Thursday, September 10, 2020

Mungkin Politik Musa Sudah Di Penghujung

 

Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman untuk mencabar kesahihan tindakan TYT Sabah, Tun Juhar menggugurkan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.

Alasan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan adalah kes itu bersifat akedemik dan telah ada 'precedent' untuk mahkamah jadikannya sebagai rujukan.

Namun Mahkamah Persekutuan pula telah membuat keputusan untuk membenarkan kes itu didengar di dalam Mahkamah Persekutuan dengan alasa Tun Juhar telah melampaui kuasa yang ada pada beliau sewaktu menggugurkan nama Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Namun Mahkamah Persekutuan belum menentukan bilakah tarikh kes itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Dalam memberikan respon, Musa menggesa agar tarikh kes itu di dengar di Mahkamah Persekutuan dipercepatkan, sekurang-kurangnya sebelum hari penamaan calon PRN Sabah.


Dalam satu lagi tuntutan Musa untuk mencabar kesahihan DUN yang telah dibubarkan oleh TYT Sabah setelah mendapat nasihat dari Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal, mahkamah telah menolak tuntutan Musa dengan alasan TYT dari sudut perundangan, TYT mempunyai hak untuk membubarkan DUN setelah mendapat nasihat dari Ketua Menteri.

Jelas Musa mahu mengaitkan tuntutan awal beliau (mencabar kesahihan tindakan TYT menggugurkan nama beliau sebagai Ketua Menteri) dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak tuntutan beliau mencabar pembubaran DUN Sabah oleh TYT Sabah.

Apa tujuan Musa sebenarnya?

Apakah Musa mahu mendapatkan keadilan atau Musa mahukan jawatan Ketua Menteri dari perintah mahkamah?

Musa harus ingat, Mahkamah Rayuan mempunyai asas yang kukuh untuk menolak tuntutan beliau mencabar kesahihan pembubaran DUN Sabah oleh TYT Sabah.

Sekiranya mahkamah membenarkan tuntutan Musa untuk mencabar kesahihan TYT membubarkan DUN Sabah, ianya akan menjadi 'precedent' baru kepada mahkamah apabila ada tuntutan membatalkan pembubaran DUN oleh Raja Raja Melayu kerana TYT adalah wakil Raja  Raja Melayu dalam sistem pentadbiran negeri yang tidak mempunyai Raja.

Tambahan pula ketika TYT Sabah membuat keputusan tersebut, Shafie masih lagi Ketua Menteri Sabah yang sah kerana mahkamah belum lagi membuat apa-apa keputusan sama ada tindakan TYT Sabah menggugurkan beliau sebagai Ketua Menteri adalah sah atau pun tidak.

Apakah Musa menggunakan mahkamah kerana ada agenda peribadi yang lebih merupakan dendam kepada Shafie Apdal?

Musa boleh teruskan untuk mendapatkan keadilan melalui mahkamah. 

Namun Musa perlu objektif dan jangan bersifat peribadi kerana ianya akan menyerlahkan dendam Musa kepada Juhah dan Shafie.

Sudah beberapa kali Musa cuba untuk menjatuhkan Shafie, mungkin ini kali yang ke 5 atau ke 6.

Juhah juga adalah keluarga Musa. 

Musa juga yang naikkan Juhah setelah berhenti dari jawatan ADO dan kalah bertanding KB UMNO Batu Sapi.

Mengapa jadi begini adalah sesuatu yg Musa perlu bermuhasabah.

Namun Shafie juga dilihat telah melampaui batas atas kegilaan mahukan kuasa Ketua Menteri dan telah banyak menggunakan kuasa yang membawa kehancuran kepada Sabah.

Shafie mesti dijatuhkan dengan mandat rakyat atau dengan cara yang lebih bermaruah.


Sudah sampai masanya untuk Musa berundur.


Malah adik kandung beliau sendiri, manta Menteri Luar, Anifah Aman telah meminta Musa untuk berundur dari politik.

Kepimpinan ada musim.

Pemimpin yang sebenar akan lebih mendahulukan kepentingan rakyat dari kepentingan peribadi.

Rakyat Sabah mahu perubahan. 

Cara politik Musa mungkin tidak sesuai. 

Jika Musa bertegas mahu terus prominent, ini memberi senjata pada Shafie yang pastinya ada cari bahan-bahan untuk di putarbelit dalam menyerang Musa.

Adalah jauh lebih baik Musa membantu Barisan Nasional dalam memastikan kemenangan bergaya Barisan Nasional di PRN Sabah nanti.

0 comments:

fda

Archives