Wednesday, October 23, 2019

Bukan Bangsa Melayu Malas, Tapi Dr. Mahathir Yang Malas Turun Padang!!!

|0 comments

Benarkah bangsa Melayu malas?

Bukan kami malas tapi kami ditindas oleh pemimpin yang berwajah Melayu tetapi berhati dan berjiwa kaulu...


Kami dituduh sebagai bangsa subsidi tapi hakikatnya kamilah yang dipaksa supaya banyak memberi...

Kami tidak di beri kesempatan oleh mereka sedangkan kami juga mempunyai segulung ijazah dan maruah...

Kalau Dr. Mahathir mengaku dan merasakan dirinya sebagai pemimpin ultra Melayu, bacalah tentang hakikat bangsa Melayu yang kononnya selama ini Dr. Mahathir perjuangkan :


Yang mati dijalanan kerana kerja menghantar makanan, pemandu lori berat ke sana sini tanpa henti2 siang malam itu bangsa Melayu...

Yang ada degree tapi kerja di pasar raya, bawa teksi, Grab, itu bangsa Melayu...

Yang menggenggam diploma yang dibasahi tangisan tiada kerja kerana tidak mampu berbahasa Cina, itu juga bangsa Melayu...


Yang menggadai nyawa di tengah-tengah lautan menangkap ikan, berpanas di tengah bendang itu bangsa Melayu...


Yang mengutip sampah membersih longkang, penjaja-penjaja, peniaga-peniaga kecil yang diancam penguatkuasa PBT di bandar besar atau kecil itu pun bangsa Melayu...

Yang bersengkang mata tak tidur malam, menjaga kilang-kilang, yang bekerja di ladang dan di kebun dan menternak haiwan itu pun bangsa Melayu...

Apakah itu semua bukti yang menunjukkan bahawa kami bangsa yang malas?


Yang berniaga pasar malam, menjaja di karnival-karnival dan expo-expo adalah bangsa Melayu...

Anak-anak muda Melayu ramai yang bekerja di Mc Donald, KFC, Pizza Hut dan banyak lagi rantaian restoran francais di negara ini...


Penghantar surat, barangan dan posmen-posmen ramai bangsa Melayu...

Tidak nampak Melayu ini tidak bekerja dan malas nak kerja...

Apakah bangsa Melayu masih lagi dipandang sebagau bangsa yang malas, wahai Dr. Mahathir?


Yang beratur panjang menghadap jem teruk ke Singapura setiap hari berhujan berpanas itu bangsa Melayu...

Tentera, Polis, Bomba dan penjawat awam yang gaji tak seberapa itu hampir semuanya bangsa Melayu...


Guru-guru, tenaga pengajar yang berkorban jiwa, dihantar ke ceruk tempat terpencil itu pun ramai yang berbangsa Melayu...

Pekerja-pekerja kilang yang berkerja 12 jam satu shift selama 6 hari semunggu tapi pendapatan mereka cuma cukup-cukup makan juga ramai yang berbangsa Melayu...

Yang bekerja sendiri di kampung menghasilkan kraf-kraf seni warisan, bertukang rumah dan pembuat makanan tradisi itu juga bangsa Melayu...

Masih malaskah Melayu?

Apakah pada pandangan Dr. Mahathir cuma bangsa Melayu saja yang malas berkerja? melayu enggan bekerja...

Tak habis-habis dan tak puas-puas Dr. Mahathir hina bangsa Melayu...


Hidup kalau terlalu mewah memang akan pandang orang lain semua pemalas kan?

Keangkuhan akan mengatasi pemikiran...

"Aku boleh kenapa kau tak boleh", teruskan lah prinsip tu...

Ketahuilah Tun dah banyak mengecewakan anak-anak muda yang struggle untuk hidup...

Ceruk mana yang boleh jumpa Melayu tak kerja ni?

Cubalah Dr. Mahathir keluar sekejap daro kelompok elit dan jengah bangsa Melayu yang di bawah nie...

