Sunday, September 30, 2018

Mungkinkah UMNO Hanya Akan Tinggal Sejarah Selepas Hari Natal 2018?

|0 comments

Blogger Raja Petra Kamaruddin mendedahkan usaha memusnahkan UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan cara unik dan tersendiri bagi menguburkan terus parti keramat Melayu Islam terbesar di dunia itu...

Dalam sidang media bersama2 wartawan Malaysia yang buat liputan Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, Mahathir sudah beri bayangan awal usaha jahatnya itu...

Namun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut tidak memberi secara terperinci usaha jahatnya itu secara terbuka kecuali beri petunjuk bahawa kesemua 191 bahagian UMNO akan di serap dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum akhir tahun ini dan dan ia sudah pun bermula bulan ini secara berperingkat melibatkan beberapa bahagian UMNO tertentu.

Mahathir Gunakan AMLA Untuk Menekan Ketua Bahagian UMNO


Secara teknikal tanpa 191 bahagian itu, UMNO boleh di bubarkan dan secara kebetulan tanpa sebarang dana untuk tanggung kos operasi harian akibat akaun di bekukan pihak berwajib, parti tersebut bakal tutup menjelang Krismas...

Mahathir memang sedar tidak mampu hasut jutaan ahli tegar UMNO keluar parti...

Apatah lagi ada 49 wakil di Dewan Rakyat selepas lima anggotanya tiba2 bertindak isytihar keluar UMNO

Rancangan beliau kini semakin berjaya...

Justeru cara paling mudah untuk haram UMNO ialah menerusi kaedah perundangan jenayah dengan ancaman dan ugutan terhadap 191 bahagian parti tersebut disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) 2001...

Undang2 berkenaan yang di wujudkan ketika era Mahathir itu bakal melumpuhkan UMNO...

Mahathir Perlukan UMNO Untuk Kukuhkan Kedudukan Peribadi Dan Kewangan PPBM


Kesemua bahagian itu akan di isytiharkan sebagai muflis kerana tiada duit lagi dan perlu di bubarkan segera...

Bagaimanapun untuk terus bergerak aktif, semua bahagian tersebut akan di serap masuk sebagai bahagian PPBM...

Dalam penstrukturan semula parti serpihan UMNO itu dan akan menjadi sebahagian daripada komponen PH yang bernaung di bawah PPBM...

Jika komplot ini berjaya, Mahathir akhirnya mampu menguburkan terus Barisan Nasional (BN) hujung tahun ini...

Di mana ketika ini hanya di sertai MCA dan MIC dengan masing2 hanya ada satu dan dua kerusi dalam Dewan Rakyat...


Ini juga bermakna PPBM akan ada 62 wakil di dalam Parlimen untuk muncul sebagai parti terbesar dalam PH mengatasi PKR...

Secara tidak langsung menghancurkan harapan Anwar Ibrahim untuk  menjadi Perdana Menteri ke 8...


Sama ada suka atau tidak, kita perlu akui bahawa Mahathir masih 'berbisa' dalam strategi politik diktator dengan pengalaman luas termasuk sebagai Perdana Menteri ke 4 selama 22 tahun...

Pucuk Pimpinan Mesti Bangkit Bersama2 Ahli UMNO Akar Umbi


Terserah kepada pucuk pimpinan Umno dan ahli Umno sendiri untuk menongkah arus kepada percaturan Mahathir...

Apakah pemimpin2 Umno akan terus dengan sindrom membisu dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat!!!


Memang kita akui kebenaran kata2 Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, kesetiaan ahli2 Umno di peringkat akar umbi masuh lagi kukuh...

Namun jika pemimpin tertinggi Umno masih lagi terus membiarkan kebangkitan ahli akar umbi yang masih setia pada wadah perjuangan parti ibarat anak ayam kehilangan ibu maka tidak mustahil menjelang akhir tahun parti keramat orang Melayu ini akan di talkinkan...

Seiring dengan keresahan rakyat dengan pentadbiran kerajaan PH, pemimpin utama Umno MESTI melakukan sesuatu untuk menggabungkan kesetiaan ahli Umno dan keresahan rakyat bagi memastikan UMNO terus relevan dalam pentas politik tanah air...

Sekiranya tidak, akan berlinanglah airmata mantan2 pemimpin Umno dan orang2 Umno yang benar2 ikhlas menyayangi Umno melihat akhirnya parti keramat kesayangan mereka di bunuh bukan sahaja oleh musuh2 Umno yang berada di luar Umno malah pemimpin2 Umno yang berada di dalam Umno sendiri!!!


Petikan dari sumber asal :

Tulisan blogger RPK
Malaysia Today

Saturday, September 29, 2018

Lagi Sekali Najib Sekolahkan Guan Eng Tentang Ekonomi

|0 comments


Datuk Seri Najib Tun Razak membidas 'rengekan' Lim Guan Eng yang mendakwa beliau mungkin akan di ingati sebagai Menteri Kewangan paling tak popular dalam sejarah kerana tidak mempunyai buah tangan untuk di berikan kepada rakyat...

