Friday, June 29, 2018

Aktivis anti-Islam pro-PH mahu ubah solat Jumaat ke Sabtu



Cadangan pemindahan hari tersebut dijalankan melalui sebuah petisyen ‘Saturday Reformist Jumaah’ yang dipercayai diketuai oleh seorang kolumnis akhbar Malay Mail Online,Farouk A Peru.

Pemindahan solat Jumaat kepada hari Sabtu itu juga menurutnya dapat mengurangkan beban golongan pekerja awam dan pekerja swasta.

Bukan setakat itu sahaja, beliau turut meminta orang ramai tidak kira agama ataupun orientasi seksual (golongan LGBT) untuk bersama- sama mengerjakan Solat Jumaat.


Manakala Jurucakap Kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25), Datuk Noor Farida Ariffin menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi tumpuan pada pendidikan, penyelidikan dan peranan sebagai penasihat kepada sesebuah agensi.

Beliau malah pergi setingkat lagi dengan menyelar kumpulan seperti Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kerana retorika ekstrim mereka. Bersama-sama dengan beliau adalah sehimpunan lagi Melayu yang pernah menjawat jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan, mereka menyatakan dengan lantang "Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dengan jelas rendah standard, kurang berpendidikan, tidak berupaya melihat sikap perkauman mereka, tidak bertolak ansur, taat membuta tuli, dan memusnahkan masyarakat di negara kita".

Sumber bertulis: https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/liberal-biadap-cadang-tukar-solat-jumaat-ke-hari-sabtu/

Sumber Jakim Tiada Hak... :https://www.youtube.com/watch?v=I5wJActO_JA

0 comments:

fda

Archives