Banyak Melayu tetap berdiri tengah jalan, jual makanan walau kurang laku...

Macam-macam mereka buat...

Buat 4-5 kerja pun ada...

Kenyataannya ialah Dr. Mahathir yang malas melihat dan memandang kepada realiti kehidupan bangsa Melayu...


Dr. Mahathir yang mengamalkan cara pemerintahan British yang sengaja menempatkan orang Melayu di luar bandar tanpa berusaha bersungguh-sungguh menaikkan taraf kehidupan mereka...

Dr. Mahathir hanya mementingkan kroni dan keluarga dan sentiasa memandang rendah kepada bangsa Melayu...

Melayu bukan bangsa pemalas...

Yang jelas kelihatan ialah ada Melayu berhati baruah yang amalkan rasuah dan pecah amanah, ramai...

Melayu yang menjadi seperti pegar makan padi, berlambak...


Pemimpin yang mengaku Melayu, melaungkan ketuanan Melayu dan keagungan Islam, tetapi merompak khazanah negara yang sepatutnya diagihkan kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera miskin memang banyak...

Cukup-cukuplah Dr. Mahathir menghina bangsa kami...

Yang mengkayakan diri dan seperti pegar makan padi adalah pemimpin-pemimpin serta baruah mereka  yang kebanyakannya Melayu...

Ini sebenarnya penyakit orang Melayu...

Tak payah buat kajian PhD, sudah terang-terang di depan mata kita...

Tetapi, orang Melayu masih terkongkong dengan penjilat, pembohong, pengampu pemimpin politik, dan kerajaan yang asyik mendendangkan Melayu malas dan Melayu masih tidak cukup kuasa ekonomi...

Tidak ada siapa pun yang sempurna...

Kalau ada perbahasan dan perkataan yang baik, tetapi pedas dan pahit, cuba telan...

Banyak ubat yang pahit, tetapi mujarab...

Jarang kita jumpa ubat sedap seperti minum teh tarik...

Cukup-cukuplah menghina kami...

Kami bukan bangsa pemalas dan kami akan buktikannya...





Kredit :

Dr. Zaharah

Tuesday, October 22, 2019

Dr. Mahathir Menyindir Tapi Menteri Yang Tak Reti Bahasa Syok Sendiri...😂😂😂

|0 comments

Kita pening tenguk perangai Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof aka Pak Wan Kereta Terbang...

Dah terang Dr. Mahathir memperlekehkan usaha nak wujudkan kereta terbang kat Malaysia dan mahu cerita tentang kereta terbang tu dimuziumkan jer, tapi Pak Wan Kereta Terbang masih tak reti bahasa (BACA DI SINI)...ðŸĪĶ‍♂️ðŸĪĶ‍♂️ðŸĪĶ‍♂️


Buat kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "Dah Tua Pun Bodoh!!!


Tentu ramai yang masih ingat macam mana Dr. Mahathir tunjukkan reaksi muka 'tak boleh blah', bila Pak Wan tunjukkan kereta 5 kipas yang dicanangkan sebagai prototaip kereta terbang Malaysia yang pertama, masa kat Pameran LIMA di Langkawi, kesian kita tengok Atoq...😂😂😂

Tapi Pak Wan Kereta Terbang is Pak Wan Kereta Terbang and he will always be...

Masa kat LIMA Langkawi tu, depan 2 biji mata Pak Wan Kereta Terbang, Dr. Mahathir bagi signal, 'hang jangan dok merapu Pak Wan', tapi Pak Wan Kereta Terbang tetap dengan rasa gah bercerita pada wartawan tentang prototaip kereta 4 kipas tu dan dengan perasannya merasakan diri dia akan tercatat dalam sejarah sebagai pelopor teknologi kereta terbang kat Malaysia nie...😜😜😜


Malah Pak Wan Kereta Terbang dengan 'poyonya' mengumumkan dia akan menjadi orang pertama yang akan naik kereta terbang kat ruang angkasa, oppss, ruang udara Malaysia (BACA DI SINI)...


