Monday, November 20, 2017

Anak edar dadah jahanamkan remaja, Husam nak selamatkan Malaysia?

|0 comments




ANAK YB HUSAM BERGELUT DENGAN POLIS
http://mymassa.blogspot.my/2017/11/anak-yb-husam-bergelut-dengan-polis.html


Masih cuba nak mengelak dan nafi lagi?


Berapa lama boleh? Akhirnya mengaku juga ...


Amanah veep Husam admits son arrested over ‘pil kuda’
http://www.malaysia-today.net/amanah-veep-husam-admits-son-arrested-over-pil-kuda/

Cakap gah. Bila orang kritik, tak habis nak ugut dan gocoh, hantar kaki pukul.

Akhirnya tuhan bayar cash dan tunjukkan siapa Husam yang sebenar. Anak sendiri pun tak boleh didik dan jaga, lupakanlah nak selamatkan Malaysia.

Tuhan tunjukkan Husam yang sebenarnya seorang munafiq, peniipu dan perompak. Kunun orang kata dia strategis ... Kepala bapak dia la  ...!!!

Sunday, November 19, 2017

KLCC: Mercutanda Mahathir rompak kekayaan minyak negara

|0 comments



Berikut artikel tahun 1999 yang dipetik dari FB Rosli Md Sah:




KOS MENARA BERKEMBAR KLCC ADALAH RM10 BILION BUKANNYA RM1.8 BILION!

Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain di sekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.

Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?

Sungguh pun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebih kurang seperti berikut, “ Petronas adalah seratus peratus di bawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.

Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.

2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?

Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat di beberapa bangunan di sekitar bandar raya KL. Satu bidang tanah itu terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council di Jalan Ampang di belakang Yow Chuan Plaza.

Lagi pun, pihak Pengurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, di mana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.

Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.

3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?

Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebih kurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.

Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, sama ada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.

4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?

4.1 KOS TANAH: RM 900 JUTA

Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walau pun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebih kurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah ke atas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.

Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya dengan rasmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu,
Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang ke Dayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri..

4.2 KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION

Kos bangunan tertinggi di dunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat di sebelah dalam, yang menelan belanja lebih kurang RM 1 BILION lagi.

Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.

Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.

Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebih kurang 5,000 kakitangan Petronas di Menara Satu, maka kontrak ini bernilai lebih kurang RM 50 JUTA. Dari segi mutu, harga ini dianggap ramai sebagai luar biasa tingginya.

Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabot dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (maaf, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabot untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll. Siapa punya syarikat pembekal perabot-perabot ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luar biasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir

Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilaporkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.. Tak cukupkah yang mewah di Putra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada suku-sakat dan/atau kroni.

Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kaki persegi.(kpsg) Di Menara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki di situ. Ruang lain sama ada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKKAN MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!

Di Aras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuloh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).

4.3 KOS TAMAN KLCC: RM200 JUTA

Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk mereka bentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.

Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagi pun, kos penyelenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, misalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.

4.4 KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA
Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.

4.5 KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA
Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebih kurang RM80 juta.

4.6 BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?

Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-

? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);

? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuloh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;

? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;

? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;

? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;

? rangkaian jalan di atas dan di bawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan lebuh raya baru yang sedang dibina di atas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru di sekeliling KLCC;.

? Sebuah masjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan masjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).

Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastruktur.

5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN BERBAHAYA?

Ini menjadi tanda tanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka di Dayabumi itu. Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa berkerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.

Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi suku-sakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. Jadi apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.

Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat perihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.

6. BERAPAKAH KOS PENYELENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?

Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)

Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri di Semenanjung ini tidak sampai ke tahap ini!!

APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?

1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.
2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuh raya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.

APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?

Dari fakta-fakta di atas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk manfaatkan suku-sakat dan kroni Dr Mahathir.

Untuk mengaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi di dunia. Kononnya untuk memahsyurkan negara dan menarik pelancung.

Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya di Malaysia ini – kebanyakkan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengalaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian di celah bangunan tinggi-tinggi…Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan di Amsterdam mithalnya……). Dan satu cara paling berkesan memahsyurkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepostisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!

Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.

Wallahu a’lam.

Pengunjung Mesjid KLCC
14 Nov 1999

Saturday, November 18, 2017

Hujah Dr Ahmad Khalid idealistik tidak realistik

|0 comments

Isu utama yg dibincangkan disini ialah masalah kenaikan gaji, kenaikan harga barang, gst, subsidi ditarik, kejatuhan ringgit,

Kenaikan gaji

isunya ialah gaji golongan B40 'berpendapatan rendah' hanya naik 0.9%,... gaji utk graduan tak naik dan tak turun,.. kadar pengangguran  naik.

