!

Situasi semasa menunjukkan sokongan dan keyakinan rakyat dah berbalik pada Barisan Nasional...

Bukan saja rakyat dah menolak Anwar malah jenama PH sendiri dah di tolak rakyat...

Berhentilah mengejar kepentingan peribadi...

Gunakan sisa2 masa yang ada dalam penggal nie untuk buat sesuatu yang boleh di kenang oleh rakyat...

Sekurang2nya rakyat akan kata, ada juga jasa PH pada rakyat, walau pun cuma sepenggal menjadi kerajaan!!!

Wednesday, February 27, 2019

Mahathir Tiada Modal Untuk 'Fitnah' PAS

|0 comments
Bukti Campurtangan Mahathir Dalam SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB di salurkan ke akaun bank rasmi PAS...

Perkara itu di sahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu...

"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang di katakan duit 1MDB di masukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengenai isu tersebut...

Tapi walau pun Shukri dah keluarkan kenyataan, tapi nampaknya Mahathir tak puas hati sebab kenyataan yang di buat SPRM tak memenuhi kehendak Mahathir (BACA DI SINI)...


Lalu Mahathir keluarkan 'arahan' pada SPRM supaya di buka balik kertas siasatan sampai keluar kenyataan yang mengesahkan adanya aliran duit RM90 juta dari 1MDB ke dalam akaun PAS, tak kiralah walau dengan apa cara sekali pun (BACA DI SINI)...


Jelas pada kita campurtangan Mahathir dalam SPRM...

Apa saja keputusan yang memenuhi kehendak hati Mahathir, maka Mahathir akan merestuinya...

Tapi kalau keputusan siasatan bertentangan dengan apa yang Mahathir kehendaki, maka tanpa teragak2, Mahathir akan berikan 'arahan' supaya siasatan di buat semula sehingga keputusan siasatan mengikut skrip yang dah Mahathir tetapkan, tak kiralah dengan apa cara sekali pun...

Walau pun Mahathir tahu, campurtangan beliau dalam SPRM adalah jelas bertentangan dengan 5 Janji Pilihanraya PH yang dia sendiri lafazkan pada rakyat Malaysia...

Timbul persoalan pada kita, masih bebas dan teluskah lagi SPRM?

Fitnah RM90 Juta Yang Mahathir Cipta Adalah Talian Hayat Bersatu Dalam PRK Semenyih Dan Juga Talian Hayat Untuk Kekal Sebagai PM


Siasatan RM90 juta dah di buat 3 tahun dahulu dan sememangnya dah lama di sahkan tak der kes...

Mahathir terus mahu politik kan sebagai serangan terhadap PAS...

Kemarahan Mahathir pada PAS kali ini adalah kerana keengganan PAS menghentikan kerjasama dengan BN dalam PRK Semenyih...

Mahathir gunakan kesempatan permintaan PAS untuk berjumpa Mahathir bagi membincangkan bayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu untuk memerangkap PAS (BACA DI SINI)...

Dari kenyataan kedua2 pihak, dapat kita simpulkan, Mahathir meminta jaminan dari PAS untuk menyokong beliau SEKIRANYA ADA UNDI TAK PERCAYA KE ATAS BELIAU DI PARLIMEN...


Berpegang atas prinsip mendaulatkan ugama Islam di Malaysia, kepimpinan PAS bersetuju dengan permintaan Mahathir...

Tapi Mahathir ialah Mahathir, sebaliknya, sebaik saja selepas pertemuan antara beliau dengan PAS, Mahathir terus mengumumkan bahawa PAS berjanji tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih...


Terkejut dengan kenyataan Mahathir, kepimpinan PAS telah melakukan mesyuarat tergempar dan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Setiausaha Agong PAS, Takiyudin Hassan untuk menjelaskan perkara yang sebenar (BACA DI SINI)...

Mahathir sememangnya mengharapkan agar PAS bertindakbalas dan menyatakan sokongan secara terbuka PAS terhadap Mahathir sekiranya gerakan untuk mengusulkan undi tak percaya terhadap beliau di parlimen menjadi kenyataan...


Dengan cara itu, Mahathir menghantar isyarat yang cukup jelas kepada DAP dan kelompok tertentu dalam PKR, bahawa usul undi tidak percaya ke atas beliau, pasti akan gagal mendapatkan undi 2/3 dari ahli parlimen...