Bulan Julai lepas, Pak Wan Kereta Terbang siap umumkan yang kereta 4 kipas pertama di Malaysia akan berada di ruang udara Malaysia pada awal bulan Oktober 2019 (BACA DI SINI)...ðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢ


Sekarang dah melebihi pertengahan Oktober 2019, bila ditanya tentang prototaip yang dikatakan akan 'take off' di bumi Malaysia buat pertama kali, Pak Wan Kereta Terbang berceritalah pulak tentang projek kereta terbang kedua Malaysia yang akan gunakan teknologi Amerika, fuyoooo (BACA DI SINI)...ðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢ

Paling 'win' bila Pak Wan Kereta Terbang siap cakap, dengan kelajuan kereta terbang kedua nie, penerbangan dari KL ke Pulau Pinang akan cuma mengambil masa 1 jam jer (BACA DI SINI)...ðŸ˜ŪðŸ˜ŪðŸ˜Ū


Mungkin sebab tak tahan dengan angan-angan Mat Jenin Pak Wan Kereta Terbang tu, Dr. Mahathir keluarkan sindiran yang cukup tajam untuk Pak Wan Kereta Terbang...


"Nanti bila semua orang dah ada kereta terbang, akan ada pula jamned kat atas tu, terpaksalah polis trafik terbang", sindir Dr. Mahathir pada Pak Wan Kereta Terbang...ðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢ

Cuma admin nak tanya pada Pak Wan Kereta Terbang, kena bayar TOL tak nanti...

Pak Wan Kereta Terbang kena mula bagi gambaran tentang 'charge' TOL, sebab nanti, bila sampai masanya tahun depan, senang Pak Wan nak kalihkan soalan wartawan yang tanya tentang prototaip kereta terbang kedua Malaysia...

Pak Wan boleh jawab, sekarang nie, sebelum kita lancarkan kereta terbang pertama dan kedua, kita sedang bangunkan plaza kutipan TOL tergantung untuk kemudahan 'pilot-pilot' kereta terbang...

Bila ada TOL, barulah Dr. Mahathir akan bagi sokongan 100%!!!

Monday, October 21, 2019

Norhizam Hassan Baktee, YB Kereta Berlogo Yang Poyo!!!

|0 comments

Mula-mula tular dengan cerita bersikap kssar dengan orang kampung (BACA DI SINI)...


Tak nak cakap dengan orang yang tak sekolah konon, pada hal yang YB Berlogo sound tu pensyarah, sedangkan YB Berlogo sendiri tak habis belajar...ðŸĪ­ðŸĪ­ðŸĪ­


Lepas tu tular pula kisah serbu stor baja petani kampung waktu malam (BACA DI SINI)...

Dah lah ceroboh tanah persendirian tanpa kebenaran waktu malam, bila bertengkar, wirid 'kau kenal aku siapa, aku YB tau' tak pernah lekang dari mulut YB Berlogo...


Lepas satu, satu, kecoh pula cerita YB Berlogo hina penarik beca di Melaka...ðŸĪĶ‍♂️ðŸĪĶ‍♂️ðŸĪĶ‍♂️


Baru nak sejuk, keluar pula cerita teori migrasi babi dari Sumatera ke pantai negeri Melaka...

Kita akui, memang orang-orang tua ada beritahu babi memang boleh berenang dan merentas sungai, tapi yang buat kita geleng kepala, begitu panjang pantai barat kat Semenanjung Malaysia nie, dari Perlis sampai ke Johor, boleh pula babi tu tahu kat mana nak landing...

Pandai pula babi tu pilih untuk landing hanya kat pantai di Melaka, semata-mata sebab nak tunjukkan YB Berlogo nie satu-satunya saja YB dan Exco dalam Malaysia yang buat kerja...

Kira babi-babi tu nak kasi 'up' nama YB Berlogo supaya CNN dapat buat lapuran tentang prestasi dan kejayaan YB Berlogo buat tesis tentang babi...

