Wednesday, July 31, 2019

Khalid Samad, Bekas Aktivis Islam Tak Boleh Buang Perangai Setan

|0 comments

Baru-baru nie tular dilaman sosial, pemilik akaun Facebook atas nama Weendy Loong memuatnaik karikatur yang jelas menghina Rasulullah SAW...

Weendy Loong memuatnaik karikatur tersebut dalam grup 'Kiub Batu Itu Berhala'...


Grup tersebut dikendalikan oleh 2 orang yang menggunakan nama Azam Alias dan Ujang Shah...

Admin tak tahulah sama ada kedua-duanya Islam atau bukan...

Tapi bukan itu yang admin nak tuliskan kali nie...


Kita memang marah, malah sangat marah dengan apa yang dimuatnaik oleh Wendy Loong dalam grup 'Kiub Batu Itu Berhala', yang kebanyakan 'posting' yang di buat banyak memperlekehkan Islam...

Kita jadi lebih marah dan terkejut bila Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang terlebih kalut bila perkara ini didedahkan dan tular di media sosial...


Khalid Samad dengan pantas menuduh kononnya, 'posting' penghinaan ke atas baginda Rasulullah SAW bukanlah datangnya dari seorang berbangsa Cina yang menyokong DAP tetapi ianya datang dari seorang penyokong kuat UMNO yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang menggunakan nama akaun Muhsin Lateef dengan menggunakan 'fake aacount' atas nama Wendy Loong...

Kenapa Khalid Samad pulak yang kelam kabut ayam?

Khalid Samad bukan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri!!!

Khalid Samad bukan Menteri Dalam Negeri!!!

Khalid Samad bukan Menteri Multimedia dan Komunikasi!!!

Ini bukan kali pertama penyokong cauvinis DAP memuatnaik 'posting' yang menghina Rasulullah SAW!!!

Sudah berkali-kali!!!

Kenapa Khalid Samad dari Parti Amanah Negara (PAN) yang kelam kabut ayam?

Sedangkan parti-parti lain dalam Pakatan tak keluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara itu...

Atau mungkin Weendy Loong tu ada kaitan dengan PAN?

Tanya jer?

Dah jadi menteri masih lagi menggunakan pendekatan menfitnah...

Sepatutnya Khalid Samad sebagai seorang menteri kabinet yabg mengaku beragama Islam tegas mendesak agar siasatan dan tindakan segera diambil kepada pihak yang menghina agama dan nabi kamu...

Sebaliknya Khalid Samad memfitnah UMNO dan PAS serta mengapi-apikan dan mendahului pihak berkuasa menuduh individu tertentu menyamar sebagai Cina...

Wajah Sebenar Khalid Samad Yang Mengaku Bekas Aktivitis Islam


Kuala Lumpur bandaraya metropolitan...

Di Kuala Lumpur kita ada 'China Town' di Petaling Street yang menjadi kebanggaan masyarakat Cina...

Di Kuala Lumpur juga kita ada 'Little India' di Bricksfield yang menjadi kebanggaan masyarakat India...

Di Kuala Lumpur juga kita ada Kg. Baru yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu...

Kewujudan Kg. Baru di Kuala Lumpur, jauh lebih awal dari kewujudan 'China Town' dan 'Little India'...

Apa yang membezakan ketiga-tiga tempat istimewa ini di mata Khalid Samad?

'China Town' dan 'Little India' MESTI dipelihara kewujudannya tetapi Kg. Baru MESTI dihapuskan (BACA DI SINI)...

Apa saja yang boleh mendatangkan kebaikan pada masyarakat Melayu Islam, Khalid Samad PASTI akan mencari jalan untuk menghapuskannya...


Tentu kita masih ingat bagaimana tapak Bazar Ramadhan di Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah wujud puluhan tahun dan memberikan rezeki kepada ratusan masyarakat Melayu Islam telah dialihkan tempatnya oleh manusia berhati syaitan bernama Khalid Samad ke Jalan Raja...

Kebanyakan peniaga Bazar Ramadhan di Jalan TAR kerugian beribu ringgit bila lokasi perniagaan mereka dipindahkan ke Jalan Raja (BACA DI SINI)...

Inilah yabg dimahukan oleh Khalid Samad kerana inilah yang akan menggembirakan 'dewa-dewa' DAP yang 'disembah' oleh Khalid Samad...

Terbaru, sumber yang datangnya dari pihak Ustaz Azhar Idrus sendiri, pendakwah bebas dikatakan TIDAK DIBENARKAN untuk memberikan ceramah di kawasan Kuala Lumpur...

Apakah ini satu lagi arahan yang datangnya dari Khalid Samad?

Kalau bukan Khalid Samad yang keluarkan arahan tersebut, apakah Khalid Samad sebagai Menteri Wilayah Persekutuan tidak boleh menimbangkannya semula?

Apakah jenis kemudharatan yang akan dibawa oleh Ustaz Azhar Idrus sehingga beliau dihalang untuk memberikan ceramah di Kuala Lumpur?

