Wednesday, October 31, 2018

Persoalan2 Dari Dakwaan2 Terhadap Zahid

|0 comments

Mungkin kes rasuah Zahid Hamidi ini adalah kes MEMBALAS DENDAM KERANA MEMBATALKAN KONTRAK SYARIKAT KRONI MAHATHIR, IRIS CORPORATION...


Malaysia mula gunakan pasport biometrik yang di perkenalkan oleh Iris Corporation pada tahun 1988 iaitu semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4...

Pada tahun 2013, Menteri Dalam Negeri yang baru di lantik Zahid Hamidi telah memberi kontrak kepada Kumpulan Datasonic Berhad kerana ayarikat tersebut mampu membekal passport biometrik yang lebih tinggi...

Tindakan Zahid ini mungkin telah membunuh ANGSA EMAS Mahathir yang selama ini membekalkan TELUR EMAS kepada Mahathir...

Yayasan Akalbudi


Zahid di tuduh atas 10 pertuduhan pecah amanah sebagai pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang melibatkan dana yayasan sebanyak RM20.8 juta mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan...

Yang membawa hukuman penjara antara tempoh dua hingga 20 tahun serta rotan dan denda...

Zahid di soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM berkaitan penggunaan dana Yayasan itu untuk membayar bil kad kredit nya dan juga bil kad kredit isterinya...

Zahid telah menjelaskan bahawa bayaran itu adalah satu kesilapan yang tidak di sengajakan oleh pihak Yayasan itu dan bahawa dia telah pun membayar balik jumlah tersebut...

Yayasan itu di miliki oleh keluarganya dengan dana yang berasal dari dia dan beberapa rakan2 lain yang mahu menderma kepada kebajikan dan kerja2 agama seperti pembinaan masjid dan sekolah tahfiz...

MyEG


MyEG tidak di dakwa atas tuduhan memberikan rasuah kepada Zahid tetapi ia hanya di sebut di dalam beberapa caj saja...

Kenyataan MyEG :

》Dalam pengumuman Bursa semalam, Lembaga Pengarah MyEG berkata bahawa pada hari yang sama, mereka telah menerima surat daripada SPRM yang mengesahkan serta menjelaskan bahawa Syarikat dan Lembaga Pengarahnya tidak di siasat dan tidak terlibat dalam siasatan yang melibatkan pertuduhan ke atas DS Zahid...

MyEG sebelum ini berkata dalam pengumuman Bursa yang berasingan bahawa ia tidak pernah membuat apa2 pembayaran kepada mana2 pihak dalam proses untuk mendapatkan apa2 kontrak konsesi yang di berikan oleh kerajaan...

Persoalannya :

Kalau MyEG dan atau Ahli Lembaga Pengarahnya tidak di siasat dalam kes yang melibatkan Zahid, bagaimana SPRM boleh menuduh bahawa Zahid telah menerima rasuah dari MyEG!!!

Tak kan SPRM telah menilik dalam mangkok air untuk dapatkan buktinya...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Mastoro Kenny


Mengikut rekod SSM ia adalah sebuah syarikat kepunyaan rakyat Malaysia bernama Kumaraguru Muthusamy...

Ia bertindak sebagai perunding dan menawarkan perkhidmatan di dalam bekalan dan perkhidmatan, perisian IT, program portal web dan aksesori komputer...

Syarikat ini memulakan perniagaan pada 19hb Ogos 2016 dan menamatkan perniagaannya pada 18hb Ogos 2017...

Di antara 15 Julai 2016 dan 8 Februari 2017, syarikat ini telah di dakwa membayar kepada Zahid rasuah berjumlah RM13.25 juta melalui 24 cek sebagai balasan Zahid akan membantunya mendapatkan projek MyEG yang di uruskan oleh Kementerian Dalam Negeri...

Penjelasan dari MyEG :

Dalam pengumuman syarikat itu kepada Bursa, mereka berkata bahawa kedua2nya iaitu MyEG dan Lembaga Pengarah tidak mempunyai pengetahuan tentang Mastoro atau Lembaga Pengarahnya dan tidak pernah ada dalam berhubungan dengan Lembaga Pengarahnya atau wakil mereka...

Persoalannya :

》Bagaimana Mastoro Kenny boleh beri rasuah kepada Zahid mulai 15hb Julai 2016 sedangkan ia hanya mula wujud (di daftakan) pada 19hb Ogos 2016!!!

Inilah kehebatan Nujum Pak Belalang!!!

SPRM boleh tahu syarikat itu telah memberi rasuah kepada Zahid SEBELUM syarikat itu WUJUD!!!

Jogabonito Jewellery & Diamonds

Mastoro di dakwa telah membayar RM250,000 (sebahagian daripada jumlah RM13.25 juta) kepada Zahid melalui seorang lelaki bernama Junaith Asharab Md Shariff dengan menggunakan cek Public Bank yang di keluarkan oleh syarikat barang kemas ini...

Berani & Jujur Trading

Mastoro di dakwa membayar RM5 juta (sebahagian daripada jumlah RM13.25 juta) melalui 10 cek RHB Bank Islamic Berhad yang di keluarkan oleh firma pengurusan pertanian ini...

Kumpulan Datasonic Berhad


Zahid di dakwa atas tuduhan menerima rasuah daripada pengarah Datasonic, Chew Ben Ben berjumlah RM6 juta melalui dua keping cek pada 26 April 2017...

Sebagai balasan, Zahid di dakwa menyebabkan unit kumpulan Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) di lantik melalui 'rundingan terus' dengan Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan bekalan 12.5 juta cip di halaman biodata pasport polikarbonat Malaysia untuk tempoh 5 tahun...

Kenyataan Kumpulan Datasonic :

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan Datasonic menegaskan bahawa kedua2nya iaitu syarikat atau mana2 pengarah tidak membuat pembayaran berhubung dengan bekalan 12.5 juta chip pasport sepertimana yang di laporkan...

Sarana Kencana Sdn. Bhd.


Datasonic Group telah memberi rasuah RM6 juta yang di dakwa di bayar melalui dua cek Malayan Banking Berhad yang di miliki oleh Sarana Kencana Sdn. Bhd...

Profound Radiance Sdn. Bhd.


