Sunday, June 17, 2018

Apakah Nasib Ugama Islam Dan Bangsa Melayu Dalam Malaysia Baru...

|0 comments

ADAKAH ISLAM MAKIN MUNDUR BAWAH MAHATHIRISME DAP?

Serangan Pertama Mahathirisme DAP Terhadap Ugama Islam - Memperlekehkan Rukun Islam Ke 5



Pada 10 Jun 2018, telah dilaporkan bahawa Tun Mahathir telah memberhentikan program haji 1MDB yang dituduhnya hasil “duit curi” 1MDB, walaupun belum dibuktikan dimahkamah dan mungkin tidak akan dibicarakan langsung kerana tiada bukti untuk memenjarakan Dato' Sri Najib Razak atas "fitnah mencuri" duit 1MDB yang memenangkan Pakatan Harapan...


Lebih menghinakan lagi umat Islam diMalaysia bila menteri kewangan, Lim Guan Eng secara biadap memperlekehkan Rukun Islam Ke 5 dgn mengatakan haji tajaan 1MDB dihentikan serta merta untuk elak pembaziran!!!

Serangan Kedua Mahathirisme DAP Terhadap Ugama Islam - Masjid Pula Jadi Sasaran


Pada 16 Jun 2018, rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, dikejutkan sekali lagi sewaktu sambutan Eid-ul-Fitr mereka dengan berita tular bahawa Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri di bawah Tun Mahathir telah menangguhkan 9 kerja-kerja pembinaan atau penambahbaikan masjid-masjid di Pulau Pinang...

Pemantau Malaysia Baru amat kecewa dan membantah sekeras-kerasnya keputusan ini yang ketara menunjukkan betapa kerajaan Pakatan yang diterajui oleh Umat Islam tetapi terpaksa tunduk dengan desakan rakan komponen bukan Islam mereka yang tidak mahu keperluan asas agama Islam dibina menggunakan duit pembayar cukai sepertimana semasa Kerajaan Barisan Nasional...

Lakaran Cadangan
Masjid Abu Ubaidah Ibni Al Jarrah


Sebagai contoh, usul membina Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah di Bandar Tasek Mutiara telah dicadangkan sejak tahun 2012 kerana di kawasan tersebut mempunyai satu surau dan satu masjid kecil sahaja...



Malah, ketika ini kutipan derma wakaf masih giat dijalankan...

Lihat di sini :

https://www.facebook.com/masjidBTM/

Datuk Seri Zainal Abidin Osnan

Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Mantan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, pernah melawat tapak tersebut pada 3 Mac 2017...

Mengikut sumber salah seorang ahli qariah masjid tersebut, Dato' Seri Najib telah pun meluluskan 60% dana untuk tujuan ini...

Namun, beberapa hari sebelum Hari Raya, harapan penduduk Bandar Tasek Mutiara hancur sama sekali dengan tindakan Regim Mahathirisme DAP ini...




Malah beberapa dana yang telah diluluskan oleh kerajaan BN bagi tujuan pembinaan dan pengubahsuaian beberapa masjid juga telah dibatalkan selepas regim Mahathirisme DAP menguasai Putrajaya!!!

Persoalannya :

》Apakah rasional Tun Mahathir mengumumkan cadangannya membesarkan Pulau Batu Tengah dan memulakan projek kereta baru nasional yang kedua?

》Kenapa kedua-dua projek yang menelan belanja besar ini boleh dilaksanakan tetapi kerajaan Pakatan Harapan langsung tidak mementingkan projek2 skala kecil yang boleh membawa manfaat kepada rakyatnya, terutama dalam pembinaan akhlak dan agama bangsa?

》Adakah kerajaan Pakatan Harapan akan mengubah polisi sebelumnya dimana kerajaan Persekutuan membantu dalam menjana bantuan dana untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan surau di negara ini?

》Adakah tindakan menarik pembiayaan projek-projek yang berkait dengan agama Islam mencerminkan kedudukan rasmi kerajaan Pakatan Harapan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan?

》Adakah tindakan ini juga semata-mata untuk memuaskan pengundi2 bukan Islam dan juga golongan liberal yang anti-Islam yang mengundi Pakatan semasa PRU 14 lalu?

》Apakah umat Islam diMalaysia akhirnya kan dipaksa tunduk kepada tuntutan2 lain dari golongan anti Islam dan golongan Islam Liberal seperti :

- memperlahankan laungan azan dan kuliah...

- menghentikan bantuan kepada sekolah Tahfiz...

- membubarkan JAKIM...

Kerajaan Pakatan Harapan Mesti Hormati Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan



Kerajaan Pakatan telah menekankan untuk mengekalkan polisi dan amalan yang baik dan menolak amalan yang buruk...

Jelas bagi kita, daripada kenyataan tersebut, isu dana untuk kebajikan Islam ini dilihat sebagai sesuatu yang buruk dimata kerajaan baru ini!!!

Islam ialah ugama kedamaian dan umat Islam diMalaysia tidak pernah menuntut lebih dari apa yg telah diperuntukkan dalam perlembagaan...

Kami menuntut agar kerajaan Pakatan Harapan menghormati Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan...