Beginikah sikap dan pendirian seorang menteri kabinet yang mengaku pernah menjadi aktivitis Islam?

Wahai manusia yang bernama Khalid Samad :


Apakah Allah SAW dan baginda Rasulullah SAW masih ada lagi dalam kalimah syahadah kamu?

Apakah Al Quran masih lagi menjadi pegangan kamu?

Apakah kamu masih berkiblatkan Ka'abah?

Apakah kamu masih lagi berbangsa Melayu atau sudah malu mengaku Melayu sebagai bangsa kamu?

Tuesday, July 30, 2019

TTTTTT... Trip Turki Tun Tanda Terdesak, Tiada Terhasil

|0 comments

Malunya Malaysia dapat Perdana Menteri bodoh yang jadi bahan ketawa dunia...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Berita panas ini pasti tak akan diperbesarkan mahacai Pakatan, malahan ramai dilaporkan sanggup 'masuk ke gua' kerana malu lihat Dr. Mahathir yang dipuja mereka tiba2 jadi bahan jenaka seluruh dunia...

Begitulah hebatnya perancangan Allah SWT, aib Dr. Mahathir dah tiba masanya untuk dibuka...


Ketika lawatan rasmi 4 hari di Turki, Perdana Menteri tertua di dunia ini menyerlahkan kebodohan diri sendiri...


Mungkin niat asalnya Madey nak berlagak, nak tunjuk hebat lepas setahun berkuasa, kononnya lapangan terbang tersibuk di Istanbul yang menjadi 'milik' kerajaan Malaysia diurus dengan baik oleh rejim Pakatan...

Walhal, satu dunia tahu, ia adalah hasil kejayaan DS Najib yang bijak dalam bisnes global...

Kisah bagaimana Sabiha Gokcen International Airport (SGIA) diambilalih oleh Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dizaman DS Najib, sangat menarik (BACA DI SINI)...

Dr. Mahathir pula cuba ambil 'kredit', sedangkan Pengerusi PH ini tidak tahu apa2 pun mengenai operasi terminal itu...

Allah Maha Kaya!!!


Pada sidang media selepas perjumpaan dengan ramai tokoh perniagaan Turki, Dr. Mahathir depan wartawan negara itu naik angkuh dan betul-betul 'over acting' dan 'nak ajar' mereka cara buat kereta nasional...

Ini mungkin Madey 'terpedaya' laporan media Barat pada akhir 2017...

Kononnya, 5 syarikat Turki mahu buat kereta domestik jenama sendiri dan model sulung itu bakal keluar dalam tahun ini...


Padahal ia sudah pun lama berada di pasaran negara itu menerusi 'kereta sport' Onuk Sazan dan Onuk S56/G, yang berupaya cecah 100 km/jam daripada keadaan statik kurang 4 saat ajer!!!

Hakikatnya industri automotif Turki jauh lebih maju berbanding Malaysia...


Turki telah lama ada kereta buatan sendiri di samping van, bas, lori waima kereta kebal perang tentera...


Tidak hairanlah sebelum balik ke Malaysia, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ada cara unik 'tegur' Madey dengan pamerkan kereta kebanggaan negara itu yang bertaraf sport car...


Wajah selamba Madey jelas terpinga 'terkejut beruk' itu jadi bahan ketawa media seluruh dunia...

Sekali gus bukti PM ke-7 ini masih lagi perasan hebat macam zaman PM ke-4!!!

Kali nie trip Dr. Mahathir ke Turki, banyak benda yang pelik2...

Selain 'over acting' depan wartawan, Dr. Mshathir juga khabarnya pergi ke kubur Atartuk...


Dr. Mahathir juga buat 'statement' kerajaan Pakatan gagal pulihkan ekonomi sebab ada usaha 'sabotage' tapi Dr. Mahathir tak sedar, secara tak langsung akui Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng gagal...


Paling tak boleh blah, tuduhan Dr. Mahathir tuduh Barisan Nasional banyak letak duit kat luar negara...


Dr. Mahathir mengata diri sendiri ker tu...


Sebenarnya Dr. Mahathir dah tersangat-sangat 'desperate'...

Dahlah lawatan ke Turki tak mendatangkan sebarang hasil, dimalukan pula...

Jadi untuk tenangkan hati dan untuk memastikan bateri jantung terus berfungsi, maka Dr. Mahathir pun mulalah meratib dengan 'zikir' harian dia, BN, Najib, BN, Najib, UMNO, PAS, BN dan Najib!!!

Monday, July 29, 2019

PH Perompak Yang Tuduh Pihak Lain Merompak

|0 comments

Antara propaganda utama PH ialah tuduhan BN telah merompak berbilion-bilion dari institusi-institusi Melayu dan merosakkannya walaupun semua institusi ini beroperasi dengan baik sebelum PRU14...

Tetapi apakah kebenarannya?

MARA


Selama ini PH dakwa BN curi duit MARA...

