KUALA LUMPUR 26 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
RBF mendedahkan kebodohan Pesuruhjaya SUHAKAM Muhd Sha'ani Abdullah berikut:
Kenyataan Sha'ani semasa sidang media tersebut seperti dilaporkan oleh FMT
Shaani berkata polis sepatutnya mendidik masyarakat supaya tidak mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan bukannya menggunakan hukum sendiri dengan menyerang majlis ceramah tersebut.
“Majlis diadakan oleh badan yang sah, bukannya majlis anjuran kongsi gelap. Kalau rakyat marah, pergi buat aduan polis bukan guna hukum sendiri,” katanya.
Bila masa ABU berdaftar sebagai sebuah badan yang sah ?
Bila masa pula hindraf sebuah pertubuhan haram dah jadi sah ?
Jika inilah standard seorang Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia yang ada di negara kita ternyata usaha kerajaan mewujudkan Suhakam adalah sia-sia.
Bodoh sekali Pesuruhjaya SUHAKAM melayan kumpulan ABU. Hmmm .... adakah dia ini yang dikatakan ada beberapa Pesuruhjaya SUHAKAM yang bersimpati dengan NGO haluan kiri?
Takkan mereka tidak faham dan baca hak kerajaan dalam Declaration of Human Rights dalam mengawal keamanan.
Polis yang lebih pakar dan faham situasi pun anggap ini hanya wayang politik dan tidak berapa ambil endah. Ternyata apa yang katakan oleh kumpulan ABU dan Hindraf bercanggah sekali dengan apa yang dilaporkan penduduk setempat.
Baca di Sel13.com sini, laporan polis penduduk tempatan.
Selangordaily sini pun ada pandangan menarik mengenai apa sebenar berlaku, berikut:
Sememangnya PKR sudah ketandusan idea bagaimana untuk memperolehi semula sokongan daripada masyarakat India yang suatu ketika pernah menjadi tulang belakang kepada pergerakan parti tersebut.
Malangnya, PKR cuba bermain api untuk mendapatkan semula yang sudah hilang itu. Agak menarik ialah apabila PKR di bawah CheguBard cuba menjadikan UMNO sebagai mangsa yang perlu dipersalahkan agar UMNO dan Barisan Nasional dimusuhi sekaligus menarik undi serta sokongan kepada PKR.
Malangnya, helah CheguBard dan PKR yang dibantu oleh HINDRAF telah dihidu terlebih awal. Tindakan CheguBard yang cuba memprovokasi 100% penduduk kampung yang berbangsa Melayu dan beragama Islam pada waktu Maghrib, jelas memakan diri.
Tidak ada satu bunyi pun kedengaran dari Pakatan Rakyat tentang punca 1000 orang penduduk Kampung Jalan Kebun mengepung dan hampir mencetuskan sesuatu yang buruk terhadap HINDRAF dan CheguBard sendiri.
Kenapa Pesuruhjaya SUHAKAm itu tidak pula lihat perspektif hak asasi penduduk Jalan Kebun untuk beribadat dan hidup aman damai?
Baru-baru ini, ada beberapa peguam cuba membuat estimate akan kos pembelaan dari kos sodomi Anwar.
Perlu diingati, bahawa kos pembelaan Anwar bukannya murah. Pasukan pembelaan Anwar bukan kecil tapi dianggotai oleh ramai peguam-peguam dan peguam research yang ternama.
Satu lagi kos adalah kos mahkamah yang melibatkan permohonan dan rayuan hingga sampai e mahkamah rayuan dan persekutuan. Ini semua kos ...
Perbiacraaan kes sodomi Anwar makan masaa selama hampir 4 tahun dan melibatkan mahkamah sivil dan syariah. Dan mahkamah syariah melibatkan satu pasukan peguam lain.
Ini juga melibatkan out-of-pocket expenses yang melibatkan travelling, komunikasi dan talipon luar negara dan lain-lain.
Dipercayai jumlah kos perbicaraan adalah hampir RM10 juta. Kos untuk membawa Associate Prof David Wells, Dr Brain McDonald dan dr Thomas Hoogland sekali memakan belanja RM2 juta.
Takkan peguam-peguam ini semua buat kerja lillahi taala? Apa dipanggi pro-bono?
Dua hari lepas, Karpal Singh memberitahu penghakiman tertulis belum lagi sedia. Sejak Januari 9hb hingga hari ini, bermakna 18 hari sudah berlalu sejak Dato Zahidin membuat keputusan Anwar lepas atas bukti DNA yang tidak meyakinkan 100%.
Pada hari tersebut, hakim mengambil masa hanya 5 minit untuk menyampaikan keputsannnya. Keadaan muka dan tubuh badannya begitu nervous sekali. Sebaik sampaikan keputusan, dia mahu lari keluar dari bilik mahkamah.
Semasa dia membuat keputusan ada kes prima facie terhadap Anwar dan dia perlu embela diri, dia ada menyatakan kenyataan Saiful adalah saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.
