Wednesday, August 31, 2016
Selamat hari merdeka!
Mari kita sama-sama nikmati kemerdekaan. Jangan dok biar si pencen masih dok sebat duit untuk kroni dan melalui proksi.
Monday, August 29, 2016
Tak faham isu lalu mahasewel tunjuk bodoh dan perangai babi
Bodoh mahasewel yang maki Caliph Buskers yang sedang mencari rezeki depan Sogo.
Kamu berdemo secara haram tapi nak paksa orang sertai. Biarlah hina mereka nak kerja mencari makan dengan bermain muzik.
Kamu tu dapat biasiswa dan guna duit mak bapak tapi nak ngajar-ngajar dan ngata2 orang. Duit pyn masih mintak mintak.
Jika dah takde modal nak cakap hingga hina Caliph Buskers, bodoh macam babi kamu.
Nampak sah tak faham isu. Belajar lagi la dulu. Jangan dok fikiran kamu tu dah hebat.
Sunday, August 28, 2016
Demo gagal, Madey tak turun
Malam di Kota Baru pun yang datang muka-muka Kelab Chedet saja. Lepas Langkawi silalah pi ke Johor. Baca Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/08/kalaau-berani-turunlah-mahathir-dan.html
Jangan pula nak ulang kata-kata lama ...
Demo semalam sebenarnya sudah gagal ... Start pun slow.
Anis Shafiqah kata 5 ribu akan datang. Semalam cuma 1,500 saja. Itu pun bantuan luar. Parti-parti Pakatan Harapan hanya mampu bawa banyak tu saja?
Rakyat sudah muak dan jelak dengan demo perhimpunan haram.
Boleh Jamal Pak Tongkol kata dia tak datang pun sudah gagal
Apa yang positif sekarang?
Budak-budak hingus ini hanya diperguna DAP
Kenapa Mahathir dan Mahyuddin yang begitu baik dan bersekongkol dengan DAP kini malu nak hadhir? Budak-budak ini semua adalah kejayaan Muhyiddin di Kementerian Pendidikan ...
Rakyat tahu bahawa demo ini didalang maha-dah-tua dari luar
Baik tua atau yang muda, bukan faham pun bila baca DOJ. Main ikut apa orang lain yang ada agenda politik kata!!!!!
Mana yang bani Lott akhir zaman ...
ELoklah kamu rosakkan anak-anak pula
Katanya Perkasa sokong Bersatu dan demo Tangkap MO1.
Dah tak sokong lagi Sultan Johor.
Diam ajer .... Perkasa Johor!
Friday, August 26, 2016
Mahathir buat provokasi untuk buat diversion. Kenapa?
Hari itu, dia cuba cabar debat tentang tuduhan bekas penulis WSJ bahawa dia telah sanglap USD100 billion. Tapi tiada dapat layanan http://www.sarawakiana.net/2016/08/mahathir-sedia-debat-isu-kehilangan.html
Kini macam-macam yang dia cuba lakukan.
Dia tuduhnya arwah Tan Sri Megat Junid yang merupakan seorang yang begtu setia padanya. Sementang dia tidak ada lagi untuk pertahan dirinya maka dikatakan Megat Junid yang masukkan orang dalaam ISA.
Dia cuma keluarkan orang dari ISA ke? Siapa yang berkuasa -- Menteri dalam negeri atau timbalannnya? Tidak bertanggungjawab atau nyanyuk?
Kemudian dia tmbulkan kemarahan Sultan Johor dengan mempersoalkan mengenai Bangsa Johor.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/25/johor-sultan-hits-out-at-mahathir-sultan-ibrahim-remarks-reflect-his-ignorance-of-johors-history/Hinggakan pencacainya yang sekolah belum habis dan kerja pun belum, Syed Saddiq pun turut marah.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/08/25/johor-sultan-takes-dr-m-to-task-over-bangsa-johor-remark/
https://novandri.blogspot.com/2016/08/sultan-johor-nasihat-tun-m-supaya-tutup.html
http://www.pru14.tv/2016/08/25/mahathir-punca-masalah-di-malaysia-sultan-johor/
Konon menyesal pinda undang-undang sekat kuasa raja. http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-mohon-maaf-di-atas-tindakan-lalu-1.556137?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+sinar%2Fnasional+%28Sinar+Harian%3A+Nasional%29
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/08/25/dr-mahathir-apologises-for-past-mistake/
Dia pinda pasal nak kuatkan dirinya setelah pecat hakim untuk menang kes di mahkamah secara tipu untuk dapatkan kuasa secara tipu sebagai Presiden UMNO pada akhir 80an.