Kami tidak pernah menghalang sahabat2 kami yg bukan Islam mengamalkan ugama masing2 atau memperlekehkan ritual ugama mereka selagi mereka menghormati kedudukan Islam sebagai ugama persekutuan...


Kami Tidak Mahu Dan Sesekali Tidak Rela Bangsa Melayu Dan Kesucian Ugama Islam Di Perlekehkan!!!


Janganlah kerana ingin mendapatkan 'political mileage' maka kesucian ugama Islam menjadi alatnya kerana kami tidak akan sekali2 rela dan membenarkan golongan2 tertentu memperalatkan kesucian ugama Islam!!!


Tulisan asal :

Dato' Lokman Adam
Presiden Pemantau
Malaysia Baru
https://telegram.me/lokmanadam

Saturday, June 16, 2018

Baru Sebulan Berkuasa Anak Ketam Kerala Maharajalela Di DBKL!!!

|0 comments
Mohd. Noorhisyam Abd. Karim
Ketua Pemuda PPBM Bukit Bintang

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diarah untuk meluluskan sebanyak 80 tapak perniagaan Bazar Ramadhan diJalan Masjid India bersebelahan dengan Mydin dgn jumlah keseluruhan hanya RM6,238 kepada Ketua Pemuda Bersatu Bukit Bintang, Mohd. Noorhisyam Abd. Karim...

Setiap petak berukuran 8x8 dan adalah sah bagi tempoh 9 hari iaitu dari 06 Jun 2018 hingga 14 Jun 2018 dengan harga purata yang nominal sebanyak RM 77.98 bagi setiap petak.

Budaya hiprokrit dan cakap tak serupa bikin dikalangan 'pemimpin anak ikan' BERSATU semakin menjadi dibulan Ramadan yang mulia ini.

Ketika kebanyakan rakyat biasa sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin membimbangkan terutamanya dengan kenaikan harga gas masak.

Persoalan Yang Nyata Dalam Isu Ini Adalah :


Ketelusan Yang DiLaungkan Hanya Polemik Politik

》Kenapa tiada tender terbuka untuk tapak-tapak tersebut yang dikeluarkan oleh pihak DBKL, sedangkan dibawah kerajaan BN kenyataan tender boleh dikeluarkan dengan tarikh pengundian bagi tapak bermula dalam bulan April? 

》Bukankah ini inisiatif ketelusan yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan diharapkan oleh rakyat dari kerajaan Pakatan Harapan?

》Kegiatan berat sebelah yang dirahsiakan seperti ini jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan HARAPAN yang melaungkan 'rule of law' dan ‘transparency’ bukanlah setelus yang dipropagandakan.

》Kalau di peringkat yang mikro ini telah didedahkan dengan nyata salahgunaan kuasa tadbir mereka, bagaimanakah rakyat hendak mempercayai kerajaan HARAPAN untuk mentadbir negeri dalam skala yang lebih makro secara telus dan amanah?

Kerajaan Malaysia Baru Ibarat Kaduk Naik Junjung


》Kenapa tapak-tapak tersebut hanya diberikan pada BERSATU sahaja ???

》Patutkah seorang Ketua Pemuda Bahagian diberi sebanyak 80 tapak pada harga sebegitu murah dan kenapa beliau dilantik secara terus oleh pihak DBKL?

Baca disini :


Sikap 'Double Standard' Kerajaan Pakatan Harapan Dalam Memartabatkan Ketelusan

Lim Lip Eng

》Apakah pendirian Lim Lip Eng selaku seorang anggota parlimen diKuala Lumpur dan sebagai ‘kesatria’ kerajaan HARAPAN yang memperjuangkan ketelusan? 

》Adakah Lim juga mengamalkan budaya hipokrit yang sama dalam isu ini? 

》Takkan hanya dedah isu tanah yang dijual dibawah pentadbiran BN, yang hasilnya adalah kepada DBKL sedangkan dalam isu ini hasilnya akan masuk ke poket Ketua Pemuda BERSATU!!!

Teresa Kok

》Apakah pendirian Teresa Kok yang kini diura-urakan bakal dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutan kerajaan HARAPAN? 

》Adakah beliau juga akan berdiam diri dalam isu ini sedangkan isu tanah lot ke konsesi parking dipertikaikan sehingga ke Putrajaya?

》Apakah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan merupakan kuasa mutlak untuk pemimpin Pakatan Harapan mencampuri dan menentukan urusan pihak berkuasa tempatan!!!

Persembahan 'Taichi' Terbaik Dari Pakatan Harapan

Fong Kui Lon
Ahli Parlimen Bukit Bintang

Drama tuduh menuduh, nafi menafi dan salah menyalah mula dilakunkan sebaik2nya...

Baca disini :


Juga disini :


Cerita2 ttg kononnya itu semua dilakukan kerana hendak membantu rakyat mula dilagukan...

Baca disini :


Lagu2 tindakan tegas akan diambil sekiranya ada salah guna kuasa mula didendangkan utk sejukkan hati rakyat yg marah...

Baca disini :


Juga disini :


Yang pasti, sekarang dah raya, puasa dah habis, pendedahan dah dibuat tapi tindakan belum lagi dibuat...


Yang pasti, peniaga yg dihisap darah dah pun kering darahnya...