Tujuan lain Mahathir menabur fitnah ke atas PAS ialah kerana bimbang dengan kerjasama antara UMNO dan PAS yang di lihat semakin mantap dari hari ke hari...

Pukulan pertama yang di terima ialah kekalahan calon PH di Cameron Highland...

Lepas BN menang di Cameron Highland hasil dari kerjasama yang mantap antara UMNO dan PAS, PRK Semenyih menyaksikan hubungan kerjasama yang lebih jitu antara BN dan PAS...

Inilah yang merisaukan Mahathir...

Mahathir tahu, kalau keadaan ini di biarkan, PH PASTI TUMBANG dalam PRU 15 nanti...

Bagi Mahathir, kerjasama ini tak boleh di biarkan...

Penyatuan yang terjalin MESTI di musnahkan...

Cara yang terbaik bagi Mahathir ialah dengan menimbulkan rasa syak wasangka dan kemarahan  antara UMNO dan PAS...

Dengan menebarkan fitnah, Mahathir harap dapat membuat orang UMNO merasakan PAS adalah parti politik yang tak boleh di percayai dan menikam kawan di saat akhir...

Dengan menabur fitnah, Mahathir harap, penyokong PAS pula akan bertindakbalas terhadap respon penyokong UMNO...

Dengan cara itu, UMNO dan PAS tak akan berkerjasama lagi di dalam PRK yang akan datang dan yang paling penting, kerjasama itu mesti di musnahkan sebelum PRU 15...

Bagi Mahathir, fitnah RM90 juta, adalah senjata yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan saja memecahkan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS, malah juga sebagai amaran kepada DAP dan PKR...

Tapi Mahathir lupa, pepatah ada menyatakan :

"Fitnah adalah senjata yang tajam tapi tidak setia, akan tiba masanya, senjata itu akan memakan tuannya sendiri"

Dan sekarang, senjata tersebut mula memakan tuannya sendiri!!!

Bila Si Munafik Menuduh Parti Orang Melayu Islam Sebagai Parti Kafir


Mahathir lupa, walau pun dia berada di puncak kuasa atas bumi Malaysia nie, tapi kuasa mutlak tetap pada Allah swt...

Ada masanya, Allah swt mengizinkan kebatjilan mengatasi yang hak, untuk memberi peluang pada hambaNya bertaubat, tapi bila tiba masanya, maka yang hak PASTI akan mengatasi yang batil...

Segala perancangan Mahathir menemui jalan buntu...

Mahathir mengharapkan agar kerjasama antara UMNO dan PAS musnah selepas memperalat dan menabur fitnah ke atas PAS, tapi Allah swt mengkehendaki yang sebaliknya berlaku...

Firman Allah :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Mafhumnya :

Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan ALLAH sebaik2 perancang (membalas tipu daya)...

Surah Ali Imran : Ayat 54

Pemimpin dan penyokong UMNO tidak melatah manakala pemimpin dan penyokong PAS berjaya menangani isu tersebut dengan baik...


Malah, kerjasama antara UMNO dan PAS di lihat semakin mantap (BACA DI SINI), ini semuanya adalah atas izin Allah swt...


Marah dengan kegagalan memecahbelahkan antara UMNO dan PAS, akhirnya Mahathir menyuarakan apa yang terbuku di hatinya dengan mengatakan kerjasama antara PAS dan UMNO adalah kerjasama antara parti Islam dan parti kafir (BACA DI SINI)...


Satu persoalan menarik, kenapa Mahathir tidak menuduh PAS sebagai parti kafir, sedangkan sejak dahulu, Mahathir secara konsisten menyerang PAS dan menuduh Haji Hadi dan PAS kafir?

Ini adalah kerana, Mahathir masih bimbang pada undi tak percaya ke atas dirinya dan waktu itu, Mahathir amat2 memerlukan sokongan PAS untuk menyelamatkannya dan membuat PAS marah adalah ibarat menggali lubang untuk diri sendiri...

Jadi, UMNOlah yang menjadi sasaran kemarahan Mahathir!!!

Menuduh orang yang beriman sebagai kafir merupakan tuduhan yang berat...

