Friday, April 9, 2021

Demokrasi Di Malaysia Semakin Tenat, Muhyiddin Nafikan Hak Pengundi Muda!!!


16 Julai 2019, 211 dari 222 Ahli Parlimen telah mengundi untuk menyokong supaya had kelayakan pengundi di Malaysia dari umur 21 tahun kepada 18 tahun.


Undian dilakukan selepas Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir membentangkan bacaan buat kali kedua 
meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.

Ia juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Baca di sini :


Sepuluh hari selepas Dewan Rakyat meluluskan usul tersebut, Dewan Negara pula meluluskan dengan undian lebih dari 2/3 majoriti sokongan Ahli Dewan Negara.

47 dari 68 senator yang menjadi Ahli Dewan Negara telah menyokong usul tersebut.

Baca di sini :


Namun, pengumuman yang dibuat oleh SPR baru-baru ini amat mendukacitakan.

Selepas hampir 2 tahun Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan pindaan tersebut, seramai 5.6 juta pengundi baru sangat-sangat teruja dan berharap akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU 15 nanti.




Tetapi pengumuman yang dibuat oleh pihak SPR baru-baru ini amat mengecewakan mereka.

Seperti alasan data dan sains yang digunakan oleh Takiyudin untuk 'menghalalkan' penggantungan Dewan Rakyat, begitu juga alasan Covid-19 digunakan oleh SPR sebagai alasan untuk menafikan hak 5.6 juta pengundi muda.

Admin tidak berniat untuk meletakkan kesalahan kepada SPR sepenuhnya, kerana admin percaya, kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR itu ada campurtangan dari tangan-tangan ghaib.

Lebih kurang seminggu sebelum SPR keluarkan kenyataan, Yang DI Pertuan Dewan Negara, Rais Yatim, telah mengeluarkan kenyataan yang membayangkan keputusan melayakkan secara automatik pengundi yang beurumu 18 tahun ke atas TIDAK akan dilaksanakan sebelum PRU 15.

Baca di sini :


Rais memberikan alasan yang kebudak-budakan dan tidak boleh diterima akal.

Lebih menjengkelkan lagi, demi untuk mendapat kasih sayang dari 'tuan' yang telah mencucuk hidung beliau, Rais sanggup mempertikaikan keputusan yang telah diluluskan dengan undian 2/3 Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Apakah dengan tindakan ini, Rais masih lagi boleh menganggap dirinya sebagai Yang Di Pertua Dewan Negara?

Apakah yang menyebabkan Muhyiddin dan PPBM takut dengan perlaksanaan pendaftaran secara automatik bagi pengundi yang berumur 18 tahun ke atas :

1) Pindaan ini juga telah bersetuju supaya semua warganegara Malaysia yang sudah melepasi had umur minimum pengundi, 21 tahun didaftarkan secara automatik dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dengan perlaksanaan penuh pindaan ini, pengkalan data SPR bagi pengundi yang layak mengundi akan mendapat tambahan sebanyak 5.6 juta orang pengundi baru, termasuk 1.2 juta pengundi yang berumur dari 18 tahun ke 21 tahun.

5.6 juta pengundi baharu bukan sedikit, ia adalah penambahan sebanyak 37.6% pengundi dari jumlah 14.9 juta pengundi berdaftar yang direkodkan pada PRU 14.

Baca di sini :


Ini akan memberikan impak yang cukup besar kepada keputusan dalam PRU 15 nanti.

Mengapa Muhyiddin takut?

Kerana golongan yang paling banyak terkesan dengan kelemahan dan kegagalan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah golongan-golongan muda.

Yang dibuang perkerjaan sepanjang tempuh PKP dan PKP 2.0 serta Perintah Darurat adalah golongan muda.

Bukan sahaja IKS, malah syarikat-syarikat gergasi luar negara seperti Microsoft, IBM, Sony, Hyundai dan banyak lagi syarikat yang menutup operasi mereka di Malaysia telah menyebabkan golongan muda kehilangan punca pendapoatan serta merta.

Salah guna kuasa dengan mengurung rakyat di rumah tetapi ahli politik PPBM dilihat bebas ke sana dan ke sini dengan sesuka hati sepanjang tempuh PKP telah menimbulkan lagi kemarahan golongan muda terhadap Muhyiddin.


Lebih memarakkan kemarahan golongan muda apabila terbongkar salah seorang ahli politik PPBM yang berjawatan Timbalan Menteri boleh bercuti selama 3 bulan dalam tempuh PKP dan Perintah Darurat!!!

Baca di sini :



Sikap tamak kuasa serta sibuk memancing Ahli Parlimen dengan menggunakan kaedah ugutan serta tidak mempedulikan nasib rakyat telah membuka mata anak-anak muda.

Baca di sini :




Tanpa rasa bersalah, duit rakyat dan negara yang sepatutnya boleh dikembalikan kepada rakyat telah digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan politik sedangkan kehidupan rakyat sekarang ini lebih teruk dari kais pagi, makan pagi!!!

Dalam pengumuman Proklamasi Darurat, Muhyiddin sudah berjanji kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau akan menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen sabaik sahaja Perintah Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021.

Dengan keadaan politik dan ekonomi negara terkini, tidak mungkin SPB YDP Agung akan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Darurat selepas 1 Ogos 2021.

Ini bermakna, mahu atau tidak, bersedia atau tidak, Muhyiddin terpaksa menasihatkan SPB YDP Agung untuk membubarkan Parlimen selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2021.

Inilah yang sangat ditakuti Muhyiddin, lalu untuk mengurangkan risiko dimalukan pada PRU 15 nanti, maka gelombang pengundi muda mesti dinafikan hak mereka dalam PRU 15.

Namun Muhyiddin lupa, anak-anak muda pada hari ini tidak sama dengan anak-anak muda generasi beliau.


Jangan sekali-kali berani mengkhianati anak-anak muda hari ini.

Mereka adalah golongan pelapis yang akan mengambil alih kepimpinan negara di masa akan datang.

Kebobrokan yang Muhyiddin lakukan hari ini tetap akan mereka bongkar meski pun mungkin ketika itu Muhyiddin sudah tidak ada lagi di atas dunia ini.

Yang akan menanggung aibnya nanti adalah anak cucu beliau yang hidup ketika itu.

Kepada anak-anak muda yang dinafikan hak untuk mengundi kali ini, jangan terlalu kecewa.

Kalau tidak dapat menumbangkan Muhyiddin dan konco-konconya di peti undi, bantulah Barisan Nasional untuk menumbangkan PPBM.

Tenaga kamu semua amat-amat diperlukan dalam melancarkan jentera pilihanraya Barisan Nasional ketika PRU 15 nanti.

Bersama-sama kita lenyapkan PPBM dari persada politik tanah air buat selama-lamanya dengan menghormati sepenuhnya sistem demokrasi negara dalam PRU 15 nanti.

0 comments:

fda

Archives