Friday, July 31, 2020

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

|0 comments

Admin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua masyarakat Islam.

Sempena hari yang mulia ini, kita ketepikan sekejap isu-isu yang berkaitan politik.



Admin ingin menyeru supaya kita semua mematuhi SOP Covid-19 Hari Raya Aidil Adha yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

SOP yang diperkenalkan memang nampak seperti akan membuatkan sambutan Hari Raya Aidil Adha kurang meriah, tetapi percayalah, apa yang ditetapkan itu adalah untuk kebaikan kita semua.

Sempena Hari Raya Korban tahun ini, marilah sama-sama kita korbankan sedikit kemeriahan sambutan demi untuk keselamatan diri kita dan insan-insan yang kita sayangi.

Kita pasti tidak mahu membawa pulang virus Covid-19 bersama-sama dengan dag ing korban.

Cukuplah binatang ternakan sahaja yang menjadi korban dan bukannya insan-insan yang kita sayangi.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan admin memohon ampun dan maaf sekiranya sebelum ini ada yang tersilap tulis atau ada yang tersinggung dengan tulisan admin.

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Thursday, July 30, 2020

Sah Kerajaan Warisan Sabah Tumbang, Aku Tanya Pie Apa Khabar...😉😉😉

|0 comments

Secara rasmi mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman mengumumkan beliau sudah mempunyai bilangan ADUN yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah dan seterusnya menyingkirkan Shafie Apdal dari kerusi Ketua Menteri Sabah.

"Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan ADUN dari pelbagai parti".

"Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB TS Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru," jelas Musa Aman.

Menurut Musa, ADUN yang akan bersama-sama beliau membentuk kerajaan baharu itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan UMNO.

Antara ADUN dari parti pemerintah yang dilihat berada di rumah Musa adalah Datuk Hamis Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Kenny Chua (Inanam), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas).

"Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka".

"Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai", jelas Musa.


Ini bermakna blok pembangkang yang sebelum ini hanya mempunyai 20 kerusi DUN, kini sudah mempunyai sekurang-kurangnya 31 kerusi DUN untuk mendapatkan majoriti mudah bagi menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah.

Jumlah ADUN di Sabah ialah 65 tetapi 5 ADUN yang dilantik itu tidak layak untuk menyatakan sokongan sama ada untuk mempertahankan atau menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah.

ADUN yang dilantik ialah Wilfred Madius Tangau (UPKO), Lorreto Padua Jr (Warisan), Terrence Siambun (Warisan), Jaffari Walliam (PKR) dan Stephen Wong Tien Fatt (DAP).

Namun kerusi ADUN yang disandang oleh Stephen telah kosong kerana beliau telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac 2019 (BACA DI SINI).

Spekulasi mengenai angin perubahan kerajaan negeri di Sabah menjadi semakin hangat bila Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad bin Alamin membuat kenyataan di lobi parlimen mengenai kemungkinan berlakunya perubahan pada Kerajaan Negeri Sabah.

Laman blog ini juga ada menyiarkan mengenainya (BACA DI SINI).

Sebenarnya pergolakan politik di Sabah telah bermula sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi tetapi ianya menjadi semakin meruncing pada akhir bulan Jun 2020 (BACA DI SINI).

Kegelojohan Shafie mendaki karier politik terserlah bila keadaan politik Sabah dan Warisan yang beliau terajui bergolak tetapi beliau sibuk melobi untuk menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).

Pergolakan politik Sabah berpunca dari kegagalan Warisan di bawah pimpinan Shafie untuk mentadbir Sabah dengan baik.

Malah Warisan sering dilihat lebih berpolitik dari menyelesaikan masaalah rakyat di Sabah.


Warisan juga sering menimbulkan kemarahan rakyat Sabah melalui dasar-dasar mereka terutamanya dalam isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang terlalu banyak 'dianugerahkan' kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI), terutamanya dari Filipina (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Jadi tidak perlu menuding jari kepada sesiapa akibat kejatuhan Kerajaan Warisan Sabah, kerana ianya berpunca dari kegagalan dan kelemahan sendiri.

Janganlah pula Shafie mainkan isu kerajaan tebuk atap atau kerajaan pintu belakang kerana tertubuhnya Kerajaan Warisan juga adalah dari cara yang sama, malah lebih menjijikkan.

What goes around comes around!!!



Sumber :

Wednesday, July 29, 2020

Dr Mahathir Akan 'Hijacked' PN Selepas Mahkamah Sabitkan Kesalahan Bossku

|0 comments

Di sebalik segala bukti yang kukuh, malah pengakuan daripada saksi pendakwaraya sendiri yang sepatutnya memihak kepada pihak peguambela (BACA DI SINI), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membuat keputusan melalui Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali (BACA DI SINI),bahawa pihak pembelaaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan kesalahan ke atas DS Najib terhadap kesemua 7 pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atas dana SRC yang bernilai RM42 juta (BACA DI SINI).