Tapi tak ada seorang pemimpin BN pun didakwa dalam mahkamah sejak PRU14 kerana mencuri duit MARA...

Sebaliknya, PH yang potong peruntukan MARA sebanyak RM100 juta dari RM3.8 bilion tahun 2019 kepada RM3.7 bilion berbanding tahun lepas...

YAPEIM


PH dakwa BN curi duit anak yatim YAPEIM, tapi PM ke-7 sendiri kata tak ada bukti (BACA DI SINI)...


Tabung Haji


PH dakwa BN curi berbilion-bilion simpanan umat Islam...

Tapi sehingga kini tak ada seorang pemimpin BN pun yang didakwa merompak walau satu sen duit Tabung Haji...

Bekas Pengerusi TH didakwa bersama abang dia atas kes lain yang melibatkan projek lebuhraya, yang bukan dalam kuasa ahli parlimen dan tiada kaitan dengan Tabung Haji, apa lagi dengan tuduhan rompakan duit Tabung Haji yang didakwa oleh Pakatan...

Paling serius pun ialah dakwaan bahawa UMNO buat kerja zalim seperti terlebih bayar hibah RM4.2 bilion kepada pencarum Tabung Haji...

Itupun tuduhan TH berdasarkan firma audit luar yang  diupah oleh Pakatan, di mana dapatan audit luar tersebut bercanggah dengan dapatan audit dari Jabatan Audit Negara...

Hakikatnya, Pakatan yang mendakwa berusaha menyelamatkan kewangan Tabung Haji, telah menyebabkan nilai aset Tabung Haji jatuh sebanyak RM10.8 bilion selepas PRU14 akibat kejatuhan teruk pasaran saham dalam tangan Pakatan Harapan!!!

Bila didesak supaya PAC atau ditubuhkan RCI untuk siasat kewangan Tabung Haji, Mujahid kata tak perlu (BACA DI SINI)...

Siapa yang sebenarnya memusnahkan Tabung Haji?

FELDA


Pakatan Harapan dakwa Barisan Nasional rompak berbilion-bilion duit peneroka FELDA...

Tapi sehingga kini, hanya Isa Samad seorang yang didakwa menerima sogokan sebanyak RM3 juta kerana FELDA membeli satu hotel di Kuching...

Kenapa tiada pendakwaan ke atas berbilion-bilion duit FELDA yang Pakatan Harapan dakwa telah dirompak oleh Barisan Nasional!!!

Lebih memeranjatkan, ialah dalam kes Isa Samad, setiausaha politik PM ke-7 dinamakan dalam 9 dari 10 kertas pendakwaan mahkamah sebagai pihak pengantara dan wakil untuk pemberi dana...

Tapi setiausaha politik PM ke-7 seorang ini tidak dikenakan apa-apa dakwaan pulak (BACA DI SINI)...

Kenapa dia terlepas, ya?

PH tuduh institusi-institusi Melayu rosak di era Barisan Nasional tapi yang rakyat saksikan ialah bajet MARA dipotong, hibah Tabung Haji adalah paling rendah dalam sejarah, kuota Haji pun turun akibat Arab Saudi tidak lagi luluskan kuota tambahan kepada kerajaan Pakatan Harapan dan peneroka FELDA sedang menderita selepas PRU14...

Siapa sebenarnya yang merosakkan institusi-institusi Melayu?

Kalau Pakatan Harapan benar-benar telus dan adil, buatlah RCI ke atas semua institusi-institusi Melayu di atas seperti yang dijanji dalam 10 janji 100 hari manifesto bukan kitab mereka...

Paling tidak, buatlah siasatan PAC ke atas semua ini...

Nak tuduh dan fitnah Barisan Nasional curi berbilion-bilion dan merosakkan institusi-institusi Melayu tapi Pakatan Harapan tak berani buat siasatan terbuka pula...

Debat pun tak mahu...

Lari macam Kit Siang...

Tapi jika Pakatan Harapan buat, rakyat yakin Pakatan Harapan akan terkantoi lagi kerana memfitnah...

Seperti tuduhan Barisan Nasional rompak wang GST RM19.4 bilion...

Yang dibuktikan oleh laporan PAC sebagai satu lagi fitnah jahat mereka...

Jadi pada rakyat Malaysia yang sel-sel otaknya masih bersambung, terutamanya pada macai-macai Pakatan Harapan yang masih angguk-angguk, geleng-geleng, cuba senaraikan, dalam banyak-banyak dakwaan rompakan yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan pada Barisan Nasional, yang mana satu dah di dakwa dalam mahkamah?

Dah lebih setahun Pakatan Harapan dapat kuasa, takkan belum cukup bukti lagi kut?

Kalau tak ada bukti, apa asasnya buat dakwaan dan tohmahan tu?

Sunday, July 28, 2019

Kuasa Undang-Undang Pada KP LHDN, Tunduk Arahan LGE Ker?

|0 comments

Lagi satu tekanan pada mantan Perdana Menteri ke 6, Dato' Seri Najib Razak...

