Saturday, October 31, 2020

Keputusan Mesyuarat MT UMNO Menjawab Tuduhan UMNO Gila Kuasa

|0 comments

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020 yang lepas mendapat perhatian dan kecaman dari pelbagai pihak.

Ketika negara sedang dilanda gelombang ketiga Covid-19, UMNO dituduh sebagai parti politik yang tidak sensitif dengan masalah semasa rakyat dan negara.

Pemimpin-pemimpin UMNO dituduh sebagai tamak dan gila kuasa kerana fokus adalah untu mesyuarat yang diadakan pada malam itu adalah untuk membincangkan siapakah yang akan dinamakan oleh UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Laman blog ini ada mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak terperangkap dengan agenda Muhyiddin dan PPBM.

Di sebalik permintaan yang merupakan tawaran dari Muhyiddin dan PPBM, sebenarnya tersembunyi racun yang akan menghancurkan UMNO.

Sebelum mesyuarat MT UMNO bermula lagi, berbagai kecaman telah ditujukan kepada UMNO dan sudah pasti musuh-musuh UMNO yang berada di luar dan di dalam UMNO berharap supaya selepas mesyuarat MT UMNO, Presiden UMNO akan mengumumkan siapakah yang UMNO calunkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, bertepatan dengan skrip yang telah mereka rancang.

Namun UMNO telah membuktikan sebaliknya.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO langsung tidak menyebut siapakah yang akan UMNO calunkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah dilapurkan, isu tersebut langsung tidak dibincangkan di dalam mesyuarat MT UMNO pada malam itu.



UMNO secara tegas menyatakan iltizam untuk menjunjung titah perintah SPB YDP Agong supaya ahli politik mengenepikan perbalalahan politik buat sementara waktu dan bersama-sama berganding bahu untuk menangani masalah Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO :

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan:

1. UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya gencatan politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

2. UMNO juga ingin mengulangi dengan jelas sekali lagi bahawa kami menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang dan menghormati semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan tidak membawa negara ke dalam darurat sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan.

3. UMNO memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19, bantuan kepada belia yang menganggur, bayaran khas kepada barisan hadapan (frontliners) dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengembangan ekonomi negara. Lantaran itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.

4. Maka sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Sekiranya pendirian UMNO dalam perkara ini masih dipersoalkan, UMNO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi untuk menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat.

5. UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat. Maka, semua anggota Kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam Kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.

6. UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan Pilihan Raya Umum setelah Pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.

AHMAD ZAHID HAMIDI

29 Oktober 2020


UMNO mengulangi pengisytiharan 'GENCATAN POLITIK', namun mendesak supaya Muhyiddin membubarkan parlimen sebaik sahaja keadaan Covid-19 terkawal atau berada di tahap jangkitan yang paling minimum.

Boleh kita fahami, tujuan UMNO mendesak supaya diadakan PRU 15 secepat mungkin selepas masalah Covid-19 dapat dikawal adalah untuk mewujudkan kestabilan politik atau mengakhiri ketidaktentuan politik negara sejak Februari lepas.


Tahniah dan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO kerana sanggup mengenepikan kepentingan politik dan mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.


Nampaknya '2nd plan' Azmin, Hamzah dan Muhyiddin dari PPBM untuk memburukkan UMNO sudah gagal, apakah akan ada '3rd plan' dari mereka?

Thursday, October 29, 2020

Cadangan DS Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh, Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah?

|0 comments

Sebaik sahaja tamat perjumpaan Ahli Parlimen UMNO, tular di media sosial kononnya DS Najib telah cuba mengkhianati UMNO demi untuk kepentingan diri beliau sendiri dengan cuba mendesak Ahli Parlimen UMNO supaya memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Kalau Malaysia Now, kepunyaan adik kepada mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, yang merupakan penyokong tegar Azmin Ali, yang spin isu ini, tidaklah menghairankan, tetapi apabila manusia-manusia yang mengaku sebagai 'totok UMNO' turut sama spin isu ini, pada pendapat admin, ada sesuatu yang tidak kena.

DS Najib di dalam penjelasannya telah memberitahu kita semua bahawa ketika mesyuarat tersebut, beliau telah mengemukakan 3 cadangan untuk dipertimbangkan dibawa kepada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO  yang akan diadakan pada sebelah malam.

Apa 3 cadangan yang DS Najib utarakan?

1. UMNO teruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional dengan syarat UMNO diberikan lebih peranan dalam kerajaan untuk menentukan halatuju ekonomi.

2. Mendapatkan persetujuan untuk PRU 15 diadakan pada suatu tarikh yang tetap pada masa depan setelah Covid-19  terkawal demi memulihkan kestabilan politik.

3. Kerjasama bersyarat dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU15.

Ada beberapa perkara yang kita perlu lihat secara rasional supaya tidak termasuk dalam perangkap lawan.

DS Najib dengan jelas menyatakan beliau telah membuat 3 cadangan (seperti yang tertulis di atas), cadangan pertama dan kedua DS Najib telah diterima oleh MP UMNO tetapi cadangan yang ketiga telah ditolak.

Sebenarnya cadangan ketiga DS Najib bukanlah cadangan utama tetapi merupakan cadangan pilihan terakhir yang boleh diambil oleh UMNO sekiranya 2 cadangan awal yang diutarakan itu ditolak mentah-mentah atau PPBM terus-terusan memperbodohkan UMNO.

Bukankah PPBM telah berkali-kali mempermainkan UMNO!!!

Persoalannya, mengapa cuma satu dari tiga cadangan yang DS Najib utarakan ditularkan?

Kenapa 2 cadangan yang lain diketepikan dan tidak ditularkan?

Apa niat sebenar Malaysia Now menularkan isu itu?


Kenalkan kita siapa Dr Ahmad Atory, penganalisis yang mencadangkan supaya DS Najib disingkirkan dari UMNO kerana membuat cadangan supaya UMNO berkerjasama dengan Anwar Ibrahim?

DS Najib bukanlah ahli politik picisan yang menggunakan perjuangan parti sebagai topeng untuk kepentingan peribadi.


Sebaik sahaja Barisan Nasional diumumkan tumbang dalam PRU 14, DS Najib telah mengambil tanggungjawab moral untuk meletakkan semua jawatan politik yang beliau pegang ketika itu.