Menurut Najib, kerajaan PH menggunakan alasan hutang telah mencecah RM1 trilion sejak memenangi Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) lalu tetapi ramai ahli2 ekonomi termasuk Moody's telah mempertikai kaedah mengira hutangyang di buat oleh kerajaan PH... 



Sebagai contoh, apabila Guan Eng menperincikan bagaimana hutang sudah menjadi RM1 trilion dia telah memberitahu bahawa RM201.4 bilion dari RM1 trilion ini ialah kerana kerajaan perlu membayar kos sewa dan kos penyelenggaraan...

Siapa antara kita yang menyewa rumah ataupun pejabat pernah mengambil kira atau memasukkan kos sewa dan kos penyelenggaraan sebagai hutang peribadi...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Punca Sebenar Keruncingan Ekonomi Malaysia Sekarang

Masalah pokok kerajaan hari ini sebenarnya ialah akibat daripada langkah di ambil mereka sendiri selepas PRU14 :


  • Memberi tempoh 3 bulan sifar cukai tanpa GST ataupun SST...
  • Menggantikan GST dengan SST...
  • Mengembalikan subsidi pukal dan pembatalan projek2 secara meluas...

Ini telah mengakibatkan kerajaan kehilangan dana sekurang2nya RM40 bilion setahun...

Ini tidak termasuk wang input GST yang perlu di bayar balik kerana GST tiba2 di sifarkan dan di mansuhkan...

Pembatalan projek2 secara meluas yang di buat kerajaan PH merupakan salah satu faktor kadar pertumbuhan ekonomi menjadi rendah...

Jika di tambah dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan bantuan termasuk bayaran BR1M maka ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi di dalam negara akan menjunam lebih banyak lagi sehingga Malaysia mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi...

"Tetapi lebih senang untuk mereka menuding jari kepada kerajaan lama dan saya dengan cerita hutang RM1 trilion" tambah Datuk Seri Najib lagi...

Ekonomi Dunia Mula Berkembang Tapi Ekonomi Malaysia Makin Menguncup

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan itu yakin bahawa bajet 2019 akan merupakan bajet defisit...

Bermakna hutang negara akan bertambah dan bukan di kurangkan...

Guan Eng sudah memberi gambaran ini akan berlaku kerana sejak minggu lalu... 

Guan Eng Gali Lubang Baru Untuk Tutup Lubang Lama


Beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menerbitkan lebih banyak bon kerajaan...

Menerbitkan bon maksudnya meminjam wang dan ini adalah hutang...

Dulu Rakyat Di Minta Berkorban Dengan Ujudkan Tabung Harapan Sekarang Dengan Bajet Defisit!!!



"Selama 9 tahun di bawah kerajaan BN pimpinan saya, saya tidak pernah meminta rakyat untuk berkorban"...

Ekonomi semakin bertumbuh dan bantuan kepada rakyat semakin bertambah... 

"Tiba2 apabila kerajaan PH mengambil alih dan mengubah polisi ekonomi Malaysia secara dasar, mereka mahu rakyat untuk bersedia berkorban" ujarnya lagi...

Tambah Najib lagi, kerajaan PH perlu terima hakikat bahawa polisi2 dan langkah2 sendiri yang telah menukar hala tuju ekonomi kepada arah yang lebih teruk dan akhirnya mahu rakyat berkorban ekoran dasar teruk itu...

Dahulunya, kita ada Program Transformasi Negara yang begitu teratur dan berkesan...

Kini kita ada menteri kewangan yang takut popularitinya terancam... 

Dan satu kerajaan yang minta rakyat untuk berkorban oleh kerana langkah2 regresif mereka" katanya...

Rujukan :

FB Datuk Seri Najib Razak
Mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia

Friday, September 28, 2018

Satu Lagi Kontrak Untuk Mokhzani Mahathir

|0 comments
Datuk Mokhzani Mahathir
Pengerusi & CEO Opcom Holding Bhd.

Malaysiakini lapurkan syarikat anak Perdana Menteri Malaysia Ke 7, Datuk Mokhzani Mahathir 'di anugerahkan' kontrak TM bernilai RM11.16 juta hanya 5 hari lepas PRU 14...

Wow, cepatnya...

Relax derrr, jangan cepat melenting sebab Utusan melapurkan yang Opcom Holding Bhd dapat kontrak tu cara tender terbuka...

Kita tak nak bincang cara Opcom dapat kontrak tu dari TM Bhd tapi apa yang kita nak bincangkan ialah apa mungkin zaman kegemilangan nepotisme dan kronisme akan berulang lagi bila Tun Mahathir jadi PM ke 7 macam yang berlaku masa Tun Mahathir jadi PM ke 4 dulu...

Betulker Nepotisme Dan Kronisme Amalan Mahathir Bila Berkuasa, Kalau Betul Apa Buktinya???


Dalam video klip yg berdurasi 1 minit 46 saat, Dr. Roslan Mohd Latif cara jelas terangkan tindakan2 Mahathir yang di kategorikan sebagai nepotisme sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri Malaysia ke 4...

