Monday, June 25, 2018

Cadangan MPK Kurangkan Kos HSR - Cadangan Bodoh @ Nyanyuk!!!

Majlis Penasihat Kerajaan
Pertama kali dalam sejarah negara Malaysia, kerajaan Malaysia dikritik malah dikatakan mengeluarkan idea yg bodoh!!!

Itulah 'jasa' Majlis Penasihat Kerajaan kepada negara dan rakyat Malaysia...

Kalau dah otak tu bengap, letak jawatan jer lah dari jd ahli Majlis Penasihat Kerajaan!!!

Kerajaan Pakatan Harapan Terus Membodohkan Rakyat Malaysia


MEMALUKAN!!!

Kali pertama dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan digelar bodoh oleh negara asing...

Itulah akibat bila terlalu taksub nak buktikan kelemahan pentadbiran bekas kerajaan BN bawah pimpinan DS Najib...

Dan akibat terlalu tamak nak bolot semua projek2 mega yang dirancang oleh Najib utk diserahkan pada keluarga dan kroni masing mcm projek ECRL, kedua2nya terlupa bahawa pentadbiran Singapura tak lah sebodoh pentaksub mereka diMalaysia...


Akibatnya, idea yg diketengahkan hanya jadi bahan lawak dan digelar IDEA BIJAK YANG PALING BODOH!!!

Baca disini :

http://statestimesreview.com/2018/06/23/malaysia-suggest-cheaper-high-speed-rail-singapore-says-stupid-idea/

Dan juga disini :

https://www.todayonline.com/singapore/cheaper-alternative-kl-spore-high-speed-rail-feasible-may-be-shortsighted-experts

Kita tak lah terasa sangat kalau wakil diperingkat pegawai yg dihina mcm tu tapi bila Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dikatakan bawa IDEA BIJAK YANG PALING BODOH, 7 lapis rasanya tebal muka kita bila terserempak dgn warga Singapura...

Tukar Nama Tapi Infrastruktur Tetap Sama


Majlis Penasihat Kerajaan atau lebih popular dipanggil Council Of Elders mencadangkan supaya tren High Speed Reel atau HRS gunakan gabungan infrastruktur keretapi dan Electric Train Service atau ETS yg ada sekarang...

Kononnya boleh jimatkan kos sebab tak payah buat landasan baru, tak payah beli banyak tanah dan segalanya tak payah...

Cuma yg terlupa MPK nak cadangkan ialah tak payah buat!!!

Cuma sambung 'overhead line' dari Gemas ke Johor Baru ' utk supply letrik pd tren...

Badan Ferari Tapi Enjin Proton


Maknanya, kalau dah gunakan infrastruktur yg sama, kelajuan tren tu lebih kurang sama ler...

Kelajuan maksima ETS 160km/jam...

Kalau upgrade infrastruktur yg ada bolehlah pergi 200km/jam...

Tu kelajuan maksima tu derrr...

Tapi kelajuan purata HRS ialah 320km/jam...

Anggaran tempoh perjalanan HSR dari KL ke Singapura ialah 90 minit atau satu jam setengah...

Tapi gunakan 'HRS' yg diubahsuai mcm cadangan MPK perjalanan tu jadi empat jam setengan ke lima jam berbanding enam jam skrg yg guna separuh ETS (KL Sentral - Gemas) dan separuh keretapi biasa (Gemas - JB)...

Teknik Silap Mata ECRL DiUlang Dalam  HRS


Masa mula2 dapat ambil alih kuasa, Mahathir umumkan ECRL dibatalkan sebab kos yang terlalu tinggi dan tak bawa apa2 faedah pada rakyat...

Tambag Mahathir lagi, Malaysia tak mampu nak sediakan dana RM55biliion utk projek ECRL sbb hutang terkini negara RM1trilion...

Tapi bila 'menteri kewangan paling bijak dalam sejarah menjarah Malaysia', Lim Guan Eng umumkan penambahan RM15billion iaitu RM55billion kepada RM70billion utk projek ECRL, tiba2 projek yg tak bawa apa2 faedah pd rakyat Malaysia jd bawa banyak faedah pd rakyat Malaysia...

Baca disini :

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=3534623230230063849#editor/target=post;postID=2140574983836725901;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=2;src=postname

Tapi betullah, Tan Sri Vincent Tan tu kan rakyat Malaysia...

Cuba tanya Vincent Tan, projek ECRL tu bawa faedah atau tak!!!

Macam tu juga dgn projek HRS...


Dengan anggaran kos RM72billion, MPK kata kos tu terlalu tinggi dan HRS tak berbaloi sebab trek pendek...

Jadi MPK pun buatlah kajian utk 'kurangkan' kos...

Lahirlah idea2 'canggih' yang 'bangang' dari MPK...

Maka sukacita diumumkan, kos berjaya 'dikurangkan' dari RM72billion kepada RM110billion!!!

Bukan tu jer, dgn RM72billion, rakyat Malaysia dapat bukan saja HRS tapi juga dengan semua kelengkapan dan infrastruktur yg baru...

Tapi dgn RM110billion, mungkin tren barulah...

Tapi kelengkapan dan infrastruktur second hand yg dinaik taraf!!!

Macam tu lah cara Majlis Penasihat Kerajaan yg semua ahli majlisnya dah expired menasihati kerajaan yg PM nya lagi expired!!!

Kesimpulannya, Majlis Penasihat berserta dgn kerajaan yg dinasihat, sama ada bodoh atau nyanyuk...

0 comments:

fda

Archives