Awal pasca PRU 14, ketika dilihat ramai pemimpin UMNO menyepikan diri, termasuk pemimpin UMNO yang duduk di barisan hadapan ketika DS Najib mengumumkan meletak jawatan, DS Najib dengan tenang membuat kenyataan tidak mahu mengheret UMNO bersama dalam semua dakwaan politik yang beliau hadapi.

Di kemuncak cacian dan hinaan yang beliau terima dari masyarakat yang terpedaya dengan fitnah Pakatan Harapan, DS Najib bersendirian mempertahankan diri beliau dengan hujah dan fakta, sehingga masyarakat yang pernah mencaci beliau kembali menghormati beliau dan merasa menyesal apabila menyedari bahawa selama ini mereka sudah tertipu dengan fitnah dan tohmahan Pakatan Harapan.

Seperti yang admin katakan, DS Najib bukanlah seorang ahli politik sembarangan.

Setiap keputusan dan gerakan yang beliau lakukan, pastilah telah beliau pertimbangkan dan memikirkannya dengan semasak-masaknya dari segenap sudut.

Gunakan akal kita yang rasional dan jiwa yang tenang.

Kalau cuma dengan sokongan MP UMNO dan tanpa DAP, Anwar tidak mungkin boleh menjadi Perdana Menteri.

DS Najib meletakkan syarat berkerjasama dengan Anwar TANPA DAP.

Apakah Anwar sanggup meninggalkan DAP yang mempunyai lebih dari 40 MP, tidak termasuk dengan bilangan MP dari PAN, hanya untuk berkerjasama dengan UMNO yang kini cuma mempunyai 39 MP?

Jadi apa tujuan DS Najib membuat cadangan begitu kalau sudah tahu Anwar tidak mungkin akan menerimanya.

Kalau kita gunakan akal kita yang waras, tidak perlu tahu apa tujuan sebenar DS Najib tetapi lihat apa yang sedang berlaku kepada DAP dan PKR sekarang.


Timbul rasa curiga antara DAP dan PKR akibat dari cadangan DS Najib itu.


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, memerli PKR dengan menyifatkan pihak yang mahu berkerjasama dengan DS Najib untuk membentuk kerajaan sebagai 
kemaruk dan gila kuasa. 

Apa pula yang berlaku di pihak PPBM?

Pertemuan 6 mata antara Presiden UMNO, Presiden PAS dan Presiden PPBM gagal mencapai kata sepakat, malah dari sumber yang dipercayai menyatakan, pertemuan tersebut menjadi tegang bila antara Zahid Hamidi dan Tok Mat Maslan yang mewakili UMNO saling menuduh dengan Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin yang mewakili PPBM sebagai pengkhianat.

Malah dilapurkan, Zahid dan Tok Mat Maslan telah meninggalkan meja rundingan.

Tetapi apabila DS Najib mengemukakan cadangan supaya UMNO berkerjasama dengan Anwar, secara tiba-tiba, PPBM telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO.

Tetapi diharapkan pihak UMNO tidak terlalu gembira dan berpuas hati kerana di sebalik umpan yang menggiurkan pasti terselit kail yang berbisa.


Apa muslihat Muhyiddin mahu nama untuk calun Timbalan Perdana Menteri dari UMNO tetapi bukan Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Inilah senjata yang digunakan oleh Dr Mahathir untuk memecahbelahkan PKR dengan melantik Timbalan Presiden PKR sebagai Menteri Kanan tetapi membiarkan Presiden PKR sebagai Ahli Parlimen biasa.

Seperti yang admin tuliskan dalam Facebook admin, kalau tak faham dengan seni politik, jangan lakukan serangan secara semberono.

Kecuali kalau ada kepentingan peribadi, itu admin tidak mahu komen.

Tapi tanyalah pada diri sendiri, berbaloikah kita menghancurkan parti kita semata-mata demi kepentingan peribadi, bukankah DS Najib pernah di salah tafsirkan oleh banyak pihak, apakah masih mahu melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua?

Monday, October 26, 2020

Faktor Kejatuhan Muhyiddin, SPB YDP Agong Dan Raja Raja Melayu Lebih Memahami Apa Yang Sedang Berlaku

|0 comments

Peringkat awal TS Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kebanyakan rakyat Malaysia menyambut baik.

Muhyiddin berbelanja sakan dana negara sebanyak RM2 trilion yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.

Mengumumkan Bantuan Prihatin Malaysia (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi akibat dari penularan Covid-19 dengan cogankata, 'no one will left behind'.

Apa lagi bila Muhyiddin berjaya memainkan watak seorang pemimpin yang warak dengan membaca doa untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara Malaysia, bertakbir bersama-sama menteri kabinet yang beragama Islam ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Ketika itu populariti Muhyiddin melonjak.

Muhyiddin dikatakan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang terbaik, ikhlas dan prihatin terhadap rakyat dan negara.

Tetapi sekarang, karier politik Muhyiddin dilihat ibarat telur dihujung tanduk.

Rakyat mula marah kepada Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional, walau pun Muhyiddin telah mengumumkan BPN 2.0, namun kemarahan rakyat dilihat tidak dapat dibendung lagi.

Mengapa?

Khianat Kepada Sekutu Yang Membantu


Dalam kemelut politik negara yang tercetus akibat dari Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir meletak jawatan secara tiba-tiba, atas cadangan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan dengan persetujuan Presiden PAS, TG Hj Hadi, Muhyiddin telah ditawarkan untuk dicalunkan nama beliau sebagai Perdana Menteri ke 8.

Walau pun pada perancangan asal, nama Muhyiddin adalah pilihan ketiga dalam perancangan untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan DAP.

Sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin, Hamzah dan Setiausaha Akhbar Muhyiddin, Ainon, yang tersohor dengan nama Mak Enon, telah memulakan perancangan untuk mengkhianati UMNO dan PAS.

Ekoran dari situ, kepimpinan tertinggi PPBM khususnya Hamzah Zainuddin terus bersikap angkuh, ganas, mengugut dan manipulatif.

Mak Enon pula bertindak melakarkan imej positif melalui media yang disokong survey positif yang dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri dengan HANYA menyiarkan usaha tangani gelombang pertama Covid-19.

