Wednesday, September 30, 2020

UMNO Kena Main Dengan PPBM Lagi

|0 comments

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Itulah istilah yang tepat untuk admin gambarkan nasib yang menimpa UMNO dan lebih secara khusus kepada UMNO Sabah.

Seawal dari hari penamaan calun PRN Sabah, UMNO telah diminta supaya berlapang dada, berkorban untuk PPBM atas nama ukhwah antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

Kebanyakan kerusi yang dikorbankan kepada PPBM adalah merupakan kubu kuat UMNO yang berada di pantai barat Sabah.

Dan kerusi yang ditandingi UMNO dalam PRN Sabah adalah kerusi DUN yang berada di pantai timur Sabah yang merupakan kubu kuat Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Itu tidak termasuk PPBM melatakkan calun Bebas untuk memecahkan undi di kawasan UMNO bertanding.

Keputusan menyaksikan 3 orang calun Bebas tajaan PPBM telah berjaya menewaskan calun UMNO dan akhirnya bergabung dengan GRS.

Jadi tidak hairanlah dalam PRN Sabah, pencapaian UMNO adalah sangat buruk.


UMNO cuma mampu menang 14 kerusi DUN dari 32 kerusi DUN yang ditandingi.

Manakala PPBM berada dalam kedudukan yang amat selesa bila 'UMNO berlapang dada' membenarkan PPBM bertanding di kawasan yang terjamin kemenangannya.

Ada perjanjian antara UMNO dan PPBM dalam pembahagian kerusi.

UMNO bersetuju untuk menyerahkan kepada PPBM DUN yang menjadi kubu kuat UMNO dengan syarat, sekiranya menang dalam PRN Sabah, KETUA MENTERI MESTILAH DARI UMNO.

Tapi bila sudah menang, apa yang UMNO dapat, ibarat menang sorak tapi kampung tergadai.

Jawatan Ketua Menteri Sabah kini disandang oleh Hajiji dari PPBM seperti yang pernah diumumkan oleh Muhyiddin Yassin dalam kempen PRN Sabah.

Sepanjang kempen PRN Sabah dan juga di hari mengundi, jentera UMNO dikerah, siang dan malam, pagi dan petang untuk memenangkan calun dari PPBM.

Dan selepas menang nanti, jangan bermimpi ADUN PPBM yang menang itu akan bersunggguh-sungguh membantu memperkasakan UMNO di situ.

Sudah pasti PPBM akan memperkukuhkan pengaruh mereka di kubu UMNO tersebut dan secara tidak disedari, satu persatu kubu kuat UMNO akan tumbang di tangan PPBM.

Perancangan jangka panjangnya adalah untuk menguburkan pengaruh UMNO di dalam kubu UMNO sendiri!!!

Selepas Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) menang PRN Sabah, PPBM memungkiri janji.

Bukan sahaja enggan, malah menuntut jawatan Ketua Menteri Sabah.

Sekali lagi berlaku ketegangan.

Cytro PPBM menyebarkan berita kononnya UMNO tamak, mahu bersikap seperti 'Big Brother' dalam GRS.

Isunya sekarang bukan tamak atau besar kepala, tetapi isunya sekarang adalah menuntut janji yang telah sama-sama dipersetujui waktu perbincangan meletakkan calun PRN Sabah.

Namun untuk mencari jalan penyelesaian, UMNO sekali lagi diminta berlapang dada dan sekali lagi berkorban untuk PPBM.

UMNO bersetuju menyerahkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada PPBM dengan syarat, Bung Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan memegang potfolio sebagai Menteri Kerja Raya serta 3 ADUN dari UMNO mesti dilantik untuk memegang jawatan Menteri Kanan.

Tapi sekali lagi PPBM mungkir janji, melantik Bung Mokhtar sebagai Timbalan Ketua Menteri tetapi memegang potfolio sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bukan Menteri Kerja Raya seperti yang dijanjikan.

Sikap PPBM dan Hajiji betul-betul membuatkan kesabaran Bung Mokhtar hilang dan beliau dikatakan supaya telah menengking Hajiji dan mengingatkan Hajiji supaya berpegang kepada janji.

Setelah keadaan menjadi tegang dan Bung dikatakan akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan UMNO keluar dari GRS, barulah Hajiji membuat pengumuman untuk meletakkan Bung Mokhtar sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.


Peringatan admin kepada kepimpinan tertinggi UMNO, sebenarnya UMNO bukan berkorban untuk PPBM tetapi sedang dikorbankan oleh PPBM.

Dengarlah keresahan dan kemarahan akar umbi yang tidak rela melihat parti keramat ini terus-terusan dikorbankan oleh katak-katak yang tidak sedar diri itu.

Tuesday, September 29, 2020

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Sebalik Perlantikan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

|0 comments

Kemelut pemilihan Ketua Menteri Sabah di kalangan pemimpin-pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berakhir apabila dalam satu sidang media yang diadakan lewat tengahari semalam Hajiji mengumumkan mereka 'sebulat suara' telah memilih dirinya sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dari satu sudut, kita menerimanya dengan berfikiran positif kerana dan berharap dengan perlantikan ini akan berakhirnya kemelut politik negeri Sabah.

Keadaan ekonomi Sabah berada di dalam keadaan yang terburuk dalam sejarah apabila pentadbiran Warisan yang diterajui oleh mantan Ketua Menteri Sabah yang lalu, Shafie Apdal, telah melakukan pelbagai kerosakan terhadap negeri Sabah.


TYT Sabah, Tun Juhar, dilapurkan telah meminta 2 nama yang telah dipersetujui oleh gabungan GRS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Pemimpin GRS telah bersetuju memberikan 2 nama iaitu Bung Mokhtar Radin (UMNO) dan Hajiji Mohd. Noor (PPBM) sebagai calun Ketua Menteri Sabah.

Selepas perbincangan, sumber melapurkan, TYT Sabah telah memilih Bung Mokhtar Radin sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.


Walau bagaimana pun, sumber memberitahu, ada campurtangan dari Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin.

Hamzah dikatakan telah menggunakan kuasa beliau sebagai Menteri Dalam Negeri untuk menekan TYT Sabah dan juga ADUN GRS supaya memilih Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ADUN GRS kerana bagi mereka, Ketua Menteri Sabah mestilah ditentukan oleh orang Sabah sendiri dan bukannya dengan campurtangan dari pusat.

ADUN GRS juga mempersoalkan, apakah hak Hamzah Zainuddin untuk menolak ketetapan yang telah dibuat oleh TYT Sabah?

Inilah yang berlaku sehingga memaksa TYT Sabah meminta tempuh untuk menentukan (hakikatnya bukan beliau yang tentukan tetapi Hamzah Zainuddin yang tentukan), siapa yang akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ramai akar umbi UMNO menyangkakan, Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, terlalu mengikut telunjuk PPBM.