Baca disini :


Segala penat lelah, pengorbanan duit, tenaga dan masa telah dilakukan tapi hasilnya pergi ke ahli politik picisan yg tamak!!!

Kenapa Menteri Mesti Heret BN Dalam Isu Nie

M. Kulasegaran
Menteri Sumber Manusia


》Apakah memang sikap semulajadi pemimpin Pakatan Harapan utk menyalahkan dasar kerajaan BN bila berhadapan dengan pendedahan salah guna kuasa dikalangan mereka!!!

Baca disini :


》Pengarah Perlesenan Dan Pembangunan Penjaja DBKL, En. Anwar Mohd. Zain mengakui pihak DBKL terpaksa meluluskan permohonan tapak tersebut bila ada campurtangan pihak ahli politik!!!

Baca disini :


Mandat Yang Rakyat Beri DiGunakan Untuk Mengumpul Kekayaan Peribadi


》Bukankah tapak-tapak bazar ramadan seperti ini bertujuan khususnya untuk membantu peniaga-peniaga kecil beragama Islam untuk berniaga pada bulan mulia ini bagi tujuan menambahkan pendapatan keluarga untuk Hari Raya?

》Apakah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan merupakan kuasa mutlak untuk pemimpin Pakatan Harapan mencampuri dan menentukan urusan pihak berkuasa tempatan serta menindas rakyat dalam memenuhi nafsu tamak mereka???

Baca disini :


Juga disini :


Penyangak Yang Tak DiTerima Umno Melompat Ke PPBM


Ramai yg tak tahu, Mohd. Norhisyam Abdul Karim, Ketua Pemuda Bersatu Bukit Bintang ialah bekas ahli Umno yg kecewa setelah ditolak oleh ahli Umno yg lain atas alasan sikap buruk beliau...

Dan nampaknya, PPBM menerima beliau dgn baik malah mengangkat beliau sebagai Ketua Pemuda Bukit Bintang...

Beliau menyeberang ke sana bukan dgn membawa semangat perjuangan sebenar Umno tapi semangat tamakkan kuasa dan kekayaan!!!

Thursday, June 14, 2018

Presiden Umno Ke 8 : Zahid Atau Ku Li ???

|0 comments

30hb Jun 2018, Umno akan adakan Pemilihan dan Perhimpunan Agung yg pertama pasca PRU 14...


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas2 Presiden Umno dah buat pengumuman pada pemilihan kali nie semua jawatan penting akan dipertandingkan...

Baca di sini :

http://www.umno-online.my/2018/05/22/semua-jawatan-bebas-dipertandingkan-dalam-pemilihan-umno-zahid/amp/

Pertembungan Antara Zahid Dan Ku Li


Pemilihan kali nie akan menyaksikan pertembungan menarik antara 2 orang pemimpin Umno, Zahid dan Ku Li...

Baca di sini :

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/740601-zahid-sah-bakal-tanding-jawatan-presiden-umno.html

Dan disini :

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/12/ku-li-terima-pandangan-keluarga-tanding-jawatan-presiden/

Kekuatan Dan Kelebihan Kedua2 Calun Presiden Umno

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)


Veteran Umno yang menyertai parti keramat orang Melayu sejak tahun 1962...

Pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Umno seperti Bendahari Umno dan Naib Presiden Umno...

Pada pemilihan Umno tahun 1987, Ku Li hampir2 menyingkirkan Tun Mahathir dari dunia politik tanah air bila tewas tipis dengan hanya 43 undi dalam pertandingan Presiden Umno...

Jika tak sebab DS Najib pada ketika itu menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno menyatakan sokongan pada Mahathir, pasti nama Mahathir akan lenyap terus dari pentas politik Malaysia...

Baca disini :

http://m.utusan.com.my/rencana/1987-najib-dan-nyawa-politik-mahathir-1.198723

Ku Li dikatakan pernah berkerjasama dengan Presiden Umno kedua, Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di dalam memperkasakan Umno...

Disamping itu, Ku Li juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dan pernah berkhidmat dibawah 4 orang Presiden Umno termasuk Mahathir...

Baca disini :

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/05/15/beri-peluang-ku-li-baiki-umno/

Ku Li juga dilihat sebagai seorang yg cukup faham dgn segala kelicikan strategi politik Mahathir dan dipercayai peperangan kedua antara Ku Li dan Mahathir dalam dunia politik tanah air akan menyaksikan Mahathir tersungkur...

Dengan pengalaman yg luas dalam dunia politik, Ku Li dilihat mampu untuk meletakkan kembali Umno kedalam hati rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan kembali disayangi orang2 Melayu dan disegani oleh parti politik yang lain...

Kesetiaan Dan Jatidiri Ku Li Dalam Umno

Namun ada antara ahli Umno yg meragui kesetiaan Ku Li pada Umno...

Ada antara pemimpin dan ahli Umno yg masih belum boleh melupakan apa yg telah Ku Li bersama2 11 orang ahli Umno yg dikenali Umno 11 lakukan kepada parti Umno pada tahun 1988...

Ekoran dari rasa tak puas hati dengan kekalahan pd Mahathir, Ku Li yg mengetuai Umno 11 telah menyebabkan parti Umno yg ditubuhkan dgn pengorbanan serta darah dan airmata pemimpin dan org Melayu pd tahun 1946 telah diisytiharkan tidak sah oleh hakim Harun Hashim pada tahun 1988...

