Memetik Utusan Malaysia:
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, bukan senang untuk melupakan pengorbanan dan jasa bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pagoh itu kerana sudah lebih 40 tahun mengabdikan diri serta berjuang dalam UMNO.
“Beliau sudah lama mengabdikan dirinya untuk perjuangan agama dan bangsa melalui UMNO. Bukan sehari atau semalam dua tetapi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.
“Jadi tidak pelik kalau Tan Sri Muhyiddin adalah seorang yang sangat dekat di hati, sangat dikasihi dan disanjungi oleh warga Pagoh,” katanya sambil disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh para perwakilan.
Mohamed Khaled berkata, walaupun Muhyiddin sudah memilih haluan baharu namun pendirian UMNO Johor adalah tetap tidak akan sesekali melupakan jasa dan sumbangan beliau selama ini.
“Kita pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat. Kita akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada kita kerana inilah cara kita di Johor. Johor yang mengamalkan politik matang, politik berpendirian.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/janggal-muhyiddin-tiada-dalam-persidangan-umno-pagoh-1.373407#sthash.uIXGERSR.dpuf
Ucapan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin
(Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor) sempena Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian PAGOH
1.
Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pemangku Ketua UMNO
Bahagian Pagoh, atas jemputan pada hari ini. Saya berasa sangat
bertanggungjawab untuk hadir.
2. Saya tahu betapa terkesannya
UMNO Pagoh susulan beberapa episod yang mendukacitakan, yang melibatkan
pemimpin penting bahagian ini.
3. Maka kerana itu, saya perlu
hadir. Sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, saya mesti tampil ke
hadapan. Dan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian UMNO
Johor dalam isu yang melibatkan Ketua UMNO Pagoh.
4. Tetapi
sebelum saya pergi lebih jauh. Biarlah saya nyatakan satu perkara.
Betapa sejujurnya, saya berasa begitu janggal sekali, berkunjung ke
Pagoh, tanpa kehadiran dan melihat kelibat Tan Sri Muhyiddin.
5.
Pagoh ini sudah terlalu sinonim dengan beliau. Saya secara peribadi,
menganggap Tan Sri sebagai sahabat, sebagai rakan seperjuangan dan bekas
ahli parti yang sangat berjasa. Berjasa pada UMNO, berjasa pada Pagoh
dan Johor. Berjasa pada agama dan negara.
6. Beliau sudah lama
mengabdikan dirinya untuk perjuangan agama dan bangsa melalui UMNO.
Bukan sehari atau semalam dua. Tetapi, sejak berpuluh-puluh tahun yang
lalu.
7. Jadi tidak pelik kalau Tan Sri Muhyiddin adalah seorang
yang sangat dekat di hati, sangat dikasihi dan disanjungi oleh warga
Pagoh.
8. Dalam hal ini, UMNO Johor berpendirian bahawa, walau
apa pun yang telah terjadi antara Tan Sri Muhyiddin dengan UMNO, kita
tidak akan sesekali melupakan jasa beliau selama ini.
9. Kita
pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat. Kita akan
terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada
kita.
10. Kerana, inilah cara kita di Johor. Johor yang mengamalkan politik matang, politik berpendirian.
11.
Dan yang lebih penting, kita tidak akan sesekali membakar segala
jambatan persaudaran dan tali persahabatan antara kita, hanya kerana
khilaf politik. Hanya kerana perbezaan pandangan dan pendirian.
12.
Kita mesti terbuka dan menerima hakikat. Bahawa Tan sri Muhyiddin telah
memilih jalan berlainan. Beliau memilih haluan sendiri. Haluan yang
lebih selesa dan sesuai dengan pendirian dan prinsip beliau.
13.
Dan kita pula memilih untuk setia dengan pendirian dan prinsip kita.
Setia dengan haluan dan kesatuan kita. Tanpa mengalah dan berputus asa
dengan segala cabaran dan kesukaran yang terpaksa kita tempuhi.
14. Bukan kerana kita ini feudal. Bukan kerana kita mendambakan kuasa, kedudukan atau pengaruh. Bukan.
15.
Tetapi kerana hidup berprinsip dan berpendirian itu adalah mulia. Harus
kita berpijak di tanah. Dengan tegas, dengan tetap, dengan
berpendirian.
16. Janganlah kita sesekali meminjam resmi
kiambang. Yang hidupnya hanya terapungan di permukaan air. Sekadar
mengikut gelombang. Akarnya tak cecah ke bumi. Pucuknya jauh menggapai
awan.
17. Dan yang lebih penting, kita memilih pendirian ini
bukan kerana suka-suka. Tetapi kerana kita mempunyai sebab-sebab kita
yang tersendiri. Yang hanya kita tahu dan faham.
18. Pertama, kerana UMNO ini, wadah yang kita sendiri bina.
19.