Bukan tujuan admin untuk menghina mahkamah atau mempertikaikan keputusan yang telah di buat oleh Hakim Mohd Nazlan tetapi bagi admin, ianya nampak seperti skrip yang telah lama dirancang oleh seseorang.

Kita pernah digemparkan dengan pengakuan mantan Peguam Negara, TS Apandi Ali, bagaimana beliau telah ditemui oleh Gopal Sri Ram atas arahan Dr Mahathir untuk 'by hook or by crook' menjatuh dan memenjarakan DS Najib (BACA DI SINI).

Adakah Apandi membuat fitnah ke atas Gopal Sri Ram?

Kalau benar pendedaham oleh Apandi merupakan satu fitnah ke atas Gopal Sri Ram, mengapa beliau tidak membuat lapuran polis atau memfailkan saman ke atas Apandi Ali atau sekurang-kurangnya memohon mahkamah supaya memerintahkan Apandi memadam kan 'posting' beliau dalam Facebook dan meminta maaf secara terbuka.

Kerana Dendam, Konspirasi Memenjarakan DS Najib Di Rancang



Manusia yang paling gembira di Malaysia di atas keputusan Mahkamah Tinggi ini sudah pasti Dr Mahathir.

Walau pun mungkin beliau sudah mengetahui keputusan yang akan diberikan oleh mahkamah, namun kini beliau boleh tersenyum lebar kerana segala-galanya mengikut seperti apa yang telah beliau rancangkan.

DS Najib merupakan satu-satunya pemimpin politik yang mampu membongkar dan menyekat segala perancangan politik Dr Mahathir.


Bukan admin yang beri pengiktirafan itu tetapi Dr Mahathir sendiri yang selalu ratibkan dalam zikir-zikir harian beliau.

Bagi Dr Mahathir, DS Najib adalah satu-satunya penghalang yang cukup besar dalam menjayakan perancangan beliau (BACA DI SINI).

Pakatan Harapan tumbang, salah Najib, MUkhriz disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Kedah buat kali kedua juga salah Najib, Mahathir letak jawatan pun salah Najib, dalam artikata lain, segala-galanya adalah salah Najib belaka.

Apa sebenarnya perancangan Dr Mahathir dan adakah beliau keseorangan di dalam menjayakan rancangan beliau?

Sejak dari dahulu lagi, senjata yang paling utama bagi Dr Mahathir di dalam politik adalah 3M.


'Money', 'Media' dan 'Man Power'.

Dr Mahathir tidak mempunyai masaalah dengan duit kerana bukan lagi rahsia, selain mempunyai kekayaan peribadi, Dr Mahathir mempunyai beberapa 'tycoon bilionair' yang bersedia melabur kepada Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga tidak mempunyai masaalah dengan 'Man Power' yang mempunyai kuasa kerana mempunyai beberapa pemimpin di dalam UMNO dan Perikatan Nasional yang masih setia kepada beliau.

Tentu kita masih ingat lagi, bagaimana waktu mula-mula menjadi Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir menukar beberapa jawatan penting dengan 'orang suruhan' beliau, antaranya Shukri Abdul sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, kemudiannya digantikan dengan Latheefa Koya, Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara.

Memang benar, netizen boleh memberikan impak dalam politik tetapi setiap berita yang dibawakan oleh netizen biasanya agak sukar untuk ditelan bulat-bulat oleh rakyat.

Dalam beberapa isu, rakyat akan lebih suka merujuk kepada berita yang disiarkan oleh media perdana.

Kita tahu Astro adalah milik Ananda Krishna yang merupakan antara kroni setia Dr Mahathir namun berita dari Astro kurang mendapat sambutan dari masyarakat Melayu.

Masyarakat Melayu 'lebih mesra' kepada kumpulan Utusan kerana kumpulan Utusan sudah lama bertapak di hati masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka lagi.

Dr Mahathir perlu menguasai kumpulan Utusan supaya jentera propaganda beliau menjadi lebih berkesan.

Kesempatan tiba bila Kumpulan Utusan terpaksa menamatkan operasi atas faktor kewangan, maka Dr Mahathir mengarahkan kroni beliau, Syed Mukhtar Al Bukhary, untuk menguasai Kumpulan Utusan.

