Sunday, June 30, 2019

Akibat PBT Di Serah Pada DAP, Melayu Berniaga Di Zalimi

|0 comments

Dari sudut geo-politik, di peringkat pusat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memainkan peranan yang cukup penting sebagai insuran sokongan pengundi pada parti-parti politik tertentu...

Di peringkat negeri pula, Exco yang berkaitan Kerajaan Tempatan dan Perumahan mempunyai fungsi yang sama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

Kenapa penting?

Kerana di peringkat negeri, Exco inilah yang mempunyai kuasa penuh ke atas PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya...

Dan pihak PBT inilah yang akan dan mampu memberi keselesaan terhadap aktiviti ekonomi, terutamanya kepada golongan B40 yang merupakan penyumbang besar dalam peratusan pengundian di dalam kotak undi...

Keselesaan terhadap aktiviti ekonomi yang boleh di jalankan, akan mempunyai pengaruh yang cukup besar terhadap sokongan rakyat pada sesuatu parti politik...

Dan pihak PBT akan sentiasa patuh dengan arahan-arahan semasa yang di keluarkan oleh Exco atau pun pihak Exco...

Selain dari mempunyai kuasa penuh ke atas pihak PBT, Exco yang berkaitan dengan Perumahan dan Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa penuh ke atas taburan penduduk...

Segala projek-projek perumahan, penempatan di kampung-kampung baru, hak milik tanah, perlesenan perniagaan dan sebagainya, adalah di bawah bidang kuasa Exco berkenaan...

Laman blog ini pernah mendedahkan mengenai perkara ini dalam tulisan yang bertajuk Strategi Licik DAP Menjajah Dan Menjarah Bangsa Melayu (BACA DI SINI)...

Apa yang pernah di terbitkan dalam laman blog ini, jelas terbukti seperti apa yang akan di dedahkan nanti...

Kerakusan Pimpinan DAP


Biar gambar berbicara untuk membuktikan kerakusan pimpinan DAP...


Apabila melihat gambar-gambar kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa di seluruh Malaysia, timbul pertanyaan pada fikiran kita, apakah projek-projek pembinaan tersebut telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar?

Terlupa pula, cawangan Jabatan Alam Sekitar di peringkat negeri berada di bawah cengkaman dan pengaruh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerajaan negeri yang pastinya terdiri dari pemimpin DAP!!!

JAHANAM Malaysia ni di kerjakan dek beruk2 PH...

Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh Menyerbu Peniaga-Peniaga Melayu Menjual Durian


Di kawasan penjualan Limau Bali Ipoh...

Kesian...

Gerai di runtuh...

Durian di rampas...

Bukannya sepanjang masa peniaga-peniaga kecil yang terdiri dari bangsa Melayu nak cari pendapatan lebih dari hasil jualan durian...


Tapi yer lah, kuasa di tangan DAP dan bila yang buat aduan terdiri dari peniaga-peniaga penyokong DAP, maka dengan sepantas kilat, arahan di keluarkan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melakukan 'serangan habis-habisan terhadap peniaga-peniaga kecil Melayu yang di anggap sampah oleh DAP...


Arahannya mudah, 'SHOW NO MERCY'!!!

Kita tak mengharapkan supaya Exco DAP bersifat ihsan dan kebih berperikemanusiaan seperti Tok Mat Hassan yang MELARANG pihak berkuasa tempatan mengganggu peniaga-peniaga kecil yang mahu menambah pendapatan, tapi inilah akibatnya, Kerajaan Pakatan yang berada di bawah cengkaman DAP memerintah Ipoh...

Menteri Besar kan orang Melayu...

Mmmm...


Malas nak cakap, biar gambar berbicara!!!

Sepatutnya, mereka ini boleh di beri lesen sementara untuk berniaga buah durian...

Durian bukan ke, buah bermusim...

Dan tidak menganggu jualan buah Limau Bali pun...

AJEE TAK CERDIK M.B.I. NIE...


Yang jadi mangsa, peniaga Melayu...

KESIAN...😢😢😢

Semua Kerajaan Negeri Di Bawah Pemerintahan PH Berada Dalam Cengkaman DAP


Perak : YB Yong Choo Kiong 》DAP


Johor : YB Tan Chen Choon 》DAP


Selangor : YB Ng Sze Han 》DAP


Negeri Sembilan : YB Teo Kok Seong 》DAP


Kedah : YB Tan Kok Yew 》DAP


Pulau Pinang : YB Jagdeep Singh 》DAP


Melaka : YB Tay Kok Kiew 》DAP

7 negeri berada dalam penguasaan DAP sepenuhnya dan sekali mereka mendapat kuasa, mereka akan gunakan segala-galanya untuk memperkukuhkan kuasa mereka seperti di Pulau Pinang...

Rakyat marhaen menderita, bukan masaalah mereka, yang penting pendokong mereka akan terus di manjakan...

Berkuasa di peringkat negeri dan pusat, membuatkan mereka sukar untuk di tumbangkan...

Benar, gelombang penyatuan ummah menggerunkan mereka tapi belum ada jaminan untuk menumbangkan mereka...

Kita jangan terlalu leka dan terpesona dengan penyatuan ummah...

Bukan admin menentang penyatuan ummah, bahkan admin menyokong seratus peratus tapi jangan kita terlalu yakin bahawa kita mampu mengambilalih kuasa pada PRU 15...

Ingat, peratusan pengundi Melayu cuma 60%  itu pun di campur dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan Melayu sudah berpecah pada 5 parti...

Mereka sedang giat memperkukuhkan kuasa sedangkan pemimpin-pemimpin Melayu sedang leka melaksanakan dendam peribadi yang tak pernah padam, terlibat dengan amalan yang tak bermaruah dan leka kerana terpedaya dengan kuasa yang ada, itu pun dengan ihsan dari DAP...

Tanyalah diri kita sendiri, demi masa depan agama, bangsa dan tanah air, apakah kita mampu untuk berpecah lagi?

Saturday, June 29, 2019

Mufti Perlis, Penang Dan KL Serta PAN Bukan Ahli Sunnah?

|0 comments

Mat Sabu, Presiden PAN telah beberapa kali di kesan 'mesra' dengan pemimpin-pemimpin Syiah dunia...

Bukan saja 'mesra' dengan pemimpin-pemimpin Syiah, malah Mat Sabu juga di lihat 'mesra' dengan amalan-amalan Syiah...

Selain dari fahaman Syiah yang berkembang subur di dalam Amanah, fahaman Wahhabi juga di kesan sedang giat di tularkan dalam Amanah...

Admin tidak melemparkan tuduhan bahawa parti Amanah adalah parti yang sesat akidahnya, tapi yang pasti, jumhur ulama' telah sepakat, fahaman Wahhabi dan Syiah telah di tolak akidahnya...

Wahhabi (Pseudo-Salafi) Bukan Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah 


Ada banyak perkara yang mana golongan Pseudo-Salafi menyalahi pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, ini termasuk mazhab Hanbali...