Tiba-tiba Lembaga Hasil Dalam Negeri umumkan akan buat saman tuntutan tunggakan cukai ke atas DS Najib sebanyak RM1.69 bilion...

Apa Kedudukan Perkara Yang Sebenarnya


Kesnya begini (Copy And Paste Dari Facebook DS Najib)...

"Tiba-tiba LHDN di bawah Menteri Kewangan kata saya hutang cukai RM1.69 bilion walaupun saya tidak pernah tak memfailkan dan membayar cukai setiap tahun"...

"Kenapa RM1.69 bilion?"

"Itu ditentukan oleh LHDN sendiri"...

"Tidak siapa boleh pertikaikan"...

"Mereka kata kalau nak rayu pun, bayar dulu lepas itu rayu"...

"Kalau tak bayar dulu maka saya akan diiisytiharkan muflis, sekali gus hilang kerusi Parlimen"...

"Barangkali rumah saya dan akaun bank dengan gaji terkumpul saya juga akan disita"...

"Peguam pun saya tak mampu bayar"...

"Main kotor atau tidak?"

"Zalim atau tidak?"

"Saya cuma hanya bagi contoh di bawah ini :"

"Katakanlah kawan dari luar negara hantar RM2,600 kepada kamu pada bulan Mac"...

"Kamu pulangkan RM2,600 itu kepada kawan pada bulan Julai"...

"Selepas 6 tahun, kerajaan tiba-tiba tuduh kamu perlu bayar cukai pada kadar 25% ke atas RM2,600 itu"...

"Oleh kerana pada tahun 2013 itu kamu tak isytiharkan RM2,600 sebagai pendapatan, kamu perlu dikenakan denda"...

"Oleh kerana masih tak dibayar selepas bertahun-tahun ini, pelbagai faedah dan penalti dikenakan ke atas kamu lagi"...

"Cukai atas cukai, denda atas denda, penalti atas penalti"...

"Kerajaan sekarang mahu kamu bayar RM1,600"...

"Dana dari luar negara tak dikenakan cukai, PH kata perlu"...

"Dana politik tak dikenakan cukai, PH kata perlu"...

"Dana cuma dalam akaun untuk 4 bulan sebelum dipulangkan kepada penghantar, PH kata perlu cukai"...

"Adil atau tidak?"

"Saya tak salahkan pegawai-pegawai dalam LHDN"...

"Saya sudah diberitahu arahan ini datang dari siapa di Kementerian Kewangan"...

Tekanan terbaru dari kerajaan PH ke atas DS Najib ada 2 matlamat...

Pertama, untuk memastikan DS Najib tak lagi berada dalam Dewan Rakyat, untuk rekod, seseorang ahli Dewan Rakyat akan digugurkan keahliannya bila mahkamah mengisytiharkan seseorang ahli Dewan Rakyat itu muflis...

Bila DS Najib digugurkan keahliannya sebagai ahli Dewan Rakyat, maka segala pembohongan dan tembelang kerajaan PH yang didedahkan oleh DS Najib di Dewan Rakyat menerusi fakta dan hujah yang tepat, akan dapat dihentikan...

Mandat yang rakyat berikan pada DS Najib cuba dinafikan dengan cara yang paling menjijikkan...

Kedua, ianya dilihat sebagai 'counter attack' Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng ke atas DS Najib...

Guan Eng sangat berdendam pada DD Najib sebab dah beberapa kali penipuan beliau sama ada dalam media atau Dewan Rakyat didedahkan oleh DS Najib...

Yang terkini dan masih hangat diperkatakan ialah penipuan dan tuduhan Lim Guan Eng dalam Dewan Rakyat mengenai rompakan hasil pungutan cukai GST oleh mantan kerajaan BN telah terbongkar bila lapuran akhir PAC mendapati tiada wang pungutan cukai GST telah hilang sebagaimana yang dikatakan oleh Guan Eng, malah PAC mendapati terdapat lebihan pada wang kutipan GST...

Terdahulu, usaha untuk halang DS Najib dari memberikan penerangan pada rakyat dalam laman media sedang giat diusahakan oleh Peguam Negara (BACA DI SINI)...

Menyalahgunakan Kuasa Dan Penjawat Awam Untuk Kepentingan Politik Adalah Strategi Yang Sangat Menjijikkan


Seperti yang dihujahkan oleh Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Saarani Mohamad, dalam sebuah negara yang bertamadun, prinsip pengasingan kuasa mestilah diamalkan dan saling tidak bertindih antara satu sama lain...

Tetapi baru setahun jagung mengambilalih kuasa pemerintahan, kerajaan Pakatan telah berkali-kali 'merogol' prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan olrh negara-negara lain dunia...

Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM dalam kes SRC dan 1MDB serta dakwaan rasuah ke atas DS Zahid Hamidi...

Bukan setakat menyerang musuh politik kerajaan Pakatan tetapi Jabatan Peguam Negara dan PDRM digunakan untuk membebaskan dan melepaskan sekutu politik kerajaan Pakatan Harapan seperti kes banglo Lim Guan Eng dan beberapa kes yang didakwa ke atas beberapa pemimpin di bawah Akta Hasutan...