Ramai yang beranggapan bahawa Syed Mukhtar telah menyelamatkan nasib Kumpulan Utusan dan perkerjanya, namun anggapan itu adalah salah kerana Syed Mukhtar hanya membeli syarikat Kumpulan Utusan dan menggantikan perkerja Kumpulan Utusan dengan perkerja baru (BACA DI SINI).

Kini Dr Mahathir sudah memiliki kesemua yang beliau perlukan dan sudah sampai masanya untuk beliau bertindak.

Perancangan Dr Mahathir Sudah Hampir Berjaya


Dr Mahathir sejak dari permulaan Pakaan Harapan menubuhkan kerajaan, bercita-cita untuk kemengambil alih UMNO tanpa DS Najib.

Kalau kita masih ingat lagi, beberapa kali Dr Mahathir telah memanggil pemimpin UMNO untuk bertemu beliau di saat awal beliau menjadi Perdana Menteri ke 7.

Mengapa UMNO?

Kerana Dr Mahathir sedar, kerjasama antara beliau dan DAP serta PKR tidak akan bertahan lama dan PPBM yang beliau tubuhkan kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu.

Kini setelah usaha beliau memenjarakan DS Najib sudah hampir menjadi pasti maka Dr Mahathir akan pergi kepada agenda kedua, iaitu 'hijacked' UMNO.

Tentu kita masih ingat ada cubaan untuk meminda Fasal 9.9 Perlembagaan UMNO untuk menyingkirkan anggota yang didapati bersalah dalam kes rasuah atau jenayah.

Cadangan ini datangnya dari kepimpinan tertinggi UMNO sendiri dan matlamatnya adalah untuk menyingkirkan DS Najib dan Presiden UMNO sekarang, DS Zahid Hamidi (BACA DI SINI).

Tanpa kelibat DS Najib di dalam UMNO, maka amat mudah untuk Dr Mahathir ambil alih UMNO.

Bagaimana untuk Dr Mahathir hadapi kemarahan akar umbi UMNO nanti?

Antara strategi Dr Mahathir yang terkenal ialah 'Character Assisanation', iaitu pembunuhan karektor seseorang.

Label jahat dan negatif seperti perompak, pencuri dan sebagainya akan diberikan kepada mangsa dan ianya akan diulang setiap hari dan berkali-kali.

Mungkin pada permulaan sukar untuk orang terima tetapi lama kelamaan orang akan mula menerimanya.

Sebab itulah Dr Mahathir setiap hari akan meratib dengan zikir Najib, Najib dan Najib.

Kali ini, Kumpulan Utusan yang telah di'hijacked' oleh Dr Mahathir melalui proksi beliau akan memainkan peranan yang pro aktif supaya masyarakat menerima bahawa DS Najib memang seorang perompak!!!

Kalau kita masih ingat, perkara yang sama dimainkan oleh Dr Mahathir dalam isu GST.

Setiap hari Dr Mahathir akan mengulang-ulang cerita GST adalah cukai yang zalim, menindas rakyat dan sebagainya hingga akhirnya rakyat percaya bahawa GST adalah cukai yang sengaja Kerajaan Barisan Nasional perkenalkan untuk menindas rakyat, walau pun GST diamalkan oleh hampir semua negara di dunia.

Namun kini terbukti, regim cukai GST jauh lebih baik dari regim cukai SST.

Bila DS Najib dipenjarakan, kita akan lihat wajah sebenar Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Hishamuddin Hussein dan beberapa lagi pemimpim UMNO.

Masih ragu-ragu dengan apa yang admin katakan, cuba fikir, DS Najib disiasat dan didakwa sewaktu Pakatan Harapan memerintah, siapa Menteri Dalam Negeri ketika itu?

Sekarang DS Najib disabitkan kesalahan, siapa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri?

Apa pun yang akan berlaku kepada DS Najib, pemimpin dan akar umbi UMNO mesti genggam dan gigit dengan geraham masing-masing amanat DS Najib, mantan Perdana Menteri kesayangan ramai itu.

"Kerjasama antara UMNO dan Perikatan Nasional hanyalah setakat PRU 15 sahaja dan selepas itu kita kembali kepada Muafakat Nasional."

Atau kita desak Muhyiddin untuk bubarkan sahaja parlimen kerana Kerajaan Perikatan Nasional pun tidak sekukuh mana, hanya mempunyai kelebihan 2 kerusi di Dewan Rakyat.















Tuesday, July 28, 2020

Agenda Tersembunyi Di Dalam Tuntutan Cukai Ke Atas Bossku, Adakah Muhyiddin Terlibat Sama?

|0 comments

Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengarahkan DS Najib Razak a.k.a. Bossku membayar cukai pendapatan sebanyak RM 1.7 billion .