Kekayaan mendadak yang anak2 Mahathir terutama Mokhzani Mahathir perolehi sepanjang era ayahnya jadi perdana menteri sangat meragukan...


Malah mendiang Karpal Singh dalam salah satu ceramah politik berazam untuk membongkar dan mendakwa bukan saja Mokhzani tetapi juga Mahathir atas segala salah guna kuasa sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun...

Kita tak nafikanlah anak Mahathir, Mokhzani memang pandai berniaga...

Tapi kejayaan luarbiasa tu nampak macam agak pelik sikit...

Lebih 30 Juta Rakyat Malaysia Tapi Kenapa Cuma 4 Orang Nie Jer Yang Dapat Kontrak Besar


Macam yang pernah Datuk Seri Anwar katakan, tak dak Melayu pandai berniaga ker, tak dak Cina pandai berniaga ker, tak dak Dayak pandai berniaga ker...🤔🤔🤔

Betul juga tu, lepas dia, dia, lepas dia, dia yang dapat projek!!!

Mahathir Kata Bagi Projek Pada Orang Tertentu Bukan Amalan Kronisme Tapi Membantu


Betullah tu membantu tapi kenapa dua tiga kerat jer yang di bantu...

Mahathir jadi perdana menteri pada 31 juta rakyat Malaysia dan bukannya perdana menteri pada 4 orang rakyat Malaysia tu jer...

Maksudnya kalau nak bantu, kena bantu semua rakyat Malaysia kannn...😉😉😉

Tongkat Punya Cerita


Bukan Mahathir ker yang selalu kata kita kena buang tongkat dan berdikari...


Nak tanya sikit, agak2nya anak2 Mahathir tu berjaya sebab dah buang tongkat atau sebab dapat tongkat sakti...😉😉😉


Kesimpulannya, kita tak larang malah tak boleh larang Mokhzani dan anak2 Mahathir untuk berniaga dan cari kekayaan dunia hanya kerana mereka anaj kepada perdana menteri...

Yang kita tak mahu, cerita kronisme dan nepotisme berulang lagi...

Lagi mengerikan kalau cerita bail out berulang lagi...

Kita tak mahu ada tangan2 ghaib buka khazanah negara dan ambil harta rakyat berbilion2 ringgit kerana nak selamatkan serikat anak2 atau kroni2 daripada rugi...

Kalau dah mampu bangunkan serikat sampai boleh untung berjuta2 ringgit setahun, dah tentulah juga mampu selamatkan serikat daripada rugi...



Rakyat tak pernah minta duit serikat mereka untuk tanggung kehidupan rakyat...

Jadi janganlah pulak gunakan duit rakyat untuk selamatkan serikat tu nanti yerrr...

Thursday, September 27, 2018

Pemilihan PKR : Setiausaha Politik Menteri Kerjaraya, YB Baru Bian , Tawar Kontrak Pada Pemimpin Tempatan

|0 comments
Betulker PKR Parti Suci...🤔🤔🤔

Pemilihan PKR yg di jangkakan berakhir November nie makin panas...🔥🔥🔥

Sikit hari dulu kecoh pasal Azmin dengan Rafizi sampaikan habis cerita dalam kain PKR jadi topik panas kedai kopi!!!

Tiba2 Nama Zakaria AbdulHamid Jadi Sebutan Ramai


Siapa Zakaria AbdulHamid nie...

Dalam PRU 14, Zakaria tewas pada Datuk Ismail Sabri di P090 Bera, Pahang...

Ketua cabang PKR Bera dan sekarang jadi setiausaha politik pada Menteri Kerjaraya, YB Baru Bian...


Zakaria juga bakal pertahankan kerusi Ketua PKR Cabang Bera dan dah tawarkan diri jadi calon Majlis Pimpinan Pusat PKR...

Projek Di Balas Dengan Undi Perwakilan


Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri bin Che Ab Razab mendedahkan yang Zakaria melakukan salah guna dengan mengagihkan projek pada pemimpin PKR temoatan peringkat akar umbi dengan bertujuan untuk dapatkan sokongan dalam pertandingan Ketua Cabang PKR Bera dan juga dalam pemilihan Majlis Kepimpinan Pusat...







Dalam satu mesyuarat dengan pemimpin PKR tempatan peringkat akar umbi, Zakaria juga di katakan akan menerima 2 lagi peruntukan dari
YB Zuraidah Kamaruddin, menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan dan Tempatan dan juga dari Datuk Seri Azmin Ali, menteri di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi...

Apa Tindakan Yang Akan Di Ambil Oleh SPRM Dan Pucuk Kepimpinan PKR





Surat aduan pada pengurusan tertinggi PKR dah di buat...



Lapuran pada SPRM pun dah di buat oleh pengadu, Ahmad Shukri...


Ahli parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng, mahu Baru pecat Zakaria daripada jadi setiausaha politiknya...

