Tuesday, June 30, 2020

Bulan Julai WARISAN Sabah Tumbang, Shafie Tidak Perlu Sibuk Dengan Percaturan Politik Pusat

|0 comments
Updated : 10.18 am


Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal kini sedang menjalani hari-hari terakhir sebagai Ketua Menteri Sabah akibat dari kemelut politik di Sabah yang semakin memuncak.

Bermula dari 2 ADUN UPKO, ADUN Kuala Penyu, Limus Jury dan ADUN Sugut, James Ratib yang mengumumkan keluar dari UPKO dan menjadi ADUN BEBAS yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pada 15 Jun 2020 lalu (BACA DI SINI).


Derita Shafie ditambah lagi bila 600 ahli WARISAN Bahagian Sepanggar pula mengumumkan keluar dari parti pada 24 Jun 2020 lalu (BACA DI SINI).

Alasan yang diberikan oleh Ketua Wirawati WARISAN Sepanggar, Raisa Abdul Ghaffur, ialah kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti WARISAN (BACA DI SINI).

Pengumuman 600 ahli WARISAN Bahagian Sepanggar itu menyebabkan penutupan 9 dari 81 cawangan WARISAN Bahagian Sepanggar.



Belum sempat Shafie menarik nafas, WARISAN dikejutkan lagi dengan pengumuman 4 cawangan WARISAN dari bahagian Kota Belud mengumumkan keluar parti dan bakal menyusul mereka ialah 500 lagi ahli WARISAN (BACA DI SINI).

Alasan yang mereka berikan adalah sama dengan alasan yang diberikan oleh ahli WARISAN bahagian Sepanggar, iaitu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan WARISAN di peringkat bahagian dan negeri serta karenah birokrasi di dalam parti WARISAN.

Angin sedang bertiup kencang dari Sabah dengan berita akan terdapat 16 ADUN dari WARISAN dan Pakatan Harapan akan beralih arah untuk menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.



Mereka dikhabarkan kini berada di peringkat terakhir perbincangan dengan Musa Aman dan Bung Mokhtar (UMNO) untuk membentuk kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri.

Seandainya kata sepakat dapat dicapai antara mereka, maka dengan rasminya kerajaan WARISAN Sabah di bawah kepimpinan Sahfie akan tumbang.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah berpunca dari kelemahan kepimpinan dan ketelusan Shafie dan WARISAN di dalam mengemudi jentera pentadbiran Sabah sehingga menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

Bermula dari isu Pas Sementera Sabah (PSS) dan kelemahan tadbir urus ekonomi negeri, kelemahan pengurusan krisis pandemik Covid-19 sehinggakan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah yang disalurkan tidak sampai ke golongan sasaran.

Tidak perlulah Shafie ikut sibuk di dalam percaturan politik di peringkat pusat kerana beliau sendiri akan kehilangan jawatan Ketua Menteri Sabah akibat runtuhnya Kerajaan WARISAN Sabah di dalam masa yang terdekat ini.

Monday, June 29, 2020

Atoq Tertekan, Keputusan Survey Tak Setuju Kembali PM

|0 comments

Dr Mahathir semakin tertekan dan sekarang tengah meroyan.



Dalam perjumpaan dengan serpihan akar umbi PPBM, Dr Mahathir sekali lagi dakwa, dia tidak hendak menjadi Perdana Menteri tetapi atas 'permintaan ramai', maka dia 'terpaksa' juga menjadi Perdana Menteri kalau Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional sekarang ini.

Modal yang Dr Mahathir gunakan ialah Pakatan Harapan sangat-sangat memerlukan beliau untuk mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.



Tapi kalau mengikut survey yang laman blog ini buat, tidak ada satu respondan pun yang mahu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kali ke 3 (LINK SURVEY DI SINI).

Dr Mahathir juga dakwa, tujuan beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi calun Perdana Menteri bukanlah kerana dia tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tetapi sebenarnya dia mahu membantu Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim tidak mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen yang cukup (BACA DI SINI)...😂😂😂


Sebenarnya memang sejak dari dulu, kini dan selamanya, selagi beliau hidup, selagi itu beliau tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.



Menyedari beliau sudah tidak lagi mendapat sokongan masyarakat Melayu, maka beliau gunakan Shafie Apdal untuk menekan Pakatan Harapan supaya bersetuju dengan cadangan beliau.

