Saturday, November 18, 2017

Hujah Dr Ahmad Khalid idealistik tidak realistik


Isu utama yg dibincangkan disini ialah masalah kenaikan gaji, kenaikan harga barang, gst, subsidi ditarik, kejatuhan ringgit,

Kenaikan gaji

isunya ialah gaji golongan B40 'berpendapatan rendah' hanya naik 0.9%,... gaji utk graduan tak naik dan tak turun,.. kadar pengangguran  naik.

Data yg dipetik ialah 2007-2017. masa 2007 ni Malaysia terkesan daripad a 'spillover'  dgn kemelesetan ekonomi Amerika, bermula dgn  subprime crisis. byk syarikat2 gergasi 'too big to fail' Amerika yg terpaksa dibailout buat pertama kali oleh kerajaan U.S. yg sebelum ni menentang polisi bail out itu sendiri. syarikat2 import export Malaysia tutup kedai dan akibatkan kenaikan pengangguran..

Sekitar 2015 pula kita hadapi kejatuhan harga minyak dan sektor oil&gas alami masalah.. byk syarikat yg down size buang pekerja.

Kedua-dua isu adalah diluar kawalan kerajaan. tapi jika merujuk kpd  data tahunan.. pengangguran hanya sekitar 3% ke 4% kadar inflasi juga sekitar 3% masih rendah dan selamat.

-kenaikan harga

kita perlu ingat kalaupun harga makanan, sewa rumah, kos pengangkutan naik melebihi kadar inflasi nasional.. walaupun ada  kenaikan kecil.. tapi tu hanya secara relatif tahun ke tahun.

dan walaupun ada kenaikan tahun ke tahun.. harga barang, servis, kos sara hidup di bandar2 malaysia masih terendah, termurah di dunia berbanding 262 bandar2 lain, walaupun selepas dikenakan GST (menurut ECA international survey).

Pembaziran

Katanya, dah la gaji tak naik.. ada pulak persepsi pembaziran.. sbgai contoh kita baca hari2 ada kes tangkapan rasuah

Ini mainan persepsi salah, sepatutnya penangkapan kes2 rasuah menanamkan persepsi melawan isu rasuah. baguslah perasuah ditangkap. bukan mcm zaman 90an rasuah berleluasa

Subsidi ditarik

Memang betul subsidi ditarik akan menaikkan harga barang. akan tetapi penarikan subsidi hanya dilakukan selepas kerajaan kehilangan pendapatan drpd hasil miminyak

Kita harus faham bigger picture.. subsidi ni konsep yg diperkenalkan oleh kerajaan utk berkongsi hasil minyak dgn rkyat. krjaan perkenal subsidi semasa memperolehi pendapatan besar drpd hasil minyak.. bila pendapatan drpd hasil minyak hilang, akibat kejatuhan harga minyak dunia.. hasil minyak sudah tiada utk dikongsikan.

Semasa hasil minyak berkurang, kerajaan ambil keputusan utk menumpukan dana kpd usaha2 mengukuhkan ekonomi. harga murah pun tak guna kalau tak ada duit utk membeli akibat hilang  kerja akibat kejatuhan ekonomi.

GST
 
Dalam isu GST kita juga harus faham yg kerajaan bukan suka2 nak kenakan cukai baru ni. GST diperkenalkan disebabkan hasil pendapatan minyak yg hilang. mmg dijangka akan ada barangan yg naik tapi utk tahun 2015 shj.. sejak itu GST 6% tak pernah dinaikkan.

Daripada hasil keseluruhan kerajaan menanggung subsidi dan bantuan kpd rkyat yg byk seperti, bantuan BR1M, bantuan subsidi baja, racun, benih utk peladang, pesawah, pekebun kecil, subsidi disel utk nelayan, elaun sara diri utk nelayan, pekebun kecil, elaun tengkujuh utk penoreh, subsidi buku utk pelajar, subsidi bahan api, subsidi gandum, subsidi tariff elektrik, subsidi beras, bantuan keluarga miskin, elaun OKU, elaun warga emas, subsidi hospital, subsidi sekolah, subsidi universiti, biasiswa dan tajaan pendidikan pelajar2 universiti dan lain2

Ringgit jatuh

Pertama sekali, walaupun ringgit jatuh malaysia masih merekod kenaikan ekonomi.

