Wednesday, June 6, 2018

Spin pipeline fitnah China, jatuh lagi saham ...


Mula dengan spin duit gomen diguna utk bailout 1MDB ke hutang 1 trillion hingga terkini 2 hari GST gomen tak bankrup, saham akan terus merudun setiap kali LGE buat mulut.

Rasionalisasi dan penutupan operasi 1MDB memerlukan projek2 yang dirancang diteruskan dan aset dipindahmilik ke MOF. Takkan 1MDB perlu bayar hutang atau komitmen asset yg pulangan kembali ke MOF?

1 trillion hutang jelas hsnya propaganda. Baca cara propaganda Goebbels yg digunakan di SINI.

Komen GST dan bankrup jelas tak masuk akal. Kenaps guna RM5 billion duit Petronas jika bukan untuk kambus lubang?

Semalam timbul pula isu red file yg dedahkan mengenai projek pipeline dengan China yg dikatakan bayaran dah buat tapi tak siap.

Jawapan Dato Najib mudah .. siasat dan dakwalah:

Berdasarkan kepada ingatan saya, saya yakin, semua prosedur  dan proses perundangan telah dipatuhi berkaitan dengan rundingan dan perlaksanaan dua projek saluran paip yang dibangkitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.


Saya turut dapati Guan Eng telah menyebut kesemua bayaran yang dibuat kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) adalah mengikut perjanjian dan bukan kepada pihak-pihak lain. CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China - China National Petroleum Corporation.

Kedua-dua projek saluran gas ini yang lebih ekonomik dan jaminan manfaat bekalan tenaga bagi Malaysia telah dirunding melalui asas kerajaan kepada kerajaan (government to government) dengan kerajaan China.

Saya dan Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kesefahaman (MoU) bagi projek saluran gas ini bersama beberapa projek lain ketika membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 14 Mei, 2017.

Pada majlis yang sama, China turut memberikan komitmen untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion bagi tempoh lima tahun dari Malaysia, membuat pelaburan sehingga US$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai institut di China.

Tidak lupa pula komitmen daripada kerajaan China membantu pekebun kecil sawit di Malaysia dengan pembelian tambahan minyak sawit daripada kita.

Saya mengalu-alukan penyiasatan secara telus dan terbuka terhadap kedua-dua projek ini, namun kita perlu lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan bermotif politik terutama melibatkan syarikat milik sebuah negara asing yang mungkin akan mencetuskan kesan negatif terhadap hubungan dan perdagangan antarabangsa Malaysia.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155382293385952

Ye ... ingatlah ratusan ribu penanam dan pekerja ladang kelapa sawit bila bermain politik hingga jejaskan hubungan dengan kuasa besar seperti China.

Menurut Lokman Nor Adam urusan hubungan dua hala dengan kuasa besar is not so simple:

KENYATAAN MEDIA OLEH
DATO’ LOKMAN NOOR BIN ADAM
BEKAS PENGARAH KOMUNIKASI,
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

5hb Jun, 2018

“Kerajaan harus berhenti membuat tuduhan politik yang akan merosakkan hubungan antarabangsa kita”

1. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sepatutnya memberi lebih banyak maklumat untuk membuktikan dakwaan beliau hari ini bahawa kedua-dua projek saluran paip itu adalah satu skandal.

2. Dalam kenyataannya, beliau telah membuat tuduhan yang sangat spesifik bahawa bayaran dibuat lebih awal, tidak berdasarkan perkembangan kerja pembinaan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB), bukan kepada syarikat lain. Tidak ada tuduhan bahawa pembayaran tersebut telah dialihkan atau tersalah bayar kepada syarikat lain.

3. Pemeriksaan kami menunjukkan bahawa CPPB adalah salah satu pembina saluran paip utama di dunia dan telah menyiapkan lebih daripada 10,000km saluran paip. CPPB juga adakah anak syarikat penuh milik kerajaan China, China National Petroleum Corporation (CNPC), yang disenaraikan sebagai syarikat nombor empat terbaik pada 2017 di kalangan 500 Syarikat Terbaik Dunia (Fortune 500) dengan pendapatan sebanyak AS $ 263 bilion tahun lepas.

