Friday, June 12, 2020

PPBM Akan Kembali Ke Pangkuan UMNO Atau Ahli Baru Muafakat Nasional?


Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

Apa yang dapat kita tafsirkan dari gambar di atas?


8 Jun yang lalu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan telah memberikan gambaran akan ada satu bentuk kerjasama di antara Muafakat Nasional dan PPBM (BACA DI SINI).

Menurut beliau, isu yang sering dimainkan oleh pembangkang iaitu pembahagian kerusi di dalam Pilihanraya Umum nanti, terutamanya antara UMNO dan PPBM telah pun diselesaikan malah telah pun dimuktamadkan secara perbincangan antara ketiga-tiga presiden parti, UMNO, PAS dan PPBM.

Apakah ini tanda bahawa PPBM akan kembali ke pangkuan UMNO (BACA DI SINI)?

Atau PPBM akan menjadi anggota baru Muafakat Nasional?

Tapi dari sumber, kuat mengatakan PPBM akan menjadi anggota baru Muafakat Nasional berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Takiyuddin.

Ini merupakan tanda yang amat jelas bahawa Pilihanraya Umum bakal diadakan dalam tempoh terdekat dan seperti yang dijangkakan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

Kalau PPBM mahu kembali ke pangkuan UMNO maka itu adalah urusan antara Zahid dan Muhyiddin tanpa penglibatan Presiden PAS, TG Hj. Hadi.

Apa pun persetujuannya nanti, pemerhati politik berpendapat perkembangan terbaru antara ketiga-tiga parti politik Melayu Islam itu, ianya akan mampu mengakhiri kemelut politik baharu yang cuba diwujudkan oleh Pakatan Harapan.

Tindakan Muhyiddin mengadakan kerjasama antara Muafakat Nasional dilihat sebagai tindakan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan menimpa PPBM memandangkan 5 orang ahli PPBM yang dipecat telah memfailkan tuntutan pemberhentian keahlian mereka dari PPBM dalam Mahkamah Tinggi memalui peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdullah (BACA DI SINI).


Maszlee Malik, salah seorang ahli PPBM yang dipecat cuba menjadi batu api dan penghasut dengan mengatakan denagan adanya kerjasama tersebut, maka kedudukan PPBM akan lebih tersisih kerana tidak mungkin PAS atau UMNO akan mengorbankan bilangan kerusi yang akan mereka tandingi dalam Pilihanraya Umum 15 nanti.

Namun pada pendapat admin, dakwaan Maszlee nyata adalah satu dakwaan yang langsung tidak berasas dan semata-mata bersifat dendam dan berniat jahat.

Dari sumber mengesahkan, UMNO dan PAS telah bersetuju mengorbankan sebahagian dari kerusi yang akan mereka tandingi bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru.

Ini bermakna, isu PPBM tersisih atau perbalahan pembahagian kerusi di Pilihanraya Umum 15 telah selesai dan dimuktamadkan dan dakwaan Maszlee ternyata tersasar.

Apa yang penting bagi rakyat Malaysia ialah sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat seperti yang ada sekarang ini dan bukannya kerajaan yang asyik berpolitik dan menabur fitnah seperti Pakatan Harapan.

0 comments:

fda

Archives