Rakyat Menunggu Apa Kesudahan Kes Nie



Tak kesahlah mengganggu ker, tak mengganggu ker, rakyat nak tindakan di ambil kalau dakwaan tu terbukti benar...

Bukan hanya pada Zakaria jer tapi juga pada Zuraidah dan Azmin...

Tak kesahlah mengganggu ker tak mengganggu ker, rakyat mahu tindakan di ambil kalau dakwaan tu terbukti benar...

Rakyat nak tahu, atas dasar apa Azmin dan Zuraidah menjanjikan peruntukan yang begitu besar pada Zakaria...

Apakah ada unsur perjanjian pemberian projek dengan pulangan sokongan pada pemilihan PKR nanti...🤔🤔🤔


Kerana peruntukan wang yang di janjikan tu ialah wang rakyat!!!

Ingat yer, itu wang bukan Ahmad Albab yang punya tapi rakyat punya!!!

Kalau terbukti dakwaan tu benarlah...

Kotakan Janji Dengan Perbuatan Dan Bukannya Dengan Perkataan


Rakyat dah bosan...

Baru peringkat ikan bilis dah janjikan habuan ratusan ribu...

Do What You Say...
Say What You Do...
Don't Do What You Don't Say...
And Don't Say What You Don't Do...

Dengan lain2 perkataan, JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!

Wednesday, September 26, 2018

Isu Hutang PTPTN : PH Janganlah Malu Gunakan Pendekatan Kerajaan BN Dulu

|0 comments
Sebelum PRU 13 Lagi Pakatan Harapan Dah Jadikan Isu Pendidikan Percuma Sebagai Janji Populis Pilihanraya

Ramai peminjam PTPTN tidak melunaskan hutang ekoran termakan janji Pakatan Harapan (PH) tabung itu akan di mansuhkan apabila mengambil alih kerajaan...


Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Mantan Pengerusi PTPTN

Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata ramai yang terpedaya dengan janji populis yang di buat oleh PH sebelum PRU 13 lalu...


"Saya ingin kongsi pengalaman bahawa pernah suatu ketika aliran pusingan kewangan PTPTN berada dalam keadaan tidak baik dan jauh merosot"...


"Ramai yang tidak membayar pinjaman"... 


"Kenapa mereka tidak mahu bayar"...


"Ini kerana terpengaruh dengan mainan politik dan janji populis pembangkang ketika itu"... 




"Menjelang PRU13, ramai terpedaya kononnya hutang PTPTN akan di hapuskan"... 


"Kesannya aliran kewangan PTPTN begitu teruk akibat ramai tidak membayar pinjaman kerana terpengaruh dengan janji pembangkang untuk hapuskan hutang dan PTPTN"...

"Bila ramai tak bayar, menyebabkan dana tidak cukup maka potongan terpaksa di buat sebanyak 5% kepada pelajar ke IPTA dan 15%  pinjaman pelajar ke IPTS"...

"Ini satu daripada 'jasa' pembangkang ketika itu kepada rakyat"... 


"Potongan terpaksa di buat kerana kutipan jatuh hanya sekitar RM50 juta sebulan dan hanya sekitar RM700 juta setahun ketika itu"...


"Sedangkan PTPTN mesti mengutip semula pinjamannya paling kurang RM900 juta setahun"...


"Inilah kesannya jika ramai tidak membayar hutang pinjaman" jelasnya...


Menekan Peminjam PTPTN Bukanlah Cara Terbaik



Dalam pada itu beliau bersetuju kalau usaha di buat supaya penerima pinjaman PTPTN membayar hutang pinjaman mereka...

"Ini kerana itulah yang di lakukan oleh PTPTN sewaktu di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu"...

"Walaupun usaha kita dulunya di tentang dan kononnya kita zalim serta tidak menjaga anak muda, namun itu di buat untuk pastikan aliran pusingan kewangan kita berjalan dengan baik demi kelestarian PTPTN serta memastikan keupayaan PTPTN menyediakan dana secukupnya untuk hampir 200,000 pelajar baharu dan sekitar 600,000 pelajar sedia ada yang sedang belajar di universiti"...


"Setiap tahun PTPTN mesti sediakan dana antara RM3 bilion - RM4 bilion untuk keperluan pembiayaan pendidikan"...


"Ini kita lakukan dalam usaha mengurangkan kebergantungan PTPTN kepada institusi kewangan bagi mendapatkan dana untuk pembiayaan pelajar"... 


"Kita mahu gunakan kutipan balik itu untuk di berikan pula kepada pelajar baharu", katanya...




Selain itu, beliau juga merasakan tidak wajar melabelkan semua peminjam PTPTN sebagai tidak amanah...

"Jika melabelkan keseluruhan mereka sebagai 'tidak amanah" ia rasanya adalah tidak berapa sesuai"... 


"Ini kerana kerajaan atau Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN perlu memahami bahawa banyak sebab kenapa mereka yang telah dapat pembiayaan ini tidak membayar balik pinjaman"...


"Saya akui ada sebahagiannya memang sengaja tidak mahu membayarnya walaupun mereka sudah punyai pendapatan tetap"...