Dalam kes berkaitan jenayah seks, kekuatan kes terletak pada saksi. Dengan kenyataannya demikian, ada peguam kata bukti DNA tidak perlu untuk kuatkan kenyataan saksi lagi. Tiada perlu corroboration. Itu yang peguam ramai hairan kenapa perlu isu integriti DNA 100%.
Bertambah lagi, isu tampering sudah ditimbulkan ketika Dr Seah dan dua rakan chemist di soalbalas oleh peguambela ketika pendakwa membuat dakwaan. Ini semua sepatutnya sudah diambilkira oleh hakim ketika meminta Anwar bela diri.
Ketika pembelaan, Anwar tidak membela diri kerana memberi kenyataan saja dari kandang dituduh dan bukan kandang saksi. Kenyatannya tiada kredibiliti kerana tidak disoalbalas oleh pendakwa.
Pihak pembalaan ada membawa tiga pakar perubatan; dua adalah kononnya pakar DNA. Kenyataan pakar DNA Dr David Wells menuduh pelbagai kelemahan ujian DNA telah dipatahkan oleh pendakwaan yang berjaya mengubah pendirianya sebaik saja ditunjukkan kajian-kajian dan tulisan jurnak saintifik.
Seorang lagi pakar telah terdedah sebagai bukan pakar dan kenyataannya di Australia tidak diterima mahkamah.
Usaha desperado Anwar membawa pakar tulang belankang Dr Thomas Hoogland untuk menyatakan anwar tidak berupaya melakukan seks sodomi tidak sepatutnya berjaya. Terdedah pula integrti klinik dia mengamalkan perubatan sebagai terlibat overcharging, malpractise dan ditutup kerana banyak saman.
Dimana asas hakim integriti sampel DNA tidak 100% meyakinkan? Atas asas apa lagi bukti DNA perlu diambilkira?
Gosip yang menajdi perbualan di kantin Mahkamah Jalan Duta berkata Zahidin ada melakukan sesuatu keputusan yang pelik ketika perbicaraan.
Khabar mengatakan dia menolak sampel dengan harapan pihak pendakwa akan merayu. Bila merayu, keputusan akan dibuat oleh hakim-hakim lain di mahkamah rayuan. Khabar angin menuduh hakim Zahidin tidak mahu ambil tanggungjawab dan biarkan hakim2 lain buat keputusan.
Ini satu tuduhan yang berat terhadap hakim yang mana penghakiman yang penuh dan detail saja dapat menjawab persoalan-persoalan yang timbul dari pandangan peguam dan gosip di mahkamah.
Apa yang menahan penghakiman tertulis dari siap disediakan? Pasti bukan sebab dia mahu hakim-hakim lain tuliskan penghakiman. Itu tidak diamalkan di mahkamah kita, kan?
Dulu Datuk Khusrin menjadi mangsa permainan politik mereka. Maklumat yang kami terima beberapa minggu lepas pula mengatakan Pegawai Daerah Petaling,Dato’ Zulkepli Bin Ahmad pula yang menjadi mangsa permainan politik PKR dan DAP.
Punca pergaduhan antara Khalid Ibrahim dengan Datuk Zul adalah kerana isu tanah sekolah.
Khalid Ibrahim mengarahkan Datuk Zul agar tanah-tanah yang telah digazetkan sebagai sekolah kebangsaan tetapi belum lagi dibina sekolahnya agar diberi kepada sekolah jenis kebangsaan cina.
Keengganan Datuk Zul menuruti perintah Khalid Ibrahim telah menyebabkan Khalid menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Negara meminta agar Datuk Zul ditukarkan.
Khalid sekali lagi menunjukkan kebodohannya dalam pentadbiran sebagaimana kes perlantikan Datuk Khusrin dulu. Beliau bukan tidak boleh, malah tidak layak untuk meminta supaya pegawai daerah ditukarkan.
Kuasa tersebut terletak di tangan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Setiausaha Negara. Orang yang layak menghantar surat kepada KSN adalah Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor.
Dalam hal Pak Menteri perlu mengistiharkan harta, ini sudah jadi amalan BN dari masa zaman Tun Dr Mahathir lagi.
Isu isytihar harta ini timbul apabila ada pihak menimbulkan agar Menteri isytihar harta kepada SPRM. Dato Nazri menyatakan pandangan tidak perlu dan terus pembangkang menyerang. Lanjutan dari itu, timbul pula saranan dari pihak pembangkang supaya ahli-ahli UMNO buat juga isytihar harta kepada SPRM.
Apa perlunya jika mereka bukan pemegang jawatan awam seperti Menteri, Exco, Councillor dan Government Servant? Mahukah ahli-ahli parti PR lakukan yang sama?
Kalau ia pun, amalan isytihar harta di kalangan semua exco negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat adalah amalan yang sama dimana pengistiharan dibuat kepada Ketua Menteri dan Menteri Besar.