Sementara itu, kes Altantunya pun dia terlibat nak ulang baliik:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/08/24/altantuyas-family-to-serve-court-papers-on-killer-sirul/
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/24/altantuya-agent-family/
Isteri PI Bala sudah kalah dalam samannya. Sedang cuba nak bawa ke Federal Court. Banyak duit isteri mendian Deepak?
Ini semua permainan Mahathir ini untuk alihpandang orang ramai seperti kata LSS. DI atak mahu orang ingat balik akan peristiwa-peristiwa ini dan kebenaran menyerlah ...
Yesterday, Mahathir made a stunning revelation that one of the 3 Tan Sris in our critical govt institution betrayed the others - which Mahathir brushed off as a rumour. and claimed he is not part of this.
Muhyiddin also admitted in an UMNO Supreme Council meeting a year ago that there was such conspiracies - but claimed he is not part of it.
This could possible explain the the sudden release of confidential investigation papers straight to a foreign media in WSJ just one week after UMNO party elections were postponed last year - a move that the Mahathir-Muhyiddin camp had initially opposed as it means that Muhyiddin would not be able to challenge Najib for the presidency or Mukhriz able to contest for the Vice Presidency last year.
Or the the incredible speed of the multiple MACC raids within a day of the WSJ reports - way faster than the raids on LGE-Phang Li Koon scandals.
It could also explain the RPK's recent revelation and accusations of BNM and Muhyiddin sabotage of 1MDB's IPO.
And certainly the existence of premature charge sheet issued against the PM even before investigations completed or main witness interviewed and file handed over to the AG for further action.
Or how Sarawak Report and certain opposition leaders keeps getting confidential govt papers over the past year.
It would also explain why BNM could approve transfers of money into Najib's accounts between 2011 and 2013 but seems to be backtracking now or that BNM approved the 2009 transfer by 1MDB to PetroSaudi but decided to "un-approve" this 7 years later.
This also explains how DOJ is getting information from a government agency and what type of possibly selective information they got and how they reached their conclusion - despite the DOJ not officially working with the governments of Saudi Arabia, Abu Dhabi and Malaysia.
It is now confirmed that both Mahathir and Muhyiddin seems to know more about the conspiracy or komplot involving key govt institutions to topple Najib.
Both of them should tell us more about what they know as actions such as breaking Standard Operating Procedure regarding investigations and Charge Sheets without completing the case, leaking confidential govt information to Foreign media, opposition supporters and conspiring with foreign governments are serious crimes that undermines our nation's sovereignty.
Mahathir dan Muhyiddin lebih tahu akan komplot ini. Kit Siang pun tahu ...
Baca seterusnya di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/08/sr-terlebih-dedah-konspirasi-mahathir.html
Macai cina dia pun sedang berusaha untuk dapatkan perhatian. Abenda punya legal precedent http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/08/24/ling-to-cite-ruling-to-strike-out-najibs-suit/Sekiranya semua media, portal berita pihak yang cintakan Negara Malaysia tidak melayan karenah Mahathir dan konco-konconya dalamasa seminggu atau sebulan, saya yakin para pemimpin, pengikut serta penyokong parti ultra perkauman DAP tidak akan duduk senang dan akan sentiasa bimbang segala rancangan jijik, kotor serta penyelewengan mereka akan dibongkar dan diketahui rakyat.
DEMI SESUNGGUHNYA, DAP merupakan MUSUH SEBENAR rakyat Malaysia.
Mahathir dan konco-konconya sudah dua tahun GAGAL menumbangkan kerajaan yang sah pilihan rakyat dan ditolak oleh rakyat Malaysia.
*Zamzuri Mohamed Tahir*
Thursday, August 25, 2016
Kata saja darah UMNO tapi kini sedia gadaikan jiwa pada DAP
Itu yang dikatanya dulu.
Seolah-olah dia tiada niat jahat dan tidak bersalah. Tapi haluan dah salah ...
Dah OK pulak dengan Anwar
Nak jahanamkan UMNO ....
Dah bersekongkol dengan liberal sesat
Dah sekongkol dengan syaitan DAP
Syaitan suka saja ..
