Tuesday, December 31, 2019

Petronas Carigali Sdn Bhd, Aset Idaman Pakatan Harapan Akhirnya Akan Dijual!!!

|0 comments

Altantuya, cukai LHDN Najib, Laporan Audit, SRC, 1MDB dan sebagainya.

Itu yang dihidangkan oleh Pakatan Harapan pada rakyat tiap-tiap hari.

Tapi apa yang rakyat tak sedar ialah sebenarnya, kita semakin menghampiri 'Endgame'.

Rancangan Di Sebalik Tabir Pakatan Harapan Tidak Pernah Berhenti

Serius Perbincangan Dr. Mahathir Dengan CEO PETRONAS
Bincang Nak Jual Petronas Carigali Sdn. Bhd.?

Ini dilaporkan oleh The Edge.

Bukan pihak pembangkang atau Bossku yang tuduh tapi didedahkan oleh The Edge Markets dalam kolum 'Special Report' pada 26 Disember 2019 (BACA DI SINI).

Dr. Mahathir telah memberitahu pelabur asing di New York.

CEO PETRONAS juga telah mengesahkan.

Bahagian paling penting dan bernilai kerajaan Malaysia akan dijual melalui proses IPO.

Inilah bahagian paling penting dalam PETRONAS iaitu Carigali.

Syarikat yang cari, gali dan memiliki rizab minyak kita.

Tanpa Petronas Carigali, PETRONAS ibarat manusia hidup tanpa oksigen.

Dulu mereka kritik kerajaan Barisan Nasional senaraikan FGV untuk meneyelesaikan masalah pokok sawit terlalu tua FELDA.

Kini kerajaan Pakatan Harapan nak senaraikan PETRONAS pula.

Nilai sebanyak RM900 bilion.

Kalau jual 10% sahaja sudah RM90 bilion.

Kalau jual 30% kepada pelabur asing maka ini bermakna orang asing memiliki 30% rizab minyak Malaysia.


Pelabur-pelabur asing seperti San Miguel dah lama tunggu (BACA DI SINI).

Siapa pemilik San Miguel?

Semua orang tahu, tak perlu admin dedahkan.

Kalau jual semua, segala hutang langsung negara boleh dilangsaikan.

Lim Guan Eng akan isytiharkan sebagai kemasukan 'Foreign Deposit Investment' terbesar dah berjaya dibawa masuk...😂😂😂


Petronas juga telah menjual sebahagian dari saham milik mereka dalam Petronas Gas, MISC Bhd dan Petronas Dagangan dengan harga RM6 bilion dua minggu dahulu (BACA DI SINI).


Sebab itu juga Dr. Mahathir mempelawa Sabah dan Sarawak untuk membeli saham PETRONAS (BACA DI SINI).

Alasan pun sudah disediakan oleh The Edge :

Alasan basi, kononnya untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion.


Fakta bahawa hutang sebenar 1MDB ialah RM32 bilion dan angka RM50 bilion itu termasuk kos faedah sehingga tahun 2039 dan juga termasuk hutang serta faedah RM9 bilion yang SUDAH PUN dibayar oleh 1MDB pada akhir tahun 2017 itu tak penting!!! (BACA DI SINI).

Fakta bahawa aset-aset 1MDB seperti Bandar Malaysia yang baru dijual Pakatan Harapan dan akan menjana keuntungan yang bukan sahaja mampu membayar balik seluruh hutang 1MDB malah akan menjana lebihan berpuluh bilion, lagi tak penting!!!

Kalau nak harapkan Pakatan Harapan wujudkan projek atau pelaburan untuk menjana keuntungan untuk negara, mereka tak mampu.

Jalan paling mudah ialah jual aset sahaja.

Ini sajalah yang Pakatan Harapan tahu.

Dulu, yang dah jual berpuloh bilion aset negara tu masih lagi Pakatan Harapan tak puas hati sebab penjualan belum selesai.

Selepas dapat jual Carigali nie, barulah penjualan akan dianggap selesai.

Itulah endgame sebenar.

Apa lagi yang akan tinggal untuk rakyat dan negara Malaysia?

Monday, December 30, 2019

Fakta Penyelewengan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakry

|0 comments

Hari ini, taqiyyah bukan sahaja diamalkan olah golongan Syiah, tetapi diamalkan juga oleh golongan al-Wahhabiyyah.

Bahkan boleh dikatakan golongan ini lebih bertaqiyyah daripada Syiah.

Golongan ini semakin hari semakin aktif melibatkan diri dalam arena pentas politik negara dan ada juga sampai ke tahap menyelinap masuk ke dalam pejabat-pejabat agama bahkan lebih parah lagi dari itu, ada yang terlibat sampai ke bidang kefatwaan.

Ini cabaran semasa yang perlu diambil perhatian dan tidak boleh dipandang mudah oleh semua pihak terutama ilmuan agama yang amanah kepada ilmu.

Apatah lagi mutakhir ini timbul pandangan-pandangan radikal dan ekstrim yang mengkafirkan dan membid'ahkan umat Islam dengan secara membuta tuli.