Secara ringkas antara perkara-perkara tersebut adalah :

》Bahawa neraka akan musnah (Ibn Taymiyyah, Risalah fi Baqa’ al-Jannah wa Fana’ al-Nar; Ibn Qayyim, al-Ruh; Hadi al-Arwah)...

Al-Albani sendiri menolak pandangan Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim ini...

Akan tetapi para pengikut mereka yang ta'assub tetap mempertahankan pandangan kedua tokoh ini walaupun ianya tidak berasas dan salah...

》Istigathah dengan Nabi, termasuk tawassul dan meminta Shafaat, adalah Syirik akbar...

Kata-kata Muhammad bin Abdul Wahhab :

"Barangsiapa menjadikan seseorang menjadi perantara (wasa’it) di antara dirinya dengan Allah berdoa dan meminta Syafaat daripadanya serta bertawakkal kepadanya maka ia kafir secara ijma" (lihat Nawaqid al-Iman)...

Sedangkan menurut Hanabilah kata-kata "Wahai Rasulullah ambillah tanganku" adalah di benarkan dan tidak membawa kepada syirik...

Kerana sememangnya Rasulullah di beri kuasa untuk memberi Syafaat kepada umatnya...

》Mengharamkan Taqlid dalam masalah furu’ (fiqh)...

Sedangkan Ijma’ para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah taqlid dalam masalah furu’ bagi orang awam adalah di galakkan...

Hal ini di nyatakan oleh Ibn Qudamah, Imam dalam mazhab Hanbali di dalam Rawdat al-Nazir...

Ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah berpandangan bahawa orang awam tidak memiliki kemampuan untuk berijtihad oleh kerana itu taqlid terhadap imam-imam Mazhab adalah jalan selamat bagi mereka...

Sebenarnya pandangan yang mengharamkan taqlid adalah pandangan Mu’tazilah Jahmiyyah yang kemudiannya di ambil oleh Pseudo-Salafi...

Sheikh Hatim al-Awni berkata :

"Telah bertukar daripada orang-orang yang memerangi taqlid menjadi orang-orang pentaqlid yang ta’sub, kerana mereka tidak akan sesekali menerima bahawa ada pandangan yang salah dan keliru daripada ulama’ mereka sendiri"...

》Menolak ta’wil dan tafwid...

Ulama’ Ahl al-Hadith terkenal seperti Ibn Qutaybah (wafat 276H) sendiri menerima ta’wil apabila perlu, seperti hadith 'kedua tanganNya adalah kanan' beliau ta’wilkan sebagai mengandungi makna kesempurnaan, dan kedermawanan, demikian juga 'nafas al-Rahman" di ta’wilkan sebagai pertolongan Tuhan (lihat al-Ikhtilaf fi al-Lafz)...

Bahkan ta’wil juga di lakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam sekurang-kurangnya tiga perkara iaitu "Hajar Aswad tangan kanan Tuhan', 'Nafas al-Rahman' dan 'Aku adalah teman duduk (Jalis) orang yang mengingatiKu' (al-Ghazali, Faysal al-Tafriqah)...

Golongan Pseuso-Salafi ini juga menyesatkan Ibn Hajar al-Asqalani dan Imam al-Nawawi...

Dengan alasan bahawa mereka bersetuju dengan Asha’irah dalam menta’wilkan Sifat...

》Mengkafirkan golongan Sufi...

Muhammad bin Abdul Wahhab berkata :

"Seorang awam dari kalangan orang beriman dapat mengalahkan seribu daripada ulama’ orang-orang Musyrik ini", iaitu ulama Ahli Sunnah yang membenarkan tawassul dan ziarah kubur. (Kashf al-Shubuhat)...

Bahkan Ibn Abdul Wahhab juga mengatakan bahawa ulama' Hanabilah yang bersetuju dengan ulama' yang membenarkan tawassul seperti Abd al-Latif , Ibn Fairuz, Ibn Afaliq dan Ibn Mutliq adalah kafir...

》Mengkafirkan orang awam yang tidak memahami Tawhid Uluhiyyah versi mereka...

Ini termasuk Asha’irah yang menolak pembahagian Tawhid oleh Ibn Taymiyyah kepada Tawhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa Sifat...

Muhammad bin Abd al-Wahhab berkata :

"Sangat hairan orang yang mengaku Islam sedangkan mereka tidak mengetahui makna la ilaha illa’Llah, orang yang cerdik di antara mereka percaya bahawa maknanya adalah tidak menciptakan, tidak memberi rezeki, tidak mengatur urusan melainkan Allah, maka tidak ada kebaikan pada seseorang apabila orang jahil di kalangan orang kafir lebih mengetahui daripada mereka akan makna la ilaha illa’Llah"(Kashf al-Shubuhat)...

Beliau juga menyenaraikan hal-hal yang membatalkan shahadah adalah berkata-kata perkara yang mengeluarkannya daripada Islam walaupun ia jahil dan di paksa...

Menolak peranan akal...

Menuduh Asha’irah mendahulukan akal apabila menggunakan istilah-istilah falsafah dalam perbincangan ilmu Kalam seperti wajib al-wujud, qadim, hadith, jawhar, ‘arad dsb...

Bahkan Safar al-Hawali dalam bukunya Manhaj al-Asha’irah fi al-Aqidah mengatakan bahawa Asha’irah adalah penyembah berhala, agama pagan, pengikut Aristotle dan Plato...

Jelas bahawa beliau tidak membaca karya-karya Asha’irah yang mengkritik Falasifah seperti karya Imam al-Ghazali Tahafut al-Falasifah...

》Pujian yang berlebihan kepada Ibn Taymiyyah dengan menganggap para ulama’ yang lain kejam dan melakukan kezaliman terhadapnya...

Muhammad Khalil  Harras berkata tetang Ibn Taymiyyah :

"Beliau adalah pemuka kebangkitan Islam yang agung, ia keluar daripada segala yang di anggap biasa di zamannya sama ada berkaitan mazhab atau pandangan, beliau adalah orang yang bebas dalam memberi pandangan, merdeka dalam berfikir, tidak taqlid terhadap satu mazhab dan tidak mendukung mana-mana kumpulan" (Ibn Taymiyyah al-Salafi)...

Mustafa Abd al-Raziq pula berkata :

"Beliau telah di fitnah oleh para ulama’ di zamannya sehingga menyebabkan beliau di penjara beberapa kali"... (Faylasuf al-Arab wa al-Mu’allim al-Thani)...

Walhal beliau di penjara kerana beberapa fatwa beliau telah  menyebabkan kegusaran masyarakat awam, seperti isu ziarah kubur Nabi dan perkara-perkara lain menyalahi ijma' para ulama'...

Hal ini di akui oleh al-Zahabi(Zaghal al-Ilm) murid Ibn Taymiyyah dan Ibn Hajar al-Asqalani (al-Durar al-kaminah) dan Ibn Hajar al-Haythami (al-Fatawa al-Hadithiyyah)...

Jika ulama’ Hanabilah sendiri mereka tolak, sedangkan mereka kononnya mengaku bermazhab Hanbali, maka tidak hairanlah apabila mereka menolak para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dari mazhab yang lain...

