Wednesday, July 19, 2017

7 janji 100 hari PH dan lain2 hanya penipuan Top Dog

|0 comments

https://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/07/7-janji-baru-pakatan-pembangkang-adalah.html

http://wp.me/p1BZg7-5Fh

Tidak boleh tercapai. Hanya trick top dog gilakan kuasa.



Top dog dan Mat Sabu boneka DAP.

https://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/top-dog-madey-hanya-boneka-dap.html

Cuba Top Dog jawab ...



Dah menggeletar ka ...





Kedurjanaan terbesar menggadaikan harta negara akan terdedah!!!

Tuesday, July 18, 2017

Saifuddin tidak boleh alihkan realiti Guan Eng korup!

|0 comments


KP SPRM membuat kenyataan bahawa Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan belum lagi buat ikrar bersih rasuah.


Saifuddin yang kini makan dedak Lim Guan Eng hanya berupaya memberi alasan politik:


P Ramasamy pula menggunakan alasan politik untuk guna 1MDB sebagai alasan untuk alihkan tekanan terhadap Lim Guan Eng.


Seperti ditulis Seademon, https://seademon.me/2017/07/17/where-is-the-love/


Bila SPRM memerangi rasuah kini mereka tidak lagi berkawan dengan SPRM. Cabaran Ramasy telah disahut oleh Parti Cinta Malaysia:

https://www.nst.com.my/news/nation/2017/07/258040/pcm-lodges-police-report-over-penang-undersea-tunnel-project
 
 
video
 










Monday, July 17, 2017

Dilemma Mahathir: From hero to zero

|0 comments


BUKAN DILEMA MELAYU TAPI DILEMA MAHATHIR

Mahathir ada menulis buku berjudul “The Malay Dilema” di zaman pentadbirannya.  Pasti waktu menulis buku itu pasti Mahathir tidak sangka yang dia akan berada dalam dilemma satu hari.

DILEMA 1 – ANTARA ANWAR IBRAHIM BERSALAH ATAU ANWAR IBRAHIM MANGSA POLITIK MAHATHIR

Dengan U -Turn yang dibuat untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri kebelakangn ini, Mahathir telah meletakkan dirinya dalam dilemma undang undang yang rumit.

Di zaman Mahahir, Anwar telah dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa dan meliwat.

Sekarang, dengan Mahathir memberikan sokong kepada Anwar sebagai jadi calon Perdana Menteri, bagimana persoalan penjara Anwar di zaman Mahathir?

Adakah tuduhan tuduhan terhadap Anuar di zaman Mahathir benar atau hanya satu konspirasi politik yang direka oleh Mahathir untuk ketepikan cabaran politik Anuar terhadap Mahathir sebagai Perdana Menteri waktu itu?

Jikalau tuduhan tuduhan itu benar, ini bermakna kata kata, tomahan dan kutukan Mahathir terhadap Anuar juga benar dan Anuar, sebagai seorang peliwat yang telah salah guna kuasa,  memang tak layak jadi Perdana Menteri.

Jikalau dengan menyokong Anwar Mahathir memberikan indikasi bahawa Anuar layak menjadi calon Perdana Menteri, adakah tuduhan tuduhan yang dibuat Mahathir dulu tidak benar dan anwar dipenjarakan oleh Mahathir dengan salah guna kuasa oleh Mahathir sebagai Perdana Menteri diwaktu itu?

Anuar dipenjarakan atas tuduhan salah guna kuasa. Mahahathir juga mungkin menghadapi nasib yang serupa dan mungkin dipenjarakan jikalau didapati bersalah memenjarakan Anwar dengan salah guna kuasa.

DILEMMA 2 – ANTARA “RAHSIA” KEKAYAAN FAMILI MAHATHIR, SKANDAL, KRONI DAN KUASA YANG DIKEJAR

Satu lagi dilemma yang Mahathir hadapi adalah antara mengejar kuasa politik sekali lagi dan “rahsia rahsia” dirinya, family dan kroni dia dibukakan.

Jikalau Mahathir buat cara Pak Lah, mungkin ini tidak akan terjadi atau dia tidak perlu menghadapi dilemma ini tapi dengan menceburi diri secara aktif dalam politik Malaysia, Mahathir membuka pintu untuk dikritik dan membenarkan dirinya, family dan kroni dia di periksa dibawah teropong mikroskop.

