Sunday, April 18, 2021

Tuduhan Fitnah KSU MOT Di Jawab:Jelaskan Tanpa Libatkan Polis ...

|0 comments

Semenjak Kementerian Pengangkutan (MOT) mendapat KSU yang baharu, hubungan antara Kesatuan Perkerja KTMB (RUM) dengan MOT dilihat semakin hari semakin tegang.

Masalah yang sepatutnya boleh di bawa ke meja rundingan untuk diselesaikan, dilihat seolah-olah ada pihak yang sengaja manjadikannya sensasi.

Mungkin dengan tujuan untuk memberitahu kepada pihak yang satu lagi bahawa dia @ mereka mempunyai kuasa dan pihak di sebelah sana mesti akur dengan segala keputusan yang dibuat.

Sebagai pihak ketiga yang tidak terlibat secara langsung dalam pertelingkahan antara RUM dan MOT, tetapi mempunyai kepentingan sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan KTMB, admin merasakan pihak RUM mempunyai asas yang kukuh untuk menyatakan kebimbangan mereka.

Sebagai pihak yang sudah puluhan tahun terlibat dari segi teknikal dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan keretapi, pandangan dan teguran RUM terhadap MOT tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja oleh pihak MOT.

Sercara ringkasnya, persoalan yang disuarakan oleh RUM ialah mengenai kualiti Diesel Multiple Unit @ DMU milik KTMB yang telah memulakan perkhidmatan pada 11 April yang lepas.

Kebimbangan RUM itu berasas, kerana sekiranya berlaku masalah ke atas DMU selepas ianya dilancarkan, maka pihak yang akan berhadapan dengan rungutan dan kemarahan pengguna adalah perkerja KTMB.

Antara persoalan yang dikemukakan oleh RUM ialah :

- Mengapakah perkhidmatan DMU mengambil masa sehingga 2 tahun, iaitu sejak penerimaan DMU pertama pada tahun 2019 untuk dilancarkan, apakah masalah yang menyebabkan pelancaran DMU ditangguhkan sehingga 2 tahun?

Baca di sini :



- RUM juga menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kualiti tangki bahan api diesel pada DMU yang didapati sudah berkarat sebelum ianya digunakan.

Baca di sini :


RUM juga menyatakan kegusaran mereka dengan langkah penyelesaian yang disarankan oleh MOT untuk mengatasi masalah tersebut.

Baca di sini :



Dari sudut keselesaan pengguna pula, RUM mempersoalkan kualiti cermin tingkap berkembar pada DMU yang di dapati mudah berkabus.

Ini sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan DMU.

Baca di sini :


Namun, tindakbalas dari MOT amat mengejutkan.

RUM dikatakan telah menyebarkan fitnah terhadap MOT dan khabarnya satu laporan polis akan dibuat oleh pihak MOT terhadap RUM.

Baca di sini :


Malah Presiden RUM juga dilapurkan telah menerima penggilan ugutan oleh seseorang.

Baca di sini :


Persoalannya, mengapakah persoalan yang dikemukakan oleh RUM mengenai kualiti DMU, demi untuk menjaga nama baik KTMB secara khasnya dan demi menjaga nama baik MOT secara amnya, dilayan begitu rupa.

Kalau MOT merasakan kerisauan yang disuarakan oleh RUM itu tidak berasas, maka kemukakan hujah dan penerangan dari pakar-pakar teknikal sama ada dari pihak MOT sendiri atau pun dari pihak pembekal DMU.

Selesaikanlah isu ini secara profesional.

RUM bersuara demi untuk melindungi perkerja KTMB dan perkerja KTMB berkerja demi untuk menaikkan nama KTMB dan bukankah sekiranya KTMB berjaya, maka itu juga merupakan kejayaan MOT.

Friday, April 16, 2021

Skandal 1MDB, Selain Keluarga Zeti, Siapa Lagi?

|0 comments


Kenapa Kerajaan Pakatan Harapan Dan Kerajaan Peerikatan Nasional Rahsiakan Keluarga Zeti Dapat Laba Dari 1MDB?

Ambank telah bersetuju untuk membayar RM 2.83 billion kepada kerajaan Malaysia sebagai penyelesaian terhadap semua pendakwaan salah laku bank tersebut berkaitan 1MDB, tanpa perlu membuat pengakuan bersalah atau menamakan mana-mana pegawai eksekutif yang telah melakukan kesalahan (sesuatu yang amat pelik dan tidak adil kerana ia merupakan penyelesaian berbentuk bayar untuk bebas penjara, mengapa?).

Antara salah laku bank ini termasuk membenarkan pihak ke 3 untuk mengawal sepenuhnya akaun-akaun bank di bawah nama DS Najib dan tidak memaklumkankepada DS Najib berkenaan transaksi kewangan.

Kesalahan terbesar Ambank adalah penerbitan sukuk pertama bernilai RM 5 billion oleh 1MDB yang dianggap sebagai di bawah nilai sebenar dan membenarkan pelanggan sekunder untuk menjana keuntungan atas angin sekelip mata bernilai melebihi RM 500 juta apabila bon ini diterbalikkan.(Ambank telah direkomen oleh Goldman Sachs yang kini telah bersetuju membayar USD $3.9 billion sebagai penyelesaian bagi semua kes mereka melibatkan 1MDB.


Bagaimanapun, Goldman Sachs dilantik oleh TIA (yang kemudiannya bertukar nama menjadi 1MDB) lama sebelum DS Najib terlibat di dengan TIA dan sebelum TIA bertukar menjadi 1MDB).

Kita tahu pada akhirnya, hanya 2 pelanggan sekunder yang akhirnya terpilih dan mengaut keuntungan segera yang sangat lumayan :

1) Syarikat tersenarai Thailand Country Garden Securities yang bertindak bagi pihak Acme Time.

2) Aktis Capital Singapore yang sedang menguruskan dana untuk individu-individu bernilai tinggi.