Zahid telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ahmad Maslan agar kekal dengan pendirian Ketua Menteri dari UMNO.

Manurut sumber, Zahid tidak berpuas hati dengan cara pengendalian rundingan oleh Hamzah Zainuddin.

Zahid yang di dalam kuarantin wajib dikatakan telah menyatakan kekecewaan ini kepada Presiden PBBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

UMNO Sabah sebelum ini melepaskan banyak kerusi yang dimenangi dalam PRU lepas kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan memperolehi jawatan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah menang.

Sumber juga mendakwa Ahmad Zahid juga kecewa dengan cara PBBM meletak calon-calon bebas di 6 kawasan bagi mengalahkan calon Barisan Nasional.

Ramai yang kritik Pengerusi Barisan Nasional kerana Barisan Nasional, terutamanya UMNO dilihat seolah-olah dipermainkan oleh PPBM dalam PRN Sabah ini?

Walau pun admin bersetuju, namun kita tidak seharusnya menghalakan senjata kita sesama sendiri, ini akan menampakkan seolah-olah UMNO sudah rapuh dan berpecah.

Kesempatan ini akan diambil oleh pihak lawan.

Suarakan kemarahan kita di Persidangan Agung UMNO nanti dan terjemahkannya sewaktu pemilihan UMNO 2021.

PRU 15 semakin hampir, maka kita mesti sepakat untuk menghalakan senjata kita kepada pihak lawan, sama ada Pakatan Harapan, mahu pun sekutu yang nampaknya mahu mempermainkan kita dari Perikatan Nasional.

Berbalik kepada persoalan asal, apakah kriteria pemilihan Ketua Menteri?

Kalau kriterianya adalah parti yang mempunyai kerusi yang terbanyak dalam GRS, maka UMNO yang memiliki 14 kerusi DUN berbanding PPBM yang cuma memiliki 10 kerusi DUN, adalah lebih layak.

Kalau kriterianya adalah Ketua Menteri mestilah orang Sabah, maka kesemua parti di dalam GRS adalah layak.

Kalau kriterianya adalah kelayakan akedemi, maka Bung Mokhtar Radin yang memiliki Master Degree adalah lebih layak dari Hajiji.

Kalau kriterianya adalah untuk menunjukkan PPBM adalah parti dominan di dalam GRS dan Perikatan Nasional, maka Hamzah telah berjaya.

Persoalannya, apakah Ketua Menteri yang tiada pendedahan di peringkat pusat dan luar negara akan mampu memacu ekonomi negeri Sabah yang kini berada dalam keadaan tenat.

Kalau gagal nanti, jangan pula diulang zikir SALAH NAJIB atau pun SALAH UMNO!!!

Monday, September 28, 2020

Apa Yang Perlu UMNO Dan Rakyat Pelajari Dari Keputusan PRN Sabah

|0 comments

Debaran mananti keputusan PRN Sabah 2020 sudah berakhir bila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberikan keputusan rasmi PRN Sabah awal pagi semalam.

Rakyat Sabah memilih untuk memberikan mandat kepada parti-parti di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari Barisan Nasional (UMNO, MCA dan PBRS), Perikatan Nasional (PPBM dan STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

GRS pada asalnya memperolehi majoriti mudah bila memenangi 38 kerusi DUN dengan Perikatan Nasional memenangi 17 kerusi DUN, Barisan Nasional memenangi 14 kerusi DUN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 7 kerusi DUN sebelum berjaya menarik 3 calun lain yang memenangi PRN Sabah di atas tiket Bebas dan menjadikan jumlah yang diperolehi oleh GRS adalah 41 kerusi DUN.

Seperti yang ditulis oleh blogger Another Brick In Wall, keputusan PRN Sabah belum lagi berakhir walau pun SPR sudah mengeluarkan keputusan rasmi awal pagi semalam.


Malah bagi admin, keputusan ini dijangka akan berubah lagi dalam masa seminggu, memandangkan usaha untuk mengenalpasti katak-katak politik sedang giat dijalankan sejak dari semalam.

Pengajaran Yang Perlu Di Beri Perhatian Oleh Pemimpin UMNO


Walau pun Barisan Nasional Sabah sudah berjaya menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Sabah yang bakal dibentuk atas gabungan parti yang dinamakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun perlu diakui pencapaian Barisan Nasional Sabah di dalam PRN Sabah kali ini adalah sesuatau yang amat mengecewakan.

Barisan Nasional meletakkan 40 orang calun di mana calun dari UMNO seramai 31 orang, calun dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) seramai 5 orang dan MCA seramai 4 orang.

Dari 40 orang calun Barisan Nasional, cuma 14 orang calun berjaya memenangi kerusi DUN Sabah dalam PRN Sabah kali ini dan kesemuanya adalah calun UMNO, manakala kesemua calun PBRS dan MCA tewas.

Secara keseluruhannya, pencapaian Barisan Nasional Sabah cuma 35% sahaja, manakala pencapaian UMNO Sabah cuma 45% sahaja, manakala pencapaian PBRS dan MCA adalah 0%!!!

Janganlah terlalu dibuai kegembiraan selepas berjaya menjadi sebahagian dari kerajaan negeri, tetapi kepimpinan UMNO terutamanya kepimpinan UMNO Sabah perlu membuat kajian mengapakah pencapaian kali ini jauh lebih buruk dari pencapaian di dalam PRU 14 yang lepas, sedangkan ketika itu UMNO di asak dengan pelbagai tohmahan dan fitnah dari parti lawan.

Apakah faktor calun yang ditampilkan tidak cukup kuat aura mereka atau kerana ada unsur-unsur sabotaj sama ada dari parti gabungan dari GRS atau kita melakukan strategi yang salah di dalam kempen PRN Sabah atau kita cuma gah mempunyai calun yang ramai tetapi bertanding di kubu kuat lawan dan menyerahkan kubu kuat kita kepada sekutu kita di dalam GRS terutamanya PPBM (ini jelas bila PPBM memenangi di hampir semua kerusi yang ditandingi oleh ahli politik PPBM yang melompat dari UMNO dahulu).

Admin merasakan, sudah sampai masanya UMNO bersikap lebih tegas sama ada dengan sekutu kita di dalam Barisan Nasional, mahu pun sekutu kita di dalam Muafakat Nasional atau pun sekutu kita di dalam Perikatan Nasional.

Dengan sekutu kita di dalam Barisan Nasional terutamanya MCA, janganlah hanya ghairah untuk meletakkan calun tetapi akhirnya kalah dalam pilihanraya.

MCA tidak lagi boleh bergantung kepada undi penyokong UMNO untuk menang di dalam pilihanraya kerana untuk Barisan Nasional memenangi PRU 15 yang cukup untuk membentuk kerajaan sendiri tanpa ihsan dari mana-mana parti lain, MCA perlu memastikan mereka mampu mengatasi DAP di dalam menarik undi bangsa Cina.