Mungkin lepas nie wartawan dari National Geographic atau Discovery Channel boleh buat liputan tentang kejayaan YB Berlogo membuat kajian tentang migrasi babi...

Sebab mesti dunia nak tahu, macam mana babi tu boleh pilih destinasi dengan tepat, apa panduan yang babi-babi tu gunakan, ada Waze ke atau kompas ke yang babi-babi tu gunakan!!!


Atas jasa YB Berlogo mempopularkan frasa 'Kau kenal aku siapa, aku YB tau' dan kejayaan YB Berlogo membuat kajian tentang migrasi babi, maka kerajaan negeri Melaka mengurniakan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk...

Masa terima anugerah DMSM pun jadi hal jugak...ðŸĪĶ‍♂️ðŸĪĶ‍♂️ðŸĪĶ‍♂️

Katanya masa rehearsel tak datang, lepas tu masa Majlis Penganugerahan, tak tahu apa nak buat, sampaikan TYT Melaka, Tun Khalil Yaakub yang dah beribu kali bagi anugerah, pening kepala...


Berbelit-belit kain selempang pingat darjah kebesaran tu...😒😒😒


Dan terkini, YB Berlogo nie buat kecoh kat IPK Kuala Lumpur pulak...😏😏😏

Dah kawasan tu kawasan larangan, tak payahlah nak main sondol macam 'beliau'...


Kalau YB Berlogo nak orang lain hormat logo yang ada pada kereta YB Berlogo tu, YB Berlogo kenalah juga hormat uniform PDRM, sebab logo yang dijunjung oleh anggota Sang Saka Biru ada tertulis nama Allah SWT dan nama Nabi Muhammad SAW...

Kata sama-sama penjawat awam...


Lagi pun, ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya...

Cuba YB Berlogo baca, nombor 13 tu, nama siapa yang tertulis kat daftar senarai masuk tu...

Kalau YB Berlogo tak tahu, admin beritahu yer, tu nama DYMM SPB Raja Permaisuri Agong...

Kereta yang baginda naik, bukan saja berlogo, malah ada 'out rider escort' lagi, tapi she's very humble queen...😊😊😊

Takkan bila dah jadi Naib Pengerusi DAP Melaka, YB Berlogo dah lupa nasihat orang tua-tua Melayu...


Harap YB Berlogo nie dapat muhasabah diri...

Apa yang YB Berlogo nie nak buktikan sebenarnya...

Ingat YB Berlogo yer, asal perkataan YB tu pada mulanya ialah Yang Berkhidmat dan bukannya Yang Berhormat atau Yang Berlogo...

Tak salah kalau ditukar pada Yang Berhormat tapi orang Jawa kata, respect is honoured not given...

Ingatlah YB Berlogo, menang kat DUN Pengkalan Batu masa PRU 14 hari tu pun sebab kekuatan fitnah yang Pakatan Harapan sebarkan secara tag team mainkan sampai rakyat tertipu...

Buat kata orang, masa tu siapa atau apa saja yang bertanding, kalau tak pakai lambang dacing, mesti menang...

Tiang letrik kalau disarungkan dengan lambang PKR pun boleh menang!!!

Penggal ke 14, nie pun, dah nak masuk pertengahan, rasanya eloklah YB Berlogo mula hantar van kilang tu ke bengkel...


Bukan apa, sebagai persediaan awal, apa orang tua-tua kata, sediakan payung sebelum hujan...

Sunday, October 20, 2019

Wong Yan Ke, RBA DAP Biadab Bawa Mesej Yang Cukup Jelas Pada Semua

|0 comments

Mahasiswa biadab, Wong Yan Kee, yang membawa plakad di atas pentas utama dan di hadapan VVIP yang menuntut Naib Canselor, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim letak jawatan semasa Konvokesyen UM berlangsung memberikan kita mesej yang sangat jelas...