Arahan Mahkamah adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 106(1) dan seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967, yakni LHDN boleh menyaman sesiapa sahaja yang gagal membayar cukai sepertimana yang dinyatakan dalam notis taksiran yang dikeluarkan.

Mahkamah tidak boleh melayan sebarang alasan bahawa cukai yang ditaksirkan oleh LHDN itu adalah tidak sah atau tidak munasabah.

Maksudnya, Mahkamah Tinggi mengarahkan Bossku membayar cukai sebanyak itu kerana itulah yang diminta oleh LHDN.

Sama ada permintaan LHDN itu sah dan munasabah, itu adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Menurut Seksyen 99, 101 dan 102 serta Jadual Kelima kepada Akta Cukai Pendapatan 196, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan taksiran LHDN boleh memfailkan notis rayuan kepada Ketua Pengarah LHDN. 

LHDN akan membuat semakan semula dalam masa 12 bulan, dengan tambahan 6 bulan lagi dengan kebenaran Menteri Kewangan. 

Melainkan perjanjian penyelesaian dicapai di antara Ketua Pengarah LHDN dan orang yang dikenakan cukai, rayuan tersebut akan diputuskan oleh Pesuruhjaya Khas. 

Sekiranya, orang yang dikenakan cukai itu tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Khas, barulah Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk membuat penilaian.


Sebelum kita bincangkan dengan lebih jauh, atas alasan apa LHDN menuntut cukai sebanyak RM1.7 bilion itu?

LHDN telah mengeluarkan notis taksiran meminta Bossku membayar cukai tersebut kerana menerima wang sebanyak RM2.6 billion.

Dari mana sumber duit RM2.6 bilion itu dan untuk tujuan apa?

DS Najib sudah berkali-kali jelaskan berserta dengan bukti 'money trail', bahawa duit RM2.6 bilion itu adalah derma politik yang beliau terima dari Keluarga Di Raja Arab Saudi (BACA DI SINI).

Adakah derma itu boleh dikenakan cukai? 

Kalau ya, mengapa Lim Guan Eng tidak dikenakan cukai kerana memperolehi derma RM 1 juta sebagai wang jamin dalam kes banglo (BACA DI SINI).

Bagaimana pula dengan Rafizi? (BACA DI SINI).

Mengapa tidak ditunggu keputusan Pesuruhjaya Khas membuat keputusan sebelum membawanya ke mahkamah, bukankah itu adalah SOP LHDN sendiri dan amat mustahil penasihat undang-undang LHDN tidak tahu bahawa mahkamah TIDAK mempunyai kuasa untuk membuat sebarang penilaian dan keputusan.

Jawapannya adalah kerana pihak yang merancang konspirasi ini bimbang sekiranya keputusan Pesuruhjaya Khas tidak akan memihak kepada mereka dan bila ianya di bawa ke mahkamah, sudah pasti akan mendapat liputan meluas.

Maka sekali lagi DS Najib akan diadili sebelum proses keadilan berjalan.

Tuntutan LHDN ini dilakukan semasa Pakatan Harapan berkuasa. 

LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan.


Kini Kementerian Kewangan adalah sepenuhnya di bawah Kerajaan Perikatan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan.

Dan Kerajaan Perikatan Nasional adalah di bawah Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Persolannya sekarang, sekiranya DS Najib boleh dikenakan cukai atas derma politik, mengapakah Muhyiddin tidak mengarahkan Kementerian Kewangan supaya menuntut cukai atas derma politik yang diterima oleh Rafizi dan Lim Guan Eng?

Atas arahan Kementerian Kewangan dibawah Lim Guan Eng dahulu, LHDN mendakwa duit RM2.6 bilion itu adalah keuntungan yang boleh dikenakan cukai.

Mengapakah Muhyiddin tidak mengarahkan Kementerian Kewangan supaya keluarkan arahan kepada LHDN untuk menuntut cukai dari Dr Mahathir dan ahli keluarga beliau yang diketahui mempunyai beratus-ratus syarikat perniagaan yang membuat keuntungan beratus juta ringgit malah ada yang menjangkau berbilion ringgit setahun?

Apakah Muhyiddin juga turut sama bersekongkol dengan Pakatan Harapan dan Dr Mahathir untuk memenjarakan DS Najib atas alasan sekali pun?

Atau apakah Muhyiddin masih lagi berdendam kepada DS Najib kerana telah memecat beliau dari UMNO dan menggugurkan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu?

Admin serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian.

Walau apa pun, Muhyiddin mesti sedar, sebahagian besar kekuatan Perikatan Nasional ada pada UMNO dan sebahagian dari kekuatan UMNO ada pada DS Najib kerana beliau mendapat sokongan dan dokongan padu dari akar umbi UMNO dan rakyat marhaen.