Ekoran dari itu maka berlakulah tsunami perpecahan bangsa Melayu yg pertama diMalaysia...

Baca disini :

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/626092-penubuhan-semangat-46-mudah-sebab-umno-zaman-mahathir-berpecah-dari-atas-sampai-bawah.html

Mahathir dan Ku Li dilihat sebagai 2 individu yg bertanggungjawab pada perpecahan itu!!!

Berita Konspirasi Ku Li Dan Mahathir

Terdapat juga berita yg mengatakan telah ujud konspirasi antara Ku Li dan Mahathir utk ambil alih Umno...

Baca di sini :

https://www.thethirdforce.net/razaleighs-secret-pact-with-mahathir/

Kita tak boleh menolak kemungkinan pada kebenaran berita tersebut kerana 'politics is the art of everything'...

Namun dari satu sudut yang lain, kita juga tak boleh terus mempercayainya tanpa bukti2 yg sahih...

Sekiranya apa yg dilapurkan itu adalah satu kebenaran maka ianya pasti akan menambahkan lagi luka pada Umno kerana calun presiden Umno berkerjasama dgn org yg sedang berusaha bersungguh2 membunuh Umno...

Sikap Tarik Tali Ku Li Menggusarkan Ahli



Ahli Umno juga agak gusar dgn sikap tarik tali Ku Li...

Ini bukannya masa utk kita berteka-teki lagi...

Baca disini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=234767093774328&id=100017231165490

Nyatakan pendirian dgn penuh kepastian...

Terangkan apakah iltizam dan perancangan serta perubahan yg nak dilakukan supaya Umno kembali disayangi...

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


Penglibatan secara aktif Zahid didalam Umno bermula pada tahin 1984 bila dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh...

Dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dari tahun 1996 hingga 1999...

Sama juga seperti Ku Li, Zahid juga pernah menjadi mangsa kerakusan Mahathir pd kuasa bila ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1999 kerana berada dalam kem Anwar Ibrahim dalam pergeseran antara Anwar dan Mahathir hingga menyebabkan tsunami perpecahan Melayu kali kedua...

Sama seperti Ku Li, Zahid juga dilihat mampu memulihkan Anwar serta memimpin Umno dalam menghadapi kelicikan permainan politik Mahathir kerana disamping pernah berkhidmat dibawah pemerintahan Mahathir sejak 1996 hingga 2003, Zahid juga pernah bersama2 dua org presiden Umno iaitu Tun Abdullah dan DS Najib dalam menghadapi tentangan Mahathir...

Zahid juga dilihat mempunyai sikap yg jauh lebih tegas dari DS Najib yg dilihat terlalu berlembut kepada musuh politik Umno terutamanya Mahathir...

Pengalaman yg luas dalam dunia politik serta ketegasan Zahid sebagai pemimpin dilihat mampu memahatkan kembali Umno kehati dan sanubari rakyat Malaysia terutamanya org Melayu...


Kesetiaan Zahid pd perjuangan Umno tak perlu diragui lagi bila beliau tetap setia dgn Umno diwaktu susah dan senang serta diwaktu suka dan duka...

Zahid juga mempunyai kelebihan kerana lebih faham dengan keadaan dan masaalah parti Umno dan politik semasa diMalaysia...

Ini akan lebih memudahkan beliau menyusun strategi supaya Umno kembali disayangi oleh rakyat Malaysia dan disegani oleh musuh Umno...

Siapa pun yg akan diberikan mandat oleh perwakilan utk menerajui Umno seharusnya sedar bahawa jawatan presiden yg akan disandang bukan lagi tiket utk mengumpul kekayaan atau laluan utk menjadi Perdana Menteri Malaysia...

Untuk ahli Umno, jadikan pemilihan Umno sebagai platfom utk kita merapatkan saf didalam Umno dan bukannya permulaan pada satu lagi perpecahan didalam Umno...

Baca disini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=234526217311058&id=100022610434927

Umno dah tak berdaya utk hadapi satu lagi perpecahan...

Parti Umno kini bukan lagi parti tunggak yg memimpin barisan kepimpinan kerajaan...

Umno kini ialah parti pembangkang, lebih dari itu, Umno dilihat berada dalam keadaan yg agak tenat kerana bukan saja ekoran pukulan kekalahan PRU 14 tetapi juga ditikam dari segenap penjuru baik dari ahlinya sendiri atau dari sekutunya didalam Barisan Nasional...

Namun kekuatan Umno akan bermula dari kesedaran dan kekesalan org Melayu kerana mengkhianati Umno dalam PRU 14 tetapi kini dikhianati pula oleh Pakatan Harapan yg mereka berikan mandat dlm PRU 14...

Sekiranya kesedaran org Melayu ini digarap dgn keikhlasan perjuangan serta ketegasan dan kejujuran kepimpinan, yakinlah Umno PASTI akan kembali menjadi parti yang disayangi oleh org Melayu kerana HANYA Umno satu2nya parti terus menjadi wadah perjuangan kedaulatan Melayu dan kesucian ugama Islam...