Hasil perjuangan TSMY dah mula menyerlah ... lihat di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/08/hasil-didik-muhyiddin-dan-dap-mahu.html
Tuesday, August 23, 2016
Adakah ini usaha Mahathir laga-lagakan sesama 3 tokoh?
Laporaan Mkini dilihat seperti mahu lagakan sesama tokoh seolah-olah ada khianat antara mereka. Masing-masing tuding jari sesama sendiri dan akhirnya terbarai salah seorang mula saman untuk dedahkan.
Begitu reaksi ugutan Tan Sri Gani Patail ketika Azwanbro buat laporan polis terhadap mereka bertiga-tiga. Ekoran tu, Azwan dilihat cuba timbulkan kontroversi yang akan membesarkan isu ini kembali.
Isu ini dilihat sudah mati dan Mahathir cuba hidupkan kembali.
Kenapa mahu hidupkan kembali?
Mengikut blogger he Flying Kick, http://theflyingkick.blogspot.my/2016/08/mahathir-terkantoi-dedah-konspirasi.html, Mahathir tersilap kata lalu "cover line".
Persoalannya yang ditimbulkan sendiri oleh Mahathir ialah, bagaimana dia tahu tindakan yang mahu diambil ke atas Najib oleh ketiga-tiga orang Tan Sri itu? Bagaimana pula dia tahu, konspirasi itu gagal kerana mereka dikhianati? Siapakah lagi yang wujud dalam konspirasi tersebut selain Mahathir dan ketiga-tiga Tan Sri tersebut?Menurut RPK yang diberi liputan oleh Utusan Malaysia, http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-m-sahkan-wujud-konspirasi-singkir-najib-1.373711, Mahathir sahkan konspirasi nak kenakan Najib.
Walhal baik Mahathir mahupun ketiga-tiga Tan Sri tersebut saling menafikan kerjasama antara mereka.
Peringkat seterusnya sedang diusahakan oleh Mahathir iaitu dengan melaga-lagakan ketiga-tiga orang Tan Sri tersebut dengan hanya beralasankan 'HEAR SAY' - alasan biasa yang seringkali digunakannya.
Beliau membuat dakwaan itu selepas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menjelaskan, tindakannya membuat laporan polis terhadap tiga bekas pegawai kerajaan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 26 Julai lalu berjaya menggagalkan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.Azwanbro sudah senyum lebar. Baca di Snapshot2016. http://snapshot2016.blogspot.my/2016/08/azwanbro-sudah-boleh-senyum-lebar.html
Raja Petra menambah, Dr. Mahathir amat kecewa kerana segala cubaannya untuk menyingkirkan Najib menemui kegagalan.
“Beliau sanggup melakukan sabotaj terhadap 1MDB dengan menggagalkan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu serta memastikan pinjaman yang dipohon 1MDB tidak diluluskan,” jelasnya.
Beliau memberitahu, sekiranya isu 1MDB tidak timbul, Dr. Mahathir akan mencari alasan lain bagi mewajarkan tindakannya menjatuhkan Najib.
Menurut ABITW, http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2016/08/jho-loh-and-riza-to-appear-in-court.html, tuduhan salahlaku Jho Loh dan Riza tertulis dalam dokumen DOJ tapi masih ada ruang untuk dengar jawapan mereka.
Manakala salahlaku Najib masih tidak terbukti.
Monday, August 22, 2016
Bukan lupa jasa Muhyiddin, tapi dia sudah pilih haluan lain
Memetik Utusan Malaysia:
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, bukan senang untuk melupakan pengorbanan dan jasa bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pagoh itu kerana sudah lebih 40 tahun mengabdikan diri serta berjuang dalam UMNO.
“Beliau sudah lama mengabdikan dirinya untuk perjuangan agama dan bangsa melalui UMNO. Bukan sehari atau semalam dua tetapi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.
“Jadi tidak pelik kalau Tan Sri Muhyiddin adalah seorang yang sangat dekat di hati, sangat dikasihi dan disanjungi oleh warga Pagoh,” katanya sambil disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh para perwakilan.
Mohamed Khaled berkata, walaupun Muhyiddin sudah memilih haluan baharu namun pendirian UMNO Johor adalah tetap tidak akan sesekali melupakan jasa dan sumbangan beliau selama ini.