Nama syarikat ini telah di sebut di dalam lapuran mengenai kontroversi penyumberan luar tugas (outsourcing) Jabatan Imigresen Kerajaan Malaysia kepada syarikat swasta dan merupakan salah satu syarikat yang di dakwa menerima pembayaran tambahan yang membebankan pekerja asing Nepal miskin yang mahu datang ke Malaysia...

Bukan ke selama ini Pakatan Harapan berkempen untuk hapus kemasukkan pekerja asing ke Malaysia...

Jadi kenapa ia di jadikan isu...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Azlan Shah Jaffril

Pengarah syarikat Azlan Shah di dakwa telah memberi rasuah RM2 juta kepada Zahid melalui tiga keping cek yang di keluarkan oleh syarikat itu...

Sebagai balasan, kononnya menyebabkan pelantikannya sebagai pengendali Pusat Setempat (OSC) di Pakistan dan Nepal...

Kesalahan tersebut di dakwa berlaku pada 3hb Ogos 2017 hingga 15hb Mac 2018...

Isu Berbangkit

Bagaimana SPRM nak kaitkan Zahid dengan MyEG sedangkan SPRM telah mengesahkan pada MyEG bahawa Syarikat MyEG dan pengarahnya tidak terlibat dalam siasatan...๐Ÿคฆ‍♂️๐Ÿคฆ‍♂️๐Ÿคฆ‍♂️

Kalau MyEG dan pengarahnya tak terlibat dalam siasatan maka dari mana SPRM mendapat bukti2 untuk kaitkan Zahid dengan MyEG...๐Ÿ™†‍♂️๐Ÿ™†‍♂️๐Ÿ™†‍♂️

Adakah SPRM telah menggunakan khidmat SI NUJUM PAK BELALANG MODEN untuk menilik...๐Ÿ•ต️‍♀️๐Ÿ•ต️‍♀️๐Ÿ•ต️‍♀️

Begitu juga dengan Kumpulan Datasonic Berhad...

Kalau Kumpulan Datasonic Berhad telah membuat laporan kepada Bursa Malaysia bahawa mereka tidak pernah membuat bayaran kepada Zahid, adakah SPRM telah gunakan SI NUJUM PAK BELALANG MODEN untuk mendapatkan bukti2nya...

Berdasar kepada kes Zahid Hamidi ini maka kita boleh buat KESIMPULAN bahawa :

Tidak ada satu pun SYARIKAT YANG TERLIBAT DIDALAM MEMBERI RASUAH KEPADA ZAHID HAMIDI TURUT DIDAKWA ATAS KESALAHAN TERSEBUT!!!

Maka kita boleh rumuskan bahawa di bawah pentadbiran kerajaan PH :

》Memberi rasuah adalah TIDAK SALAH di sisi undang2 mereka...

》Rasuah cuma HARAM pada pemimpin Umno atau pun mana2 pemimpin yang menjadi musuh politik kerajaan PH...

》Untuk pemimpin yang berada dalam kerajaan PH, hukum memberi rasuah TIDAK HARAM malah bila2 masa boleh di sucikan dengan sesuci2nya...

Dalilnya :

SPRM 'merestui' kes Mahathir terima dana RM2 bilion dari Iran dan sebagai balasannya Mahathir menerima malah menyeru rakyat Malaysia supaya menerima fahaman Syiah, segala bukti sama ada di dapam negara atau di luar negara sudah nyata...

๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽตDengarlah tuan satu cerita๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽถ
๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽตCerita dongeng orang tua-tua๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽถ
๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽตKisah tuk nujum yang tua bangka๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽถ
๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽตBukannya betul semuanya auta๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽถ

๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽตKisah konon di Bringin Rendang๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽถ
๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽตDari hal tok nujum yang dah tua๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽถ
๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽตTelek menelek semua temberang๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽถ
๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽตSebab pengikutnya bangang2๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽถ



Rujukan tulisan :

Ariff Ahmad

Tuesday, October 30, 2018

Muslihat Licik Mahathir Supaya Boleh Terus Berkuasa

|0 comments

Pendakwaan Zahid dan Najib Razak bermotif politik...

Jumlah pertuduhan merupakan rekod dunia bagi memberi gambaran betapa korupnya kerajaan BN dan betapa rakyat AMAT MEMERLUKAN MAHATHIR untuk membetulkan keadaan...

Pendakwaan Terpilih Ke Atas Pemimpin Umno


Mula2 Mahathir kata dia tak der kena mengena dengan pertuduhan yang di kenakan...

Tapi masa kat Bangkok, Mahathir menegaskan    lebih ramai lagi akan di tuduh dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah gunaan kuasa...

2 matlamat yang pasti :

》Memastikan pemimpin2 Umno terus menerus di pertontonkan pada rakyat Malaysia sebagai pemimpin yang rasuah dan korup...

Kira macam letakkan 'signboard' atau masukkan iklan UMNO DAN KORUPSI TAK BOLEH DI PISAHKAN dalam semua media...

》Hantar masej pemimpin UMNO bahawa mereka ada kes rasuah di tangan Mahathir...

Kalau tak nak kena dakwa, keluar UMNO dan masuk parti cap bunga macam Tok Pa pasti akan selamat dan sejahtera...

Politik Ugut memang strategi politik kegemaran Mahathir dulu, kini dan selamanya...

Kalau betul2 adil, kenapa hanya pemimpin UMNO jer yang kena siasat dan kena ambil tindakan...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Tak ada pemimpin MCA, MIC atau PPBS (Sarawak) yang di siasat...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”


Ingat lagi pada fenomena terkejut tak...

Siapa pencetus fenomena terkejut tuuu!!!

Menipu Fakta Hutang Dan Ekonomi Malaysia

Mahathir dengan tag team dia, Lim Guan Eng, mulakan cerikera rakyat yang bertajuk Hikayat RM1 Trilion Dan Ekonomi Negara...๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›

Sedap jalan cerita nie...

Kejap RM1 trilion, lepas tu tenguk RM 1 trilion tak mengancam, upkan lagi jadi RM 1.4 trilion lepas tu nak tunjukkan KEPANDIRAN aka KEBANGANGAN Guan Eng bayar hutang negara, turunkan jadi RM800++ bilion, lepas tu bila Bank Dunia dengan BNM keluarkan kenyataan, tembelang pun pecah, kenalah berbalik pada RM686.8 bilion...

Dalam dokumen Laporan Separuh Penggal terpaksalah tulis hutang sebenar negara ialah RM686.8 billion...