Baca di sini :


Setelah pembalikkan bon tersebut, Country Group telah mengarahkan AmInvestment (Ambank) untuk menghantar durian runtuh bernilai USD $113 juta (RM464 juta) kepada Acme Time Pte Ltd di Singapura.

Acme Time setelah itu didapati rupanya dimiliki oleh Jho Low dan Eric Tan Kim Loong. Seterusnya mereka telah membayar USD$16 juta (RM65 juta) kepada akaun bank keluarga Zeti di Singapura.

Ini adalah maklumat umum.

Namun apa yang BELUM LAGI diketahui umum adalah siapakah di belakang sebuah lagi syarikat sekunder (Aktis Capital Singapore) yang menjana keuntungan segera ini?

Menurut The Edge, Aktis Capital Singapore adalah merupakan penasihat pelaburan dan pengurusan aset bagi individu-individu bernilai tinggi. 

Antara rakan kongsi mereka adalah warga Malaysia Cheah Teik Seng, yang menariknya telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Malayan Banking Bhd tiga bulan setelah bon diterbitkan.

Cheah sebelumnya pernah berkhidmat di Public Bank, ECM Libra Avenue, Merrill Lynch, Goldman Sachs, UBS dan BNP Paribas.

Cheah juga adalah merupakan CEO bersama Malaysia Investment bank ECM Libra Avenue Asset bersama Tengku Zafrul. 

Mokhzani Mahathir juga adalah pemegang saham lama Avenue Assets.


Berikut adalah berita bagaimana Pengarah Urusan Ambank memberitahu mahkamah bahawa apa yang dikatakan dana RM2.6 billion yang diterima DS Najib sudah dipulangkan semula kepada pengirim asal 4 bulan setelah diterima DS Najib. 

Beliau kemudiannya menafikan terlibat di dalam urusan pemulangan semula wang ini.

Baca di sini :


Setelah pembalikan bon pada tahun 2009 itu, Ambank seterusnya telah membayar USD $20 juta (RM83 juta) dari keuntungan itu kepada Aktis Capital di Singapura yang seterusnya telah membayar kepada individu bernilai tinggi yang diwakili mereka.

The Edge mengatakan bahawa penerima manfaat dari keuntungan Aktis Capital ini adalah dipercayai warganegara Malaysia yang mempunyai kabel kuat.

Oleh itu, baki soalan yang masih tinggal adalah:

- Siapakah warga-warga Malaysia kuat kabel di belakang Aktif Capital yang telah menjana keuntungan atas angin sekelip mata dengan pembalikkan bon ini?

Mengapakah kerajaan PH dan PN enggan mendedahkan individu-individu ini sepertimana mereka menyorokkan fakta bahawa keluarga Zeti menerima wang berjumlah ratusan juta dari Jho Lo?

- Siapakah yang telah mengesyorkan pelanggan-pelanggan sekunder bagi bon ini dan siapakah di Ambank yang telah meluluskannya?

- Siapakah yang telah meluluskan nilai bon murah-murah dan diskaun besar-besaran yang membolehkan dua syarikat luar negara menjana keuntungan atas angin bernilai lebih RM 500 juta dalam tempoh hanya sehari dari sebuah bon dijamin kerajaan selama 30 tahun bernilai RM 5 billion?

- Apakah yang telah dilakukan oleh Bank Negara Malaysia ketika itu selaku pengawal selia Ambank dan siapakah di Bank Negara Malaysia yang meluluskan serta apakah bentuk kelulusan yang diberikan kepada Ambank pada waktu itu?

- Sekiranya DS Najib adalah 'mastermind' TIA/1MDB pada ketika itu, kenapa pula keluarga Zeti serta individu-individu kabel kuat (yang dirahsiakan oleh kerajaan PH dan PN) yang mengaut keuntungan bernilai ratusan juta ringgit lama sebelum DS Najib menerima walau sesen wang yang dikaitkan dengan 1MDB?

Bayangkan...

Ambank hanya mengambil masa beberapa hari untuk memutuskan pembayaran RM 2.83 billion sebagai penyelesaian dengan kerajaan.

RM 2.83 billion adalah hampir 1/3 dari nilai pasaran Ambank.

Ia hampir melebihi jumlah keuntungan bersih Ambank selama 2 tahun!!!

Baca di sini :


Seperti yang diterangkan sebelum ini, sebagai balasan kerana bersetuju dengan begitu pantas, Ambank (dan kerajaan) tidak perlu mendedahkan salah laku yang telah mereka lakukan dan siapa di antara bekas pegawai dan pengurusan semasa mereka yang telah melakukan kesalahan.

Agak pelik bila dikatakan DS Najib adalah 'mastermind' dan pencuri RM 2.6 billion (jumlah yang telah dipulangkan semula kepada pengirim 4 bulan kemudian) tetapi Ambank dan Goldman Sachs pula yang bermurah hati membayar RM 2.83 billion dan RM 16 billion bagi pihak DS Najib!!!

Persoalannya sekarang :

- Kenapa pula DS Najib yang 'mencuri' tapi orang lain pula kena bayar?

- Jadi apa sebabnya Ambank sepantas kilat membuat penyelesaian sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak disorokkan?

- Mengapa Ambank tidak mahu melawan di mahkamah memandangkan yuran peguam sudah pastinya tidak akan menjangkau berbillion ringgit? 

- Kenapa Ambank sanggup bayar lebih?

- Apakah peranan pengurusan Ambank dan pegawai-pegawai mereka yang mengendalikan akaun DS Najib dan apakah hubungan mereka dengan Jho Low dan Zeti Aziz?

- Adakah pegawai Ambank dan pengurusan mereka yang bersekongkol menerima manfaat dari 1MDB atau Jho Low?