Semasa rakyat menuntut MB mengkota janji pilihanraya untuk isytihar harta kepada awam, Dewan Undangan Negeri, Dato Teng Chang Kim dan ADUN-ADUN DAP enggan lakukan.
Menteri Besar Tan Sri Khalid turut berdalih-dalih. Dengar video berikut:
Akhirnya tiada pun rakyat tahu apa yang diisytihar oleh exco. Khalid sendiri tidak dedahkan habis hartanya dalam berupa saham syarikat.
Sementara itu di Kelantan, Naib Presiden Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta ahli keluarganya termasuk menantu, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman wajar mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM.
Arif Hakimi berkata langkah itu bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.
“Kita mahu keluarga Menteri Besar telus kerana selama beliau digambarkan pemimpin zuhud dan hidup dalam keadaan sederhana termasuk tinggal di rumah kampung, tetapi sebenarnya memiliki rumah besar."
Di Pulau Pinang, mereka berdalih enggan membuat pengisytiharan harta kepada SPRM tetapi kepada firma akauntan antarabangsa, KPMG. Itu bermakna mereka lebih telus kepada firma yang dipunyai asing dari organsasi tempatan dan rakyat sendiri.
Atau pun mereka ada persekongkolan dengan pihak asing? Baca blog pembangkang berkenaan perkara ini di sini
Alasan yang diberi adalah mereka tidak percaya kepada SPRM. Baik ... tapi cuba fikirkan kenapa mereka mahu bersorok dari SPRM?
Kalau SPRM ada niat jahat terhadap pihak pembangkang pun, mereka tidak boleh sewenang-wenang sumbat mereka dalam penjara. Ianya perlu melalui proses mahkamah. Bukan senang nak caj sampai boleh didappati bersalah akhirnya.
Inikan pula jika SPRM hanya sebgai penyimpan amanah. Kalau maklumat ini bocor, pastilah kewibawaan SPRM akan terjejas.
Satu lagi yang perlu difahami, kepada siapakah KPMG sepatut beritahu jika berlaku sebarang jenayah atau salahlaku bila harta yang diperolehi melebihi harta yang ada?
Mestilah SPRM kerana hanya mereka adalah pihak berkusa dalam hal rasuah dan money laundering. Tetapi adakah mereka akan benarkan KPMG laporkan kepada SPRM?
Tepuk dada tanya sendiri. Apa agaknya jawapan mereka?
Sebaik saja perancangan dibuat untuk memecat Dato Dr Hassan Ali, Theresa Kok dan NECF telah membawa masuk secara beramai-ramai mubaligh Kristian untuk program memurtadkan orang Islam.
Kegagalan program bulan puasa pada August 8hb 2011 di DUMC tidak melemahkan mereka malahan ...
Kemasukan rombongan mubaligh beramai-ramai adalah pada 18 Disember 2011 menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebahagian anggota rombongan mubaligh seramai 45 orang itu, terdiri daripada mubaligh-mubaligh Filipina. Sebahagian lagi datangnya dari Indonesia.
Rombongan pada 18 Disember diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai Alicia Thorpe, salah seorang anggota kumpulan Evangelist yang berpusat di Amerika Syarikat.
Menariknya, kumpulan berkenaan telah dijemput dan dinaungi secara peribadi oleh Teresa Kok, Exco Kanan Selangor.
Teresa Kok bekerjasama rapat dengan Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang berpusat di Petaling Jaya untuk membawa masuk mubaligh-mubaligh ini bagi tujuan pemurtadan.
Dengan exco ugama yang sekular, penasihat yang tidak bermoral dan gila kuasa, dan wakil rakyat PAS yang sanggup hidup dalam penafian demi kuasa, pasti mereka begitu menggalak.
Zuraidah Kamaruddin adalah figur yang paling menarik selepas Anwar Ibrahim di negara ini. Ramai melihatnya sebagai figur yang mempunyai fikiran tidak stabil, seringkali bertindak tanpa berfikir panjang, semata-mata untuk menempatkan namanya agar diingati dan kedudukannya dalam politik PKR lebih kukuh.
Serangan terhadap Shahrizat Jalil bukanlah serangan kali pertama yang dilakukan oleh Zuraidah Kamaruddin yang lebih dikenali sebagai Mak Lampir PKR secara sembrono.
Zuraidah pernah cuba menggemparkan negara dengan SURAT PALSU tentang usaha UMNO Hulu Selangor memalsukan kad pengenalan dan kewarganegaraan bagi membolehkan UMNO menang dalam pilihanraya.
Sama seperti kes NFC-Shahrizat Jalil, Zuraidah sebenarnya 'merampas' isu tersebut. Isu berkenaan telah dimulakan oleh blogger-blogger Pakatan yang kemudian dipanjangkan oleh Suhaizan Kaiat, pemimpin PAS Johor yang kemudian mencetuskan MISTERI KOD 71 dalam ISU MISMAH.