Yang nie pun ada 2 matlamat :

》Mahathir nak rakyat takut dengan berita negara akan bangkrap...


Maka mamak bendahara pun merayulah dengan muka 'benyek' supaya rakyat menderma dalam Tabung Harapan Malaysia...

Maka berbondong2lah macai2 marhaen yang dungu, ibarat yang capek datang berpapah, yang buta datang berpimpin, yang buta datang bertongkat untuk dermakan hasil masygul keluarga untuk Tabung Harapan Malaysia...

Akhir kalam, Tabung Harapan Malaysia yang di katakan akan bawa harapan, akhirnya hilang dan ghaib tanpa sebarang berita...

Iskk... Iskk... Iskk...

Ramai sungguh yang kena kencing naaa...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

》Kerajaan BN memang tak pandai jaga ekonomi negara...


Sebenarnya, ekonomi negara berada di tahap terbaik dengan Sistem Cukai GST...

Sistem cukai yang adil dan membawa pulangan yang baik untuk rakyat...

Cukai SST bukan jer berlaku ketirisan...

Tapi kerajaan juga kekurangan pendapatan menyebabkan pelbagai Projek Pembangunan dan pembayaran insentif di batalkan...

Alasan Kerajaan PH Baru Di Tubuhkan

Kerajaan PH baru memerintah 6 bulan...

Relaklah, bagi peluang dulu...

Hakikatnya menteri PH bukan jer tak der pengalaman mentadbir negara tapi sebenarnya zero knowledge, langsung tak der standard dan memalukan...

Yang ada pengalaman memerintah negeri pun, track record dia hancus...

Contohnya Lim Guan Eng, 'hancur lodoh' Pulau Pinang di buatnya!!!

Tapi yang jadi PM sekarang nie, kata dah 22 tahun perintah Malaysia dengan cemerlang, gemilang dan terbilang tapi dah 6 bulan aka setengah tahun langsung naper tak der langsung dasar yang baru untuk negara...

Kebanyakan dasar yang telah di buat oleh Kerajaan BN...

Hanya follow-thro jer...

Slogan SELAMATKAN MALAYSIA Yang Masih Belum Selamat Supaya Tiada Peralihan Kuasa Pada Anwar


Mahathir berkali2 kata Anwar Ibrahim bakal gantikan dia sebagai perdana menteri...

Mahathir akan turun dalam jangka masa 2 atau 3 tahun ini...

Lepas selamatkan Malaysia kunun, kata dia lah...

Hakikatnya Mahathir nampak tak bersedia nak turun begitu cepat.

Mungkin batang tubuh tua dia dah syok duduk kat kerusi PM tuu...

Dah selamat ker Malaysia...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Jauh panggang dari api, makin 'telingkop haop' Malaysia nie adalah...

Jadi nie semua propaganda Mahathir untuk kekal lama sebagai perdana menteri...

Jadi satu nasihat pada Anwar, 'Katakanlah yang aku akan jadi perdana menteri adalah rekaan semata2 dan tidak ada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia'...๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Nak tunggu Mahathir serah kuasa, hari pun malam...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Menarik Pemimpin Dan Ahli UMNO Supaya Menyertai PPBM Untuk Survival Peribadi


Mahathir kata :

"UMNO SUDAH TIADA"..

Bukan tu jer...

"UMNO AKAN MATI"...

Dia tambah lagi...

"RAKYAT DAH TAK SOKONG UMNO"...

Sebenarnya nie bertujuan untuk tutup kelemahan Parti PPBM yang tak banyak ahli di Bahagian dan Cawangan...

Kepimpinan di Bahagian sangat rapuh...

Peringkat Negeri Sembilan dah bubar...

Mesorat bahagian pulak asyik bergaduh, bila mesorat bergaduh, bila bergaduh mesti tengah mesorat...๐Ÿคฆ‍♂️๐Ÿคฆ‍♂️๐Ÿคฆ‍♂️

Dalam Wacana Sinar Harian
Mahathir Kata Pakatan Di Sertai Oleh Parti Yang Sama Kuat
Biar Data Berbicara...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Kat parlimen pulak adalah 14 Ahli Parlimen jer (campur Tok Pa), jadilah jangan tak ada langsung, ye tak...

Mahathir sering di buli oleh parti DAP dan Lim Guan Eng yang ada 42 kerusi parlimen...

Mahathir dah jadi macam lembu kena cucuk hidung...

Asyik kena dengar cakap DAP dan menteri kewangan...

Kepentingan orang2 Melayu setiap hari makin terhakis...

Jawatan2 penting dalam kerajaan dan GLC, semua dia orang sapu dan WAJIB ikut kehendak DAP...

Jadi Mahathir cuba dapatkan sebanyak mungkin ahli parlimen UMNO menyertai parti PPBM untuk mengimbangi pengaruh DAP dan PKR dalam Kerajaan Pakatan kalau ada cubaan dari blok ahli2 parlimen PKR yang menyokong Anwar Ibrahim dan nak jatuhkan Mahathir sebagai perdana menteri...

Nampak macam ada malah dah nampak jelas ada...

Menipu Keadaan Sebenar Ekonomi Negara Supaya Boleh Melakukan Rompakan Skala Besar Dengan Menjual Aset Negara


Propaganda keadaan ekonomi negara yang teruk dan tak stabil juga menyebabkan mudah bagi kerajaan PH jual idea bahawa FELCRA juga berada di paras yang bahaya...

Aset FELCRA iaitu Menara Felcra di Jalan Semarak, Kuala Lumpur perlu di jual kata Azmin Ali bagi selamatkan FELCRA...

Sebenarnya Pakatan (ada kemungkinan) mempunyai tujuan menjual aset ini pada harga bawah pasaran...

Aset yang paling penting untuk FELCRA nie pasti akan mempunyai harga yang berlipat ganda di masa akan datang...

Propaganda untuk menyelamatkan FELCRA dan lain2 GLC Kerajaan sebenarnya di jadikan peluang untuk PH MENYAMUN ASET2 NEGARA INI...

Kesimpulan

Semua muslihat licik Mahathir nie bertujuan untuk kelabukan mata rakyat negara daripada kelemahan Kerajaan PH yang tak der pengalaman mentadbir negara...

Selain daripada jadikan ALASAN AGAR JANJI2 PILIHANRAYA TAK PERLU DI TUNAIKAN!!!