- Adakah mereka gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk memeriksa dan memantau akaun DS Najib dari transaksi yang mencurigakan dan mengenalpasti transaksi tersebut untuk tindakan lanjut seperti yang dituntut oleh undang-undang?

- Dan sekiranya mereka telah mengenal pasti transaksi mencurigakan tersebut dan melaporkannya kepada Bank Negara Malaysia, mengapa pula Bank Negara Malaysia (yang keluarga Gabenornya menerima hampir RM 800 juta dari Jho Low) berdiam diri?

Dari proseding perbicaraan kes SRC :

1) kita tahu kini bahawa Ambank telah menerima lebih dari 20 arahan pemindahan wang dengan menggunakan dokumen bertandatangan palsu.

Lebih aneh, dokumen bertandatangan palsu seperti itu telah diserahkan oleh pihak pendakwaan ke mahkamah sebagai bahan bukti rasmi yang sahih!!!

Baca di sini :



2) Bekas pengurus perhubungan Ambank telah diberitahu untuk jangan sesekali menghantar penyata bank DS Najib ke PMO atau ke kediaman DS Najib.

Baca di sini :


3) Pengurus Perhubungan Ambank dan Ambank juga telah menghalang 30 cek yang ditulis DS Najib dari ditendang termasuk cek yang ditandatangani untuk membayar UMNO.

Sekiranya ada salah satu antara cek tersebut ditendang, DS Najib pasti akan tahu bahawa ada sesuatu yang berlaku dan beliau akan periksa.

Dan bagaimana boleh sesiapa mengatakan bahawa DS Najib tahu kedudukan kewangan akaun banknya sekiranya beliau boleh tulis cek kepada UMNO yang berkemungkinan menjadi cek tendang?

Adakah boleh diterima akal, DS Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO ketika itu menulis cek tendang!!!

Ini membuktikan DS Najib sebenarnya tidak tahu langsung kedudukan sebenar akaun banknya.

Baca di sini :


Sekiranya Ambank dan Bank Negara Malaysia telah melaksanakan tugas mereka, pastilah DS Najib sudah diberi amaran.

Tetapi mengapakah tidak wujud amaran sebegitu baik dari Ambank atau Bank Negara?

Akaun atas nama Perdana Menteri kut!!!

Akhirnya, tidak ada sesiapa melainkan DS Najib yang didakwa (dan disabitkan) bagi kes SRC dan 1MDB!!!

PPBM Mendapat Laba RM500 Juta Dari Komisyen 1MDB?


■ Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MoF) pada 24hb Julai 2020 menyatakan Goldman Sachs bersetuju bayar AS$ 3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan 3 urus niaga bon yang telah disusun dan diatur oleh bank mereka untuk 1MDB.

Baca di sini :


Menurut Reuters, penyelesaian perjanjian yang dipersetujui oleh pihak 1MDB dan Goldman Sachs Bank merangkumi bayaran tunai AS$ 2.5 bilion oleh Goldman Sachs Bank dan wang jaminan berkaitan dengan nilai aset dan dana 1MDB dikembalikan sebanyak AS$ 1.4 bilion.

■ Manakala Tun Mahathir di blog peribadinya (chedet) pula menyatakan Malaysia berhak dapat AS$ 9.6 bilion dari Goldman Sachs Bank. "Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah AS$9.6 bilion. 

Apa yang dipersetujui oleh Goldman Sachs adalah AS$2.5 bilion tunai. AS$1.4 bilion berdasarkan nilai aset hari ini melalui penilaian Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika" - Tun Mahathir (27hb Julai 2020).

Baca di sini :



■ Bekas AG TS Tommy Thomas menyatakan tiada motivasi apabila kerajaan persekutuan menyelesaikan kes jenayah terbesar bank pelaburan AS Goldman Sachs dengan imbalan pampasan AS$ 2.5 bilion. 

Idrus Harun, Peguam Negara, lantikan baru kerajaan Perikatan Nasional pula berusaha menuntut hak dari Goldman Sachs pada jumlah lebih tinggi iaitu AS$ 3.9 bilion berbanding AS$ 1.4 bilion merujuk penilaian dari DoJ AS.

Bacva di sini :


Akhirnya Goldman Sachs menerima tawaran penyelesaian yang dianggap munasabah.

■ Clare Redcastle Brown pula berkata :

"Sekiranya kerajaan PN tiada apa2 untuk disembunyikan, demi kebaikan bersama mengapa mereka sembunyikan fakta?" 

"Nilai itulah (AS$9.6 bilion) yang sepatutnya dituntut". 

"Mengapa tiada semakan pada terma dan syarat pembaikan (reparation) 1MDB berkaitan klausa kerahsiaan khas yang diperkenalkan bagi mencegah pengawasan parlimen dan pengauditan normal?"

Baca di sini :


■ AS$ 9.6 bilion merupakan nilai sepatut dituntut oleh 1MDB tetapi perkara ini tidak pernah dibangkitkan dalam surat Tommy Thomas kepada Dr Mahathir, Perdana Menteri ke-7. 

Tommy Thomas, bekas Peguam Negara cuma mahu AS$ 3.9 bilion, bukan AS$ 9.6 bilion) tetapi hanya dapat USD 1.5 bilion. 


Usaha, perunding yang dilantik Perikatan Nasional, Rosli Dahlan, akhirnya dapat nilai yang dikehendaki oleh 1MDB iaitu USD 3.9 bilion.

■ Namun begitu telah pun tercatat sebelum penyelesaian oleh Perikatan Nasional lagi, Pakatan Harapan memang berusaha menuntut USD 7.5 bilion terhadap kerugian 1MDB akibat dari penipuan Goldman Sachs bank. 

Penyelesaian secara rahsia kerajaan Perikatan Nasional akhirnya hanya dibayar tunai USD 2.5 bilion dan ditambah komitmen menaja jamin USD 1.4 bilion bagi penjualan aset yang dicuri tetapi dipulihkan (USD 2.5 bilion + USD 1.4 bilion = USD 3.9 bilion!!!).

