Friday, July 14, 2017

Boboi bebal bocor rahsia Pak dia, Midin berkonspirasi jahat


Mukhriz Mengaku Mahathir Dan Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sebagai PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini mengaku bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014," katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mukhriz, 52, yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjawab pertanyaan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam pemeriksaan balas perbicaraan kes saman fitnah difailkan Mukhriz terhadap Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad selaku defendan.

Disoal peguam itu sama ada beliau bersetuju adanya komplot antara Dr Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri dengan Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib, Mukhriz berkata,"Saya tidak mahu menggunakan perkataan komplot, tetapi mereka mempunyai tujuan yang sama".

Mukhriz yang merupakan plaintif dalam kes saman itu berkata perkara tersebut telah diketahui umum khususnya rakyat Malaysia dan ia tersebar di media sosial dan media arus perdana.

Beliau, yang mengaku telah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO semasa masih berada dalam parti itu, bersetuju dengan cadangan Jahaberdeen bahawa dalam politik UMNO, jawatan naib presiden adalah penting yang dianggap sebagai kunci untuk menjadi perdana menteri.

Mukhriz juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa semasa dalam UMNO beliau telah juga bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan menang, bertanding untuk Ketua Pemuda Pergerakan UMNO tetapi kalah dan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO tetapi juga kalah.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ayer Hitam, Kedah itu berkata beliau tiada niat menjadi perdana menteri semasa bertanding jawatan naib presiden UMNO itu.

Terdahulu Mukhriz dalam pernyataan saksinya yang dikemukakan di mahkamah, berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh defendan (Tengku Sharifuddin) telah menyebabkan reputasinya tercalar dan masyarakat memandang serong kepadanya.

Mukhriz yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla merupakan saksi pertama memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes saman itu.

Mukhriz memfailkan saman itu pada 3 Mei 2016 kerana mendakwa bahawa Tengku Sharifuddin telah mengeluarkan dua kenyataan yang berbaur fitnah terhadap beliau pada April, tahun lepas.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan Muhyiddin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung esok.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1372212


Masalahnya sekarang ialah, MUKHRIZ TAHU ATAU TIDAK MAKNA PERKATAAN 'KONSPIRASI'?

Bukankah konspirasi itu antara lain maksudnya ialah, menjadi dalang di belakang tetapi di hadapan, tersenyum simpul dan kelihatan seperti seorang yang baik dan berhemah selain sangat menyokong tetapi di belakang, menjalankan kerja-kerja sabotaj, mencipta perancangan dan melakukan pemusnahan dari dalam?

Apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dan Muhyiddin bukan konspirasi ke? Dia yang mempunyai pengetahuan sehingga tahu perancangan menggulingkan Najib bermula dari tahun 2014 lagi bukannya 2015 sebagaimana yang diketahui umum, takkan tidak terlibat dalam konspirasi itu kalau pengetahuannya dalam bab itu melebihi orang lain?

Awal-awal lagi, sudah dikatakan bahawa serangan Mahathir-Muhyiddin terhadap Najib bukannya kerana 1MDB atau Malaysia akan bankrap atau alasan-alasan yang diberikan oleh mereka. Sebaliknya, ia bermula daripada pemilihan UMNO apabila Mukhriz kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden dan Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong anak lelakinya itu.

https://theflyingkick.blogspot.my/2017/07/akhirnya-mukhriz-mengaku-dr-mahathir.html


Respons Mahathir menarik:

https://snapshot2016.blogspot.my/2017/07/madey-ngaku-u-turn-dan-tak-takut-tapi.html

2 comments:

  • Anonymous says:
    July 14, 2017 at 5:09:00 PM GMT+8

    Usaha untuk menjatuhkan pemimpin Kelptokrasi adalah lebih mulia dari menyokong Pemimpin Penyamun Tersohor Antarabangsa!!!

    Apatah lagi pemimpon yang Penyamun Besar!!!

  • rahman says:
    July 14, 2017 at 5:15:00 PM GMT+8

    Yg lagi bebal ialah oghang Islam yg blh menghalalkan rasuah

fda

Archives