"Ada juga faktor lain yang menyebabkan mereka tidak bayar misalnya masih lagi tidak bekerja, ada yang bekerja tetapi pekerjaan mereka masih di bawah tahap kelulusan yang mereka miliki"...


"Kalau hendak di teliti, banyak lagi faktor lain tetapi juga ramai yang tidak bayar hutang sebenarnya kerana terpengaruh dengan janji pembangkang dahulu yang menjadi kerajaan sekarang"...

"Pada saya apa yang penting Kerajaan PH melalui Pengerusi PTPTN mesti lakukan usaha secara bersungguh"... 


"Ketika ini belum nampak sesuatu pendekatan terbaharu kerajaan lakukan melainkan hanya kenyataan media sahaja atau menyambung apa yang PTPTN lakukan sejak dulu"...




"Walaupun melepaskan sekatan imigresen di lakukan, pada saya itulah antara punca jumlah kutipan merosot dan menyebabkan bilangan mereka tidak membayar hutang sukar di kurangkan"... 


"Ini kerana polisi itu mengalakkan mereka tidak membayar hutang"...


Kerajaan Sepatutnya Bantu Anak Muda Bayar Balik Hutang PTPTN Dan Bukannya Menekan Mereka



"Kerajaan BN dahulu telah melakukan pelbagai usaha mengalakkan pembayaran di lakukan"...



"Antaranya ialah memberikan diskaun 10% kepada yang membayar sekurangnya 50% pinjamannya atau kepada mereka membuat potong gaji dan 20% yang membayar penuh baki hutangnya"...


"Ini yang kita lakukan"... 


"Malah saya ingat PTPTN di zaman Kerajaan BN telah mempermudahkan segala urusan di mana mengurangkan urusan di kaunter dan hanya berurusan di hujung jari melalui pelbagai kaedah setanding malah ada di antaranya melebihi apa yang di lakukan oleh institusi kewangan dalam negara ini'...




"Pada sambutan Ulang Tahun Ke-20 Tahun PTPTN pada awal 2018 lalu, PTPTN melancarkan program 'Jobmatching' iaitu program Nasional Blue Ocean Strategy (NBOS) atau kolobrasi dengan sektor swasta di mana antara lain ia adalah usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada peminjam kita yang tidak mampu membayar pinjaman"...


"Sewaktu kerajaan BN terdahulu mempelbagaikan usaha untuk mendapatkan semula pinjaman PTPTN"... 


"Kita lakukan pelbagai usaha dan tidak menyalah atau memaksa mereka membayar saja malah melaksanakan konsep mesra pelanggan atau #bolehbincang"...


"Semua langkah ini berjaya membuahkan hasil iaitu mengikut rekod menjelang 2018 kita telah berjaya kurangkan jumlah peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjamam mereka"... 


"Iaitu mereka yang di kumpulan langsung tidak pernah membayar balik pinjaman"...


"Malah kutipan balik pinjaman PTPTN meningkat 2016 kepada sekitar RM3.4 bilion setahun dan lebih RM3.9 bilion diperolehi pada 2017 bersama dengan Simpanan SSPNi PTPTN"...


"PTPTN sejak beberapa tahun telah menukar imejnya kepada Tabung Pendidikan PTPTN"...


"Ini sebagai usaha kerajaan ketika itu menggalak rakyat menabung agar kebergantungan kepada pinjaman di kurangkan dan rakyat beralih untuk melanjutkan pelajaran dengan menggunakan duit simpanan mereka"...



"Kerajaan PH hanya melabelkan peminjam dengan pelbagai gelaran ia adalah tidak wajar sebaliknya usaha sebagaimana kerajaan terdahulu lakukan hendaklah di buat"...

"Kalau di tanya siapa sebenarnya yang tidak amanah tentulah kerajaan hari ini"...

"Ini adalah kerana rakyat khususnya anak muda mengundi mereka kerana termakan janji manis Pakatan Harapan sewaktu kempen menjelang PRU14"...

"Apabila janji tidak di tunai itu sebenarnya tidak amanah"...

Sebagai bekas Pengerusi PTPTN, beliau memang tidak setuju jika bayaran balik di mulai di tangga gaji RM4,000.

"Walaupun alasan Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN, kononnya data PTPTN tidak lengkap yang menjadi punca ia tidak di laksana, tetapi bagi saya ia adalah alasan beliau untuk mengelak melaksanakannya kerana mungkin apabila sudah menjadi Pengerusi PTPTN baharu dia sedar bahawa kesan besar pada kewangan PTPTN akan berlaku jika ia di laksana"...

"Dan satu lagi ingin saya nyatakan adalah tidak tepat jika mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri telah mendidik peminjam agar tidak bayar hutang PTPTN"...

"Kerana lihatlah siapa yang tidak bayarnya"...

"Ada antara mereka adalah daripada kumpulan pertama atau terawal mendapat pinjaman yakni sebelum Datuk Seri Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi" katanya...