■ Menurut sumber yang dipercayai oleh Clare Redcastle Brown, komisen 5% dari jumlah keseluruhan aset yang dijamin oleh Goldman Sachs Bank akan diberikan kepada perunding utama lantikan kerajaan Malaysia. 

Sekiranya benar, bayaran komisyen dari jumlah USD 2.5 bilion sememangnya lebih dari RM500 juta.


■ Dato Lokman Adam aktivis Laskar Cyber berkata : 

"Peguam 1MDB Rosli Dahlan mungkin menerima hampir RM2 bilion atau 10% yuran guaman bagi khidmat guaman dalam mendapatkan semula sekitar RM20 bilion wang yang di curi dari 1MDB". 

Dato Lokman Adam juga mendakwa RM500 juta dari RM2 bilion ini ditarik ke PPBM untuk Dana Pilihan Raya parti-parti komponen Perikatan Nasional.

■ Maka pada12hb Mac 2021, ADUN Kuang YB Sallehudin Amiruddin telah membuat satu laporan polis di balai Dang Wangi Kuala Lumpur bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan komisyen RM500 juta telah dibayar kepada sebuah parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi berpunca dari penyelesaian kes tuntutan bayaran oleh 1MDB terhadap Goldman Sachs.

Baca di sini :


■ PNBBC menafikan peguam 1MDB Rosli Dahlan menerima komisyen sehingga RM2 bilion. Firrma guaman Rosli Dahlan hanya dibayar RM2.4 juta sebagai yuran khidmat guaman bagi menyelesaikan kes tuntutan 1MDB ke atas Goldman Sachs Bank. 

Walau apa pun penafian, sebaiknya serahkan kepada pihak PDRM dan SPRM untuk menyelesaikan kes kontroversi dana RM500 juta ini.

Persoalan yang kita mahukan pencerahan adalah :

1) Mengapakah jumlah wang sepatutnya kita perolehi balik dilapurkan berbeza-beza amaunnya, malah amaun yang diumumkan oleh Tengku Zafrul adalah jauh lebih rendah dari amaun yang sepatutnya?

Baca di sini :


2) Apakah keperluan melantik Rosli Dahlan sebagai perunding untuk mendapatkan kembali hak Malaysia yang sudah pun dipersetujui sebelum ini, apakah Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai kepakaran perundangan dan perundingan?


3) Adakah benar PPBM memperolehi RM500 juta seperti yang didakwa dan apakah ianya mempunyai kaitan dengan video klip di atas?

Dana yang digunakan oleh JPM untuk di agihkan kepada bahagian, cawangan, wanita, armada dan puteri PPBM menggunakan duit dari mana, kalau dari duit PPBM, mengapakah ianya diagihkan oleh Jabatan Perdana Menteri?

Pihak lain mendapat beratus-ratus juta tapi akhirnya DS Najib juga yang dipersalahkan!!!



Kredit :



Tuesday, April 13, 2021

Apa Pilihan Muhyiddin, Adakan PRU 15 Sebelum Pemilihan UMNO Atau Selepas Pilihan UMNO?

|0 comments

Belum sempat Persidangan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), melabuhkan tirai, Muhyiddin sudah ibarat cacing kepanasan.

Sebaik sahaja ketiga-tiga sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO), yang mahu hubungan antara UMNO dan PPBM ditamatkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Muhyiddin pantas memberi respon.


Baca di sini :


Harapan Muhyiddin ialah supaya perwakilan yang akan bersidang di hari kemuncak PAU 2020 akan membantah keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO.


Dalam kenyataan yang sama, Muhyiddin juga mengatakan kononnya beliau tidak mahu berpolitk ketika rakyat sedang susah, kononnya buat masa ini, tumpuan beliau adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat.


Tetapi sebaik sahaja perwakilan PAU 2020 memuktamadkan untuk menyokong keputusan MKT UMNO, malah memberikan memberikan mandat kepada Presiden UMNO mengeluarkan arahan supaya semua Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional pada bila-bila masa atau selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2021, Muhyiddin mula kelam kabut ayam.

Muhyiddin merayu kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC dari UMNO supaya tidak meletakkan jawatan dan terus bersama beliau hingga tamat penggal.

Baca di sini :


Apa yang menarik, bos merayu tapi macai-macai meroyan…不不不

Baca di sini :




Tapi biasalah, kalau dah nama PPBM, sebagaimana irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, begitulah juga kebodohan dan keangkuhan tidak boleh dipisahkan dari …五五五



Namun sangat mengecewakan kita sebagai akar umbi UMNO apabila dengan alasan kononnya demi rakyat dan negara, menteri dan timbalan menteri UMNO membuat ketetapan untuk terus kekal bersama kabinet Muhyiddin dan sekali gus mengetepikan keputusan yang telah ditetapkan oleh perwakilan PAU 2020.

Baca di sini :


Namun ianya tidaklah terlalu menggusarkan kerana mereka yang mementingkan jawatan itu PASTI akan mendapat habuannya semasa pencalunan PRU 15 dan ketika PRU 15 nanti!!!

Kekuatan UMNO Berada Di Akar Umbi, Kebijaksanaan UMNO Berada Di Pucuk Kepimpinan


Itulah kelebihan dan keistimewaan UMNO yang digeruni lawan dan dikagumi kawan.

Apabila kedua-duanya bergabung, ianya menjadi kekuatan yang sukar ditewaskan oleh lawan.

Belum lagi bermula serangan sebenar, pusingan pertama serangan UMNO kepada PPBM telah membuatkan PPBM goyah.

Ibarat pasukan peninjau dalam peperangan, gesaan supaya semua Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC meletak jawatan hanya untuk melihat kekuatan dan keteguhan PPBM.