Daripada Abu Zar ra, di katakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda :

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

Mafhumnya :

Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu... 

Riwayat Al-Bukhari : 6045..

Memang benar seperti apa yang telah di sabdakan oleh Rasulullah saw, malah ciri2 musuh Islam yang paling bahaya iaitu munafik, ada terdapat pada orang yang menuduh UMNO sebagai parti kafir...

Perhatikan sabda baginda Rasulullah saw :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Mafhumnya :

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw, baginda bersabda : 

"Tanda munafik ada tiga :

》Jika berbicara dia dusta...
》Jika berjanji ia mengingkari...
》Dan jika di beri amanah dia khianat"...

Riwayat Al-Bukhari : 32...

Jika Abdullah bin Ubai laknatullah ialah bapa orang munafik yang cuba memecahbelahkan penyatuan ummah antara Muhajirin dan Ansar di zaman baginda Rasulullah saw, apakah Mahathir boleh di katakan sebaris dengan Abdullah bin Umar laknatullah kerana membawa perwatakan yang sama dengan matlamat yang sama!!!

Pada penyokong UMNO dan PAS, jangan termakan hasutan yang membawa perpecahan yang cuba di lakukan oleh Mahathir, teruskan kerjasama dalam menyatukan ummah demi Islam dan Melayu di bumi Malaysia ini...

Pada penduduk Semenyih, pilihlah panji perpaduan yang di julang oleh UMNO dan PAS pada 2hb Mac ini...

Tolaklah panji perpecahan yang di bawa oleh Pakatan Harapan...

Selamat mengundi pada PRK Semenyih, muga undi penduduk Semenyih akan jadi pemangkin pada penyatuan ummah di Malaysia...

Amin...

Tuesday, February 26, 2019

Jaga2 Semua, PH Nak Kencing Lagi...🤭🤭🤭

|0 comments

Itu antara kata2 Din Pagoh masa berkempen di PRK Semenyih 21 Februari 2019 yang lepas (BACA DI SINI)...

Sebelum tu, Din Pagoh juga ada umumkan yang kerajaan PH bersetuju berikan BSHM 100 hengget pada golongan bujang, setelah dia buat usul tu dalam mesorat kabinet...

Dah terang, tak perlulah kita bersuluh, tujuan Din Pagoh secara menggelabah puyuh umumkan perkara yang tak pasti ialah :

》Opkos, sebab nak pancing undi untuk PRK Semenyih sebab Din Pagoh YAKIN DENGAN TERAMAT YAKIN, 'Aiman Tak Kesah', calon PH untuk PRK Semenyih akan kalah...

》Untuk beritahu rakyat Malaysia bahawa suara Din Pagoh 'power' dalam kabiner PH, sebab sebelum tu, beberapa hari lepas Din Pagoh umumkan tentang BSHM 100 hengget, kerajaan PH pula umumkan setuju bagi 100 hengget pada orang bujang, jadi bila Din Pagoh yang cakap, perkara tu adalah BENAR DAN TIADA YANG TIDAK BENAR, MELAINKAN BENAR BELAKA!!!

Tapi betul ker ada berita baik macam yang Din Pagoh cakap tu...🤔🤔🤔

Pejabat Perdana Menteri Keluarkan Kenyataan Media Berkenaan Tol



Tu lah korang, Din Pagoh cakap, korang tak nak percaya...

2 hari lepas Din Pagoh umumkan, Pejabat Perdana Menteri 'terpaksa akur' dan keluarkan kenyataan media yang mengatakan kerajaan PH DAH MULAKAN PROSES RUNDINGAN DENGAN GAMUDA BERHAD UNTUK AMBIL ALIH TOL...

Maksudnya, bila kerajaan PH dah ambil alih TOL, bolehlah mansuhkan, ye tak...

Power kan Din Pagoh, dia buka mulut jer, mesti jadi...🤗🤗🤗

Lim Guan Eng Malukan Din Pagoh


Din Pagoh sangkakan panas sampai ke petang, tapi lepas Dhuha dah hujan ribut...


Belum sempat Din Pagoh berbangga dengan pengumuman yang dia buat, Nabita (Guan Eng) keluarkan kenyataan yang menghiris hati Din Pagoh...