Beberapa penganalisis politik mengakui bahawa sokongan masyarakat Melayu terhadap Dr Mahathir bukan sahaja berkurangan tetapi jatuh merudum (BACA DI SINI).

Strategi Dr Mahathir menamakan Shafie Apdal sebagai calun Perdana Menteri adalah mengulangi strategi yang sama beliau lakukan ketika menekan Tun Abdullah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu supaya menerima calun Timbalan Perdana Menteri pilihan beliau ketika itu, DS Najib (BACA DI SINI).



Hakikatnya Dr Mahathir hanya gula-gulakan Shafie Apdal dan dengan menjanjikan inilah jalan keluar untuk Shafie Apdal dari merengkok di dalam penjara akibat dari kes salah guna kuasa beliau ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Maka, sekiranya Shafie menjadi Perdana Menteri, maka dia akan menjadi Perdana Menteri yang akan dikawal sepenuhnya oleh Dr Mahathir dan tidak akan ada masaalah untuk Dr Mahathir mengarahkan supaya Shafie mengambil Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Kalau kita imbas kembali sejarah, Dr Mahathir adalah satu-satunya ahli politik yang menentang ahli politik dari Malaysia Timur daripada menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).


Tetapi nampaknya strategi Dr Mahathir sudah dapat dihidu oleh Pakatan Harapan (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).

Dr Mahathir sebenarnya hanya memperalatkan DAP, PAN dan Shafie Apdal untuk membunuh terus karier politik Anwar Ibrahim kerana mungkin beliau merasakan selagi Anwar Ibrahim masih aktif kerana beliau boleh menjadi ancaman besar kepada Mukhriz, bukan sahaja untuk jawatan Perdana Menteri, malah untuk selama-lamanya selepas ketiadaan Dr Mahathir.

Sunday, June 28, 2020

SURVEY : Pengakuan Dr Mahathir, Fitnah Adalah Senjata Utama Dalam Politik, Layakkah Beliau Di Anggap Penyelamat Bangsa?

|0 comments

Pakar strategi DAP, Liew Chin Tong pernah mengakui DAP menggunakan strategi Bumi Hangus dalam politik.

Strategi yang digunakan DAP itu sangat memudaratkan rakyat dan negara.

Sewaktu berkuasa, segala-galanya akan dijarah, malah akan dimusnahkan sehingga ke tahap maksima supaya siapa sahaja yang berkuasa selepas itu tidak akan mempunyai apa-apa untuk digunakan bagi membangunkan rakyat dan negara (BACA DI SINI).

Tujuannya, supaya rakyat akan terus mengharapkan DAP kekal sebagai pemerintah selepas kerajaan yang baru mengambil alih kuasa tidak mampu membuat apa-apa pembangunan untuk rakyat dan negara.

Maka DAP akan dianggap oleh rakyat sebagai satu-satunya parti politik yang mampu mentadbir negara dengan baik.

Kita bernasib baik kerana DAP hanya berkesempatn memerintah selama 22 bulan.

DAP telah menyusun tindakan serampang 2 mata mereka dalam melaksanakan strategi dasar Bumi Hangus mereka.

Selama 22 bulan memerintah, DAP telah meletakkan proksi mereka baik di peringkat akar umbi mahu pun di peringkat pusat (BACA DI SINI).

Dan dalam masa yang sama, DAP menjual sewenang-wenangnya aset-aset strategik negara.

Itulah dasar Bumi Hangus yang tidak sempat dilaksanakan sepenuhnya oleh DAP.

Pada awalnya, ramai yang terkejut bila melihat Dr Mahathir yang pernah dianggap sebagai 'Ultra Malay' sanggup tidur sebantal dengan DAP.

Sedangkan sebelum ini, Dr Mahathir dilihat sangat-sangat memusuhi DAP yang sering beliau sendiri labelkan sebagai parti yang rasis.



Tetapi dengan pendedahan terbaru oleh Dr Mahathir sendiri, telah jelas kepada kita bahawa Dr Mahathir yang selama ini dianggap sebagai pejuang bangsa Melayu, sebenarnya adalah seorang ahli politik yang sanggup lakukan apa saja, asalkan beliau dapat terus berkuasa.