UMNO tahu, walau pun kesemua Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC meletak jawatan, ianya belu lagi menumbangkan Perikatan Nasional kerana meletak jawatan belum lagi bermaksud menarik sokongan dari Perikatan Nasional.

Namun Muhyiddin dan PPBM telah masuk perangkap.

Mereka telah mendedahkan kelemahan PPBM yang sememangnya sangat bergantung nyawa kepada UMNO.

Admin tidak pasti sama ada berlaku tawaran-tawaran serta janji-janji manis Muhyiddin kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC UMNO yang bertemu beliau tempuh hari.

Apa pun yang berlaku semasa rundingan dan tawar menawar itu, pasti Muhyiddin mengharapkan supaya 17 orang dari kumpulan itu akan dapat mengambil alih kepimpinan tertinggi UMNO dalam Pemilihan UMNO yang dijangkakan akan diadakan pada tahun ini.

Sekiranya perancangan itu berjaya, pasti 17 orang khadam yang telah dicucuk hidungnya oleh Muhyiddin akan membawa UMNO supaya melutut di kaki PPBM.

Namun mereka lupa, mereka hanya 17 pengkhianat dari 3.4 juta akar umbi UMNO yang akan menentukan siapa yang akan berada di kepimpinan tertinggi UMNO dalam Pemilihan UMNO nanti?

Kalau mereka fikir 'scheme of thing' yang diperkenalkan oleh Muhyiddin untuk menjadikan mereka khadam juga akan dapat digunakan dalam Pemilihan UMNO nanti, apakah mereka mampu menawarkan perkara yang sama kepada 3.4 juta akar umbi UMNO?

Ada teori yang mengatakan Muhyiddin akan menunggu sehingga selepas Pemilihan UMNO untuk membubarkan Parlimen, dengan harapan pada waktu itu kepimpinan tertinggi UMNO akan diisi dengan 17 khadam yang telah dicucuk hidung.

Namun jangan lupa, tarikh terakhir untuk UMNO mengarahkan kesemua Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional ialah pada 1 Ogos 2021.

Kalau pun Muhyiddin dapat menemui alasan untuk memanjangkan tempuh darurat, selepas 1 Ogos 2021, Muhyiddin sudah tidak lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Kalau pun kluster pengkhianat yang terdiri dari 17 orang yang telah dicucuk hidung ini enggan menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional, UMNO masih lagi mempunyai 21 Ahli Parlimen yang akan menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional.

Apalah Muhyiddin mampu membeli Ahli Parlimen pembankang untuk mengganti kekosongan sokongan yang ditinggalkan oleh 21 Ahli Parlimen UMNO itu?


Patutlah 'scheme of thing' sedang berjalan hebat di Johor, terutamanya di Pagoh...

Untuk memberi laluan kepada PRU 15 sebelum 1 Ogos 2021, Muhyiddin bukan sahaja bimbang PPBM akan mengalami kekalahan teruk, malah di Parlimen Pagoh sendiri Muhyiddin menghadapi risiko yang besar akan kalah.

Ibarat ditelan mati bapak dan diluahkan mati emak, Muhyiddin dan PPBM kini benar-benar tersepit dan mereka sangat-sangat menyedari realiti ini, walau pun mereka tidak mahu mengakuinya, cuma kita merasa pelik, pertimbangan apa yang digunakan oleh kluster pengkhianat 17 orang khadam Muhyiddin yang telah dicucuk hidung, sehingga mereka tidak nampak realiti yang berlaku di sekeliling mereka.

Apa pun, apa pilihan yang Muhyiddin ada sekarang?

PRU 15 sebelum Pemilihan UMNO atau selepas Pemilihan UMNO.

Apa pun pilihan Muhyiddin, jawapannya tetap sama.

Karier politik Muhyiddin akan dikuburkan oleh rakyat selepas PRU 15!!!

Sunday, April 11, 2021

The Unspinners Kembali Terima Amaran Tulis Mengenai KSU MOT

|0 comments

Laman blog ini telah menerima amaran mengenai tulisan yang disiarkan pada 5 April 2021 bertajuk
'Taukey 'Direct Nego', KSU Paling Kebal Di Malaysia, Dulu Di MITI Dan MOTAC, Sekarang Luaskan Empayer Di MOT???'


Baca di sini :


Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan oleh admin ialah perlunya ada perbincangan antara pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kesatuan Perkerja KTMB (RUM) bagi mewujudkan 'win-win situation' kepada kedua-dua belah pihak.

Tulisan admin hanyalah kupasan dari artikel yang disiarkan oleh Sabahkini2.com yang disiarkan pada 1 April 2021 bertajuk 'Dulu Di MOTAC Di Siasat SPRM Kini Di MOT KSU Buat Runding Terus KTMB Untuk Kroni'.

Baca di sini :


Bagi admin ia hanyalah satu isu perselisihan faham antara MOT dan RUM, di mana sebenarnya jalan penyelesaian bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak masih terbuka luas.

Namun sikap berdiam diri MOT terhadap suara RUM yang disampaikan melalui Presiden RUM mengeruhkan keadaan dan akhirnya perbalahan di media sosial telah mendedahkan isu dalaman ini di khalayak ramai dan boleh mewujudkan tohmahan dan salah faham rakyat.

Seharusnya dari peringkat awal MOT mengeluarkan kenyataan rasmi di semua media untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan bukannya saling menyerang antara satu sama lain, sebagaimana yang admin siarkan dalam siaran yang bertajuk 'Mengapa Twitter MOT Serang Presiden RUM?' bertarikh 11 April 2021.

Baca di sini :


Ianya hanyalah isu dalaman biasa antara MOT dan RUM, namun ada pihak yang memberi respon yang agak 'over acting'.

Walau bagaimana pun, admin harap tulisan admin itu tidak disalahfahamkan dan isu ini dapat diselesaikan dengan bijak oleh kedua-dua pihak demi kepentingan rakyat dan negara.