Wednesday, June 13, 2018

Melayu masih euphoria PRU tak sedar dibangsat DAP

|0 comments


3 BUKTI GUAN ENG DAP TELAH BANGSATKAN MELAYU

Mohd Fadzil

Aku masih teringat kata-kaat amanat terakhir Dato’Sri Najib sebelum PRU-14 “Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa” Ramai orang melayu ketika itu marah! Benci! Meluat dengan kenyataan ini!


Kerana beribu-ribu komen di youtube tersebut adalah nama-nama Bangsa DAP bertopeng melayu! Maka ramailah anak-anak melayu percaya caci maki terhadap kenyataan ini dan sambung menyambung tumpang sekaki!

Iya!! Pada masa itu orang melayu kata itu mustahil kerana kita masih ada Raja-raja Melayu! Walaupun ada orang menyuarakan Mahathir pernah Berjaya mengurangkan kuasa-kuasa melayu! Orang Melayu tetap tidak percaya kerana komen bangsa DAP yang bertopengkan nama melayu makin rakus mencaci!


Hari ini selepas hampir sebulan Pakatan Harapan memerintah di bawah bapa malapetaka Mahathir yang menjawat sebagai PM Ke-7 atau PM boneka Pertama di bawah DAP! Adakah orang melayu belum nampak apa dimaksudkan Dato’ Sri Najib?

Kalau tidak nampak biar aku peringatkan kembali apa yang sedang berlaku:


1. KEMPEN MENANAM KEBENCIAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU

Kadir Jasin iaitu Ketua Media dan Komunikasi, Kerajaan PH. Sedang mengaibkan DYMM SPB YDP Agong dengan mencipta tomahan kekayaan dan peruntukan kerajaan terhadap baginda!

Ini adalah modus operandi yang sama mereka gunakan kepada Dato’ Sri Najib hingga sekarang berita macam Awani yang gagal mendapat berita terbaik menyerang! Setelah SPRM gagal membuktikan apa-apa kes ke atas Datin Sri Rosmah, mereka sanggup serang beliau dari sudut Datin Sri Rosmah  pergi SPRM dengan beg merah! Kerana apa, kerana hendak bangkit kebencian rakyat dari kegagalan SPRM!

Itu teknik mudah yang juga diguna pakai bagi membangkitkan perasaan benci kepada Raja-raja Melayu. Malah bloger Tukartiub iaitu Hishammuddin Rais tergamak menulis dengan tajuk “Agung Kuat Berjubo”.

Di mana bangsa melayu? Bukankah ini maksud dibangsatkan?

Ini bukan andaian lagi terhadap pembabitan DAP! Kerana Peguam PKR Latheefa Koya dan Maria Chin hari ini mendesak pihak PDRM untuk menghentikan siasatan ke atas Kadir Jasin di atas dakwaan berhubung penulisan terhadap Yang Di-Pertuan Agung! Adakah orang melayu masih buta!

Belum nampakkah kerajaan baru sekarang sedang menyerang institusi raja-raja dalam untuk menghapuskan kedudukan bangsa Melayu demi mencipta bangsa Malaysia yang akan dijajah bangsa DAP, di dalam sebuah negara berkonsep Malaysian Malaysia dari sebuah negara berlandaskan islam seperti tertera dalam 5 rukun negara?


2. DAP MENGUASAI SEMUA KEDUDUKAN PENTING DALAM KERAJAAN PH

Butakah orang melayu sampai tidak Nampak DAP sekarang menguasai semua kementerian penting dalam kerajaan pusat:
-Kewangan DAP
-Komunikasi DAP
-Perundangan DAP
-Pengangkutan DAP
-Sumber Manusia DAP

Malah bagi peringkat negeri sebahagian besar Pemegang Portfolio Kerajaan Tempatan di kuasai DAP iaitu bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Tahukah! apa makna ini? Selain Potfolio Tanah dan Galian, potfolio Kerajaan tempatan adalah yang paling berkuasa berkuasa bagi menentukan bagaimana hasil dan sumber negeri di kuasai DAP.

Ini bermaksud DAP boleh menjarah hasil tanah melayu dengan bebas malah selepas ini semua Taikon akan datang kepada mereka. Tetapi yang malangnya bangsa Melayu bakal dipinggirkan.

Bukan setakat itu kedudukan ini akan menentukan bagaimana DAP akan menentukan pola penempatan semula pengundi bagi mengekang sokong undi melayu pada masa depan! Adakah ini sama maksud Dato Sri Najib “Melayu dibangsatkan?’

Itu belum kita ambil kira pelantikan Tommy Thommas sebagai Peguam Negara yang mampu mengumbal undang-undang negara termasuk undang-undang Syariah!

Sebelum di bawa ke parlimen!Juga Orang Melayu jangan lupa Kerajaan Baru sekarang didominasikan oleh Bukan islam 71 kerusi dan islam 41.

Masalahnya yang 41 kerusi ini semua sudah tunduk kepada arahan DAP!


3. BAJET SYIAR ISLAM DAN PENDIDIKAN BANGSA MELAYU

(1) Setakat ini RM80 juta bajet Tahfiz ditarik balik!

(2) Semua elaun guru kafa, iman satu dan dua, tok siak dan ketua kampung telah digantung!