PDRM juga digunakan untuk melepaskan dakwaan ke atas kes rogol yang dilakukan oleh Exco DAP di Perak, kes Semburit yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

Lebih memualkan lagi, kerakusan kerajaan Pakatan bukan setakat melepasi batasan eksekutif tetapi juga menodai prinsip pengasingan kuasa hingga ke bidang kehakiman...

Mahkamah digunakan untuk menafikan keadilan Allahyarham Mohd. Adib, menangguh hukuman penjara ke atas Wan Ji yang disabitkan atas kesalahan di bawah Akta Hasutan kerana menghina SPB YDP Agong, walau pun Wan Ji telah dihantar ke penjara Sungai Buloh!!!

Cara yang digunakan oleh kerajaan Pakatan untuk survivor politik mereka kali ini adalah jauh lebih menjijikkan dari perlakuan Semburit!!!

Inilah kerajaan yang beraja di mata dan bersultan di hati...

Siapa juga mangsanya, sama ada SPB YDP Agong atau rakyat, pasti TIDAK akan mendapat pembelaan dan keadilan undang-undang sekiranya yang melakukan kezaliman itu adalah sekutu kerajaan Pakatan...

Apajah rakyat Malaysia masih lagi mahu memberikan mandat kepada Pakatan Harapan supaya kezaliman demi kezaliman dan penindasan demi penindasan dilakukan mereka dengan sewenang-wenangnya seolah-olah Malaysia adalah hak milik mak bapal mereka dan rakyat Malaysia semuanya adalah kuli batak mereka yang hanya mampu angguk-angguk dan geleng-geleng!!!

Saturday, July 27, 2019

Beranikah UMNO Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan DAP Seperti Melawan Tun Dalam PPBM?

|0 comments

Melihat gambar yang dipaparkan oleh Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng bersama-sama 5 lagi pemimpin DAP bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan isu-isu kewarganegaraan...

Lima pemimpin DAP yang lain adalah Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Beruas dan Datuk Ngeh Koo Ham...

Kesungguhan pemimpin-pemimpin DAP itu membuatkan kita tertanya-tanya :


》Sulit sangatkah isu-isu kewarganegaraan ini sehingga perkara ini tidak boleh ditanyakan secara terbuka di Dewan Rakyat dan perlu dibincangkan secara tertutup dengan Menteri Dalam Negeri?

》Eksklusif sangatkah isu-isu kewarganegaraan ini sehingga pemimpin parti-parti komponen lain Pakatan Harapan tidak dilibatkan dalam perkara ini dan hanya pemimpin DAP yang dilibatkan?

》Besar sangatkah isu-isu kewarganegaraan ini sehingga memerlukan dua Menteri DAP dan dua Timbalan Menteri DAP meninggalkan tugas rasmi masing-masing semata-mata untuk turut sama membincangkannya?     

》Apa kaitan isu-isu kewarganegaraan ini dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Hannah Yeoh, dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching?


9 Julai lalu, Menteri Dalam Negeri memberikan jawapan tegas beliau kepada soalan Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham, yang memohon supaya dimudahkan pemberian kewarganegaraan, dan semoga beliau terus bertegas...

Rakyat menuntut agar Menteri Dalam Negeri memberikan penjelasan, apakah butir perbincangan dalam pertemuan itu...

Berapa ramaikah yang memohon kewarganegaraan melalui pintu belakang tu?

Adakah Mereka Ini Yang Mohon Kewarganegaraan?
Apakah Mereka Layak Dan Mengapa Mesti Melalui
Pintu Belakang?

Siapakah mereka?

Apakah mereka benar-benar layak dan benar-benar memenuhu syarat untuk diberikan kewarganegaraan?

Akhirnya Yang Pernah Mengaku Totok UMNO
Sujud Di Kaki Dewa-Dewa DAP!!!

Kewargenegaraan adalah kedaulatan negara dan atas alasan apa sekali pun ianya TIDAK BOLEH diberikan sewenang-wenangnya...

Rakyat mempunyai hak untuk mengetahuinya kerana selepas mereka mendapat kewarganegaraan, rakyat Malaysia akan berkongsi segaka keistimewaan sebagai warganegara dengan mereka, apatah lagi ianya dilakukan dengan cara yang cukup mencurigakan...

Mana Suara Menteri Kerajaan Pakatan Berbangsa Melayu?


Pemimpin mereka sedang mengusahakan kewarganegaraan untuk kaum mereka dari negara asal mereka...

Tujuannya adalah untuk jadi pengundi di Tanah Melayu ini satu hari nanti...

Bersungguh-sungguh mereka berusaha untuk meramaikan kaum mereka sebagai rakyat Malaysia kerana mereka sedar kesuburan kaum mereka kalah di belakang orang Melayu...

Mereka memandang jauh ke depan...

Tapi pemimpin orang Melayu buat apa?