Nabita kata, jangan buat spekulasi!!! (BACA DI SINI)...

Bila wartawan tanya, Nabita jawab balik dengan soalan :

"Saya yang umumkan ker?"...


Lagi menghiris hati Din Pagoh, bila Jemin keluarkan kenyataan sebenarnya belum muktamad lagi, masih peringkat kajian dan perbincangan dengan Gamuda Berhad (BACA DI SINI)...

Lagi kelakar bila sorang lagi apek dari DAP, Anthony Loke, merangkap Menteri Pengangkutan buat kenyataan yang KERAJAAN JAMIN, HARGA TOL DI WAKTU PUNCAK AKAN DI KEKALKAN (BACA DI SINI)...😓😓😓

Nie yang paling 'win', Dian Pagoh kata ada berita baik mengenai TOL, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri kata dah mulakan perbincangan dengan serikat pengendali TOL tapi serikat pengendali TOL kata, tak ada apa2 perbincangan antara mereka dengan kerajaan (BACA DI SINI)...

Beh tu, kerajaan PH bincang dengan serikat mana, x kan dengan serikat jual labuci baju kut!!!

Jadi pengumuman Muhyiddin yang kerajaan PH akan umumkan berita baik tentang tol tu, bolehlah di anggap rekaan semata2 dan tak ada kena mengena antara yang hidup dan yang mati aka KENCING!!!

Din Pagoh Tak Putus Asa @ Masih Ada Kencing Yang Tak Tus


Walau pun dah kantoi kencing pasal TOL, tapi Din Pagoh tetap ketagih nak tabur janji untuk terus kencing rakyat...

Tak kesahlah kalau orang nak gelar Din Pagoh kencing meleleh tapi kalau tak dapat kencing rakyat, mata Din Pagoh tak boleh lelap tidur...


Jadi dengan muka tak tahu malu, Din Pagoh imumkan yang kerajaan PH ada berjuta2 inisiatif untuk bantu rakyat (BACA DI SINI)...

U-Turn, Kencing Dan Salahkan DS Najib @ UMNO @ BN @ PAS Adalah Keperluan WAJIB Bagi Pemimpin PH


Sebenarnya cerita tentang janji hancing, u-turn, salahkan Najib @ UMNO @ BN @ PAS dah terlalu banyak rakyat dengar dari PH...

Harga petrol RM1.50 seliter, PTPTN, hutang Felda, GST yang di ganti dengan SST yang lebih membebankan, penghapusan GRAB, penghapusan TOL, pemberian BSHM yang sama nilai dengan BR1M dan banyak lagi, semuanya tipu...

Tu tak termasuk fitnah yang di tabur ke serata dunia tentang 1MDB, DS Najib dan keluarga!!!

Asal buka mulut, mesti nak menipu...

Asal buka mulut, mesti nak salahkan pihak lain (BACA DI SINI)...

Bagi pemimpin PH, mereka adalah maksum dan tak pernah buat salah selain sempurna dalam segala2nya, walau pun pada hakikatnya, semua masaalah rakyat dan negara adalah di sebabkan oleh pemimpin2 PH yang BANGANG!!! (BACA DI SINI)...


Dari pemimpin hingusan, sampailah pemimpin atasan, itulah perangai mereka!!!

Pengundi Semenyih nilaikanlah sendiri...

Selama 9 bulan berwakil rakyatkan PH, apa jasa yang dah di buat di bumi Semenyih?

Sekali tertipu, di katakan silap...

Tapi kalau dah kali kedua tertipu, itu maksudnya bodoh...

Admin yakin, rakyat Semenyih bijak untuk di tipu kali kedua...

Gunakan kesempatan yang ada, singkirkan PH dari bumi Semenyih...

Kembalikan kerusi DUN Semenyih pada BN yang tak dapat di nafikan jasa dan bakti pada bumi Semenyih...

Selamat mengundi kepada penduduk Semenyih...

Monday, February 25, 2019

Jangan Bohong DAP Tiada Niat Jatuhkan Mahathir

|0 comments
Kronologi Asakan DAP Terhadap Dr. Mahathir


Bila rancangan dah bocor, DAP cuba menafikan adanya usaha untuk melakukan undi tak percaya pada Dr. Mahathir bila parlimen bersidang nanti (BACA DI SINI)...