(3) Kementerian Pendidikan pernah diselar ahli PH kerana menyiarkan artikel Pendidikan islam di media dan di arah ditarik balik!

(4) Pelajar-pelajar melayu tajaan MARA di luar negara belum menerima biasiswa!

(5) PTPTN bukan sahaja digantung dari manifesto penanguhan bayaran, malah mereka sekarang dah jadi along menuntut semua hutang perlu di bayar. Lebih menyedihkan syarat pemohonan baru diperketatkan iaitu hanya dari keluarga penerima BR1M layak memohon PTPTN tapi belum tentu lulus kalau bapa black list!

(6) UITM di desak untuk kemasukan bukan melayu!

(7) JAKIM didesak hentikan bantuan kepada sekolah tahfiz dan sekolah agama.


Adakah orang melayu belum faham maksud ayat Dato’ Sri Najib “Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa” Sampai bila orang-orang melayu akan berkhayal dalam fitnah-fitnah dicipta bangsa DAP?

Keudukan islam dan kedudukan Raja-raja Melayu tidak dapat dijaga oleh mana-mana bangsa! Bukan keturunan Kerala! Bukan Keturunan Komunis! Bukan keturunan Chauvinis! Hanya orang melayu boleh selamatkan bangsa melayu! Sekira mereka boleh bersatu! |||Mohd Fadzil

#SelamatkanMalaysia #MahathirBapaMalapetaka #RinduZamanNajib

Melayu Tak Sedar! LGE tipu untuk nafi k/tangan awam bonus raya

|0 comments


Mengapa Lim Guan Eng Menipu Isu Bonus Hari Raya Kakitangan Awam?

Semasa menjawab soalan wartawan pada sidang media bertarikh 31 Mei lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah berbohong dengan mendakwa bahawa peruntukan bonus Aidilfitri sebanyak RM500 untuk kakitangan awam dan RM250 untuk pesara kerajaan tidak disebutkan dalam Bajet 2018.

Beliau bahkan menyatakan bahawa bonus RM400 untuk kakitangan Gred 41 ke bawah sahaja dan RM200 yang ditetapkan kerajaan Pakatan perlu dibentangkan nanti di persidangan parlimen akan datang sebagai perbelanjaan tambahan melalui Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan.

Kata beliau, "yang ini bukanlah dalam bajet 2018, kita pun dah semak. Itulah sebabnya kita perlu buat Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan. Yang RM400 pun kena pohon tambahan."


Apakah Lim Guan Eng sengaja berbohong walhal pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat disiarkan di kaca TV dan begitu banyak rakaman dan liputan berita di Internet dengan ucapan bekas Perdana Menteri menyatakan dengan jelas peruntukan RM500 dan RM250 itu yang akan diberikan kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan menjelang Hari Raya?

Rang Undang Undang Perbekalan 2018 telahpun dibentangkan di Dewan Negara oleh bekas Menteri Kewangan ke 2, DS Johari Abdul Ghani, dibahaskan selama lima hari bermula 04/12/2017 dan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara, kemudiannya diwartakan sebagai Akta Perbekalan 2018. Mengapa Guan Eng berbohong dengan fakta yang boleh dicari dengan mudah di Internet ini?

Apakah Lim Guan Eng tidak tahu bahawa Jabatan Akauntan Negara telahpun mengeluarkan surat pekeliling Bilangan 5 Tahun 2017 yang disiarkan bulan Disember tahun lalu, yang boleh diakses melalui laman web rasmi Akauntan Negara Malaysia;

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.anm.gov.my/images/pekeliling/2017/SPANM_Bil_5_2017_Bil_34_Bayaran_Khas_Aidilfitri_Tahun_2018.pdf&ved=2ahUKEwivv6Wsp7jbAhUWWX0KHWnzAzMQFjADegQIAxAB&usg=AOvVaw1_ilmEF8573TDht4HBKzi5


Tidak syak lagi Menteri Kewangan yang sedang dibicarakan di mahkamah atas DUA pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah berbohong kepada seluruh kakitangan awam dan pesara kerajaan.

Di dalam pekeliling JANM bil ke 5 bukan sahaja menyatakan dengan jelas jumlah RM500 untuk SEMUA kakitangan awam dan RM250 untuk pesara seperti yang termaktub di dalam Akta Perbekalan 2018 itu, bahkan telah ditetapkan tarikh pembayaran iaitu pada, 07/06/2018, kaedah pembayaran, dan kod urusniaga.


Pernyataan Guan Eng bahawa peruntukan tambahan perlu dibuat untuk bayaran RM400 yang hanya akan diberikan kepada kakitangan Gred 41 dan ke bawah itu sahaja adalah pembohongan yang melampau terhadap kakitangan awam jelas dinyatakan dalam pekeliling bahawa peruntukan tambahan perlu dibuat sekiranya peruntukan tahun 2018 TIDAK MENCUKUPI, bukannya untuk memberikan bonus tersebut.

Di bawah perkara 3.2 dinyatakan,

"Kementerian/Jabatan hendaklah membayar Bayaran Khas Tahun 2018 menggunakan peruntukan tahun 2018. Sekiranya peruntukan ini tidak mencukupi, permohonan peruntukan tambahan hendaklah dibuat kepada Perbendaharaan."