Disebaliknya imej positif yang Mak Enon berkan kepada rakyat Malaysia, jemaah menteri yang dikuasai PPBM, faksi Azmin dengan sokongan peribadi Takiyuddin dan Samsuri berencana politik yang berniat jahat, penuh fitnah dan khianat.

Puak-puak PPBM sendiri mengetepikan jiwa besar dan lapang dada Presiden UMNO, Zahid, demi penyatuan ummah dengan perancangan Hamzah untuk bubar dan ambil alih UMNO serta merampas aset UMNO supaya menjadi milik PPBM.

Jika tiada gelombang ke 3 Covid-19, mereka sudah rancang untuk memenjarakan menunggu Zahid dan Najib pada bulan Februari 2021. 

Konon TSMY tak campurtangan dalam urusan mahkamah tapi sebenarnya dia biarkan campurtangan Mahathir dalam mahkamah berterusan melalui tangan Gopal Sri Ram mengatur dan mencatur hakim-hakim dalam mahkamah.

Muhyiddin tiada perancangan yang mantap dalam menentukan hala tuju negara bagi menghadapi kegawatan sosial, ekonomi dan geopolitik negara akibat pandemik Covid-19.

Hanya yang dijajakan oleh Muhyiddin ialah bantuan demi bantuan hasil dari duit yang dikumpulkan oleh DS Najib semasa menjadi Perdana Menteri ke 6.

Khianat Dan Menggunakan UMNO (Parti Keramat Orang Melayu Dan Parti Yang Menaikkan Muhyiddin) Untuk Kepentingan Peribadi


Mungkin ramai yang sudah lupa, Muhyiddin bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Matlamat utama beliau di dalam politik adalah untuk kepentingan peribadi.

Beliau sanggup menggunkana apa saja demi untuk mencapai cita-cita politik beliau.

Sebab utama mengapa Muhyiddin dipecat dari UMNO bukanlah kerana pendedahan mengenai 1MDB seperti yang beliau dakwa selama ini (sila dengar rakaman audio yang disertakan).

Demi untuk mencapai cita-cita politik beliau, Muhyiddin sanggup mengkhianati perjuangan asal UMNO, iaitu membela agama, bangsa dan tanah air.




Untuk naik ke atas, Muhyiddin menggunakan UMNO sebagai batu loncatan dan selepas berada di atas, UMNO yang selama ini menaikkan beliau, bukan sahaja beliau memandangnya dengan jijik, malah berniat untuk terus membunuhnya.

Memang benar dan admin akui, UMNO pernah dibarisi pemimpin-pemimpin yang korup, tetapi bukan semua pemimpin UMNO korup.

Namun apa yang lebih penting, hasil dari perjuangan UMNO, negara kita mendapat kemerdekaan, maruah Raja Raja Melayu dikembalikan dari dimalukan dalam Malayan Union.

Semangat, perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan akar umbi UMNO ketika pra kemerdekaan, masih lagi diwarisi, malah didokong sepenuhnya oleh akar umbi UMNO sekarang.

Perjuangan akar umbi UMNO ikhlas, mereka tiada kepentingan peribadi, yang ada pada jiwa dan nurani mereka hanyalah perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air.

Lihat sahaja ketika UMNO ditewaskan dalam PRU 14, ketika pemimpin-pemimpin UMNO sibuk melompat parti atas sebab-sebab kepentingan peribadi, siapakah yang tanpa lelah, terus-terusan mempertahankan UMNO walau pun berdepan tohmahan dan cacian!!!

Ahli UMNO melebihi 3 juta orang, kalau hanya 1 juta ahli UMNO dari 3 juta ahli UMNO menadah tangan, memohon kepada Allah SWT agar dihancurkan musuh-musuh UMNO sama ada yang tersembunyi atau yang nyata, In Sya Allah, akan diperkenankan, walau pun bukan kerana ramai yang berdoa tetapi mungkin kerana keikhlasan mereka ketika berdoa.

Kepada Muhyiddin, Dr Mahathir, Anwar dan siapa sahaja yang mahu menghancurkan UMNO, itulah sebenarnya tunjang kekuatan UMNO, iaitu keikhlasan akar umbi UMNO.

Tumbangkanlah mereka kalau kamu mampu.

Laksanakan Tanggungjawab Terakhir Sebaik-Baiknya


SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu sudah bersuara dan membuat ketetapan untuk menolak perintah darurat yang dipohon Muhyiddin.

YDP Agong dan Raja Raja Melayu tentu lebih maklum, maksud tersirat di sebalik yang tersurat dalam permohonan darurat Muhyiddin.

Memerangi pandemik Covid-19 akan menjadi tugas dan tanggungjawab Muhyiddin yang terakhir sebagai Perdana Menteri, jadi, lakukanlah dengan sebaik-baiknya.

Kredit :




Saturday, October 24, 2020

Muhyiddin Gunakan Darurat Untuk Terus Bertahan!!!

|0 comments

 

Petang semalam (23 Pktober 2020), Perdana Menteri, TS MUhyiddin Yassin, telah mengadap ke bawah DYMM SPB YDP Agong Ke XVi, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah, di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang selepas mempengerusikam mesyuarat tergempar kabinet pada hari yang sama.

Turut sama didalam rombongan Muhyiddin ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral TS Affendi Buang.

Muhyiddin dan rombongannya yang tiba di Istana Abdul Aziz pada pukul 4.40 petang, dilihat meninggalkan istana 3 jam kemudian.

Sumber memberitahu, tujuan Muhyiddin mengadap SPB YDP Agong adalah untuk mendapatkan perkenan baginda bagi mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Admin tidak mahu mengupas tentang darurat kerana pembaca boleh baca tulisan dan kupasan dari Profesor Dr Shamrahayu Aziz dan Isham Jalil.

Apa yang ingin admin kupas di sini ialah apakah puncanya yang mewnyebabkan kerajaan terpaksa membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat?

2 alasan utama yang Muhyiddin gunakan untuk meyakinkan SPB YDP Agong supaya baginda memperkenankan pengisytiharan darurat dilakukan.

Yang pertama ialah kerana keselamatan dan kesihatan rakyat terancam akibat peningkatan mendadak kes jangkitan baharu Covid-19 yang melanda negara dalam gelombang ketiga ini.

Yang kedua ialah keadaan politik semasa negara yang berada di dalam keadaan yang sangat tidak stabil dan membimbangkan.

