Zaman Kroni Berulang
Belum 100 hari ambil alih kuasa, Perdana Menteri ke 7, Tun Dr. Mahathir dah banyak menimbulkan keresahan bukan saja di kalangan rakyat malah di kalangan pemimpin Pakatan Harapan sendiri khususnya DAP dan PKR...
Kroni2 yg dah mati tapi di hidupkan semula oleh Mahathir dikatakan menjadi punca 'kebangkitan' pemimpin DAP dan PKR yg sejak dulu tak menyenanginya...
Balas Dendam Agenda Utama Mahathir
Kesungguhan Mahathir utk membalas dendam dan menjadikannya sebagai agenda utama kerajaan PH hingga mengabaikan janji 'Selamatkan Malaysia' turut menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin kerajaan PH sekarang...
Hinggakan Anwar Ibrahim pernah menasihati kerajaan supaya fokus membina negara...
"Kita tidak boleh bergerak atas dasar dendam kerana dendam ialah penyakit hati," Anwar Ibrahim, 25 Mei 2018...
Biarpun Mahathir katakan mahu selamatkan Malaysia dan membaiki kesilapan yg dulu tapi hakikat yg dia sendiri lakukan nyata jauh tersasar...
Anwar Menghantar Mesej Kepada Mahathir Dengan Bergerak Agresif Selepas Di Bebaskan
Sebaik saja selepas di bebaskan dan mendapat pengampunan, kem Mahathir menuduh Anwar menyusun strategi secara agresif untuk mengukuhkan pengaruh di kalangan rakyat dengan membuat 'road tour' ke seluruh negara...
Baca disini :
Kem Anwar dilihat menyerang Mahathir bermula dengan Rafizi secara lantang mengkritik perlantikan 3 menteri kanan yg dianggapnya sebagai tidak mendapat restu dari PKR...
Baca disini :
Dan Anwar mempertahankan kenyataan Rafizi...
Baca disini :
Serangan berterusan dari kem Anwar bila Rafizi sekali lagi keluarkan kenyataan bahawa Mahathir bukanlah punca utama kemenangan PH dalam PRU 14...
Baca disini :
Usaha Mahathir Balas Dendam Terhadap Najib Ibarat Senjata Makan Tuan
Umum mengetahui bahawa pada malam pertama terawih Ramadan 1439H, rumah Najib digeledah pihak berkuasa...
Ketika itu Najib solat terawih berjemaah di Masjid Kampung Baru...
Saat umat Islam menyambut Ramadhan, Najib dan keluarga pula menyambut hari pengaiban tanpa diberi peluang membela diri...
Baca disini :
Ketenangan Najib Hadapi Tekanan Menggusarkan Mahathir
Namun Najib dan keluarga tetap tenang...
Sampaikan memberi arahan kepada orang UMNO supaya jangan melakukan tindak balas menerusi keganasan atau himpunan jalanraya...
Beliau mahu berhadapan masalah sendirian dan enggan mengheret pemimpin / ahli UMNO yang lain termasuk rakyat yang masih ramai bersamanya...
Baca disini :
Secara tersirat Anwar meminta semua pihak agar tidak menjatuhkan hukuman terhadap Najib sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang2 di patuhi sepenuhnya...
Penjelasan Najib Tentang Harta Yang Si Rampas PDRM
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik...
Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun...
Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi...
"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli"...
Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah...
"Jadi janganlah kita terlalu teruja"...
Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut...
"Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita berkenaan di Petaling Jaya...
Hadiah Pemimpin Antarabangsa
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi...
Bercakap mengenai barang rampasan yang diumumkan pihak polis hari ini, Najib berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barang kemas serta barangan lain yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor...
Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada bulan lalu...
Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan yang dirampas...
"Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi...
Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata :
"Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah"...
Bekas perdana menteri itu juga berkongsi bahawa memberi hadiah yang berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di negara tertentu...
"Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau juga memberi hadiah bernilai berjuta-juta"...
"Sesetengah daripada raja di negara-negara tertentu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk memberi barangan yang sangat berharga"...
Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata :
"Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain, seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang...
Sebagai contoh, Mahathir mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya...
"Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau terima sepanjang kariernya" kata Najib lagi...
Baca disini :
Mahathir Akui Terima 40 Ekor Kuda Sebagai Hadiah
Jadi ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah," ujarnya...
Najib sebelum ini pernah menjadi menteri besar Pahang pada 1982 dan kemudian beliau memegang portfolio sebagai menteri...