Data yg dipetik ialah 2007-2017. masa 2007 ni Malaysia terkesan daripad a 'spillover'  dgn kemelesetan ekonomi Amerika, bermula dgn  subprime crisis. byk syarikat2 gergasi 'too big to fail' Amerika yg terpaksa dibailout buat pertama kali oleh kerajaan U.S. yg sebelum ni menentang polisi bail out itu sendiri. syarikat2 import export Malaysia tutup kedai dan akibatkan kenaikan pengangguran..

Sekitar 2015 pula kita hadapi kejatuhan harga minyak dan sektor oil&gas alami masalah.. byk syarikat yg down size buang pekerja.

Kedua-dua isu adalah diluar kawalan kerajaan. tapi jika merujuk kpd  data tahunan.. pengangguran hanya sekitar 3% ke 4% kadar inflasi juga sekitar 3% masih rendah dan selamat.

-kenaikan harga

kita perlu ingat kalaupun harga makanan, sewa rumah, kos pengangkutan naik melebihi kadar inflasi nasional.. walaupun ada  kenaikan kecil.. tapi tu hanya secara relatif tahun ke tahun.

dan walaupun ada kenaikan tahun ke tahun.. harga barang, servis, kos sara hidup di bandar2 malaysia masih terendah, termurah di dunia berbanding 262 bandar2 lain, walaupun selepas dikenakan GST (menurut ECA international survey).

Pembaziran

Katanya, dah la gaji tak naik.. ada pulak persepsi pembaziran.. sbgai contoh kita baca hari2 ada kes tangkapan rasuah

Ini mainan persepsi salah, sepatutnya penangkapan kes2 rasuah menanamkan persepsi melawan isu rasuah. baguslah perasuah ditangkap. bukan mcm zaman 90an rasuah berleluasa

Subsidi ditarik

Memang betul subsidi ditarik akan menaikkan harga barang. akan tetapi penarikan subsidi hanya dilakukan selepas kerajaan kehilangan pendapatan drpd hasil miminyak

Kita harus faham bigger picture.. subsidi ni konsep yg diperkenalkan oleh kerajaan utk berkongsi hasil minyak dgn rkyat. krjaan perkenal subsidi semasa memperolehi pendapatan besar drpd hasil minyak.. bila pendapatan drpd hasil minyak hilang, akibat kejatuhan harga minyak dunia.. hasil minyak sudah tiada utk dikongsikan.

Semasa hasil minyak berkurang, kerajaan ambil keputusan utk menumpukan dana kpd usaha2 mengukuhkan ekonomi. harga murah pun tak guna kalau tak ada duit utk membeli akibat hilang  kerja akibat kejatuhan ekonomi.

GST
 
Dalam isu GST kita juga harus faham yg kerajaan bukan suka2 nak kenakan cukai baru ni. GST diperkenalkan disebabkan hasil pendapatan minyak yg hilang. mmg dijangka akan ada barangan yg naik tapi utk tahun 2015 shj.. sejak itu GST 6% tak pernah dinaikkan.

Daripada hasil keseluruhan kerajaan menanggung subsidi dan bantuan kpd rkyat yg byk seperti, bantuan BR1M, bantuan subsidi baja, racun, benih utk peladang, pesawah, pekebun kecil, subsidi disel utk nelayan, elaun sara diri utk nelayan, pekebun kecil, elaun tengkujuh utk penoreh, subsidi buku utk pelajar, subsidi bahan api, subsidi gandum, subsidi tariff elektrik, subsidi beras, bantuan keluarga miskin, elaun OKU, elaun warga emas, subsidi hospital, subsidi sekolah, subsidi universiti, biasiswa dan tajaan pendidikan pelajar2 universiti dan lain2

Ringgit jatuh

Pertama sekali, walaupun ringgit jatuh malaysia masih merekod kenaikan ekonomi.

Ringgit jatuh disebabkan harga minyak yg jatuh sekitar 2014, 2015. sebelum 2015 ringgit berlegar di sekitar RM3.50 dan hampir mencecah RM3.00.

Ringgit juga adalah mangsa serangan matawang drpd dibuat disekitar tahun yg sama.

NOTA SUDUT PANDANG BERBEZA

Daripada kita ceritakan masalah kenaikan gaji, kenaikan harga barang, gst, subsidi ditarik, kejatuhan ringgit.. sebenarnya isu ni akan lebih mudah difahami jika rentetan situasi disusun secara terbalik.

Sepatutnya rentetan dimulakan dgn cerita harga minyak jatuh yg akibatkan kejatuhan ringgit, yg sebabkan harga barang import naik. akibat hilang pendapatan minyak.. krjaan buat GST utk menampung pendapatan yg hilang. harga barang naik sebab GST dan kenaikan kos barangan import.

Maksudnya semua ni adalah subsequent event.. chain reaction drpd kejatuhan minyak dunia yg diluar kawalan krjaan. krjaan buat sebaik mungkin utk masih menjana ekonomi dan mengelakkan pengangguran. sebabtulah YAB PM dilihat mencari pelaburan dgn agreasif di China, India, Saudi, Perancis dll.