Apa Punca Sebenar Negara Di Landa Gelombang Ketiga Covid-19


Malaysia sudah hampir berjaya mengawal dan memutuskan rantaian Covid-19, kalau dilihat dari data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia mula jatuh ke angka satu digit p[ada awal minggu kedua bulan June 2020 dan angka satu digit menjadi konsisten sehingga ke bulan Julai 2020.

Ekoran itu, kerajaan mula mengisytiharkan negara memasuki fasa baru PKP iaitu fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP.

Tetapi segala-galanya musnah bila berlaku pergolakan politik di Sabah yang membawa kepada Pilihanraya Negeri Sabah, sehingga menyebabkan bermula dari pertengahan Oktober 2020 sehingga ke hari ini, kes baharu jangkitan Covid-19 kembali mencatatkan 3 digit malah melepasi angka 500 jangkitan baharu setiap hari.

Apa dan siapakah sebenarnya yang menyebabkan keadaan politik di Sabah menjadi tidak stabil hingga membawa kepada PRN Sabah?

Perancang utama yang menjatuhkan kerajaan Warisan Sabah ialah PPBM.


Tentu kita masih ingat, Setiausaha Agung PPBM, 
Hamzah Zainudin, telah pergi ke Sabah sebelum keadaan politik di Sabah menjadi semakin tegang.

Campurtangan pemimpin PPBM di Putrajaya telah diakui dan didedahkan oleh pemerhati politik, Dr Awang Azman Awang Pawi, malah Shafie Apdal juga pernah mendedahkan perkara yang sama.

Tetapi perancangan Hamzah gagal bila Shafie memilih untuk membubarkan DUN Sabah, walau pun ketika itu Covid-19 sudah mula menulart dengan luas di Sabah.

Pembubaran DUN Sabah disokong sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Di dalam tempuh berkempen, maka berpusu-pusu penggiat politik dan pemimpin politik dari Semenanjung bertumpu ke bumi Sabah tanpa menghiraukan kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

Akibatnya bukan sahaja rakyat Sabah terdedah kepada risiko jangkitan ketika tempoh berkempen dan hari mengundi, rakyat di Semenanjung juga menghadapi risiko yang sama bila penggiat politik dan pemimpin politik kembali ke Semenanjung.

Maka berlakulah apa yang telah berlaku pada hari ini, kes jangkitan baharu semakin tidak terkawal!!!

Punca Keadaan Politik Yang Tidak Stabil


Pergeseran antara UMNO dan PPBM bermula bila dalam ucapan Persidangan Tahunan PPBM, Muhyiddin secara jelas menyatakan hasrat beliau untuk 'hijacked' Muafakat Nasional yang telah diasaskan bersama oleh UMNO dan PAS.


Ketegangan antara UMNO dan PPBM semakin memuncak bila PPBM menunjukkan keangkuhan dalam PRN Sabah dengan beberapa kali cuba 
'memperbodohkan' UMNO.

Pemimpin Pakatan Harapan pantas mengambil kesempatan dari keadaan yang tegang ini.

Beberapa Ahli Parlimen UMNO yang kecewa dan marah dengan keangkuhan PPBM telah cuba dipengaruhi supaya menarik balik sokongan ke atas Perikatan Nasional.

Kemuncaknya bila Anwar mengumumkan sudah mempunyai bilangan sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menjatuhkan Perikatan Nasional.

Tetapi usaha Anwar gagal; bila SPB YDP Agong 'menasihatkan' supaya ahli politik menumpukan perhatian kepada masalah Covid-19 yang semakin meruncing.

Keadaan menjadi semakin tegang bila Presiden UMNO mwengumumkan UMNO akan menilai semula sokongan terhadap Perikatan Nasional dan usaha untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Muhyiddin mula digerakkan oleh Dr Mahathir dan Ku Li.

Bila mendapat respon yang negatif dari Yang Di Pertua Dewan Rakyat, maka ada gerakan yang akan cuba membantah Bajet 2021 Kerajaan Perikatan Nasional yang dijangka akan dibentangkan pada awal November ini.

Sekiranya Perikatan Nasional gagal mendapat majoriti undian menyokong bajer mereka, maka Muhyiddin tidak ada pilihan lain kecuali mengadap SPB YDP Agong dan mempersembahkan kepada baginda sama ada surat perletakan jawatan atau memohon supaya baginda membubarkan parlimen.

Sebelum perkara itu berlakui, Muhyiddin bertindak awal dengan memohon perkenan baginda supaya diisytiharkan darurat seluruh negara.

Apabila darurat diisytiharkan, maka parlimen akan digantung, jadi tidak akan ada undi tidak percaya dan tidak akan ada pembentangan Bajet 2021 oleh Perikatan Nasional.


Kalau ugama pun sanggup Muhyiddin gunakan untuk mendapat sokongan rakyat bagi memastikan dirinya beerkuasa, apalah sangat dengan pengisytiharan darurat.

Jadi, fikir-fikirkanlah, siapa Muhyiddin sebenarnya!!!

Thursday, October 22, 2020

Apa Yang Berlaku Bukan Salah UMNO Tapi Salah PPBM Yang Kuat Kencing Dan Busuk Hati

|0 comments

'Abah Cow' tidak mahu PRU dan hendak kekal hingga habis tempoh. 

Tuntutan asal Muafakat Nasional untuk 'snap election' pun tidak dipedulikan.

Malah PPBM buat macam-macam 'game' ikut Tok Dalang PPBM, Hamzah Zainuddin, seperti tubuh Perikatan Nasional, guna SUA PAS, Takiyudin, untuk sertai Muafakat Nasional, PRN Sabah, MB Perak dan banyak lagi.

Jika benar ada penghijrahan sokongan dan 'Abah Cow' kini dilihat sebagai 'bigger devil' dari Anwar, ianya adalah kerana tindak balas terhadap kedengkiaan dan busuk hati 'Abah Cow' and 4 musketeer serta MakEnon.

Berapa Kerusi Yang Masih Jadi Misteri


Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pow, melapurkan, tanpa sokongan dari DAP, Anwar ada 123 kerusi :

PKR : 38 kerusi

Amanah : 11 kerusi

Warisan : 8 kerusi

Umno : Anggaran 30 kerusi

GPS : 18 kerusi (diragui)

Pas : 18 kerusi

Macam-macam teori keluar, seperti ada atau tidak DAP atau PAS atau GPS atau kelompok dari UMNO dalam jumlah kerusi dan juga kerajaan yang dikatakan akan dibentuk nanti.