“Kita pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat. Kita akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada kita kerana inilah cara kita di Johor. Johor yang mengamalkan politik matang, politik berpendirian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/janggal-muhyiddin-tiada-dalam-persidangan-umno-pagoh-1.373407#sthash.uIXGERSR.dpuf
Ucapan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin
(Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor) sempena Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian PAGOH
1. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, atas jemputan pada hari ini. Saya berasa sangat bertanggungjawab untuk hadir.
2. Saya tahu betapa terkesannya UMNO Pagoh susulan beberapa episod yang mendukacitakan, yang melibatkan pemimpin penting bahagian ini.
3. Maka kerana itu, saya perlu hadir. Sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, saya mesti tampil ke hadapan. Dan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian UMNO Johor dalam isu yang melibatkan Ketua UMNO Pagoh.
4. Tetapi sebelum saya pergi lebih jauh. Biarlah saya nyatakan satu perkara. Betapa sejujurnya, saya berasa begitu janggal sekali, berkunjung ke Pagoh, tanpa kehadiran dan melihat kelibat Tan Sri Muhyiddin.
5. Pagoh ini sudah terlalu sinonim dengan beliau. Saya secara peribadi, menganggap Tan Sri sebagai sahabat, sebagai rakan seperjuangan dan bekas ahli parti yang sangat berjasa. Berjasa pada UMNO, berjasa pada Pagoh dan Johor. Berjasa pada agama dan negara.
6. Beliau sudah lama mengabdikan dirinya untuk perjuangan agama dan bangsa melalui UMNO. Bukan sehari atau semalam dua. Tetapi, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.
7. Jadi tidak pelik kalau Tan Sri Muhyiddin adalah seorang yang sangat dekat di hati, sangat dikasihi dan disanjungi oleh warga Pagoh.
8. Dalam hal ini, UMNO Johor berpendirian bahawa, walau apa pun yang telah terjadi antara Tan Sri Muhyiddin dengan UMNO, kita tidak akan sesekali melupakan jasa beliau selama ini.
9. Kita pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat. Kita akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada kita.
10. Kerana, inilah cara kita di Johor. Johor yang mengamalkan politik matang, politik berpendirian.
11. Dan yang lebih penting, kita tidak akan sesekali membakar segala jambatan persaudaran dan tali persahabatan antara kita, hanya kerana khilaf politik. Hanya kerana perbezaan pandangan dan pendirian.
12. Kita mesti terbuka dan menerima hakikat. Bahawa Tan sri Muhyiddin telah memilih jalan berlainan. Beliau memilih haluan sendiri. Haluan yang lebih selesa dan sesuai dengan pendirian dan prinsip beliau.
13. Dan kita pula memilih untuk setia dengan pendirian dan prinsip kita. Setia dengan haluan dan kesatuan kita. Tanpa mengalah dan berputus asa dengan segala cabaran dan kesukaran yang terpaksa kita tempuhi.
14. Bukan kerana kita ini feudal. Bukan kerana kita mendambakan kuasa, kedudukan atau pengaruh. Bukan.
15. Tetapi kerana hidup berprinsip dan berpendirian itu adalah mulia. Harus kita berpijak di tanah. Dengan tegas, dengan tetap, dengan berpendirian.
16. Janganlah kita sesekali meminjam resmi kiambang. Yang hidupnya hanya terapungan di permukaan air. Sekadar mengikut gelombang. Akarnya tak cecah ke bumi. Pucuknya jauh menggapai awan.
17. Dan yang lebih penting, kita memilih pendirian ini bukan kerana suka-suka. Tetapi kerana kita mempunyai sebab-sebab kita yang tersendiri. Yang hanya kita tahu dan faham.
18. Pertama, kerana UMNO ini, wadah yang kita sendiri bina.
19. Wadah yang meletakkan kita semua ini pada kedudukan sekarang. Kedudukan terbaik dalam sejarah pembangunan bangsa Melayu. Malah dalam sejarah perjalanan kita sebagai sebuah negara moden yang stabil.
20. Wadah inilah yang memberikan kita nikmat kemerdekaan. Wadah inilah yang memberikan makna pada sebuah kebebasan dan harga diri.
21. Wadah inilah yang membolehkan pelbagai dasar, pelbagai program, pelbagai insentif, diperkenalkan untuk memajukan orang Melayu. Membangunkan bangsa dan agama.
22. Jadi, mana mungkin kita sanggup meninggalkan wadah ini begitu sahaja. Hanya kerana ada pergeseran. Hanya kerana ada perbezaan.