Hal seperti ini sangat memalukan dan membahayakan jika ia berlaku di pentas kefatwaan, akibatnya masyarakat tidak lagi memandang institusi fatwa itu sebagai institusi yang berautoriti dalam menyampaikan agama yang boleh dipercayai kerana pandangan-pandangan yang telah diketengahkan jelas banyak yang bercanggah dengan syarak dan menyeleweng daripada kebenaran agama.

Dibimbangi intitusi agama yang sebelum ini dipandang tinggi kian dipandang remah, jijik dan hina oleh masyarakat disebabkan ia telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Sabda baginda Rasulullah :

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari hamba-hambaNya, akan tetapi Allah SWT mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga tidak ada lagi ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin mereka dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan yang lain"

Hadis riwayat Al-Bukhari

Namun apa yang membimbangkan, antara yang kita dapat lihat terkehadapan dalam membuat plan strategi bagi memperkasakan gerakan al-Wahhabiyyah di saat ini terutamanya di Wilayah Persekutuan adalah Mufti Wilayah Pesekutuan sendiri, Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.

Al-Bakri banyak memberi sinar baru kepada fahaman ini sejak berjaya berpeluang memasuki institusi agama.

Jika tidak dibuat penjelasan seperti ini, dibimbangi suatu yang buruk bakal berlaku di tanahair ini seterusnya mengubah suasana beragama di Malaysia.

Untuk tujuan menyeru kepada kebaikan dan mengingkari perkara yang mungkar serta membuktikan apa yang telah dikemukakan ini, berikut adalah beberapa penyimpangan dan penyelewengan agama yang melibatkan Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri buat semakan umat Islam :

Neraka Binasa Dan Azab Kuffar Akan Berakhir Di Hari Akhirat



Al-Bakri cuba menanam fahaman Ibn Qayyim bahawa Neraka dan TIDAK kekal abadi dan akan tiba masanya Neraka akan binasa (BACA DI SINI).



Bagi mengukuhkan akidah yang beliau cuba tanamkan, Al-Bakri juga didapati telah menyebarkan Hadis dan Athar yang dhaif serta palsu dalam isu kebinasaan Neraka (BACA DI SINI).


Dalam tulisan yang sama di Irsyad Al Fatwa, Al-Bakry juga dikesan telah menyelewengkan Nas Al-Quran Dan Al-Hadis dalam isu kebinasaan Neraka (BACA DI SINI).


Al-Bakry juga telah menolak Ijma' jumhur ulamak dalam isu kebinasaan Neraka (BACA DI SINI).


Ianya selari dengan fahaman puak Pluralisme dalam isu kebinasaan Neraka (BACA DI SINI).



Al-Bakry secara terbuka telah mencela dan mencaci ilmu Kalam yang diketengahkan oleh ulama tauhid (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Setelah beberapa pihak membuat penelitian terhadap tulisan beliau dalam Irsyad Al Fatwa maka tersingkap kecelaruan dan penipuan Dr. Zulkifli bin al Bakri dalam Ilmu Kalam (BACA DI SINI).



Jelas terdapat nilai authentik ilmu Kalam pada penulisan beliau dalam Irsyad al-Fatwa namun Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri telah berbohong dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung penafiannya dari terlibat dengan isu mencela ilmu kalam dengan pembuktian yang tidak dapat disangkal lagi (BACA DI SINI).

Adakah Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri Berfahaman Wahabi?




Pondok Moden Abaqirah di bawah pimpinan Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri melahirkan produk yang berfahaman wahhabi tegar.

Dr. Zulkifli Al-Bakri adalah orang utama dalam pembinaan madrasah ini (BACA DI SINI).

Beliau juga membenarkan wahhabi Dr. MAZA berceramah di Wilayah Persekutuan dan mengarah pelajar Pondok Moden Abaqirah menghadiri ceramah pelampau agama ini (BACA DI SINI).

Beliau juga telah didapati bersekongkol dengan promediatajdid yang merupakan medium penyebaran ajaran Wahhabi di Malaysia.


Walaupun al-Bakri tidak mengaku dia mempunyai kaitan dengan promediatajdid namun bukti di bawah menunjukkan dia telah berceramah secara 'live' di Dubai atas selian promediatajdid (LIHAT DI SINI).

Dan dalam muzakharah bersama Ustaz Zamihan, Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri telah dibuktikan salah (BACA DAN TONTON RAKAMAN MUZAKHARAH DI SINI).

Kita mengharapkan ada pihak berautoriti yang bertanggungjawab mengkaji dan meneliti setiap penyimpangan dan penyelewengan yang melibatkan Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri serta diperhalusi setiap hujjah bidasan daripada ilmuan agama mengenainya.

Sudah tiba masanya Jabatan Perdana Menteri Malaysia membuka mata dan menyedari bahawa Dr. Zulkifli bi Mohamad al-Bakri sedang merosakkan institusi agama dan umat Islam sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar.

Walaubagaimanapun, akan kita hadapkan semua yang terlibat dengan agenda al-Bakri ini di Hari Akhirat kelak di tempat pengadilan yang seadil-adilnya.



Suntingan dari tulisan asal :

Fb Pelik Tapi Benar

Sunday, December 29, 2019

Mantan Timbalan Gabenor BNM Akui Dr. Mahathir Bukan Penyelamat Tapi Con Man!!!

|0 comments
Dr. Mahathir Bukan Seorang Penyelamat Tetapi Seorang Penipu!!!