Mengapa Twitter MOT Serang Presiden RUM?

|0 comments

KTMB Lubuk Duit Untuk Siapa?

Isu kepincangan Pengurusan KTMB yang telah didedahkan oleh Kesatuan Kakitangan Keretapi Tanah Melayu (Railway Union Malaysia -RUM) yang telah cuba di nafikan oleh KSU MOT, bukanlah isu yang kecil!!!

Ianya melibatkan projek yang bernilai bukan hanya jutaan ringgit tetapi ianya melibatkan projek yang bernilai berbilion ringgit!!!

Siapa atau pihak mana lagi yang lebih berkredibiliti bersuara tentang KTMB selain dari kakitangan mereka sendiri? 

Mereka mempunyai sebab dan alasan yang cukup kukuh untuk bersuara sebab ini melibatkan periuk nasi mereka!!!


Dan kalau benar pendedahan itu palsu, kenapa lapuran polis tidak dibuat supaya rakyat tahu kebenarannya? 

Kenapa ada tangan tangan ghaib cuba mengugut pula Presiden mereka? 

Beliau bercakap bagi pihak persatuan dan persatuan itu mewakili suara kakitangan KTMB.

Mana ada hak nak tutup media rasmi mereka dari segi undang undang?

Baca di sini :


Itu bezanya pengurusan keretapi di bawah Dr Mahathir, di bawah DS Najib kemudian kembali kepada Dr Mahathir dan kini Mahiaddin.

Zaman Dr Mahathir tak payah ceritalah. 

Zaman gelap KTMB. 

Bila DS Najib giat memodenkan KTMB, macam macam fitnah dibuat keatas beliau. 

Datang zaman Dr Mahathir semula, habis semua projek ditangguh dan dibatalkan sampai beribu ribu hilang pekerjaan, ekonomi merosot dan pelabur hilang keyakinan.

Sampai zaman Mahiaddin pula bukan saja kena sapu taik Dr Mahathir bayar gantirugi ratus ratus juta sana sini, tapi terpaksa buat 'direct nego' beli gerabak yang tak menepati spesifikasi yang sepatutnya. 

Ini bukan setakat masaalah jangka pendek tapi juga masaalah jangka panjang yang akan mengoyakkan kos penyelenggaraan KTMB.


Soalnya siapa yang melindungi KSU MOT? 

Khabarnya ada tangan yang lebih besar dari tangan Mahiaddin?

Cepat cepatlah kita pecat kerajaan ni dan minta Dato Sri Najib bantu memperbetulkan dan membersihkan semula KTMB sebelum terlambat!!!

Satu lagi persoalan ialah mengapa projek KTMB yang bernilai RM456 juta yang dilakukan secara rundingan terus mesti dilaksanakan secara terburu-buru?

Apa keperluan yang mendesak untuk menyegerakan pengurniaan projek tersebut?




Kenyataan media MOT pada 7 April 2021 untuk sangkal tuduhan blog Sabahkini2 yang bertajuk 'Dulu di MOTAC Disiasat SPRM, Kini Di MOT, KSU Buat Runding Terus KTMB Untuk Kroni?'

Baca di sini :


Antara yang menjadi isu ialah :

- Iklan tender bagi Perolehan 10 Set (6 Car) Electric Train Set (ETS) Baharu dipamer pada 23 Jan 2020. 

Selepas tutup tempoh tender, hanya 3 petender yang mengemukakan cadangan dan Laporan Penilaian Tender telah dibentangkan kepada Lembaga Perolehan pada 23 Jun 2020.

Menurut kenyataan MOT, kesemua petender tidak mencapai markah lulus bagi penilaian kewangan dan teknikal, kerana tidak mencapai kriteria-kriteria yang ditetapkan di dalam dokumen tender.

Oleh itu MOT menyatakan, kerajaan mencadangkan proses secara rundingan terus kerana tiada petender yang lulus.

Proses tender semula akan mengambil masa, dan kesukaran mendapat syarikat yang berdaftar di bawah kategori pembuatan tren.

Persoalannya :

1.Tender dibuka di zaman kerajaan PH dan dalam tempoh lebih kurang 5 bulan di mana diganti dengan kerajaan PN, tender telah ditutup dengan hanya 3 syarikat buat bidaan.

2. Projek ratusan juta, hanya ambil masa 5 bulan untuk buat keputusan. 

Mengapa terburu-buru? 

Apakah ini kaedah terbaik dan telus kementerian?

Tanpa cadangan kementerian, apakah MOF bersetuju dianugerahkan secara rundingan terus? 

Kementerian mana lebih pakar dalam hal ehwal keretapi, MOT atau MOF?

3. MOT - "Proses tender semula akan mengambil masa, dan kesukaran mendapat syarikat yang berdaftar di bawah kategori pembuatan tren."

Persoalannya sekali lagi, mengapa perlu terburu-buru untuk rundingan terus?

4. Sepatutnya jika masuk tender hanya 3 syarikat, kebiasaannya kerajaan membuat tender semula sehingga lebih banyak syarikat menyertainya bagi mendapat keputusan terbaik melainkan beberapa kali tiada respon atau beberapa kali tiada syarikat yang layak. 

Jika 3 syarikat saja, maka ia tidak boleh dinilai dengan keputusan yang terbaik.

Perlu retender.

Alasan tempoh masa adalah sangat dangkal.

Persoalannya lagi dan lagi, mengapa terburu-buru?

5. Kemusykilannya, mengapa terburu-buru atau telah ada pilihan terpilih di pihak MOT di mana di antara 3 syarikat yang membuat bidaan, adalah syarikat yang sama tetapi dengan nama syarikat yang lain?

6. Di waktu kerajaan PN bergelumang dengan hutang yang bertambah-tambah, rakyat sedang mengalami keperitan hidup, apa perlu projek menggantikan keretapi ini diteruskan? 

Apakah tujuan sebenar kerajaan PN meluluskan rundingan terus projek ratusan juta ini?