Malah secara tidak langsung, Dr Mahathir mendedahkan, FITNAH merupakan senjata utama beliau dalam menentang siapa sahaja yang dianggap sebagai musuh politik beliau (BACA DI SINI).

Sudah jelas lagi bersuluh, Dr Mahathir dan DAP selama ini adalah sealiran, sehati dan sejiwa.

Pengakuan yang dibuat sendiri oleh Dr Mahathir sudah jelas menunjukkan kepada kita siapa dan apa matlamat sebenar Dr Mahathir!!!

Nyatakan pendapat kita di dalam survey di bawah 👇

Apakah Dr Mahathir Layak Di Anggap Sebagai Pembela Bangsa?

Saturday, June 27, 2020

SURVEY : Kenapa Dr Mahathir Meroyan Hendak Jadi Perdana Menteri Lagi?

|0 comments

Dr Mahathir tengah meroyan!!!

Habis semua orang dia salahkan.

Anwar Ibrahim dia kata tidak sabar-sabar hendak jadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).



DS Najib sudah menjadi zikir harian Dr Mahathir, setiap kali buka mulut atau beri kenyataan, nama DS Najib tidak pernah lekang dari bibir Dr Mahathir (BACA DI SINI).



Terkini, Muhyiddin Yassin pula menjadi sasaran serangan Dr Mahathir. selain dari digelar pengkhianat, Dr Mahathir juga menuduh Muhyiddin merancang untuk membebaskan DS Najib dari semua pertuduhan mahkamah yang sedang beliau hadapi.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa selepas menjadi Perdana Menteri sebanyak 2+1 kali selama 22 tahun dan 22 bulan, Dr Mahathir masih lagi meroyan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi?



Alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir kononnya untuk memperbaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh DS Najib dan Muhyiddin Yassin.

Apa yang didakwa oleh Dr Mahathir ternyata tidak ada asasnya kerana pada kali ini dikatakan Dr Mahathir hanya meminta untuk menjadi Perdana Menteri selama 6 hingga 12 bulan sahaja.

Sedangkan selama 22 bulan berkuasa, Dr Mahathir bukan sahaja tidak berbuat apa-apa untuk membetulkan apa yang beliau dakwa telah dirosakkan oleh DS Najib dan Barisan Nasional, malah telah membuatkan keadaan rakyat dan negara lebih teruk.

Seakan menafikan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir, peguam Dr Mahathir, Matthias Chang mendedahkan, Dr Mahathir hendak menjadi Perdana Menteri semula kerana mahu mendapatkan semula duit yang telah dilaburkan oleh beliau dalam PRU 14 yang lepas (BACA DI SINI).



Raja Petra Kamarudin sependapat dengan Matthias yang berpendapat bahawa Dr Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri semula kerana selama 22 bulan menjadi Perdana Menteri yang ke 7 kerana tidak sempat untuk mendapatkan semula RM1.5 bilion yang telah dilaburkan Dr Mahathir dalam kempen PRU 14.

Admin serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian, apa sebab sebenarnya Dr Mahathir beriya-iya sangat mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi dalam survey di bawah ini 👇

BERIKAN PENDAPAT ANDA DI SINI

Friday, June 26, 2020

SURVEY : Adakah Dr Mahathir Dan Anwar Masih Relevan Dalam Politik Malaysia?

|0 comments

Pakatan Harapan kini berada di ambang kehancuran disebabkan oleh persengketaan yang tidak ada kesudahan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Bukan admin simpati, apa lagi menyokong Pakatan Harapan, tapi dalam sistem demokrasi, kita memerlukan barisan pembangkang yang mantap sebagai kuasa 'check and balance' kepada kerajaan yang memerintah.

Pakatan Harapan adalah satu-satunya barisan pembangkang yang ada dalam politik Malaysia dan sekiranya Pakatan Harapan berterusan bertelagah sesama sendiri, ianya adalah satu keadaa yang tidak sihat dalam sistem pemerintahan negara.

Bagi admin, kemelut yang tiada kesudahan dalam Pakatan Harapan hanya berpunca dari 2 watak, iaitu Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Kedua-duanya tamakkan kuasa dan hanya mementingkan agenda peribadi dari perjuangan membela nasib rakyat.