Bila masa berlalu, kebenaran pasti akan dapat dibongkarkan kerana doa orang yang teraniaya itu tiada hijabnya di sisi Allah SWT.

Sedangkan Dr Mahathir yang dikatakan telah banyak berjasa selama puluhan tahun kepada rakyat, kini ditolak secara total oleh rakyat kerana zalim dan busuk hati, inikan pula yang baru setahun jagung.

Jangan sampai sejarah yang sama berulang kali kedua, tapi kalau caranya sama, ianya pasti akan berulang!!!

Monday, July 27, 2020

Selepas Kedah, Kini Giliran Kerajaan Warisan Sabah Tumbang

|0 comments

Karier politik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah dikhabarkan sudah hampir ke penghujung jalan.



Ahli Parlimen Kimanis yang juga Ketua Bahagian UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, berkata, kerajaan Sabah kini semakin pincang termasuk Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri Sabah yang didakwa semakin hilang sokongan daripada ahli partinya sendiri.

"Saya dengar angin bertiup semakin kencang dan jangkaan peralihan ini akan berlaku semakin dekat". 

"Berapa cepat itu kita tidak pasti tetapi khabar angin ini semakin kencang."

"Kita tunggu sahaja, mudah-mudahan ada berita yang mengejutkan akan berlaku". 

"Bukan mengejutkan sangat tetapi ia sudah dijangka akan berlaku," katanya pada sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Apa yang dikatakan oleh Alamin itu sememangnya berasas kerana perkembangan politik terkini di Sabah, menyaksikan keyakinan akar umbi parti Warisan terhadap Shafie dilihat semakin hari semakin terhakis.



Antaranya pengumuman 600 ahli WARISAN Bahagian Sepanggar telah menyebabkan penutupan 9 dari 81 cawangan WARISAN Bahagian Sepanggar.



Kemudian diikuti pula dengan pengumuman 4 cawangan WARISAN dari bahagian Kota Belud yang mengumumkan keluar parti bersama-sama 500 lagi ahli WARISAN (BACA DI SINI).

Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Shafie, beliau menafikan berita Kerajaan Warisan Sabah sudah giyah.

"Saya yakin Sabah bukan macam negeri-negeri lain,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah kepada Peguam Besar Sabah yang baharu, Brenndon Keith Soh (BACA DI SINI).


Apa pun yang akan berlaku di Sabah, janganlah pula Shafie pula terkena penyakit yang sedang dihidapi oleh Dr Mahathir dan serpihan PPBM, yang sentiasa meratib dengan 'zikir' salah Najib dan salah UMNO.

Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin,

"Kekalutan dalam pentadbiran kerajaan Warisan ditambah lagi Mohd Shafie dibarisi kabinet dan pemimpin yang mengamalkan sindrom penafian, kurang bekerja untuk rakyat, itu menjadi punca kerajaan Warisan goyang."

"Tiada kena mengena dengan dakwaan yang Umno sedang melakukan gerak kerja untuk merampas kuasa daripada kerajaan yang asalnya dari belakang."

"Warisan perlu sedar bahawa kerajaan yang ditubuhkan mereka secara pintu belakang tidak pernah kukuh sejak dari awal lagi,"

Sekiranya Warisan tumbang di Sabah, yang harus Shafie salahkan ialah diri beliau sendiri kerana gagal menyempurnakan amanah dan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.

Selepas Sabah, negeri mana pula yer...🤔🤔🤔




















https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159216324941988&id=840606987

Saturday, July 25, 2020

Terowong Ghaib Pulau Pinang Di Kenakan PKPD Kerana Wujud Kluster SPRM

|0 comments

Akhirnya kekebalan Ahli Parlimen Bagan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bakal di robek.

Kalau dahulu ketika era Pakatan Harapan memerintah, mantan Peguam Negara, Tommy Thomas dan Guan Eng mengejutkan Malaysia dengan fenomena terkejut bila secara tiba-tiba dan tanpa alasan kes Banglo Jalan Pinhorn yang sedang dibicarakan di mahkamah digugurkan (BACA DI SINI).


Tapi sekarang nampaknya Guan Eng pula dilanda 'demam terkejut' bila dipanggil SPRM pada 22 Julai lalu untuk disoal siasat dan dirakam keterangan beliau berkaitan kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang (BACA DI SINI).

Siasatan SPRM ke atas Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah bermula seawal 2017, tapi selepas Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya dari Barisan Nasional pada pertengahan 2018, siasatan SPRM ke atas Terowong Dasar Laut Pulau Pinang seakan telah 'terhalang' buat seketika.



