Friday, April 16, 2021

Skandal 1MDB, Selain Keluarga Zeti, Siapa Lagi?



Kenapa Kerajaan Pakatan Harapan Dan Kerajaan Peerikatan Nasional Rahsiakan Keluarga Zeti Dapat Laba Dari 1MDB?

Ambank telah bersetuju untuk membayar RM 2.83 billion kepada kerajaan Malaysia sebagai penyelesaian terhadap semua pendakwaan salah laku bank tersebut berkaitan 1MDB, tanpa perlu membuat pengakuan bersalah atau menamakan mana-mana pegawai eksekutif yang telah melakukan kesalahan (sesuatu yang amat pelik dan tidak adil kerana ia merupakan penyelesaian berbentuk bayar untuk bebas penjara, mengapa?).

Antara salah laku bank ini termasuk membenarkan pihak ke 3 untuk mengawal sepenuhnya akaun-akaun bank di bawah nama DS Najib dan tidak memaklumkankepada DS Najib berkenaan transaksi kewangan.

Kesalahan terbesar Ambank adalah penerbitan sukuk pertama bernilai RM 5 billion oleh 1MDB yang dianggap sebagai di bawah nilai sebenar dan membenarkan pelanggan sekunder untuk menjana keuntungan atas angin sekelip mata bernilai melebihi RM 500 juta apabila bon ini diterbalikkan.(Ambank telah direkomen oleh Goldman Sachs yang kini telah bersetuju membayar USD $3.9 billion sebagai penyelesaian bagi semua kes mereka melibatkan 1MDB.


Bagaimanapun, Goldman Sachs dilantik oleh TIA (yang kemudiannya bertukar nama menjadi 1MDB) lama sebelum DS Najib terlibat di dengan TIA dan sebelum TIA bertukar menjadi 1MDB).

Kita tahu pada akhirnya, hanya 2 pelanggan sekunder yang akhirnya terpilih dan mengaut keuntungan segera yang sangat lumayan :

1) Syarikat tersenarai Thailand Country Garden Securities yang bertindak bagi pihak Acme Time.

2) Aktis Capital Singapore yang sedang menguruskan dana untuk individu-individu bernilai tinggi.

Baca di sini :


Setelah pembalikkan bon tersebut, Country Group telah mengarahkan AmInvestment (Ambank) untuk menghantar durian runtuh bernilai USD $113 juta (RM464 juta) kepada Acme Time Pte Ltd di Singapura.

Acme Time setelah itu didapati rupanya dimiliki oleh Jho Low dan Eric Tan Kim Loong. Seterusnya mereka telah membayar USD$16 juta (RM65 juta) kepada akaun bank keluarga Zeti di Singapura.

Ini adalah maklumat umum.

Namun apa yang BELUM LAGI diketahui umum adalah siapakah di belakang sebuah lagi syarikat sekunder (Aktis Capital Singapore) yang menjana keuntungan segera ini?

Menurut The Edge, Aktis Capital Singapore adalah merupakan penasihat pelaburan dan pengurusan aset bagi individu-individu bernilai tinggi. 

Antara rakan kongsi mereka adalah warga Malaysia Cheah Teik Seng, yang menariknya telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Malayan Banking Bhd tiga bulan setelah bon diterbitkan.

Cheah sebelumnya pernah berkhidmat di Public Bank, ECM Libra Avenue, Merrill Lynch, Goldman Sachs, UBS dan BNP Paribas.

Cheah juga adalah merupakan CEO bersama Malaysia Investment bank ECM Libra Avenue Asset bersama Tengku Zafrul. 

Mokhzani Mahathir juga adalah pemegang saham lama Avenue Assets.


Berikut adalah berita bagaimana Pengarah Urusan Ambank memberitahu mahkamah bahawa apa yang dikatakan dana RM2.6 billion yang diterima DS Najib sudah dipulangkan semula kepada pengirim asal 4 bulan setelah diterima DS Najib. 

Beliau kemudiannya menafikan terlibat di dalam urusan pemulangan semula wang ini.

Baca di sini :


Setelah pembalikan bon pada tahun 2009 itu, Ambank seterusnya telah membayar USD $20 juta (RM83 juta) dari keuntungan itu kepada Aktis Capital di Singapura yang seterusnya telah membayar kepada individu bernilai tinggi yang diwakili mereka.