Terkini, Dr Mahathir 'demand' untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga dengan ugutan sekiranya kemahuan beliau tidak dipenuhi, beliau akan membawa serpihan Ahli Parlimen PPBM keluar dari Pakatan Harapan (BACA DI SINI), walau pun hakikatnya PPBM secara rasmi telah keluar dari Pakatan Harapan (BACA DI SINI).


Anwar pula enggan berkerjasama dengan Dr Mahathir kerana sudah berkali-kal terkena dengan Dr Mahathir.

Sampai sekarang tiada kata putus di antara mereka berdua sehingga rakyat sudah benar-benar bosan dengan perleingkahan yang tidak ada kesudahan ini.

Persoalannya, apakah mereka sudah terlalu yakin untuk meruntuhkan kerajaan hari ini hingga tiada ruang toleransi antara mereka?

Dan apakah rakyat masih merasakan mereka masih relevan dengan politik semasa di Malaysia?

Nyatakan pendapat anda dalam survey di bawah ini 👇

Berikan Pendapat Anda Di Sini

Thursday, June 25, 2020

SURVEY : Calon BEBAS Adalah Ayam Tambatan Dr Mahathir Dan Anwar, Siapa Pilihan Pengundi Chini?

|0 comments

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 20 Jun 2020 sebagai hari penamaan calon dan 4 Julai sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Chini (N23).

PRK Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia pada 7 Mei 2020 akibat serangan jantung.


20 Jun 2020, Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK DUN Chini (N23), Datuk Zaliza Zulkipli telah mengumumkan pertandingan 3 penjuru antara Mohd. Shahrim Md Zain dari Muafakat Nasional (BN) dengan Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (Timbalan Ketua Bahagian PPBM Pekan) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (PKR), namun kedua-duanya bertanding sebagai calon BEBAS.

Selain dari menjadi pilihanraya yang pertama diadakan ketika peperangan menentang wabak Covid-19, PRK Chini secara tersirat menjadi medan pertembungan antara team Dr Mahathir dan team Anwar Ibrahim dalam membuktikan kepada Pakatan Harapan, siapa yang lebih berkemampuan untuk mendapat sokongan pengundi Melayu dan seterusnya menjadi calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya buat kali kedua.

Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan sedar, adalah amat sukar untuk mereka merampas DUN Chini dari BN/Muafakat Nasional.

Apa lagi dengan momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan berada di tahap yang paling rendah sekarang ini, meletakkan calon di PRK Chini hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Maka Dr Mahathir dan Anwar mengambil kesempatan dengan menaja ayam tambatan mereka dengan bertanding di atas tiket BEBAS.

Mari kita survey untuk berikan mesej kepada Dr Mahathir dan Anwar, strategi mereka boleh kita hidu dan nyatakan siapa calon pilihan kita di PRK DUN (N23) Chini 👇

SURVEY : Siapa Calon Pilihan Di PRK DUN (N23) Chini?

Wednesday, June 24, 2020

SURVEY : Mungkinkah Kegagalan Menangkap Jho Low Memang Di Sengajakan?

|0 comments

1MDB adalah skrip utama Pakatan Harapan dalam kempen PRU 14 dan merupakan senjata utama mereka dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional yang sudah memereintah selama lebih 6 dekad.

Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional dengan tsunami politik dari rakyat.

Ramai rakyat Malaysia, terutamanya pengundi muda terpengaruh dengan cerita rekaan Pakatan Harapan mengenai 1MDB

Di awal pemerintahan Pakatan Harapan, mereka bertindak agresif dengan melakukan serbuan ke atas rumah mantan Perdana Menteri Ke 6, DS Najib dan merampas beberapa barangan peribadi DS Najib atas alasan ianya berkaitan dengan kes 1MDB.

Malah Pakatan Harapan turut mengarahkan pihak PDRM melakukan serbuan di rumah ibu DS Najib atas alasan yang sama.

Selain DS Najib yang menjadi watak utama dalam skrip Pakatan Harapan dalam siasatan 1MDB, Jho Low juga dikatakan memainkan peranan utama dan bersubahat dengan DS Najib dalam 'merompak' duit rakyat.

Penangkapan Jho Low adalah sangat penting untuk mendedahkan cerita sebenar mengenai 1MDB.