Dan Rakyat tak akan 'chop' KERAJAAN PAKATAN MAHATHIR NIE, KERAJAAN PAKATAN PEMBOHONG!!!

Kita perlu bertindak menyedarkan rakyat mengenai muslihat2 licik Mahathir nie...


Ingat kata2 pujangga :

NEGARA YANG KITA ADA SEKARANG IALAH NEGARA YANG KITA PINJAM DARI GENERASI TERDAHULU DAN WAJIB KITA KEMBALIKAN KEPADA GENERASI YANG AKAN DATANG DALAM KEADAAN YANG BAIK...

Oleh itu, rakyat mesti lebih bijak menilai :

YANG MANA SATU KACA DAN YANG MANA SATU PERMATA...



Suntingan karya asal :

Tulisan DSBA

Monday, October 29, 2018

Datuk Seri Najib Dedahkan Kenapa Dia Tamatkan Wawancara Dengan Mary Ann

|0 comments

Tular di laman media, dalam satu wawancara antara Al Jazeera yang di wakili Mary Ann dengan Datuk Seri Najib Razak timbulkan ketegangan...

Datuk Seri Najib yang di kenali dengan watak 'cool dan gentleman' akhirnya di katakan meninggalkan majlis tu sebab tak tahan dengan asakan2 soalan 'panas' dari Mary Ann...

Penjelasan Dari Datuk Seri Najib

Al-Jazeera telah menyiarkan temuramah yang di rakam serentak ketika isteri, anak dan anak tiri saya di soalsiasat oleh pihak polis...

Biar pun wawancara ini melangkaui masa yang di persetujui serta menyeberang skop yang di persetujui, saya tetap menjawab soalan2 tambahan yang di ajukan...

Walau pun saya telah memberi pelbagai penjelasan serta memaklumkan bahawa kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telah pun membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya...

Tetapi individu yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya bertegas mahu menyoal soalan mengenainya...

Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang di persetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara...

Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab...

Serta berulang kali untuk mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepada dia di permulaan wawancara ini...

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghentikan temubual ini kerana tidak mengikuti apa yang telah di persetujui dan ianya tidak adil kepada saya...

Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai kedua2 isu itu terhadap saya...

Yang sudah berkali2  di jawab dan terlalu banyak kali di beri penjelasan...

Saya di beritahu bahawa pihak Al-Jazeera sedang cuba untuk mengatur satu lagi wawancara dengan saya supaya matlamat asal kedua2 pihak akan dapat di capai...

Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Wawancara sepatutnya lebih fokus pada isu2 ekonomi semasa dan pencapaian ekonomi yang dah di capai semasa pemerintahan kerajaan BN bawah pimpinan Datuk Seri Najib...

Tapi dalam wawancara yang sempat berlangsung selama lebih kurang 22 minit, tak ada satu soalan pun yang Mary Ann tanya berkaitan tajuk asal...

Datuk Seri Najib terus di provok dengan soalan2 mengenai 1MDB dan kes pembunuhan mendiang Altantuya...

Soalan2 Berkaitan 1MDB

Antara petikan soalan2 dari Mary Ann :


Sebagai menghormati tetamu, Datuk Seri Najib berikan juga jawapan dan penerangan pada Mary Ann...


Menarik apa yang di katakan Mary Ann, memang dia pasti yang duit gaji dia datangnya dari Al Jazeera tapi dia pasti ker semua duit tu tak ada unsur2 meragukan dan boleh ker dia persoalkan dari sumber mana Al Jazeera dapat untuk bayar gaji dia!!!


Rasanya satu dunia kenal siapa Al Marhum Raja Abdullah tu...

Tak tahulah kalau Mary Ann gak kenal siapa Raja Abdullah tu...

Kalau tak kenal, nie nak beritahu nie, Raja Abdullah ialah bekas raja Arab Saudi yang dah mangkat dan baginda bukannya taukey kilang roti The Loaf yang haprak tuu...

Maksudnya seorang raja dari negara yang kaya raya macam Arab Saudi tu, apa lagi bila dah dapat jaminan dari baginda dan dapat surat dari Arab Saudi, salah ker kalau Datuk Seri Najib beranggapan yang duit derma tu tak ada apa2 masaalah...


Agak2nya masa Datuk Seri Najib dapat duit tu, lapuran DOJ yang Mary Ann kata tu, dah ada ker belum...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Soalan2 Provokasi Kes Pembunuhan Altantuya


Kan dah kena setepek dengan Datuk Seri Najib...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Dan khas untuk Mary Ann serta macai2 yang masih lagi katakan Datuk Seri Najib @ Datin Seri Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya, hadamkan baik2 petikan akhbar kat atas tu...

Persoalannya kenapa Datuk Seri Najib tak nak jawab soalan2 tu :

》Perbicaraan kes berkaitan 1MDB akan berlangsung di mahkamah...

Menjawab soalan2 berkaitan 1MDB tanpa kehadiran peguambela akan memberikan ruang terbuka pada pendakwaraya yang tengah pening kepala...

Wawancara itu di rakam dan sekiranya Datuk Seri Najib tersilap cakap maka ianya akan di jadikan asas yang kukuh pada pendakwaan...

》Kes pembunuhan Altantuya, jelas soalan Mary Ann bersifat peribadi sebab tak puas hati kerana pernah di halau keluar dari Malaysia masa tengah buat liputan tentang pembunuhan Altantuya dan beranggapan arahan tu datangnya dari Datuk Seri Najib sendiri...


Sumber :

FB Datuk Seri Najib
Mantan Perdana Menteri
dan Menteri KewanganMalaysia

Sunday, October 28, 2018

Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah Sahkan RM2.6 Bilion Bukan Derma Dari Arab Saudi!!!

|0 comments

Satu Malaysia dan mungkin juga satu dunia tumpukan perhatian ke Wisma Putera bila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir, buat lawatan rasmi ke Malaysia...

Kenapa...

Sebab nie kali pertama wakil kerajaan Arab Saudi datang ke Malaysia sejak berlaku ketegangan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi kerana beberapa isu akibat dari dasar kerajaan PH terhadap Arab Saudi...

Yang paling di nantikan ialah penjelasan dari wakil Arab Saudi mengenai isu derma RM2.6 bilion...