Selepas kejatuhan Pakatan Harapan, SPRM dilihat telah meneruskan siasatan kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah diteruskan semula dan menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Seri Azam Baki, kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang tidak pernah ditutup (BACA DI SINI).


Bermula dengan penahanan bekas Setpol Lim Guan Eng, Jeffry Chew Gim Eam dan 'lawatan SPRM' ke pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, awal Julai lalu, kini siasatan SPRM ke atas kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dilihat sudah sampai ke penghujung bila memanggil Lim Guan Eng untuk disoal siasat (BACA DI SINI).


Sebaik sahaja keluar dari pejabat SPRM, peguam Lim Guan Eng yang juga merupakan Ahli Parlimen (DAP) Jelutong, RSN Rayer, memaklumkan bahawa siasatan SPRM ke atas Lim Guan Eng akan disambung pada hari Sabtu (hari ini) kerana Lim Guan Eng tiba-tiba kurang sihat dan sudah mendapat cuti sakit selama 2 hari (BACA DI SINI).


Biar Gambar Berbicara
Dan secara tiba-tiba, tular di medsos, gambar Lim Guan Eng terbaring 'dalam keadaan lemah' di katil hospital...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Walau pun pada hari beliau disoal siasat oleh SPRM, Lim Guan Eng kelihatan melangkah gagah dengan penuh keyakinan masuk ke pejabat SPRM!!!

Dengan menularkan gambar terbaring di katil hospital, apakah Lim Guan Eng merancang untuk melengah-lengahkan siasatan SPRM yang dijangka akan disiapkan pada akhir bulan ini?


Atau Lim Guan Eng adalah penyebab wujudnya kluster baru di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Kluster SPRM...🤣🤣🤣

Kalau benar, kerajaan mesti arahkan 'total lockdown' atau PKPD di kawasan sekitar Terowong Ghaib Dasar Laut Pulau Pinang...😷😷😷

Apa pun yang Lim Guan Eng rancang, diharapkan SPRM tidak mengikut kerenah Lim Guan Eng yang kuat menipu kerana siasatan kes Terowong Dasar Laut sudah tertangguh bukan 2 hari atau 2 bulan tapi lebih dari 2 tahun!!!

Friday, July 24, 2020

Isu Tabung Haji, Mujahid Dan Lembaga Pengarah TH Di Telanjangkan Di Parlimen, Apa Yang Muhyiddin Tunggu Lagi?

|0 comments

Isu kerugian dan penjualan aset Tabung Haji (TH) dan aset anak syarikat TH, TH Plantation, menjadi isu yang semakin panas di kalangan Ahli Parlimen dalam perbahasan titah SPB YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Terdahulu Ahli Parlimen Baling yang merupakan mantan Pengerusi TH, Abdul Azeez Abdul Rahim, mendedahkan beberapa salah laku tadbir urus Lembaga Pengarah TH yang dilantik waktu Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan.

Antaranya Azeez mendedahkan :



- Pakatan Harapan telah memansuhkan dan memecat panel pelaburan TH yang terdiri dari profesional untuk memantau dan menasihati Lembaga Pengarah dalam setiap keputusan untuk pelaburan yang dilakukan oleh TH. (Rujuk minit 9:34 hingga minit 11:08)

Tanpa panel pelaburan, maka Lembaga Pengarah boleh membuat keputusan sendiri tanpa ada pemantauan dari pihak ketiga.

- Mujahid juga telah menipu dengan mengatakan bahawa kononnya Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu telah menyuntik dana sebanyak RM19.1 bilion kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB), sebuah syarikat khas yang ditubuhkan untuk mengambil alih aset-aset TH dan didakwa diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Namun Azeez mendedahkan UJSB sebenarnya hanya mempunyai modal permulaan sebanyak RM1.00 sahaja.


Azeez juga mendedahkan terdapat surat dari Mujahid yang mengarahkan supaya kesemua perabut di keempat-empat hotel yang diambil alih oleh UJSB dijual dengan harga cuma RM10,000. (Rujuk minit 12:38 hingga 14:39)

- Lembaga Pengarah TH yang ada sekarang tidak menyerahkan Lapuran Kewangan TH untuk di audit oleh Jabatan Audit Negara selama 2 tahun, iaitu pada tahun kewangan 2018 dan 2019.

Ini adalah bertentangan dengan Akta Lembaga TH yang mengkehendaki Lapuran Kewangan TH di audit dan disahkan oleh Jabatan Audit Negara pada setiap tahun kewangan.