The Edge mengatakan bahawa penerima manfaat dari keuntungan Aktis Capital ini adalah dipercayai warganegara Malaysia yang mempunyai kabel kuat.

Oleh itu, baki soalan yang masih tinggal adalah:

- Siapakah warga-warga Malaysia kuat kabel di belakang Aktif Capital yang telah menjana keuntungan atas angin sekelip mata dengan pembalikkan bon ini?

Mengapakah kerajaan PH dan PN enggan mendedahkan individu-individu ini sepertimana mereka menyorokkan fakta bahawa keluarga Zeti menerima wang berjumlah ratusan juta dari Jho Lo?

- Siapakah yang telah mengesyorkan pelanggan-pelanggan sekunder bagi bon ini dan siapakah di Ambank yang telah meluluskannya?

- Siapakah yang telah meluluskan nilai bon murah-murah dan diskaun besar-besaran yang membolehkan dua syarikat luar negara menjana keuntungan atas angin bernilai lebih RM 500 juta dalam tempoh hanya sehari dari sebuah bon dijamin kerajaan selama 30 tahun bernilai RM 5 billion?

- Apakah yang telah dilakukan oleh Bank Negara Malaysia ketika itu selaku pengawal selia Ambank dan siapakah di Bank Negara Malaysia yang meluluskan serta apakah bentuk kelulusan yang diberikan kepada Ambank pada waktu itu?

- Sekiranya DS Najib adalah 'mastermind' TIA/1MDB pada ketika itu, kenapa pula keluarga Zeti serta individu-individu kabel kuat (yang dirahsiakan oleh kerajaan PH dan PN) yang mengaut keuntungan bernilai ratusan juta ringgit lama sebelum DS Najib menerima walau sesen wang yang dikaitkan dengan 1MDB?

Bayangkan...

Ambank hanya mengambil masa beberapa hari untuk memutuskan pembayaran RM 2.83 billion sebagai penyelesaian dengan kerajaan.

RM 2.83 billion adalah hampir 1/3 dari nilai pasaran Ambank.

Ia hampir melebihi jumlah keuntungan bersih Ambank selama 2 tahun!!!

Baca di sini :


Seperti yang diterangkan sebelum ini, sebagai balasan kerana bersetuju dengan begitu pantas, Ambank (dan kerajaan) tidak perlu mendedahkan salah laku yang telah mereka lakukan dan siapa di antara bekas pegawai dan pengurusan semasa mereka yang telah melakukan kesalahan.

Agak pelik bila dikatakan DS Najib adalah 'mastermind' dan pencuri RM 2.6 billion (jumlah yang telah dipulangkan semula kepada pengirim 4 bulan kemudian) tetapi Ambank dan Goldman Sachs pula yang bermurah hati membayar RM 2.83 billion dan RM 16 billion bagi pihak DS Najib!!!

Persoalannya sekarang :

- Kenapa pula DS Najib yang 'mencuri' tapi orang lain pula kena bayar?

- Jadi apa sebabnya Ambank sepantas kilat membuat penyelesaian sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak disorokkan?

- Mengapa Ambank tidak mahu melawan di mahkamah memandangkan yuran peguam sudah pastinya tidak akan menjangkau berbillion ringgit? 

- Kenapa Ambank sanggup bayar lebih?

- Apakah peranan pengurusan Ambank dan pegawai-pegawai mereka yang mengendalikan akaun DS Najib dan apakah hubungan mereka dengan Jho Low dan Zeti Aziz?

- Adakah pegawai Ambank dan pengurusan mereka yang bersekongkol menerima manfaat dari 1MDB atau Jho Low?

- Adakah mereka gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk memeriksa dan memantau akaun DS Najib dari transaksi yang mencurigakan dan mengenalpasti transaksi tersebut untuk tindakan lanjut seperti yang dituntut oleh undang-undang?

- Dan sekiranya mereka telah mengenal pasti transaksi mencurigakan tersebut dan melaporkannya kepada Bank Negara Malaysia, mengapa pula Bank Negara Malaysia (yang keluarga Gabenornya menerima hampir RM 800 juta dari Jho Low) berdiam diri?