23. Kita ini bukan anak-anak kecil. Yang menyangka bahawa hidup ini hanyalah tentang kegembiraan dan perkara-perkara yang manis. Kita bukan anak-anak kecil yang melihat perbezaan itu sebagai permusuhan yang hakiki.
24. Kita ini adalah generasi pewaris kepada sebuah wadah yang mengumpul kekuatan dan kesatuan orang Melayu.
25. Walau apapun perbezaannya dan biar sehebat manapun ribut dan gelora politik yang melanda, wadah inilah yang selama ini menjadi pengikat untuk kita bergerak. Dalam kerangka demokrasi dan membentuk Malaysia yang moden dan berkemajuan.
26. Lalu, mana mungkin wadah UMNO ini, boleh kita buang dan tinggalkan begitu sahaja.
27. Kedua, pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO Johor, insyaAllah, akan kita pertahankan.
28. Dalam politik, ia sudah menjadi lumrah. Bahawa akan ada sahaja pemimpin yang memilih untuk meninggalkan kita. Sudah resam. Akan ada yang datang. Akan ada yang pergi. Akan ada yang meninggalkan. Akan ada yang tewas.
29. Namun yang pasti, semua pemimpin, semua ahli, mesti sedar bahawa UMNO ini bukan milik peribadi. Ia juga bukan kisah tentang seorang individu.
30. Ia adalah institusi, yang lebih basar dari mana-mana kehebatan seorang pemimpin. Ia lebih gah dari pesona hebat seorang negarawan.
31. Maka berlapang dadalah bila ada pemimpin yang tidak lagi bersama kita. Bersabarlah.
32. Tidak ada siapa yang kekal selama-lamanya. Ingat saudara-saudari, Rasulallah SAW juga wafat dan meninggalkan kita. Tapi Islam itu tetap sampai kepada kita, menerangi nurani kita, memuliakan darjah keinsanan kita.
33. Demikian jugalah dengan UMNO. Pengasasnya telah lama pergi. Ribuan pemimpin dan pendukung terhebatnya juga telah berpulang, meninggal atau tersingkir. Namun UMNO kekal sehingga kini, dari generasi ke generasi, zaman ke zaman.
34. Dengan membawa pencerahan, dengan menyeru kepada persaudaraan dan dengan ideologinya yang murni. Untuk mencipta kebaikan pada bangsa dan agama.
35. Ketiga, kalau kita selaku orang Melayu, ahli UMNO, tidak mempertahankan UMNO, siapa lagi yang akan melakukannya?
36. Sejak kita merdeka sehinggalah hari ini, Malaysia sudah menyaksikan pelbagai kejayaan dan kemajuan. Dan kita sedar, kesemua ini adalah hasil sumbangan besar dan perjuangan tulus para pendiri bangsa terdahulu.
37. Namun, kebanyakan kita hari ini hanya mampu mendengar sahaja tentang mereka. Tentang perjuangan mereka, tentang cerita kerja keras mereka serta doa mereka untuk bangsa dan tanahair ini.
38. Kita tidak pernah bertemu dan tidak akan pernah dapat bersua wajah dengan mereka.
39. Namun, satu-satunya perkara yang masih ada, yang menghubungkan kita dengan mereka, selain daripada tanahair yang merdeka dan makmur ini, adalah UMNO. UMNO adalah merupakan warisan dan peninggalan dari mereka untuk kita.
40. Sebagai sebuah wadah plitik Melayu moden, yang bukan sekadar untuk ditatap dan dikenang-kenang. Tetapi untuk terus diperjuangkan. Agar kekal, agar berkelangsungan. Agar ia dapat terus berbakti kepada bangsa, agama dan tanahair ini.
41. Maka, kepada seluruh orang Melayu, hanya satu seruan dan peringatan dari saya. Betapa kita punya tugas dan tanggungjawab. Untuk terus mempertahankan parti ini.
42. Kerana membela dan mendukung sebarang pergerakan yang membaiki watan, dengan perjuangan agama itu sendiri, bukanlah kutub yang terpisah.
43. Dalam dunia yang semakin berubah. Dengan persekitaran yang semakin global. Sudah tidak ramai lagi yang mempunyai perasaan yang sentimental dengan UMNO.
44. Janganlah kita lupa, pelita UMNO inilah yang selama ini menerangi kita. Dan hanya kerana nyalaan pelita ini semakin malap, janganlah kita mengambil jalan mudah untuk terus memadamkannya sahaja.