Harga minyak jatuh

Harga minyak jatuh drpd US$100 per barrel kpd sekitar US$30 per barrel. krjaan yg pernah terima hasil US$80 billion drpd hasil minyak, hanya dpt sekitar US$20 per barrel tahun lepas.

Semua negara2 pengeksport minyak mengalami kejatuhan nilai  matawang dan ada yg terus mengalami kemelesetan ekonomi. pendek kata ia adalah fenomena global. pada masa tu jika dilihat bandingan matawang dunia, drpd 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang mengukuh berbanding U.S. dollar

Hilang pendapatan minyak

Kerajaan ambil langkah utk perkenal GST bagi menampung pendapatan hasil minyak yg hilang.. drpd US$80 billion kpd US$20 billion.

Daripada hasil GST kerajaan memberikan bantuan terus kpd golongan sasar seperti BR1M, cash handout kpd nelayan, pekebun, pesawah, oku, warga emas, pelajar, mahasiswa, imam2, bilal, guru kafa, ketua kampong dan lain2 dan selebihnya digunakan utk menampung kos operasi mengurus.

Kenaikan harga barang

Jadi subsequent event drpd kejatuhan harga minyak yg mengakibatkan kejatuhan ringgit.. harga barang naik. pertama, barang impot kerana kos mengimport barang lebih mahal.

Kedua, akibat drpd penarikan subsidi juga sebabkan harga barang naik. harus juga diingat yang, walaupun harga setelah dibuang subsidi, harga batang di Malaysia masih lg murah berbanding negata jiran.

Ketiga, walaupun pengenalan cukai GST menyebabkan sesetengah barang utk turun, ia juga mengakibatkan sesetengah harga barang  utk naik. akan tetapi, harus diingat kadar GST 6% tak pernah dinaikkan sejak pengenalan.

Dan akhir sekali sekali, isu kenaikan gaji. harus diingat ahli penalist Dr Muhammed Abdul Khalid menyebut gaji bukanlah menguncup.. ada wujud kenaikan walaupun kadar yg rendah.

Bagi saya apa yg ditegur oleh Dr tu adalah most ideal scenario.. tapi jika difikirkan balik kita lebih bagus drpd kebanyakkan negara pengimport minyak yg lain. Venezuela yg jadi negara contoh anwar ibrahim dan rafizi juga bankrap. banyak negara pengeksport minyak terpaksa berhutang.

Tapi jika difikirkan balik.. lagi baik harga barang naik sikit.. gaji naik sikit.m drpd terus hilang kerja dek kejatuhan ekonomi akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Facebook Syed Agil


Friday, November 17, 2017

Elok Madey lupakan politik dan hijrah ke Amerika Selatan bersama Mugabe

|0 comments






https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/11/351570/ros-bubar-ppbm-jika-gagal-adakan-agm


*Dr. Mahathir lebih elok selamatkan Parti Bunga dari mahu "Selamatkan" Malaysia*

1. Top Dog Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad selama ini sibuk berkempen ke seluruh negara konon nya beliau mahu "menyelamatkan" Malaysia dari pentadbiran Barisan Nasional. Salah satu alasan yang digunakan oleh beliau adalah bahawa Pakatan Harapan merupakan satu alternatif yang konon nya lebih baik dari Barisan Nasional dibawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak.

2. Namun apa yang lucu nya mengenai kenyataan Dr. Mahathir ini adalah...

Sumber : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/11/dr-mahathir-lebih-elok-selamatkan-parti.html

Oleh itu, persoalan sekarang:

http://pahang-ku.blogspot.my/2017/11/mampukah-parti-kronisme-ppbm-bertahan.html

Agak melucukan sebenarnya kerana dia sebagai seorang Pengerusi sepatutnya tahu pergerakan partinya dari akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan. Bagaimana seorang Pengerusi sendiri tidak mengetahui kedudukan partinya sendiri? Bukankah ianya satu perkara yang cukup menghairankan? Atau Mahathir sememangnya tidak ambil peduli langsung akan kewujudan PPBM?

http://www.pru14.tv/2017/11/16/apa-rancangan-mahathir-andai-ppbm-diharamkan/


Menurut satu cadangan, Madey elok hijrah ke Amerika Selatan dan buat negara pulau baru bersama Mugabe.

Bob & Det negara berdaulat baru.
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.my/2017/11/bob-det-negara-berdaulat-baru.html

Buatlah sukahati mereka di negara mereka sendiri punya. Pindahkan sekali kubur Suharto, Marcos, Shah Iran dan lain-lain. 

Dari boboi yang blur jadi PM, lebih baik Najib!

|0 comments

Kepada Siapa Nak Kita Serahkan Negara Ini?...