Terbukti di dalam PRU 14, MCA cuma mampu menyumbangkan hanya 1 kerusi (Parlimen Air Hitam) yang dimenangi dengan undi masyarakat Melayu, manakala di dalam PRK Parlimen Tg. Piai, tanpa sokongan dan dokongan UMNO dan PAS, tidak mungkin Wee Jeck Seng boleh menang bergaya di PRK tersebut!!!

Dan terkini terbukti di dalam PRN Sabah, masyarakat Cina masih lagi menolak MCA bila MCA kalah di kesemua 4 DUN yang ditandingi, manakala DAP memenangi kesemua ^ kerusi DUN yang mereka tandingi.

MCA perlu lebih serius di dalam usaha memenangi undi masyarakat Cina kerana PRU 15 dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Manakala di dalam Muafakat Nasional, sekiranya langkah kita sudah tidak seiringan dengan PAS, maka berpisahlah secara baik.

Sikap Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hasan yang mempertikaikan secara terbuka kenyataan Presiden UMNO telah menimbulkan ketegangan di peringkat akar umbi.

Sekiranya Takiyudin telah merasa selesa dengan kedudukan PAS sekarang, bersikap berani dengan menyatakannya di mesyuarat peringkat kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional dan bukannya bersikap seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!!!

Contohi sikap Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang kelihatan lebih tenang dan profesional.

Berpegang kepada persetujuan awal, kerjasama dan sokongan Barisan Nasional terhadap Perikatan Nasional mestilah ditamatkan sebaik sahaja PRU 15 bermula.

Tidak akan timbul lagi isu pembahagian kerusi, kita mesti bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen yang ada, itulah yang kita lakukan sebelum ini.

Sekiranya berlaku pertembungan dengan PAS, perkara itu boleh dibincangkan dengan syarat UMNO memberi laluan kepada PAS di atas tiket PAS bersama UMNO di dalam Muafakat Nasional dan bukannya Perikatan Nasional.

Benar, kita akan lebih kukuh bila bergerak secara berjemaah tetapi sekiranya kehadiran kita di dalam jemaah itu hanya untuk diperkotak-katikkan, di manakah maruah kita, maka adalah lebih baik kita bergerak sendirian kerana selama ini pun kita memang bergerak sendirian!!!

Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia


Memang menjengkelkan melihat sikap katak-katak politik hanya hanya mementingkan kepentingan peribadi mereka sahaja.

Kesan dari sikap mereka amatlah buruk kepada rakyat dan negara.

Nasib rakyat akan terabai kerana mereka sibuk dengan urusan melompat dari satu parti ke satu parti yang lain.

Manakala pemimpin-pemimpin parti politik yang mahukan mereka pula akan lebih menumpukan usaha melobi katak-katak politik ini, di mana tanggungjawab mereka kepada rakyat yang telah memberikan mandat kepada mereka?

Matlamat mereka hanyalah untuk menubuhkan kerajaan, walau pun hanya dengan kelebihan satu atau dua kerusi sahaja.

Proses ini tidak akan berakhir, malah ianya akan menjadi proses yang tiada penghujung kerana, gabungan parti politik yang berjaya ditumbangkan akan bertindak balas semula dengan cara yang sama.

 Inilah yang sedang berlaku di kerajaan pusat dan perkara yang sama sedang berlaku di Sabah sekarang.

Sehingga sekarang, masih lagi sibuk berurusniaga untuk membeli ADUN dan sehingga sekarang, Ketua Menteri masih belum dapat diputuskan.

Jangan terkejut kalau gabungan GRS berpecah semata-mata kerana isu siapa Ketua Menteri.

Kestabilan politik negara memberikan impak yang amat besar kepada kestabilan ekonomi negara.

Dalilnya, Bursa Malaysia merudum bila Anwar membuat tindakan pra matang dengan membuat pengumuman bahawa beliau sudah mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat dan kerajaan sekarang sudah tumbang!!!

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Kita memberikan mandat supaya pemimpin dan parti politik dapat membela nasib kita dan bukannya sibuk melompat ke sana dan ke sini.

Kita memberikan mandat untuk menjamin kestabilan politik dan ekonomi yang akan memberikan menafaat kepada kita dan bukan sebaliknya.

Tetapkan pilihan kita hanya kepada satu parti sahaja.

Sbelum ini, Barisan Nasional telah memerintah dengan baik kerana mendapat mandat yang kukuh.

Demi untuk masa depan anak cucu kita, ayuh kita semua berikan sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional yang telah terbukti selama lebih dari 6 dekad memacu ekonomi dan negara ke arah kemajuan.















Sunday, September 27, 2020

Siapa Sebenarnya Pencatur Keretakan Hubungan UMNO dan PAS Dalam Muafakat Nasional

|0 comments

Sejarah mencatitkan, perselisihan antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam, UMNO dan PAS telah memakan masa lebih dari 6 dekad.

Kejatuhan UMNO dari takhta pemerintahan pada 2018 dalam PRU 14, telah membuka lebaran baru dalam hubungan politik antara UMNO dan PAS.

14 September 2019 menjadi satu tarikh yang akan dicatit dalam sejarah politik tanah air sebagai tarikh keramat penyatuan masyarakat Melayu Islam setelah berseteru selama lebih 6 dekad.

Selepas dari tarikh itu, UMNO dan PAS telah melangkah seiringan serta berganding bahu, bantu membantu antara satu sama lain di atas pentas politik.

Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hati gajah sama kita lapah dan hati kuman sama kita cicah, cubit peha kiri, peha kanan pasti akan terasa sakitnya.

Bukan sedikit kejayaan yang telah dicapai di bawah jenama Muafakat Nasional.

Kejayaan Muafakat Nasional di dalam 6 pilihanraya kecil (tidak termasuk PRK Slim, kerana dikatakan PPBM ada membantu) merupakan bukti yang cukup jelas bahawa rakyat di pelbagai peringkat merestui dan menyokong sepenuhnya kerjasama antara UMNO dan PAS.

Kekuatan kerjasama antara UMNO dan PAS di dalam Muafakat Nasional menjadi mimpi ngeri kepada Pakatan Harapan.

Sama ada kita sedar atau tidak, dengan menggunakan alasan penyatuan masyarakat Melayu Islam sebagai slogan, musuh telah menjalankan berbagai usaha untuk melerai kekuatan UMNO dan PAS di dalam Muafakat Nasional.

Kongres Maruah Melayu tajaan Dr Mahathir dan PPBM merupakan cubaan pertama untuk meleraikan kekuatan UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional.

Secara terancang, pemimpin PAS telah dijemput untuk menghadiri kongres tersebut bagi menimbulkan ketegangan antara pemimpin UMNO dan PAS.


PAS telah menerima jemputan tersebut dan Presiden serta kepimpinan tertinggi PAS telah menyatakan persetujuan untuk menghadirinya.