Dalam satu temuramah dengan BFM Radio, Lin See Yan mengatakan bahawa Dr. Mahathir bukanlah seorang penyelamat yang mampu menyelamatkan ekonomi Malaysia sekarang tetapi bagi beliau Dr. Mahathir adalah seorang penipu.

Mungkin ada yang persoalkan kredibiliti TS Lin See Yan, mantan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia yang juga seorang pakar ekonomi lulusan dari Universiti Harvard.

Tapi kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk tidak melihat siapa yang berkata tetapi mendengar apa yang dikatakannya.

Apakah benar apa yang didakwa oleh mantan Timbalan Gabenor BNM tu?

Cuba kita lihat realiti yang berlaku ke atas Malaysia sekarang.


Tarikan pelabur asing ke atas sesebuah negara bergantung pada pelbagai faktor dan antara faktor yang terpenting ialah keyakinan pelabur tersebut pada kepimpinan negara tersebut.

Sejak mula menjadi Perdana Menteri ke 7, TIDAK ADA walau satu sen pelaburan asing dapat dibawa masuk oleh Dr. Mahathir atau menteri-menteri beliau.

Malah pelabur asing yang sebelum ini melabur di Malaysia telah membawa keluar pelaburan mereka dan Malaysia menjadi negara yang paling banyak di bawa keluar pelaburan oleh pelabur asing.


Sebagai kuasa ekonomi dunia yang baru, negara China merupakan antara pelabur asing yang besar di Malaysia tetapi sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan, bukan saja tidak ada pelaburan baru dari China malah pelaburan yang sedia ada di Malaysia telah dibawa keluar.

Kemarahan China pada Malaysia berpunca dari keputusan kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Dr. Mahathir mengumumkan pembatalan semua projek mega antara Malaysia dan China yang telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu dan juga sikal biadab Dr. Mahathir yang menuduh kerajaan China sebagai penjajah baru dalam bidang ekonomi.


Singapura merupakan negara pelabur asing yang kedua terbesar di Malaysia tetapi kerana sikap Dr. Mahathir yang kurang bijak dalam menangani isu air dan persempadanan ruang udara dan maritim antara Malaysia dan Singapura (BACA DI SINI), mereka telah menarik balik pelaburan mereka secara perlahan-lahan sebagai tanda protes.


India negara kuasa ekonomi ketiga dunia dan juga pengimpot kedua terbesar kelapa sawit Malaysia selepas China telah mengambil keputusan untuk mengalihkan perhatian kepada Indonesia kerana marah dengan sikap campurtangan Dr. Mahathir dalam dasar luar negara India dengan Pakistan dalam isu Kashmir.


Yang pasti mendapat laba dari kemarahan India terhadap Dr. Mahathir sudah pasti Indonesia.

Indonesia mendapat keuntungan berganda dari China dan India atas sikap campurtangan dan keras kepala Dr. Mahathir.

Bangsa Yahudi yang menguasai 7 dari 10 dana terbesar dunia juga hilang keyakinan terhadap kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dr. Mahathir!!!


Satu perkembangan yang menarik tetapi amat memalukan kerajaan Malaysia ialah, sewaktu berlakunya protes rakyat ke atas kerajaan Hong Kong, taikun-taikun perniagaan di Hong Kong enggan memindahkan kira-kira 600 bilion duit mereka ke Malaysia tetapi memindahkannya ke Singapura dan bila ditanya mengapa, dengan tegas mereka mengatakan :

SIAPA YANG BOLEH PERCAYA PADA DR. MAHATHIR?

Ini bukanlah satu persepsi tetapi ianya adalah satu realiti dan menjadi perbualan hangat di Singapura.


Malaysia semakin menuju ke arah kemusnahan ekonomi berskala besar dan sebab utama adalah kerana ketidakcekapan dan kelemahan Dr. Mahathir menangani isu-isu yang berkaitan ekonomi dan hubungan luar negara.

Jelas, Dr. Mahathir BUKAN seorang yang boleh menyelamatkan ekonomi Malaysia seperti yang beliau sendiri dakwa tetapi Dr. Mahathir sebenarnya adalah seorang pemusnah ekonomi Malaysia.

Ibarat musang yang berbulu ayam, Dr. Mahathir bijak berpura-pura dengan watak penyelamat yang prihatin dengan keadaan negara dan rakyat Malaysia tetapi hakikatnya Dr. Mahathir adalah seorang pemusnah yang sangat licik menipu!!!



Petikan tulisan asal :

Fb Salahuddin Hisham

Saturday, December 28, 2019

Bodohnya Melayu Pakatan Harapan Biarkan DAP Berkuasa

|0 comments
Nasib Bangsa Melayu Di Hujung Nyawa, Apakah Kita Masih Lagi Leka?


DAP cuma ada 172,673 ahli, tetapi kehebatannya seolah-olah tidak terperi lagi.

Kekuatan DAP telah berada di Pusat dan juga berakar umbi di setiap negeri.

Cuba kita perhatikan kenyataan di depan mata, apakah kita masih mampu untuk leka?