Mereka menanam benih kebencian...Pada UMNO,pada BN..Pada PM DSN.

Jadi pada siapa nak kita serahkan negara ini?.....

PADA MAHATHIR SEMULA?
-TM yg dulunya di cap diktator?
-TM yg kononnya membunuh Judiciary dan memecat hakim?
-TM dgn legasi ISA dan op lalangnya
-TM yg di tuduh membunuh di Memali
-TM yg menolak Hadis,menghina hudud,hatta menghina Rasulullah dan Janggut baginda?
-TM yg membela Kroninya
-TM yg di eranya KRISIS KEWANGAN TERBESAR,hutang negara per kdnk tertinggi
-TM yg melesapkan RM32billion dlm FOREX?
-TM yg meninggalkan legasi TOL TOL yg hingga kini terpaksa di tanggong rakyat dan kjaan
-TM yg keluarganya melabur DALAM KILANG ARAK ST MIGUEL?
-TM yg anaknya BILLIONAIRE dari projek kjaan ?
-TM yg melarang anak isteri MENUTUP AURAT?
-TM yg cucunya tidur bersama anjing dan berpesta mewah ala orang putih
-TM yg anaknya pengamal ISLAM LIBERAL dan penyokong LGBT?
-inikah tempat nak di serahkan masa depan Kita dan UMAT ISLAM???......Oh tidak TM...PH ada pemimpin lain..SIAPA?

Anwar Ibrahim?
-DSAI yg sudah berkali di bukti bersalah di mahkamah dan berada dlm jail?
-DSAI yg mempunyai gaya hidup songsang dan double image?
-DSAI yg mempunyai rekod politik wang paling besar dlm umno
-DSAI yg kuat mengamal kroni zaman berkuasanya
-DSAI yg kini mempelopori NEPOTISM tertinggi dlm partinya
-DSAI yg di tolak TM kononnya punca gagal dlm krisis matawang tahun 90an

OH TIDAK...kami ada orang lain lagi...SIAPA?

Lim Guan Eng?
-LGE yg sedang di dakwa kerana Rasuah
-LGE yg berucap di parlimen sejak 92 menolak negara islam dan undang undang islam
-LGE dari parti anti melayu dan anti islam
-LGE Yg menentang Hudud,RUU 355?
-LGE yg langgar perlembagaan partinya sendiri utk kekalkan dinasti diktator dlm DAP?
-LGE yg evangelist christian tu?

Oh tidak..kami ada yg lain lagi...SIAPA? Mat Sabu?...Oh LIM KIT SIANG!!!

Ya, BN atau DSN sebagai manusia biasa ada cacat celanya..tapi sekurang kurangnya mereka ada rekod kecemerlangannya yg tidak boleh di nafi.Mereka memikul tanggung jawab membawa kita di mana kita berada sekarang.Lumrah orang NAK MEREBUT KUASA YG ADA PADANYA..Namun kami rakyat masih boleh menilai antara INTAN DAN KACA.Kami kritik kami tegur kerana mereka yg berkuasa.NAMUN KAMI TIDAK AKAN SERAHKAN MASA DEPAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA pada satu formula beracun yg menyebakan kami hilang segala galanya..akhirnya YG DI KEJAR TAK DAPAT,YG DI KENDONG BERCICIRAN!!

Kami mahu BN dan PM di terukan dengan PENAMBAHBAIKAN YG BERTERUSAN!!!!!



Ada kata Mukhriz ...tapi debat pun takut!


Kali Kedua Bekas SU PPBM Cabar Berdebat, Mukhriz Jangan Menyorok Lagi

“Anda (Mukhriz) tidak perlu lari dan berselindung di belakang ayahanda tercinta yang sentiasa memberi talian hayat. Sahutlah cabaran untuk berdebat dengan saya pada hari Jumaat 17 November 2017”.

Ringkas saja cabaran yang dilontarkan oleh bekas Setiausaha Kerja PPBM, Cikgu Kamarulazman Habibul Rahman tapi ayatnya padu dan cukup pedih berbisa bagi Mukhriz Mahathir.

Memang dah bukan rahsia lagi, baik ketika dalam UMNO dulu mahupun sekarang ini dengan memegang kedudukan Timbalan Presiden PPBM, semua orang tahu Mukhriz terlalu bergantung pada pengaruh ayahnya untuk naik dalam politik.

Dan jangan lupa, salah satu sebab utama Dr Mahathir meroyan menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bermusuh dengan UMNO/BN pun kerana dendam atas kegagalan Mukhriz tewas pemilihan Naib Presiden UMNO pada 2013 dulu.

Read on di ABITW di SINI

Lupakanlah PPBM ...