Bukan satu isu kecil sebab dengan menggunakan isu nie lah pemimpin kerajaan PH sekarang berjaya menumbangkan kerajaan BN dalam PRU 14 sewaktu jadi pembangkang dulu...



Pada tahun 2016, Adel mengakui dana RM2.6 bilion yang di terima oleh Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan tulen dari kerajaan Arab Saudi...

Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah Kata Adel Nafikan RM2.6 Bilion Derma Dari Arab Saudi



Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah cakap dalam pertemuan dia dengan Menteri Luar Arab Saudi, Adel nafikan derma RM2.6 bilion pada Datuk Seri Najib adalah dari Arab Saudi...  
Tu apa yang Saifuddin cakaplah...



Tapi Mahathir pulak cakap yang dia sendiri takut, oopps silap, maluuu, eh bukan2, tak bercakap tentang isu derma RM2.6 bilion dengan Adel...

Dan perkara2 yang di bincangkan oleh Saifuddin dengan Adel di peringkat menteri luar banyalah beberapa isu semasa antar Malaysia dengan Arab Saudi mcm isu penarikan balik tentera Malaysia, dasar luar Malaysia yang tak nak campurtangan dalam peperangan negara luar dan dasar berkecuali Malaysia, tu jerrr...


Tapi dalam sidang media yang sama juga, Mahathir kata yang kononnya Adel nafikan isu derma Arab Saudi tu dan Mahathir pun tak tanya kenapa Adel nafikan...

Tadi cakap tak bincang langsung isu tu, tetiba kata Adel nafikan pulak...

Mungkin tetiba Adel syok sendiri kut, orang tak tanya, tetiba dia nak jawab...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰



Hai, macam marah jer...

Dah kenapa...

Ok lah tu, pengakuan Adel tu dah ikut skrip yang Mahathir nak, betul tak...

Tapi naper pulak nak cakap apa yang Adel beritahu tu tak penting tapi yang lagi penting ialah dokumen sebagai bukti...








Kan Datuk Seri Najib dah tunjukkan dokumen sebagai bukti money trail yang duit tu derma dari Arab Saudi...

Siap surat pengesahan derma lagikan...

Ker apa yang Adel cakap tu, tak mengikuti kehendak skrip...๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›

Kenapa Wartawan Tak Di Benar Untuk Dapatkan Pengakuan Terus Dari Adel...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Apa yang jadi tandatanya, kenapa hanya Saifuddin dengan Mahathir yang ulas tentang apa yang Adel cakap...

Kenapa tak ada aka tak di benarkan wartawan temuramah Adel untuk dapatkan pengakuan dari Adel sendiri macam pengakuan beliau masa kat Turki dulu...

Bukan kita tak percaya pada pemimpin PH tapi sememangnya kita sangat2 tak percaya pada mereka sebab dah banyak dah rakyat  Malaysia kena kencing dengan pemimpin PH sejak 09 Mei 2018 yang lepas...

Kalau nak di kira, tak cukup bilangan jari kaki dan tangan...

Orang tua2 dah pesan, kalau sekali terkena, tu namanya silap...

Tapi kalau dah dua kali terkena, tu namanya bangang...

Tapi kalau dah berkali2 kena tipu tapi masih lagi nak percaya pada cakap2 si penipu, tu BAPAK BANGANG namanya...

Renungkanlah firman Allah swt dalam kitab suci Al Quran :

ุฃَูَู„َู…ْ ูŠَุณِูŠุฑُูˆุง ูِูŠ ุงู„ْุฃَุฑْุถِ ูَุชَูƒُูˆู†َ ู„َู‡ُู…ْ ู‚ُู„ُูˆุจٌ ูŠَุนْู‚ِู„ُูˆู†َ ุจِู‡َุง ุฃَูˆْ ุขุฐَุงู†ٌ ูŠَุณْู…َุนُูˆู†َ ุจِู‡َุง ۖ ูَุฅِู†َّู‡َุง ู„َุง ุชَุนْู…َู‰ ุงู„ْุฃَุจْุตَุงุฑُ ูˆَู„َٰูƒِู†ْ ุชَุนْู…َู‰ ุงู„ْู‚ُู„ُูˆุจُ ุงู„َّุชِูŠ ูِูŠ ุงู„ุตُّุฏُูˆุฑِ

Mafhumnya :

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? 
Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada... Al-Haj : 46


Jadi sebagai manusia yang Allah swt jadikan sempurna sifat jasmani dan rohani, bukalah mata hati kita untuk menyelam apa yang tersirat di sebalik yang sedang tersurat sekarang ini...

Saturday, October 27, 2018

Penjelasan Najib Kepada Putarbelit LGE, MOF Hopeless

|0 comments

Ingat lagi tak sindiran SPB YDP Agong masa merasmikan sidang parlimen untuk penggal yang pertama dulu...

Rasa2nya Agong sindir siapa sebenarnya...

Datuk Seri Najib Takut Berdepan Dengan MP Kerajaan Atau MP Kerajaan Yang Macam Cacing Kepanasan Sekarang Nie...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Datuk Seri Najib Razak menyindir ahli Parlimen kerajaan yang 'lari' sewaktu beliau berbahas di Dewan Rakyat...

Dalam nada sarkastik, mantan perdana menteri itu berkata, lebih baik beliau menyiarkan ucapan perbahasannya di laman sosial Facebook sahaja jika menteri dan timbalan menteri tidak duduk di kerusi masing2...


"Bila saya tulis di FB, ada yang panggil saya bawa ke Parlimen"...


"Bila saya bawa ke Parlimen, ramai menteri dan timbalan menteri hilang"...


"Lain kali saya tulis di FB, sudah"...


"Mungkin kebanyakan menteri ada temujanji lunch awal"... 


"Mungkin juga ada satu dua yang terpaksa rehat tengah hari kerana tidak dapat tidur malam," tulis Najib di Facebook...



Gambar yang menunjukkan Najib sedang berbahas dengan jelas terpampang kerusi di pihak kerajaan 'kosong' juga tular di media sosial siang tadi...




Rata2 netizen mengkritik tindakan ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) yang di anggap masih terbawa2 dengan perangai mereka sewaktu menjadi pembangkang dahulu...


Netizen juga menyatakan sokongan kepada Najib agar terus melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan PH...


Datuk Seri Najib Telanjangkan Kerajaan PH Dalam Parlimen


Kenyataan inilah yang takut di dengar oleh MP kerajaan PH...