Mereka sibuk buat hubungan terlaknat kemudian pakat londeh melondeh sepanjang 20 tahun ini...

Pesta Permohonan Kewarganegaraan Di JPN!!!

Kali ini, jelas sekali pemimpin dan menteri berbangsa Melayu dalam kerajaan Pakatan telah MELACURKAN kedaulatan negara kepada pemimpin-pemimpin DAP!!!

Sesungguhnya sangat layak mereka digelar sebagai PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA!!!

Friday, July 26, 2019

Mungkin Lepas Nie Kerajaan PakaTun Akan Salahkan Planet Pluto

|0 comments

Salah BN...
Salah UMNO...
Salah PAS...
Salah MCA...
Salah MIC...
Salah Tok Jib...
Salah Haji Hadi...
Salah China...
Salah PDRM...
Salah Bomba...
Salah ATM...
Salah Penjara...
Salah makanan dalam penjara...
Salah angin bawa udara tercemar...
Salah peneroka Felda...
Salah penjawat awam...
Salah orang kampung...
Salah orang asli...
Salah CCTV...

Kalau rakyat Malaysia perhatikan, sejak setahun lebih Kerajaan PH memerintah, Tidak Ada Seorang pun pemimpin-pemimpin Pakatan yang akan mengaku SALAH atau SILAP dalam apa juga perkara yang berlaku, sebaliknya MENYALAHKAN orang lain atau apa juga benda lain yang ada disekitar mereka...

Cuba tenguk contohnya :

Mangsa Rogol Amah



》Yang salah adalah amah, sebab kena rogol...

Skandal Semburit



》Yang salah adalah orang yang menyebarkan video telenovela Semburit...

Kebanjiran Warga Pendatang Tanpa Izin di Sabah



》Yang salah adalah rakyat Sabah sebab mengecam warga pendatang tanpa izin dan bersikap rasis...

Kejatuhan Ekonomi Negara



》Yang salah adalah rakyat sebab memburukkan negara dan kerajaan...

Anak-Anak Muda Semakin Ramai Menganggur 



》Yang salah adalah fenomena pengangguran sebab kalau tak ada fenomena pengangguran, tak adalah anak-anak muda menganggur...

Rakyat Malaysia Mengadu Kos Sara Hidup Meningkat 



Yang salah adalah rakyat sendiri kerana malas dan terlalu bergantung kepada kerajaan...

Masalah Air di Selangor



》Yang salah adalah air sebab dia berbau dan salah musim kemarau...

Harga Kelapa Sawit Jatuh



》Yang salah adalah rakyat Malaysia sebab tak gunakan minyak kelapa sawit...

Harga Getah Jatuh



》Yang salah adalah penoreh getah sebab menoreh musim hujan, getah tidak berkualiti...

Harga Barang Naik 



》Yang salah adalah orang tengah sebab naikkan harga...

Harga Bahan Api Naik



》Yang salah adalah bumi Malaysia sebab tak jadi negara pengeluar...

Kes Perbicaraan DS Najib Kerap Tertangguh



》Yang salah adalah kertas tak cukup, mesin fotostat rosak, CD Rom tak boleh baca, pendrive tak jumpa-jumpa, cuba kalau kertas cukup, mesin fotostat tak rosak, CD Rom boleh baca dan pendrive tak hilang, dah 'settle' dah kes tu...

Jho Low Tak Dapat Nak Tangkap Sampai Sekarang



》Yang salah adalah negara China dan US sebab sembunyikan Jho Low...

Terkini Adalah Kes Pencemaran Udara Di Pasir Gudang



》Yang salah adalah tahi burung merpati yang menyebabkan ramai pelajar muntah2 dan sesak nafas di Pasir Gudang...

Kes pencemaran toksik di Pasir Gudang nie dah berapa kali wujud sejak kerajaan PH memerintah? 




Tak mustahil lepas nie nanti, kerajaan akan salahkan bulan dan bintang pulak...

Ye lah, kalau bulan dan bintang tak ada, macam mana kami nak janjikan bulan dan bintang pada rakyat Malaysia, betultak?

Jadi, planet Marikh, planet Zuhal dan juga planet Pluto kena hati-hati yer, sebab bulan dan bintang punya giliran dah dekat tu...


Lepas nie, kita tengok siapa atau apa lagi yang bakal disalahkan oleh KERAjaan PakaTun...

Thursday, July 25, 2019

Liciknya Manusia Yang Bernama Lim Kit Siang

|0 comments

Lim Kit Siang bukanlah orang baru dalam kancah politik tanahair...

Beliau telah berkecimpung dalam dunia ini sejak lebih 50 tahun dahulu, menjadi ahli Parlimen dan Setiausaha Agung DAP sejak 1969, menjadikan beliau pada usia 78 tahun kini sebagai pemimpin tokoh kanan DAP yang paling tua...