Rujukan :
UTUSAN ONLINE

Tuesday, September 25, 2018

Jawapan YB Lim Guan Eng Pada Soalan2 Datuk Seri Najib Razak

|0 comments

Nampaknya Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng masih tak berpuas hati dengan jawapan2 dan penelitian saya tentang hal ehwal ekonomi negara...

Oleh itu saya kemukakan soalan2 untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba2 mahu menuding jari kepada saya...


Datuk Seri Najib Tanya, YB Lim Guan Eng Jawab



》Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar GST selama 3 bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST di sifarkan pada Jun 2018...

Adakah benar Malaysia adalah satu2nya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada SST pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku kedua 2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak 2008) daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion bagi tahun sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5% bagi suku kedua 2018 adalah di bawah unjuran, nilai ringgit (RM) menyusut sebanyak 30 sen berbanding dolar Amerika (USD), berpuluh bilion ringgit pelaburan saham dan modal keluar dari Malaysia manakala Rizab Antarabangsa BNM menyusut dari USD$110 bilion setiap bulan kepada USD$103.9 bilion sehingga 15 September 2018...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar tekanan utama terhadap kewangan negara tahun depan ialah kehilangan pendapatan RM40 bilion setahun berikutan penghapusan GST dan peningkatan subsidi pukal...

Jawapan Guan Eng :



Adakah benar pembatalan dan penangguhan pelbagai projek turut menyebabkan kehilangan pekerjaan baru dan sedia ada selain penyusutan pertumbuhan ekonomi menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan negara akan terjerumus ke dalam kemelesetan tidak lama lagi...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar di sebalik dakwaan Pakatan Harapan bahawa Malaysia akan bankrap selama 10 tahun sebelum ini dan kononnya kerajaan terdahulu tak pandai mengurus ekonomi, BN secara konsisten berjaya mengurangkan defisit bajet setiap tahun, meningkatkan BR1M, meningkatkan gaji kakitangan awam dan gaji minimum serta mengekalkan pertumbuhan KDNK antara tertinggi di dunia termasuk mengatasi Singapura sejak 2011 manakala eksport meningkat setiap tahun...

Jawapan Guan Eng :




Adakah sebab inilah mengapa Guan Eng pada minggu lalu berkata ekonomi Malaysia masih kukuh dengan menyatakan 8 faktor kepada kenyataan itu...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar dengan menyalahkan saya dan kerajaan lalu adalah alasan paling mudah untuk di gunakan sebagai 'keputusan sukar' bagi bajet akan datang di mana di jangkakan bantuan untuk rakyat akan di hentikan, pinjaman kerajaan akan meningkat dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah biarpun ia sebenarnya adalah akibat polisi, perancangan teruk dan salah tadbir anda sendiri yang menjadi penyebabnya...

Jawapan Guan Eng :



Adakah benar, sebagaimana pernah saya jelaskan dua kali sebelum ini, adalah mustahil wang di satukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat 'buffer' dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan dan saya pernah tanya dua kali kepada Guan Eng untuk beri jawapan pada jadual di bawah untuk tunjukkan kepada rakyat bagaimana ia berlaku namun tidak pernah di jawab...

Jawapan Guan Eng :





Adakah benar jika dakwaan anda benar sekalipun kononnya ia hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, anda mempunyai akses kepada akaun kerajaan dan dengan mudah untuk mendapatkan jawapan ke mana wang itu di belanjakan...

Kenapa tanya saya pula...

Jawapan Guan Eng :





Adakah benar di sebalik anda mendakwa lebih 1.5 juta orang akan terkesan dari tuntutan LHDN yang tidak di kembalikan, tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan pernah menyuarakan isu ini sepanjang 10 tahun lalu dan tak pernah menjadi masalah namun tiba2 ia menjadi masalah...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar anda hanya mengetahui kononnya terdapat kelompongan RM35 bilion bagi tuntutan GST dan LHDN selepas 3 bulan anda menjadi menteri kewangan dan secara kebetulan selepas anda mengetahui terdapat lonjakan tinggi bagi tuntutan input GST selepas GST sifar pada Jun 2018...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar saya sudah bertanya berulangkali kepada anda untuk memulakan RCI terhadap 'kehilangan RM35 bilion' ini berikutan jumlahnya yang besar namun anda tidak berani beri jawapan...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar liabiliti kontijensi di laporkan secara telus setiap tahun termasuk di bawah akaun BNM dan ia sekaligus buktikan bahawa kerajaan lalu tak pernah sembunyikan sebarang hutang atau liabiliti kontijensi...

Jawapan Guan Eng :




Jika benar hutang negara adalah RM1 trilion sebagaimana dakwaan anda dan kita berada di pinggir krisis kewangan, mengapa kesemua agensi penarafan kewangan antarabangsa, IMF dan Bank Dunia berikan kita penarafan A...

Jawapan Guan Eng :




Beranikah anda menyatakan secara terbuka bahawa agensi penarafan kewangan antarabangsa itu semua serta IMF dan Bank Dunia tidak kompeten atau bersengkongkol dengan kerajaan lalu untuk menipu dunia...