Wadah yang meletakkan kita semua ini pada kedudukan sekarang. Kedudukan
terbaik dalam sejarah pembangunan bangsa Melayu. Malah dalam sejarah
perjalanan kita sebagai sebuah negara moden yang stabil.
20.
Wadah inilah yang memberikan kita nikmat kemerdekaan. Wadah inilah yang
memberikan makna pada sebuah kebebasan dan harga diri.
21. Wadah
inilah yang membolehkan pelbagai dasar, pelbagai program, pelbagai
insentif, diperkenalkan untuk memajukan orang Melayu. Membangunkan
bangsa dan agama.
22. Jadi, mana mungkin kita sanggup
meninggalkan wadah ini begitu sahaja. Hanya kerana ada pergeseran. Hanya
kerana ada perbezaan.
23. Kita ini bukan anak-anak kecil. Yang
menyangka bahawa hidup ini hanyalah tentang kegembiraan dan
perkara-perkara yang manis. Kita bukan anak-anak kecil yang melihat
perbezaan itu sebagai permusuhan yang hakiki.
24. Kita ini adalah generasi pewaris kepada sebuah wadah yang mengumpul kekuatan dan kesatuan orang Melayu.
25.
Walau apapun perbezaannya dan biar sehebat manapun ribut dan gelora
politik yang melanda, wadah inilah yang selama ini menjadi pengikat
untuk kita bergerak. Dalam kerangka demokrasi dan membentuk Malaysia
yang moden dan berkemajuan.
26. Lalu, mana mungkin wadah UMNO ini, boleh kita buang dan tinggalkan begitu sahaja.
27. Kedua, pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO Johor, insyaAllah, akan kita pertahankan.
28.
Dalam politik, ia sudah menjadi lumrah. Bahawa akan ada sahaja pemimpin
yang memilih untuk meninggalkan kita. Sudah resam. Akan ada yang
datang. Akan ada yang pergi. Akan ada yang meninggalkan. Akan ada yang
tewas.
29. Namun yang pasti, semua pemimpin, semua ahli, mesti
sedar bahawa UMNO ini bukan milik peribadi. Ia juga bukan kisah tentang
seorang individu.
30. Ia adalah institusi, yang lebih basar dari
mana-mana kehebatan seorang pemimpin. Ia lebih gah dari pesona hebat
seorang negarawan.
31. Maka berlapang dadalah bila ada pemimpin yang tidak lagi bersama kita. Bersabarlah.
32.
Tidak ada siapa yang kekal selama-lamanya. Ingat saudara-saudari,
Rasulallah SAW juga wafat dan meninggalkan kita. Tapi Islam itu tetap
sampai kepada kita, menerangi nurani kita, memuliakan darjah keinsanan
kita.
33. Demikian jugalah dengan UMNO. Pengasasnya telah lama
pergi. Ribuan pemimpin dan pendukung terhebatnya juga telah berpulang,
meninggal atau tersingkir. Namun UMNO kekal sehingga kini, dari generasi
ke generasi, zaman ke zaman.
34. Dengan membawa pencerahan,
dengan menyeru kepada persaudaraan dan dengan ideologinya yang murni.
Untuk mencipta kebaikan pada bangsa dan agama.
35. Ketiga, kalau kita selaku orang Melayu, ahli UMNO, tidak mempertahankan UMNO, siapa lagi yang akan melakukannya?
36.
Sejak kita merdeka sehinggalah hari ini, Malaysia sudah menyaksikan
pelbagai kejayaan dan kemajuan. Dan kita sedar, kesemua ini adalah hasil
sumbangan besar dan perjuangan tulus para pendiri bangsa terdahulu.
37.
Namun, kebanyakan kita hari ini hanya mampu mendengar sahaja tentang
mereka. Tentang perjuangan mereka, tentang cerita kerja keras mereka
serta doa mereka untuk bangsa dan tanahair ini.
38. Kita tidak pernah bertemu dan tidak akan pernah dapat bersua wajah dengan mereka.
39.
Namun, satu-satunya perkara yang masih ada, yang menghubungkan kita
dengan mereka, selain daripada tanahair yang merdeka dan makmur ini,
adalah UMNO. UMNO adalah merupakan warisan dan peninggalan dari mereka
untuk kita.
40. Sebagai sebuah wadah plitik Melayu moden, yang
bukan sekadar untuk ditatap dan dikenang-kenang. Tetapi untuk terus
diperjuangkan. Agar kekal, agar berkelangsungan. Agar ia dapat terus
berbakti kepada bangsa, agama dan tanahair ini.
41. Maka, kepada
seluruh orang Melayu, hanya satu seruan dan peringatan dari saya. Betapa
kita punya tugas dan tanggungjawab. Untuk terus mempertahankan parti
ini.