Dari proseding perbicaraan kes SRC :

1) kita tahu kini bahawa Ambank telah menerima lebih dari 20 arahan pemindahan wang dengan menggunakan dokumen bertandatangan palsu.

Lebih aneh, dokumen bertandatangan palsu seperti itu telah diserahkan oleh pihak pendakwaan ke mahkamah sebagai bahan bukti rasmi yang sahih!!!

Baca di sini :



2) Bekas pengurus perhubungan Ambank telah diberitahu untuk jangan sesekali menghantar penyata bank DS Najib ke PMO atau ke kediaman DS Najib.

Baca di sini :


3) Pengurus Perhubungan Ambank dan Ambank juga telah menghalang 30 cek yang ditulis DS Najib dari ditendang termasuk cek yang ditandatangani untuk membayar UMNO.

Sekiranya ada salah satu antara cek tersebut ditendang, DS Najib pasti akan tahu bahawa ada sesuatu yang berlaku dan beliau akan periksa.

Dan bagaimana boleh sesiapa mengatakan bahawa DS Najib tahu kedudukan kewangan akaun banknya sekiranya beliau boleh tulis cek kepada UMNO yang berkemungkinan menjadi cek tendang?

Adakah boleh diterima akal, DS Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO ketika itu menulis cek tendang!!!

Ini membuktikan DS Najib sebenarnya tidak tahu langsung kedudukan sebenar akaun banknya.

Baca di sini :


Sekiranya Ambank dan Bank Negara Malaysia telah melaksanakan tugas mereka, pastilah DS Najib sudah diberi amaran.

Tetapi mengapakah tidak wujud amaran sebegitu baik dari Ambank atau Bank Negara?

Akaun atas nama Perdana Menteri kut!!!

Akhirnya, tidak ada sesiapa melainkan DS Najib yang didakwa (dan disabitkan) bagi kes SRC dan 1MDB!!!

PPBM Mendapat Laba RM500 Juta Dari Komisyen 1MDB?


■ Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MoF) pada 24hb Julai 2020 menyatakan Goldman Sachs bersetuju bayar AS$ 3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan 3 urus niaga bon yang telah disusun dan diatur oleh bank mereka untuk 1MDB.

Baca di sini :


Menurut Reuters, penyelesaian perjanjian yang dipersetujui oleh pihak 1MDB dan Goldman Sachs Bank merangkumi bayaran tunai AS$ 2.5 bilion oleh Goldman Sachs Bank dan wang jaminan berkaitan dengan nilai aset dan dana 1MDB dikembalikan sebanyak AS$ 1.4 bilion.

■ Manakala Tun Mahathir di blog peribadinya (chedet) pula menyatakan Malaysia berhak dapat AS$ 9.6 bilion dari Goldman Sachs Bank. "Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah AS$9.6 bilion. 

Apa yang dipersetujui oleh Goldman Sachs adalah AS$2.5 bilion tunai. AS$1.4 bilion berdasarkan nilai aset hari ini melalui penilaian Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika" - Tun Mahathir (27hb Julai 2020).

Baca di sini :



■ Bekas AG TS Tommy Thomas menyatakan tiada motivasi apabila kerajaan persekutuan menyelesaikan kes jenayah terbesar bank pelaburan AS Goldman Sachs dengan imbalan pampasan AS$ 2.5 bilion. 

Idrus Harun, Peguam Negara, lantikan baru kerajaan Perikatan Nasional pula berusaha menuntut hak dari Goldman Sachs pada jumlah lebih tinggi iaitu AS$ 3.9 bilion berbanding AS$ 1.4 bilion merujuk penilaian dari DoJ AS.

Bacva di sini :


Akhirnya Goldman Sachs menerima tawaran penyelesaian yang dianggap munasabah.

■ Clare Redcastle Brown pula berkata :

"Sekiranya kerajaan PN tiada apa2 untuk disembunyikan, demi kebaikan bersama mengapa mereka sembunyikan fakta?" 

"Nilai itulah (AS$9.6 bilion) yang sepatutnya dituntut". 

"Mengapa tiada semakan pada terma dan syarat pembaikan (reparation) 1MDB berkaitan klausa kerahsiaan khas yang diperkenalkan bagi mencegah pengawasan parlimen dan pengauditan normal?"