Jawapan Guan Eng :




》Anda menyebut dalam kenyataan hari ini bahawa tiada kaitan antara harga minyak dan nilai Ringgit disebalik pelbagai kajian dan analisa menyatakan sebaliknya....



Mungkin anda terlalu malas untuk membaca, mungkin anda boleh rujuk kepada carta di atas (saya lukis kerana mungkin anda malas baca)...

Jawapan Guan Eng :




Guan Eng juga boleh baca tentang kaitan nilai Ringgit dengan harga minyak dunia di sini:
https://www.commoditytrademantra.com/…/is-there-a-relation…/

ataupun dari The Edge bulan Julai di sini:
http://www.theedgemarkets.com/…/state-nation-factors-move-r…

Banyak lagi rujukan boleh di cari jika Guan Eng benar2 mahu menambah pengetahuan beliau mengenai hubungan nilai ringgit dengan harga minyak...

Saya tahu Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab semua soalan2 di atas ini tetapi saya tetap mahu kemukakan agar rakyat faham...


Agak2 Siapa Doraemon...🤔🤔🤔

Selepas ini saya jangka Kit Siang akan mengeluarkan lagi banyak kenyataan akhbar untuk marah saya...



Tidak dapat di nafikan bahawa Guan Eng adalah ahli politik yang berbakat terutama dalam memutarbelit dan gemar menyalahkan orang lain dalam menyakinkan penyokongnya...

Tetapi ini adalah ekonomi sebenar yang berlandaskan kepada fakta angka sebenar dan akan memberi kesan kepada kehidupan 31 juta rakyat Malaysia selain masa depan negara ini...

Tiada sekelumit putar belit pun akan membantu anda jika pengurusan serta polisi anda teruk...

Monday, September 24, 2018

Ingat Janji2 PPBM Usah Di Lalai Politik Regim Madey - 2

|0 comments
Insentif Pakatan Harapan Jika Barisan Nasional Di Rehatkan PRU 14 Akan Datang


Itu janji Tun Dr. Mahathir sebelum menang PRU 14...

Keluaran laman blog nie semalam dah buktikan janji2 5 Teras Utama Membasmi Rasuah Pakatan Harapan hanya sekadar retorik dan hasilnya setakat hari dan saat ini, amalan rasuah, salah guna kuasa, kronisma dan neopotisma bukan semakin berkurangan malahan semakin subur di bumi Malaysia...

Macam yang di janjikan, hari nie kita tenguk pula 45 Insentif yang Pakatan Harapan janji kalau menang PRU 14 yang lalu...

45 Insentif Yang Pakatan Harapan Janji Pada Rakyat

  1. Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di tingkatkan.
  2. Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.
  3. Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 - RM1000
  4. Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.
  5. Lesen motosikal Percuma.
  6. Mansuh GST.
  7. Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.
  8. Bantuan Pendidikan Percuma.
  9. Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.
  10. Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.
  11. Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.
  12. Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.
  13. Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.
  14. Menstabilkan harga barang.
  15. Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal  kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.
  16. Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.
  17. Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.
  18. Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.
  19. Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.
  20. Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.
  21. Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.
  22. Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.
  23. Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.
  24. Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.
  25. Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.
  26. Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.
  27. Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.
  28. Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.
  29. Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.
  30. Insentif tunai Kelahiran Baru.
  31. Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa.
  32. Menarik pelabur asing lebih banyak.
  33. Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  34. Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.
  35. Khidmat kesihatan Percuma.
  36. Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.
  37. Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.
  38. Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.
  39. Menaik taraf kehidupan Rakyat.
  40. Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.
  41. Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.
  42. Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.
  43. Memansuhkan sistem AES.
  44. Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.
  45. Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.

Panjang senarai  yang PH janjikan...

Dah Lebih 100 Hari, Apa Cerrr...



Jawapan muktamad GAGAL!!!

Kenapa Gagal ???



Laa...

Rupa2nya memang selama nie PH tak ada niat langsung nak tunaikan janji...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Apa Mahathir Nak Buat Bila Dah Kompom Tak Dapat Tunaikan Janji


Jelas, Mahathir nak kerajaan PH cari alasan yang bagus supaya rakyat tak marah bila dapat tahu dah kena kencing...

Apa Alasan Kerajaan PH Bila Tak Dapat Tunaikan Janji

Kalau kita peratikan apa yg tengah berlaku sekarang, antara ALASAN yang sengaja di ada2kan terbahagi pada 2 :

1) Menyalahkan Kerajaan BN


Rakyat pasti boleh dapat WAANNGGG...

Tapi sikalang, mana itu WAANNGGG!!!

Menyalahkan dasar2 kerajaan terdahulu (BN) di lakukan secara berterusan...

Dengan harapan, rakyat akan berpendapat kerajaan PH menghadapi kesukaran untuk tunaikan janji sebab dasar2 kerajaan terdahulu (BN)...


Hakikatnya, bukan dasar2 kerajaan terdahulu (BN) yang jadi halangan...