Malah dalam perbicaraan kes SRC yang melibatkan DS Najib, pihak peguambela menyatakan betapa pentingnya untuk kerajaan ketika itu menangkap dan membawa pulang Jho Low untuk membongkar kebenaran mengenai kes SRC dan 1MDB (BACA DI SINI).

Perdana Menteri Ke 7, Dr Mahathir telah menamatkan perkhidmatan Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara dan digantikan dengan Ketua Polis Negara baharu pilihan beliau, Hamid Bador.

Sejak dilantik menjadi Ketua Polis Negara, Hamid Bador telah mengeluarkan berbagai-bagai kenyataan tentang usaha menangkap dan membawa balik Jho Low ke Malaysia :

30 Mei 2019

Hamid Bador dengan penuh keyakinan memberi jaminan Jho Low akan ditangkap dalam tempoh terdekat (BACA DI SINI).

25 September 2019

Hamid Bador sekali lagi memberi jaminan Jho Low akan di bawa pulang selewat-lewatnya pada penghujung 2019 (BACA DI SINI).

3 Disember 2019

Menghampiri penghujung tahun 2019, Hamid Bador mengeluarkan kenyataan kononnya Jho Low sudah melakukan pembedahan plastik ke atas wajah beliau (BACA DI SINI),

Terkini, Hamid Bador mengakui gagal untuk menangkap dan membawa balik Jho Low (BACA DI SINI).

Ternyata, Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara telah gagal melaksanakan tugas terpenting beliau untuk menangkap dan membawa balik Jho Low dan beberapa orang saksi penting kes SRC dan 1MDB.

Malah sebagai Ketua Polis Negara, Hamid Bador juga telah memberikan beberapa alasan yang tidak munasabah untuk menutup kegagalan beliau.

Hamid Bador wajar meletak jawatan atau digantikan dengan segera.


Timbul persoalan kepada kita, apakah Jho Low dan beberapa saksi penting kes SRC dan 1MDB memang dilindungi atau mereka gagal ditangkap?

Berikan pendapat dalam survey di bawah 👇

Jho Low Dan Beberapa Saksi Penting Kes SRC Dan 1MDB Sengaja Di Lindungi Atau Gagal Di Tangkap?

Tuesday, June 23, 2020

SURVEY : Penolakan GPS Akan Jadikan Anwar PM Tepi Selamanya?

|0 comments

Ibarat hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong.

Anwar (PM Tepi Paling Lama Dalam Sejarah Politik), dimalukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg @ Abang Joe, apabila Abang Joe enggan menemui Anwar di Sarawak.

Anwar ke Sarawak dengan penerbangan yang ditempah khas semata-mata untuk menemui Abang Joe.

Sumber mengatakan tujuan Anwar ke Sarawak adalah kerana ingin melobi sokongan dari GPS di bawah pimpinan Abang Joe supaya memberikan sokongan kepada beliau sekiranya berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat nanti.

Tapi pendirian GPS adalah jelas, akan menyokong kerajaan persekutuan sekiranya dibentuk tanpa DAP dan Anwar Ibrahim.

Dalam percaturan Anwar yang mendakwa sudah mempunyai 96 sokongan Ahli Parlimen, sokongan dari GPS yang mempunyai 17 Ahli Parlimen akan membolehkan beliau memperolehi 113 dari 222 sokongan Ahli Parlimen.

Tetapi dengan penolakan GPS, kemelut PKR bersama rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan dan krisis dalaman PKR (BACA DI SINI) dan (DI SINI), apakah Anwar akan menjadi PM tepi buat selama-lamanya?

Berikan pendapat anda di sini 👇

Adakah Anda Setuju Anwar Adalah PM Tepi Selama-lamanya?

Monday, June 22, 2020

SURVEY : Patutkah Tun M Kembali Sebagai PM Kali Ke 3?

|0 comments

Dr Mahathir sering mendakwa beliau ingin bersara tetapi rakyat mahukan beliau terus menjadi Perdana Menteri.

Betulkah apa yang beliau dakwa atau itu cuma alasan beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri?