Thursday, November 16, 2017

Parti Agenda Peribadi Mahathir Sudah Ditolak Rakyat

|0 comments

Semalam, Mahathir mengakui bahawa parti yang ditubuhkannya semata mata hendak menjatuhkan Datuk Seri Najib sudah gagal di peringkat akar umbi.

“Ketika ini di peringkat bahagian ada ahli, tapi ia tidak diuruskan menjadi sebuah cawangan, malah beberapa bahagian masih tidak diuruskan dengan baik” kata Mahathir.


Mahathir mengakui kepimpinan parti bunganya masih lagi tidak tersusun di peringkat cawangan.

“Jadi kita tidak boleh menentukan siapa akan hadir mesyuarat jika AGM diadakan” kata Mahathir. Pengakuan terbuka Mahathir ini jelas sekali menyerlahkan bahawa PPBM kini sudah tidak mendapat sokongan lagi di peringkat akar umbi.

Rakyat sudah mulai menolak agenda peribadi Mahathir yang hanya mahukan anaknya sendiri menjadi Perdana Menteri dan mahu merampas Putrajaya semata mata untuk kesenangan kroni kroninya.



Satu persatu muslihat Mahathir sudah dapat dilihat oleh rakyat. Kemudian, ahli PPBM yang sedar dengan penipuan itu keluar parti beramai ramai di seluruh negara.

Jika mengikut peraturan, PPBM wajib mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. PPBM bakal diharamkan jika gagal mengikut peraturan ROS ini.


Dulu bukan main lagi kata PPBM akan mampu tarik sejumlah 6 juta orang menjadi ahli. “Kita jangka  akan berhadapan dengan 6 juta orang anak muda yang kebanyakannya daripada pertubuhan belia dan persatuan pelajar yang kini sudah tunjukkan minat mereka untuk masuk parti baharu ini” kata Khairuddin Abu Hassan pada 5 Ogos 2016.

Sekarang hendak umum ahli pun malu. Mana 6 juta ahli itu? Sesudah hampir setahun dan belum pun masuk 100 kali Jumaat, parti PPBM dah hampir karam. Tenggelam sebelum sempat pun berlayar di lautan sebenar.

"Secara jujurnya, saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini” kata Syed Saddiq pada 4 Oktober 2016. Syed Saddiq dakwa sudah 200,000 borang sudah diedarkan dan jumlah ahli PPBM akan diumumkan dua minggu kemudian.

Sekarang bukan dua minggu lagi, sudah lebih setahun, Syed Saddiq tidak pernah pun umumkan jumlah ahli PPBM. Kalau sudah 200,000 borang sudah diedar takkanlah susah sangat hendak buat cawangan yang tersusun dan kemas?. Ini bermaksud apa yang Syed Saddiq cakap sebelum ini adalah temberang belaka.


Hari ini ketika semua ahli ahli PPBM mendesak agar PPBM mengadakan mesyuarat agung, Syed Saddiq boleh pula lari sampai ke Perancis. Kini Syed Saddiq tidak mahu lagi bercakap soal anak anak muda hendak masuk PPBM. Syed Saddiq sibuk hendak promosikan seks bebas pula.

Dalam konvensyen PPBM yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada Januari lepas, semua orang sudah menyaksikan  bagaimana sambutan awal terhadap parti PPBM yang ditubuhkan Mahathir itu. Separuh stadium kosong bila Mahathir berucap. Terpaksa ‘import ahli’ guna bas untuk bagi penuh stadium.

Kemudian program baling kerusi yang dibuat oleh PPBM di Shah Alam beberapa bulan lepas. Juga gagal kerana kekecohan yang berlaku. Orang yang bertanya soalan adalah ahli PPBM sendiri. Bila gagal menjawab, Mahathir menyalahkan pula orang UMNO.

Buat siri ceramah di seluruh negara pun gagal. Tidak ramai yang hadir. Ada sesetengah tempat, kerusinya lebih ramai dari orang. Kemudian buat demonstrasi di Padang Timur, Kelana Jaya pada bulan lepas pun gagal juga. Sasar jumlah yang hadir 100,000 orang, tetapi yang hadir 4,000 orang sahaja.

Satu persatu gagal. Kemudian, hendak buat mesyuarat cawangan pun gagal. Malah ada ahli PPBM yang sudah malu diejek menjadi ahli parti yang tiada haluan.

‘‘Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PPBM dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena bertanggungjawab penuh atas penipuan besar ini yang mana selama lebih setahun kami menyokong perjuangan ini atas dasar percaya tetapi kini kami sedar dipermainkan,’’ kata ahli-ahli akar umbi Armada PPBM Lanchang.

PPBM  sengaja ditubuhkan bagi membolehkan Mahathir bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pembangkang. Bila PPBM masuk ke dalam pembangkang, Mahathir mahu menggunakan DAP, PKR dan PAN untuk membolehkan agenda peribadinya tercapai iaitu menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.