Baca di sini :


■ AS$ 9.6 bilion merupakan nilai sepatut dituntut oleh 1MDB tetapi perkara ini tidak pernah dibangkitkan dalam surat Tommy Thomas kepada Dr Mahathir, Perdana Menteri ke-7. 

Tommy Thomas, bekas Peguam Negara cuma mahu AS$ 3.9 bilion, bukan AS$ 9.6 bilion) tetapi hanya dapat USD 1.5 bilion. 


Usaha, perunding yang dilantik Perikatan Nasional, Rosli Dahlan, akhirnya dapat nilai yang dikehendaki oleh 1MDB iaitu USD 3.9 bilion.

■ Namun begitu telah pun tercatat sebelum penyelesaian oleh Perikatan Nasional lagi, Pakatan Harapan memang berusaha menuntut USD 7.5 bilion terhadap kerugian 1MDB akibat dari penipuan Goldman Sachs bank. 

Penyelesaian secara rahsia kerajaan Perikatan Nasional akhirnya hanya dibayar tunai USD 2.5 bilion dan ditambah komitmen menaja jamin USD 1.4 bilion bagi penjualan aset yang dicuri tetapi dipulihkan (USD 2.5 bilion + USD 1.4 bilion = USD 3.9 bilion!!!).

■ Menurut sumber yang dipercayai oleh Clare Redcastle Brown, komisen 5% dari jumlah keseluruhan aset yang dijamin oleh Goldman Sachs Bank akan diberikan kepada perunding utama lantikan kerajaan Malaysia. 

Sekiranya benar, bayaran komisyen dari jumlah USD 2.5 bilion sememangnya lebih dari RM500 juta.


■ Dato Lokman Adam aktivis Laskar Cyber berkata : 

"Peguam 1MDB Rosli Dahlan mungkin menerima hampir RM2 bilion atau 10% yuran guaman bagi khidmat guaman dalam mendapatkan semula sekitar RM20 bilion wang yang di curi dari 1MDB". 

Dato Lokman Adam juga mendakwa RM500 juta dari RM2 bilion ini ditarik ke PPBM untuk Dana Pilihan Raya parti-parti komponen Perikatan Nasional.

■ Maka pada12hb Mac 2021, ADUN Kuang YB Sallehudin Amiruddin telah membuat satu laporan polis di balai Dang Wangi Kuala Lumpur bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan komisyen RM500 juta telah dibayar kepada sebuah parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi berpunca dari penyelesaian kes tuntutan bayaran oleh 1MDB terhadap Goldman Sachs.

Baca di sini :


■ PNBBC menafikan peguam 1MDB Rosli Dahlan menerima komisyen sehingga RM2 bilion. Firrma guaman Rosli Dahlan hanya dibayar RM2.4 juta sebagai yuran khidmat guaman bagi menyelesaikan kes tuntutan 1MDB ke atas Goldman Sachs Bank. 

Walau apa pun penafian, sebaiknya serahkan kepada pihak PDRM dan SPRM untuk menyelesaikan kes kontroversi dana RM500 juta ini.

Persoalan yang kita mahukan pencerahan adalah :

1) Mengapakah jumlah wang sepatutnya kita perolehi balik dilapurkan berbeza-beza amaunnya, malah amaun yang diumumkan oleh Tengku Zafrul adalah jauh lebih rendah dari amaun yang sepatutnya?

Baca di sini :


2) Apakah keperluan melantik Rosli Dahlan sebagai perunding untuk mendapatkan kembali hak Malaysia yang sudah pun dipersetujui sebelum ini, apakah Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai kepakaran perundangan dan perundingan?


3) Adakah benar PPBM memperolehi RM500 juta seperti yang didakwa dan apakah ianya mempunyai kaitan dengan video klip di atas?

Dana yang digunakan oleh JPM untuk di agihkan kepada bahagian, cawangan, wanita, armada dan puteri PPBM menggunakan duit dari mana, kalau dari duit PPBM, mengapakah ianya diagihkan oleh Jabatan Perdana Menteri?

Pihak lain mendapat beratus-ratus juta tapi akhirnya DS Najib juga yang dipersalahkan!!!



Kredit :



0 comments:

fda

Archives