Wednesday, June 10, 2020

Mahkamah Bebaskan Musa Aman, Khalid Pula Yang Meroyan

Updated : 9.00 am


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam bela TS Musa Aman supaya anak guamnya dilepaskan dari 46 tuduhan rasuah (BACA DI SINI).

Pada Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi KL membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman daripada lima pertuduhan rasuah berjumlah AS$12.8 juta dalam transaksi berkaitan konsesi balak di negeri itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pembebasan itu walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.



Apa yang menarik, mahkamah yang melepaskan Musa Aman tetapi Khalid Samad pula yang meroyan...😇😇😇

Malah Khalid menuduh keputusan mahkamah itu dipengaruhi oleh campurtangan politik.

Mungkin Khalid lupa, ini era pemerintahan Perikatan Nasional dan bukannya lagi era pemerintahan Pakatan Harapan.

Kalau era Pakatan Harapan tidak hairan kes yang sedang berjalan di mahkamah dan sebahagian saksi sudah pun dipanggil tetapi boleh digugurkan tanpa sebarang sebab dan alasan yang munasabah.

Atau Khalid main hentam keromo tanpa meneliti sebab-sebab mengapa mahkamah membebaskan Musa Aman dari tuduhan rasuah.

Jadi Khalid sila hadamkan betul-betul fakta di bawah ini :

Kenyataan Dari Peguam Negara





Dalam satu kenyataan media, Jabatan Peguam Negara memaklumkan keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas Musa Aman setelah mendapat afidavit yang bertarikh 5 Jun 2020 dari mantan Peguam Negara, Gani Patail.







Dalam afidavit tersebut, Gani Patail secara jelas menyokong supaya tuduhan ke atas Musa digugurkan.

Alasan yang diberikan oleh Gani Patail ialah selepas siasatan penuh dijalankan, mendapati wang tersebut adalah sumbangan politik.

Keputusan yang dibuat itu adalah secara kolektif oleh individu peringkat atasan, iaitu bekas Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan bekas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali.

"Selepas kertas siasatan dikaji dan diteliti daripada sudut perundangan, bekas Peguam Negara menggunakan budi bicara beliau dan memutuskan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan pendakwaan."

"Oleh kerana terdapat representasi dan perkembangan terbaru dalam bentuk afidavit bekas Peguam Negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula keseluruhan keterangan bagi kes ini."

"Selepas meneliti semua keterangan sedia ada dan selepas perbincangan dengan pasukan pendakwaan serta siasatan bagi kes ini, saya memutuskan untuk menarik balik semua tuduhan terhadap Tan Sri Musa Aman."

Selain dari afidavit yang diterima dari Gani Patail, Peguam Negara, TS Idrus Harun, juga memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat setelah perkembangan terkini kes itu seperti dokumen dan saksi tidak mewajarkan untuk kes itu diteruskan (BACA DI SINI).

Untuk mengetahui sama ada pendakwaan kes tersebut atau pengguguran kes tersebut yang bersifat politik, Khalid boleh merujuk kepada penjelasan dari DS Najib (BACA DI SINI).





Dan untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang konspirasi yang  sebenarnya didalangi oleh Shafie Apdal dan anak saudaranya mengenai kes tuduhan ke atas Musa Aman, Khalid boleh tonton klip video di atas.


Jadi tidak perlulah Khalid mempolitikkan keputusan mahkamah itu atau menuduh kononnya keputusan mahkamah tersebut dibuat kerana ada ampurtangan politik.

Sekali lagi admin mahu tegaskan, ini zaman pemerintahan Perikatan Nasional dan bukannya zaman Pakatan Harapan di mana Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM malah mahkamah juga mesti akur dengan kehendak pemimpin politik.

0 comments:

fda

Archives