Jadi tubuhkan PPBM hanyalah sebagai alat sahaja. Buat apa hendak jaga ahli ahli PPBM di bawah, asalkan DAP, PKR dan PAN masih boleh mencapai apa yang Mahathir mahukan. Lebih baik jaga Kit Siang dan PKR. Lebih baik beri RM1 billion derma kepada Kit Siang dari menjaga ahli ahli PPBM di peringkat bawah.

Rakyat sudah mengetahui apa sebenarnya agenda Mahathir menubuhkan PPBM. Rakyat juga sudah tahu kenapa Mahathir marah sangat dengan Datuk Seri Najib. Bukan sebab 1MDB dan derma dari Arab, Mahathir marah kerana agenda peribadinya.

Kini parti yang ditubuh kerana agenda peribadi itu sudah gagal dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat.  Sampai hendak tubuh cawangan pun payah. Nampak sangatlah tidak ada orang hendak sokong PPBM lagi.

Sunday, November 12, 2017

Adakah penipuan hingga petani peneroka PKPS belum dibayar pampasan?

|0 comments

Pada hari Jumaat, sebuah NGO telah membuat laporan kepada SPRM berhubung tanah petani-petani PKPS yang telah ditukar hak milik pada tahun 1998 tapi hingga kini masih belum dapat lagi pampasan rumah dan rumah sebanyak RM360,000.

Baca berikut:

Dari pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh laman Selangor-Leaks.com, terdapat banyak persoalan berhubung transaksi ini.

  • Setelah Ecoworld membeli tanah-tanah dalam satu transaksi melibatkan tanah-tanah petani PKPS yang telah ditukar hakmilik kepada LBCN dan diusahakan bersama Mujur Zaman Sdn Bhd pada harga RM1.2 billion pada September 2015, SUDAHKAH PAMPASAN MEREKA DIBAYAR?
  • Sudahkah pampasan ambilkira: 
  1. faedah atas kelambatan dan sebarang penaliti?
  2. Pampasan rumah adalah RM180,000. Tentu sekali rumah bernilai RM180,000 dulu bukan rumah yang sama pada nilai RM180,000 pada tahun 2017.
  3.  Tanah yang mereka jual pada RM360,000 pastinya bernilai jauh lebuh tinggi 20 tahun kemudian.
  •  Ecoworld telah dapat bangunkan segera dan lancarkan taman-taman baru dalam dua tahun, Adakah ini bermakna pihak kerajaan negeri ada terlibat sama berunding dengan Ecoworld untuk selesaikan masaalah tertunggak ini?
  • Oleh kerana LCBN dan Mujur Zaman melibatkan satu ahli perniahaan Dato Chin Chan Lung yang disabitkan masaalah kesalahan market rigging dan ahli politik Dato Khairuddin bin Abu Hassan, adakah ada elemen penipuan?
  • Azmin Ali? 

Friday, November 10, 2017

DAP dan PPBM ditutup, semua masuk PKR?

|0 comments

DAP sejak tahun 2012 hingga kini masih berstatus parti haram kerana enggan mengadakan pemilihan semulaJawatankuasa Tertinggi Pusat, CEC.

Setelah 5 tahun, dan hampir hampir dengan pilihanraya umum, barulah DAP hendak buat pemilihan semula  CEC DAP yang dijangka diadakan pada 12 November ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

PPBM masih lagi enggan membuat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) walaupun usia parti itu sudah menjangkau lebih setahun. Kenapa takut buat AGM?

Takut ada ahli PPBM baling kerusi?

Takut ada ahli PPBM tanya soalan tentang kroni Mahathir, skandal Muhyiddin, soalan pasal Memali atau pasal hilang RM32 billion?

http://ruai.randausarawak.net/2017/11/ppbm-akan-jadi-parti-haram-sama-seperti.html

Terbaru difahamkan, laporan ke ROS oleh beberapa Pemuda PPBM membawa reaksi dari ROS:


http://www.utusan.com.my/berita/politik/istilah-armada-tidak-boleh-digunakan-ros-1.549417

Ini berlaku ketika Syed Saddiq sedang holiday ke Paris:


Tanpa dibawa awek dia:


Ini ketika banjir di Pulau Pinang.

PPBM pasti akan mempolitikkan keadaan. Namun laporan terhadap PPBM dilakukan oleh pihak ahli Armada.

Undang2 amat jelas terhadap parti yang melanggar sendiri akan perlembagaan masing2.


Thursday, November 9, 2017

Helah punya helah, akhirnya Shafie Apdal TERNGAKU

|0 comments

Sebaik Dato Seri Shafie Apdal keluar reman, tak henti2 dia kata dia tak bersalah dan ini semua konspirasi politik.

Dia juga tuduh Tan Sri Musa Aman macam2 tapi bukti ellek ... pocik ..  takde!

Tiba2 kena lagi perihal  Peter Anthony, proksi utama DSSA.