DAP kini ada :

42 Ahli Dewan Rakyat!!!
7 Ahli Dewan Negara!!!
109 ADUN!!!

Juga...

1 Timbalan Speaker Dewan Rakyat!!!
2 Speaker DUN!!!
2 Timbalan Speaker DUN!!!

DAP juga ada...

6 Menteri!!!
1 Duta Khas!!!
7 Timbalan Menteri!!!
1 Ketua Menteri!!!
1 Timbalan Ketua Menteri!!!

Tidak ketinggalan di Sabah...

DAP kini ada 2 Menteri!!!
2 Pembantu Menteri!!!

Di peringkat akar umbi, DAP ada...

30 Ahli EXCO Kerajaan Negeri!!!
450 Ahli Majlis!!!
500 Ketua Kampung!!!


Tapi DAP masih tidak berpuas hati dan akan terus mengukuhkan kuasa...

Lalu timbullah suara, apakah Lim Guan Eng sudah puas hati dengan semua ini?

Sudah pastilah tidak, malah DAP sedang giat meluaskan kuasa ke seluruh negara.

Agar dapat mencengkam dengan lebih bergaya supaya racunnya akan nampak lebih berbisa!!!

DAP pasti akan gunakan semaksima mungkin segala jawatannya untuk perkukuhkan kedudukan.

DAP pastikan semua kemenangan di kekalkan dan tempat baru mampu diterobosi.

DAP akan tentukan semua pemegang jawatan bersatu hati dan hadam semua strategi parti.


Pada 29 dan 30 Jun 2018 serta 15 hingga 17 Mac 2019, di buat Pemukiman Kepimpinan Kebangsaan DAP.


5 dan 6 Januari 2019 serta 20 dan 21 April 2019, di buat juga Pemukiman Ahli Majlis DAP.

DAP sebuah parti yang menyelesaikan masalah orang Melayu, itulah mesej penipuan baru yang mesti di war-warkan.

Lalu di tanya lagi, apakah antara strategi utama perluasan kuasa DAP selepas ini?

Sudah pastilah perkukuhkan kedudukan di Pusat dan di Negeri-Negeri teras utama.

Perjawatan kabinet boleh sahaja berubah bila penjawat Perdana Menteri berubah.

Peruntukan kerusi juga boleh sahaja bertambah bila kawasan pilihan raya berubah.

Cadangan persempadanan semula DAP 2013 pernah menambah kerusi menjadi 262.

143 kerusi bandar, 39 kerusi separa bandar, 80 kerusi luar bandar, ini di hitung sudah.


Bersedekah, berbuka, bersahur bersama, dekati masjid, sekolah agama, pusat tahfiz menjadi muslihat utama.

Peruntukan untuk Melayu Islam tiada masalah, asal saja tidak melibatkan syariah.

DAP Mula Perkukuhkan Cengkaman Di Peringkat Akar Umbi


Kekuatan di negeri juga pasti boleh mengubah kedudukan di pusat.

Pulau Pinang sudah DAP kuasai, Sarawak sedang menanti untuk memadu janji.

Bila Sarawak diberi lebih kuasa melalui MA63, DAP tentulah bakal menjadi penerima utama.

Di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, DAP boleh cuba usahakan ketuai.

DAP sudah menguasai majoriti di 4 negeri ini, tetapi akur kepada janji.

Kuala Lumpur pun Lim Guan Eng pernah umum akan tubuh kerajaan negeri.

Lagi penting adalah perluasan pengaruh DAP dalam politik peringkat tempatan.

Ini pasti akan jadi lebih mudah jika pilihan raya kerajaan tempatan di adakan.

Dan itu sedang diusahakan dan terus-terusan memberi tekanan.


Kalau di tanya siapa EXCO Kerajaan Tempatan dalam semua negeri PH, jawapannya adalah :

EXCO Kerajaan Tempatan Pulau Pinang adalah Jagdeep Singh Deo dari DAP!!!

EXCO Kerajaan Tempatan Selangor adalah Ng Sze Han dari DAP!!!

EXCO Kerajaan Tempatan Perak adalah Yong Choo Kiong dari DAP!!!

EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan adalah Teo Kok Seong dari DAP!!!

EXCO Kerajaan Tempatan Melaka adalah Tey Kok Kiew dari DAP!!!

EXCO Kerajaan Tempatan Johor adalah Tan Chen Choon dari DAP!!!

EXCO Kerajaan Tempatan Kedah adalah Tan Kok Yew dari DAP!!!

Impian Malaysian Malaysia DAP Semakin Menjadi Realiti


Apa, mengapa, bila, bagaimana, semua kini sudah tidak lagi jadi tanda tanya.

Forward we march, for a Malaysian Malaysia, itulah cogan kata dan itulah matlamatnya.

Sama rata sama rasa sama segala-galanya, hanya menunggu masa jika masih alpa.

Betul-betul membimbangkan penguasaan DAP dalam pentadbiran pusat dan negeri.

Pemimpin Melayu Masih Terus Seronok Membunuh Bangsa Sendiri


Di masa yang sama, parti Melayu berpecah dan semakin pudar kerana termakan dengan hasutan dan permainan DAP.