Lembaga Pengarah bukan sahaja gagal untuk menyerahkan Lapuran Kewangan Tahunan kepada Jabatan Audit Negara untuk di audit, malah telah mengeluarkan berani mengeluarkan hibah kepada pendeposit TH.

Ini adalah alasan yang cukup kukuh untuk memecat kesemua Lembaga Pengarah TH yang ada sekarang. (Rujuk minit 18:40 hingga 19:16)



Sementara itu Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, mendedahkan pada Ogos 2019, Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu telah membuat keputusan untuk menjual 14 anak syarikat TH Plantation yang memiliki 76,957 hektar ladang sawit iaitu kira-kira 76.2% dari 111,796 hektar ladang sawit kepunyaan TH Plantation, walau pun TH Plantation mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan pada tahun-tahun sebelumnya. (Lihat minit 0:55 hingga 2:04)


Ahmad Marzuk juga mendedahkan, Lembaga Pengarah TH telah bersetuju untuk menjual Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisan Mas Sdn Bhd yang memiliki 6,514 hektar ladang kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd yang dimiliki oleh bukan Bumiputera.

Apa yang menjadi tandatanya ialah mengapa Lembaga Pengarah yang ada sekarang menjuaklnya dengan harga yang terlalu jauh di bawah pasaran.

Pada tahun 2018, aset berkenaan di nilai oleh jurunilai bebas CH William pada nilai RM280 juta.

Ianya telah dinilai semula oleh JPPH pada nilai RM224 juta pada April 2020.

Lebih meragukan bila pengurusan TH Plantation kemudiannya telah meminta supaya nilainya dikurangkan lagi kepada RM198 juta, hingga akhirnya aset tersebut ditawarkan kepada Tamaco pada harga RM170 juta sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, melalui perjanjian penjualan aset TH Plantation kepada Tamaco, Lembaga Pengarah TH juga telah bersetuju untuk melupuskan hutang Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisan Mas Sdn Bhd ke atas TH yang bernilai RM240 juta.

Dalam lain-lain perkataan, sudahlah Tamaco membeli kedua-dua syarikat tersebut dengan aset tetapi juga Tamaco tidak perlu menanggung hutang yang ditanggung oleh kedua-dua syarikat itu. (Lihat minit 5:35 hiingga 6:26) juga (BACA DI SINI).

Siapakah yang akan menanggung hutang tersebut?

Apakah ianya akan diserap oleh syarikat induk iaitu TH?

Terlalu banyak penipuan dan keraguan transaksi jual beli yang dilakukan oleh Mujahid dan Lembaga Pengarah TH sekarang yang melibatkan kerugian beratus juta kepada TH.

Apakah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri masih lagi tidak mahu memecat Lembaga Pengarah yang ada sekarang dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SRC) untuk menyiasat dan membongkar segala salah laku yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang tedahulu.

Rakyat masih menunggu tindakan tegas dari Muhyiddin dan kini rakyat sudah hampir bosan menunggu, Kerajaan Perikatan Nasional mesti bertindak segera!!!

TH mesti diselamatkan dalam artikata yang sebenarnya!!!

Thursday, July 23, 2020

Gerakan Memburukkan Institusi Raja Raja Melayu Adalah Agenda Jangka Panjang Untuk Membangkitkan Penentangan Rakyat

|0 comments

tercatit dalam sejarah dunia, sepanjang abad 20 dan 21, hampir 80 sistem monarki yang ada dalam dunia ini runtuh (BACA DI SINI).

Antara yang menjadi penyebab utama keruntuhan sistem monarki tersebut ialah revolusi yang tercetus dari kemarahan rakyat yang dihasut oleh pihak tertentu dan peperangan.


Indonesia sebagai contoh, tarikh 3 Mac 1946 terakam dalam sejarah bagaimana Institusi Raja Raja Melayu yang telah terbina beratus tahun runtuh satu persatu akibat kemarahan rakyat yang termakan hasutan pihak-pihak tertentu dalam satu gerakan yang dinamakan Revolusi Sosial, sehingga akhirnya Indonesia bertukar menjadi sebuah negara republik (BACA DI SINI).

Selain didalangi oleh pihak-pihak tertentu, sudah pasti gerakan menghasut rakyat dilakukan secara hati-hati dan terancang serta memakan masa yang agak panjang.

Di Malaysia sendiri, gerakan menghasut rakyat untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian terhadap Raja Raja Melayu sudah lama bermula, cuma semasa pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan, gerakan ini kita dapati dilakukan secara terang-terangan tanpa berselindung.

Ini adalah kerana ianya didokong oleh sebahagian pemimpin Pakatan Harapan sendiri yang cuba melakukan beberapa perubahan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai langkah awal untuk menghapuskan sistem monarki di Malaysia.