Lapuran separuh penggal Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK 11) mendedahkan bahawa keadaan ekonomi berada dalam keadaan baik malah pencapaian ekonomi Malaysia lebih baik dari 4 harimau ekonomi Asia...

Tak sanggup nak akui, tangan merekalah sebenarnya yang menghancurkan ekonomi Malaysia...



Tak sanggup nak berdepan bila Datuk Seri Najib mendedahkan bahawa angka hutang RM1 trilion hanyalah satu penipuan yang di sengajakan semata2 kerana nak menang pilihanraya dan ianya bukan saja di akui dalam lapuran kajian separuh penggal RMK 11 malah dalam jawapan bertulis Guan Eng pada Datuk Seri Najib!!!

Ibarat baling batu sembunyi tangan, itulah sikap kerajaan yang kita ada sekarang!!!

Intipati Perbahasan Datuk Seri Najib Yang Buatkan Kerajaan Kecut Perut

Antara bahagian dari nota lengkap untuk perbahasan Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat :

》Kita juga dapati kerajaan hari ini terperangkap dalam dilema yang sama sebagaimana saya dalam menyelesaikan isu 1MDB dan mendapatkan semula setiap sen wang 1MDB yang di dakwa hilang...

Ia sentiasa menjadi objektif saya untuk mendapatkan kembali setiap sen wang 1MDB dan tiada wang hilang...

》Jika anda lihat kepada aliran wang, setiap satu pindahan wang 1MDB yang di katakan hilang selepas ia di terima atau di jamin syarikat pelaburan Abu Dhabi...

》Beberapa pegawai kanan turut di dapati menerima secara langsung dan menggunakan dana berkenaan atau terlibat dalam penipuan...

》Siapa lagi di pihak sana juga terlibat?

》Ia bukan mudah untuk menuduh mereka secara terbuka kerana ia akan menyebabkan insiden diplomatik antara dua negara...

》Sebab itu kerajaan BN telah cuba menandatangani perjanjian dengan mereka sebanyak dua kali untuk mendapatkan semula wang yang hilang, pertama pada 2015 dan kedua pada 2017...

》Melalui penyelesaian pertama pada 2015 di mana saya telah berunding dengan Tengku Mahkota Abu Dhabi sendiri...

》Kita menerima pendahuluan US$1 bilion daripada IPIC, kita telah buat keputusan untuk menukar deposit yang di bayar kepada Aabar dan unit dana bagi mendapatkan mereka membayar penuh prinsipal dan kesemua bayaran faedah bagi bon US$3.5 bilion yang di jamin IPIC...

》Bagaimanapun, selepas perubahan pengurusan Aabar dan IPIC, mereka tiba2 memberitahu kita yang mereka tidak menerima aset berkenaan yang di jadikan pembayaran di mana mereka mendakwa pembayaran dan jaminan yang di buat kepada anak syarikat bukan milik mereka...

》Kita amat terkejut pada masa itu kerana pembayaran itu di sahkan oleh peguam yang menyemak dan memeriksa perjanjian itu dan juruaudit antarabangsa yang mengaudit akaun turut mengesahkan pembayaran dan jaminan...

》Ini penyebab kepada terjejasnya perjanjian penyelesaian 2015 dan kita perlu membayar balik bayaran US$1 billion yang IPIC bagi kepada kita pada bulan Jun 2015 bersama faedah pada tahun 2017...

》Atas dasar manfaat penyelesaian bersama bagi memelihara hubungan dua negara, kerajaan kita meneruskan rundingan...

》Ini menjurus kepada penyelesaian April 2017 di mana salah satu klausa menyatakan IPIC perlu membayar semula US$3.5 bilion kepada 1MDB sebelum 31 Disember 2020...

》Selain perjanjian penyelesaian itu, pihak Abu Dhabi juga bersetuju untuk membeli secara berasingan unit dana US$2.5 bilion yang di pegang 1MDB dan di jamin oleh Aabar melalui dua dokumen berasingan...

》Apa sudah jadi kepada perjanjian penyelesaian April 2017 ini?

》Apakah perkembangannya?

》Bolehkah kerajaan mengeluarkan dokumen ini kepada orang awam?

》Mengapa pegawai kanan Abu Dhabi tidak di panggil untuk di soalsiasat memandangkan wang itu di pindahkan kepada mereka?

》Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru2 ini berkata projek TRX adalah menguntungkan dan dapat mendapat kembali pelaburan, perbelanjaan dan bayaran faedah bagi projek itu...

》Bagaimana pula dengan Bandar Malaysia?

》Apakah perancangan bagi memaksimakan aset 1MDB ini?

》Bagaimana juga dengan tanah Pulau Indah dan di Pulau Pinang?

》Adakah kerajaan jujur dalam mendapatkan semula wang yang hilang dari 1MDB atau memaksimakan potensi keuntungan 1MDB atau mereka akan hanya mengheret kaki mereka serta berterusan dengan mainan politik dan mencabuli serta menakutkan pemimpin BN?

》Saya telah menerima hakikat saya telah di dakwa berkaitan 1MDB...

》Ia adalah kuasa kerajaan untuk mendakwa saya mengikut kehendak mereka...

》Saya telah di dakwa menerima RM2 bilion...

》Saya juga telah di dakwa kerana memulangkan wang RM2 bilion dan saya juga telah di dakwa kerana memindahkan wang dari akaun saya kepada satu lagi akaun saya...

》Pada masa yang saya, walaupun saya di dakwa secara rasmi kerana wang RM2 bilion telah di kembalikan, terdapat juga banyak lagi dakwaan yang saya telah membayar beratus pihak lagi dengan RM2 bilion yang sama ini...

》Mana lojiknya?

》Saya juga telah mendedahkan dokumen bank yang membuktikan beratus juga ringgit telah di bayar kepada akaun saya terus dari akaun bank Menteri Kewangan Arab Saudi sebagai derma...

》Mengapa faktor ini tidak di ambil kira dan beratus pihak masih menerima tekanan dari pihak berkuasa mengenai bayaran dari akaun saya?

》Setiap sen 1MDB ialah dari pinjaman...

》Memang tidak masuk akal yang niat saya ialah untuk mencuri wang yang di pinjam dan letaknya di dalam akaun atas nama saya sendiri kerana wang yang di pinjam akhirnya perlu di bayar balik...