Apakah pemimpin Melayu tak nampak semuanya telah menjadi semakin longlai.

Mahathir di sebelah sana membunuh Melayu dari luar.

UMNO, PAS,  Bumiputera Sabah dan Sarawak lebih yakin berdiri sendiri walaupun lemah.

DAP tetap bersatu dan Cina semakin kukuh mencengkam, menolak semua kaum lain dan India jadi penyokongnya.

Apa nak jadi?

Kuasa politik di tangan minoriti, Melayu dan Bumiputera menjadi buih yang terapong di tiup angin ke sana ke mari, akhirnya hilang  di telan arus deras.

Menjadi lemah bagai buih-buih di lautan, terapong di tiup angin jadi lemah tak berguna akhirnya di telan arus deras.

Menakutkan sungguh masa depan Melayu, Bumiputera dan Islam di bumi mereka sendiri.

Sedarlah, sekiranya Melayu tak dapat ambil balik kuasa dalam PRU 15, kuasa politik Melayu akan terhapus sama sekali buat selama-lamanya di bumi Malaysia.

Apakah nasib Melayu Singapura masih lagi tidak mampu menyedarkan kita?






Petikan Tulisan Asal :

Esmee bin Mat Isa

Thursday, December 26, 2019

Bukan Najib, Yang Patut Di Siasat Ialah Bekas AG, Polis Dan Hakim...

|0 comments

Makin jelas ada permainan wayang kulit pihak tertentu untuk jayakan permohonan perbicaraan semula kes pembunuhan Altantuya Shaaribu pada tahun 2006.

Akuan Bersumpah Azilah HANYA HELAH untuk dijadikan asas untuk membuka semula siasatan dan perbicaraan kes-kes berprofil tinggi yang telah selesai perbicaraannya atau digugurkan tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Ada tekanan dari pihak tertentu yang telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DS Najib dan DS Rosmah dan ini pasti akan berikan tekanan pada pihak polis atas siasatan semula yang akan dilakukan.

Kebanyakan dari netizen yang membicarakan perkara ini TIDAK TAHU apa sebenarnya yang telah berlaku 13 tahun dahulu.

Tidak pernah baca penghakiman yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah yang menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua anggota UTK, Azilah dan Sirul.

Sila baca penghakiman penuh DI SINI.

Mereka juga tidak mengetahui pendakwaan jenayah yang dilakukan oleh Ram Karpal dalam kes ini telah gagal dalam mahkamah dan kes ini sudah sampai ke peringkat terakhir sistem perundangan Malaysia (BACA DI SINI).

Orang ramai juga sebenarnya banyak diberikan maklumat yang salah mengenai kes ini dan ramai yang tidak tahu bahawa bahan letupan C4 yang menampakkan kekejaman pembunuhan sebenarnya TIDAK PERNAH disebut dalam ketiga-tiga mahkamah sewaktu perbicaraan kes ini berjalan.

Ia hanya untuk menimbulkan persepsi yang mengaitkan pembunuhan ini dengan Kementerian Pertahanan di mana DS Najib adalah Menteri Pertahanan ketika itu.

Akuan Bersumpah Azilah boleh dijadikan asas untuk membuka semula siasatan dan perbicaraan kes-kes berprofil tinggi yang telah selesai perbicaraannya atau digugurkan tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Syabas Pakatan Harapan


Bila #KerajaanSepenggal menamatkan atau lebih tepat ditamatkan pemerintahan mereka, semua kes-kes yang telah digugurkan boleh disiasat dan dibicarakan semula, dengan hanya SD!!!

Mahkamah, PDRM dan SPRM akan alami masa yang sangat sibuk ketika itu.

Ramai yang berada dalam senarai, antaranya Azmin, Latheefa Koya, Shafie Afdal dan banyak lagi yang boleh disiasat dan dibicarakan semula.

Siasat Gani Patail


Ketua Polis Negara, Hamid Bador umumkan pihak polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan pihak polis (BACA DI SINI).

Malaysiakini melaporkan terdapat 10 orang yang akan dipanggil oleh pihak polis dan DS Najib adalah antara mereka yang dijangka akan dipanggil oleh pihak polis (BACA DI SINI).

Untuk siasatan yang lebih telus, pihak polis juga MESTI memanggil bekas Peguam Negara, Gani Patail, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Nor Rashid, anggota-anggota UTK dan ramai lagi.


Gani Patail telah lama dipersoalkan kerana Musa Safri (orang yang dipertanggungjawabkan oleh DS Najib untuk membantu Razak Baginda dan bertanggungjawab memperkenalkan Azilah kepada Razak Baginda) tidak dijadikan saksi pendakwaan.

Untuk rekod, Razak Baginda telah dibebaskan oleh mahkamah semasa perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Sangat meragukan kerana Gani Patail tidak pula membuat rayuan kepada mahkamah kerana membebaskan Razak Baginda dalam kes tersebut.

Gani Patail telah memberikan penjelasan pada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) bahawa DS Najib tiada kaitan dalam kes pembunuhan tersebut dan Pak Lah mengarahkan Gani Patail supaya melaksanakan tanggungjawab beliau.

Apakah Pak Lah juga perlu dipanggil oleh pihak polis?

