Thursday, June 21, 2018

Bibit-bibit kelahi PPBM-PKR



Dari Grup Teruna Sokmo
🌐 https://bit.ly/2InaJje


DRAMA PERTEMBUNGAN PPBM DAN PKR SEMAKIN RANCAK

1️⃣ Tun Daim Zainuddin pada 15 Mei 2018 lalu mengkritik pihak media kerana memberi liputan meluas kepada pengampunan dan pembebasan DS Anwar Ibrahim dari penjara.

2️⃣ Beliau  juga turut dilaporkan berkata  bahawa adalah sesuatu yang bodoh untuk kerajaan Pakatan Harapan mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Anwar.

3️⃣ Menyokong kenyataan Daim tersebut, YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyatakan bahawa Anwar tidak mungkin akan menjadi perdana menteri dalamasa dua tahun.

4️⃣ Mahathir turut menegaskan bahawa beliau akan menjadi perdana menteri selagi rakyat mahu dan beliau mampu.

5️⃣ Semalam (20 Jun 2018), Tun Daim Zainuddin dilaporkan mengkritik DS Anwar Ibrahim sebagai bongkak dengan kemenangan pada PRU 14.

6️⃣ Daim menegaskan bahawa Anwar sedang mempopularkan dirinya dan mengerahkan jentera parti melancarkan propaganda bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 adalah disebabkan oleh faktor dirinya (Anwar) dan PKR.

7️⃣ Kenyataan Anwar selari dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini bahawa kemenangan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan oleh faktor Mahathir.

8️⃣ Daim menegaskan bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 lalu adalah disebabkan faktor Mahathir.

9️⃣ Senario politik Malaysia semakin menarik dengan pertembungan dalaman di kalangan para pemimpin PKR dan PPBM sementara para pemimpin DAP dan PAN dilihat memilih jalan selamat.

1️⃣0️⃣ Ketidaktentuan ekonomi dan ketidakstabilan kerajaan baru berpotensi mencetuskan gelombang rakyat yang merasa tertekan dengan senario semasa.

1️⃣1️⃣ Sehingga kini, setelah 43 hari Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya, ramai di kalangan para pengundi mereka dan rakyat Malaysia tidak melihat sebarang perkembangan positif terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi negara.


0 comments:

fda

Archives