Tapi macam biasalah, namanya pun dah DAP...

Apa yang di cakap, tak sama dengan apa yang di buat...

Berikut adalah kronologi asakan DAP pada Dr. Mahathir :

Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor)


13 Jun 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa tindakan Tun Daim Zainuddin memanggil Tun Md. Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tidak melampaui bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan adalah tidak betul dan bercanggah dengan kedaulatan undang2...

Wong Kah Woh (Ahli Parlimen Ipoh Timur)


2 Julai 2018 :

Kegagalan Tun Dr Mahathir melantik Chong Chieng Jen dan Nga Kor Ming sebagai Menteri adalah tidak berpatutan (BACA DI SINI)...

Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang)


6 September 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM50 adalah satu penghinaan kepada 15 juta tenaga kerja di Malaysia...

Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor)


8 Oktober 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa kerajaan tidak menetapkan had masa tertentu bagi memansuhkan Akta Hasutan adalah sangat di kesali...

18 Oktober 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Manifesto Pakatan Harapan menjadi beban yang besar kepada Pakatan Harapan adalah tidak tepat...

10 Disember 2018 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa pilihan raya tempatan akan membawa kepada konflik perkauman dan meluaskan jurang bandar dan desa adalah tidak kena pada tempatnya dan hanyalah satu andaian beliau sahaja...

13 Februari 2019 :

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa 7 Ahli Parlimen UMNO yang di terima masuk ke dalam Bersatu telah berubah adalah tidak betul...

Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri)


11 Disember 2018 :

Tun Dr Mahathir mungkin tidak mempunyai maklumat yang betul bila menyatakan bahawa pilihan raya tempatan akan membawa kepada konflik perkauman dan meluaskan jurang bandar dan desa...

14 Disember 2018 :

Semua kemajuan dalam usaha anti rasuah akan terbatal dan terjejas jika kepimpinan politik gagal memberikan komitmen kepada matlamat menukar Malaysia daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara berintegriti dengan menerima masuk Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO ke dalam Pakatan Harapan...

Ronnie Liu (Setiausaha DAP Selangor)


12 Disember 2018 :

Jika pemimpin UMNO adalah sampah yang tidak berguna, saya berharap Tun Dr. Mahathir tidak akan menjadi seorang pengutip sampah dan memasukkan mereka ke dalam Bersatu...

13 Februari 2019 :

Adalah sangat menyedihkan apa yang Tun Dr Mahathir sedang lakukan, menerima masuk sampah seperti ini...

Khoo Poay Tiong (Ahli Parlimen Kota Melaka)


16 Disember 2018 :

Penerimaan masuk bekas2 pemimpin dan ahli UMNO ke dalam Pakatan Harapan adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat dan ahli2 Pakatan Harapan yang telah berjuang melawan rejim Barisan Nasional...

Dr. Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Bangi)


13 Februari 2019 :

Saya tidak fikir penyokong2 Pakatan Harapan mengundi kita untuk melihat UMNO 2.0 kembali berkuasa...

Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan)


17 Februari 2019 :

Kemasukan Bersatu ke Sabah dan penerimaan masuk ahli2 UMNO ke dalam Bersatu perlu di bincangkan di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan...

Dr. Boo Cheng Hau (AJK DAP Johor)


19 Februari 2019 :

Tun Dr Mahathir perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana tidak mempunyai keyakinan ke atas diri sendiri dan ke atas Manifesto Pakatan Harapan...






Kredit :

FB Dr. Kamarul Yusuf

Pengundi Semenyih WAJIB Tolak Kerajaan Yang 'MENGHALALKAN' Perbuatan Menghina Rasulullah SAW

|0 comments
Menghina Rasulullah SAW Bukan Kebebasan Bersuara Dan Tindakan Tegas Mesti Di Ambil



Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) di Strasbourg memutuskan, pada hari Kamis (25/10/2018), bahwa menghina Nabi Muhammad saw tidak boleh di anggap sebagai kebebasan bersuara... 

ECHR membuat keputusan itu ketika mengekalkan sabitan bersalah, Puan Es, seorang wanita Austria kerana menggelar Nabi Muhammad saw 'fedofilia' yang membawa maksud antara penggemar seks luar tabie (BACA DI SINI)...