42. Kerana membela dan mendukung sebarang pergerakan yang
membaiki watan, dengan perjuangan agama itu sendiri, bukanlah kutub yang
terpisah.
43. Dalam dunia yang semakin berubah. Dengan
persekitaran yang semakin global. Sudah tidak ramai lagi yang mempunyai
perasaan yang sentimental dengan UMNO.
44. Janganlah kita lupa,
pelita UMNO inilah yang selama ini menerangi kita. Dan hanya kerana
nyalaan pelita ini semakin malap, janganlah kita mengambil jalan mudah
untuk terus memadamkannya sahaja.
45. Terpadam dan dibiar menjadi
sekadar perhiasan di dinding-dinding khutub khanah, atau ditatap
ceritanya dalam cerita buku sejarah.
46. Maka kalau kita, ahli
UMNO, juga mahu terus menerus marahkan UMNO, mahu meninggalkan UMNO,
mahu melupakan UMNO, maka siapa lagi yang akan tinggal untuk membela dan
mempertahankan UMNO ini?
47. Suatu ketika dulu, saya sendiri
pernah hampir tersingkir dari UMNO. Saya pernah diberikan surat tunjuk
sebab untuk menjawab kenapa tindakan disiplin tidak perlu diambil
terhadap saya. Guru dan mentor politik saya sendiri, Tan Sri Shahrir
pula digantung.
48. Kami tidak tahu apa kesalahan kami pada waktu itu. Tapi kami setia dengan UMNO. Kami tidak pernah meninggalkan UMNO.
49. Sebaliknya, kami membina semula keyakinan kepada UMNO dan bersungguh-sungguh mempertahankan keahlian kami dari UMNO.
50. Kerana kami amat yakin, bahawa UMNO itu bukan masalah sebenar. Parti tidak bersalah.
51.
Tetapi hanya orang-orang tertentu yang menjadi punca masalah. Dan
segelintir orang-orang tertentu yang menjadi punca itu tidak seharusnya
dianggap mewakili UMNO secara keseluruhannya. Tidak seharusnya menjadi
sebab untuk kita pula yang meninggalkan UMNO.
52. Jadi sebab
itulah bila saya hadir pada hari ini, saya sangat mengerti perasaan
tuan-tuan dan puan-puan. Ada yang masih bersedih, ada yang marah, ada
yang juga sudah mula bergerak ke hadapan dan segera meninggalkan kemelut
ini di belakang.
53. Biar apa pun perasaan dan sentimen yang tuan-tuan rasakan, kesemuanya adalah sesuatu yang kita hormati dan fahami.
54.
Akan tetapi, saya sekadar ingin menyatakan dengan jelas. Kita harus
mula menerima hakikat bahawa Tan Sri Muhyiddin telahpun memilih jalan
lain.
55. Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan tindakan tersebut, UMNO ini janganlah sesekali kita korbankan.
56.
Nasihat saya, janganlah kita terbawa-bawa dengan perasaan dan sentimen
kita. Risalah UMNO ini lebih besar dari pesona mana-mana pemimpin.
Perjuangkan risalah ini.
57. Saya hadir hari ini pun kerana saya
ingin menjadi penengah. Tugas saya ialah untuk berusaha mencari jalan
terbaik, jalan damai, jalan yang meredakan segala amarah. Di Pagoh ini.
58. Dan saya ingin sekali mengajak semua yang hadir. Marilah kita kembali kepada landasan yang telah kita sepekati dari dahulu.
59. Bahawa UMNOlah satu-satunya wadah yang mesti kita perjuang dan pertahankan. Biar apa pun perbalahan antara kita.
60.
Kerana UMNO yang lemah akan menyebabkan Malaysia lemah. UMNO yang kucar
kacir akan menyebabkan negara tercicir. UMNO yang tercedera, akan
melumpuhkan perjalanan pembangunan tanah air kita.
61.
Lebih-lebih lagi sekarang ini. Saat negara berhadapan dengan begitu
banyak sekali cabaran yang kompleks, besar dan luar biasa. Baik dari
aspek politik kepada isu ekonomi, daripada aspek kesejahteraan sosial
sehinggalah kepada krisis kepimpinan.
62. Dalam keadaan
sebegini, sudah pastilah Malaysia memerlukan pencerahan dan inspirasi
politik yang mampu memimpin kita untuk mendepani semua cabaran ini.
63.
Malaysia memerlukan ‘kebangkitan nasional’. Di mana seluruh Malaysia,
berpadu, bersekutu, sebagai sebuah bangsa, mewujudkan kesejahteraan yang
lebih baik untuk Malaysia.
64. Dan ini hanya boleh berlaku melalui tindakan politik.
65.
Kerana hanya inspirasi politik sahaja yang akan mampu mencipta
kebangkitan nasional untuk memacu kejayaan Malaysia yang lebih besar,
lebih hebat, lebih bersatu.
66. Dan ia mesti datang dari UMNO. UMNO yang lebih berpadu. UMNO yang lebih moden. UMNO yang lebih berkemajuan.
67.
Jadi, marilah kita gembleng segala kudrat yang kita ada. Untuk kembali
bertaut. Kembali berpadu. Bagi memastikan UMNO itu menjadi lebih
berkemajuan. Lebih berdaya saing. Tidak berpecah-belah.
68. Dan
UMNO yang sebegini dapat menjadi inspirasi kepada segala pencerahan yang
Malaysia perlukan. Dan melalui inspirasi ini, Malaysia akan mampu
menangani segala cabaran yang mendepaninya.
69. Ramai sekali
yang memberitahu saya. UMNO ini sudah tersasar. Ramai yang putus harapan
dengan UMNO. Ramai yang merasakan perjuangan UMNO sudah sangat jauh
dari nadi sebenar ideologinya.
70. Dan mereka berpandangan bahawa UMNO berada di persimpangan paling getir dalam hayat kewujudannya.
71.
Saya mendengar ini semua dengan berlapang dada. Saya juga mengakui
banyak kebenaran dari ini semua. Tetapi sekadar mengungkapkan
berkali-kali segala kelemahan ini, tidak akan menyelesaikan masalah.
72. Malah meninggalkan UMNO juga bukanlah alternatif yang akan menjernihkan keadaan.
73. Lalu kita hanya ada satu pilihan iaitu memulihkan kembali wibawa UMNO ini. Sedikit demi sedikit. Setapak demi setapak.
74.
Kerana, adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk kita meninggalkan
UMNO begitu sahaja setelah apa yang UMNO berikan kepada kita semua.
Setelah kita menikmati segala kebaikan dari wadah ini.
75.
Kerana itulah di Johor ini, jalan kita ialah jalan pengislahan. Kita
ingin mencipta aliran baru dalam UMNO. Kecergasan baru. Citra baru. Dan
kita sedang giatkan pelbagai ikhtiar untuk itu.
76. Kerana kita
sangat yakin, banyak lagi bait-bait yang baik dalam UMNO ini. Banyak
lagi keunggulan yang tidak terlihat dan tertonjol.
77. Barangkali
kerana kita terlalu sering menggunakan watak dan peribadi beberapa
pemimpin UMNO sahaja, sebagai rujukan dan sandaran untuk kita
menyimpulkan bahawa UMNO itu sudah tersasar.
78. Pastinya hujah
seperti itu sangat tidak mencukupi untuk menghukum UMNO secara
keseluruhan. Kerana seperti yang saya nyatakan dari awal, dan dalam
banyak forum sebelum ini, UMNO itu lebih besar dari pesona beberapa
orang pemimpinnya.
79. Kerana itulah, UMNO Johor gigih dalam usaha pengislahan UMNO ini.
80.
Agar ia kembali didukung oleh bakat terbaik. Kembali diuruskan dengan
sistem termaju. Dan kembali memfokuskan kepada memberi khidmat dan
dharmabakti paling luhur pada bangsa.
81. Semoga, dengan doa-doa
mereka yang soleh, yang pernah dibantu oleh UMNO, yang mendapat kebaikan
dari perjuangan UMNO, akan terjelmalah keberkatan yang akan
menyerlahkan sisi baik UMNO sebagai sebuah pergerakan siasah.
82.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya mengajak semua
ahli UMNO Pagoh, untuk terus mendukung UMNO. Mendukungnya dengan
keberanian, dengan kebenaran, dengan prinsip.
83. Bersetialah
dalam UMNO tanpa takut untuk berkata benar. Bersetialah dalam UMNO
dengan tidak mengorbankan prinsip kita. Bersetialah dalam UMNO dengan
teguh pada pendirian.
84. Ingatlah kata kata Almarhum Pramoedya
Ananta Toer, sasterawan ulung Indonesia betapa “Dalam hidup, cuma ada
satu yang kita punyai, iaitu keberanian. Kalau itu kita tidak punyai,
apalah harga hidup ini”.
Sekian, terima kasih.
----------------------------------------
The Johor Umno chief said he was told many had "lost hope" as they
believed the party had strayed from the basis of its struggles.
"Many of them believe Umno is at a crossroads. I admit there is some
truth to this, but highlighting weaknesses over and over again will not
solve issues the party faces," he said.
Mohamed Khaled, who is also Johor Mentri Besar, said this in his speech before officiating the Pagoh Umno division meeting here.
He said that leaving the party was not an alternative, but as
members, the only way to restore Umno's prestige was to fix the
problems.
"It is highly irresponsible for us to leave Umno after what the party has done for all of us," he said.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/21/unite-to-ensure-partys-survival-khaled-tells-johor-umno-members/