Disamping itu, baca juga Mat Cendana sini. Menurutnya kali ini, Zuraidah bertemu buku dengan ruas. Bukan mudah untuknya lepas dari saman Shahrizat. Kemungkinan besar Zuraidah dan rafizi tidak akan dapat bertanding di PRU akan datang.
Bagi Shahrizat, kemungkinan dia tidak akan bertanding dan mengosongkan jawatan Menteri, tapi saman beliau akan membantu membersihkan namanya hingga masa sesuai untuk kembali semula.
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, “Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”
Katanya, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut beliau, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.
“Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek,” katanya.
Ambrin menambah, pengauditan bagi projek NFC dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.
Tambah beliau, analisis audit mendapati objektif projek NFC masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.
Baca laporan Bernama sepenuhnya di Utusan Malaysia sini
Mengapa begitu lama baru menjelaskan perkara ini?
Ternyata sekali, isu yang ditimbulkan pihak JAN hanya berkenaan keberkesanan program. Ini juga berkait rapat dengan pelbagaian kekurangan dari pihak Kementeriaan Pertanian dan Kewangan. Dalam hal ini, bekas Menteri Kewangan tidak boleh terus berdiam diri.
Kemungkinan tiada kes untuk kesalahan yang melibatkan SPRM dan Polis.
Namun begitu, apa sekali yang ditimbulkan oleh Tan Sri Ambrin, pihak NFC sendiri perlu bertanggungjawab jelaskan semua pertuduhan yang dibuat oleh pembangkang. Harap jelaskan pula isu etika di mana suami dan keluarga Menteri mendapat projek dan bantuan kewangan dari kerajaan?
KUALA LUMPUR: The grounds of written judgment of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s acquittal on a charge of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, is not yet ready.
Anwar’s lead counsel Karpal Singh said he was informed by the trial judge’s secretary that the judgment was not yet ready.
He said this to reporters after checking on the judgment with High Court Judge Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah’s secretary at the Jalan Duta Court Complex, here, today.
He, however, said that a trial judge was obliged to provide a grounds of written judgment within eight weeks from the day a notice of appeal was filed, as provided under the Chief Justice Circular.
On Jan 20, the Attorney-General’s Chambers (AGC) had filed the notice of appeal against Anwar’s acquittal from the sodomy charge. The notice which was signed by Solicitor-General Datuk Idrus Harun was filed at the Kuala Lumpur High Court Criminal Registry.
Selepas mengharungi 4 tahun yang penuh bergelora dan mencabar, Anwar dilepaskan oleh hakim mahkamah tinggi, Dato Zahidin atas tuduhan meliwat pada Januari 9hb.Kisah peguam pendakwa membuat rayuan itu lain cerita buat masa ini. Yang ingin ditanya adalah rancangan Anwar untuk ke Mumbai diikuti dengan Ankara sebaik saja keputusan diisytiharkan.
Hairan ... apa salahnya, selepas dilepaskan dan bebas dari pertduhan yang mengaibkan, dia ke Mekah untuk menyuarakan kesyukuran kepada tuhan di tanah suci dan memohon ketenangan dan kerahmatan. Selalunya itu yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang mampu.
Bukan saja Anwar tidak ke tanah suci mencari ketenangan, malah dia membuat kenyataan kontroversi di BBC ketika di Mumbai untuk dihapuskan undang-undang liwat yang dianggap undang-undang purba.
Undang-undang liwat 377 mungkin bukan hukuman quran yang menghukumkan mati kepada para peliwat, tetapi kesalahan liwat masih kesalahan yang disebut dalam quran. Ini bermakna Anwar menganggap Quran itu kitab purba ketinggalan zaman.
Dahlah tidak pergi mencari kerahmatan tuhan, Anwar menghina hukum tuhan pula.
Utusan Malaysia melaporkan apa yang dilaporkan oleh media asing berkenaan kenyataan Anwar mahukan akta 377B dan C dihapuskan kerana dikatakan undang-undang lapuk. Desakan ini seiring dengan saranan Bar Council, Amnesty International dan kumpul pro-gay luar negara.
Kata-kata Anwar ini sangat beralas dengan mengatakan akta itu disalahguna untuk mengenakannya. Tentu sekali tidak konsisten sesuatu undang-undang yang sudah melibatkan dan menghukum ramai individu lain, maka kenapa pula ia bertujuan hanya untuk kenakan Anwar?
Maka kata-kata Anwar bahawa undang-undang ini lapuk sebenarnya asas yang boleh dijadikan alasan untuk kebencian dan dendam Anwar. Diatas asas itu, Utusan merasakan Anwar mahu benarkan perbuatan sodomi berleluasa kerana dia tiada pula mencadangkan undang-undang lain sebagai ganti dan meyuarakan kebenciaannya terhadap perbuatan terkutuk sodomi yang ditolak oleh semua ugama.
Biarlah Anwar terus dengan samannya terhadap Utusan Malaysia kerana ada baik perbiacaraan itu disiarkan dan dihebahkan supaya rakyat tahu Anwar adalah seorang yang tidak bermoraal dan songsang.