Maka dakwaan bahawa golongan Wahhabi (Pseudo-Salafi) ini mengikuti para ulama’ muktabar dan menghormati karya ilmuwan silam adalah tidak benar...

Mustafa Ulayan, juga seorang ulama’ bermazhab Hanbali, dalam bukunya al-Hanabilah wa Ikhtilafuhum ma' al-Salafiyyah al-Mu’asirah mengatakan bahawa penisbahan diri mereka (Pseudo-Salafi) terhadap mazhab Hanbali adalah suatu pembohongan, oleh kerananya ramai ulama’ Hanabilah di zamannya menyanggahnya demi menegakkan kebenaran...

Pandang Dengan Mata Hati


》Bila Talqin di katakan BIDAAH...
Amalan itu ditinggalkan...
Talqin tidak bergema lagi!!!

Bila Tahlil Arwah di katakan BIDAAH...
Amalan itu ditinggalkan...
Tahlil tidak bergema lagi!!!

》Bila Qunut di katakan BIDAAH...
Amalan itu ditinggalkan...
Qunut tidak bergema lagi!!!

》Bila membaca Yasin setiap malam jumaat di katakan BIDAAH...
Amalan itu ditinggalkan...
Yasin tidak bergema lagi!!!

》Bila membaca Al Quran tanpa memahami maksud di katakan sia-sia...
Amalan itu ditinggalkan...
Al Quran tidak bergema lagi!!!

Bila zikir beramai- ramai di katakan SESAT...
Amalan itu di tinggalkan...
Zikir tidak bergema lagi!!!


Tidakkah kita nampak, sesungguhnya ianya adalah agenda dan hasutan musuh-musuh Islam yang secara halus menyerang umat Islam...

Tiada lagi gema2 Talqin, Tahlil, Qunut, Yasin,  Alunan Al Quran bersilih ganti dengan zikir di malam hari...

Bumi semakin sepi dari gema-gema memuji Allah...

Hanya ada satu makhluk sahaja yang memohon kepada Allah untuk SESATKAN umat manusia...

Betapa bijaksananya dia menjauhkan umat manusia dari Allah...

"Dia (iblis) berkata : Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku SESATKAN keturunannya, kecuali sebahagian kecil"...

QS. Al-Isra ayat 62

Menghadap telefon  dari pagi hingga malam tidak pun kita katakan SESAT...

Sebaliknya sebarang usaha ke jalan Allah SWT sentiasa ada perkataan SESAT...

SIAPA SEBENARNYA YANG MENYESATKAN DAN DI SESATKAN?

HANYA IBLIS SAHAJA YANG SENTIASA CUBA MENYESATKAN MANUSIA!!!

Akhirnya Iblis tertawa berdekah-dekah kerana berjaya menyesatkan manusia...

BUMI SEMAKIN SEPI DARI GEMA- GEMA MEMUJI ALLAH!!!


Sumber :

Prof. Dr. Khalif Muammar

Friday, June 28, 2019

Sisa Toksik Sg. Kim Kim, Lagi Teruk, Bukan Selesai!!!

|0 comments

Bulan Mac lepas, kita di kejutkan dengan tragedi pencemaran sisa toksik Sg. Kim Kim (BACA DI SINI), yang mengancam lebih dari 3,000 penduduk tempatan termasuk kanak-kanak sekolah...


Tragedi Sg. Kim Kim bukan saja dapat perhatian media malah SPB YDP Agong sendiri memandang serius isu tersebut (BACA DI SINI)...

Dewan Rakyat telah meluluskan usul untuk mengadakan perbahasan khas mengenai pencemaran sisa toksik Sg. Kim Kim...

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, di minta memberikan penjelasan secara terperinci mengenai punca tragedi, jumlah mangsa yang terancam serta langkah-langkah yang sudah, telah dan akan di ambil untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi di masa hadapan...

Yeo Bee Yin juga tidak setuju dengan cadangan pembangkang supaya kerajaan mengisytiharkan darurat bencana alam...

Alasan Yeo Bee Yin ialah tiada keperluan mengisytiharkan darurat bencana alam kerana keadaan sudah dapat di kawal sepenuhnya dan semua langkah yang perlu sudah di ambil untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang lagi...

RM6.4 Juta Di Belanjakan Untuk Kerja Pembersihan Sisa Toksik Tapi Kenapa Keadaan Menjadi Semakin Teruk?



Bulan Mac yang lepas, kerajaan negeri Johor, menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di katakan telah meluluskan peruntukan kecemasan RM6.4 juta bagi mempercepatkan kerja pembersihan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pencemaran bahan kimia berbahaya...

Persoalannya, kenapa selepas sejumlah besar duit rakyat di gunakan tapi pencemaran sisa toksik yang boleh meragut nyawa penduduk tempatan boleh berulang lagi malah kali ini di katakan lebih serius dari kejadian yang lepas?

75 individu telah di rujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan daripada jumlah itu, empat pesakit masih menerima rawatan di wad biasa HSI...

Kerajaan Negeri Johor juga turut mencadangkan semua institusi pendidikan di kawasan Pasir Gudang di tutup mulai esok sehingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga...

Setakat Ahad, 16 sekolah, 1 politeknik dan 69 tadika di bawah Kementerian Pendidikan di arah tutup dari Ahad sehingga Khamis ini...

Ini tidak termasuk Sekolah Agama Taman Mawar dan 9 Tabika Perpaduan...

Tapi tu yang media tempatan lapurkanlah, bawah kebebasan bersuara ala Pakatan Harapan...


Tapi media asing lapurkan jumlah sekolah yang di arahkan tutup menjangkau 500 buah sekolah (BACA DI SINI)...

Siasatan menyeluruh mesti di lakukan ke atas kontraktor yang telah di beri tender kerja-kerja pembersihan sisa toksik Sg. Kim Kim...

Apakah pihak kontraktor telah melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut ketetapan dan garis panduan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Alam Sekitar...

Siapakah yang telah mengesahkan bahawa setiap ketetapan pihak berkuasa telah di patuhi sepenuhnya oleh pihak kontraktor?

Ketelusan penawaran dan pemberian tender juga perlu di siasat untuk memastikan tiada salah laku dalam pemberian tender...

Percanggahan Kenyataan Menteri Memburukkan Keadaan



Peringkat menteri pula keluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain...
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin kata 'sulah selamat loohhh' (BACA DI SINI)...


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula cakap, 'sah pencemaran bermula dari Sg. Kim Kim' (BACA DI SINI)...



Ada Timbalan Menteri pulak keluarkan kenyataan yang terlebih BANGANG (BACA DI SINI)...

Kemonlah, dah selamat atau belum selamat lagi nie...

Jangan 'telbulu-bulu' keluarkan kenyataan...

Ini berkaitan keselamatan dan nyawa penduduk setempat!!!

Kita tolak ketepilah kenyataan BANGANG mamat ijazah palsu tu, sebab dulu, kini dan selamanya BANGANG...