Mengapakah wang yang telahpun disediakan peruntukannya sebanyak RM500 seorang itu 'dicuri' RM100 dari setiap seorang kakitangan kerajaan dari yang bergaji RM1,200 sebulan sehingga yang bergred 41 yang mana gaji minimumnya dalam lingkungan RM2100 itu? Manakala untuk kakitangan yang bergaji RM3,600 (Gred 44) dan ke atas di ambil keseluruhan bonus RM500 yang telah diperuntukkan untuk mereka untuk tujuan apa?

Tidak cukup dengan itu, peruntukan RM250 untuk setiap pesara kerajaan juga dirampas RM50 setiap seorang oleh pihak kerajaan hari ini untuk apa? Apakah kerajaan tidak peka akan keperluan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi?

Dari dari garismasa @CucuTokSelampitCTS
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=420514001693810&id=420508745027669

Tuesday, June 12, 2018

Projek Kereta Nasional Ke-2: Mahathir 'recycle' model gagal

|0 comments

Pengumuman Perdana Menteri semasa Persidangan Nikkei ke-24 untuk melaksanakan projek kereta kebangsaan baru menimbulkan kebimbangan sikap pemerintahan kuku besi Mahathir akan berulang...

Keputusan yang di buat tanpa berunding dengan kabinet jelas menyerlahkan sikap kuku besi Mahathir....

Mahathir Menongkah Arus Dengan Projek Kereta Nasional


Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram sendiri pada tahun 1980-an pernah membantah projek kereta nasional kerana di anggap tidak menguntungkan...

Baca di sini :

http://www.penangonline.net/2017/06/proton-dijangka-rugi-rm1-bilion-jika.html?m=1



Perkara itu terbukti bila Proton gagal dan hanya menghabiskan wang berbilion ringgit yang sepatutnya di gunakan bagi membangunkan kemudahan pengangkutan awam.

Baca di sini :

https://m.facebook.com/ANTISemuaSalahUMNO/photos/a.308676682478341.85496.308257822520227/1245237008822299/?type=3

Projek Kereta Nasional Hanyalah Projek KepentinganPeribadi Mahathir Dan Bukannya Projek Negara


Apakah semua projek ini hanya untuk memuaskan rasa bangga seorang pemimpin sahaja???

Atau...



Mahathir ada kepentingan peribadi di situ...

Baca di sini :

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/punca-proton-lemah-kroni-tun-m-bolot-projek-vendor/


Sangat mengelirukan bila Mahathir sendiri umumkan Malaysia akan bankrap hingga meminta rakyat bersedekah dengan menubuhkan Tabung Harapan tetapi dalam masa yang sama kerajaan bersedia mengeluarkan dana yang cukup besar untuk projek kereta nasional kedua selepas gagal dalam projek kereta nasional pertama...

Baca di sini :

https://www.thethirdforce.net/forget-national-car-focus-on-public-transport-mahathir-urged/

Yang mana satu betul, ekonomi kukuh atau Malaysia akan bankrap!!!

Baca di sini :

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/742189-jadi-dakwaan-malaysia-nak-bankrap-adalah-pembohongan-mahathir-selama-ini.html

Dendam Mahathir Akan Menyebabkan Ketegangan Hubungan Antara Malaysia Dengan China



Sikap Mahathir menunjukkan beliau seorang yang buta geografi kerana mengehadkan Dasar Pandang Timur kepada Jepun dan Korea sahaja, sedangkan China adalah negara terbesar di Asia Timur...

“Adakah sentimen anti-Sino yang di mainkan oleh Mahathir menyebabkan dia menganggap bahawa Geely dan China bukanlah Asia Timur???”...

Baca di sini :

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/742003-tak-puas-hati-proton-dijual-kepada-china-mahathir-nak-bina-kereta-nasional-baru.html

Tiada Keperluan Bagi Negara Untuk Laksanakan Projek Kereta Nasional Kedua



Sementara itu, beliau menambah, keinginan untuk menceburkan dengan projek kereta kebangsaan lain seharusnya memikirkan kewangan negara haruslah sihat dan pengangkutan awam perlulah maju dan lancar.

Baca di sini :

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/projek-kereta-nasional-kedua-terkebelakang-1.689580

Pengangkutan awam sangat penting kerana ia dapat menjimatkan masa dari kesesakan lalu lintas...

Lebih penting lagi, jalinan pengangkutan awam yang sistematik akan dapat menjana perkembangan ekonomi dan menjadi pemangkin kepada kemajuan negara...

Baca di sini :

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/685218-pengangkutan-awam-sistematik-bantu-jana-pertumbuhan-ekonomi-najib.html

Dan di sini :

https://wowberita.org/hsr-boleh-jana-rm650-bilion-lebih-400k-kerja-najib/

Pembatalan Perjanjian Kerjasama Dengan China Akan Mendedahkan Malaysia Menghadapi Risiko Tekanan Ekonomi Dari China


Pembatalan projek MRT3 dan Kereta Api Laju KL-Singapura serta pada masa sama ECRL dikaji semula, akan di salah erti oleh negara China dan di khuatiri negara kuasa ekonomi dunia itu akan melaksanakan boikot terhadap Malaysia secara tidak rasmi...


Sebagai sebuah negara kuasa besar dan mempunyai pasaran yang sangat besar, China mampu memberi tekanan ekonomi terhadap Malaysia...

Perkembangan ekonomi Malaysia pasti akan terjejas teruk sekira ianya berlaku...

China pernah melaksanakan dasar berkenaan terhadap Korea Selatan dan Korea Utara dengan tidak menggalakkan pelancong dari China ke negara berkenaan dan pada yang sama mengenakan peraturan ketat terhadap barangan yang di import dari negara terbabit.

Baca di sini :

 https://toodia.my/2017/08/30/korea-selatan-dan-utara-terjejas-akibat-sekatan-china/

Kebencian Dan Dendam Mahathir Pada Najib Sudah Tidak Terbendung

Hakikatnya, segala pembatalan MRT 3, ECRL dan HSR bukanlah kerana ianya tak memberi menafaat pada rakyat dan negara...

Tetapi adalah kerana kebencian dan dendam Mahathir pada Najib dah tak dapat di bendung lagi...

Jadi bukan sahaja Najib Razak mesti di hapuskan malah legasi Najib juga mesti di hapuskan supaya generasi akan datang cuma memandang nama Najib Razak dengan pandangan yg cukup jijik...

Baca di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155387824180952&id=157851205951



Sultan Selangor pernah mengingatkan kita kemarahan Mahathir akan membakar negara...

Dan kini bahang kemarahan Mahathir makin di deritai oleh rakyat Malaysia!!!

Olahan dari tulisan asal :

Datuk Seri Ti Lian Ker

Mahathir kata tak bankrup tapi ekonomi negara dah nengundur

|0 comments
Gambar dari artikel ABITW SINI

HSR dibatalkan. Projek MRT3 dibatalkan. ECRL juga mungkin dibatalkan. Pembatalan semua projek ini menyebabkan pampasan dalam nilai yang besar, puluhan ribu peluang kerja tertutup dan kadar pertumbuhan ekonomi negara juga akan mengucup.

Ini tanda tanda ekonomi bergerak ke belakang. Tidak pernah ada lagi kerajaan meminta derma dari rakyatnya. Patutnya kerajaan cari duit beri dan bantu rakyat. Ini terbalik pula, rakyat yang mengundi pula diminta hulur duit poket mereka kepada kerajaan.

Akhirnya semalam, Tun Mahathir telah perbetulkan kembali angka hutang negara kepada kadar yang sebenarnya. Bukannya angka RM1 trillion yang dimanipulasi sebelum sebelum ini.

Kenapa tiba tiba kerajaan PH perbetulkan? Kerana pelabur sudah mulai hilang keyakinan. Baru 28 hari mentadbir Putrajaya, sudah RM7 bilion telah ditarik balik dari Bursa oleh orang asing sejak PRU14.

Walaupun kenaikan sederhana pasaran saham di Bursa sejak 3 hari lalu, pelabur asing telah menarik balik wang selama 23 hari berturut-turut. Ini merupakan tempoh yang paling lama sejak 2008.

Jumaat lalu, mereka menarik balik RM225.2 juta manakala bagi hari Isnin hingga Rabu mereka telah menarik balik masing-masing RM87.6 juta, RM104.2 juta dan RM278.9 juta.

Ditambah kepada RM5.83 bilion yang telah ditarik balik pada bulan Mei, sejumlah RM6.997 bilion telah ditarik balik oleh orang asing dari pasaran saham kita sejak kemenangan PH.

Aliran keluar ini juga dicerminkan oleh kejatuhan rizab asing BNM yang menurun sebanyak AS$1 bilion sejak kerajaan PH menguasai Putrajaya.

Ditambah pula dengan perletakan jawatan beberapa CEO GLC dan Gabenor Bank Negara yang sudah tentu memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran kerajaan PH sekarang.

Bonus yang makin berkurang, tiada kenaikan gaji untuk penjawat awam dan kegagalan kerajaan PH tunaikan janji 100 hari sedang dinilai oleh komuniti perniagaan dalam dan luar negara.

Semalam, rizab Bank Negara juga didapati menyusut. Pada 30 April nilai rizab adalah USD$109.5 billion. Kemudian semakan pada 7 Jun mendapati jumlah rizab menjadi USD$108.5 billion, susut sebanyak USD$1 billion.

Kalau zaman BN dulu, jenuh dituduh sebagai hilangkan duit, songlap duit dan sebagainya. Jadi sekarang ini bagaimana boleh kurang RM4 billion itu?

Harga barang macam itu juga. Masih mahal dan tidak turun turun. Harga petrol pun tidak jadi RM1.50 seperti yang dijanjikan. PTPTN kena bayar macm itu juga.

Hutang peneroka Felda belum lagi dihapus. Bonus raya pun tidak dapat. Skim Peduli Sihat entah ke mana. 2% KWSP surirumah pun macam tidak jadi. Inilah dia padahnya rakyat silap mengundi.

Ekonomi sudah berundur ke belakang. Tunggulah dua tiga bulan lagi, makin lembab dan "mandom" lah Malaysia. Peluang kerja tiada, apa pun tiada. Yang ada hanyalah cerita cerita persepsi setiap hari oleh kerajaan baru.

Tulisan :
Prof Madya Azizi Aaron
fda

Archives