Polis Siasat Polis?


TS Musa Hassan adalah Ketua Polis Negara ketika kes itu berlaku dan telah berulangkali menafikan penglibatan DS Najib dan beliau konsisten dengan penafian beliau hingga ke hari ini.

Apakah beliau juga akan dipanggil untuk disoalsiasat?

Waktu Ram Karpal membuat kenyataan untuk meminta siasatan semula terhadap kes itu, Nor Rashid yang melakukan siasatan terhadap kes itu telah mengumumkan siasatan semula kes tersebut telah selesai dan tiada bukti penglibatan DS Najib dalam pembunuhan itu.

Kena siasat jugak, ker camner?

Macam mana pula dengan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah yang terlibat melakukan siasatan kes yang sama 13 tahun yang lalu dan juga ketika siasatan semula pada awal tahun 2019?

Dengan demikian, Timbalan Ketua Polis Negara sekarang, Dato' Mazlan yang pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, kena siasat jugalah nampaknya...🤔🤔🤔

Hamid Bador, yang telah memulakan sejarah sebagai "orang luar" yang dilantik Ketua Polis (kerana sudah letak jawatan), akan mulakan sejarah baru untuk dijadikan rujukan (precedent) untuk kes habis bicara dibuka semula siasatan.

Siasatan semula kes ini juga perlu menyiasat keseluruhan UTK termasuk Ketua UTK yang membawa balik kedua-dua anggota UTK (Sirul dan Azilah) dari Pakistan ketika itu.

Polis juga perlu menyiasat 2 orang Pegawai Penyiasat yang membuka kertas siasatan kes ini sama ada kegunaan kod rahsia UTK seperi  'save', 'exhibition' dan 'deposit' (hampir, tapi kod sebenar tidak disebut), dan juga perlu siasat kebenaran dakwaan Sirul dan Azilah telah merogol Altantuya sebelum melakukan pembunuhan.

Bermakna,

Semua siasatan ini haruskan dilakukan dengan sempurna.

Begitu juga Peguam Negara perlu dakwa pihak2 tertentu ayas kesalahan menghina mahkamah.

Peguam Razak, Manjeet Singh Dillion menuntut Tommy mulakan dakwaan menghina mahkamah ke atas mereka yang membuat kenyataan awam terhadap Akuan Bersumpah Azilah.

Nah... tak mungkin Tommy akan lakukan.

Dia khuatir dirinya disiasat kesalahan sama jika ada Akuan Bersumpah kemudian hari.

Siasatan mestilah telus dan menyeluruh dan apakah Tommy Thomas boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah (kerana keputusan akhir dibuat oleh Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi) kerana peguam Razak Baginda telah memulakan prosiding untuk Tommy Thomas kerana mengeluarkan kenyataan bias berdasarkan Akuan Bersumpah Azilah.

Siasat Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri Dan Hakim Perbicaraan


Dalam Akuan Bersumpah Azilah, beliau menyatakan Altantuya ialah seorang ajen rahsia ala 007 dan arahan yang diterima beliau ialah untuk menghapuskan Altantuya.

Kalau betul seperti dakwaan Azilah arahan tu datangnya dari DS Najib, kenapa DS Najib pada ketika itu ialah Menteri Pertahanan tak arahkan sniper atau penembak tentera untuk hapuskan Altantuya?

Kenapa arahkan anggota UTK untuk hapuskan Altantuya sedangkan PDRM adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Siasat juga KEMENTAH?

Apakah Malaysia TIDAK ADA undang-undang untuk melindungi anggota atau pegawai keselamatan yang ditugaskan untuk menghapuskan perisik asing?

Hamid Bador, yang sudah U-turn kerana tekanan dan bangkangan dalaman terhadap IPCMC, kini tunduk kepada DAP yang mahu batalkan IPCMC (BACA DI SINI)...

Ia akan diundi dalam Parlimen untuk pembentangan kedua dan ketiga untuk sesi Parlimen bulan Mac akan datang.

Dah tentu siasat juga hakim-hakim.

Hakim Mahkamah Tinggi yang membebaskan Razak Baginda dan menjatuhkan hukuman mati mandatori pada Azilah dan Sirul juga kena disiasat, termasuk juga hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Sirul dan Azilah juga mesti disiasat.

Hakim Mahkamah Rayuan juga mesti disiasat kerana terlepas pandang bahawa Altantuya adalah seorang konsultan, pakar penterjemah yang fasih dalam berbagai bahasa seperti Bahasa Perancis, Bahasa Inggeris dan berbagai bahasa lagi dan mendiang juga adalah pakar dalam perundangan, pertahanan dan kewangan.

Mendiang luar biasa perlu dibayar atas khidmat nasihat urusniaga pembelian kapal selam yang telah dipersetujui beberapa tahun sebelum berlaku kejadian dan komisyen sudah dibayar ke dalam akaun Terasasi Limited di Hong Kong.

Jelas, Altantuya bukanlah seorang model yang 'bisher-bisher' tetapi seorang yang sangat licik menggunakan aset kewanitaan beliau.