Tapi dasar kerajaan PH sendiri yang jadi penghalang pada kesinambungan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat...


Kegopohan dan kesilapan melaungkan hutang luar negara dari RM686.8 bilion kepada RM1.4 trilion telah menyebabkan keyakinan pelabur luar negara hilang dan nilai ringgit jatuh ke paras terburuk...

Kejatuhan ringgit dengan sendirinya menjadikan hutang luar negara yang gunakan USD malambung!!!

2) Mengalih Perhatian Rakyat Pada Isu Lain


Isu yang paling gemar dan di rasakan berkesan oleh Mahathir dan konco2 dia ialah 'isu penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan terdahulu (BN)' terutamanya Datuk Seri Najib dalam skandal 1MDB...

Sejak sebelum PRU 14 lagi, Mahathir dgn konco2 dia melakukan serangan berbentuk 'character assassin' pada Datuk Seri Najib dengan menabur fitnah dan melabel Datuk Seri Najib sebagai perompak yang melakukan kerosakan pada negara...

Sentimen emosi kemarahan dan kebencian anak2 muda terus di mainkan dengan jayanya oleh Mahathir dan konco2 beliau...

Bila kemarahan dan kebencian anak muda terhadap mantan kerajaan Barisan Nasional makin memuncak maka Mahathir dan konco2 dia menaburkan pula janji2 manis berupa bulan dan bintang...

Waktu itu rakyat dan anak2 muda merasa sangat yakin bahawa kesempitan hidup yang di rasakan ketika itu adalah kerana salah laku pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional ketika itu dan bukannya kerana himpitan kemelesetan ekonomi dunia...

Jadi tak hairanlah dalam video klip di atas tu Mahathir dengan selamba cakap, janji2 tu di buat dalam keadaan Pakatan Harapan rasakan tak boleh menang PRU 14...


Dengan menggunakan strategi yang sama, Mahathir di lihat terus membakar kemarahan dan kebencian rakyat untuk mengalihkan perhatian rakyat dari menuntut janji2 PRU 14 yang mereka sendiri lafazkan...

Mahathir secara terus2an dakwa yang bukti dah cukuplah, Datuk Seri Najib akan ke penjaralah...


Tapi bila di bawa ke mahkamah pihak pendakwaraya mengejutkan semua pihak bila mengakui yang mereka belum bersedia...


Bukan saja Datuk Seri Najib di berikan tekanan malahan hampir semua kepimpinan Umno di berikan tekanan menggunakan strategi yang sama...


Memang benar kata2 YM Sultan Selangor, kemarahan Mahathir akan membakar seluruh negara...

Jangan Biarkan Diri Kita Di Peralatkan Lagi


Sebenarnya Mahathir ada alasan peribadi tersendiri untuk menyerang dan menjatuhkan Datuk Seri Najib...

Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional di jatuhkan bukanlah kerana mahu menyelamatkan Malaysia dari pemerintahan kleptokrasi seperti yang di dakwa...

Kita akui memang ada kepincangan sikit2 di sana sini pada jentera pentadbiran mantan kerajaan Barisan Nasional namun ianya jauh lebih terkawal daripada kerosakan dan kepincangan yang berlaku pada era pertama Mahathir sebagai perdana menteri selama 22 tahun dulu...

Fikir dan renungkanlah dengan hati dan fikiran yang terbuka serta rasional...

Sekiranya benar berlaku kerosakan berskala besar dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional era Datuk Seri Najib, apakah mungkin nilai ringgit berada dalam keadaan yang kukuh dan antara terbaik dalam sejarah Malaysia!!!

Apakah mungkin penarafan ekonomi Malaysia melonjak hingga (A-) oleh penilai ekonomi antarabangsa yang berkredibiliti!!!

Apakah mungkin pelaburan asing dapat di bawa masuk hingga puluhan malahan ratusan bilion ringgit setahun!!!

Apakah indeks bursa saham di Bursa Saham Malaysia boleh terus melonjak dari hari ke hari!!!

Sampai Bila Mahathir Mahu Gunakan Fitnah Sebagai Alat Mengalihkan Isu Dan Alat Melempiaskan Dendam Peribadi



Ramai rakyat dah mula sedar akan kesilapan mereka semasa PRU 14 lalu...

Namun masih ada lagi yang masih terus seronok di peralatkan dengan api fitnah Mahathir...


Di samping kita menikmati permainan politik kebencian yang Mahathir mainkan jangan sekali2 kita lupakan janji2 manifesto yang dah mereka lafazkan...


Bila2 masa rakyat boleh dan sanggup berkorban untuk ugama, tanah air dan bangsa tapi sanggupkah pemimpin berkorban untuk rakyat...

Mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat dan telah kita laksanakan...

Dan menunaikan janji adalah tanggungjawab mereka sebagai kerajaan dan WAJIB mereka laksanakan...

KITA TAK NAK DENGAR ALASAN TAPI KITA NAK JANJI DI TUNAIKAN!!!
fda

Archives