Mewarisi perjuangan PAP yang diasasakan mendiang PM Singapura Lee Kuan Yew, DAP memperjuangkan idealisma politik yang sama, mewujudkan sebuah negara demokratik yang sekular berteraskan gagasan 'Malaysian Malaysia'...


Kit Siang telah melalui jatuh bangun dalam politik, keluar masuk penjara sehingga terlalu mahir dengan sepak terajang politik Malaysia...


Kit Siang bijak mengeksploitasi kedudukan kaum-kaum dalam negara untuk meletakkan DAP dipuncak kuasa setelah berkali-kali mencuba dengan syarat punya kuda-kuda tunggangan yang sedia untuk ditunggangi...

Jika puluhan tahun dahulu Kit Siang terpaksa berpuas hati sebagai tokoh pembangkang, tapi selepas memenangi Pulau Pinang sejak 2008, dan sejak setahun lepas beliau sudah menjadi orang penting dalam kerajaan hasil perancangan dan kolabrasi politiknya dengan pihak ketiga...


Kini Kit Siang bukan lagi 'Mr Opposition' tetapi beliau mengetuai parti yang memiliki satu pertiga suara dalam kerajaan Pakatan Harapan yang kini memerintah di Putrajaya...

Tidak cukup dengan itu, parti beliau juga selain menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang dengan 51% suara perwakilan, DAP juga dominan di Perak (60%), Negeri Sembilan (55%) dan Melaka (53%). Ini bermakna DAP punya suara majoriti dalam kerajaan negeri-negeri berkenaan (BACA DI SINI)...

Memecahkan parti-parti Melayu yang tidak sealiran dengannya khasnya PAS dan Umno selain mencaturkan PKR, PAN dan Bersatu di bawah Dr. Mahathir untuk ikut telunjuknya dan menceduk saki-baki undi dan sokongan Melayu, akhirnya dalam PRU ke 14 lalu, DAP di bawah Kit Siang berjaya mencipta 'upset'...

Apabila dengan sokongan padu lebih 90% pengundi bukan Melayu dan sekitar 25% undi Melayu kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri berjaya diruntuhkan...


Selain kelicikkan Kit Siang, runtuhan berkenaan turut berjaya apabila PH juga dengan sumbangan beliau mengemukan janji-janji pilihanraya 'bulan dan bintang' yang sangat diyakini oleh rakyat kebanyakkan yang ketika itu sungguh tertekan dan terdesak...

Dengan sumbangan besar DAP pada kemenangan kerajaan PH Putrajaya selain kerajaaan negeri-negeri yang PH menangi, bermakna DAP begitu berkuasa dan dominan dalam kerajaan PH...

Melalui kekuatan suara inilah DAP layak untuk melonjakkan dasar dan perjuangannya menjadi sebahagian dari dasar dan polisi kerajaan...

Dengan pengalaman luas, dan penat jerih yang ditempuhinya untuk naik ke mercu kuasa, Kit Siang perlu sentiasa bersikap licik dan penuh muslihat...

Walaupun umum mengetahui bahawa beliau dan DAP lah hari ini merupakan tulang belakang kerajaan PH, namun Kit Siang lebih rela merendah diri dan menafikannya...

Dalam temuramah eksklusif di akhbar The New Sunday Times 14 Julai lalu, Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya bahawa orang-orang Melayu dan agama Islam terancam di bawah kerajaan PH kerana kononnya kehadiran besar DAP dalam kerajaan...

Beliau menyalahkan Umno dan PAS yang menakut-nakutkan rakyat dengan tuduhan yang didakwanya tidak berasas...

Sebenarnya bukan UMNO dan PAS yang menakut-nakutkan rakyat, tetapi sikap DAP yang anti-Islam sangat-sangat membimbangkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Sewaktu DAP berada di kerusi pembangkang lagi, DAP telah melakukan apa saja untuk memastikan Islam tidak didaulatkan di Malaysia walau pun mereka sedar termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Islam adalah ugama rasmi Malaysia...


Sebelum pembentangan pindaan RUU 355 di dalam Dewan Rakyat, DAP mengenakan tekanan kepada PAS yang membawa usul agar pindaan RUU 355 dilakukan, walau pun pada ketika itu PAS dan DAP sama-sama berada dalam Pakatan Rakyat di blok pembangkang...


Ketika usul hendak dibentangkan, DAP sekali lagi bertindak menghalang agar usul pindaan RUU 355 dibentangkan...


Walau pun pada hakikatnya, penganut ugama lain TIDAK TERLIBAT dan TIDAK AKAN TERJEJAS dengan pindaan yang dicadangkan...

Tapi bagi DAP, sebutlah apa saja penambahbaikan undang-undang atau kedaulatan Islam di Malaysia, DAP dengan pantas akan menjadi batu penghalang...

Kalau diblok pembangkang lagi DAP sudah berani menghalang kedaulatan Islam di Malaysia, apatah lagi kini DAP sudah menjadi kerajaan!!!


Dengan kuasa dan pengaruh DAP yang dominan dan berkuasa dalam kerajaan Pakatan, apakah ianya bukan satu ancaman buat nasib dan masa depan orang-orang Melayu serta agama Islam dalam negara?