Dalam kejadian itu, Wong Yan Kee juga dengan biadabnya menjerit, "Ini tanah Malaysia" di depan VVIP!!!

Admin tak nak mengulas mengenai Wong Yan Kee sebab rasanya ramai yang dah tahu siapa budak biadab yang suka cari publisiti murahan tu...


Sebab boleh dikatakan keseluruhan rakyat Malaysia termasuk Felo Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong sendiri mengecam apa yang dilakukan oleh Wong Yan Kee (BACA DI SINI)...

Untuk rekod, Wong Yan Kee juga adalah manusia yang sama cuba menimbulkan provokasi dengan berdiri di tepi jalan sambil memegang plalad karikatur yang menggambarkan wajah DS Najib, ketika DS Najib dijemput untuk memberikan 'talk' kepada mahasiswa UM sedikit masa lalu...


Bukan menjadi rahsia lagi, tindakan Wong Yan Kee didalangi oleh DAP...

Tanpa sokongan dari belakang yang kuat, tak mungkin budak hingusan seperti Wong Yan Kee berani bertindak sejauh itu...


Ini jelas sebaik saja Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros, mengeluarkan kenyataan bahawa pihak UM mempunyai hak untuk menahan ijazah Wong Yan Kee (BACA DI SINI), Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (DAP), membantah gesaan supaya ijazah Wong Yan Kee ditahan (BACA DI SINI) walau pun hakikatnya pihak UM bukan saja mempunyai hak malah memang patut menahan ijazah Wong Yan Kee...


Malah ketika pihak UM membuat laporan polis berkaitan isu itu, Lim Kit Siang (DAP) pula menggesa supaya laporan polis yang telah dibuat oleh UM ditarik balik (BACA DI SINI)...

Kenapa Dr. Abdul Rahim Hashim Jadi Sasaran


Wong Kan Ye dikatakan tidak berpuas hati dengan Naib Canselor UM, Abdul Rahim kerana bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu dan juga atas ucapan aluan Abdul Rahim dalam sesi pembukaan kongres tersebut...


Kononnya, Wong Yan Kee menganggap tindakan dan ucapan Abdul Rahim sangat-sangat memalukan dan bersifat rasis...

Apa yang memalukan dan apa yang rasis?

Ramai menganggap, Kongres Melayu yang dianjurkan itu kononnya menimbulkan kemarahan DAP...

Bagi admin, adegan kemarahan suam-suam kuku DAP terhadap kongres tersebut cuma salah satu dari beribu-ribu wayang DAP dalam pentas politik...


Portal ini pernah menyiarkan keluaran yang mendedahkan, DAP sebenarnya 'memberikan restu' kepada PPBM untuk menganjurkan kongres tersebut malah turut menaja dana untuk dibayar kepada 'ayahanda-ayahanda' NGO Melayu supaya turun sama menjayakan kongres tersebut (BACA DI SINI)...

Mungkin ada yang akan bertanya, kalau dah DAP 'bagi restu' kenapa pula diarahkan 'anjing tambatan' untuk buat kecoh masa Majlis Konvokesyan UM?

Jawapannya, disinilah kebijaksanaan strategi politik DAP...

Setiap pelaburan, sama ada ianya menjadi atau tidak, DAP akan pastikan ianya membawa keuntungan yang berlipat kali ganda pada DAP...

Kalau Kongres Melayu berjaya menyaingi Muafakat Nasional, DAP akan mendapat keuntungan secara langsung bila sokongan Melayu pada PPBM dan PAN bertambah...

Kekuatan PH akan menjadi lebih kukuh dan dengan sendirinya DAP akan mempunyai lebih banyak kuasa dalam kerajaan kerana untuk PPBM mengimbangi kuasa DAP dalam Pakatan Harapan adalah terlalu jauh dari jangkauan...

Tetapi hakikatnya, kongres tersebut gagal menarik sokongan Melayu seperti yang diharapkan akibat dari mulut longkang Dr. