5 Tahun....
5 Tahun lamanya kami menyerang Kerajaan BN tanpa henti...Dari isu sekecik biji quinoa sehinggalah isu bulu hidung Najib. Semuanya kami gunakan. Tak habis serang Najib, kami serang Rosmah. Macam2 gelaran kami gunakan utk jatuhkan nama baik dia.
Dari seorg perempuan gemuk seperti yg dikatakan Tun M sehinggalah bomoh tua dgn rambut gerbangnya. Tak cukup serang Rosmah, Kami serang pula anak2 cucu Najib sekali dgn Kucing2nya yg gebu itu.
Sebarkan segala macam keburukkan Najib, betul atau tidak, itu belakang kira. Segala ilmu memfitnah, ilmu menghasut, macam2 ilmu kami gunakan asal dapat calarkan nama Najib dan seluruh keluarganya. Inilah kerja kami.
Adakah kami bangga dgn kerja kami? Tidak! Tapi seperti kata Rafizi, kerja pembangkang ne adalah menghasut rakyat setiap hari sehingga Kerajaan BN tumbang, dan inilah yg kami lakukan.
Bermula 2009 ketika 1Mdb mula diperkenalkan sejak bertukar nama dari TiA, kami dedahkan segala macam keburukkan yg 1Mdb lakukan.
Dengan bantuan Sarawak Report, dan WSJ, kami sebarkan dalam media sosial bagaimana Wang Rakyat dicuri sehingga berbillion2 melalui Jho Low. Tak cukup dgn sebaran propaganda ini, buat laporan polis di seluruh dunia mengenai penyelewengan 1Mdb ini sehingga menjatuhkan pasaran ekonomi Malaysia.
Menariknya, ramai rakyat Malaysia percaya dgn hasutan kami ini. Sehingga tak ada sorg pun tanya darimana sumber berita kami, betul atau tidak,...
Sekiranya Penyokong2 Kerajaan BN yg bertanyakan soalan yg susah kami nak jawab, kami hanya perlu memaki mereka dan mengharamjadahkan semua penyokong2 BN ini. Sedangkan Pemimpin2 DAp boleh memanggil org lain dgn macam2 gelaran, tak kan kami tak boleh.
Permulaan GST 6% adalah satu berita yg menggembirakan bagi kami, kerana dgn isu Gst ini kami dapat tanamkan dalam minda Rakyat betapa susahnya hidup di zaman Najib. Kami olah cerita konon2nya duit GSt ini digunakan utk membayar hutang2 1Mdb.
Yg paling melucukan apabila Pegawai2 yg sepatutnya menerangkan GST ini tidak pula faham dan tahu bagaimana nak terangkan GST ini...dan Rakyat Malaysia seperti biasa mempercayai segala pembohongan kami. Kami sangat bernasib baik tahun ini kerana ramai pengundi yg tidak berapa cerdik dan mudah dihasut.
Bak kata Rafizi, kemenangan Pakatan Harapan hari ini bukanlah kerana kehadiran Tun M tapi adalah usaha kami yg berterusan dari dahulu sehingga sekarang. Tun M hanya menumpang usaha kami.
Walaupun begitu, kami berterimakasih dgn geng Bunga ini, kerana dengan kemunculan mereka, secara tiba2 media massa seluruh dunia menyebarkan propaganda 1MDb. Ajaib sungguh penangan Cash is King ini..
Walaupun terkantoi oleh Syed siddiq hari itu mengenai isu bayaran kepada pihak2 tertentu utk menjatuhkan nama Najib, kami tutup cerita terkantoi itu dgn cerita lain yg lebih sensasi yg berkaitan dgn cincin berlian PINK yg kononnya dimiliki oleh Rosmah. Bijak kan kami.
9hb Mei, bukti segala usaha kami untuk menghasut rakyat Malaysia tidak sia2, untuk membuang Kerajaan BN dan Najib yg kononnya penuh rasuah, dan melakukan korupsi. Kami berjaya tumbangkan Kerajaan BN dgn mainan persepsi negatif, dicampur-adukkan dgn kepalsuan dan fitnah.
Walau dgn Akta Anti-Berita Palsu sekalipun kami tidak akan goyah. Kami anjurkan demo demi demo serata negara mengenai harga minyak mahal, gst, duit rakyat dicuri, 1Mdb, Altantuya, dan seribu satu kisah dalam suapan berita kami di media sosial setiap hari. Rakyat Malaysia percaya cerita kami.
Samada cerita tahyul, mitos atau sekadar cerita rekaan, sebilangan besar mereka ini percaya dongeng yang kami dendangkan. dan mereka inilah yg membantu menyebarkan cerita2 kami. Terima kasih rakyat Malaysia yg percaya.
Namun apa yg kami harap2kan selepas kemenangan Pakatan Pembangkang, tidak berlaku. Harga Minyak tidak turun, harga barangan masih sama walaupun dah sifar Gst..kalau ganti dgn Sst, kami yg bijak bistari ne memang tahu harga barangan bakal naik.
Tak cukup dgn ini, isu 1Mdb pula dah jadi cerita jenaka seluruh negara. Hari2 buat serbuan, hari2 rampas barang2 malah kasut baby jadi sasaran.
Selepas itu hari2 buat sidang media. tapi satu bukti pun tak jumpa? semua gambar2 yg disebarkan di media sosial itu pun tak betul...apa punya kerja cincai la..hanya memalukan nama baik kami.
Apa yg kami kesalkan lagi, apabila sudah menjadi Kerajaan, masih ramai lagi penyokong2 Pembangkang ini masih bermain2 dgn persepsi. Tak cukup dgn ini, Pemimpin2 Kerajaan Baru ini pula dgn sengajanya nak jatuhkan ekonomi negara dgn permainan Hutang Negara.Apa ne??!!
Kalau tak mampu tunaikan janji, berterus terang saja lah sebagai Kerajaan yg berintegriti, bermaruah.
Kepada semua penjawat awam yg dibuang walaupun lantikan kontrak, kami minta maaf. Kami tak tahu kamu akan dibuang. Kepada rakyat yg tak dapat duit raya tahun ne, kami minta maaf. Kepada pemilik kasut baby warna merah tu, kami juga mau meminta maaf.
Kepada rakyat sabah yg sepatutnya dapat 20% royalty minyak , kami minta maaf....
Sesungguhnya, dalam sebulan ini, kami sedar hidup skrg berbanding zaman najib memang agak sukar.
Tak ada duit lebihan utk berbelanja, takde Projek2 sperti HSR, ECRL dan MRT2 yang boleh dijadikan tempat utk berselfie di masa akan datang....
Selamat tinggal 1MDB dan Gst..kami pasti akan merindui kamu selepas ini.
Nukilan
~ bekas MACAi yg Insaf~
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.
C&P (Untuk renungan bersama)
Piji tk perlu jadi adun pun...invoke dh buat dia kaya raya..lagi satu..dajal bertopeng manusia si piji ni rasanya..sedikit pn tkder sesalan di muka nya bila memfitnah
assalam...itulah demokrasi..jika ramai yg negatif maka yg negatif lah akan menang begitulah sebaliknya..sy mohon kpd semua warga yg menyedari perkara ini istiqomahlah dgn kebenaran dan berilah kepercayaan anda kpd Bn utk 5 tahun akan dtg...mohn dipanjangkan & kekuatan utk pru15..TAKBIR..ALLAHUAKBAR!
Nasi dah jadi bubur..
Buat apa nak kesal sekarang?
Bak kata pepatah Melayu;
Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata, binasa.
Tiada maaf bagi mu...Dosa Fitnah ada lah lebih besar dari Zina... Zina boleh diampunkan dengan taubat nasuha.. moga Allah ampunkan... Tapi Fitnah, selagi orang yg difitnah Tak maafkan, hadaplah kau dengan siksaan yg amat pedih kelak samada ditunjuk didunia atau muflislah engkau di makhsyar nanti... Nauzubillah...
kamu boleh buat fitnah apa sja yang kamu suka..tp janji allah itu benar dan kamu tunggu lah ketika nya tiba..
Walaupun saya bkn dlm golongan yg dibuang kerja tapi saya dlm malaysia yg terlibat sama akibat perbuatan anda semua..
Demi Allah saya tdk akan maaf kan kpd sesiapa pun yg terlibat.. kesannya begitu besar ke agama bangsa negara...
Begitu mudah mengeluarkan perkataan LUCU.. begitu mudah mengeluarkan ayat mintak maaf di alam maya...
Mmg sblm this hasut2 dah nampak ia menghasut. Tapi tidak usaha mencari kebenaran bertanya dan boleh merasa. Masa tun m memerintah pon dia apa kurangnya menipu dan sebar persepsi yg dia tu betul sgt. Dia sendiri pon beri projek pd kroni2 klau tidak takan AI terlalak d jalanan pasal tun m. Nih sbb dah bermaafan sanggup sebar fitnah pd najib pula. Klau pemaaf sgt maafkan la najib. Dgn bangsa sendiri pon boleh sanggup bersekongkol dgn komunis d msia. Nampak sgt low class bangsa aku Allah kurniakan otak pilih tak mau guna sebaiknya. Hati yg busuk tu juga d jadikan pilihan dlm hidup.