45. Terpadam dan dibiar menjadi sekadar perhiasan di dinding-dinding khutub khanah, atau ditatap ceritanya dalam cerita buku sejarah.
46. Maka kalau kita, ahli UMNO, juga mahu terus menerus marahkan UMNO, mahu meninggalkan UMNO, mahu melupakan UMNO, maka siapa lagi yang akan tinggal untuk membela dan mempertahankan UMNO ini?
47. Suatu ketika dulu, saya sendiri pernah hampir tersingkir dari UMNO. Saya pernah diberikan surat tunjuk sebab untuk menjawab kenapa tindakan disiplin tidak perlu diambil terhadap saya. Guru dan mentor politik saya sendiri, Tan Sri Shahrir pula digantung.
48. Kami tidak tahu apa kesalahan kami pada waktu itu. Tapi kami setia dengan UMNO. Kami tidak pernah meninggalkan UMNO.
49. Sebaliknya, kami membina semula keyakinan kepada UMNO dan bersungguh-sungguh mempertahankan keahlian kami dari UMNO.
50. Kerana kami amat yakin, bahawa UMNO itu bukan masalah sebenar. Parti tidak bersalah.
51. Tetapi hanya orang-orang tertentu yang menjadi punca masalah. Dan segelintir orang-orang tertentu yang menjadi punca itu tidak seharusnya dianggap mewakili UMNO secara keseluruhannya. Tidak seharusnya menjadi sebab untuk kita pula yang meninggalkan UMNO.
52. Jadi sebab itulah bila saya hadir pada hari ini, saya sangat mengerti perasaan tuan-tuan dan puan-puan. Ada yang masih bersedih, ada yang marah, ada yang juga sudah mula bergerak ke hadapan dan segera meninggalkan kemelut ini di belakang.
53. Biar apa pun perasaan dan sentimen yang tuan-tuan rasakan, kesemuanya adalah sesuatu yang kita hormati dan fahami.
54. Akan tetapi, saya sekadar ingin menyatakan dengan jelas. Kita harus mula menerima hakikat bahawa Tan Sri Muhyiddin telahpun memilih jalan lain.
55. Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan tindakan tersebut, UMNO ini janganlah sesekali kita korbankan.
56. Nasihat saya, janganlah kita terbawa-bawa dengan perasaan dan sentimen kita. Risalah UMNO ini lebih besar dari pesona mana-mana pemimpin. Perjuangkan risalah ini.
57. Saya hadir hari ini pun kerana saya ingin menjadi penengah. Tugas saya ialah untuk berusaha mencari jalan terbaik, jalan damai, jalan yang meredakan segala amarah. Di Pagoh ini.
58. Dan saya ingin sekali mengajak semua yang hadir. Marilah kita kembali kepada landasan yang telah kita sepekati dari dahulu.
59. Bahawa UMNOlah satu-satunya wadah yang mesti kita perjuang dan pertahankan. Biar apa pun perbalahan antara kita.
60. Kerana UMNO yang lemah akan menyebabkan Malaysia lemah. UMNO yang kucar kacir akan menyebabkan negara tercicir. UMNO yang tercedera, akan melumpuhkan perjalanan pembangunan tanah air kita.
61. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Saat negara berhadapan dengan begitu banyak sekali cabaran yang kompleks, besar dan luar biasa. Baik dari aspek politik kepada isu ekonomi, daripada aspek kesejahteraan sosial sehinggalah kepada krisis kepimpinan.
62. Dalam keadaan sebegini, sudah pastilah Malaysia memerlukan pencerahan dan inspirasi politik yang mampu memimpin kita untuk mendepani semua cabaran ini.
63. Malaysia memerlukan ‘kebangkitan nasional’. Di mana seluruh Malaysia, berpadu, bersekutu, sebagai sebuah bangsa, mewujudkan kesejahteraan yang lebih baik untuk Malaysia.
64. Dan ini hanya boleh berlaku melalui tindakan politik.
65. Kerana hanya inspirasi politik sahaja yang akan mampu mencipta kebangkitan nasional untuk memacu kejayaan Malaysia yang lebih besar, lebih hebat, lebih bersatu.
