Thursday, June 20, 2019

Adakah Maszlee Kena Cucuk Hidung Hingga Pendidikan Islam Di Urus Teo Nee Ching?


Bila Teo Nee Ching umumkan bantuan yang mencecah ratusan juta ringgit pada sekolah vernakular, bos Kementerian Pendidikan, Dr. Maszlee Malik diam (BACA DI SINI)...


Bila di beritahu pada Maszlee, ada berpuluh Sekolah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak yang berada dalam keadaan yang sangat daif, Dr. Maszlee Malik diam (BACA DI SINI)...


Bila masyarakat Melayu Islam gesa kerajaan untuk sediakan peruntukan bagi menaik taraf sistem keselamatan di semua Maahad Tahfiz untuk menjamin keselamatan dan keselesaan anak2 syurga yang berada di sana, Dr. Maszlee diam...

Benar, Maahad Tahfiz persendirian bukan tanggungjawab kerajaan tapi apakah sekolah vernakular persendirian yang di berikan puluhan juta dana dari kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan?


Teo Nee Ching kumpulkan beberapa aktivitis untuk mengkaji semula silibus matapelajaran Sejarah di peringkat sekolah dengan mengiktiraf pengkhianat negara yang terdiri dari pengganas komunis yang telah membunuh dan menzalimi rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu Islam (BACA DI SINI)...


Dr. Maszlee tidak diam tapi sibuk untuk menukar 'dasar pendidikan negara' dengan menukarkan kasut putih yang di gunakan kanak2 sekolah kepada kasut hitam (BACA DI SINI)...


Yang terbaru dan paling menimbulkan kemarahan dan keresahan masyarakat Melayu Islam ialah bila Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan memaklumkan penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) yang kononnya bagi tujuan penambahbaikan matapelajaran Ugama Islam di sekolah...

Memang menjadi strategi dan muslihat DAP, menggunakan segala istilah yang lunak di dengar untuk menutup niat busuk mereka!!!

Yang menjadi persoalan yang besar ialah, apakah relevan dan rasionalnya meminta pendapat dan cadangan dari orang kafir tentang perkara2 yang berkaitan tentang ugama Islam?

Apakah mereka layak memberi pendapat dan cadangan?

Apakah mereka faham tentang ugama Islam bagi melayakkan mereka memberi cadangan atau pendapat?

Kebenarannya ialah, penambahbaikan terhadap matapelajaran Ugama Islam di sekolah2, bukanlah matlamat utama Teo Nie Ching dan DAP...

Tetapi matlamat utamanya ialah untuk menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang mengenai Ugama Islam...

Mereka pernah mencubanya dengan menuntut hak penggunaan kalimah 'Allah' di dalam Injil mereka tetapi gagal...

Dan sekarang mereka menggunakan strategi yang berbeza untuk menanamkan fahaman bahawa tiada beza antara Allah SWT dengan Jesus mereka, tiada bezanya antara Ugama Islam dan ugama2 yang lain, jadi murtad bukanlah satu masaalah yang besar kerana apa juga istilah yang di gunakan kepada tuhan dan apa juga ugama yang ada di atas dunia ini adalah sama...

Apabila fahaman ini dapat di tanamkan pada generasi yang akan datang, maka akan menjadi sangat mudah untuk mereka menukar akidah anak2 kita atas alasan murtad adalah hak asasi yang tidak boleh di persoalkan...

Semalam laman blog ini ada menulis bagaimana bangsa Melayu dan pengaruh Islam yang satu ketika dulu amat kuat di Nusantara kini telah menjadi bangsa yang lemah dengan Ugama Islam tidak lagi menjadi ugama utama di Nusantara (BACA DI SINI)...


Apakah sebagai seorang menteri, yang mempunyai pendidikan hingga Doktor Falsafah, Dr. Maszlee tidak mampu melihat bahaya yang bakal mengancam akidah generasi akan datang?

Atau Dr. Maszlee terpaksa butakan mata demi survivor politik beliau?

Kepada Masyarakat Melayu Islam Di Malaysia, Bukalah Mata Hati


DAP sudah cuba mencabar ketuanan Melayu di bumi sendiri melalui ICERD dan Statut Rom...

Mereka dengan biadap telah melangkah masuk ke dalam rumah Allah dan memperalatkan rumah Allah demi kepentingan mereka...

Mereka juga telah mempolitikkan ibadah zakat yang menjadi Rukun Islam yang ketiga demi kepentingan politik dan strategi busuk mereka...

Dan kini, mereka cuba mempengaruhi akidah generasi yang akan datang dengan strategi licik mereka...

Sedarlah  sesungguhnya masyarakat Melayu Islam bukan lagi di tolak secara beransur2 tapi kita di tolak dan akan terus di tolak hingga tersungkur...

Sudah masanya kita ketepikan kepentingan peribadi dan pemikiran politik yang sempit...


Kita boleh berbeza pendapat dalam perjuangan politik kita tapi demi ugama Allah SWT dan RasulNya, kita WAJIB bersatu!!!

0 comments:

fda

Archives