Friday, November 3, 2017

Shafie: Terroris rompak darah keringat rakyat miskin


Dalam ucapan di Parlimen, YB Tenom Dato Raimi Unggai menempelak Shafie Apdal:

9. Ia bukan seperti propaganda yang saya pernah dengar didendang KKLW ketika dibawah seorang mantan Menteri yang menjanjikan untuk rakyat di kampung-kampung dan pendalaman akan menyediakan rumah, jalanraya, air bersih, dan elektrik termasuk tenaga solar, tetapi dibanyak tempat-tempat saya tidak nampak kemudahan-kemudahan ini siap terbina .

Saya sendiri tidak tahu samada mantan Menteri tersebut tahu rumah-rumah yang telah dijanjikan sudah terbina, jalanraya sudah wujud, dan air dan elektrik sudah masuk atau belum. Selama ini, dia memberitahu kita akan pelbagai pencapaian tetapi KPI yang diwar-warkan adalah palsu belaka.

Peruntukan ada, kontraktor ada, projek dianugerahkan, dan khabarnya kontraktor dapat bayaran  tetapi tiada apa yang saya nampak dibawah. Semuanya dengan izin, hanya on-paper, ada projek tetapi di lapangan, tiada jalanraya, air, elektrik dan rumah.

Tuan Yang Dipertua

10. Saya orang Tenom, wakil rakyat untuk Parlimen Tenom dan rumah kediaman saya hanya di Tenom – tiada di tempat-tempat lain. Saya tahu apa yang berlaku di Tenom.

Dikawasan saya di Tenom, empat kali batang paip pasang di sepanjang jalan Tenom ke Melalap. Sepatutnya mewah dan melimpah air bersih tetapi langsung tiada air. Untung sekali kontraktor tersebut. Projek satu dan peruntukan pun satu tetapi dapat bayaran empat kali!

Perkara ini telah berulangkali saya bangkitkan dalam Dewan ini sejak menjadi Wakil Rakyat sehingga saya dilabelkan sebagai penentang kemajuan ketika itu. Saya melawat sendiri kampung-kampung di Tenom melihat permasalahan penduduk kampung berkaitan ketiadaan bekalan air paip walhal masing-masing rumah mempunyai meter air berbayar.

Kelihatan papan tanda projek Bekalan Air Luar Bandar oleh KKLW sedang dilaksannakan. Namun setelah projek tersebut siap dilaksanakan masalah bekalan air bersih tetap menjadi isu utama penduduk kampung di kawasan saya.

Saya sendiri pernah alami satu kejadian yang begitu menyedihkan di mana seorang ibu di kampong Rundum, Tenom yang sedang mengandung terpaksa gugurkan anak kerana ketiadaan jalanraya yang baik. Perjalanan ke hospital memakan masa terlalu lama dan sangat membahayakkan nyawa si Ibu.

Tuan Yang Dipertua

11. Pengalaman-pengalaman saya ini membuat saya memberi sokongan penuh dan yang tidak berbelah bagi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang berani dan bersungguh-sungguh untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang telah mengabaikan tanggungjawab dan menyalahgunakan kuasa hingga rakyat miskin teraniaya.

Malah SPRM sepatutnya bukan saja mendakwa pesalah-pesalah, tetapi ambil balik wang-wang yang diambil. Walaupun bajet masih diberikan untuk membina kemudahan asas di Sabah dan Sarawak, SPRM patut cari balik semua RM1.5 billion yang telah hilang serta ditiris darah keringat rakyat.

Jangan sekali dihalalkan rompakan terhadap rakyat miskin yang sama beratnya dosa mencuri harta anak yatim yang dikutuk semua ugama.

Terrorisma adalah satu jenayah terhadap negara. Merompak peruntukan untuk rakyat miskin dikampung dan pendalaman adalah jenayah terhadap rakyat yang layak disamakan sebagai salahlaku penjenayah terroris terhadap negara!

Video sepenuh di

http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2017/11/raimi-expressed-one-lifetime-aspiration.html

Terroris yang menyerupai terroris Suluk menyerang Felda Sahabat di Lahad Datu ini kini cuba main simpati:


Shafie Sanggup Berbohong Kerana Politik

1. Sangat ketara pembohongan Datuk Shafie Apdal, apabila beliau mendakwa bahawa beliaulah yang memperkenalkan Dato Seri Najib Razak kepada rakyat Sabah. Tanpa beliau, Najib tidak akan dikenali rakyat Sabah apatah lagi sokongan.

2. Presiden parti Warisan Sabah itu lupa, bahawa Dato Seri Najib Razak telah menjadi wakil rakyat sejak tahun 1976. Apabila Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, Najib adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia. Sebelumpun Shafie menjadi wakil rakyat pada tahun 1995 mewakili Umno, Najib adalah Naib Presiden parti. Cuba bayangkan, naib presiden sebuah parti, yang memilih Shafie bertanding tidak dikenali rakyat Sabah.

3. Sebenarnya, Dato Seri Najib Razaklah yang menjadikan Shafie mempunyai kedudukan, sehinggakan mencapai kedudukan Naib Presiden parti Umno. Semasa MP Semporna itu bertanding dalam parti, beliau mempunyai tag sebagai “The blue eye boy” Najib Razak, sebab itulah beliau mendapat sokongan dan menang, meskipun julung kalinya bertanding Naib Presiden.

4. Shafie dilantik ke jawatan Menteri KKLW julung kali kementerian itu diberikan pada pemimpin di luar Semenanjung. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi Perhubungan Umno Kedah, dan yang melantik itu adalah DS Najib Razak.

5. Shafie menjadi penentang Najib hanya kerana berpunca daripada penarikan kuasa beliau meluluskan projek-projek KKLW pada awal tahun 2014, kerana maklumat yang diterima Perdana Menteri, bahawa beliau mengamalkan kronisme dalam pemberian projek-projek di bawah kementerian tersebut. Selain itu, rungutan rakyat luar bandar di mana projek-projek di bawah KKLW dilaksanakan.

6. Pada Julai 2015, Shafie dipecat daripada kabinet Persekutuan, dan kemudiannya beliau keluar daripada Umno pada Julai 2016, dan menubuhkan parti Warisan Sabah pada Oktober tahun yang sama.

7. Kini, SPRM sedang menyiasat beliau berkaitan skandal dana RM7.5bilion KKLW daripada tahun 2009-2015 untuk 350 projek luar bandar Sabah.

8. Shafie mendakwa bahawa siasatan terhadap beliau bermotifkan politik, bercanggah dengan kenyataan terbuka beliau, bahawa bila-bila masa, beliau bersedia dipanggil untuk disiasat.

9. Shafie telah direman 8 hari dan dibebaskan dengan ikat jamin SPRM pada Jumaat minggu lalu.

Anti Fitnah Sabah

#KamiGengNajibRAzak
#TandukKinabalu
#PerjuanganSejati
#BangkitHijrah

Mereka juga cuba persoal.SPRM kenapa siasat sekarang. Jawabnya senang:


Ada orang tukang cover dulu. Katanya banyak file hilang. 

0 comments:

fda