Siasatan Hamid Bador Mendahului Perintah Mahkamah


Pengumuman Hamid Bador bahawa pihak polis akan memanggil puluhan individu untuk siasatan semula (BACA DI SINI) menimbulkan reaksi dari ramai Timbalan Pendakwaraya.

Salah seorang dari mereka berkata Hamid lambat dalam menjalankan siasatan kes Semburit tapi sangat pantas dalam kes yang bermotifkan politik seperti Akuan Bersumpah Yusof Rawther dan Akuan Bersumpah Azilah.

Beliau juga mempersoalkan dari manakah saksi-saksi tersebut, siapakah sebenarnya mereka dan mengapa nama mereka tidak ada dalam perbicaraan yang lepas?

Seakan pihak polis sudah terlebih dahulu mengetahui dan membaca Akuan Bersumpah Azilah hingga Hamid dengan begitu pantas dapat mengumumkan siapa saksi yang akan dipanggil untuk diambil keterangan mereka!!!

Apakah fungsi Jabatan Siasatan Jenayah sudah bertukar menjadi unit Cawangan Khas yang kepakaran mereka adalah mengumpulkan maklumat?

Persoalan yang ditimbulkan adalah berasas kerana kelazimannya pihak polis hanya akan memulakan siasatan selepas menerima Arahan Penyiasatan (ITI) dari pejabat Peguam Negara.

Status sekarang, Mahkamah Persekutuan baru menerima permohonan perbicaraan semula dan belum membuat sebarang keputusan kerana ianya akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada April 2020 (BACA DI SINI).

Tanpa keputusan dari Mahkamah Persekutuan, Peguam Negara TIDAK BOLEH mengeluarkan ITI dan Hamid TIDAK BOLEH memulakan siasatan, kenapa Tommy Thomas tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini?

Setiap kes yang sudah perbicaraan di mahkamah HANYA boleh dibuka semula HANYA setelah mendapat perintah mahkamah dan bukannya berdasarkan laporan polis yang dibuat!!!

Nampaknya Hamid Bador telah meletakkan integriti dan maruah PDRM di kaki ahli politik DAP!!!

What a shame!!!




Petikan dan terjemahan dari :

Blog anotherbrickinthewall.com

Wednesday, December 25, 2019

Ada Pihak Yang Dah Kena Tulah Sumpah Laknat DS Najib?

|0 comments

20 Disember lepas, DS Najib lakukan sumpah laknat @ mubahalah di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur...

Portal ini ada menulis tentang perkara tersebut (BACA DI SINI)...

Laknat Allah SWT akan menimpa kepada pihak yang bersalah, sama ada yang membuat Sumpah Laknat (kalau berbohong dan mempermainkan sumpah) atau pihak yang membuat fitnah...

Tapi baru 5 hari membuat Sumpah Laknat, nampak seakan ada pihak yang dah macam cacing kepanasan...

Kalau DS Najib Tu DAP, Agak-Agaknya JAWI Bagi Kebenaran Tak?


Dalam satu kenyataan media berkaitan isu Sumpah Laknat yang dikeluarkan oleh Hj. Mohd. Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), melahirkan rasa kesal kerana dakwanya institusi masjid telah di salah gunakan untuk kepentingan peribadi...

Apakah mempertahakan diri dari fitnah yang ditaburkan boleh dianggap sebagai satu kepentingan peribadi?

Bukankah fitnah merupakan satu jenayah yang dipandang serius dalam hukum hudud Allah SWT?

Kita teringat satu kejadian di Melaka, bagaimana penipu, penghasut dan pemfitnah, Wan Ji yang telah dihukum bersalah oleh mahkamah masih diberikan kebenaran untuk menyebarkan hasutan, penipuan dan fitnah di salah sebuah masjid di Melaka...

Penolong Pengarah Bahgian Penguatkuasaan JAIM, Ustaz Rahimin Bani telah ditamatkan kontrak serta merta kerana memberi teguran...

Kerana apa?

Kerana Wan Ji adalah penasihat kepada Lim Guan Eng!!!

Siapa tak kenal Wan Ji...

Manusia yang menunggang ugama umtuk kepentingan peribadi dan sering menggunakan institusi masjid sebagai medium untuk melakukan kerja-kerja menghasut dan memfitnah!!!

Peguam DAP, Ram Karpal Singh Menjadi Perancang Utama


Perancang utama kepada cubaan membuka semula kes pembunuhan Altantuya dimulakan oleh peguam DAP, Ram Karpal Singh yang mewakili Dr. Setev Shariibu, bapa kepada Altantuya (terbukti bukan seorang model atau pakar perterjemah, jauh sekali sebagai seorang perunding keselamatan) dalam dakwaan sivil ke atas kerajaan ketika itu...


Terdapat 'procedural restriction' di bawah Akta Keterangan 1950 di mana plaintif perlu mengemukakan bukti baru bagi sebutan semula kes tanpa boleh menggunakan apa-apa keterangan atau bukti dari mana-mana mahkamah yang telah membicarakan kes yang sama...

Dalam ertikata lain, plaintif tidak boleh menggunakan rekod kes jenayah tersebut sebagai bukti baharu dalam sebutan semula kes...

Ini adalah kerana hakim belum lagi melihat karektor dan kredibiliti saksi serta bukti yang telah dikemukan dalam perbicaraan yang lepas...