Rakyat dah beri mandat dan mandat tu ialah untuk memastikan kehidupan dan keselamatan rakyat terjamin dan bukan sebaliknya!!!

Thursday, June 27, 2019

Kencing Terbaru Guan Eng, Hancing Tahap Dewa Derrr...

|0 comments

Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambilalih 4 konsesi tol daripada syarikat Gamuda dengan harga RM6.2 billion...

Ini katanya untuk mengurangkan pembayaran tol oleh rakyat dan ke arah pengambilalihan semua konsesi tol oleh kerajaan pada masa akan datang...

Katanya lagi sebelum ini, dengan pengambilahan ini rakyat hanya perlu membayar tol sepenuhnya pada waktu puncak, di mana caj kesesakan akan di perkenalkan dan kadar tol adalah percuma dari pukul 11 malam sampai pukul 5 pagi...

2 perkara yang memusykilkan dari pengumuman pengambilalihan tol oleh Menteri Kewayangan ini :

Pertama


Ianya jauh tersasar dari janji PH dalam manifesto PRU 14 mereka...

Janji ke 6 dalam manifesto PH menyatakan bahawa PH akan :

"Mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat"...

Maksudnya mereka berjanji untuk merunding, mengambil alih dan membayar pampasan kepada pemegang konsesi untuk HAPUSKAN KUTIPAN TOL!!!

Manifesto mereka tidak pula mengatakan apa yang mereka sebaliknya buat kini iaitu untuk merunding, mengambilalih dan membayar pampasan untuk menghapuskan kutipan tol hanya pada waktu lengang dan perkenalkan pula caj kesesakan pada waktu puncak...

Dan "penghapusan tol berperingkat" dalam manifesto mereka bermaksud, menghapuskan tol satu per satu, bukan menghapuskan tol satu per satu pada waktu lengang sahaja...

Sekarang nie, PH kata, penghapusan tol berperingkat ini adalah hapus tol pada waktu lengang, maka dah jelas lagi bersuluh, Guan Eng menipu rakyat di siang hari atau cuba menipu diri mereka sendiri...

Kedua


Menteri Kewayangan berkata kadar tol baru ini akan memberikan penjimatan RM180 juta kepada pengguna...

Siapakah yang sebenarnya untung dengan penstrukturan semula kadar tol mengikut acuan PH nie?

Sebenarnya hampir semua pengguna tol tak akan menikmati kebanyakan daripada penjimatan ini sebab hampir semua pengguna tol rutin menggunakan tol pada waktu puncak dan bukannya selepas tengah malam sehingga sebelum subuh...

Lebih 80% daripada kutipan tol harian adalah pada waktu puncak oleh pengguna tol rutin yang menggunakan tol untuk pergi dan balik kerja...

Dah tu, siapa yang untung?

Yang untung daripada kadar baru ini kebanyakannya adalah lori-lori perniagaan yang boleh menukar masa pengangkutan mereka ke waktu lengang dan bukannya pengguna rutin biasa...

Pengambilalihan dan penstrukturan semula kadar tol ini tak lain dan tak bukan merupakan suatu hiasan tingkap atau "window dressing" jer dan percubaan untuk memanipulasi rakyat oleh Kerajaan PH untuk mengelak daripada menunaikan janji mereka yang sebenar...

Sebelum ini Ahli Parlimen DAP dan juga Pegawai Khas Menteri Kewayangan, Tony Pua pernah berkata mereka hanya memerlukan RM25 billion untuk ambil alih kesemua 29 konsesi tol (BACA DI SINI)...

Kini PH dah gunakan RM6.2 billion untuk ambilalih hanya 4 tol...

Jadi, kalau ikut pengiraan asal, mereka tinggal kurang RM19 billion lagi untuk mengambilalih lagi 25 tol?

Adakah mereka akan menambah lagi hutang atau menjual lagi aset untuk membuat penstrukturan semula tol ini walaupun kesannya tol masih tidak di hapuskan seperti di janji dan ianya akan masih membebankan rakyat?

Guan Eng Gunakan Duit Rakyat RM6.2 Bilion Untuk Terus Kutip Tol Dari Rakyat!!!


Tol Kesas akan tamat dalam tempoh 4 tahun lagi dan LDP pula pada 2030...

Maksudnya, tahun 2023 tak ada lagi kutipan tol untuk Lebuhraya KESAS dan untuk Lebuhraya LDP pula, pada tahun 2030, sepatutnya dah tak ada lagi kutipan tol untuk semua pengguna...

Bila kerajaan gunakan duit rakyat RM6.2 bilion untuk ambil alih kedua-dua lebuhraya tu, dan kenakan pula caj kesesakan yang tak ada tempoh tamat, dari pukul 5.00 pagi sampai pukul 11.00 malam, bermakna rakyat akan terus di kenakan tol sampai selama-lamanya!!!

Dah lah nak ambil alih gunakan duit rakyat RM6.2 bilion, lepas tu sampai bila-bila rakyat akan di dera untuk bayar tol!!!

Sebenarnya, itulah helah kerajaan PH supaya dapat bayar balik hutang luar negara (BACA DI SINI)...

Baru setahun ambil alih kuasa, hutang luar negara dah meningkat lebih RM70 bilion, antaranya Bon Samurai yang Dr. Mahathir buat tempoh hari dan Bon Panda yang akan Guan Eng buat!!!

Pendapatan tak ada, FDI satu sen karat pun tak ada masuk, yang Guan Eng terlompat-lompat cakap kemasukan FDI tu sebenarnya adalah aset negara yang di jarah dan di jual!!! (BACA DI SINI)...

Luarannya, pengumuman Guan Eng kedengaran seolah-olah beliau berjaya meringankan beban rakyat dan menunaikan salah satu manifesto PH untuk hapuskan tol...

Hakikatnya, ianya adalah satu penipuan yang akan menyebabkan rakyat terbeban dengan hutang puluhan bilion ringgit di sebabkan kebodohan menteri-menteri Pakatan Harapan terutamanya Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng...

Betul kata salah seorang kawan admin, tiap kali Guan Eng buka mulut, 3 perkara adalah pasti...

Pertama penipuan, kedua, menyerlahkan lagi kebodohan beliau dan ketiga, janji yang di berikan, pasti tak akan di tunaikan...

Sekiranya PH di jatuhkan dalam PRU 15, pemimpin PH pasti akan meninggalkan 2 perkara...

Pertama, mereka akan meninggalkan Putrajaya dan kedua, mereka akan tinggalkan bebanan hutang puluhan bilion ringgit kepada rakyat Malaysia dan kerajaan yang baru, semata-mata kerana kegagalan dan kebodohan mereka...

Tapi apa nak kata kerana pemimpin bodoh adalah hasil dari tangan pengundi yang bodoh!!!





Sumber :

Fb Isham Jalil

Wednesday, June 26, 2019

Bila Bermulanya 'Count Down' 3 Tahun Tu Tun???

|0 comments

Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau akan meletak jawatan dalam masa tiga tahun sebelum serahkan jawatan Perdana Menteri pada Bang Non...

