Tuesday, September 8, 2020

Cara Dr Mahathir Baling Batu Sembunyi Tangan Terhadap Arahan Beliau Untuk Keluarkan LTTE Dari Senarai Pengganas

 

Tentu kita masih ingat lagi bagaimana satu negara terkejut bila secara tiba-tiba Tommy Thomas, Peguam Negara ketika itu menarik balik tuduhan ke atas 12 orang yang telah didakwa atas kegiatan mereka menyokong pengganas LTTE.

Lebih mengejutkan lagi bila Tommy Thomas bertindak melampaui batasan kuasa yang ada pada beliau bila mengarahkan pula Kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula gazet Kerajaan Malaysia yang telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah asas Tommy Thomas mahu mengarahkan Kerajaan Malaysia supaya berbuat demikian!!!

Ada juga teori yang mengatakan, pasti ada seseorang di belakang arahan Tommy Thomas kerana tanpa ada sesiapa yang berpengaruh dan berkuasa, tidak mungkin Tommy Thomas boleh besar kepala untuk keluarkan arahan begitu.

Selepas Pakatan Harapan jatuh tersungkur, barulah segala-galanya terjawab.

Tular di media sosial sekeping surat bertarikh 12 Februari 2020 dari Jabatan Perdana Menteri, yang ditandatangani oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir yang telah mengarahkan Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri ketika itu supaya mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas yang telah diwartakan oleh Kerajaan Malaysia.

Dr Mahathir di dalam respon beliau mengenai surat yang tular itu langsung tidak menafikan mengenai kewujudan surat tersebut, dalam artikata lain, beliau mengakui bahawa surat itu adalah asli dan bukannya palsu.

Namun beliau cuba memutarbelitkan arahan yang telah beliau berikan itu dengan mendakwa masyarakat sudah tersalah tafsir apa yang beliau maksudkan dalam surat tersebut.


"Saya tidak tahu apa tujuan surat bertarikh 12 Februari 2020 yang saya tulis kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya masih Perdana Menteri Malaysia, dikeluarkan untuk tatapan umum melainkan untuk memperlihatkan seolah-olah saya penyokong LTTE."

"Jika label terrorists diguna terhadap Tamil Tigers, maka mereka tidak boleh ikat jamin sementara menunggu perbicaraan."

"Bagi saya, jika Kerajaan dan Peguam Negara pada hari ini merasa terdapat bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka, seharusnya mereka memulakan proses perundangan yang sewajarnya."

"Kerana itu saya membuat cadangan di atas kepada Tan Sri Muhyiddin ketika itu." 

"Saya memberi pendapat saya kepada Menteri yang bertanggung jawab berkenaan perkara ini. Pendapat saya bukan suatu arahan," jelas Dr Mahathir.

Surat yang Dr Mahathir keluarkan atas kapasiti sebagai seorang Perdana Menteri dan secara rasmi dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, tidak boleh dianggap sebagai satu nasihat atau pandangan yang boleh dipandang ringan tetapi ianya lebih kepada berbentuk arahan rasmi dari Perdana Menteri kepada Menteri Dalam Negeri.

Malah bila Perdana Menteri menasihati SPB YDP Agong dalam isu perlantikan Peguam Negara, secara perlembagaan, ianya tidak boleh ditolak oleh SPB YDP Agong.

Apa atau siapa yang berada di sebalik nasihat aka arahan Dr Mahathir itu?

Tidak lain dan tidak bukan adalah parti DAP, kerana 2 dari 12 orang yang telah didakwa itu merupakan ADUN DAP, di mana salah seorang darinya merupakan EXCO Kerajaan Negeri Melaka ketika itu.

Sebab itu, pada 21 Februari 2020, 9 hari selepas Dr Mahathir mengeluarkan surat arahan tersebut, Tommy Thomas dengan angkuhnya telah menggugurkan kes 12 orang yang telah didakwa di bawah Seksyen 130J(1)(a), Seksyen 130JB(1)(a) dan Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan.


Malah Tommy Thomas dengan angkuhnya telah mengarahkan Kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula gazet kumpulan pengganas yang telah dikeluarkan pada tahun 2012.

Kesimpulannya, tanpa surat arahan dari Dr Mahathir, tidak mungkin Tommy Thomas berani keluarkan kenyataan sebegitu.

Jadi tidak perlulah Dr Mahathir cuba memutarbelitkan kenyataan kerana internet tidak pernah lupa!!!

0 comments:

fda

Archives