Kali ini admin harap pembaca dapat membantu admin dengan survey yang dilakukan supaya kita dapat berikan masej yang jelas kepada Dr Mahathir 👇👇👇

Kita Berikan Mesej Yang Jelas Kepada Dr Mahathir Melalui Survey Berikut

Friday, June 19, 2020

Dr Mahathir Dan Lim Guan Eng Mesti Jelaskan Ke Mana Duit Hasil Jualan Aset Negara Di Belanjakan!!!

|0 comments

Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan umum mengetahui pelbagai aset strategik negara terutamanya milik Melayu Bumiputera telah dijual dengan sewenang-wenangnya.

Tapi persoalannya berapa banyak?

DS Najib telah menyenaraikan senarai aset negara yang telah dijual oleh mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selama Pakatan Harapan memerintah antara pertengahan 2018 hingga awal 2020, kira-kira 22 bulan (BACA DI SINI).

1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun - RM8.41 bilion (Nov 2018).

2. Khazanah jual saham CIMB - RM364 juta (Dis 2018).

3. Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura - RM1.65 bilion (Feb 2019).

4. Khazanah jual saham Bank Filipina BDO Unibank kepada Filipina - RM415 juta (Feb 2019).
5. Boustead jual Hotel Royale Chulan kepada Singapura - RM197 juta (Feb 2019).

6. Khazanah jual saham Tenaga Nasional - RM1.05 bilion (April 2019).

7. Axiata jual aset digital kepada Singapura - RM580 juta (April 2019).

8. Menteri Kewangan jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia kepada syarikat Malaysia-China- RM7.41 bilion (Apr 2019).

9. Khazanah jual hartanah DUO kepada Singapura - RM4.73 bilion (Julai 2019).

10. Khazanah jual kepentingan saham dalam syarikat elektrik Arab Saudi kepada Malakoff - RM289 juta (Julai 2019).

11. Khazanah jual saham CIMB dengan cara pajakan- RM2 bilion (Julai 2019).

12. Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court kepada IHH yang kini milik Jepun- RM1.02 bilion (Sep 2019).


13. Khazanah jual lebuhraya tol Jakarta kepada syarikat Kanada- RM2.1 bilion (Sept 2019).
14. Khazanah jual Hotel Andaz Singapura dengan kepada syarikat Singapura - RM1.44 bilion (Okt 2019). 


Jumlah aset yang tersenarai di atas ialah sebanyak RM31.655 bilion, itu tidak termasuk aset Tabung Haji yang telah dijual dan duit Petronas yang dijarah oleh Lim Guan Eng.

Alasan yang sering digunakan ialah untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion!!!


Menteri Kewangan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, Tengku Zafrol  beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan kewangan dan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan beliau persoalkan keperluan Dr Mahathir dan Lim Guan Eng menjual aset negara dan membuat pinjaman luar (BACA DI SINI).


Malah dalam kenyataan terbaru Tengku Zafrol, beliau sekali lagi menegaskan negara tidak berada di ambang bankrap seperti yang sering diperkatakan oleh Dr Mahathir dan LIm Guan Eng. (BACA DI SINI).

Dr Mahathir dan Lim Guan Eng mesti memberikan penjelasan mengenai apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul.

Namun sehingga hari ini, kedua-dua mereka mengambil sikap berdiam diri tanpa memberikan apa-apa ulasan atau komen tentang apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul.

Apakah dengan sikap berdiam diri Dr Mahathir dan Lim Guan Eng bermaksud mereka mengakui kebenaran kenyataan Tengku Zafrul?

Sekiranya apa yang dikatakan oleh Tengku Zafrul itu benar, maka RCI perlu ditubuhkan segera untuk menyiasat kenapa Dr Mahathir dan Lim Guan Eng begitu rakus menjual aset negara tanpa ada keperluan yang mendesak!!!

Rakyat juga mahu tahu, ke mana puluhan bilion ringgit aset negara yang dijual itu dibelanjakan kerana kalau alasan mereka menjual aset negara untuk menjelaskan hutang, ternyata hutang luar negara bukan menyusut, malah bertambah dari RM686 bilion sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya kepada hampir mencecah RM1 trilion sewaktu mereka tumbang pada Februari 2020.

Rakyat perlu tahu kebenarannya kerana yang dijual adalah harta rakyat dan bukannya harta Dr Mahathir atau Lim Guan Eng!!!
fda

Archives