Persoalan mengenai tarikh beliau akan berundur dan siapa bakal penggantinya mula menjadi perhatian sejak beberapa minggu kebelakangan ini...

Walau pun sebelum ini pernah mengumumkan Bang Non akan menggantikannya, timbul spekulasi bahawa Dr. Mahathir mahukan Azmin Ali...



"Setakat saya tahu, saya sudah berjanji untuk berundur dan Anwar akan menggantikan saya," katanya yang di temu bual wartawan CNBC, Tanvir Gill di Bangkok, Thailand, ketika menghadiri Sidang Kemuncak Asean...

Beliau yang sebelum itu berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk menyelesaikan hutang negara...

"Tidak, saya tidak akan melangkaui tempoh 3 tahun berkenaan" katanya yang menegaskan bahawa keutamaannya untuk memastikan Malaysia mampu menyelesaikan masalah (hutang) walau pun selepas bersara...

Agak-Agaknya Bila Akan Bermula Count Down 3 Tahun Tu?


Soalan cepumas yang Tanvir Gill tanya pada Dr. Mahathir ialah :

"Do you trust Anwar Ibrahim"...😂😂😂


Terkedu kejap Dr. Mahathir nak jawab soalan tu...

3 kali Tanvir Gill tanya Dr. Mahathir soalan yang sama tapi tak ada jawapan dari Dr. Mahathir!!!

Jadi Bang Non, faham-faham jer lah yer...

Kita imbas balik kronologi 2 tahun Mahathir :

7 Februari 2018

"Beri saya masa 2 tahun jadi PM untuk selesaikan masaalah" (BACA DI SINI)...

4 November 2018


"Saya akan serah selepas 2 tahun tapi kalau Anwar bagi, 2 tahun setengah" (BACA DI SINI)...

*Dah mula bagi gambaran, nak lebih dari 2 tahun...😉😉😉

30 Disember 2018


"Saya akan berpegang pada janji" (BACA DI SINI)...

*Bila kena asak, keluarkan kenyataan akan serah kuasa SELEPAS 2 TAHUN...


22 Jun 2019


Dr. Mahathir berjanji tidak akan pegang jawatan lebih dari 3 tahun (BACA DI SINI)...

*Dah 'up' setahun dari persetujuan asal...😂😂😂

23 Jun 2019

"Tiada hitam putih Anwar bakal PM, PKR rujuk dokumen PH", Rais Yatim (BACA DI SINI)...




*Boleh gugur jantung Anwar...😲😲😲

Sebenarnya Dr. Mahathir tak menipu, dia cakap dia akan berundur SELEPAS 2 TAHUN jadi Perdana Menteri...

Memang betullah apa yang Dr. Mahathir cakap, SELEPAS 2 TAHUN, maksudnya apa?

》Tak kiralah kalau Dr. Mahathir ambil masa 3 tahun ker, 4 tahun ker , 5 tahun ker, baru Dr. Mahathir letak jawatan, pokoknya ialah SELEPAS 2 TAHUN, berapa lama, jangan tanya...😂😂😂

》Apa yang Rais Yatim cakap pun memang betul, tak ada hitam putih Anwar akan jadi Perdana Menteri...



Dr. Mahathir kata dia akan berpegang pada janji dan dalam perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan, SELEPAS 2 TAHUN, Dr. Mahathir akan serah jawatan, tapi pada siapa, tak ada dalam perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan...

Jadi betullah kata Dr. Mahathir, dia berpegang pada janji, akan serah jawatan SELEPAS 2 TAHUN, pada siapa, tak pasti, MUNGKIN pada Azmin, tapi yang pasti Anwar tak termasuk dalam senarai Dr. Mahathir kut...🤔🤔🤔

Sekarang nie, Dr. Mahathir kata 3 tahun, soalannya kenapa tiba-tiba Dr. Mahathir kata 3 tahun?

Kalau kita ambil 3 tahun dari Dr. Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, 10 Mei 2018, bermaksud sebelum Mei 2021, Dr. Mahathir akan serah jawatan...

Tapi kita kena ingat, 'track record' Dr. Mahathir pegang kuasa, TAK PERNAH genap satu penggal atau 5 tahun...

Bukan rahsia, Anwar bukan pilihan Dr. Mahathir, (cuma kem Anwar dan otai reformasi yang syok sendiri) tapi Azmin ialah pilihan utama Dr. Mahathir dalam peralihan kuasa...

MUNGKIN memang benar, pada asalnya Dr. Mahathir akan serahkan kuasa dalam masa 2 tahun tapi pada Azmin bukan pada Anwar...



Tapi memandangkan isu semburit Azmin, maka Mahathir beralih pada 3 tahun untuk letak jawatan tapi kali ini tidak pada Azmin, apa lagi pada Anwar...

Jadi pada siapakah Dr. Mahathir akan serahkan kuasa?

Dr. Mahathir akan serahkan balik kuasa penentu kepada rakyat dengan bubarkan parlimen...

Bila Dr. Mahathir akan bubarkan parlimen, itu kena tanya pada Dr. Mahathir, 'count down' 3 tahun tu bermula bila...



Yang pasti, Anwar akan mencipta rekod politik dunia dengan menjadi BAKAL PERDANA MENTERI paling lama...

Penantian Anwar akan berakhir bila gabungan BN dan PAS tewaskan PH dalam PRU 15 selepas Dr. Mahathir bubarkan parlimen yang ke 14...

Dan admin tutup dengan soalan cepu intan...



Ada orang tahu, apa yang dia tahu...
Ada orang tahu, apa yang dia tak tahu...
Ada orang tak tahu, apa yang dia tahu...
Ada orang tak tahu, apa yang dia tak tahu...

Dari infografik kat atas tu, Bang Non kategori mana dan Dr. Mahathir kategori yang mana yer...🤔🤔🤔

Tuesday, June 25, 2019

Bidok Berlalu Kiambang Bertaut, Terima Kasih PAS Kerana Kini Semakin Mesra

|0 comments

Dari konsep Ta'awun Siyasi yang bermaksud kerjasama dalam politik, kini telah melangkah setapak lagi kepada kknsep Tahaluf Siyasi yang bermaksud kerjasama dalam politik antara PAS dan UMNO..

Sebelum ianya di bawa ke Muktamar PAS ke 65, 2019, yang di adakan di Kuantan, ianya telah di usul dan di luluskan oleh Majlis Syura PAS...

Kita ikuti, ucapan yang di sampaikan oleh anak kepada Allahyarham TG Nik Aziz, Nik Abduh bin Nik Aziz :

Doa Untuk UMNO


Kini saya berdoa untuk UMNO...

Saya berdoa semoga UMNO berubah dan menang kembali...

Dulu sebaliknya...

Dulu, saya berdoa dan aminkan doa agar UMNO kalah dan hancur...

Ada yang teragak-agak...

Kata mereka, muafakat dengan UMNO akan memberi nyawa kepada UMNO...

Bukankah itu melanggar doa sendiri?