Pemimpin UMNO kelihatan agak terkejut dan kecewa, tetapi demi menjaga kerjasama yang baru terjalin di dalam Muafakat Nasional, akhirnya UMNO bersetuju untuk menghantar wakil yang diketuai Setiausaha Agung UMNO ketika itu, Annuar Musa.

Ternyata Kongres Maruah Melayu gagal kerana tiada hala tuju, ucapan Dr Mahathir bukan sahaja tidak menyeru bangsa Melayu supaya bersatu, malah Dr Mahathir secara terang-terangan menghina ketuanan Melayu di tanah air sendiri.

Selepas kongres tersebut, bukan sahaja nasib bangsa Melayu tidak terbela, malah terus-terusan diperlekehkan oleh Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan ketika itu.

Penyokong pengganas LTTE yang didokongi DAP semakin menunjukkan taring mereka mereka di bumi Malaysia tanpa apa-apa tindakan tegas dari Muhyiddin Yassin yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu.


Tommy Thomas terus selesa di kerusi Peguam Negara, walau pun Mahkamah Koroner telah mengesahkan beliau campurtangan dalam prosiding inkues Allahyarham Mohd. Adib.

Atas alasan pembangunan, penduduk Kg Baru, satu-satunya penempatan masyarakat Melayu di Kuala Lumpur hendak dipindahkan dan tanah mereka hendak dijual atas alasan pembangunan.

Kalau nasib bangsa Melayu terus ditindas selepas Kongres Maruah Melayu, apakah sebenarnya tujuan kongres itu diadakan?

Ibarat biduk berlalu, kiambang kembali bertaut, apabila Kerajaan Pakatan Harapan runtuh, kesepakatan antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional dilihat kembali kukuh bila sepakat mahukan parlimen dibubarkan ketika mengadap SPB YDP Agong, selepas perjumpaan di hotel Sheraton yang dikenali sebagai Langkah Sheraton gagal.

Namun selepas SPB YDP Agong tidak memperkenankan permintaan untuk membubarkan parlimen kerana ketika itu negara sedang dilanda pandemik Covid-19, baginda telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang ke 9.

Berlaku perpecahan yang serius di dalam parti PPBM apabila ianya terpecah dua, satu blok yang menyokong Dr Mahathir dan satu lagi blok yang menyokong Muhyiddin.

Ketika itu PPBM menghadapi 'krisis sokongan akar umbi yang sangat kronik', lalu timbul cadangan supaya PPBM menyertai Muafakat Nasional.

Namun PPBM merasakan mereka perlu dijemput bukan memohon untuk menyertai Muafakat Nasional dan mereka mahu menjadi parti yang dominan di dalam gabungan Muafakat Nasional.


Namun Muhyiddin membatalkan rancangan itu dan menjemput pula parti-parti di dalam gabungan Muafakat Nasional untuk menyertai gabungan baru yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional.

Apa yang pelik, apabila mahu menyertai Muafakat Nasional, Muhyiddin mahu menyertainya sebagai satu gabungan besar dan bukan sebagai parti PPBM sahaja, tetapi apabila menjemput Muafakat Nasional menyertai Perikatan Nasional, parti yang berada dalam Muafakat Nasional hendaklah menyertainya sebagai parti yang berasingan.

Ketika ini berlaku sekali lagi ketegangan antara pemimpin UMNO dan PAS.


Tanpa berunding dengan UMNO, Setiausaha Agung PAS, Takiyudin mengumumkan PAS akan menyertai Perikatan Nasional.

Apakah Takiyudin lupa persetujuan asal yang telah dicapai di dalam Muafakat Nasional bahawa sokongan kepada Muhyiddin hanyalah setakat akhir penggal ini sahaja, apabila parlimen dibubarkan, maka sokongan UMNO dan PAS kepada Muhyiddin akan berakhir.

Usaha seterusnya ialah di dalam PRN Sabah.

Terdapat cubaan untuk melaga-lagakan UMNO dan PAS bila dalam pembahagian kerusi, PAS tidak dapat bertanding walau pun satu kerusi DUN.

Ianya seolah-olah menggambarkan sifat tamak UMNO hingga sanggup mengenepikan sekutunya PAS yang berada di dalam Muafakat Nasional.

Hakikatnya, yang tidak memberikan apa-apa kerusi kepada PAS ialah PPBM sendiri kerana menurut Muhyiddin, PAS tidak popular di Sabah.

PPBM sengaja telah mengumumkan calun mereka sebagai bakal Ketua Menteri Sabah.

Strategi mereka mudah, letakkan Musa Aman sebagai TYT Sabah selepas Perikatan Nasional menang, maka undi penyokong Musa Aman dan Anifah Aman melalui Parti Cinta Sabah akan mereka perolehi dengan meletakkan calon Bebas tajaan mereka di tempat yang sama Barisan Nasional bertanding.

Kemudian membawa masuk Parti Bersatu Sabah (PBS) ke dalam Perikatan Nasional, akhirnya PPBM kini yang menguasai Perikatan Nasional akan mempunyai hak untuk melantik Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Namun selepas strategi ini dilihat tidak membuatkan pemimpin UMNO melatah, maka terkini, timbul cubaan yang baru melalui pengumuman Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO cuma memberikan respon bahawa beliau tiada hak untuk menghalang MP UMNO untuk menyokong Anwar, tidak disebut pun UMNO akan menyokong Anwar.

Sebenarnya ada yang tersirat di sebalik yang tersurat dari kenyataan Presiden UMNO itu, tetapi kita agak kecewa kerana Setiausaha Agung PAS, Takiyudin, pula melenting dan kelihatan seolah-olah mengugut UMNO dengan kata-kata sekiranya UMNO menyokong Anwar, maka UMNO sudah melanggar piagam Muafakat Nasional.

Sepatutnya Takiyudin tidak bersikap terburu-buru mengeluarkan kenyataan media sebegitu kerana perkara yang sama pernah beliau lakukan ketika mengumumkan PAS sudah mengeluarkan surat sokongan penubuhan Perikatan Nasional, namun akhirnya dinafikan oleh Timbalan Presiden PAS sendiri, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kali ini juga Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi secara sindiran menegur sikap terburu-buru Takiyudin dengan mengatakan PAS menganggap kenyataan Presiden UMNO itu sebagai kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Kepada pemimpin serta penyokong UMNO dan PAS, janganlah terperangkap dalam permainan politik musuh.

Musuh sedang memasang jerat.

Renungkan sejenak, Muafakat Nasional sememangnya sudah kukuh dan mendapat sokongan yang padu dari rakyat, 7 PRK adalah bukti yang amat nyata.

Siapakah yang dari dulu mahu supaya Muafakat Nasional berpecah?

Siapakah yang dari dulu menggunakan strategi memecah belahkan masyarakat Melayu?

