Friday, June 28, 2019

Sisa Toksik Sg. Kim Kim, Lagi Teruk, Bukan Selesai!!!


Bulan Mac lepas, kita di kejutkan dengan tragedi pencemaran sisa toksik Sg. Kim Kim (BACA DI SINI), yang mengancam lebih dari 3,000 penduduk tempatan termasuk kanak-kanak sekolah...


Tragedi Sg. Kim Kim bukan saja dapat perhatian media malah SPB YDP Agong sendiri memandang serius isu tersebut (BACA DI SINI)...

Dewan Rakyat telah meluluskan usul untuk mengadakan perbahasan khas mengenai pencemaran sisa toksik Sg. Kim Kim...

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, di minta memberikan penjelasan secara terperinci mengenai punca tragedi, jumlah mangsa yang terancam serta langkah-langkah yang sudah, telah dan akan di ambil untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi di masa hadapan...

Yeo Bee Yin juga tidak setuju dengan cadangan pembangkang supaya kerajaan mengisytiharkan darurat bencana alam...

Alasan Yeo Bee Yin ialah tiada keperluan mengisytiharkan darurat bencana alam kerana keadaan sudah dapat di kawal sepenuhnya dan semua langkah yang perlu sudah di ambil untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang lagi...

RM6.4 Juta Di Belanjakan Untuk Kerja Pembersihan Sisa Toksik Tapi Kenapa Keadaan Menjadi Semakin Teruk?



Bulan Mac yang lepas, kerajaan negeri Johor, menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di katakan telah meluluskan peruntukan kecemasan RM6.4 juta bagi mempercepatkan kerja pembersihan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pencemaran bahan kimia berbahaya...

Persoalannya, kenapa selepas sejumlah besar duit rakyat di gunakan tapi pencemaran sisa toksik yang boleh meragut nyawa penduduk tempatan boleh berulang lagi malah kali ini di katakan lebih serius dari kejadian yang lepas?

75 individu telah di rujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan daripada jumlah itu, empat pesakit masih menerima rawatan di wad biasa HSI...

Kerajaan Negeri Johor juga turut mencadangkan semua institusi pendidikan di kawasan Pasir Gudang di tutup mulai esok sehingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga...

Setakat Ahad, 16 sekolah, 1 politeknik dan 69 tadika di bawah Kementerian Pendidikan di arah tutup dari Ahad sehingga Khamis ini...

Ini tidak termasuk Sekolah Agama Taman Mawar dan 9 Tabika Perpaduan...

Tapi tu yang media tempatan lapurkanlah, bawah kebebasan bersuara ala Pakatan Harapan...


Tapi media asing lapurkan jumlah sekolah yang di arahkan tutup menjangkau 500 buah sekolah (BACA DI SINI)...

Siasatan menyeluruh mesti di lakukan ke atas kontraktor yang telah di beri tender kerja-kerja pembersihan sisa toksik Sg. Kim Kim...

Apakah pihak kontraktor telah melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut ketetapan dan garis panduan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Alam Sekitar...

Siapakah yang telah mengesahkan bahawa setiap ketetapan pihak berkuasa telah di patuhi sepenuhnya oleh pihak kontraktor?

Ketelusan penawaran dan pemberian tender juga perlu di siasat untuk memastikan tiada salah laku dalam pemberian tender...

Percanggahan Kenyataan Menteri Memburukkan Keadaan



Peringkat menteri pula keluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain...
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin kata 'sulah selamat loohhh' (BACA DI SINI)...


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula cakap, 'sah pencemaran bermula dari Sg. Kim Kim' (BACA DI SINI)...



Ada Timbalan Menteri pulak keluarkan kenyataan yang terlebih BANGANG (BACA DI SINI)...

Kemonlah, dah selamat atau belum selamat lagi nie...

Jangan 'telbulu-bulu' keluarkan kenyataan...

Ini berkaitan keselamatan dan nyawa penduduk setempat!!!

Kita tolak ketepilah kenyataan BANGANG mamat ijazah palsu tu, sebab dulu, kini dan selamanya BANGANG...

Rakyat dah beri mandat dan mandat tu ialah untuk memastikan kehidupan dan keselamatan rakyat terjamin dan bukan sebaliknya!!!

0 comments:

fda

Archives