PROJEK RM43 JUTA 'TIPU UMS' PETER ANTHONY DIBUKA SEMULA, SHAFIE APDAL KE SPRM LAGI!

Gara-gara projek Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan di UMS berhubung surat dan tuntutan palsu RM43 juta Shafie Apdal dipanggil semula SPRM. Shafie sebagai Menteri KKLW menyokong projek tipu Peter Anthony itu. Kes ini pernah menjadi isu pada tahun 2012 malah kes perbalahan komisen projek UMS juga pernah dibawa ke mahkamah pada tahun September 2015. Siapa 2 pegawai UMS bersekongkol dengan Peter Anthony?

Selanjutnya ..
https://captainmgs.blogspot.ca/2017/11/projek-rm43-juta-tipu-ums-peter-anthony.html

Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

http://sabahkini2.com/en/news/144/shafie-apdal-dedah-syarikat-projek-kklw-yang-adiknya-terima-rasuah-projek/view


Dia hujah pula kata:



Tapi ...


Shafie cuba timbulkan isu TAPI TERDEDAH SALAHLAKU DIA SENDIRI!!!!


Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

http://sabahkini2.com/en/news/144/shafie-apdal-dedah-syarikat-projek-kklw-yang-adiknya-terima-rasuah-projek/view


Loji Air Sungai Intan Vs Loji Air Sungai Kelumpang

1.  Loji Air Sungai Intan (LASI) bernilai RM48juta berkapasti 6MLD (million liter per day), manakala Loji Air Sungai Kelumpang (LASK) bernilai RM150juta berkapasiti 30MLD.

2.  LASI dilaksanakan oleh KKLW, manakala LASK oleh kerajaan negeri.

3.  Kenyataan Datuk Shafie Apdal di Parlimen pada Isnin di  Dewan Rakyat, bahawa LASI dilaksanakan adalah kolaborasi dengan kerajaan negeri.  Selain itu projek itu diberikan secara  tender terbuka.

4.  Menurut Shafie, projek air sungai Intan terbahagi kepada dua peringkat, peringkat pertama membina loji dan peringkat kedua mendalamkan sungai Intan.

5.  Untuk fasa pertama, iaitu LASI, dilaksanakan oleh Wilayah Kaya Sdn Bhd, menurut Datuk Shafie, syarikat milik “anak buah” Tan Sri Musa Aman.

6.  Berkaitan dakwaan, kononnya LASI adalah gajah putih, MP Semporna itu merujuk, bahwa Konsultan kepada pembinaan loji itu adalah Shahelmey dan Kawan-Kawan.

7.  Jika benarlah bahwa loji itu gajah putih, mengapa konsultan kepada syarikat itu dilantik sebagai CEO Pan Borneo Sdn Bhd, syarikat yang mengurus pembinaan lebuh raya Pan Borneo yang menghubungkan semua pekan di Sabah dengan kawasan Sarawak?. Menurut  MP Semporna itu, LASI bukanlah gajah putih, akan tetapi tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana ketiadaan sumber air. Makna kata, Shafie telah menjawab sendiri, bahawa kerja konsultan tiada kait mengait dengan tidak beroperasi sepenuhnya loji itu, kerana konsultan hanya bertanggungjawab dengan pembinaan loji itu, bukannya konsultan terhadap projek fasa kedua-iaitu mendalamkan sungai Intan.

8.  Penulis suka merujuk kepada kenyataan MP Semporna itu, bahawa LASI adalah kolaborasi dengan kerajaan negeri. Jika projek itu merupakan kolaborasi atau kerjasama dengan kerajaan negeri, mengapa Kerajaan Negeri membina satu lagi projek loji air di Semporna, yang dinamakan Loji Air Sungai Kelumpang dengan kapasati 30MLD? Mengapa kerajaan negeri, tidak meneruskan fasa atau peringkat kedua projek LASI, iaitu mendalamkan sungai Intan, seperti mana dakwaan Shafie?

9.  Semalam, dalam respon terhadap kenyataan MP Semporna itu di Dewan Rakyat, Tan Sri Musa menerusi kenyataan media mengatakan, bagaimana kerajaan negeri boleh berkolaborasi dengan projek itu, sedangkan beliau tidak tahu menahu mengenainya.

10.  Oleh kerana kerajaan negeri tidak tahu menahu berkaitan projek itu, maka kerajaan negeri memperuntukan RM150juta untuk membina loji air sungai Kelompang. Jika kerajaan negeri tahu berkaitan dengan projek itu, mengapa perlu membelanjakan wang untuk membina loji?

11.  Kenyataan Shafie di Dewan Rakyat hanya satu alibi beliau berkaitan salah laku yang beliau lakukan. Sedangkan alibi itu, tidak terguna pakai, hanya merapu, berbentuk dakwaan, cuba menimbulkan persepsi dan mengaitkan pemimpin negeri.