Ada kata Anwar perlu dapat 125 kerusi atau lebih supaya tidak perlu PRU (Covid) dan kerajaan pimpinan Anwar, baru diyakini SPB YDP Agong lebih stabil.

Menurut Dato Kamal Amir Hijaz, 128 dah dapat, tetapi teori dia,  MP UMNO bukan menyokong Anwar, tetapi untuk menjatuhkan 'Abah Cow' yang semakin seronok membuli UMNO!!! tetapi untuk menjatuhkan 'Abah Cow' yang dilihat semakin galak membuli UMNO.

Memang menjadi fitrah dunia, orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.

Akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.

Kena selalu bersyukur dan menginsafi, segala nikmat adalah dugaan dari Allah SWT dan tiada kuasa mutlak selain dari kuasa yang ada pada Allah SWT.

Kena ingat tu, tyerutamanya kepada yang sakit dan yang sudah terlajak 'kertu'.

Pandai-pandai tupaimelompat akhirnya jatuh ke tanah. 

'Never stretch your luck too far.'

'When one gets too cocky, it is a signal stupidity has set in.'

'Never fight a wounded and cornered "big" tiger, they will fight for survival.'

'Do not underestimate a person's resolve when being victimised.'

Apa pun tahniah kepada Anwar kerana berjaya mengadap SPB YDP Agong, tentang angkat sumpah tu, kalau tak boleh kat Istana Negara, kat Istana Budaya pun boleh, istana jugakan.

Macai-macai dan otai-otai feformasi masih menyorok dalam gua lagi ker...😂😂😂

Janganlah berpanjangan rajuk tu...😜😜😜

Yang paling penting, gempak dari Anwar sudah mengejutkan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS.

Satu kenyataan media bersama sudah pun dibuat oleh UMNO dan PAS untuk mendaftarkan Muafakat Nasional, sama ada PPBM ada atau tidak, admin tidak dapat pastikan.

Maklumat terkini diterima, ada usaha dari 'Geng Kartel' untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO setelah berjaya menyusup ke dalam PAS.

Jadi, tidak hairan kalau Muhyiddin tidak mahu PRU 15 diadakan sekarang, mungkin Muhyiddin menunggu signal dari 'Geng Kartel' yang dijangka akan menampakkan hasilnya dalam Pemilihan UMNO tahun hadapan.

Inilah akibatnya bila bersahabat dengan pengkhianat!!!

Tuesday, October 20, 2020

Tuntutan UMNO Ke Atas PPBM, UMNO Kena Game Dengan PPBM Lagi?

|0 comments

Pengumuman Seiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan mengenai keputusan mesyuarat Biro Politik UMNO yang dihadiri oleh Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO dan juga semua Ketua Perhubungan Negeri UMNO untuk mempertimbangkan menarik balik sokongan UMNO kepada Kerajaan Perikatan Nasional sekiranya syarat-syarat baru yang dikemukan oleh UMNO kepada PPBM tidak dipenuhi, telah menggemparkan dunia politik tanah air.

Kita tahu, Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin, bukanlah sebuah kerajaan yang kukuh.


Perikatan Nasional hanya mempunyai 112 Ahli Parlimen dan pembangkang sebelum ini mempunyai 110 Ahli Parlimen, tetapi selepas kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Liew Vui Keong, pembangkang kini mempunyai 109 Ahli Parlimen.

Ini bermakna, sekiranya 2 Ahli Parlimen mengisytiharkan menarik balik sokongan ke atas Perikatan Nasional, maka secara rasminya Muhyiddin Yassin akan kehilangan majoriti di Parlimen dan Kerajaan Perikatan Nasional akan mencatat sejarah sebagai kerajaan yang paling singkat riwayat pemerintahannya di Malaysia.

Sementara UMNO mempunyai 39 Ahli Parlimen dan sekiranya UMNO membuat keputusan secara en bloc untuk menarik balik sokongan ke atas Perikatan Nasional. ianya sudah lebih dari mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perkatan Nasional.

Inilah yang menggusarkan Perikatan Nasional dan memenuhi syarat baru yang dikemukakan oleh UMNO, bukanlah satu pilihan untuk dipenuhi tetapi ianya adalah satu keperluan yang WAJIB dipenuhi, dalam artikata lain, DO or DIE!!!


Ekoran dari itu, viral di media sosial kononnya arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional supaya netizen pro Perikatan Nasional memulakan serangan ke atas UMNO dengan menggambarkan bahawa tuntutan syarat baru UMNO ke atas PPBM itu adalah bukti bahawa pemimpin UMNO gila kuasa dan mahu melepaskan diri dari kes pendakwaan di mahkamah.

Namun, ianya didapati BUKAN dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional, namun yang menjadi persoalannya siapa yang mengeluarkan arahan tersebut dan apakah tujuannya?


Kemudian timbul pula serangan kedua ke atas UMNO, tular pula surat yang kononnya telah diserahkan kepada SPB YDP Agong dan telah ditulis serta ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan disokong pula oleh DS Najib, bahawa kononnya UMNO telah menyatakan pendirian untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan memberikan sokongan secara en bloc kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Namun ianya juga telah didapati palsu dan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang tegas dan konsisten bahawa UMNO TIDAK sekali-kali akan mengadakan kerjasama dengan DAP atau Anwar Ibrahim atau Dr Mahathir.

Malah UMNO telah mengeluarkan KENYATAAN RASMI berkenaan isu tersebut.


PAS juga dilihat melatah dengan pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan supaya UMNO memberikan penjelasan kepada PAS berkenaan keputusan UMNO untuk mempertimbangkan balik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Mungkin kali ini, PAS sudah keluarkan arahan kepada Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hasan, supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Takiyudin didapati telah berkali-kali menimbulkan ketegangan hubungan antara UMNO dan PAS dalam kenyataan lebih sudu dari kuah.

Kalau pun sudah seronok dengan jawatan sekarang, Takiyudin tidak perlu menggelabah dan kelam kabut ayam, sebab UMNO hanya menyatakan akan pertimbangkan untuk menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional, tambahan pula tidak ada klausa yang menyatakan UMNO akan berikan sokongan kepada Anwar Ibrahim!!!