Perkara perkara yang Mahathir harap dapat disembunyikan atau di tutup termasuk:

1. Skandal Forex;

2. Kekayaan anak anak Mahathir yang memiliki lebih dari 400 syarikat termasuk Petron dan San Miguel Beer;

3. Kekayaan dirinya yang termasuk pemilik saham terbeesar dalam hotel The Palace of the Golden Horses dan ladang di Argentina;

4. Kontrak kontrak songsang yang menguntungkan dan mengkayakan familinya dan kroni dia termasuk kontrak IPP, PLUS dan ERL;

Terdapat banyak lagi skandal skandal Mahathir yang dulu sembunyikan termasuk Bumiputra Finance/Lorraine, Perwaja Steen, Proton, “bail out” anak dan kroni.

Dalam perjalan politik Mahathir kali ini, berapa lama agaknya perkara ini semua dapat Mahathir elak dari menjawab atau dipertanggungjawabkan?

DILEMA 3 – ANTARA IMEJ PENYELAMAT MALAYSIA DAN BANGSA DAN TAMAK KUASA

Bukan rahsia lagi bahawa tujuan Mahathir menceburkan diri bukan hanya untuk jatuhkan Datuk Sri Najib tapi juga untuk menjadikan Mukhriz atau Boboi Perdana Menteri Malaysia.

Mahathir telah cuba untuk mencapai matlamat ini dengan membuat permainan dan percaturan di belakang tabir UMNO waktu dia masih ahli.  Tapi kegagalan ushanya untuk jatuhkan Datuk Sri Najib dari dalaman UMNO meninggalkan Mahathir dengan tiada pilihan selain dari berusha untuk jatuhkan Najib dari luar UMNO.

Dilema Mahathir disini timbul dari persepsi yang Mahathir sendiri reka – dilemma antara Mahathir dilihat sebagai Penyelamat Negara dan tamak kuasa dan pengkhianat bangsa.

1. DEKLAEASI RAKYAT

Mahathir, walaupun bergabung dengan pembangkang, telah memulakan ushanya dengan “Deklarasi Rakyat”. Ceramah, Roadshow dan kutipan tanda tangan dijalankan untuk mendapat sokongan untuk memberi tekanan pada Dato Sri Najib untuk mengundur diri dari kerusi Perdana Menteri.

Mahathir menyatakan ushanya telah mendapat sokongan tandatangan lebih dari sejuta rakyat.  Berbekalkan modal ini, Deklarasi Rakyat menjadi platform Mahathir bahawa masanya dah tiba untuk Dato Sri Najib disingkirkan.  Tujuan Mahathir adalah untuk mempersembahkan Deklarasi Rakyat kepada DYMM sebagai modal untuk jatuhkan Dato Sri Najib.

Tekanan diberikan oleh Mahathir supaya dapat bertemu dengan DYMM termasuk membuat tuduhan bahawa DYMM dibawah tahanan rumah atau “house arrest”.

Apabila didapati bahawa jumlah sebenar jauh kurang dari apa yang di gembar gemburkan Mahathir dan dengan cerita atau berita bahawa ramai “rakyat” yang dikatakan memberi sokongan kepada Deklarasi Rakyat Mahathir adalah dari rakyat yang telah meninggal dunia, Deklarasi Rakyat menjadi satu bahan jenaka negara.

Deklarasi Rakyat ditambah lagi nilai jenakanya apabila Mahathir, yang bersungguh sungguh hendak menemui DYMM untuk mempersembahkan Deklarasi Rakyat telah diberi kesempatan dan gagal untuk melakukannya dengan alasan jumlah yang memberikan sokongan tidak benar seperti yang dibanggakan oleh Mahathir.

Disini boleh dikatakan Mahathir kantoi dua kali dalam satu masa:

(i) Membohong dengan membuat tuduhan DYMM dibawah tahanan rumah;
(ii) Membohong tentang jumlah yang menyokong Deklarasi Rakyat.

Reputasi Penyelamat Negara yang cuba direka oleh Mahathir untuk dirinya hancur dengan apa yang berlaku kepada Deklarasi Rakyat.

2. PAKATAN HARAPAN

Dengan Mahathir menjadi ahli Pakatan Harapan menerusi parti PPBM, ada yang melihat Mahathir sebagai keldai tunggangan DAP memandangkan DAP adalah parti yang paling banyak kerusi dalam komponen itu dan PPBM hanya ada satu kerusi.

Mahathir sanggup menjadi alat DAP untuk menipu rakyat yang DAP tidak berkuasa dalam Pakatan Harapan tapi bangsa Melayu yang berkuasa.  Dengan kedudukan kerusi seperti berikut dalam Pakatn Harapan, Mahathir yang partiya hanya ada satu kerusi tapi diangkat sebagai pengurusi dilihat sebagai boneka DAP.