Siapakah yang dari dulu menggunakan strategi Melayu skrew Melayu?

Sepatutnya kita semua tujukan peluru kita kepada mereka dan bukannya kepada sesama kita!!!

Friday, September 25, 2020

Ayuh Kita Tumbangkan Warisan Bah!!!

|0 comments

Malam ini tepat jam 12.00 malam, secara rasminya tempoh berkempen untuk PRN Sabah akan berakhir.

Selama 2 minggu, pemimpin-pemimpin dari pelbagai parti yang bertanding berkampung di Sabah, walau pun Sabah kini adalah negeri yang tertinggi mencatatkan kes baru Covid-19.

Saat ini sebahagian besar rakyat Sabah sudah menetapkan siapakah yang akan mereka pilih esok semasa PRN Sabah bermula.

1,124,598 orang pengundi akan menentukan nasib 447 orang calun yang bertanding untuk merebut 73 kerusi DUN di 741 pusat mengundi yang mempunyai 2,540 saluran mengundi.

Siapakah yang akan dipilih menjadi ADUN, parti manakah yang akan membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu akan terjawab bila semua kertas undi yang berada dalam peti undi selesai dikira.

Kepada rakyat Sabah, ada beberapa isu yang ingin admin kemukakan sebelum membuat memangkah di kertas undi.

Sepanjang tempoh berkempen, pasti rakyat dapat menilai, parti yang manakah yang benar-benar memikirkan tentang rakyat.

Bezakanlah pencapaian yang telah dilakukan antara parti-parti yang menawarkan calun mereka, terutamanya dari Barisan Nasional dan Warisan.

Kalau dilihat dari sudut perkembangan ekonomi, prestasi yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional adalah jauh lebih baik dari Warisan.


Tidak perlu dilihat sepuluh atau lima belas tahun yang lepas. kita lihat dari 2017, tahun terakhir pemerintahan Barisan Nasional di Sabah sebelum tumbang dalam PRU 14.

Tahun 2017, pertumbuhan ekonomi Sabah berada pada kadar 8.2%, iaitu kadar pertumbuhan ekonomi yang tertinggi antara negeri-negeri dalam Malaysia.

Tetapi selepas Warisan mengambil alih pemerintahan di Sabah, tahun 2018, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah menjunam kepada 1.5% dan pada tahun 2019, ianya menjunam lagi kepada hanya 0.5%!!!

Sekiranya Warisan terus diberi mandat dalam PRN Sabah untuk memerintah Sabah, kalau mengikut trend menurun yang di catitkan sejak tahun 2018, adalah dijangkakan Sabah akan mengalami pertumbuhan ekonomi negatif!!!

Apa kesannya kepada rakyat Sabah?

Peluang perkerjaan baru tidak dapat diwujudkan kerana pelabur asing tidak akan datang melabur, ramai rakyat Sabah yang kini mempunyai perkerjaan akan kehilangan perkerjaan kerana banyak syarikat akan menghentikan operasi mereka.

Kadar pengangguran akan bertambah, rakyat Sabah akan kehilangan punca pendapatan dan akibatnya kadar jenayah akan meningkat kerana keperluan asas keluarga tetap mesti diadakan walau pun ketua keluarga sudah kehilangan punca pendapatan.

Apakah ini yang rakyat Sabah mahukan?


Kedaulatan dan kemerdekaan rakyat dan negeri Sabah bukanlah sesuatu yang boleh dirunding-rundingkan.

Sebagai rakyat dan negara yang merdeka, kita wajib menentang walau siapa sahaja yang cuba untuk memperdagangkan kemerdekaan dan kedaulatan kita.

Tuntutan Filipina ke atas Sabah bukanlah saru perkara yang baru.

Sejak pemerintahan Barisan Nasional lagi usaha Filipina untuk menuntut Sabah dari Malaysia telah dijalankan.

Namun dengan ketegasan Malaysia yang langsung tidak mahu membuka walau sedikit ruang sekali pun di atas usaha tersebut, Filipina kelihatan telah memadamkan hasrat mereka dengan menutup jabatan khas yang menggerakkan usaha tersebut.

Filipina menuntut Sabah atas faktor sejarah bahawa satu masa dahulu, Sabah adalah di bawah pemerintahan Kerajaan Sulu, namun Malaysia mempertahankan Sabah berdasarkan kemerdekaan yang British beri kepada Sabah untuk bergabung dengan Malaysia dan ianya di akui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Jadi, Filipina tiada asas langsung untuk menuntut Sabah dari Malaysia.

Tetapi Ketua Menteri Sabah dari Warisan, Shafie Apdal, berpendapat sebaliknya.

Kenyataan beliau yang bersetuju untuk berunding dengan Filipina dalam isu ini memang mengejutkan semua pihak.

Hak kita sepatutnya kita pertahankan dan bukannya boleh dirunding untuk diserahkan kepada pihak lain!!!

Atau apakah sememangnya ahli politik Warisan sememangnya mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia untuk dijadikan sebahagian dari Filipina???

Ada asasnya dakwaan tersebut, kerana selain dari siklap yang ditunjukkan oleh Shafie, kenyataan Mohammaddin Ketapi yang menghina anggota keselamatan dan menafikan kehadiran pengganas Sulu di dalam tragedi Tanduo kelihatan selari dengan Shafie!!!

Rakyat Sabah nilaikanlah, di atas segala musibah yang telah dilakukan oleh Warisan, apakah ada di antara mana-mana pemimpin Warisan yang menjelaskan perancangan pembangunan infrastruktur dan ekonomi untuk meletakkan kembali Sabah ke landasan yang sebenarnya?

Tidak ada!!!


Mereka bersikap angkuh yang tidak langsung menampakkan keikhlasan!!!

Rakyat Sabah, buatlah pilihan yang betul, berikan mandat kepada Barisan Nasional yang telah terbukti menabur jasa kepada rakyat dan negeri Sabah.

Ayuh, sama-sama kita tumbangkan Warisan bah!!!









Sokongan DAP Pada Anwar Berbunyi Cukup Kelusi Wa Sokong, Tarak Cukup Kalu, Wa Lambong...😂😂😂

|0 comments


Secara tiba-tiba Anwar buat satu kejutan yang sekali lagi akan mengheret seluruh negara kepada kemelut politik.


Dalam satu kenyataan akhbar yang diadakan Anwar laki bini serta disertai oleh Saifuddin Nasution, Anwar mendakwa sudah mempunyai kerusi yang cukup untuk menubuhkan sebuah kerajaan.

Malah dengan nada angkuh, Anwar mengumumkan, dengan sokongan yang beliau telah perolehi, maka Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin sudah tumbang.


