Sunday, September 6, 2020

Pendedahan Mengenai Red Bean Army (RBA), Jentera Fitnah Dan Propaganda DAP

Red Bean Army (RBA) DAP, Mitos Atau Realiti?


Ramai di kalangan cytro yang menyangka mereka mengetahui siapa Red Bean Army yang ditaja oleh DAP.

Dan ramai juga yang menyangka RBA DAP ini hanya bergerak melalui media sodial sahaja.

Sebenarnya anggapan itu sengaja dicipta oleh RBA supaya masyarakat akan hanya berhati-hati apabila melayari media sosial  bagi mengelakkan terpengaruh dengan propaganda dan fitnah ciptaan RBA.

Apakah benar RBA cuma menjalankan aktiviti mereka melalui media sodial?

Cuba kita renungkan sejenak, sekiranya benar RBA hanya dikerahkan untuk menjayakan agenda DAP di dalam media sosial sahaja, mungkin DAP memerlukan masa puluhan tahun untuk dapat berkuasa di Putrajaya.

Kerana memang benar, peratus pengguna media sosial di Malaysia adalah tinggi tetapi sebahagian dari pengguna media sosial adalah remaja yang belum layak mengundi dan ada antara pengguna media sosial mempunyai beberapa akaun di dalam media sosial.

Tetapi pasukan RBA yang diwujudkan oleh DAP pada tahun 2006 telah berjaya membawa DAP ke Putrajaya pada tahun 2018, cuma 12 tahun selepas diwujudkan, RBA telah berjaya mencapai matlamat mereka.

Tidak mungkin dengan hanya bergantung kepada pengguna media sosial, RBA berjaya membawa DAP berkuasa dalam masa yang begitu singkat!!!

Jadi apa platfom RBA sebenarnya?

Selain dari media sosial, DAP juga telah meletakkan pasukan RBA mereka dalam beberapa platfom yang berkaitan dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Antaranya :

Pegawai Bank

Gambar Sekadar Hiasan


DAP juga merekrut RBA di dalam industri perbankan.

Antara jabatan yang menjadi keutamaan di dalam merekrut RBA di dalam industri perbankan ialah pegawai-pegawai bank yang bertanggungjawab di dalam menguruskan permohonan pinjaman.

Semasa berurusan dengan pemohon pinjaman, RBA yang berjawatan pegawai bank ini akan menyebarkan fitnah dan propaganda mereka kepada pelanggan.

Kononnya, dengan kegagalan dasar pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (sebelum PRU 14 lalu), berbagai-bagai syarat-syarat ketat yang tidak munasabah telah dikenakan ke atas setiap permohonan pinjaman bank.

Mereka juga akan menyebarkan fitnah, kononnya bila ada ahli politik dari Barisan Nsional, terutamanya dari UMNO datang untuk membuat permohonan, maka mereka telah diarahkan untuk memberikan layanan istimewa dan permohonan mereka MESTI diluluskan dengan segera walau pun sekiranya mereka tidak layak.

Pemohon yang kecewa dan marah kerana telah ditolak permohonan pinjaman mereka pasti akan menyebarkan propaganda dan fitnah RBA itu kepada masyarakat di luar.

Pemandu Teksi


Antara industri yang menjadi keperluan asas rakyat Malaysia ialah industri pengangkutan.

Tentu kita masih ingat, bagaimana sebelum PRU 14, Persatuan Pemandu Teksi telah menjalankan kempen menyokong Pakatan Harapan.

Tetapi, apakah atau siapakah yang mempengaruhi mereka untuk bersama-sama menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib yang sudah banyak memberikan pelbagai bantuan dna insentif kepada mereka?

Ianya datang dari kalangan mereka sendiri, iaitu pemandu-pemandu teksi yang telah direkrut oleh DAP untuk menjadi RBA.

Di kalangan rakan sekerja, RBA ini akan meniupkan api kemarahan pemandu lain dengan menyatakan pendapatan harian mereka sudah teruk terjejas kerana adanya saingan dari Grab yang dimiliki oleh DS Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri ketika itu, DS Najib.

Keadaan mereka menjadi semakin teruk bila kerajaan yang mereka gelar sebagai kleptokrat terpaksa menarik balik subsidi minyak akibat dari perbendaharaan negara dirompak oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutamanya dari UMNO.