Yang menjadi pertanyaan ramai pula adalah kenapa Utusan sahaja yang disaman. Kenapa tidak disaman mereka-mereka yang lebih jelas dan grafik pertduhan mereka terhadap Anwar? Mereka-mereka seperti Dato Zulkifli Nordin, Dato Nallakaruppan, Dato Eskay, Ummi Hafilda, Ezam Mohd Nor, Gobalakrishnan, dan lain-lain.
Kenapa Anwar takut saman mereka ini semua? Bukankah pendedahan yang mereka buat lebih "defamatory" dan khusus dari Utusan Malaysia? Kenapa Anwar pilih Utusan Malaysia?
Baca Ezam, Zahid Md. Arip, SD Johari, Anuar Shaari dan Hamizun cabar Anwar saman diri merka di Utusan Malaysia sini.
Pakatan Rakyat Perak kecoh lagi apabila beberapa pemimpin mereka tidak berpuashati dalam pembahagian kerusi untuk calon PRU13.
Dalam mesyuarat dalaman parti yang berlangsung pagi tadi di pejabat Pas negeri Perak di Medan Istana memperlihatkan rasa tidakpuashati apabila PKR mendesak DAP mengisytiharkan siapakah yang akan menjadi Menteri Besar jika Nizar Jamaluddin jika UMNO memenangi DUN Pasir Panjang pada PRU13.
Pas pula mendesak dan menuntut supaya DUN Behrang dan DUN Changkat Jering dipulangkan kepada Pas.
Pas menyatakan kesukaran untuk menawan semula semua kerusi yang ditandingi apabila ADUN UMNO bekerja keras untuk membela rakyat sedangkan calon Pas hanya mampu menghasut rakyat sahaja.
DAP pula mahukan jawatan Timbalan Menteri Besar diumumkan lebih awal supaya calon dapat bekerja dengan lebih keras
Ketika pergaduhan antara Ramasamy dan Karpal Singh, dua ADUN menyebelahi Karpal Singh dan mengadakan satu perhimpunan. Kami memetik dari blog Pisau sini berkenaan kisah ini:
Isu “GodFather” semakin rancak dimainkan, fakta yang utama adalah untuk kepentingan penyokong-penyokong mereka dalam politik, yang boleh membimbangkan dan merungsingkan. Pada mulanya 2 orang ahli dewan yang menyokong Karpal Singh pada 9 haribulan yang menggerakkan perhimpunan beramai-ramai secara aman, tetapi di atas nasihat pemimpin-pemimpin parti perhimpunan itu dibatalkan.
Tetapi pihak penyokong-penyokong dari Dr. Ramasamy a/l Palanisamy tidak dapat hentikan perhimpunan itu, menyebabkan majlis jadi kecoh dan membantah Karpal Singh, Karpal Singh yang selalunya bersikap tegas dan angkuh, macam mana boleh terima dan sabar lagi? Sebab itu apabila Dr. Ramasamy a/l Palanisamy cuba berlembut mahu bersalaman dengan Karpal Singh, Karpal Singh tidak menyapa dan tidak tunjuk reaksi untuk menyambut salaman itu.
Pisau juga mendedahkan "...pembantu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah menulis di Twitter ada berlakunya penyelewengan wang kerajaan dan duit kontraktor oleh 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat."
Adakah Ramasamy sudah mula menyerang Karpal melalui perang proksi pula apabila usaha gencatan senjata oleh LGE, LKS dan Dr Chen tidak dipersetujui Karpal?
Kit Siang, in his New Year message, called on the Malaysian Chinese to "unite and rise as one dragon, together with all other Malaysians, to effect a change of power in Putrajaya in the next general elections".
He may be better off calling on his own flock to unite. After the unseemly public feud between Karpal Singh and P Ramasamy, voters are disappointed that the party is riven by internal squabbles.
MCA, on the other hand, offers stability because of its partnership with Umno.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, party president of MCA, said in his New Year message, "Let us hope that the Dragon Year will bring forth greatness to our country's economy, political stability, and a better future for all Malaysians."
It's interesting to note that Chua did not turn his New Year message into a political speech, as Kit Siang had tried.
In fact, the MCA may well attract more Chinese voters as it offers a more restrained polity that stands in stark contrast to DAP's strident politics.
For the Chinese voter, economic growth is important, as is political stability and ethnic harmony.
On these three key issues, the track record of DAP is found wanting. Its handling of Penang's economy is now being questioned. Compare this to the steps being taken by BN to boost the national economy through its reforms.
As for political stability, you only have to look at the squabbles within DAP and its patchy ties with ally party PAS over hudud. In comparison, Chinese voters may find MCA and its established partnership with Umno more reassuring.
And finally, the Chinese community's wish for ethnic harmony looks better served by the '1Malaysia' vision of all communities jointly participating in the development of the country, not by the confrontational stance taken by DAP vis-a-vis the Malay majority.