DAP – 37 kerusi
PKR – 29 kerusi
PAN – 6 kerusi
PWS – 2 kerusi
PPBM – 1 kerusi

Bukan hanya perkara diatas yang menjadi bahan dakwaan Mahathir telah mengkhianati bangsa, gabungan antara Lim Kit Siang/DAP dan Mahathir dianggap ramai sebagai Mahathir menelan air liur demi untuk kepantingan politik diri sendiri.

3. KENYATAAN YANG DIBUAT

Mahathir telah buat banyak kenyataan yang dia sendiri tahu tidak benar termasuk:

(i) Malaysia negara gagal;
(ii) Malaysia akan bengkrap;
(iii) SOSMA lebih zalim dari ISA;
(iv) Najib akan ditahan jikalau dia keluar negara;
(v) DYMM dibawah tahanan rumah;
(vi) Pelaburan dari luar adalah menjual negara.

Semua ini menunjukkan bahawa Mahatnir tidak ada batasan dan tidak akan ragu ragu untuk membohong untuk mencapai matlamat dia.

Disinilah Mahathir dilihat sebagai pengkhianat bangsa Melayu yang tidak ada batasan demi tamak kuasa dan usha membina dinasti politiknya.

DILEMA 4 – ANTARA PATRIOT DAN PENGKHIANAT

Mahathir tidak hanya gunakan sumber dalam negara untuk menjatuhkan Dato Sri Najib malah telah mengunakan individu dan kuasa asing untuk tujuan itu.

Dengan mengunakan individu dan kuasa luar negara – Mahathir menempatkan dirinya dalam satu dilemma – adakah Mahathir seorang partriot atau pengkhianat.

Selain dari Claire Rawcastle dan WSJ, Mahathir juga telah mengarahkan kuncu kuncunya untuk membuat laporan penyelewengan wang 1MDB di beberapa negara dengan harapan ini akan membawa kepada jatuhnya reputasi dan kepercayaan rakyat Malaysia kepada Dato Sri Najib.
Kes DOJ menjadi modal politik Mahathir yang mengunakan kuasa asing untuk campurtangan dalam urusan negara Malaysia.

Mungkin Mahathir tidak menyangka bahawa sebahagian rakyat akan menganggap kelakuan dia melibatkan kuasa asing dalam ushanya untuk menjatuhkan Dato Sri Najib sebagai satu penkhianatan kepada negara walaupun pembangkang dan penyokong Mahathir tetap memandang Mahathir sebagai patriot.

DILEMA 5 – ANTARA HERO DAN PENYAMUN

Setelah bersara dari jawatan Perdana Menteri, Mahatir dianggap hero atau wira Malaysia yang mennggalkan legasi besar dalam sejarah Malaysia.

Jalan Highway Utara-Selatan PLUS dan Petronas Twin Tower menjadi tanda kejayaan era Mahathir.  Mahathir tidak dapat disentuh sebagai ikon dan wira negara.

Disini Mahathir menghadapi dilemma reputasi antara mengekalkan dirinya sebagai wira dan Mahathir penyamun terbesar Malaysia.

Apabila Mahathir menceburkan dirinya dalam politik kali ini, segala skandal, mega projek, kontrak songsang dan keputusan yang meragukan menjadi modal politik.

Jika terbuka semua salah laku Mahathir semasa dia memegang jawatan Perdana Menteri,  Mahathir pasti dilihat sebagai penyamun terbesar dalam sejarah Malaysia.

Hampir semua mega projeknya melibatkan famili atau kroni yang mendapatkan keuntungan besar.

Projek projek mega Mahathir hanya satu mekanisme untuk menyedut duit dari rakyat dan kayakan famili dan kroni Mahathir.

Dimana kah Mahathir akan bersembunyi jikalau RCI FOREX mendapti dia bersalah dalam melakukan spekulasi wang di zaman pemerintahan nya? Siapa Mahathir akan mencari untuk membantu dia jikalau terdapat bukti bahawa syarikat anak anaknya yang berjumlah lebih dari 400 syarikat terlibat dalam penyaluran dan pembersihan dana FOREX secara melangar hukum?

KESIMPULAN

Setiap dilemma memaksa seorang individu untuk membuat pilihan dan setiap pilihan ada konsekuensi atau akibatnya.

Mahathir telah membuat pilihan dan banyak pilihannya ternyata memaksa dia membuat U-TURN untuk menyelamatkan dirinya.

Mahathir – FROM HERO TO ZERO?  Mungkin.

Facebook Aznila Abdul Rahman

Sunday, July 16, 2017

Disebalik tersasul Mahathir

|0 comments

Mahathir tersasul sebut Mat Sabu sebagai President UMNO. Turut tersasul ...


Mungkin Mahathir sudah terdesak dan kata orang lain terdesak.