Ianya berkemungkinan hanyalah permintaan sebutan semula kes oleh pihak yang tidak terlibat dalam penyiasatan kes daan tidak mempunyai apa-apa bukti kukuh dalam jenayah tersebut...

Dan permohonan sebutan semula kes berkemungkinan hanya berdasarkan persepsi dan propaganda pihak media...

Ram Karpal tahu mengenai perkara ini dan bebanan beliau ialah untuk membuktikan adanya penemuan baru yang mesti dipertimbangkan oleh pihak mahkamah...

Apa yang Ram Karpal cuba lakukan ialah membuktikan mahkamah telah terlepas pandang  mengenai motif pembunuhan dan ada seseorang yang telah mengeluarkan arahan supaya pembunuhan dilakukan untuk menutup motif pembunuhan...

Agak sukar untuk dilakukan kerana pihak pendakwa terpaksa memanggil semula Sirul, Azilah, Musa Safri dan Razak Baginda untuk memberi keterangan di mahkamah...

Dan tidak mungkin Sirul yang kini berada di Australia akan setuju untuk balik ke Malaysia hanya untuk memberikan keterangan memandangkan beliau telah dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi dan agak mengejutkan bila kita ketahui kerajaan Pakatan Harapan TIDAK pernah berusaha untuk membawa Sirul pulang ke Malaysia!!!

Julai 2018, pihak plaintif telah membuat permohonan bertulis kepada puhak mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan dengan alasan siasatan kes akan dibuka semula sebab ada penemuan baru yang ditemui...

Mahkamah telah menolak permohonan itu dan ianya tidak melaporkan perkara itu...

Pada 16 Mei 2018, satu konspirasi telah dirancang...


Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga telah menulis surat kepada Dr. Mahathir untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya (BACA DI SINI)...


Pada 18 Jun 2018, Dr. Setev pula membuat kenyataan media bahawa beliau akan menemui
Peguam Negara untuk tujuan yang sama (BACA DI SINI)...


6 hari selepas itu pula, pihak polis telah menemui Peguam Negara untuk bincangkan isu yang sama (BACA DI SINI)...

Pihak polis telah memanggil Ram Karpal untuk meminta bukti baru seperti yang beliau dakwa supaya siasatan dapat dilakukan semula...

Tetapi beliau tidak berani hadir, cuma menghantar wakil dan tiada sebarang bukti baru dikemukan kepada pihak  polis...

Akhir bulan Jun 2018, pihak polis telah menghantar laporan kepada pihak Peguam Negara berdasarkan laporan siasatan awal mereka...

Untuk menguatkan pendakwaan, pihak plaintif MESTI membuktikan pihak pembelaan tidak mempunyai motif untuk melakukan pembunuhan dan mereka mesti membuktikan ada pihak ketiga yang mempunyai motif yang kukuh telah mengarahkan pembunuhan tersebut...


Hanya di saat akhir menjelang perbicaraan pada Januari 2019, pihak peguam plaintif memohon segala rekod dan kenyataan yang berada dalam simpanan Peguam Negara mengenai isu tersebut (BACA DI SINI)...

Tarikh perbicaraan telah ditetapkan sejak pertengahan 2018 tetapi segala dokumen dkzn kenyataan dari pejabat Peguam Negara diminta HANYA 11 jam sebelum perbicaraan bermula, ternyata ianya adalah satu usaha untuk mengelirukan perbicaraan...

Dengan bantuan pihak media, isu ini telah dengan sengaja disensasikan...

DS Najib sendiri telah mencabar pihak kerajaan Pakatan Harapan supaya membuka semula kes pembunuhan ini...


Februari 2019, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti baru ditemui yang dapay mengaitkan DS Najib dalam pembunuhan Altantuya...

Mei 2019, perbicaraan yang dilakukan tidak membawa sebarang makna tetapi pihak plaintif secara berterusan memohon penangguhan dengan alasan belum memperolehi dokumen yang diminta dari pejabat Peguam Negara serta tidak dapat menghubungi saksi pendakwaan...

Mereka boleh membuat persiapan yang diperlukan kerana tarikh perbicaraan telah ditetapkan lebih 6 bulan lebih awal tetapi kenapa mereka tidak melakukannya?

Jelas mereka cuba melengah-lengahkan masa  dan cuba merancang sesuatu...

Pihak mahkamah pula dilihat memberikan terlalu banyak ruang kepada mereka...


Jelas ini adalah satu konspirasi untuk memenjarakan DS Najib dan sekali gus menutup mulut beliau yang selama ini banyak membuat pendedahan kepincangan kerajaan Pakatan Harapan melalui kritikan beliau...

Berbeza dengan kes pembunuhan Allahyarham Mohd. Adib, segala yang mungkin telah dilakukan untuk melindungi pembunuh tetapi dalam kes pembunuhan Altantuya, segalanya akan dilakukan untuk mendakwa DS Najib yang terbukti tiada kaitan dalam pembunuhan tersebut...

Jadi, salahkah kalau DS Najib melakukan Sumpah Laknat untuk mempertahankan diri beliau?





Petikan tulisan asal :

Blog anotherbrickinwall.com
fda

Archives