Admin tidak mahu mengambil pendapat sama ada dari orang politik atau netizen yang banyak membuat komen-komen panas dalam media sosial, bukannya tujuan admin memperlekehkan pandangan dan komen-komen tersebut, tetap[i bagi admin, isu pembubaran parlimen, pertukaran Perdana Menteri bukanlah isu yang kecil.

Ia adalah isu yang melibatkan perlembagaan negara, jadi biarlah pakar yang bersuara dalam isu-isu sebegini.

Salah seorang pakar perlembagaan negara yang tersohor ialah Profesor Madya Dr. Shamrahayu Aziz, seorang pensyarah dan Profesor Madya di Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ciapan yang cukup padat dan ringkas dari Profesor Madya Dr. Shamrahayu ialah apakah seorang Ahli Parlimen biasa mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk mengumumkan kejatuhan sebuah kerajaan yang memerintah.

Seperti yang disarankan oleh Profesor Madya Dr Shamrahayu Aziz, Perkara 43(4) secara jelas menyatakan, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kesimpulannya, mengikut perlembagaan, Anwar tidak boleh mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri yang baharu atau membentuk sebuah kerajaan yang baharu atau mengumumkan kerajaan yang ada sekarang sudah tumbang.

Sekiranya benar Anwar mempunyai bilangan majoriti yang mencukupi di dalam Dewan Rakyat, ianya terpulang kepada Muhyiddin Yassin sama ada untuk meletak jawatan atau menasihatkan SPB YDP Agong untuk membubarkan parlimen bagi tujuan mendapatkan mandat baru dari rakyat melalui PRU 15.

Sebenarnya bukan tujuan admin untuk mengulas kemelut politik terbaru yang dicetuskan Anwar sebab sudah ramai yang mengulasnya, tetapi kerana ada permintaan dari rakan-rakan yang masih keliru, maka admin jelaskan secara ringkas.


Apa yang menarik perhatian admin di dalam kemelut politik terbaru ini ialah sikap setiakawan DAP terhadap PKR, khususnya terhadap Anwar Ibrahim.

"Kami mengambil maklum pengumuman tadi bahawa beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan".

"Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan", kata Lim Guan Eng.

Ada 2 perkara yang ingin admin ulas berdasarkan kenyataan dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pertama, ternyata DAP ialah sebuah parti parasit yang akan menempel kepada mana-mana parti yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka.

Sikap ini sebenarnya adalah sikap semulajadi ahli politik DAP.

Waktu berlaku perpecahan dalam UMNO akibat dari krisis antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, DAP melihat Anwar mampu untuk menarik sebahagian besar dari undi Barisan Nasional, maka dengan pantas DAP berpura-pura menjalinkan hubungan baik dan kerjasama dengan Anwar Ibrahim, maka wujudlah PKR.

Begitu juga sebelum itu, ketika wujud pakatan parti politik di dalam Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat, DAP melihat PAS sebuah parti yang mempunyai potensi untuk memecah belahkan undi masyarakat Melayu dan menggugat kekuatan sokongan terhadap UMNO, maka DAP mengambil sikap untuk berbaik-baik dengan PAS.

Dan ketika meletus krisis antara Dr Mahathir dan DS Najib, DAP merasa yakin Dr Mahathir mampu menarik undi masyarakat Melayu, maka wujudlah PPBM yang akhirnya menyertai Pakatan Harapan.

Demi kuasa, walau pun DAP tahu tidak mungkin Dr Mahathir akan menunaikan janji beliau, namun DAP sanggup mengenepikan Anwar Ibrahim dari dinamakan sebagai Perdana Menteri ke 7 dan bersetuju untuk mengikut syarat yang dikenakan oleh Dr Mahathir untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke 7 dan selepas 2 tahun, peralihan kuasa kepada Anwar akan dilakukan.

Dan kini, setelah terlanjur menyetujui dengan cadangan Dr Mahathir untuk menamakan Shafie Apdal sebagai calun Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali memerintah, DAP mengambil sikap tunggu dan lihat.

Apatah lagi DAP secara terbuka pernah meminta Anwar supaya memberi laluan kepada Shafie Apdal sebagai calun Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.

Sekiranya benar Anwar memiliki kerusi yang mencukupi, maka DAP akan menyertai Anwar dan meninggalkan Dr Mahathir tetapi sekiranya Anwar tidak memiliki kerusi yang mencukupi, maka DAP akan bersikap mesra dengan Dr Mahathir.

Dalam lain perkataan, sama ada apa yang Anwar dakwa adalah benar atau tidak, DAP tidak akan rugi apa-apa.

Perkara kedua yang mahu admin ulas ialah sikap penipu DAP yang memang tersohor dari dulu, kini dan selamanya.

Admin petik kata-kata Lim Guan Eng :

"Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan"

Hello DAP, parti politik yang ada di dalam Pakatan Harapan atau Pakatan Harapan 2.0 sekarang ini cuma 3 sahaja, PKR, DAP dan PAN.

Dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, Presiden sudah pasti akan memberikan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim.


PPBM bukan lagi gabungan Pakatan Harapan, manakala parti baharu Dr Mahathir, Pejuang, juga bukan ahli gabungan Pakatan Harapan.

Jadi cuma yang belum menyatakan pendirian cuma DAP sahaja.

Kenapa Lim Guan Eng keluarkan kenyataan begitu?

Sekiranya apa-apa berlaku, DAP tidak mahu dipersalahkan, yang akan dipersalahkan ialah Majlis Presiden Pakatan Harapan dan alasan keputusan yang dibuat adalah dalam bentuk konsensus di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Itulah sikap dan wajah sebenar DAP, yang peliknya, masih ramai yang tidak sedar!!!

Thursday, September 24, 2020

Kantoi Beri Rasuah, Shafie Upah Malaysia Dateline Untuk Spin Dan Fitnah UMNO!!!

|0 comments

Isu Mohammaddin Ketapi menghina anggota keselamatan dan barisan hadapan Covid-19  menjadi semakin hangat.

Lebih-lebih lagi isu itu meletup selang beberapa hari sahaja sebelum pengundian awal Pilihanraya Negeri Sabah (PRN Sabah).

Semua sedia maklum, yang akan mengundi awal dalam PRN Sabah adalah anggota keselamatan dan juga penjawat awam yang dikehendaki bertugas ketika PRN Sabah pada 26 September nanti.

Yang paling penting, secara tradisinya, keputusan undian awal menjadi penanda aras kepada keputusan keseluruhan pilihanraya yang di adakan.

Dalam PRN Sabah, jumlah yang akan mengundi awal melebihi 18,000 orang pengundi, satu jumlah yang besar.

Tidak dapat dinafikan, akibat dari mulut biadap Ketapi, parti Warisan mendapat imej yang sangat buruk.

Anggota keselamatan yang terdiri dari tentera dan polis yang sebelum ini secara keseluruhannya kecewa dengan Kerajaan Warisan Sabah kini hampir pasti enggan memberikan undi mereka kepada kepada Warisan.