Saya berkata, UMNO telah pun kalah...

Tiada kekalahan sebesar kekalahan hilang kuasa di Putrajaya yang di kuasai UMNO lebih 60 tahun...

Ia kesakitan yang melebihi kesakitan yang telah di alami oleh PAS pada sepanjang zaman melawan UMNO...

Kekalahan UMNO adalah penawar bagi PAS...

Doa ahli PAS di terima Allah...

UMNO kalah, tapi tidak hancur sebagaimana doa dan kehendak ahli dan penyokong PAS...

Itu kehendak Allah...

Kalah, tetapi tidak hancur...

UMNO masih hidup di Parlimen dan di mana-mana...

Bezanya, UMNO kini tewas dan menjadi pembangkang...

Lebih PAS sikit...

PAS kekal pembangkang, tetapi menambah jumlah kemenangannya...

Ada yang menyoal, mengapa tidak terus berdoa agar selepas kalah, UMNO terus hancur dan tak hidup-hidup lagi?

Saya berkata, dulu kita berdoa agar UMNO kalah dan hancur kerana UMNO zalim...

Zalim dengan kuasa di tangan...

Tak perlulah di bilang-bilang kezaliman UMNO...

Jenuh nak bilang...


Kini dengan kekalahan dan tanpa kuasa, kezaliman baharu sudah tiada daripada UMNO...

Ada UMNO zalim hari ini?

Tak ada...

Yang ada adalah bebanan kezaliman lampau...

UMNO terpaksa memikulnya hari ini...

Itu hukum alam...

Hukum alam adalah hukum daripada Allah, tuhan pencipta alam, isi dan sistemnya...

Kemudian, UMNO datang kepada PAS dan meminta maaf atas kesalahan lampau...

Ia di buat secara terbuka...

Semua tahu...

Mereka bahkan mahu bersama bermuafakat...

Adakah boleh terus mendoakan keburukan ke atas mereka yang telah memohon maaf secara terbuka dan berjanji untuk bermuafakat?

PAS berjiwa besar...

Perbalahan sesama umat bukan untuk selamanya...

Bahkan ia mesti di cari sebab dan puncanya, seterusnya di hilangkan dan di ikat semula talinya...

Di antara kewajiban khilafah di muka bumi adalah memupuk dan mengukuhkan persaudaran sesama muslim...

Muslim adalah bersaudara seluruhnya...

Itu mukjizat agama...

Agama menyatu padukan umat manusia...

Ada yang bersoal lagi, UMNO akan tipu lagi selepas beroleh kuasa...

PAS akan tertipu lagi...

Saya berkata, itu telahan, sangkaan dan amaran terhadap bahaya menanti...

Sangkaan dan amaran tidak boleh menghentikan langkah dan perjalanan...

Jalan terus dan berhati-hatilah...

Bahkan, bergabunglah dengan janji Allah dengan bertawakal kepada-Nya...

Tiada sebarang tipu daya kecuali kejahatannya akan kembali kepada tuannya...

اسْتِكْبَارًا فِي الْØ£َرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ ۚ وَلَا يَØ­ِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ Ø¥ِلَّا بِØ£َهْلِهِ ۚ فَهَلْ يَنْظُرُونَ Ø¥ِلَّا سُنَّتَ الْØ£َوَّلِينَ ۚ فَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلًا ۖ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَØ­ْوِيلًا
Surah Fatir : 43

Mafhumnya :

Karena kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat...
Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri...
Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu...
Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu...

UMNO telah merasai keperitan itu...

PAS pula kekal melepasi tipu daya musuh politiknya dari dalam dan luar kerana kebergantungannya kepada Allah dan janjiNya...

Oh ya, daripada asyik menanti UMNO menipu PAS, marilah sedar bahawa PH sedang menipu rakyat seluruhnya...

Tinggalkan PH dan datanglah kepada PAS yang sedang melangkah gagah memimpin perpaduan umat...

UMNO dan PAS sedang menjalin ta'awun dan terus mengukuhkannya...

Muktamar PAS kali ke-65 telah menerima usul meneruskan ta'awun dan tahaluf PAS-UMNO...

Ia satu sejarah sedang di lakar...

Mengapa bimbang UMNO bernafas?

Apa erti muafakat, kerjasama dan ta'awun jika mahu UMNO tak lagi bernafas?

Itu bukanlah akhlak yang mulia...

Ia mendekati sifat nifaq yang terkeji...

Bahkan, itu hanyalah tipu daya PAN-DAP yang nyata dan jelas...

Jika anda bertanya, apa lagi doa ustaz?

Saya jawab, saya berdoa untuk kekalahan dan kehancuran PH...

Itu doa saya dan amin saya untuk doa presiden PAS...

إن فى ذلك لذكرى لمن كان له قلب أو ألقى السمع وهو شهيد
  
Surah Qaf : 37

Mafhumnya :

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya...

#IslamMemimpinPerpaduan
#UlamakMemimpinPenyelesaianIslam
#DemiIslam
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS PUSAT

Alhamdulillah, Allah SWT Sudah Menjawab Doa Masyarakat Melayu Islam Malaysia


Pengumuman rasmi PAS sempena Muktamar PAS di Kuantan adalah ibarat ledakan bom nuklear kepada pemimpin PH...

Apa lagi dengan berbagai2 isu dalaman yang PH hadapi sekarang ini, kedudukan kekuasaan mereka, benar-benar ibarat telur di hujung tanduk...

Jalan dan pintu keluar sudah tersedia, cuma menunggu masa untuk mereka beredar...

Hampir keseluruhan marhaen yang terdiri dari masyarakat Melayu Islam menyambut baik pengumuman PAS...

Di pihak UMNO pula, pihak akar umbi berharap, andainya di izinkan Allah SWT, UMNO penyatuan ummah ini dapat merampas Putrajaya, janganlah lagi di kelirukan, siapakah lawan, dan siapakah kawan kita, janganlah sekali-kali melupakan, siapakah yang membantu merawat luka-luka UMNO sehingga membawa UMNO kembali kepada kuasa...

Pasti akan ada perselisihan pendapat, pasti akan ada masaalah ideologi dan prinsip-prinsip politik yang akan timbul, maka selesaikanlah melalui perbincangan yang bersendikan kematangan, perpecahan jangan sekali-kali ada di ingatan, kerana masyarakat Melayu Islam sudah tidak mampu untuk berpecah...


Keikhlasan PAS terbukti bila Presiden PAS, TG DS Hj. Hadi Awang dengan penuh keikhlasan dan kejujuran mengatakan, PAS tidak menuntut untuk jadi ketua sebagai syarat berkerjasama dengan UMNO...

Demi agama, bangsa dan tanah air, bersatulah 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Saat ini memang sudah puluhan tahun di nantikan oleh masyarakat Islam di Malaysia...

Alhamdulillah, Allah SWT telah menjawab doa kami di akar umbi...

Kami di akar umbi akan memberikan sokongan padu yqng tak berbelah bagi pada penyatuan ummah ini...

