Thursday, June 28, 2018

Cadangan Meminda DEB Menunjukkan Pengetahuan Ramon Navaratnam Dangkal


Dengan kejayaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan Malaysia baharu, Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam mencadangkan supaya Dasar Ekonomi Baru (DEB) disemak semula...

Ramon menyarankan agar DEB digantikan dengan dasar yang lebih inkulisif serta melibatkan semua kaum iaitu Dasar Ekonomi Malaysia Baru (NMEP).

Bagi Ramon DEB yang hanya menumpukan pemerkasaan ekonomi bumiputera.



Apakah Benar DEB Adalah Satu Dasar Perkauman



Sekiranya Ramon mengatakan dasar2 dlm DEB mendiskriminasikan kaum2 lain kerana hanya memperkasakan ekonomi bumiputera maka ternyata sama ada Ramon mempunyai pengetahuan yg dangkal terhadap DEB atau bertujuan menimbulkan ketegangangan dgn mencetuskan isu2 provokasi!!!

Jelas 2 matlamat utama DEB ialah :

》membasmi kemiskinan dgn menambah pendapatan dan peluang pekerjaan kepada semua kaum di Malaysia...

》penyusunan semula masyarakat dalam membetulkan ketidakseimbangan ekonomi...

Dalam ertikata lain, DEB dirangka supaya semua peluang ekonomi dapat dimenafaatkan oleh semua rakyat Malaysia...

Kek ekonomi dibesarkan dgn sokongan dan penglibatan kerajaan bagi mewujudkan peluang ekonomi yang lebih banyak... 


Tujuannya supaya pegangan peratusan ekonomi kaum yg sedikit dapat ditingkatkan tanpa mengurangkan ruang dan peluang pegangan ekonomi kaum yang lain...

Mengapa DEB Seakan Lebih Fokus Kepada Etnik Tertentu


Untuk mengukuhkan kuasa penjajahan terhadap Tanah Melayu, pihak British mengamalkan dasar pecah dan perintah supaya penduduk di Tanah Melayu yg terdiri dari 3 etnik utama tidak bersatu menentang British...

Akibatnya, keadaan sosio ekonomi penduduk Tanah Melayu terbahagi kepada tiga bahagian dgn orang Melayu menjalankan aktiviti pertanian di kampung2, orang India menjalankan aktiviti perladangan di estet2 milik British dan orang Cina menjalankan aktiviti perniagaan di bandar2...

Ini menyebabkan jurang yg besar dlm taburan sosio ekonomi dan geopolitik penduduk Tanah Melayu ketika itu...





Statistik yg dirangka berdasarkan pd hasil penyelidikan pd tahun 1970 jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yg ketara dalam pembahagian kek ekonomi negara ketika itu...

Jurang yg besar ini telah menyebabkan ketidakstabilan politik dan akhirnya mencetuskan rusuhan antara kaum dlm tragedi 13 May 1969 dalam sejarah pasca merdeka Malaysia...

Mengambil pengajaran dari tragedi berdarah 13 May 1969, kerajaan Perikatan yg memerintah ketika itu memberikan tanggungjawab kpd Allahyarham Tun Abdul Razak utk membetulkan keadaan...

Dari situlah lahirnya Dasar Ekonomi Baru yg bertujuan utk pengagihan kek ekonomi yg lebih sekata tanpa perlu mengambil atau merampas hak org lain...

Etnik yg kurang berkemampuan dari sudut ekonomi dibantu dgn mewujudkan peluang2 ekonomi yg baru...

Dimanakah ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru yg Ramon katakan hanya menumpukan atau membantu etnik2 tertentu sahaja!!!

Dasar Ekonomi Baru Tidak Bercanggah Dengan Perlembagaan



Perkara 153(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan menjelaskan DEB dirangka utk memperkasakan pemilikan ekonomi org Melayu sebagai usaha pembahagian kek ekonomi yg lebih sekata...

Ini adalah kerana etnik Melayu mempunyai pegangan ekonomi yg jauh lebih rendah berbanding etnik2 yg lain di Malaysia...

Namun tidak ada klausa dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yg menyatakan dlm tujuan pembahagian ekonomi yg lebih sekata maka peluang ekonomi etnik lain akan disekat...

Yang dinyatakan ialah etnik Melayu dibawah kuasa2 yg diperuntukkan kepada SPB YDP Agong akan diberikan peluang dan ruang yg lebih besar dlm ekonomi negara...

Membantu memajukan sesuatu etnik tanpa menyekat peluang etnik yg lain bukanlah satu kezaliman!!!

Kenapa DEB Mesti DiTeruskan



Sasaran 30% pegangan ekuiti bumiputera yg ditetapkan dalam matlamat DEB telah gagal dicapai sehingga tahun 1990...

Walau pun pencapaian bumiputera telah meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 20.3% pada tahun 1990 namun matlamat asal pengagihan kekayaan negara telah tersasar...



Ini adalah kerana dasar2 yg dijalankan oleh regim Mahathir selama 22 tahun sewaktu menjadi perdana menteri yang keempat mengamalkan kronisme dan neopotisme yg hanya mengagihkan kekayaan negara kepada kelompok2 elit sahaja...

Sedangkan golongan rakyat marhein masih lagi dibelenggu kemiskinan dan terdapat jurang perbezaan yang lebih luas antara golongan kaya dan miskin...

Baca disini :
Dasar2 Pentadbiran Mahathir Menghancurkan DEB

Juga disini :
Mahathir Merosakkan DEB Yang DiRangka Allahyarham Tun Abdul Razak

Sehubungan itu, perdana menteri yang ke 6, DS Najib telah merangka satu dasar baru yang dinamakan Model Ekonomi Baru bagi tujuan penambahbaikan...

Baca disini :
Model Ekonomi Baru

Provokasi Ramon Boleh Menimbulkan Ketegangan










Sebagai seorang pakar ekonomi, Ramon tak sepatutnya membuat kenyataan yg melulu kerana ianya boleh menimbulkan keresahan dan ketegangan dikalangan rakyat...

Kita akui DEB telah gagal dan ada sebab kenapa ianya gagal...

Memansuhkan secara mutlak DEB akan membawa kita ke arah geo politik dan geo ekonomi yang tidak stabil sebagaimana yg berlaku di akhir 60'an dulu...

Satu dasar baru yang hampir sama dgn penambahbaikan telah dirangka oleh Najib sewaktu pemerintahannya...

Asasnya tetap sama, pembahagian kekayaan ekonomi yg lebih sekata diantara kaum tanpa merampas hak kaum yg lain...

Matlamatnya tetap sama iaitu ke arah kestabilan politik dan keharmurnian antara kaum supaya setiap individu dalam pelbagai etnik dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam ekonomi...

Apa yg diubah yg pembahagian kekayaan ekonomi cuma kepada golongan kroni pemimpin2 tertentu saja...

Kebimbangan yg patut rakyat Malaysia suarakan ialah sejak pertukaran kerajaan kronisme dan neopotisme telah mula diamalkan semula...

Projek ECRL, HSR, cadangan pembangunan Langkawi ialah contoh yg nyata...

Kita mengalu2kan projek pembangunan negara tetapi biarlah semua rakyat mendapat menafaat dgn memberikan tender kepada GLC...

Dan bukannya kepada kroni pemimpin2 tertentu...

Kerana amalan begitulah yg telah menggagalkan Dasar Ekonomi Baru!!!

0 comments:

fda

Archives