Wednesday, September 30, 2020

UMNO Kena Main Dengan PPBM Lagi


Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Itulah istilah yang tepat untuk admin gambarkan nasib yang menimpa UMNO dan lebih secara khusus kepada UMNO Sabah.

Seawal dari hari penamaan calun PRN Sabah, UMNO telah diminta supaya berlapang dada, berkorban untuk PPBM atas nama ukhwah antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

Kebanyakan kerusi yang dikorbankan kepada PPBM adalah merupakan kubu kuat UMNO yang berada di pantai barat Sabah.

Dan kerusi yang ditandingi UMNO dalam PRN Sabah adalah kerusi DUN yang berada di pantai timur Sabah yang merupakan kubu kuat Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Itu tidak termasuk PPBM melatakkan calun Bebas untuk memecahkan undi di kawasan UMNO bertanding.

Keputusan menyaksikan 3 orang calun Bebas tajaan PPBM telah berjaya menewaskan calun UMNO dan akhirnya bergabung dengan GRS.

Jadi tidak hairanlah dalam PRN Sabah, pencapaian UMNO adalah sangat buruk.


UMNO cuma mampu menang 14 kerusi DUN dari 32 kerusi DUN yang ditandingi.

Manakala PPBM berada dalam kedudukan yang amat selesa bila 'UMNO berlapang dada' membenarkan PPBM bertanding di kawasan yang terjamin kemenangannya.

Ada perjanjian antara UMNO dan PPBM dalam pembahagian kerusi.

UMNO bersetuju untuk menyerahkan kepada PPBM DUN yang menjadi kubu kuat UMNO dengan syarat, sekiranya menang dalam PRN Sabah, KETUA MENTERI MESTILAH DARI UMNO.

Tapi bila sudah menang, apa yang UMNO dapat, ibarat menang sorak tapi kampung tergadai.

Jawatan Ketua Menteri Sabah kini disandang oleh Hajiji dari PPBM seperti yang pernah diumumkan oleh Muhyiddin Yassin dalam kempen PRN Sabah.

Sepanjang kempen PRN Sabah dan juga di hari mengundi, jentera UMNO dikerah, siang dan malam, pagi dan petang untuk memenangkan calun dari PPBM.

Dan selepas menang nanti, jangan bermimpi ADUN PPBM yang menang itu akan bersunggguh-sungguh membantu memperkasakan UMNO di situ.

Sudah pasti PPBM akan memperkukuhkan pengaruh mereka di kubu UMNO tersebut dan secara tidak disedari, satu persatu kubu kuat UMNO akan tumbang di tangan PPBM.

Perancangan jangka panjangnya adalah untuk menguburkan pengaruh UMNO di dalam kubu UMNO sendiri!!!

Selepas Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) menang PRN Sabah, PPBM memungkiri janji.

Bukan sahaja enggan, malah menuntut jawatan Ketua Menteri Sabah.

Sekali lagi berlaku ketegangan.

Cytro PPBM menyebarkan berita kononnya UMNO tamak, mahu bersikap seperti 'Big Brother' dalam GRS.

Isunya sekarang bukan tamak atau besar kepala, tetapi isunya sekarang adalah menuntut janji yang telah sama-sama dipersetujui waktu perbincangan meletakkan calun PRN Sabah.

Namun untuk mencari jalan penyelesaian, UMNO sekali lagi diminta berlapang dada dan sekali lagi berkorban untuk PPBM.

UMNO bersetuju menyerahkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada PPBM dengan syarat, Bung Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan memegang potfolio sebagai Menteri Kerja Raya serta 3 ADUN dari UMNO mesti dilantik untuk memegang jawatan Menteri Kanan.

Tapi sekali lagi PPBM mungkir janji, melantik Bung Mokhtar sebagai Timbalan Ketua Menteri tetapi memegang potfolio sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bukan Menteri Kerja Raya seperti yang dijanjikan.

Sikap PPBM dan Hajiji betul-betul membuatkan kesabaran Bung Mokhtar hilang dan beliau dikatakan supaya telah menengking Hajiji dan mengingatkan Hajiji supaya berpegang kepada janji.

Setelah keadaan menjadi tegang dan Bung dikatakan akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan UMNO keluar dari GRS, barulah Hajiji membuat pengumuman untuk meletakkan Bung Mokhtar sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.


Peringatan admin kepada kepimpinan tertinggi UMNO, sebenarnya UMNO bukan berkorban untuk PPBM tetapi sedang dikorbankan oleh PPBM.

Dengarlah keresahan dan kemarahan akar umbi yang tidak rela melihat parti keramat ini terus-terusan dikorbankan oleh katak-katak yang tidak sedar diri itu.

0 comments:

fda

Archives