7. Pihak MOT berhak membuat laporan polis ke atas Sabahkini2 dan pihak SPRM berhak menyiasat rundingan terus MOT yang terburu-buru ini juga.





Kredit :

Friday, April 9, 2021

Demokrasi Di Malaysia Semakin Tenat, Muhyiddin Nafikan Hak Pengundi Muda!!!

|0 comments

16 Julai 2019, 211 dari 222 Ahli Parlimen telah mengundi untuk menyokong supaya had kelayakan pengundi di Malaysia dari umur 21 tahun kepada 18 tahun.


Undian dilakukan selepas Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir membentangkan bacaan buat kali kedua 
meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.

Ia juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Baca di sini :


Sepuluh hari selepas Dewan Rakyat meluluskan usul tersebut, Dewan Negara pula meluluskan dengan undian lebih dari 2/3 majoriti sokongan Ahli Dewan Negara.

47 dari 68 senator yang menjadi Ahli Dewan Negara telah menyokong usul tersebut.

Baca di sini :


Namun, pengumuman yang dibuat oleh SPR baru-baru ini amat mendukacitakan.

Selepas hampir 2 tahun Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan pindaan tersebut, seramai 5.6 juta pengundi baru sangat-sangat teruja dan berharap akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU 15 nanti.




Tetapi pengumuman yang dibuat oleh pihak SPR baru-baru ini amat mengecewakan mereka.

Seperti alasan data dan sains yang digunakan oleh Takiyudin untuk 'menghalalkan' penggantungan Dewan Rakyat, begitu juga alasan Covid-19 digunakan oleh SPR sebagai alasan untuk menafikan hak 5.6 juta pengundi muda.

Admin tidak berniat untuk meletakkan kesalahan kepada SPR sepenuhnya, kerana admin percaya, kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR itu ada campurtangan dari tangan-tangan ghaib.

Lebih kurang seminggu sebelum SPR keluarkan kenyataan, Yang DI Pertuan Dewan Negara, Rais Yatim, telah mengeluarkan kenyataan yang membayangkan keputusan melayakkan secara automatik pengundi yang beurumu 18 tahun ke atas TIDAK akan dilaksanakan sebelum PRU 15.

Baca di sini :


Rais memberikan alasan yang kebudak-budakan dan tidak boleh diterima akal.

Lebih menjengkelkan lagi, demi untuk mendapat kasih sayang dari 'tuan' yang telah mencucuk hidung beliau, Rais sanggup mempertikaikan keputusan yang telah diluluskan dengan undian 2/3 Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Apakah dengan tindakan ini, Rais masih lagi boleh menganggap dirinya sebagai Yang Di Pertua Dewan Negara?

Apakah yang menyebabkan Muhyiddin dan PPBM takut dengan perlaksanaan pendaftaran secara automatik bagi pengundi yang berumur 18 tahun ke atas :

1) Pindaan ini juga telah bersetuju supaya semua warganegara Malaysia yang sudah melepasi had umur minimum pengundi, 21 tahun didaftarkan secara automatik dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dengan perlaksanaan penuh pindaan ini, pengkalan data SPR bagi pengundi yang layak mengundi akan mendapat tambahan sebanyak 5.6 juta orang pengundi baru, termasuk 1.2 juta pengundi yang berumur dari 18 tahun ke 21 tahun.

5.6 juta pengundi baharu bukan sedikit, ia adalah penambahan sebanyak 37.6% pengundi dari jumlah 14.9 juta pengundi berdaftar yang direkodkan pada PRU 14.

Baca di sini :


Ini akan memberikan impak yang cukup besar kepada keputusan dalam PRU 15 nanti.

Mengapa Muhyiddin takut?

Kerana golongan yang paling banyak terkesan dengan kelemahan dan kegagalan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah golongan-golongan muda.

Yang dibuang perkerjaan sepanjang tempuh PKP dan PKP 2.0 serta Perintah Darurat adalah golongan muda.

Bukan sahaja IKS, malah syarikat-syarikat gergasi luar negara seperti Microsoft, IBM, Sony, Hyundai dan banyak lagi syarikat yang menutup operasi mereka di Malaysia telah menyebabkan golongan muda kehilangan punca pendapoatan serta merta.

Salah guna kuasa dengan mengurung rakyat di rumah tetapi ahli politik PPBM dilihat bebas ke sana dan ke sini dengan sesuka hati sepanjang tempuh PKP telah menimbulkan lagi kemarahan golongan muda terhadap Muhyiddin.


Lebih memarakkan kemarahan golongan muda apabila terbongkar salah seorang ahli politik PPBM yang berjawatan Timbalan Menteri boleh bercuti selama 3 bulan dalam tempuh PKP dan Perintah Darurat!!!

Baca di sini :



Sikap tamak kuasa serta sibuk memancing Ahli Parlimen dengan menggunakan kaedah ugutan serta tidak mempedulikan nasib rakyat telah membuka mata anak-anak muda.

Baca di sini :




Tanpa rasa bersalah, duit rakyat dan negara yang sepatutnya boleh dikembalikan kepada rakyat telah digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan politik sedangkan kehidupan rakyat sekarang ini lebih teruk dari kais pagi, makan pagi!!!

Dalam pengumuman Proklamasi Darurat, Muhyiddin sudah berjanji kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau akan menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen sabaik sahaja Perintah Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021.

Dengan keadaan politik dan ekonomi negara terkini, tidak mungkin SPB YDP Agung akan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Darurat selepas 1 Ogos 2021.

Ini bermakna, mahu atau tidak, bersedia atau tidak, Muhyiddin terpaksa menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2021.

Inilah yang sangat ditakuti Muhyiddin, lalu untuk mengurangkan risiko dimalukan pada PRU 15 nanti, maka gelombang pengundi muda mesti dinafikan hak mereka dalam PRU 15.