RCI Forex pasti memalukannya.

Mahathir tersasul sebut Mat Sabu sebab dia tak lupa kata2 Mat Sabu.

video


Mahathir tidak upaya jawab:






Itu pasal dia kata


Sebenar terdesak tapi pura2 berani. Perlu gabungan baru utk kelihatan kuat.



Hanya janji2 populis yang tak upaya tercapai seperti janji sebelum ini

Tanpa GST mana mahu cari duit lebih RM40 billion setahun untuk stabilkan harga petrol, ringankan beban rakyat dll tanggungan kerajaan?

https://theflyingkick.blogspot.my/2017/07/7-janji-pakatan-harapan-umpama.html

Itu sebab Wan Azizah kata



http://khairulryezal.blogspot.my/2017/07/setahun-lalu-kutuk-tun-dr-mahathir-kini.html

Hidupnya penuh dendam dan benci


Dia tidak fikirkan pun kesejahteraan rakyat.

Dia hanya fikir kepentingan dan ego sendiri serta kekayaan diri, anak, proksi dan kroni kekal terjamin selama2nya.






Yang lain hanya untuk dia guna.






Friday, July 14, 2017

Boboi bebal bocor rahsia Pak dia, Midin berkonspirasi jahat

|0 comments

Mukhriz Mengaku Mahathir Dan Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sebagai PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengaku bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014," katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mukhriz, 52, yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjawab pertanyaan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam pemeriksaan balas perbicaraan kes saman fitnah difailkan Mukhriz terhadap Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad selaku defendan.

Disoal peguam itu sama ada beliau bersetuju adanya komplot antara Dr Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri dengan Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib, Mukhriz berkata,"Saya tidak mahu menggunakan perkataan komplot, tetapi mereka mempunyai tujuan yang sama".

Mukhriz yang merupakan plaintif dalam kes saman itu berkata perkara tersebut telah diketahui umum khususnya rakyat Malaysia dan ia tersebar di media sosial dan media arus perdana.

Beliau, yang mengaku telah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO semasa masih berada dalam parti itu, bersetuju dengan cadangan Jahaberdeen bahawa dalam politik UMNO, jawatan naib presiden adalah penting yang dianggap sebagai kunci untuk menjadi perdana menteri.

Mukhriz juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa semasa dalam UMNO beliau telah juga bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan menang, bertanding untuk Ketua Pemuda Pergerakan UMNO tetapi kalah dan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO tetapi juga kalah.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ayer Hitam, Kedah itu berkata beliau tiada niat menjadi perdana menteri semasa bertanding jawatan naib presiden UMNO itu.

Terdahulu Mukhriz dalam pernyataan saksinya yang dikemukakan di mahkamah, berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh defendan (Tengku Sharifuddin) telah menyebabkan reputasinya tercalar dan masyarakat memandang serong kepadanya.

Mukhriz yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla merupakan saksi pertama memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes saman itu.

Mukhriz memfailkan saman itu pada 3 Mei 2016 kerana mendakwa bahawa Tengku Sharifuddin telah mengeluarkan dua kenyataan yang berbaur fitnah terhadap beliau pada April, tahun lepas.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan Muhyiddin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung esok.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1372212


Masalahnya sekarang ialah, MUKHRIZ TAHU ATAU TIDAK MAKNA PERKATAAN 'KONSPIRASI'?

Bukankah konspirasi itu antara lain maksudnya ialah, menjadi dalang di belakang tetapi di hadapan, tersenyum simpul dan kelihatan seperti seorang yang baik dan berhemah selain sangat menyokong tetapi di belakang, menjalankan kerja-kerja sabotaj, mencipta perancangan dan melakukan pemusnahan dari dalam?

Apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dan Muhyiddin bukan konspirasi ke? Dia yang mempunyai pengetahuan sehingga tahu perancangan menggulingkan Najib bermula dari tahun 2014 lagi bukannya 2015 sebagaimana yang diketahui umum, takkan tidak terlibat dalam konspirasi itu kalau pengetahuannya dalam bab itu melebihi orang lain?

Awal-awal lagi, sudah dikatakan bahawa serangan Mahathir-Muhyiddin terhadap Najib bukannya kerana 1MDB atau Malaysia akan bankrap atau alasan-alasan yang diberikan oleh mereka. Sebaliknya, ia bermula daripada pemilihan UMNO apabila Mukhriz kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden dan Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong anak lelakinya itu.

https://theflyingkick.blogspot.my/2017/07/akhirnya-mukhriz-mengaku-dr-mahathir.html


Respons Mahathir menarik:

https://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/madey-ngaku-u-turn-dan-tak-takut-tapi.html
fda