After all, in a diverse country like Malaysia, a community progresses best when it works as part of a team, not when it loudly demands its dues – that would only raise the hackles of everyone else.
The Chinese vote is going to be important in the next election, and more than most people think.
For the community could be key in deciding the future of Malaysia: do we want a prosperous country where all communities work together and benefit jointly, or a fractured society where it's every community for itself?
Tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad di Sinar Harian baru-baru ini menarik sekali. Kami mengambil petikan berikut tulisannya yang telah ditranscrip oleh blog ZMSegamat sini:
2.0 Dalam diskusi "Politics Unusual – What To Expect In the Next General Election" anjuran Asli (Asian Strategy and Leadership Institute) di Sunway Resort Hotel & Spa, Selasa 17 Januari 2012, Profesor James Chin, seorang panelis dan Ketua Jabatan Social Sciences, Monash University, Kampus Sunway, Selangor, menegaskan mengikut beberapa kajian mutakhir, bloggers tidak akan berperanan, atau berpengaruh dalam PRU13 seperti dalam pilihan raya umum lalu.
Sebabnya pembaca blog telah mengetahui sebahagian besar bloggers tidak bebas, tidak berkecuali; tidak sederhana; mereka ada agenda tertentu, mereka sebagai ajung (adjunct) parti-parti politik tertentu. Ada ajung Pakatan Rakyat dan sekarang sudah wujud bloggers ajung BN/Umno.
Hasil kajian itu nampaknya blog hanya dibaca oleh pengikut setia tertentu sahaja, bukan oleh pengundi bebas atau pembaca atas pagar.
Apa yang perlu dan harus ada ialah bloggers yang moderate, sederhana dan neutral yang mampu mengalih perhatian dan mempengaruhi pengundi bebas dan pembaca yang independent.
3.0 Lebih baik pada setengah orang bebas membaca media perdana milik BN dan suara Pakatan Rakyat seperti Harakah. Sekurang-kurangnya media ini secara rasmi suara parti berkenaan.
Sekarang kalau pun orang bebas membaca kedua-dua blog mereka akan diskaun pendapat blogger apabila merumuskan pendapat dan pilihan peribadi (pembaca) tentang satu-satu isu.
Pandangan ini adalah satu peringatan yang baik buat blogger-blogger pro UMNO semua. Ada blogger yang baru satahun jagung naik angkuh mengaku zaman ini adalah zaman memblog cara dan stail mereka.
Tidak mereka sedari bahawa tarikan Alexa yang mereka kutip tidak membawa makna. Trafik yang mungkin mereka perolehi masih tidak sebanyak media mainstream, portal mereka dan viral effect dari situ.
Masing-masing hanya berblog kepada yang sudah converted tetapi cara blog yang negatif tidak berupaya langsung mengubah persepsi rakyat yang atas pagar mahupun yang simpati pembangkang. Ada kala cara blog yang negatif sudah back fire kepada diri mereka dan menjejaskan rakan blogger lain.
Tabiat terlalu mengejar populariti Alexa sudah melarat hingga lupa menilai keberkesanan dalam mempengaruhi pengundi. Ramai bloger terikut-ikut metod mempularitikan blog dengan menggunakan tajuk-tajuk sensasi. Tabiat ini sudah menjadi-jadi hingga ramai blog menggunakan car atabloid murah mempamerkan gambar wanita seksi untuk mendapatkan perhatian.
Ada perbuatan dan tingkah laku pemblog mencari publisiti hingga menjejaskan keberkesanan maklumat yang mahu disebarkan dan lari fokus dari membantu parti.
Blogger perlu ingat dan menghormati kebijakan pembaca untuk menilai tulisan kita. Jika kita termasuk diri kami sekali, tidak menghormati mereka, mereka tidak akan mahu dengar pandangan kita.
Integriti dan nama baik blog perlu dijaga jika ingin berperanan membantu parti. Kecekapan memahami dan menilai isu dengan bebas dan objektif menurut sentuhan dan pandangan tersendiri menjadi penentu.
Banyak lagi isu-isu dan kelemahan blogger untuk dibincang. Cukup buat setakat ini.
Peringatan terakhir, jika blog anda tidak efektif dan tidak menjaga integriti masing-masing, anda tidak membantu parti, malah dalam suasana yang sedang berubah ini, anda boleh dianggap liabiliti buat parti. Banyak berhemah ...
DAP dicabar letak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mencabar DAP supaya meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu sekiranya benar-benar ikhlas untuk menjadi parti yang bukan berasaskan kaum.
Beliau berkata, tindak-tanduk serta pendekatan DAP selama ini menggambarkan parti itu tidak mampu keluar daripada kepompong `chauvinistik' dengan hanya tertumpu ke arah kepentingan satu kaum sahaja.
"Mereka cuba nak jadi parti yang bukan berasaskan perkauman, tetapi lihatlah kawasan yang mereka wakili ketika ini, semuanya adalah kawasan majoriti di mana satu kaum sahaja yang tinggi kelompoknya.
