Thursday, July 11, 2019

Kalau Rancangan Dr. Mahathir Berjaya, Lagi 10 Tahun Peneroka Felda Akan Merempat


Tenguk pada video klip atas nie, ada kawan yang cakap, tak patut pakcik tu buat Dr. Mahathir macam tunggul kayu kat atas pentas tu!!!

Tapi bila admin fikirkan balik, memang lebih dari patut pun...


Mesti ada sebab kenapa peneroka Felda marah pada Dr. Mahathir dan Azmin...


Dahlah atas pentas peneroka buat Dr. Mahathir macam tunggul kayu, masa Dr. Mahathir berucap pulak, ramai-ramai keluar dewan!!!


Heroin dalam sebuah sketsa pendek yang katanya penggambaran di buat di Sandakan pulak, kena 'booo' bila berucap!!!


Rupa-rupanya Dr. Mahathir datang nak ambil tanah peneroka untuk di cantumkan dan di jadikan estet serta di beri kepada kroni-kroni dia yang kononnya pakar mengurus projek penanaman baru...

Tu sebab Dr. Mahathir cakap, sepatutnya kerajaan beri lebih 10 ekar pada seorang peneroka...

Barulah kroni boleh dapat wang besar!!!

Kalau yang sekarang nie, tak berapa nak 'acherr'...

Selama ini zaman BN mereka warga Felda boleh sahaja uruskan ladang sawit dan getah sendiri sampai boleh dapat pendapatan lebih dari RM5K sebulan...

Kenapa zaman Dr. Mahathir perlu di beri pada orang lain urus pulak?

Kerajaan patutnya tingkatkan pemasaran sawit dan getah bukan fikir hendak buat projek baru tanam sayur, buluh dan sebagainya...

Dr. Mahathir, Azmin hendak urus benda yang kukuh sebelum mereka jadi kerajaan pun tak mampu, ni pulak nak hendak urus benda yang belum tahu hujung pangkal...


Dr. Mahathir contohnya, bukan tahu apa-apa pun pasal perniagaan, lepas bersara jadi Perdans Menteri kali pertama, buka kedai roti The Loaf...

Telingkup haop kedai roti tu sampai di isytiharkan bankrap...

Sekarang nie, sibuk pulak kononnya nak bagi keuntungan lebih pada peneroka Felda...

Ingat orang Felda ini buta kayu ke tak nampak apa yang Dr. Mahathir buat kepada kewangan, ekonomi negara, jual aset negara dan sebagainya...

Kata orang-orang Felda, Dr. Mahathir dan Azmin kalau bercakap babi pun boleh terbang...

Memang patutlah Mahathir berucap sahaja lebih separuh warga felda lari tinggalkan majlis...

Sampai Akhir Hayat, Dr. Mahathir Akan Terus Perbodohkan Orang Melayu


Kata Dr. Mahathir, Melayu malas, Melayu Bodoh, Melayu tak boleh di percayai, tapi bila nak kayakan anak beranak dan kroni, Dr. Mahathir cari Melayu, bila nak dapatkan undi dalam pilihanraya, Dr. Mahathir cari Melayu...

Perasan tak statement Dr. Mahathir iaitu nak jadikan Felda sebagai estet?

Aiyoooo...

Apa maksudnya?

FELDA satu entiti besar, dengan tanah yang besar, ladang yang luas dan income yang berbillion, cuma tanah tanah ini bukan milik penuh Felda, secara majoriti ianya adalah milik peneroka Felda...

FELDA cuma menguruskannya...

Sudah terbukti Felda berjaya, kenapa nak ubah?

Jangan terpesona dengan apa yang Dr. Mahathir suratkan, tapi peneroka kena kaji sedalam-dalamnya apa yang tersirat...

Sebab Dr. Mahathir nie, pakar strategi yang licik, bijak dan kuat menyamun serta mencuri hasil orang lain dan negara untuk keluarga dan kroni...

Kenapa nak jadikan estet?

Sebab bila di masukkan di bawah estet, ianya adalah milik penuh kapitalis...

Peneroka hanya dapat keuntungan...

Tanah yang dah jadi milik estet tu bukan lagi milik peneroka Felda...

Cuba kita fikirkan kenapa Dr. Mahathir suruh tanam tanaman sayuran kontan macam sayur-sayuran...

Kononnya permintaan tinggi, Malaysia impot puluhan bilion sayur-sayuran dari negara luar...

Akai ada kah...

Impot sawi, kobis, kangkung dan seangkatan dengannya boleh cecah puluhan bilion ringgit setahun ker?

Mana data yang menyokong auta tu?

Sebenarnya, tanaman kontan tak akan melibatkan kos yang tinggi dalam pembersihan tanah...

Kalau nak bina bangunan atas tanah tinggalan sawit dan getah, kosnya tinggi dan kemampatan tanah pun di ragui sebab ada beberapa kes rumah generasi kedua Felda alami keretakan yang serius sebab tanah mendap...

Jadi tanamlah tanaman kontan selama lima ke enam tahun, lepas tu tukar status tanah pada perindustrian...

Macam mana nak rampas tanah-tanah tu dari peneroka?

Beritahu pada peneroka, kos pembersihan kali pertama sebelum melakukan usahasama tanaman kontan adalah sangat tinggi dan peneroka sama ada kena bayar balik kos yang dah di keluarkan (gerenti tak mampu) atau di beri pampasan dengan tanah bertukar milik dan di beri sedikit pampasan...

Bagilah satu ekar RM20,000 sebab status tanah pertanian bukan mahal...

Apa pilihan yang peneroka ada?

Ambillah pilihan kedua dan tanah pun bertukar hak milik...

Lepas tu tukarkan status tanah pada perindustrian, harga berlipat kali ganda...

Bijak tak?

Sebenarnya, perkara yang sama pernah berlaku pada beberapa kawasan Felda, cerita yang paling menyayat hati ialah sekitar pertengahan 90'an di Felda LBJ, Sendayan, Negeri Sembilan!!!

Bagi peneroka pampasan antara RM1 juta hingga RM1.5 juta, lepas tu, tanah bertukar hak milik pada kroni...

Akhirnya sekarang, hampir 500 bekas peneroka LBJ merempat walau pun tanah ladang yang pernah jadi milik mereka dah di bangunkan...

Apa nak buat, nasi dah jadi bubur, pandang jer lah dengan linangan airmata, bagaimana tanah yang pernah di usahakan dengan keringat dan airmata, dari hutan belantara hingga menjadi ladang kini menjadi milik orang!!!

Zaman siapa tu kalau bukan zaman Dr. Mahathir dulu!!!

Itulah permainan Dr. Mahathir, sedikit demi sedikit menyamun hak dan tanah peneroka...


Sedikit demi sedikit tanah akan di ambil alih secara diam diam dengan pelbagai cara mengaburi peneroka yang mana akhirnya matlamat tanah menjadi bukan milik peneroka!!!

Darah dan airmata peneroka masa bersihkan hutan untuk di jadikan ladang dan tempat tinggal, bukan masaalah Dr. Mahathir...

Yang penting, anak beranak kaya raya, kroni-kroni kembong temolok mereka!!!

Peneroka merempat, tu bukan masaalah Dr. Mahathir!!!

Kalau tak percaya, pergilah jenguk bekas peneroka Felda LBJ!!!

Licik, bijak dan penuh strategi Dr. Mahathir dalam mengkayakan kapitalis...

Menyamun dalam diam!!!





Kredit :

Fb
Mohd. Fadzil

0 comments:

fda

Archives