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama lima tahun serta menjadi perdana menteri selama sembilan tahun...
Hubungan Erat Dengan Keluarga Di Raja Arab Saudi
Ketika menjadi pemimpin negara, Najib bersama keluarganya dikatakan mempunyai hubungan erat dengan beberapa keluarga diraja di negara-negara timur tengah termasuk bekas raja dan raja Arab Saudi yang baru...
Najib, 65, pernah memberitahu bahawa beliau sangat rapat dengan almarhum Raja Abdullah yang pernah memberikannya penghormatan tertinggi Arab Saudi...
Penghormatan itu kebiasaannya diberi kepada sekutu terdekat Arab Saudi...
Bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin pernah menerima penghormatan berkenaan...
Penjelasan Mengenai Wang Tunai RM116 Juta Yang Di Rampas
Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa...
Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum...
“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya) sebenarnya"...
"Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda"...
"Mustahil untuk ada kosong baki bersih"...
"Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya"...
"Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah parti komponen"...
"Mahathir pernah serah RM1.4 bilion pada Pak Lah sewaktu peralihan kuasa"...
"Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno merupakan urusan yang mahal"...
"Ketika Mahathir meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada Pak Lah dalam bentuk aset dan wang tunai"...
"Itu tercatat"...
"Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan"...
Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu :
"Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti"...
"Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh pemimpin yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik kebal yang direka"...
"Bertanding pilihan raya perlu tunai"...
"Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu"...
"Mereka juga ada tunai"...
"Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik"...
"Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku"...
Najib juga turut mendakwa, salah seorang 'orang' Mahathir pernah mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya untuk PRU 13...
Baca disini :
Menggambarkan 'orang' itu sebagai seorang 'pembantu' yang sangat di percayai Mahathir, Najib berkata duit berkenaan di ambil di kediamannya di Jalan Duta...
Pembangkang Tolak Ketelusan Pembiayaan Dana Pilihanraya’
Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan mengenai hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihanraya lebih telus tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu...
Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya...
"Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah)"...
"Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada, apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas"...
"Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan"...
"Mereka menolaknya, saya syak mereka tidak mahu di kenali kerana jika orang yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya diketahui, maka ia akan merugikan mereka...
"Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan saya masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua pegawai eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Datuk Seri Idris Jala"...
"Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut"...
"Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan"...
"Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan di kendalikan dengan cara yang lebih telus"...
"Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita"...
Polis kata nilai pasaran sehingga RM1.1 bilion
"Kami sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk lebih telus dan bertanggungjawab bagi sumbangan politik"...
Mahathir Semakin Terdesak
Tindak tanduk kem Anwar yang semakin lantang mengkritik dan menyerang pentadbiran Mahathir sudah cukup membuatkan Mahathir kepanasan...
Bantahan dari pemimpin gabungan PH mengenai kroni2 Mahathir yang semakin rakus membolot projek2 mega menambahkan lagi bara kepanasan kepada Mahathir...
Apakah jawapan yg tenang dan berterus terang dari Najib akan menjadi pukulan KO kepada Mahathir???
Atau apakah Anwar akan menjadi duri dalam daging kepada Mahathir utk terus berkuasa???
Atau Mahathir akan disingkirkan oleh pemimpin PH sendiri yg dah mula tunjukkan rasa bosan dan tak puas hati atas kerakusan Mahathir memberikan talian hayat pd kroni2 kesayangan beliau...
Semua ini menyebabkan Mahathir tak lena tidur dan hidup ibarat cacing kepanasan!!!
Mahathir Semakin Terdesak
Tindak tanduk kem Anwar yang semakin lantang mengkritik dan menyerang pentadbiran Mahathir sudah cukup membuatkan Mahathir kepanasan...
Bantahan dari pemimpin gabungan PH mengenai kroni2 Mahathir yang semakin rakus membolot projek2 mega menambahkan lagi bara kepanasan kepada Mahathir...
Apakah jawapan yg tenang dan berterus terang dari Najib akan menjadi pukulan KO kepada Mahathir???
Atau apakah Anwar akan menjadi duri dalam daging kepada Mahathir utk terus berkuasa???
Atau Mahathir akan disingkirkan oleh pemimpin PH sendiri yg dah mula tunjukkan rasa bosan dan tak puas hati atas kerakusan Mahathir memberikan talian hayat pd kroni2 kesayangan beliau...
Semua ini menyebabkan Mahathir tak lena tidur dan hidup ibarat cacing kepanasan!!!