Mahkamah Hak Asasi Manusia (ECHR) juga menyatakan bahawa perbuatan atau aktiviti memfitnah Rasulullah saw melangkaui had kebebasan berucap...

Keputusan di buat adalah susulan dari rayuan yang di kemukakan oleh Puan Es, seorang wanita berusia 40'an atas keputusan mahkamah di Vienna yang mendapatinya bersalah pada 2011 atas tuduhan menghina doktrin keagamaan kerana membuat dakwaan dalam dua seminar awam pada 2009 bahawa perkahwinan Nabi Muhammad saw dengan Saidatina Siti Aishah ra sebagai perbuatan fedofilia dan mengarahkannya membayar denda €480 (RM2,300) selain kos...

Itu keputusan yang telah di buat oleh mahkamah di Vienna, Austria dan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg...

Ugama Islam bukanlah agama persekutuan bagi negara Austria...

Hakim2 yang membuat bukan penganut ugama Islam...

Pemimpin Austria juga bukan berugama Islam, walau pun mereka buat keputusan itu bukan atas landasan cintakan Allah swt dan RasulNya tapi sekurang2nya mereka menghormati ugama yang tak mereka imani dan menganggap apa saja penghinaan terhadap kepercayaan ugama lain ialah satu perbuatan jenayah yang WAJIB di hukum!!!

Sikap Menghina Islam Semakin Berleluasa Di Malaysia



Ugama rasmi Malaysia ialah Islam...

Satu persoalan yang timbul ialah mengapa kebiadapan menghina ugama Islam semakin berleluasa sekarang ini?

Kes menghina Rasulullah saw oleh Foo Sing Wai bukanlah kes yang pertama di Malaysia...


20 Februari lepas, kita di kejutkan lagi dengan satu perbuatan biadap yang jelas menghina Islam bila sebuah patung berhala di letakkan di pintu masuk utama Surau Sabilul Huda, Taman Pandamar Indah, Klang, Selangor...



Belum reda kemarahan penduduk tempatan dan masyarakat Islam di Malaysia, sekali lagi manusia biadap nie melakukan kerja yang sama dengan meletakkan 2 patung berhala di surau yang sama pada 23 Februari 2019!!!

Mengapa Sikap Biadap Ini Semakin Berleluasa




Orang Melayu kata :

Kalau Bapak Kencing Berdiri, Anak Akan Kencing Berlari...

Orang Putih pulak kata :

'Like Father, Like Son'...

Sikap pemimpin yang menjadi kerajaan, pasti akan menjadi ikutan rakyat bawahan...


Kalau dah Dr. Mahathir sebagai perdana menteri dah memang suka menghina Rasulullah saw, pasti menteri2 di bawah pentadbiran beliau mempunyai sikap yang sama...



Sikap biadap Dr. Mahathir dan menteri2nya makin menjadi2 apatah lagi bila sekarang nie mereka bukan saja bergabung malah mengharapkan belas ihsan dari DAP yang memang di kenali sebagai parti politik yang anti Islam, untuk mengekalkan kuasa mereka...



Bila perdana menteri dan menteri2 di bawah beliau yang mengaku berugama Islam tapi secara terang2an berani menghina Rasulullah saw tanpa ada perasaan bersalah sedikit pun, pastilah rakyat marhaen akan melakukan perkara yang lebih dahsyat dari itu...

Kenyataan yang di buat oleh Foo Sing Wah dan Sally Yen adalah sama seperti yang di ucapkan oleh Puan Es di Austria...

Kalau di Austria, peringkat awalnya Puan Es, di sabitkan kesalahan dan di kenakan denda €480 oleh Mahkamah Austria malah Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) mengekalkan hukuman dan di tambah kos mahkamah, tapi Foo Sing Wah yang melakukan perkara yang sama di bebaskan dengan ikat jamin polis (BACA DI SINI) manakala Sally Yen masih bebas tanpa sebarang tindakan!!!


Admin tak nafikan, sewaktu kerajaan BN memerintah, perkara yang sama pernah berlaku, tapi di sebabkan ketegasan kerajaan, maka rakyat tidak berani melakukannya secara terbuka dan berleluasa (BACA DI SINI)...