》Saya tahu saya akan dapat menghadapi pendakwaan ini di mahkamah dengan mudah namun pada masa ini saya ingin bertanya akan kejujuran kerajaan PH untuk melihat pada gambaran lebih besar untuk menyelesaikan isu 1MDB...



》Hentikan mainan politik, jujur dengan semua rakyat Malaysia serta memastikan ekonomi Malaysia dan rakyatnya menjadi keutamaan dan bukan berterusan menjadikan lawan politik mereka sebagai keutamaan, siang dan malam...


Satu pertanyaan pada Atok 93...

Dah cukup ker pedas cili tuuu...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Friday, October 26, 2018

MB Kedah Dapat Projek Baru, Kereta Pun Tukar Baru, WOW!!!

|0 comments

Opcom dapat projek RM11 juta daripada Telekom Malaysia...

Siapa shareholder Opcom???
  • Mukhriz Mahathir - 23.41%...
  • Norzietah Zakaria melalui M Ocean Capital Sdn. Bhd. - 11.16%...


Siapa Norzietah Zakaria???

Norzietah Zakaria adalah isteri kepada Mukhriz Mahathir...



Siapa Chairman, Executive Director dan CEO Opcom???

  • Tan Sri Mokhzani Mahathir...

Mahahtir pernah keluarkan kenyataan bahawa anak2nya berjaya bukan sahaja kerana kuat bekerja tetapi juga kerana semangat 'daddykasi' yang tinggi...

Tak macam orang Melayu yang lain yang malas dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan...



Guan Eng pun pernah akui perkara nie, apa lah u ollzzz nie, x baik tau...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰


BR1M di hentikan...


Bantuan nelayan di mansuhkan...

Mybrain di hapuskan...

Kenaikan gaji tiada... 

PTPTN tak jadi mansuh dan tak jadi tangguh...

Tol tak jadi hapus... 

KWSP suri rumah tak kesampaian... 

Grab terlupa di hapuskan...

Petrol tak jadi turun...

Elaun Felda di hentikan...

Harga sawit jatuh...

Harga getah jatuh...

Tapi projek untuk anak2 dan kroni TETAP MENJADI KEUTAMAAN...

Anyway biasa2kanlah dengan berita macam nie... 


Nanti akan ada banyak lagi berita2 yang sewaktu dengannya akan keluar...

MASIH RINDU ZAMAN TUN LAGI KERRR...

Volvo Tu Tak Mahal, RM300K++ Jerrr, WOW...



Masyuk projek baru masih tak cukup nak puaskan nafsu...


"Pembelian model terbaharu kereta Volvo untuk kegunaan rasmi di lakukan dengan kaedah tukar beli (trade in) dengan beberapa kenderaan lama" kata Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir...



Mukhriz pertahankan tindakannya menggunakan kereta tersebut jelaskan, harga kereta Volvo yang di beli itu tak lah mahal mana pun...

"Setelah di periksa terdapat beberapa kenderaan lama tak di gunakan sebab rosak"...


"Di daftarkan bawah pejabat Menteri Besar, saya buat keputusan lupuskan kenderaan itu secara trade in dan di ganti kereta baru"...

"Sebab tu harganya tak mahal walaupun kereta hibrid"..


Lagi syahdu bila Mukhriz keluarkan ayat nie...



"Ini juga menunjukkan kerajaan negeri prihatin isu alam sekitar dan cuba kurangkan penggunaan minyak dan pencemaran udara"...

Per lah u olzzz nie...

Mukhrizkan cintakan alam sekitar....

Mukhriz juga mempertahankan penggunaan kereta jenama asing dengan menyatakan pemasangan komponen kereta itu di lakukan dalam negara...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Harga terbaru Volvo S9 T8 ialah RM368,888 manakala model S90 T8 di jual pada harga RM388,888, tak termasuk insurans dan kos penyelenggaran berkala...


WOWWWW!!!

Thursday, October 25, 2018

Nak Coverline RM450 Juta, LGE Kantoi Lagi

|0 comments

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dengan muka tak bersalah, keluarkan kenyataan memuji dirinya sendiri dan cuba untuk memburukkan kerajaan BN...

Kononnya bahawa situasi kewangan untuk tempoh 4 bulan dari Mei'18 hingga Ogos'18 di bawah kerajaannya adalah lebih berbanding tempoh Januari'18 hingga April'18 di bawah kerajaan BN...


Guan Eng dakwa hasil negara lebih tinggi manakala perbelanjaan lebih rendah berbanding empat bulan pertama tahun ini...

Guan Eng kata ini bukti dia lebih 'pandir' kerana mengamalkan prinsip C.A.T...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Mungkin huruf 'T' dalam CAT ini bermaksud 'Tipu' atau 'Temberang'...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Kalau nak menipu pun, agak2lah Lim Guan Eng...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kalau nak tipu orang yang tak faham semata2 sebab nak puji diri sendiri dan nak tunjukkan yang kononnya aku nie pandai dan hebat walau pun hakikatnya bangang, bolehlah...

Tapi kalau nak tipu orang yang faham ataupun ada pengalaman dan pengetahuan macam Datuk Seri Najib, lu silap besarlah apekkk...

Penjelasan Dari Datuk Seri Najib


"Sebenarnya corak hasil dan perbelanjaan kerajaan pusat tidak seragam sepanjang tahun dan adanya faktor 'seasonal' atau 'bermusim' di sebabkan banyak faktor"...

Tapi yang pasti, CAT bukanlah faktornya, ya Apekkk...

"Setiap tahun, hasil untuk bulan2 Mei hingga Ogos adalah lebih tinggi daripada Januari hingga April kerana cukai LHDN akan di kutip selepas bulan April manakala dividen interim Petronas juga akan di terima pada pertengahan tahun"...

"Selain dari hasil petroleum yang lebih tinggi dari bulan Mei hingga Ogos berbanding awal tahun ini, di fahamkan bahawa Petronas DI PAKSA untuk menaikkan dividen mereka sebanyak 50% untuk tahun ini manakala Khazanah juga DI PAKSA berbuat demikian"...

"Perbelanjaan bagi empat bulan pertama SETIAP tahun juga lebih tinggi kerana keperluan awal tahun untuk membayar bonus kakitangan kerajaan untuk tahun selepas, membayar baucer buku, bantuan sekolah, bantuan2 tahunan lain serta pembayaran untuk peruntukan dan program agensi2 kerajaan"...