12.  Kerajaan Negeri, awal-awal lagi, sebelum SPRM melaksanakan siasatan, telah membuat kenyataan, bahawa tidak terlibat dengan sebarang projek KKLW yang dilaksanakan di Sabah bermula daripada tahun 2009-2015.

13.  Telah jelas di Sabah, khususnya berkaitan pembinaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan kampung, kerapnya berlaku tumpang tindih antara projek kerajaan negeri dan projek-projek KKLW.

14.  Oleh kerana projek KKLW dilaksanakan tidak menjurus kepada kumpulan sasaran, sebab itu, timbulnya pemasangan paip di sesebuah kawasan berkali-kali tetapi tiada air, ada tiang litrik tetapi tiada pendawaian, ada jalan kampung, tetapi tiada penduduk yang menggunakannya.

15.  Mengapa projek-projek paip KKLW tiada air? sebabnya Jabatan air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Jika tiada kerja sama dengan kerajaan negeri, sudah tentu paip-paip yang dipasang tidak akan mendapat bekalan air, demikian juga pemasangan tiang-tiang elektrik, jika tiada kerjasama dengan SESB, bagai mana dipasang pendawaian? berkaitan jalan kampung? jika tiada kordinasi dengan Pejabat Daerah, bagai mana mengetahui kampung yang memerlukan jalan kampung?.
16.  SPRM bukanlah agensi bodoh, sanggup membuang masa menyiasat, jika memang tiada yang disiasat. Adalah jelas, memang berlaku penyewelengan, sebabnya, mengapa agensi itu dapat merampas ratusan juta ringgit daripada individu yang disiasat? malah melibatkan pegawai kerajaan. Kalau tiada penyelewengan, bagai mana seorang suri rumah boleh mempunyai wang yang cukup banyak, mempunyai simpanan emas berkilo-kilo, mempunyai bag-bag berjenama?

17.  Shafie, harus menumpukan kepada pembelaan terhadap dirinya. Siasatan telah dibuat, hanya menunggu pendakwaan.

18.  MP Semporna itu, jangan merasa gelabah, jangan merasa takut, ambillah prinsip berani kerana benar takut kerana salah.

19.  Jangan menunjukkan, bahawa diri sudah mahu tenggelam, maka akan mengapai apa sahaja, untuk menyelamatkan diri, termasuk mengaitkan pihak-pihak lain. Perbuatan seumpama itu tidak akan kemana-mana dalam segi undang-undang. Undang-undang bukan berasaskan kepada persepsi atau hearsay, undang-undang berasaskan fakta.

MR
8.11.2017


Tuesday, November 7, 2017

KEPALA PAK HANG! Perangai buruk PH terserlah ketika banjir

|0 comments


Sana sini kelihatan Lim Guan Eng minta nyawa dengan Zahid. Siap puji kerajaan Federal.

Tapi perangsi menyalahkan orang lain tetap tak buang.





Malah ini negeri mereka tapi pemimpin UMNO yang lebih sebuk.



Orang Masjid pun buka masjid untuk orang bukan Islam guna ...


Mereka mai hanya untuk posing


Mama kipas mai hanya untuk melambai. Dia lebih sibuk nak demo, tak malu suami dia masuk penjara pasal meliwat.




Sembang saja lebih...


Habis lambai terus balik KL ...



Azmin pula usah berlakun. Cuma nak ketengahkan diri dan tengokkan partner aiskrim dlm.jamban saja.


Wakil rakyat DAP pun habiskan boreh ...





Mana dia orang peduli. Malah diguna peluang untuk menyamun.





Padahal angkara mereka ...



Yang aktivis aktivis pun entah di mana





Mereka buksnnya peduli pun ...



Penang Budget 2018 highlights:

RM20mil - flood prevention by MBPP and MPSP
RM10mil - hillside protection projects
RM8.5mil - Chinese schools
RM2mil - Tamil Schools
RM4.5mil - Penang Institute
RM1.1mil - Hindu Endowment Board
RM420k - Aedes prevention
RM4.6mil - One 3-story Low-cost housing project 36 units
RM9mil - 80 units kampung houses
RM1mil - water-filled moat around Fort Cornwallis
RM1.1mil - free buses
RM3mil - George Town Heritage Refurbishment Fund For RM 3 RM1mil- Little India Precinct Upgrading
RM45mil - 39.3 km of bicycle lanes
RM275mil - to build 82 Badminton Courts, 4 Swimming pools

Source (CM's budget 2018 speech):
https://www.facebook.com/cmlimguaneng/posts/1845683242128435

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/06/penang-state-government-priorities-questioned/

Tengoklah lakunan masing2 ...


Dulu Mukhriz turun. Tak mahu ka bawa anak2 dia main dolphin di Penang.

Sudahlah ...


fda