Jadi ikhtiar terdesak Shafie adalah dengan cuba memberikan rasuah kepada semua pengundi awal supaya memberikan undi kepada parti Warisan.

Seperti yang diakui oleh Shafie sendiri, sebanyak RM10 juta telah disediakan untuk diagih-agihkan kepada anggota keselamatan yang sebenarnya adalah pengundi awal dalam PRN Sabah.



Tetapi Shafie lupa, maruah anggota keselamatan dan juga para petugas barisan hadapan yang dihina itu tidak boleh dijual beli.

Maruah dan pengorbanan mereka adalah ikhlas untuk tanah air dan bukannya boleh diperkotak-katikkan.


Ini terbukti, selepas undian awal dilakukan, Warisan telah kehilangan lebih 90% dari undi anggota keselamatan dan para petugas barisan hadapan Covid-19 dalam undian awal.


Gagal merasuah anggota keselamatan dan para petugas barisan hadapan Covid-19, Shafie nampaknya menukar strategi dalam melakukan serangan kepada parti lawan terutamanya UMNO.


Portal Malaysia Dateline yang pro PAN telah diarahkan untuk memfitnah UMNO dengan spin berita 2 anggota keselamatan yang telah ditahan oleh SPRM kerana disyaki membawa duit untuk merasuah pengundi.


Apakah portal Malaysia Dateline adalah antara penerima RM500,000 yang Shafie bayar untuk bantu sebar propaganda sepanjang PRN Sabah?



Hakikatnya, dari siasatan awal mendapati, duit berkenaan adalah duit yang diberikan oleh parti Warisan sendiri.

Shafie kini benar-benar terdesak untuk memenangi PRN Sabah kerana beliau tahu sekiranya Warisan tumbang dalam PRN Sabah, berbagai kes rasuah sedang menanti beliau.

Kepada pengundi Sabah, buatlah pilihan yang tepat kerana sekiranya sekali lagi tersilap pilih seperti dalam PRU yang lepas, rakyat Sabah perlu menanti sehingga 5 tahun lagi untuk menukar kerajaan negeri.

Penjawat awam yang terdiri dari anggota keselamatan telah memberikan petanda yang jelas siapakah yang sepatutnya dipilih untuk menjadi kerajaan kali ini.

Jangan menongkah arus kerana mereka lebih mengetahui apa yang telah dan akan dilakukan oleh Shafie dan Warisan kepada rakyat dan negeri Sabah.

Wednesday, September 23, 2020

Keangkuhan Mohamaddin Ketapi Punca Dr Mahathir Enggan Bantu Warisan Di PRN Sabah

|0 comments


Kempen Pilihanraya Negeri Sabah sudah memasuki fasa terakhir.

Kini semua parti politik yang mempunyai calun dalam PRN Sabah atau calun-calun yang bertanding di atas tiket Bebas sudah hampir tamat menjelajahi setiap ceruk kawasan DUN masing-masing.

Seperti yang selalu dikatakan, keadaan politik Sabah amat berbeza dengan keadaan politik di Semenanjung Malaysia.

Sebab itu berbagai slogan yang dapat kita dengar dari parti-parti politik yang bertanding di PRN Sabah kali ini, 'Sabah For Sabahan', 'Abah Sayang Sabah' dan sebagainya.

Dalam kerancakan kempen dalam PRN Sabah, tercetus satu isu yang sangat-sangat mengguriskan hati bukan sahaja rakyat Sabah, malah seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi anggota keselamatan yang terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), terutamanya yang terlibat di dalam Ops Daulat di Tanduo Sabah.


Dalam satu ceramah kempen PRN Sabah, secara sedar, malah dalam nada menghina, mantan Menteri Pelancungan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohamaddin Ketapi, telah menghina sumbangan dan pengorbanan anggota keselamatan yang terdiri dari tentera (ATM) dan polis (PDRM) yang mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat dan bumi Tanduo dari diceroboh oleh pengganas Sulu yang mendakwa mereka adalah 'Askar Di Raja Kesultanan Sulu' di bawah pemerintahan pewaris Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.


Soal keselamatan dan kedaulatan negara adalah persoalan yang menjangkau soal perbezaan ideologi politik.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti Malaysia, tidak kira apa juga fahaman politik kita, bila keselamatan dan kedaulatan negara diancam, rakyat Malaysia WAJIB bangkit dan mempertahankannya.

Tetapi amat memalukan bila Malaysia mempunyai seorang warganegara seperti Mohamaddin Ketapi.

Ketapi bukanlah seorang rakyat biasa tetapi beliau adalah mantan menteri dalam kabinet Kerajaan Malaysia.

Bagaimana seorang yang pernah menjadi menteri penuh di Putrajaya boleh mengeluarkan perkataan yang sungguh biadap begitu.

Antara lain Ketapi direkodkan berkata Ops Daulat di Tanduo itu hanyalah sandiwara semata-mata.

Tidak cukup dengan penghinaan itu, Ketapi menyifatkan anggota keselamatan yang terlibat dengan Ops Daulat itu cuma berperang dengan ayam dan anjing.

Apakah maksud Ketapi berkata demikian, apakah beliau menyifatkan anggota keselamatan yang terkorban di dalam Ops Daulat itu adalah kerana dipatuk ayam dan digigit anjing!!!

Sehina itukah martabat, maruah dan pengorbanan wira negara kita?

Cuba kita lihat satu persatu wajah arwah dan mendiang yang terkorban itu, apakah itu wajah wira negara yang telah meninggalkan kita kerana dipatuk ayam atau digigit anjing!!!

Apakah Ketapi tidak memikirkan bagaimana perasaan ahli keluarga wira negara yang terkorban dan yang masih ada dalam Ops Daulat itu bila mendengar apa yang beliau katakan itu?


Tidak cukup dengan menghina wira negara di Ops Daulat, Ketapi juga telah memperlekehkan barisan hadapan yang bertungkus lumus dan bermati-matian serta mempertaruhkan nyawa diri dan keluarga mereka dalam usaha melawan penularan Covid-19.

Dalam ceramah yang sama, Ketapi mendakwa kononnya telah menerima maklumat bahawa KKM akan mengisytiharkan kawasan parlimen Lahad Datu P188 akan diisytiharkan kawasan merah untuk menyekat pengundi dari keluar mengundi.

Malah menurut Ketapi, akan ada beberapa orang yang akan diupah untuk pura-pura pengsan bagi tujuan menakutkan pengundi-pengundi di sana.

Ketapi adalah antara manusia yang bertanggungjawab bukan sahaja menggalakkan pelancung dari China masuk ke Malaysia, malah membantah cadangan untuk menghalang mereka dari masuk ke Malaysia, walau pun ketika itu negara China berada di kemuncak penularan Covid-19.