Tapi nampaknya Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi, didapati lebih bijak dan matang dalam tindakan beliau, apabila mengadakan pertemuan dengan Zahid Hamidi untuk mendapatkan penjelasan tanpa membuat apa-apa kenyataan awal.

Timbul persoalan, kalau Setiausaha Agung UMNO turut sama di dalam pertemuan tersebut, mengapa Setiausaha Agung PAS tidak ada?

Kemudian Utusan Malaysia pula melapurkan, bahawa kononnya, pada hari Isnin (semalam), Muhyiddin akan melakukan rombakan kabinet bagi memenuhi tuntutan yang dibuat oleh UMNO.

Namun sehingga hari ini (Selasa), tidak ada apa yang berlaku!!!


Kermudian, hari yang sama (hari Isnin, semalam) Utusan Malaysia lapurkan akan berlaku rombakan kabinet, Utusan Malaysia melapurkan pula bekas Menteri Besar Johor yang disingkirkan dari jawatan, 
Osman Sapian aka Osman Datsun, mahu supaya MUhyiddin tidak tunduk kepada tuntutan UMNO!!!

Persoalannya, siapakah yang merancang dan melakukan serangan terhadap UMNO?

Adakah PPBM?

Kerana PPBM mempunyai motif, serangan dilakukan supaya rakyat akan marah kepada UMNO dan sokongan rakyat kepada UMNO akan beralih kepada PPBM.

Atau PAS?

PAS tidak mempunyai motif untuk melakukan serangan tetapi mempunyai kebimbangan yang besar sekiranya UMNO menarik balik sokongan kerana kebanyakan pemimpin PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan, terutamanya menteri dan timbalan menteri dilihat merasa cukup selesa dan ada kalanya berkelakuan ibarat kaduk naik junjung.

Jawatan yang disandang sekarang membuat mereka lupa bahawa sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dan PAS adalah di dalam Muafakat Nasional dan bukannya Perikatan Nasional.

Mereka lupa bvahawa Muafakat Nasional telah mempunyai kekuatan sendiri untuk menghadapi PRU 15 tanpa sokongan mana-mana parti lain.

Atau Pakatan Harapan 

Pakatan Harapan sudah tentu mempunyai motif yang cukup jelas kerana mereka sangat-sangat mengharapkan supaya UMNO sebagai parti komponen terbesar dalam Perikatan Nasional akan menarik diri dan bergabung dengan Pakatan Harapan supaya mereka kembali berkuasa.

Atau dari dalaman UMNO sendiri?

Kesimpulannya, BELUM ADA KEPASTIAN tuntutan UMNO akan dipenuhi.

YANG PASTI adalah :

- UMNO mempunyai kuasa untuk meruntuhkan kesombongan dan ketamakan pemimpin PPBM tetapi tidak digunakan sepenuhnya.

- Berkali-kali UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa tahap kesabaran UMNO ada batasannya tetapi tidak pernah menterjemahkannya dengan tindakan tegas.

- Telah berkali-kali UMNO diperbodohkan PPBM, namun UMNO cuma acah-acah marah.

Kepimpinan UMNO mesti bertegas sekali ini, buktikan UMNO adalah parti yang bermaruah dan bukannya parti picisan yang dipenuhi penghkhianat!!!

Sunday, October 18, 2020

Beza Antara Negarawan Dengan Orang Meroyan Yang Hilang Jawatan

|0 comments
Admin teringat, dalam satu program mendapatkan pandangan anak muda dalam merangka pengisian Transformasi 2050 atau TN 50 antara DS Najib (ketika menjadi Perdana Manteri) bersama anak-anak muda, DS Najib telah ditanya oleh salah seorang anak muda, apakah perbezaan antara negarawan dan ahli politik.

Dengan tenang DS Najib telah menjawab, seorang ahli politik, akan memikirkan kemenangan tetapi seorang negarawan akan memikirkan rakyat dan negara.

Kini, kita boleh fahami dengan ertikata sebenarnya, apa yang dimaksudkan oleh DS Najib.

Selepas kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Liew Vui Keong, DS Najib awal-awal lagi telah menyarankan kerajaan agar mencari jalan undang-undang untuk menangguhkan PRK Batu Sapi sehingga jangkitan kes baharu Covid-19 benar-benar dapat dikawal atau sekurang-kurangnya telah turun ke tahap paling minimum.

Pengerusi Barisan Nasional juga dilihat bersetuju dengan DS Najib apabila membuat ketetapan untuk tidak sertai PRK Batu Sapi dan meminta kerajaan supaya fokus kepada pengawalan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Ketua Pemuda UMNO pula, Dr Asyraf Wajdi, mencadangkan agar BN, PN serta parti lain agar tidak meletakkan calun untuk bertanding dan mengekalkan status quo parti Warisan (menang tanpa pertandingan).

Saranan DS Najib ini adalah kerana beliau bimbang sekiranya PRK Batu Sapi diadakan juga sekarang ini, penularan Covid-19 akan berada di luar kawalan.

Ini sudah pasti bukan sahaja akan menyebabkan negara berada di dalam keadaan yang lebih sukar untuk memulihkan ekonomi negara tetapi yang lebih penting lagi, kesihatan dan keselamatan rakyat juga akan berada dalam bahaya.

Virus Covid-19 akan menjangkiti siapa sahaja, tidak kira ianya bergelar raja, ahli politik, orang kaya atau pun orang miskin.

Lebih merisaukan ialah serangan virus Covid-19 tidak sama dengan serangan haiwan berbisa yang lain, kerana virus Covid-19 tidak boleh dilihat dan boleh bertahan di dalam cuaca negara kita selama lebih kurang 6 jam, manakala haiwan berbisa yang lain boleh kita lihat dan amat mudah untuk kita menyelamatkan diri bila berhadapan dengan serangan mereka.

Parlimen Batu Sapi terletak dalam kawasan zon merah, dalam daerah Sandakan.

Kita baru sahaja selesai Pilihanraya Negeri Sabah yang menyaksikan negara dilanda gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

Hampir setiap hari dapat kita lihat, angka kes baharu jangkitan Covid-19, jauh lebih tinggi dari angka yang pernah dicatitkan ketika awal PKP.

