Friday, September 4, 2020

RBA Gunakan Nama Melayu Pertahankan Guan Eng Dalam Isu Direct Nego!!!



Kita semua tahu fungsi dan peranan tentera siber DAP yang digelar sebagai Red Bean Army atau RBA.

Dalam keadaan tiada isu, RBA akan memainkan isu-isu perkauman untuk membakar api kemarahan di kalangan masyarakat majmuk.

Bila sahaja mana-mana pemimpin DAP dilanda isu-isu hangat, RBA akan bertungkus lumus mempertahankan pemimpin DAP, walau pun dengan fakta-fakta palsu dan pelbagai tohmahan dan pembohongan.

Antara senjata utama yang digunakan oleh RBA dalam mempertahankan pemimpin DAP ialah hak asasi, kebebasan bersuara, pemimpin Melayu dan orang Melayu rasis dan lain-lain lagi.

Modus operandi RBA ialah dengan membuka beratus malah mungkin mencecah beribu 'fake account' di dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan sebagainya dengan menggunakan nama orang Melayu dan akan membuat posting yang mempertahankan atau memuji pemimpin DAP yang sedang dilanda krisis.


Terkini dalam Parlimen, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, mendedahkan di era pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan, Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, telah meluluskan 101 projek kerajaan yang bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus atau 'direct nego'!!!


Ini bertentangan dengan manifesto yang Pakatan Harapan sendiri janjikan kepada rakyat, di mana semua projek-projek kerajaan TIDAK akan diberikan secara rundingan terus tetapi akan dilakukan tender secara terbuka.

Guan Eng cuba mempertahankan diri dengan mendakwa kononnya kelulusan 101 projek yang diluluskan itu adalah berdasarkan kelulusan yang telah diberikan oleh kabinet.


Tetapi Azmin Ali yang juga mantan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di dalam Kerajaan Pakatan Harapan dahulu telah bangun dan menafikan dakwaan beliau.


Gagal mempertahankan diri di dalam Parlimen, Guan Eng menggunakan jentera RBA untuk menegakkan benang yang basah.

Kemon Guan Eng. 


Kalau pun mahu menegak benang yang basah, cubalah gunalah fakta dan jangan gunakan RBA yang tidak berapa bijak itu dan sering menggunakan akaun palsu dalam media sosial.


Nampak sangat regim RBA memperalatkan nama-nama orang Melayu untuk memuji Guan Eng DAP ini sampai tahap dewa. 

Netizen tidak bodoh dan tidak mahu lagi diperbodohkan dengan sandiwara RBA DAP.

Dan isunya sangat mudah. 

Guan Eng dan Pakatan Harapan tidak perlu putar belit. 

Selama ini kerajaan PH mendabik dada dan menjual naratif kononnya mereka mengamalkan konsep 'tender terbuka'.

Sebagai contoh, isu kontraktor Bumiputera di negara ini di mana LGE menyatakan bahawa 'dasar tawaran tender secara terbuka untuk SETIAP projek persekutuan dan negeri dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan'!!!

Guan Eng telah meliwat prinsip beliau dan parti DAP dan beliau telah menjadi liabiliti besar kepada DAP dan Pakatan Harapan.

Begitu jijiknya kerajaan Pakatan Harapan dan DAP.

Yang kelakarnya apabila Guan Eng cuba spin dan minta didedahkan tender secara langsung oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Kemon Guan Eng.

Kita bicara tentang prinsip dan maruah diri serta perjuangan parti.


Bukankah kamu dan Pakatan Harapan yang beriya-iya dengan konsep 'tender terbuka', malah kamu menjaja konsep itu ke seluruh negara dan menjadikannya sebahagian daripada manifesto pilihanraya Pakatan Harapan!!!

Atas janji itulah. maka ramai rakyat terpedaya dan mengundi Pakatan Harapan!!!

Walau bagaimana pun, isu ini belum selesai lagi. 

Rakyat menuntut agar kerajaan PN mendedahkan senarai 101 kontrak 'direct nego' yang berjumlah RM6.6 bilion itu dengan kadar segera. 

Realitinya, RM6.6 bilion adalah wang rakyat dan kami berhak untuk tahu segalanya.


Namun kita merasa sangat terkejut bila dilapurkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membuat kenyataan di dalam Parlimen bahawa tidak ada keperluan untuk kerajaan mendedahkan senarai penerima rundingan terus 101 projek kerajaan yang telah didedahkan itu!!!

Kalau apa yang dilapurkan itu adalah benar, maka soalan admin kepada Muhyiddin ialah kenapa tidak mahu didedahkan segala butiran itu, sedangakn ianya telah didedahkan oleh menteri dari kabinet beliau sendiri di dalam Parlimen?

Apakah Perikatan Nasional juga hanya mahu mempolitikkan isu RM6.61 bilion duit rakyat yang telah digunakan dengan cara yang salah?

Atau Muhyiddin cuba melindungi seseorang atau dirinya sendiri yang mendapat menafaat dari tawaran tender secara rundingan terus itu kerana Muhyiddin dan sebahagian dari menteri di dalam Perikatan Nasional juga berada di dalam barisan menteri Pakatan Harapan?

Kalau benar-benar ikhlas dan jujur mahu berkhidmat untuk rakyat, dedahkan segala-galanya.

SPRM sudah membuka kertas siasatan mengenai isu ini dan diharapkan agar SPRM bersikap tegas dan telus demi untuk menjaga integriti SPRM kerana admin yakin, pasti akan ada tangan-tangan ghaib yang cuba untuk mempengaruhi siasatan SPRM!!

0 comments:

fda

Archives