Walau pun tidak lagi menjadi kerajaan, namun sikap ini konsisten apabila Ketua Pemuda UMNO dan PAS mengeluarkan kenyataan bersama yang keras dan tegas bagi menyatakan pendirian di dalam isu menghina Rasulullah saw (BACA DI SINI)...



Kepada pengundi masyarakat bukan Islam di Semenyih, tolaklah PH kerana sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan saling menghormati antara satu sama lain, sudah pasti kita tak mahu keharmornian masyarakat Malaysia musnah semata2 atas kepentingan politik DAP...



Kepada masyarakat Islam di Semenyih, hukum mempertahankan maruah Rasulullah saw adalah WAJIB (BACA DI SINI), maknanya HARAM kita bersekutu dengan golongan2 yang suka menghina Rasulullah saw, apatah lagi memberikan mandat untuk mereka terus berkuasa 'MENGHALALKAN' penghinaan terhadap Allah dan RasulNya...

Kalau kita masih lagi mahu memberikan kuasa pada golongan yang gemar menghina Rasulullah saw, maka siapkanlah jawapan pada Rasulullah saw di Padang Mahsyar nanti, bila baginda tanya nanti...

Buatlah pilihan yang bijak, kerana undi kita bukan saja akan di kira di peti undi, malah akan di hisab di akhirat nanti...

Selamat mengundi di PRK Semenyih pada pengundi2 di Semenyih...

Sunday, February 24, 2019

Percubaan 'TunggulKu' Mengalahkan BossKu

|0 comments

Tercabar dengan fenomena BossKu yang melanda Semenyih, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba nak buktikan, kalau Datuk Seri Najib boleh tarik perhatian, Din Pagoh sebagai bekas TPM, bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Pengerusi BN, Presiden Bersatu dan Menteri Dalam Negeri, senang2 boleh tapau populariti Datuk Seri Najib...

Tak tahulah mungkin sebab over confident atau syok sendiri @ perasan popular, Din Pagoh pun cuba nak buat kejutan dengan lawatan ke Giant Semenyih...

Apa cer nak lawat Tesco, tu tempat Datuk Seri Najib pergi dulu...

Jadi 21 Februari 2019, dengan muka yang 'over konfiden' dan muka 'over poyo', Din Pagoh pun mulakan misi buat kejutan...

Misi buat kejutan Din Pagoh berjaya capai matlamat, tapi yang terkejut ialah Din Pagoh sendiri...

Terkejut beruk Din Pagoh bila dia sampai kat Giant Semenyih, tetiba jer jadi halimunan...

Bukan orang Semenyih tak alu2kan kedatangan Din Pagoh, Menteri Dalam Negeri tu, tapi orang Semenyih tak nampak Din Pagoh...🙈🙈🙈

Jadi terkulat2lah Din Pagoh, ramai wartawan dengan Mahacai berbanding dengan rakyat tempatan...

Datanglah Siapa Pun Dari PH, Hakikatnya Rakyat Dah Benci


PH akui saingan sengit dalam PRK Semenyih...

Kalau budak hingusan macam calon PH tu, tak perasan dengan kemarahan dengan kebencian rakyat pada PH, kita fahamlah...

Tapi kalau yang dah tua macam Atok dengan Din Pagoh pun boleh tak dapat baca dengan keadaan semasa, tak tahu nak cakap apa...

Dalam rakyat tengah marah, kerajaan PH terus menghina rakyat terutama anak2 muda dengan pengumuman BSHM bernilai 27 sen satu hari...


Dalam kemarahan rakyat, puak2 mahacai terus buat kerja bodoh dengan menyimbah cat pada kereta pengiring calon BN...


Dalam kemarahan rakyat sebab terasa di perbodohkan dengan janji2 PH, menteri2 bingai masih lagi suka nak tabur janji yang karut marut atau janji yang cakap tak serupa bikin...

Walau pun Datuk Seri Najib tak bawa rombngan berbas2 atau tak upah macai2 27 sen sehari untuk usung bendera ke hulu ke hilir dalam pasaraya Giant, tapi rakyat berikan sambutan hangat pada beliau sebab rakyat sedar, selama nie mereka tertipu dengan fitnah dan hasutan PH...