Namun Muhyiddin lupa, anak-anak muda pada hari ini tidak sama dengan anak-anak muda generasi beliau.


Jangan sekali-kali berani mengkhianati anak-anak muda hari ini.

Mereka adalah golongan pelapis yang akan mengambil alih kepimpinan negara di masa akan datang.

Kebobrokan yang Muhyiddin lakukan hari ini tetap akan mereka bongkar meski pun mungkin ketika itu Muhyiddin sudah tidak ada lagi di atas dunia ini.

Yang akan menanggung aibnya nanti adalah anak cucu beliau yang hidup ketika itu.

Kepada anak-anak muda yang dinafikan hak untuk mengundi kali ini, jangan terlalu kecewa.

Kalau tidak dapat menumbangkan Muhyiddin dan konco-konconya di peti undi, bantulah Barisan Nasional untuk menumbangkan PPBM.

Tenaga kamu semua amat-amat diperlukan dalam melancarkan jentera pilihanraya Barisan Nasional ketika PRU 15 nanti.

Bersama-sama kita lenyapkan PPBM dari persada politik tanah air buat selama-lamanya dengan menghormati sepenuhnya sistem demokrasi negara dalam PRU 15 nanti.

Wednesday, April 7, 2021

Akhirnya PAS Memuktamadkan Untuk Meletakkan Muafakat Nasional Dalam Muzium

|0 comments

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, akhirnya menamatkan tandatanya sama ada PAS akan bersama Barisan Nasional atau PPBM dalam Pilihanraya Umum 15 nanti.

Sudah jelas lagi bersuluh, PAS akhirnya memuktamadkan keputusan untuk bersama PPBM dan walau pun tidak dinyatakan secara jelas, PAS telah meletakkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional ke dalam muzium.

Tidak mungkin dapat diterima oleh UMNO dan akar umbi UMNO, ditakdirkan seandainya Barisan Nasional memenangi PRU 15 nanti, PAS mengubah keputusan untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

UMNO bukanlah barang mainan yang boleh diambil dan dibuang sesuka hati.

UMNO adalah wadah perjuangan dan maruah bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Seguris luka ditusuk ke kalbu UMNO, 3.4 juta ahli akar umbi UMNO merasakan bisanya.

Adakah akar UMNO kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh PAS?

Secara jujur memang kita akui ianya mengguris serta melukai hati dan perasaan akar umbi UMNO.

Ibarat isteri yang pernah kita ceraikan dalam jangka waktu yang lama sudah rujuk kembali, pastinya kita mengharapkan tautan kasih buat kali kedua ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Namun Allah SWT Maha Penentu segalanya.

Secara tiba-tiba, kasih yang baru terjalin semula itu terlerai juga biola isteri kita mengambil keputusan untuk meninggalkan kita dan menjalin kasih dengan teman baru.

Memang kita terluka, tetapi terluka tidak berarti kita kecewa.

UMNO pernah dikecewakan oleh PAS berpuluh tahun dahulu apabila meninggalkan Barisan Nasional dan ibarat menyiramkan garam ke atas luka tersebut, PAS bermesra pula dengan DAP yang menjadi musuh tradisi UMNO.

Kekecewaan kali kedua ini agak mudah untuk kita atasinya kerana kita pernah mempunyai pengalaman yang sama, malah ianya akan memberikan kekuatan kepada kita.


Apa yang sangat dikesalkan ialah, di manakah hati dan perasaan pemimpin PAS bila mengenangkan kembali bagaimana Dewan Merdeka PWTC dibanjiri oleh ribuan ahli PAS ketika Majlis Memeteraikan Piagam Muafakat Nasional disambut dengan airmata keikhlasan ahli UMNO dan PAS?

Tidak tersentuhkah hati pemimpin PAS bila mengenangkan bagaimana akar umbi UMNO dan ahli PAS berdakapan mesra sebagai tanda kesyukuran apabila ikatan ukhwah kembali terjalin?


Sudah hilangkah semangat perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air apabila mengingatkan kembali jutaan akar umbi UMNO dan ahli PAS sanggup berhujan dan berpanas di Dataran Merdeka ketika menentang ICERD?

Tulisan admin mengenai perhimpunan ICERD mendapat 'hit' melebihi 100,000.

Bukan admin hendak mengatakan tulisan itu 'superb', tapi apa yang admin hendak katakan di sini ialah bagaimana masyarakat Melayu Islam di negara ini amat menyokong dan mahu melihat sendiri penyatuan ummah walau pun tidak dapat hadir di Dataran Merdeka kerana jauh.

Baca di sini :


Kalau penyatuan ummah menjadi topeng kepada strategi jahat pihak di sebelah sana dalam memecahbelahkan ummah, di manakah PPBM ketika kedaulatan Raja dan bangsa Melayu mahu dirobek melalui ICERD dan Statut Rom?

Bukankah mereka yang merperlekehkan dan menyindir dengan kata-kata nista terhadap perhimpunan ICERD?

Bukankah PPBM ketika itu adalah sebahagian dari kerajaan, malah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu juga datangnya dari PPBM?

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, pernah berkata, kerajaan yang naik kerana fitnah akan tumbang dengan fitnah mereka sendiri.

Kini yakinlah, kerjasama yang tidak dipasakkan dengan keikhlasan dan kejujuran tetapi cuma bersendikan sandiwara, pasti akan terlerai dengan sandiwara mereka sendiri.

UMNO menghormati pendirian PAS.

UMNO tidak akan merayu supaya PAS kembali kepada UMNO.

Namun UMNO tidak akan mendahului takdir, seandainya di masa akan datang, PAS ingin kembali kepada UMNO, admin yakin tidak akan ada masalah untuk UMNO terima kembali, namun kemesraannya pasti akan berbeza.

UMNO boleh memaafkan namun akar umbi UMNO pasti tidak akan dapat melupakannya.
fda

Archives