Ringgit jatuh disebabkan harga minyak yg jatuh sekitar 2014, 2015. sebelum 2015 ringgit berlegar di sekitar RM3.50 dan hampir mencecah RM3.00.

Ringgit juga adalah mangsa serangan matawang drpd dibuat disekitar tahun yg sama.

NOTA SUDUT PANDANG BERBEZA

Daripada kita ceritakan masalah kenaikan gaji, kenaikan harga barang, gst, subsidi ditarik, kejatuhan ringgit.. sebenarnya isu ni akan lebih mudah difahami jika rentetan situasi disusun secara terbalik.

Sepatutnya rentetan dimulakan dgn cerita harga minyak jatuh yg akibatkan kejatuhan ringgit, yg sebabkan harga barang import naik. akibat hilang pendapatan minyak.. krjaan buat GST utk menampung pendapatan yg hilang. harga barang naik sebab GST dan kenaikan kos barangan import.

Maksudnya semua ni adalah subsequent event.. chain reaction drpd kejatuhan minyak dunia yg diluar kawalan krjaan. krjaan buat sebaik mungkin utk masih menjana ekonomi dan mengelakkan pengangguran. sebabtulah YAB PM dilihat mencari pelaburan dgn agreasif di China, India, Saudi, Perancis dll.

Harga minyak jatuh

Harga minyak jatuh drpd US$100 per barrel kpd sekitar US$30 per barrel. krjaan yg pernah terima hasil US$80 billion drpd hasil minyak, hanya dpt sekitar US$20 per barrel tahun lepas.

Semua negara2 pengeksport minyak mengalami kejatuhan nilai  matawang dan ada yg terus mengalami kemelesetan ekonomi. pendek kata ia adalah fenomena global. pada masa tu jika dilihat bandingan matawang dunia, drpd 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang mengukuh berbanding U.S. dollar

Hilang pendapatan minyak

Kerajaan ambil langkah utk perkenal GST bagi menampung pendapatan hasil minyak yg hilang.. drpd US$80 billion kpd US$20 billion.

Daripada hasil GST kerajaan memberikan bantuan terus kpd golongan sasar seperti BR1M, cash handout kpd nelayan, pekebun, pesawah, oku, warga emas, pelajar, mahasiswa, imam2, bilal, guru kafa, ketua kampong dan lain2 dan selebihnya digunakan utk menampung kos operasi mengurus.

Kenaikan harga barang

Jadi subsequent event drpd kejatuhan harga minyak yg mengakibatkan kejatuhan ringgit.. harga barang naik. pertama, barang impot kerana kos mengimport barang lebih mahal.

Kedua, akibat drpd penarikan subsidi juga sebabkan harga barang naik. harus juga diingat yang, walaupun harga setelah dibuang subsidi, harga batang di Malaysia masih lg murah berbanding negata jiran.

Ketiga, walaupun pengenalan cukai GST menyebabkan sesetengah barang utk turun, ia juga mengakibatkan sesetengah harga barang  utk naik. akan tetapi, harus diingat kadar GST 6% tak pernah dinaikkan sejak pengenalan.

Dan akhir sekali sekali, isu kenaikan gaji. harus diingat ahli penalist Dr Muhammed Abdul Khalid menyebut gaji bukanlah menguncup.. ada wujud kenaikan walaupun kadar yg rendah.

Bagi saya apa yg ditegur oleh Dr tu adalah most ideal scenario.. tapi jika difikirkan balik kita lebih bagus drpd kebanyakkan negara pengimport minyak yg lain. Venezuela yg jadi negara contoh anwar ibrahim dan rafizi juga bankrap. banyak negara pengeksport minyak terpaksa berhutang.

Tapi jika difikirkan balik.. lagi baik harga barang naik sikit.. gaji naik sikit.m drpd terus hilang kerja dek kejatuhan ekonomi akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Facebook Syed Agil


0 comments:

fda

Archives