Pada ketika itu, sekiranya angka jangkitan mencatitkan 3 digit, ramai rakyat merasa risau dengan keselamatan diri dan keluarga mereka.

Tetapi, selepas PRN Sabah, setiap hari kes jangkitan bukan sahaja mencatitkan 3 angka, malah ianya mencecah dua hingga tiga kali ganda kes jangkitan yang dicatitkan ketika awal PKP dahulu!!!


Tetapi, bekas Ketua Menteri Sabah yang baru kehilangan kuasa akibat dari kalah dalam PRN Sabah, Shafie Apdal, telah mengeluarkan arahan supaya Warisan bersiap siaga dan perkuatkan parti bagi menghadapi PRK Batu Sapi!!!



Dan Warisan Batu Sapi pula mula membuat kira-kira, siapakah yang akan dicalunkan untuk bertanding dalam PRK Batu Sapi.

Jelas kepada kita, Shafie serta Warisan sanggup mengorbankan nyawa rakyat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimana pula dengan PPBM, oh admin terlupa, 'Abah Cow' dengan Mak Enon sedang sibuk menghitung hari-hari terakhir karier politik mereka.

Monday, October 12, 2020

Zaiton Merengek Pada Gabenor BNM Untuk Sokong Lanjutkan Kontrak Dengan Bank Pembangunan Malaysia

|0 comments

Kontrak Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia (BPM), Datuk Zaiton Mohd Hassan, sudah sampai ke penghujung.

Dalam diam-diam, sahabat baik Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dato Nor Shamsiah, Zaiton Hassan, tidak lagi tersenarai dalam Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH).

Pelik juga kita.

Takkan orang macam Zaiton boleh 'redha' bila dikeluarkan dari senarai Ahli Lembaga Pengarah TH?

Kontrak jawatan Pengerusi BPM yang sudah sampai penghujung, dia merengek pada Gabenor BNM untuk sambung pulak!!!

Kemungkinan ada 2 sebab kenapa Zaiton buat diam-diam. 


Satu, dia dah 'parking' Nikko aka Nik Hasyudeen sebagai CEO sebagai proksi dia bagi menjaga kepentingannya dan untuk tutup salahlakunya dalam Tabung Haji.

'Abah Cow' pun sampai sekarang membisu seribu bahasa dan masih lagi tidak mahu tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat Tabung Haji (TH).

Hendak tutup salah laku dan penyelewengan yang Pakatan Harapan sudah buat dalam Tabung Haji ker!!!

Kalau bukan, 'Abah Cow' cepat-cepatlah tubuhkan RCI Tabung Haji.

Repot polis dan SPRM sudah berpuluh-puluh dibuat tapi 'Abah Cow' yang dikatakan cuma berkerja 4 jam sehari masih lagi membisu dan beri berbagai-bagai alasan untuk tidak tubuhkan RCI Tabung Haji.

Takut apa 'Abah Cow'!!!

Kedua, sebab Zaiton tidak mahu perhatian kerana jawatan Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia sudah sampai ke penghujung. 

Pendapatan Zaiton sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia mencecah hingga RM800,000 setahun!!!

Banyak tu!!!

Khabarnya Zaiton sudah masuk surat minta sambung melalui Gabenor Bank Negara Malaysia, BNM, Nor Shamsiah. 

Nanti dia rengek ke 'Abah Cow'.

Atau kedua-duanya merengek kepada 'Abah Cow'!!!

'Abah Cow' kan lemas bila kena rengekan wanita, contoh macam rengekan Mak Enon.

Mungkin Mak Enon dah bagi tips kepada kedua-duanya.


Nor Shamsiah orang yg telah rekomen Zaiton kepada Lim Guan Eng utk lantiknya.

Dan sekarang, Nor Shamsiah juga yang sedang lobi untuk sambungkan kontrak Zaiton dengan Bank Pembangunan Malaysia (BPM).

Macam pepatah orang Jawa, 'that is what friend for'.

Masaalahnya Zaiton telah rosakkan Bank Pembangunan Malaysia dengan kegilaan kuasa untuk tukar semua ahli-ahli pihak pengurusan dan juga ahli Lembaga Pengarah yang dia tidak suka.

Dia buat Bank Pembangunan Malaysia tu macam dia punya.

Dua bulan pertama sebagai pengerusi, Zaiton tidak mahu pergi mesyuarat dan jumpa ahli Lembaga Pengarah, alasannya sebab ada yang dia tidak suka.

Katanya dia mahu muka-muka yg dia tidak suka dinyahkan, baru dia mahu masuk mesyuarat!!!

Macam ini punya manusia pun ada dalam bumi Mlaysia ini, langsung tidak profesioanal!!!

Lebih sudu dari kuah.

Zaiton sepatut berperanan sebagai Pengerusi sahaja.

Admin ulang, sebagai Pengerusi sahaja!!!

Tapi makcik gila kuasa ini berlagak dan mengatur seolah-olah dia CEO sebenar. 


Manakala Arshad, CEO yang ada, dungu dan lembik ikut arahan dia.


Dalam Lembaga Pengarah juga ada seorang yang jadi jurucakap Zaiton, Dr Mphamed Asyraf, untuk majukan dan cadangkan kehendaknya.

2 lantikan terbaru adalah orang-orang yang dia mahu atau menjadi proksi Zaiton.

Sepanjang Zaiton menjadi Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia, prestasi bank tidak seperti nama bank tersebut.

Tidak ada apa yang membangun dalam bank itu.

Sebelum ini, Bank Pembangunan Malaysia berupaya jana keuntungan RM400 juta setahun dari operasi.

Tetapi sekarang? 

Yang dinyatakan hanyalah kononnya Bank Pembangunan telah mencatitkan keuntungan dalam tahun kewangan terkini, berapa?

Tanya sama itu hud-hud!!!

Sebenarnya cuma 'magic accounting' sahaja!!!

'The bank said this is primarily attributable to lower impairment allowance, higher collection from recoveries and gains on disposal of investment securities.'

Bukan dari operasi sangat.

Bila orang elok-elok dibuang sesuka hati dan digantikan dengan yang cuma angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja, macam mana hendak untung.

Semua mengampu Zaiton sampai benda yang tidak boleh pun dibolehkan!!!

The Edge banyak lapor mendedahkan Bank Pembangunan. 