Akibatnya, sehingga sekarang, Malaysia masih bergelut untuk mengawal dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Kini, sekali lagi Ketapi mempersendakan usaha melawan dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Sangat jelas, inilah sikap dan wajah sebenar pemimpin Warisan yang akan menghalalkan apa juga cara untuk mengekalkan survivor politik mereka.


Benar, Ketapi sudah meminta maaf secara terbuka, tetapi sejauh mana ikhlasnya permohonan maaf dari beliau, biar gambar berbicara.

Jadi tidak hairanlah, walau pun Dr Mahathir diminta secara peribadi oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk membantu beliau dalam kempen PRN Sabah, sehingga ke hari ini, Dr Mahathir kelihatan keberatan dan belum memberikan apa-apa respon.

Dari sumber dalaman, Dr Mahathir dikatakan tidak mahu dilihat rakyat sebagai seorang pemimpin yang berkerjasama dengan parti yang mengina wira negara serta 'frontliners'.

Dr Mahathir juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan kempen parti Warisan di PRN Sabah kerana keangkuhan dan kebiadapan Ketapi PASTI akan menguburkan peluang parti Pejuang di dalam PRU 15 yang dijangka akan diadakan selepas PRN Sabah ini.


Kepada pengundi Sabah, buatlah pilihan yang bijak, ayuh kita ubah balik bah...

Thursday, September 17, 2020

Terbongkar, Sijil Shafie Apdal Palsu?

|0 comments

Isu sijil, diploma, ijazah palsu dan tipu memang sinonim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Tidak kira pemimpin Pakatan Harapan di Malaysia Barat, mahu pun pemimpin Pakatan Harapan di Malaysia Timur.

Bulan Februari tahun lepas, isu sijil palsu pemimpin Pakatan Harapan yang waktu itu menjadi kerajaan pusat menjadi hangat.

Timbalan Menteri, Menteri dan Menteri Besar Pakatan Harapan telah ditelanjangkan oleh netizen kerana memiliki sama ada sijil palsu atau menipu kerana memiliki kelayakan diploma arau pun ijazah.

You named it, they have it...😁😁😁

Paling syahdu, salah seorang dari Timbalan Menteri Pakatan Harapan ketika itu mengaku difitnah kerana memilik ijazah...😁😁😁

Kalau tak percaya baca kat sini.

Kita ingatkan, bila penipuan ini dapat dibongkar, isu sijil tipu nie akan tamat, rupa-rupanya tidak.

Masih ada lagi saki baki pemilik sijil palsu di kalangan pemimpin Pakatan Harapan dan parti-parti yang sama waktu dengannya.


Mula-mula terdedah calun Warisan bagi DUN N 28, Musli Hj Sapan, yang berada dalam kelas tersendiri dan boleh dianggap sebagai manusia paling genius dalam Malaysia dan tidak keterlaluan dikatakan sebagai manusia paling genius dalam dunia kerana boleh siapkan setiap sijil diploma, bachelor dan Masters dalam 1 tahun...😁😁😁

WOW...😱😱😱

Terkini, terbongkar pula kisah taraf sijil Shafie Apdal yang diragui!!!

Shafie sering mengaku dalam ceramah bahawa beliau adalah ahli ekonomi.

Tapi kenapa ekonomi Sabah makin teruk dari mula Warisan perintah dan lagi teruk akibat kesan global Covid. 

Dari pertumbuhan negeri yang tertinggi, kini paling rendah.


Menurut sumber online, pekerjaan pertama Shafie ialah di Kementerian Kewangan Sabah pada tahun 1982 sebagai ahli ekonomi.

Dengan ijazah sarjana muda ekonomi dari North Staffordshire Polytechnic, dia tidak layak lagi menjadi ahli ekonomi. 

Selalunya tahap Masters dan PhD serta pengalaman yang relevan sebagai penganalisa atau 'research' atau perangka polisi, baru layak dinaik pangkat sebagai ahli ekonomi.



Sumber Wikipedia mengatakan Shafie perolehi Ijazah ekonomi pada tahun 1992!!!

Mana boleh jadi ahli ekonomi di Kementerian Kewangan Sabah dengan hanya Diploma in Shipping Management dari London Business School. 

Nama tiada.

Tak apalah, kita bersangka baik 😜, mungkin senarai bekas pelajar, tidak dibenarkan untuk carian atas talian...😅😅😅

Tapi, adakah politeknik tawarkan Ijazah Ekonomi?

Agak aneh sebuah politeknik boleh tawarkan ijazah dalam jurusan 'thinking subject' seperti ekonomi!!! 

Ikut lazimnya, politeknik hanya tawarkan 'Professional Certificate' atau 'Guild Diploma' seperti LLB.


Menurut laman web Wikipedia lagi, politeknik yang Shafie belajar telah dinaiktaraf menjadi Staffordshire University pada tahun 1992.

Tahun sama Shafie dakwa dapat ijazah!!! 

Kenapa masih kata dia graduan dari politeknik?

Tak mengapa, ada maklumat kata dia adalah graduan dari universiti dan dengan Ijazah Kepujian.




Carian dalam laman web Universiti Staffordshire menunjukkan tiada jurusan ekonomi ditawarkan untuk ijazah undergraduate!!!

Hanya ada mata pelajaran ekonomi sahaja untuk keperluan jurusan yang dikuti seperti 'Business' dan 'Accounting'.

Jadi, dari mana Shafie dapat ijazah tu?

Adakah Shafie membuat pengakuan palsu sebagai ahli ekonomi dan tidak memegang ijazah ekonomi?

Jadi, tidak hairanlah ekonomi Sabah hancur lodoh bila Warisan ambil alih kerajaan Sabah kerana bukan sahaja kelayakan akedemi ADUN Warisan diragui, malah kelayakan akedemi Ketua Menteri juga diragui.

Mungkin ada yang berkata, untuk menjadi pemimpin politik, tidak diwajibkan untuk mempunyai kelayakan akedemi kerana yang penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut dan ianya adalah lantikan politik.

Masaalahnya, kita bukan bercerita tentang kepimpinan di peringkat taman perumahan atau PIBG, tapi kita bercerita tentang kepimpinan yang akan memimpin di peringkat negeri!!!

Pemimpin yang tidak ada kelayakan, adalah pemimpin yang tidak ada misi dan visi untuk rakyat dan negeri.

Misi dan visi mereka adalah untuk sakau seberapa banyak harta rakyat dan negeri selagi kuasa berada dalam tangan mereka.

Bukankah Rasulullah SAW sudah memberikan amaran,

: قَالَ رَسُولَ اللَّهِ

إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Rasulullah SAW bersabda :

"Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu."

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Dan kini telah terbukti amaran Rasulullah SAW itu adalah benar dan telah berlaku sama ada diperingkat pusat mahu pun di peringkat negeri Sabah.

Kepada pengundi Sabah, apakah mahu kehancuran itu berterusan!!!




Kredit :

fda

Archives