Tuesday, February 19, 2019

Aiman, Calon PPBM/ PH PRK Semenyih Buat Hal Lagi


Belum pun reda isu kantoi menipu ada PhD, calon PPBM/ PH, Muhammad Aiman Zanali, di khabarkan buat hal lagi sampai memeningkan kepala jentera pilihanraya Bersatu...

Aiman di lapurkan bergerak tak mengikut jadual yang dah di tetapkan oleh jentera pilihanraya Bersatu...

Sikap tak bertanggungjawab dan tak berdisplin Aiman telah menyusahkan banyak pihak terutamanya media yang terpaksa berkejar2 dari lokasi awal yang telah di tetapkan ke satu lokasi baru yang lain untuk buat liputan...

Bukan saja pihak media, malah pihak jentera parti sendiri pun merungut dengan sikap Aiman sehinggakan mereka terpaksa membazirkan waktu menunggu ketibaan Aiman ke program kempen pilihanraya bagi membantunya di PRK Semenyih...

Dalam satu insiden, Aiman sepatutnya menghadiri satu walkabout di Pasaraya Tesco Semenyih, selepas selesai melakukan walkabout di pasar harian pekan Semenyih dan Beranang...

Tapi selepas lebih satu jam pihak media dan jentera kempen menunggu, kelibat Aiman pun masih tak nampak...

"Kami sendiri pun miscommunication dan tak tahu mana dia (Aiman) sekarang", rungut salah seorang dari jentera kempen Bersatu yang hanya mahu di kenali sebagai Wan...

"Dah lama dah nie, sepatutnya dia (Aiman) dah sampai", rungut kawan Wan...

Menurut rakan media, akhirnya mereka da0at maklumat yang Aiman dah lakukan walkabout lebih awal di pasar pagi bersebelahan pasaraya Tesco...

Sedangkan jadual program ialah di pasaraya Tesco!!!

Pasukan jentera kempen yang datang dari Perak merasa sangat kesal dengan sikap Aiman yang tidak menghargai kerja keras dan pengorbanan mereka...

Kredibiliti Dan Integriti Aiman Menjadi Tandatanya


Dari apa yang berlaku timbul satu persoalan yang mengenai sikap dan displin Aiman...

Adakah sekiranya beliau berjaya di pilih menjadi ADUN Semenyih, beliau mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai seorang wakil rakyat?

Adakah beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pemimpin masyarakat setempat?

Sedangkan dengan jentera kempen pilihanraya yang mahu membantu beliau dalam PRK Semenyih pun, Aiman di lihat mengambil sikap sambil lewa dan tidak menghargainya, apakah sekiranya beliau menjadi wakil rakyat, beliau mampu menjadi seorang wakil rakyat yang perihatin pada masaalah masyarakat setempat?

Sedangkan tanggungjawab menghadiri program yang telah di sediakan untuk membantu kempen beliau, tak dapat beliau penuhi, apakah Aiman mempunyai masa untuk menghadiri program2 kemasyarakatan sekiranya di pilih sebagai wakil rakyat?

Integriti beliau juga menjadi tandatanya, bila menipu taraf akademik di dalam Linked dan bila di minta penjelasan, beliau sekadar memberikan jawapan, terlupa untuk di kemaskini maklumat tersebut...


Berbeza dengan calon yang di tawarkan oleh Barisan Nasional, Zakaria Hj. Hanafi, yang dah terbukti banyak menaburkan bakti kepada masyarakat Semenyih, walau pun bukan sebagai seorang wakil rakyat...


Kejayaan Zakaria mendidik anak2, bukan saja boleh di kongsi malah boleh menjadi idola kepada masyarakat setempat di dalam mendidik anak2...

Malah kejayaan anak2 Zakaria boleh menjadi perangsang kepada pelajar2 di kawasan Semenyih...

Dari segala sudut, Barisan Nasional menawarkan calon yang jauh berkaliber dan berkredibiliti berbanding dengan calon yang di tawarkan oleh PPBM/ PH...

Kepada pengundi DUN Semenyih, buatlah pilihan yang bijak...

Jangkamasa 9 bulan berwakilrakyatkan dari PH, pasti sudah dapat membuat perbezaan antara kaca dan permata...

Selamat mengundi di PRK N24, DUN Semenyih...


Sumber :

Malaysia Gazette

0 comments:

fda

Archives