Mereka kasi 6 bulan moratorium pada Zaiton 'to buck up.' 

Nampaknya tidak ada kemajuan. 

Dia terus '*uck up' dengan angkuhnya. 

Rasanya ada benda tidak kena. 

Hari itu sudah keluar cerita Bank finance logo VMY2020. 

Entah apa lagi benda yang karut marut dibuat macam sukuk terlungkup untuk kawan Zaiton di Maybank, Imran.

Kita tahu permainan Bank dan peminjam. 

Rasanya SPRM perlu mula buka mata. 

BNM tidak boleh diharap, mesti 'cover-up.'

Nor Shamsiah pun sama 2x5 macam Zaiton, kemaruk hendak parking kawan-kawan. 

Khabarnya dia hendak letak abangnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat!!!

Tidak kiralah sama ada abangnya pernah jadi CEO Bank SME dan IJN. 

Itu sudah ada 'conflict of interest.' 

Nanti tak pasal-pasal ada orang korek cari salah dia semasa di SME. 

Kenal abangnya, tapi isu adalah Nor Shamsiah, bukan abang dia.

Baik2 Shamsiah... 

Certot boss lama kamu Zeti banyak dalam queue yang belum keluar lagi.

Nanti dengan kamu sekali nanti terpalit.


Kredit :

Friday, October 9, 2020

Dah Kena Sound Dengan Agong Pun Bang Non Masih Nak Meroyan...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

|0 comments

Certot Anwar Ibrahim kemaruk nak jadi Perdana Menteri dah jadi 'non end story' pada kita semua.

Kalau dulu, admin beri perhatian juga bila Anwar dakwa ada sokongan yang cukup dari MP, tapi bila dah berkai-kali kena kencing dengan cerita yang sama, admin ambil sikap tunggu dan lihat.


Bagi admin, apa yang Anwar cakapkan tu, dengar boleh tapi nak percaya, tidak sama sekali.

Tapi kita pelik, bila ada juga yang percaya dengan dakwaan Anwar...😂😂😂

Cuma bagi admin, sandiwara Anwar sudah keterlaluan dan langsung tak kena pada tempat dan masanya.

Kalau kita renungkan balik, dakwaan Anwar kali ini membawa kesan yang sangat buruk kepada rakyat dan negara.

Negara sedang bergelut dengan gelombang kedua wabak pandemik Covid-19.

Gelombang kali ini benar-benar membimbangkan kita semua, kes jangkitan baru hampir setiap hari melebihi kadar tertinggi yang pernah dicatatkan sejak PKP 1 dikuatkuasakan.

Maksudnya apa?

Negara sudah tidak mampu menghadapi kegawatan ekonomi kali kedua setelah ekonomi negara baru hendak pulih akibat Covid-19.

Pengembangan atau penguncupan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan kestabilan politik.

Apabila politik stabil, pelabur asing akan datang untuk membuat pelaburan dalam negara kita tetapi apabila politik tidak stabil, tidak ada pelabur yang sanggup menanggung risiko kerugian berbilion ringgit akibat dari pertukaran dasar negara yang hampir pasti akan berlaku apabila berlaku perubahan kerajaan.


Berbalik isu tentang Anwar, pengumuman Anwar tempoh hari telah menyebabkan pasaran saham di Bursa Malaysia jatuh teruk.

Bukan setakat itu, malah pada kali ini Anwar jual pula nama SPB YDP Agong.

Sudahlah SPB YDP Agong agak gering ketika itu, rakyat pula dalam kebimbangan akibat peningkatan kes baru Covid-19, Anwar boleh buat pengumuman kerajaan yang ada sekarang ini sudah tumbang.

Kalau dokumen yang Anwar maksudkan itu adalah SD dari Ahli Parlimen, agak sukar untuk kita terima kejituan sokongan yang Anwar ada sekarang.

Dah tercatat pun, ada kalangan Ahli Parlimen yang buat lebih dari satu SD, nak menangguk di kedua-dua belah pihak.


Yang betul-betul konsisten buat SD dan tak pernah U-Turn dengan SD yang dibuat cuma Haziq jer...😂😂😂

Sebagai respon, Istana Negara mengeluarkan kenyataan media yang membidas berita palsu dengan menggunakan nama Agong untuk kepentingan politik atau peribadi.

Sepatutnya bila Istana Negara dah keluarkan kenyataan macam tu, Anwar seharusnya faham dan menghormatinya.

Kita semua faham, buat masa sekarang, SPB YDP Agong mahu semua pihak tumpukan perhatian untuk membendung jangkitan Covid-19, bukannya kemaruk nak pergi istana untuk angkat sumpah!!!

Tapi dah Anwar ni memang jenis yang tak reti bahasa agaknya, dah kena 'sound' dengan Agong pun, masih sibuk nak jadi Perdana Menteri.

Nak kata tak reti bahasa, dah tua!!!

Dah lah tu, Anwar kerahkan pula macai-macai setia dia untuk hangatkan lagi suasana.

Pada macai-macai Anwar, janganlah seronok sangat, walau pun memang benar Anwar ada majoriti.

Kalau pun betul, SPB YDP Agong akan panggil Abah Cow dulu ke istana sebab yang menjadi ketua kerajaan sekarang ialah Abah Cow.

Kalau Abah Cow mengaku dah hilang majoriti, SPB YDP Agong akan minta nasihat dari Abah Cow sama ada bubarkan parlimen atau Abah Cow letak jawatan.

Prosedur SPB YDP Agong gunakan untuk melantik Abah Cow jadi Perdana Menteri dulu berbeza, sebab masa tu, jawatan Perdana Menteri dah kosong.

Sekarang ini, Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri masih lagi ada.

Kalau pun betul SPB YDP Agong perkenankan Anwar untuk mengadap, tapi kita tak tahu apa tujuan baginda.

Mungkin baginda nak bagi sindiran-sindiran pedas yang mesra pada Anwar, cuma admin nak 'hence' sikit, kalau dalam sidang media nanti, komen Anwar ialah segalanya berjalan dengan lancar dan langsung tak sebut baginda setuju lantik Anwar, itu maknanya Anwar dah kena 'sound'...🤭🤭🤭

Jadi sama-sama kita tunggu wayang Anwar selepas 3 Oktober nie...😂😂😂
fda

Archives