Mesej Jelas Dari Rakyat Malaysia Terutama Pengundi Semenyih Pada Pakatan Harapan


Faham2 sendirilah bila dah tenguk video klip atas tu...

Pada pengundi Semenyih, tahniah kerana dah bijak membezakan antara kaca dan permata...

Selamat Mengundi pada pengundi PRK Semenyih...

TOL Batal Untuk Yang Kerja 11 mlm Ke 5 pagi. Janji Tepati Atau Capati?

|0 comments
Updated 10.39 am


Pejabat Perdana Menteri dah keluarkan kenyataan akhbar berkenaan cadangan pengambilalihan lebuhraya bertol seperti di atas...

Macam biasa, kenyataan Pejabat Perdana Menteri Kerajaan PH nie berbelit2...

Apa kata kita ringkaskan kenyataan supaya mudah nak faham :

CADANGAN PENGAMBILALIHAN LEBUHRAYA BERTOL

1) Dulu sebelum pilihanraya, Kerajaan PH dah janji nak hapus semua tol...

Janji kami berbunyi macam nie :

"9hb Mei kami menang, 10hb Mei, semua tol tak payah bayar"...

2) Tapi mahap cakaplah yer, bila dah menang, kami tak der niat pun nak kotakan janji sebenarnya, sebab manifesto bukan kitab suci, dan kami olok2 jer untuk pancing undi...

3) Tapi, sebab dah nak dekat PRK nie, kami terdesak nak menang, takut mendapat lagi sekali macam kat Cameron Highland hari tu dan Dato' Najib dan puak pembangkang BN selalu troll kami pasal tol maka kami tak tahan panas punggung, maka kami terpaksa buat janji lain pasal tol ini...

4) Oleh itu, janji baru kami ialah :


》Kami janji kami akan buat kajian dulu...

Dan kami akan hapus beberapa tol sahaja (empat tol), termasuk satu jalan terowong bertol yang pendek sahaja (Smart Tunnel), bukan semua tol seperti yang kami janji dulu ya...

5) Bila kami hapus bayaran tol di empat tol nie, kami perkenal bayaran baru yang di namakan caj kesesakan...

Ini nama lain bagi bayaran tol yang kami acah untuk hapuskan, sebab kami dapati rakyat alergik bila sebut perkataan TOL jadi kami jenamakan semula tapi sebenarnya kena bayar juga (macam kami hapus GST 6% dan perkenal SST 10%)...

6) Kami bagi diskaun sikit 30% untuk ambil hati pengguna pada waktu bukan puncak, walaupun sebelum ini kami janji nak hapus semua tol, bukannya bagi diskaun untuk beberapa tol...

Pada waktu puncak, masa hampir semua orang pergi dan balik kerja, bayaran tol atau caj kesesakan adalah seperti sedia ada dan tidak berubah...


7) Dan satu lagi, memandangkan memang tak ada orang guna (atau hanya beberapa kerat sahaja orang guna), kecuali lori2 kontena milik kroni2 kami yang guna lebuhraya2 nie lepas pukul 11 malam sampai pukul 5 pagi, maka masa inilah kami bagi tol percuma sebab :


》Sebenarnya, macam yang kami cakap, kami tak ada niat pun nak tunaikan janji2 kami dan kami akui yang kami tak berapa ikhlas nak bagi percuma dan hapus tol sebenarnya...

》Pada waktu sebelum subuh begini memang tak der sangat kutipan tol...

》Syarikat pengangkutan kroni kami dapat jimatkan kos pengangkutan, hasil dari pemansuhan TOL pada waktu begini...


8) Nampak tak betapa hebatnya kami dalam menipu rakyat semua...

9) Undilah kami lagi di PRK Semenyih ini supaya kami boleh terus sembang kencang kepada anda...

10) Jika ada soalan, seperti biasa, sila tanya Lim Guan Eng...

11) Sekian...

KRONI DI DAHULUKAN, RAKYAT DI KENCINGKAN





Nota kaki :

PERDANA MENTERI TAK MAHU TANDATANGAN SEBAB APA2 HAL BELIAU BOLEH KITAR SEMULA JAWAPAN SAYA TAK TAHU...


Kredit :

FB Isham Jalil
fda

Archives