Sebagaimana dijelaskan di atas melalui kemenangan dan penguasaan besar mereka dalam kerajaan, sudah pasti DAP mahu menyuntik masuk fahaman dan idelogi mereka dalam kerajaan...


2 perkara besar yang menjadi asas perjuangan DAP adalah mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara sekular selain memastikan negara ini mengamalkan gagasan Malaysian Malaysia, sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh mendiang PM Singapura Lee Kuan Yew di Republik berkenaan...

DAP bertekad mahu memastikan Malaysia tidak menjadi 'Negara Islam'...

Sekularisma bermakna mendakap fahaman liberal dimana agama bukan penentu dasar dan keputusan tetapi sekadar 'ritual' atau amalan persendirian yang tiada kaitan dengan kerajaan dan pemerintah...

Tidakkah ini satu ancaman terhadap amalan dan 'status quo' yang ada?

Jika Malaysia benar-benar dijadikan sebuah negara sekular, maka janganlah bercita-cita atau mengimpikan melihat sebarang usaha untuk memperkasakan pentadbiran mahkamah Syariah...

Malah kewujudan sistem keadilan Islam itu sendiri pasti akan dipertikaikan...


Keduanya adalah perlaksanaan gagasan 'Malaysian Malaysia'...

Gagasan ini menidakkan sejarah dan kontrak sosial yang diusahakan oleh para pejuang kemerdekaan kita...

Pada gagasan ini, rakyat Malaysia semuanya setaraf dan sama haknya...

Mempertahan atau mewujudkan sebarang keistimewaan untuk satu-satu kaum contohnya Melayu dan Bumiputera dianggap sebagai satu diskriminasi dan mengancam kedudukan kaum-kaum lain...

Segala hak dan kesitimewaan tiada tempat dalam Malaysian Malaysia...

Inya akan digantikan dengan amalan atau dasar meritokrasi sebagaimana di Singapura...

Jika pencapaian akademik anak bukan Melayu yang paling cemerlang contohnya, maka beliaulah yang layak untuk biasiswa atau pinjamanan kerajaan bukannya anak Melayu...

Begitu juga sistem kuota untuk penempatan di pusat-pusat pendidikan, tidak kiralah menengah atau IPT akan dihapuskan kerana ia menyekat peluang semua kaum...

Maka masing-masing perlu bersaing secara adil, siapa yang tangkas dan pintar maka dialah yang betuah dan berjaya...

Tidakkah ini juga nanti satu ancaman?

Dalam tempuh satu tahun sahaja kehadiran DAP dalam kerajaan kita telah lihat betapa nekad mereka memperjuangkan kepercayaan mereka...

Tidak menjadi rahsia lagi bahawa tuntutan ICERD dan Statut Rom yang ditolak sebelumnya didokong kuat oleh mereka, begitu juga usaha mengiktiraf sijil UEC...

Mereka berusaha memperkenalkan tanda-tanda jalan dalam Bahasa Cina di kawasan-kawasan PBT yang mereka berpengaruh, walaupun ditentang beberapa pihak termasuk istana...


Mereka sudah berani masuk ke masjid dan surau untuk mengagihkan bantuan zakat, sesuatu yang MCA dan MIC pun tidak berani sentuh semasa pemerintahan BN dahulu...


Mereka juga berjuang untuk amalan budaya dan seks songsang LGBT selain mempertahankan hak orang Melayu untuk murtad tanpa dihukum...

Pada waktu ini di Putrajaya, mereka menduduki portfolio dan jawatan kritikal dan penting dalam kerajaan termasuk Menteri dan Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan, Pertahanan, Komunikasi selain Perdagangan Antarabangsa...

Hampir semua portfolio EXCO PBT dikuasai oleh wakil-wakil DAP di negeri-negeri yang dikuasi PH...

Demikianlah kedudukannya dan tindak-tanduk Kit Siang, tidak menampakkan yang DAP akan menjadi pemain yang pasif dalam kerajaan, sebaliknya sedang dan akan memainkan peranan aktif mencorakkan dasar dan masa depan negara, semuanya nanti dengan menjuarai ideologi dan fahaman mereka yang asing itu...

Kerana itu orang-orang Melayu tidak bersalah untuk merasakan diri mereka terancam...

Tada cara lain buat mereka selain mengalih sokongan dan bersungguh mendukung usaha memartabatkan muafakat dan penyatuan ummah yang dipelopori PAS dan Umno...

Biar kuat dan bertenaga kembali kuasa politik Melayu dalam negara yang majoriti Melayu Islam ini...

Tiada pilihan lain selain bersatu bawah panji-panji penyatuan ummah, bersama PAS dan Umno untuk menamatkan dominasi dan penguasaan DAP dan PH...

Kembalikan maruah agama, bangsa dan negara pada tempatnya...

Jangan ulangi kesilapan kita yang lampau...




Kredit :

Roslan SMS
fda

Archives