66. Dan ia mesti datang dari UMNO. UMNO yang lebih berpadu. UMNO yang lebih moden. UMNO yang lebih berkemajuan.
67. Jadi, marilah kita gembleng segala kudrat yang kita ada. Untuk kembali bertaut. Kembali berpadu. Bagi memastikan UMNO itu menjadi lebih berkemajuan. Lebih berdaya saing. Tidak berpecah-belah.
68. Dan UMNO yang sebegini dapat menjadi inspirasi kepada segala pencerahan yang Malaysia perlukan. Dan melalui inspirasi ini, Malaysia akan mampu menangani segala cabaran yang mendepaninya.
69. Ramai sekali yang memberitahu saya. UMNO ini sudah tersasar. Ramai yang putus harapan dengan UMNO. Ramai yang merasakan perjuangan UMNO sudah sangat jauh dari nadi sebenar ideologinya.
70. Dan mereka berpandangan bahawa UMNO berada di persimpangan paling getir dalam hayat kewujudannya.
71. Saya mendengar ini semua dengan berlapang dada. Saya juga mengakui banyak kebenaran dari ini semua. Tetapi sekadar mengungkapkan berkali-kali segala kelemahan ini, tidak akan menyelesaikan masalah.
72. Malah meninggalkan UMNO juga bukanlah alternatif yang akan menjernihkan keadaan.
73. Lalu kita hanya ada satu pilihan iaitu memulihkan kembali wibawa UMNO ini. Sedikit demi sedikit. Setapak demi setapak.
74. Kerana, adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk kita meninggalkan UMNO begitu sahaja setelah apa yang UMNO berikan kepada kita semua. Setelah kita menikmati segala kebaikan dari wadah ini.
75. Kerana itulah di Johor ini, jalan kita ialah jalan pengislahan. Kita ingin mencipta aliran baru dalam UMNO. Kecergasan baru. Citra baru. Dan kita sedang giatkan pelbagai ikhtiar untuk itu.
76. Kerana kita sangat yakin, banyak lagi bait-bait yang baik dalam UMNO ini. Banyak lagi keunggulan yang tidak terlihat dan tertonjol.
77. Barangkali kerana kita terlalu sering menggunakan watak dan peribadi beberapa pemimpin UMNO sahaja, sebagai rujukan dan sandaran untuk kita menyimpulkan bahawa UMNO itu sudah tersasar.
78. Pastinya hujah seperti itu sangat tidak mencukupi untuk menghukum UMNO secara keseluruhan. Kerana seperti yang saya nyatakan dari awal, dan dalam banyak forum sebelum ini, UMNO itu lebih besar dari pesona beberapa orang pemimpinnya.
79. Kerana itulah, UMNO Johor gigih dalam usaha pengislahan UMNO ini.
80. Agar ia kembali didukung oleh bakat terbaik. Kembali diuruskan dengan sistem termaju. Dan kembali memfokuskan kepada memberi khidmat dan dharmabakti paling luhur pada bangsa.
81. Semoga, dengan doa-doa mereka yang soleh, yang pernah dibantu oleh UMNO, yang mendapat kebaikan dari perjuangan UMNO, akan terjelmalah keberkatan yang akan menyerlahkan sisi baik UMNO sebagai sebuah pergerakan siasah.
82. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya mengajak semua ahli UMNO Pagoh, untuk terus mendukung UMNO. Mendukungnya dengan keberanian, dengan kebenaran, dengan prinsip.
83. Bersetialah dalam UMNO tanpa takut untuk berkata benar. Bersetialah dalam UMNO dengan tidak mengorbankan prinsip kita. Bersetialah dalam UMNO dengan teguh pada pendirian.
84. Ingatlah kata kata Almarhum Pramoedya Ananta Toer, sasterawan ulung Indonesia betapa “Dalam hidup, cuma ada satu yang kita punyai, iaitu keberanian. Kalau itu kita tidak punyai, apalah harga hidup ini”.
Sekian, terima kasih.
----------------------------------------
The Johor Umno chief said he was told many had "lost hope" as they believed the party had strayed from the basis of its struggles.
"Many of them believe Umno is at a crossroads. I admit there is some truth to this, but highlighting weaknesses over and over again will not solve issues the party faces," he said.
Mohamed Khaled, who is also Johor Mentri Besar, said this in his speech before officiating the Pagoh Umno division meeting here.
"It is highly irresponsible for us to leave Umno after what the party has done for all of us," he said.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/21/unite-to-ensure-partys-survival-khaled-tells-johor-umno-members/