Kita hancurkan sehancur2nya musuh2 Melayu Islam yang bermaharajalela sejak 9 Mei 2018 lalu...

Pastinya mereka sedar dan menyesal dengan kesilapan mereka membangunkan 2 gergasi politik tanah air...

Mungkin ini yang Mat Sabu kata, "when elephant fight, grass will suffer"...

Tapi dalam versi UMNO dan PAS, "after we study deep inside, then only UMNO and PAS can destroy PH in soft way and hard way, elephant and elephant work together, confirm grass will suffer"...

Betulkan Bang Mat...😂😂😂

Monday, June 24, 2019

Kebodohan Guan Eng, Sendiri Gagal Tapi Cuba Nak Nasihatkan Negeri Yang Berjaya

|0 comments

"Cucu saya tahu balancing (account)"...

"Tok Menteri Kewangan"... 



"I am sorrylah Malaysia have that sort of minister!!!"(Maaflah, Malaysia ada menteri seperti itu!", sindiran Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam...


Pada Jumaat, Guan Eng ketika satu majlis politik anjuran Pakatan Harapan di bandar raya ini di petik berkata bahawa Sarawak akan bankrap dalam tempoh tiga tahun...
Ini kerana negeri itu memiliki simpanan berjumlah RM30 bilion tetapi belanja pembangunannya RM11 bilion pada tahun ini...
Guan Eng berkata, dalam tempoh tiga tahun, Sarawak akan berhadapan masalah kewangan seperti Kelantan dan terpaksa meminjam kepada Kerajaan Persekutuan...
Abang Johari ketika Majlis Pelancaran Jerawayawara GPS Zon 10 di Rumah Kalang, Ulu Bayan, Mukah menjelaskan, Sarawak tidak boros, malah memiliki perancangan yang strategik dan teliti...
"Nya (Lim) fikir saya belanja kedak ya ajak"...
"Mesti ada income revenue"... 
"Sik kita madah RM11 bilion abis"... 
"Kita ada income"... 
"Kita ada dividen"... 
"Kita ada premium dan kita ada hasil cukai"...
"Tahun tok saya laksanakan cukai atas eksport minyak sales tax 5 percent", tegasnya lagi...
Kejayaan Kerajaan Sarawak memiliki simpanan sehingga RM30 bilion katanya, adalah kerana ia kerajaan yang bertanggungjawab dan sangat berhemah dalam menguruskan perbelanjaan...
"Saya belanja RM11 bilion berteraskan kepada pertama, mana hasilnya dolok"... 
"Income kita mana?"
"Rizab RM30 bilion adalah hasil perusahaan parti orang Sarawak (GPS)", tegasnya...
Abang Johari menjelas lanjut, RM11 bilion merupakan perbelanjaan sahaja dan seharusnya Guan Eng mengira sekali pendapatan yang di perolehi negeri ini...
"Untuk 2019, Sarawak mempunyai hasil keuntungan atas eksport minyak dan gas sebanyak RM3 bilion"...
"Itu belum mengambil kira adanya satu lagi hak ke atas minyak dan gas yang bakal di umum pada hujung tahun ini nanti" katanya...



Kredit :
SarawakVoice

Jerat Yang Tipah Koya Pasang Bukan Setakat Bersihkan Nama PAS Tapi Buat Ramai Pemimpin PH Berpeluh...😥😥😥

|0 comments

Cuba baca senarai 41 nama individu dan entiti yang di tuntut untuk pulangkan duit yang di dakwa dari 1MDB...

Kalau tak di pulangkan, katanya akan berhadapan tindakan undang-undang rimba kerajaan PH...

Dah dua, tiga kali admin teliti senarai nama tu, tapi masih tak ada senarai parti PAS!!!

Pelik juga, bukan ker PAS di katakan ada terima duit sebanyak RM90 juta dari UMNO?

Bukan ker dulu kecoh, PAS terima duit RM90 juta dari UMNO...

Dan bila mana2 individu atau entiti terima duit UMNO, maka sifir Mahathir ialah duit tu datangnya dari 1MDB!!!

Kenapa PAS di keluarkan dari senarai?

Apakah tuduhan yang Anwar buat tu adalah fitnah atau Tipah Koya menipu?

Tapi kita sangka baiklah, Tipah Koya nak beritahu yang tuduhan Anwar tu sebenarnya fitnah...


Nasib kau lah Bang Non, tapi Bang Non taknak ke mengaku buat fitnah dan minta maaf (BACA DI SINI)...

Raya masih ada lagi nie Bang Non...

Mahathir Perangkap Boboi?


Berkilat kepala Boboi bila baca senarai SPRM tu...

Nie namanya jerat makan tuan...

Rrrrupa-rrrupanya, UMNO Kedah termasuk dalam 41 senarai SPRM!!!

Dan yang jadi bos UMNO Kedah masa tu siapa yer...🤔🤔🤔

Tak lain dan tak bukan, Boboi, anak bongsu kesayangan Mahathir...😯😯😯

Like father like son...😜😜😜

Jawapan standard turun temurun Mahathir dan anak cucu dia ialah 'TAK TAHU' (BACA DI SINI)...

Sebenarnya ramai lagi yang terkena getah dari jerat yang Mahathir pasang nie...

Kalau kita teliti senarai SPRM tu, antaranya ada UMNO Johor, UMNO Kelantan dan UMNO Sabah pun ada...

Takkan nama2 besar kat UMNO negeri2 tu macam Din Pagoh (UMNO Johor), Tok Pa (UMNO Kelantan) dengan Shafie Afdal (UMNO Sabah) tak ada saham kut?

Tiba-Tiba Teringatkan Malik Mydin


Tetiba admin teringatkan Malik Mydin, bekas perenang yang merentas Selat Inggeris dulu...

Bukan ker dulu di katakan Malik nie di arahkan Mahathir untuk ambil RM10 juta dari DS Najib?

Lepas dapat RM10 juta, Malik di katakan di arahkan ambil lagi RM10 juta...

Memanglah dakwaan tu di ambil dari DS Najib dan bukan 1MDB...

Tapi sifir Atok kan mudah, ingat Najib, ingat 1MDB...

Yang menariknya, Malik di katakan di arah oleh Mahathir...

Maksudnya apa, Mahathir pun kena serahkan baliklah duit tu...

Tipah Koya, you are very2 naughty...😉😉😉

Sunday, June 23, 2019

Tekanan Baru Mahathir Kepada UMNO Melalui SPRM Supaya UMNO Tunduk

|0 comments
Kunjungan Hormat Atau Terima
'Wahyu' Pertama?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, mengumumkan mereka telah failkan permohonan untuk lucut hak ke atas 41 individu, kumpulan, dan entiti untuk mendapat balik wang yang di dakwa dari 1MDB berjumlah RM270 juta yang di beri sebelum PRU13...

Perlu ingat bahawa semasa perbicaraan kes SRC, pegawai bank telah mengesahkan kepada mahkamah bahawa dana dari putera Arab termasuk sekurang-kurangnya RM304 juta (iaitu lebih dari RM270 juta yang di tuntut oleh SPRM) yang didepositkan dalam akaun Dato' Seri Najib pada 2011 oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi (BACA DI SINI)...