Rakan- sekerja yang terpadaya akan menyebarkan pula kesusahan mereka kepada pelanggan mereka sama ada dari dalam negara atau pun dari luar negara.

Akibatnya, bukan sahaja pemimpin Barisan Nasional dibenci oleh rakyat tempatan, malah nama Malaysia juga akan menjadi buruk di peringkat antarabangsa.

Peniaga Barangan Keperluan Harian


Peniaga barangan keperluan harian adalah antara industri yang sangat disukai oleh DAP untuk menyerapkan RBA mereka.

Ini adalah kerana setiap hari mereka akan berurusan dengan orang ramai yang hampir keseluruhannya adalah pengundi berdaftar.

Mereka akan cuba menyebarkan kepada pembeli kononnya harga barangan keperluan harian sudah sampai ke tahap gagal dikawal oleh Kerajaan Barisan Nasional (sebelum PRU 14).

Ini berikutan cukai GST yang Kerajaan Barisan Nasional kenakan ke atas barangan keperluan harian.

Di samping itu, bekalan dari pemborong juga semakin sukar diperolehi, kalau pun boleh diperolehi, harganya terlalu tinggi dan ini membuatkan mereka terpaksa menjual dengan harga yang tinggi.

Setiap hari mereka akan mengulangi cerita yang sama kepada pembeli dan secara tidak langsung, fitnah mereka akan tersebar di kalangan masyarakat.

Kenyataannya, barangan keperluan harian yang asas TIDAK dikenakan GST.

Cytro Media Sosial


Apa yang dilakukan oleh RBA dalam industri-industri di atas akan disalurkan kepada RBA yang ditugaskan untuk berada di media sosial.

Maklumat itu akan digunakan pula untuk memanjangkan lagi fitnah di dalam media sosial.

Video klip, gambar atau rakaman yang diberikan oleh RBA yang berada di dalam industri-industri tersebut akan dimuatnaik ke dalam media sosial sebagai bukti bahawa apa yang mereka tuliskan itu bukan fitnah tetapi realiti yang berada di Malaysia sekarang.

Di samping itu, cytro RBA ini juga berperanan untuk memainkan dan membakar isu perkauman.

Sebahagian dari mereka dengan sengaja akan memainkan isu-isu Agama Islam sebagai Agama Persekutuanm, kedudukan Raja  Raja Melayu dan hak istimewa Bangsa Melayu.

Bila mendapat respon dari bangsa Melayu, maka sebahagian lagi akan melabel bangsa Melayu sebagai rasis dengan menggunakan alasan hak sama rata.

Usah pandang remeh dengan strategi melabel sesuatu bangsa, terutamanya dengan label yang negatif.

Ini akan menyebabkan sebahagian besar bangsa Melayu menjadi bisu untuk mempertahankan hak mereka seperti yang ada di dalam Perlembagaan Malaysia kerana tidak mahu dilabel sebagai rasis!!!

Rantaian kerja RBA dari pelbagai sektor ini akan disambut oleh ahli politik DAP dengan menggambarkan pemimpin Barisan Nasional hidup mewah dengan hasil rompakan mereka tetapi membiarkan rakyat menderita.

Pelbagai teori ekonomi palsu dikemukakan sebagai pilihan yang lebih baik kepada rakyat.

Pelbagai janji ditaburkan kepada rakyat untuk meyakinkan bahawa mereka adalah pilihan terbaik kepada rakyat sekiranya mahu keluar dari penderitaan dan kesusahan yang mereka alami.

Akhirnya rakyat akan terpedaya, maka pada PRU 14, Malaysia mencatat sejarah bila Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP berjaya ke Putrajaya.

Akibatnya, bukan sahaja teori ekonomi yang mereka bentangkan itu adalah mengarut atau janji-janji yang mereka taburkan itu ternyata palsu. malah kehidupan rakyat semakin tertekan akibat kelemahan dan kegagalan di dalam dasar pentadbiran Pakatan Harapan.

Kenapa admin bongkarkan tentang RBA ini, kerana PRU 15 sudah semakin hampir dan janganlah kita termasuk di dalam lubang yang sama untuk kali kedua!!!

0 comments:

fda

Archives