"Kalau betul mereka hendakkan Melayu, cuba letak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Kita tengok sama ada mereka boleh menang atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan komputer dan peralatan sekolah tajaan Sime Bank di Kampung Teluk Kechil di sini semalam.
Aspan, blogger pro Tengku Razaleigh yang meninggalkan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair untuk menyokong DAP yang dikuasai pemurtad Evangelis Kristian kini mahu melakarkan DAP sebagai parti yang bersih dan suci untuk orang Melayu.
Cakap saja banyak, tapi takut nak siarkan komen dalam blognya.
Bagi Aspan yang mengharap untuk dinobatkan MB jika DAP mengambilalih Negeri Sembilan, dia seharusnya mengunakan tujuh samakan dengan lumpur untuk membolehkan DAP itu bersih dan suci untuk orang Melayu.
Samakan pertama mestilah buat dirinya supaya bersifat jujur dan ikhlas sebagai blogger. Dia haruslah ada keberanian untuk menerima dan menyiarkan kritikan dan pandangan yang berbeza diletakkan dalam komentar. MAsuk DAP berani, tapi siarkan komentar tak ada tolo.
Samakan lumpur yang kedua perlu juga buatnya supaya membuang sikap benci yang amat sangat dan eksterimis terhadap Tun Dr Mahathir hingga ianya mengkaburkan pandangan dan hujahnya.
Samakan lumur ketiga masih lagi kepadanya supaya berhujah dalam blognya berdasarkan fakta dan hujah yang sahih. Saudara Aspan begitu lemah dengan maklumat dan butiran fakta untuk menyokong hujahnya.
90% dari hujah Aspan adalah berdasarkan ingatannya sendiri terhadap sesuatu peristiwa yang mana sering bercanggah dari dokumen dan sumber yang sah. Oh maaf ... dokumen dan sumber telah diadultrasikan. Begitulah pemikiran konspirasi orang-orang Ku Li.
Aspan hanya berhujah berasaskan retorik dan kiasan mudah untuk menarik orang kebiasaan yang kurang ilmu dan orang-orang kampung yang naif. Perkara kompleks dipermudahkan.
Samakan lumpur keempat adalah terhadap parti DAP yang jelas sekali diberitahu oleh pemimpin idola Aspan, Dato Harun Idris mengatakan Lim Kit Siang adalah pemula dan pencetus 13 Mei.
Samakan lumpur kelima untuk parti DAP adalah sejarah parti tersebut yang ramai sekali dianggotai oleh bekas parti komunis, termasuk saudara mara Lim Kit Siang di kampungnya.
Pasti Aspan tidak akan cuba menjawab kerana dia tidak berupaya memahami fakta dan butiran untuk menjawab skandal SpICE dan pembinaan parking yang mana seorang ahli PKR keluar parti kerana salahlaku LGE. Bersih kepala hangguk ...
Pasti Aspan tidak berupaya nak terangkan kecekapan PDC untuk menjual tanah begitu mudah kepada pemaju-pemaju berbanding dengan formula dahulu dimana PDC ada syer dalam pembangunan dan keuntungan boleh disalurkan kepada program sosial. Cekap dalam menyamun ...
Disebalik penjualan itu, LGE cekap mengumpul wang dan dana rasuah untuk membiayai parti dan poket dirinya hingga dikatakan berada di Itali untuk makan busat CNY.
Pasti Aspan hanya berupaya memberi hujah loyar buruk ahli politik ketinggalan zaman dengan menyalahkan UMNO untuk menutup kelemahan dan kekurangan maklumat untuk menjawab LGE yang sering ditangkap menipu. Baca penipuan LGE yang terbaru di The Mole sini.
Bersih Cekap Amanah ke atau Pengotor, Cekap Mengkaut, dan Pemipu, Encik Aspan? Belajarlah dengan LGE kuat penipu dan pembohong
Samakan lumpur terakhir adalah untuk dia menjawab adakah dia bersekongkol dengan didalangi pakar baling batu sorok tangan Tengku Razaleigh untuk menuduh Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah membunuh Altantunya?
Cakap biarlah berbukti ...
Pasti melucukan untuk mendengar perupamaan dan kiasan ala orang kampung Aspan dalam menghujah butiran undang-undang.
Serangan di beberapa majlis ABU yang cepat salahkan UMNO bukan pertama kali, tetapi banyak kali. Sendiri serang sendiri dan salahkan orang lain. Ini semua trick lama.
Kalau setakat trick, itu tidak jadi hal, tetapi trend baru yang ditunjukkan oleh pihak antikerajaan sangat merbahayakan rakyat, walaupun mereka adalah penyokong pembangkang yang bersama pihak mereka.
Apa yang berlaku adalah adalah pihak ABU melakukan kekecuhan untuk menarik perhatian kepada slogan mereka yang tidak laku. Ini merbahayakan.