"Seperti gambarajah yang di paparkan, corak hasil dan perbelanjaan ini tidak berubah untuk setiap tahun"...

"Apa yang nak di hairankan jika corak ini berulang untuk tahun 2018"...

"Mengapa mahu di puji kerana corak ini berulang"...

Maksudnya kalau siapa pun yang jadi Menteri Kewangan, corak yang sama akan berlaku atau nak lagi senang faham, bukan sebab Apek yang bernama Lim Guan Eng jadi menteri kewangan maka corak itu berlaku...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



"Kerajaan PH juga telah memberhentikan banyak projek mesra rakyat, menghentikan atau melambatkan bayaran bagi bayaran balik input GST dan bayaran balik LHDN yang di terima untuk bulan Mac'18 sehingga Ogos'18 serta bayaran untuk kontraktor dan pembekal"...

"Bila tak membayar, dah tentu perbelanjaan untuk bulan2 di bawah kerajaan PH lebih rendah"...

"Beranikah kerajaan PH memberi butiran terperinci bayaran bulanan untuk keempat2 perkara ini"...

Amacam Apek, ada berannnkah...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰


"Guan Eng masih tegas bahawa kerajaan BN hanya meninggalkan wang RM450 juta untuk dia membayar gaji berjumlah RM8 bilion setiap bulan"...

"Tahap 'ketokongan' apa ini"...

"RM450 juta boleh pula membayar RM8 bilion!!!"...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Silap mata atau silap kira...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

"Saya telah menerangkan bahawa hasil2 masih di kutip berterusan setiap bulan"...

"Selain dari itu, sebenarnya jumlah Akaun Hasil Di Satukan juga termasuk wang tunai yang di letak dalam bentuk simpanan tetap jangka pendek (short-term FD) dengan BNM"...

"Wang ini boleh di keluarkan serta-merta untuk kegunaan kerajaan pada bila2 masa"...

"Jumlah wang tunai ini naik dari RM7 bilion pada akhir bulan Disember 2017 kepada RM10 bilion pada akhir bulan April 2018"...

"Bermakna wang tunai untuk akhir bulan April 2018 bukan hanya RM450 juta sahaja"...


Kita bernasib baik kerana data2 ini masih di laporkan oleh BNM dalam laman rasmi mereka...

Jika tidak, kita semua di tipu lagi...

Selain dari kelihatan seolah2 jujur dalam menghormati Azan...

Sebagai menteri kewangan, Guan Eng patut benar2 jujur dan tidak tiba2 secara sedar dan sengaja membuat kenyataan untuk menipu rakyat semata2 untuk memuji diri sendiri...

Wednesday, October 24, 2018

Bank Dunia Jelaskan Punca Sebenar Krisis Ekonomi Malaysia Sekarang

|0 comments

Pada 4 oktober lepas, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang berkaitan dengan ketidakpastian dalam persekitaran luaran..

Malah Bank Dunia hari ini  mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2018  menguncup pada 4.9% dari unjuran sebelum ini pada kadar 5.4% malah kadar penguncupan ini boleh terus menurun menjelang 2020...

Sudhir Shetty
Ketua Ekonomi Bank Dunia Rantau Asia Timur & Pasifik

Lebih menakutkan pembentukan modal tetap kasar di jangka berkembang dengan 'sederhana' dengan perbelanjaan awam yang lebih rendah daripada jangkaan yang menjejaskan prospek pertumbuhan amaran Bank Dunia dalam Lapuran Ekonomi Asia Timur dan Pasifik...

Kadar pertumbuhan eksport di jangka perlahan hingga 3.7% setiap tahun pada 2018 dan 2019 dari hampir 10% pada tahun 2017...

Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dari negara Asia Tenggara yang bergantung pada perdagangan...


Bulan lalu, Bank Pembangunan Asia menurunkan ramalannya terhadap Malaysia  kepada 5.0% untuk tahun ini dan 4.8% pada 2019 memetik risiko pertumbuhan eksport yang lembap dan pelaburan domestik yang lemah...


Persoalannya, apa guna Mahathir lantik penasihat ekonomi jika ekonomi malaysia di ambang muflis...


Kesilapan paling besar Mahathir adalah melantik Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan paling BODOH dalam sejarah Malaysia!!!


Malah polisi Mahathir yang mahu tunjuk hebat hingga menyebabkan negara seperti China, Amerika, Arab Saudi dan kesatuan Eropah menggantung sebahagian besar import dari Malaysia menjadi penyebab kelembapan ekonomi...

Bergitu juga polisi 'FLIP FLOP' kerajaan PH sekarang seperti sesuka hati kejap batal, kejap tangguh dan kejap laksana seperti projek2 mega kerajaan...

Telah menyebabkan para pelabur hilang keyakinan terhadap integriti kerajaan baru hingga menyebabkan saham dan nilai ringgit jatuh mendadak  sehingga sekarang masih jatuh...


Yang menariknya Bank Dunia menyatakan kegagalan ekonomi Malaysia juga berpunca dari tindakan  membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan yang tidak popular yang sebelum telah menjana pendapatan sebanyak $ 10 bilion tahun lepas dan memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan satu peringkat...

Ini termasuk tindakan kerajaan baru dalam aktiviti  penjualan aset negara dan pembiayaan semula hutang sedia ada, untuk mengurangkan sedikit tekanan daripada kewangan negara...


Lebih memalukan Mahathir dan Guan Eng, Bank Dunia tetap menyatakan hutang negara telah meningkat dari RM686.8 bilion kepada RM725 bilion dan peningkatan tersebut berpunca dari tindakan Kerajaan Baru yang melancarkan tax holiday selama 3 bulan dan pemansuhan GST kepada SST...

Telah menyebab keadaan kewangan negara menjadi huru hara...


Yang peliknya tidak sepatah ayat pun Bank Dunia menyatakan hutang Malaysia cecah sehingga RM1 trilion seperti di propagandakan oleh Mahathir dan Guan Eng...

Malah Bank Negara Malaysia sehingga sekarang masih ikut kadar hutang yang sama seperti Bank Dunia...


Oleh itu boleh di andaikan yang Mahathir amat2 terdesak menjaja cerita hutang RM1 trilion  serata dunia semata2 untuk yakinkan penipuannya kepada rakyat...


Akibatnya telah menyebabkan bahana kejatuhan ekonomi negara perlu di tanggung rakyat jelata...
fda

Archives