Dari sudut geo-politik, di peringkat pusat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memainkan peranan yang cukup penting sebagai insuran sokongan pengundi pada parti-parti politik tertentu...
Di peringkat negeri pula, Exco yang berkaitan Kerajaan Tempatan dan Perumahan mempunyai fungsi yang sama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...
Kenapa penting?
Kerana di peringkat negeri, Exco inilah yang mempunyai kuasa penuh ke atas PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya...
Dan pihak PBT inilah yang akan dan mampu memberi keselesaan terhadap aktiviti ekonomi, terutamanya kepada golongan B40 yang merupakan penyumbang besar dalam peratusan pengundian di dalam kotak undi...
Keselesaan terhadap aktiviti ekonomi yang boleh di jalankan, akan mempunyai pengaruh yang cukup besar terhadap sokongan rakyat pada sesuatu parti politik...
Dan pihak PBT akan sentiasa patuh dengan arahan-arahan semasa yang di keluarkan oleh Exco atau pun pihak Exco...
Selain dari mempunyai kuasa penuh ke atas pihak PBT, Exco yang berkaitan dengan Perumahan dan Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa penuh ke atas taburan penduduk...
Segala projek-projek perumahan, penempatan di kampung-kampung baru, hak milik tanah, perlesenan perniagaan dan sebagainya, adalah di bawah bidang kuasa Exco berkenaan...
Laman blog ini pernah mendedahkan mengenai perkara ini dalam tulisan yang bertajuk Strategi Licik DAP Menjajah Dan Menjarah Bangsa Melayu (BACA DI SINI)...
Apa yang pernah di terbitkan dalam laman blog ini, jelas terbukti seperti apa yang akan di dedahkan nanti...
Kerakusan Pimpinan DAP
Biar gambar berbicara untuk membuktikan kerakusan pimpinan DAP...
Apabila melihat gambar-gambar kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa di seluruh Malaysia, timbul pertanyaan pada fikiran kita, apakah projek-projek pembinaan tersebut telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar?
Terlupa pula, cawangan Jabatan Alam Sekitar di peringkat negeri berada di bawah cengkaman dan pengaruh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerajaan negeri yang pastinya terdiri dari pemimpin DAP!!!
JAHANAM Malaysia ni di kerjakan dek beruk2 PH...
Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh Menyerbu Peniaga-Peniaga Melayu Menjual Durian
Di kawasan penjualan Limau Bali Ipoh...
Kesian...
Gerai di runtuh...
Durian di rampas...
Bukannya sepanjang masa peniaga-peniaga kecil yang terdiri dari bangsa Melayu nak cari pendapatan lebih dari hasil jualan durian...
Tapi yer lah, kuasa di tangan DAP dan bila yang buat aduan terdiri dari peniaga-peniaga penyokong DAP, maka dengan sepantas kilat, arahan di keluarkan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melakukan 'serangan habis-habisan terhadap peniaga-peniaga kecil Melayu yang di anggap sampah oleh DAP...
Arahannya mudah, 'SHOW NO MERCY'!!!
Kita tak mengharapkan supaya Exco DAP bersifat ihsan dan kebih berperikemanusiaan seperti Tok Mat Hassan yang MELARANG pihak berkuasa tempatan mengganggu peniaga-peniaga kecil yang mahu menambah pendapatan, tapi inilah akibatnya, Kerajaan Pakatan yang berada di bawah cengkaman DAP memerintah Ipoh...
Menteri Besar kan orang Melayu...
Mmmm...
Malas nak cakap, biar gambar berbicara!!!
Sepatutnya, mereka ini boleh di beri lesen sementara untuk berniaga buah durian...
Durian bukan ke, buah bermusim...
Dan tidak menganggu jualan buah Limau Bali pun...
AJEE TAK CERDIK M.B.I. NIE...
Yang jadi mangsa, peniaga Melayu...
KESIAN...😢😢😢
Semua Kerajaan Negeri Di Bawah Pemerintahan PH Berada Dalam Cengkaman DAP
Perak : YB Yong Choo Kiong 》DAP
Johor : YB Tan Chen Choon 》DAP
Selangor : YB Ng Sze Han 》DAP
Negeri Sembilan : YB Teo Kok Seong 》DAP
Kedah : YB Tan Kok Yew 》DAP
Pulau Pinang : YB Jagdeep Singh 》DAP
Melaka : YB Tay Kok Kiew 》DAP
7 negeri berada dalam penguasaan DAP sepenuhnya dan sekali mereka mendapat kuasa, mereka akan gunakan segala-galanya untuk memperkukuhkan kuasa mereka seperti di Pulau Pinang...
Rakyat marhaen menderita, bukan masaalah mereka, yang penting pendokong mereka akan terus di manjakan...
Berkuasa di peringkat negeri dan pusat, membuatkan mereka sukar untuk di tumbangkan...
Benar, gelombang penyatuan ummah menggerunkan mereka tapi belum ada jaminan untuk menumbangkan mereka...
Kita jangan terlalu leka dan terpesona dengan penyatuan ummah...
Bukan admin menentang penyatuan ummah, bahkan admin menyokong seratus peratus tapi jangan kita terlalu yakin bahawa kita mampu mengambilalih kuasa pada PRU 15...
Ingat, peratusan pengundi Melayu cuma 60% itu pun di campur dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan Melayu sudah berpecah pada 5 parti...
Mereka sedang giat memperkukuhkan kuasa sedangkan pemimpin-pemimpin Melayu sedang leka melaksanakan dendam peribadi yang tak pernah padam, terlibat dengan amalan yang tak bermaruah dan leka kerana terpedaya dengan kuasa yang ada, itu pun dengan ihsan dari DAP...
Tanyalah diri kita sendiri, demi masa depan agama, bangsa dan tanah air, apakah kita mampu untuk berpecah lagi?