Berdasarkan kekuatan dan prestasi syarikat tersebut, adakah Guan Eng mendakwa bahawa CPPB atau CNPC tidak boleh menyelesaikan dua projek tersebut tepat pada masanya selepas menerima bayaran?

4. Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi projek pembinaan “turn-key” untuk mempunyai jadual pembayaran yang berbeza daripada perkembangan kerja pembinaan. Ini mungkin disebabkan oleh rundingan antara kerajaan dengan kerajaan yang berkaitan dengan pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan China. Mungkin MOF boleh mendedahkan keseluruhan perjanjian kepada orang ramai bagi membolehkan mereka memeriksa mengapa bayaran kepada syarikat pembinaan tersebut distruktur sedemikian rupa.

5. Guan Eng juga membuat rujukan kepada dua kontrak rundingan dan kontrak penyelenggaraan lain. Bolehkah Guan Eng juga mendedahkan syarikat-syarikat siapakah ini? sama ada mereka adalah syarikat swasta atau mereka mempunyai kaitan dengan syarikat CPPB dan CNPC milik negara China?

6. Guan Eng juga menuduh bahawa syarikat 100% milik MOF yang digunakan untuk tujuan khusus menyiapkan projek ini iaitu Suria Strategic Energy Resources (SSER) mempunyai kaitan dengan SRC dan 1MDB kerana dua sebab.

7. Sebab yang pertama ialah SSER mempunyai nama yang sama dengan Strategic Resources Corporation Bhd (SRC) disebabkan ia mempunyai perkataan "Strategic" dan "Resources" di dalamnya. Walau bagaimanapun, pemeriksaan dengan SSM menunjukkan bahawa SSER bukan anak syarikat SRC Bhd tetapi 100% dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan pemilikan penuh kesemua 30,000,001 saham yang diterbitkan.

8. Sebab kedua yang diberikan oleh beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif SSER, Dato Mohammed Azhar Bin Osman Khairuddin sebelum ini pernah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Putrajaya Perdana Berhad.

9. Walaupun benar bahawa Jho Low dilaporkan telah membeli Putrajaya Perdana Berhad dan satu lagi syarikat tersenarai Loh and Loh Berhad pada 2007 dengan sokongan pihak Timur Tengah sebelum 1MDB wujud, Dato 'Azhar adalah seorang veteran Petronas dan telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti sejak 1979 termasuk sebagai pengarah di Petronas Gas dan Petronas Bhd. Oleh itu, beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran yang diperlukan untuk menjalankan tugas di SSER.

10. Tuduhan Guan Eng hari ini amat berat kerana MOF pada dasarnya menuduh bahawa kerajaan China telah bersekongkol dengan kerajaan kita dalam melakukan perbuatan rasuah. Ini memberi kesan negatif kepada hubungan diplomatik dan perdagangan kita dengan China.

11. Jika berlaku salah laku, serahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat terlebih dahulu. Kerajaan Pakatan Harapan harus berhenti membuat tuduhan politik melalui sidang akhbar yang berniat untuk terus memburukkan kerajaan BN sebelum ini.

LGE perlu buat lagi satu kenyataan menjawab butiran yang kehendaki supaya pertuduhan lebih jelas dan bukan spin politics.

Kenyataan LGE berikut:








Baca juga:

https://www.worldofbuzz.com/heres-what-you-should-know-about-bns-new-rm9-4-billion-scandal-exposed-by-mof/







2 comments:

  • Unknown says:
    June 6, 2018 at 11:23:00 AM GMT+8

    Dia masih jadi pembangkang.. dan membangkang kerajaan.. kerajaan yg dia pegang skrg..

    Aku takut syarikat china bengang sbb kena tuduh rasuah..sbb burukkan syarikat diaorg peringkat dunia..
    Mungkin dia org batal. dan lagi teruk.. saman malaysia..

  • Unknown says:
    June 6, 2018 at 11:25:00 AM GMT+8

    Mathir dan lim..
    Playing bad cop and good cop?
    Sorang dok hentam.. sorang lagi dok betulkan konon..
    Hancor..belakon..

fda

Archives