Pegawai bank juga mengesahkan bahawa dana yang di sebut sebagai RM2.6 bilion, yang di terima pada bulan April 2013 sebelum PRU14 itu telah di hantar balik kepada penghantar beberapa bulan kemudian...

DS Najjb di beri kebebasan penuh oleh Raja Saudi untuk mengendali dana ini...

Dan beliau memilih menggunakannya untuk projek kebajikan rakyat secara terus, melalui NGO dan melalui parti politik yang menganjurkan program-program kebajikan mereka...

Dana itu bukan di gunakan untuk peribadi atau keluarga beliau seperti yang di fitnah selama ini...


Kalau kita semak senarai yang di beri oleh SPRM, 2 dari 41 nama itu ialah syarikat Jakel Trading dan Jakel Trading Sdn. Bhd...

Selama ini, media barat dan PH pernah tuduh bahawa syarikat Jakel adalah gedung pakaian mewah...


Mereka juga memfitnah bahawa DS Najib telah berbelanja sebanyak RM55 juta untuk membeli pakaian mewah dan kain mahal dari syarikat ini...

Tetapi kebenarannya ialah, ini adalah bayaran kepada Jakel untuk membekal kain pelikat, jubah serta bekalan lain melalui NGO dan parti kepada lebih dari 7,000 masjid di seluruh negara sempena Ramadhan untuk beberapa tahun berturut-turut (BACA DI SINI)...

Ini termasuk pemberian kepada 14,254 imam dan 138,746 ahli jawatankuasa 7,261 masjid di seluruh negara (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Ianya amat janggal bahawa syarikat Jakel pun di dakwa menerima dana haram kerana mereka cuma membekal kepada parti UMNO dan NGO untuk program kebajikan...

Dana tidak di sumbang kepada Jakel tetapi ianya adalah bayaran kepada mereka untuk pembelian...


Dan untuk imam2 dan siapa saja yang pernah di taja menunaikan fardu haji, di arahkan untuk memulangkan semula duit tajaan itu dalam tempoh 30 hari!!!

Kegilaan dan kezaliman apakah ini???

Oleh itu, sangat jelas, langkah SPRM terbaru ini adalah bermotifkan politik untuk melemahkan parti pembangkang...

Setelah SPRM siasat selama 1 tahun, mereka tidak dapat mendakwa sebarang penerima dengan kes jenayah...

Oleh itu, kerajaan PH terpaksa menggunakan saman sivil...

Kenapa Ada 41 Senarai Jer
Bukan 100?

Antara senarai individu dan entiti yang akan di lucutkan harta mereka adalah :

𝗔𝗹𝗮𝗿𝘆𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗦𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 



Alaryaham adalah bekas Ahli Parlimen Paya Besar dan telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Februari 2018...

Orang yang telah meninggal, kerajaan PH pun nak saman dan lucut hak...

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮



Yayasan ini dijaga oleh Pejabat Perdana Menteri dan ditugaskan untuk menjalankan program-program PERMATA untuk pendidikan awal kanak-kanak...

𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗛𝘂𝘀𝘀𝗲𝗶𝗻 𝗢𝗻𝗻



Yayasan di bawah kerajaan untuk menjaga kebajikan guru-guru yang telah bersara...

𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗔𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮



Yayasan untuk menjaga kebajikan bekas penjawat awam dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)...

𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗵𝗮𝗵



Yayasan yang di tubuhkan untuk melaksanakan pelbagai program-program kebajikan dan masyarakat termasuk membina masjid-masjid seperti Masjid Ar-Rahah di Lembah Pantai...

Timbul beberapa persoalan yang meragukan dengan tindakan terbaru SPRM setelah mendapat 'wahyu' :

》'Pink Diamod' yang di kaitkan dengan 1MDB tak pula di senaraikan, apakah ianya dah 'di halalkan' oleh Mahathir?

》Apakah kerana Shukri Abdull gagal atau enggan melaksanakan perintah terbaru ini menyebabkan beliau telah di gantikan serta merta dengan Latheefa Koya?

》Kalau benar alasan Mahathir melantik Latheefa Koya adalah kerana Latheefa Koya adalah seorang yang tegas dan telus, apakah benar cuma ada 41 individu dan entiti saja yang akan di tuntut perlucutan harta?

》Dari sumber mengatakan, pada asalnya terdapat 100 individu dan entiti yang tersenarai, apakah baki 59 tu dah di sucikan oleh Mahathir?

》Kenapa perlucutan harta tidak menggunakan saman jenayah, tetapi menggunakan saman sivil, apakah SPRM ketandusan atau tak ada bukti yang kukuh?

Tekanan Mahathir Supaya Tidak Di Pandang Beliau Memerlukan UMNO Tapi UMNO Memerlukan Beliau


Apakah ini satu lagi tekanan Mahathir kepada UMNO supaya pemimpin UMNO tunduk kepada kehendak Mahathir yang terdesak mahukan sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk tidak bersetuju dengan undi tidak percaya ke atas beliau bila Dewan Rakyat mula bersidang tidak lama lagi...

Kepada pemimpin UMNO, kami di akar umbi menyeru dan merayu, bukalah mata hati, jangan terus tunduk pada tekanan Mahathir...


Mahathir pernah memanggil kepimpinan tertinggi PAS sebelum Dewan Rakyat sebelum ini bersidang...

Mahathir tagihkan sokongan dan jaminan PAS supaya tidak bersetuju dengan undi tidak percaya terhadap beliau dengan janji memberikan royalti minyak kepada kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan...

Tapi menipu dengan mengatakan PAS berjanji tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih, dengan tujuan melaga2kan PAS dan IMNO!!!

Tapi selepas terlepas dari undi tidak percaya, bukan saja janji tak di tunaikan, malah PAS terus di kecam Mahathir!!!

Itulah perangai bangsat manusia yang bernama Mahathir!!!

Selagi pemimpin UMNO berani menentang kepimpinan zalim Mahathir, selagi itu kami di akar umbi akan setia pada UMNO dan kepimpinan UMNO...

Kita akui, UMNO mengalami zaman sukar dengan akaun yang masih di bekukan dan berkemungkinan akan di lucut hak oleh Mahathir...

Tapi yakin dan percayalah pada ketaatan dan kesetiaan akar umbi sebagaimana akar umbi meletakkan kepercayaan pada kepimpinan UMNO...

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air, beban yang berat, sama2lah kita pikul dan beban yang ringan, sama2lah kita jinjing...

Buka kembali lembaran pengorbanan akar umbi terhadap parti waktu Al Marhum Tunku Abdul Rahman ingin menuntut kemerdekaan...


Mereka sanggup melurutkan barang kemas di leher dan di dada demi satu perjuangan ugama, bangsa dan tanah air (BACA DI SINI)...

Dengan tegas dan berpadu suara dan bersatu hati kita mesti mengatakan TIDAK pada manusia pengkhianat bernama Mahathir!!!
fda

Archives