Ini tidak menghairankan kerana pihak ABU begitu angkuh dan ganas hingga hujah Anas Zabedy bahawa kempen sedemikian akan menafikan calun UMNO yang baik dimaki hamun oleh peguam pembunting wanita Harris Ibrahim.
Pada hari keputusan mahkamah kes Anwar, pihak penganjur Gerakan Bebas Anwar 901 menyalahkan Perkasa berasaskan kata-kata amaran kosong Dato Ibrahim Ali. Tindakan Shamsul yang begitu cepat menuduh hanya menimbulkan persoalan.
Gerakan 901 mempunyai motif untuk kecohkan demonstrasi 901 untuk mendapatkan perhatian asing dan mengecohkan keadaan demi mendapatkan simpati rakyat.
Modus operandi yang sama diguna.
Apa yang difahami adalah bom itu diletakkan dalam kon yang menyerupai kon polis. Sebabnya kiraan Kon Polis yang dibawa untuk kegunaan mencukupi. Bom yang diletakkan dan diletupkan dengan timer dilakukan begitu profesyenal sekali untuk mendapatkan letupan yang berimpak.
Ini yang bukan kerja Perkasa atau mana-mana pihak lain melainkan pihak yang punya connection baik dengan pakar anasir subversif luar negara. Siapa lagi yang ada connection sedemikian melainkan PKR dan Bersih 2.0.
Oleh itu awas bila hadhir ke perhimpunan kumpulan pro Pakatan Rakyat. Mereka sanggup lakukan apa saja demi politik.
Mereka ini sudah mabuk politik hingga tak sedar atau tak mahu terima kenyataan bahawa rakyat dah fatigue politik. Hentilah drama murah sedemikian wahai Pakatan
Karat, buang masa saja ...
TAMBAHAN
Chegu Bard sembunyi takut ketika pergaduhan berlaku. APa yang difahami berlaku, puak2 Hindraf melakukan bising di tepi jalan ketika waktu maghrib. Ceramah di kawasan ini berlaku waktu isya. Masyarakat setempat marah. Baca kisah sebenar di Sel13 sini
Hindarf masa itu tidak peduli. Itu berlaku tegang leher. Tapi diperbesarkan lebih dari yang sebenar. Baca FMTsini
Antara waktu maghrib dan isya keadaan dah reda dan propaganda dapat dilakukan, mereka pun umum untuk hentikan program. Masa itu sahabat baik trojan horse dalam UMNO, Chegu Bard berlakun seperti berikut macam dia begitu bertanggunngjawab sekali. Trojan horse pasti suka lihat propaganda yang baik skrip seperti ini
Itulah mereka ini, mempergunakan keselamatan orang ramai demi propaganda politik. Tak payahlah datang ke program mereka di Rembau tu ... pasti penuh dengann wayang saja. Kempen ABU ni dah jadi hampas ... tak ada pengikut.
June 10 - Petition to drop case submit 17 - Petition to drop case resubmit Later - AMK, Shamsul Iskandar memorandum to drop case 22 - Decision on drop case petition; Application for evidence disclosure 25 - Saiful claim he is leaving for Washington 26 - Application to drop charges based on medical report 29 - Hearing Anwar appeal on trial at high court 30 - Date for appeal to move to high court
July 1 - Defense to present argument to seek trial at Session Court, Hearing on evidence disclosure (delay) 2 - Decision on which court by Court of Appeal 3 - Hearing on evidence disclosure (again delay) 8 - Hearing to strike out charge based on medical report; Hearing on evidence disclosure (new date) 11 - Saiful claim he is speaking in Perth 15 - New date to replace 8th date due to Sulaiman Abdullah illness for 1. Evidence 2. Dismissal 3. Trial 15-16 20 - Appeal on evidence disclosure by prosecutor. 22 - Court grant of stay on evidence disclosure decision 24 - Next court date for 1. Dismissal 2. Trail 3. Disclosure 30 - Federal Court hearing to appeal 1997 sacking
Sept 2 - Mention date on sodomy case and application to strike out
Anwar's Other Court Cases
Lawsuit Against: 1. RTM, Khalil Yaacob RM100m here 2. Tun Dr Mahathir Mohamad RM100m (set aside) here 3. Dato Wee Ka Siong RM10m here 4. Khairy Jamaluddin RM100m here 4. Chandra Muzaffar RM10m here 5. Mohd Saiful Bukhari Azlan RM ? here 6. Dato Anifah Aman RM100m here 7. Khalid Jefri RM4.5m (successful) here 8 Dato Hamzah Zainuddin RM10m here 9 Tan Sri Syed Hamid Albar RM100m here 10. Dato Nallakaruppan RM ? here 11. Dato Samy Vellu RM100m here 12. Utusan dan Tan Sri Muhyiddin RM100m here ---------------------------- Total RM734.5m ==================
Lawsuit By: 1. Tan Sri Musa Hasan RM5m here 2. Dato Mat Zain Ibrahim RM30m here ----------------------------- Total RM35.om ===================
Inform us if we're on your blogroll or list. We will reciprocate.