Contohnya cubaan meratifikasi ICERD dan Statut Rom yang jelas merupakan langkah awal untuk menghapuskan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia untuk membentuk sebuah negara Republik Malaysia (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Apa tujuan di sebalik agenda puak pelampau burukkan institusi Raja?
Gerakan memburukkan Institusi Raja Raja Melayu merupakan agenda jangka panjang yang sentiasa diulang-ulang supaya lambat laun puak pelampau ini kemudiannya berjaya mempengaruhi orang ramai agar tidak suka kepada sebarang bentuk tradisi beraja.

Jika majoriti rakyat menyokong agenda mereka, maka kesannya amatlah buruk.
Mengapa mereka terlalu benci kepada Institusi Raja Raja Melayu?

Majlis Raja Raja Melayu merupakan benteng kukuh dari sudut perlembagaan dalam mempertahan banyak perkara dari segi perundangan.
Sekalipun puak pelampau ini menguasai lebih 2/3 parlimen, namun ada beberapa perkara pokok yang tidak boleh dipinda (dengan tujuan buruk) atau dimansuhkan jika tidak mendapat persetujuan Majlis Raja Raja Melayu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 159 memperuntukkan bahawa terdapat beberapa perkara yang jika mahu dipinda (atau dimansuh) mesti mendapat Bacaan Kali Kedua dan Ketiga yang disokong tidak kurang 2/3 ahli dan MESTI mendapat PERSETUJUAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU (BACA DI SINI).

Antaranya :
> Perizaban kuota (pendidikan, perjawatan awam dan permit/lesen ekonomi) selaras dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah Sarawak termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (BACA DI SINI).
> Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (BACA DI SINI).
- Bahagian III iaitu berkenaan pemerolehan dan penamatan kewarganegaraan, Perkara 14 (1) dan Perkara 25 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
- Kedaulatan, bidang kuasa hak, kedaulatan dan lain-lain yang dinikmati oleh raja-raja negeri, Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan (BACA DI SINI).
Benar, perlembagaan memberi jaminan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Namun, ada batas sekatan yang dikenakan.

Perkara 10 (4) memperuntukkan ‘sekatan’ melalui undang-undang, melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif (BACA DI SINI).
Untuk meminda Perkara 10(4) ini juga mesti mendapat persetujuan Majlis Raja Raja Melayu.


Mengikut Perkara 63 (2) dan Perkara 72 (2), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh dikenakan tindakan mahkamah berkenaan APA JUA yang mereka katakan dan undi di dalam dewan (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Namun, ia tidak terpakai kepada mereka yang dipertuduh atas kesalahan undang-undang di bawah Perkara 10(4) dan Akta Hasutan [rujuk Perkara 63(4) dan 72(4)].
Untuk meminda batasan kekebalan Ahli Parlimen atau ADUN seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 63 (2) dan Perkara 72 (2) serta Akta Hasutan 1948 memerlukan persetujuan Majlis Raja Raja Melayu (BACA DI SINI).
Peranan Institusi Raja Raja Melayu yang terdiri dari YDPA dan Majlis Raja-Raja amat besar dan penting dalam menjaga kestabilan politik negara.

Sejarah politik Malaysia sendiri telah menyaksikan bagaimana SPB YDP Agong telah menyelesaikan kemelut jawatan Perdana Menteri.
Kembali kepada agenda puak pelampau tadi, mereka bercita-cita mahu menegakkan cara pemerintahan Malaysia mengikut tangan mereka, namun disekat oleh Institusi Raja Raja Melayu.

Mereka mahu kebebasan sepenuhnya menurut kerangka demokrasi cara mereka, iaitu tanpa diimbangi kuasa raja, tanpa unsur tradisi kepribumian dan Islam khususnya.

Sekiranya runtuh Institusi Raja Raja Melayu di Malaysia, maka akan hilanglah identiti bangsa yang bernaung di bawah payung Raja Raja Melayu, iaitu bangsa Melayu yang menjadi pribumi di bumi ini.

Di keseluruhan kepulauan Tanah Melayu cuma Malaysia dan Brunei yang masih mempertahankan Institusi Raja Raja Melayu dan identiti bangsa Melayu sebagai bangsa pribumi.

Indonesia, Singapura, Vietnam, Kambodia, Myanmar telah melihat keruntuhan Institusi Raja Raja Melayu mereka dan sekali gus lenyapnya identiti bangsa yang menjadi pribumi di negara tersebut.

Mahukah kita ianya berlaku di tanah air kita?

Pertahankan Institusi Raja Raja Melayu di Malaysia!!!


Kredit :

fda

Archives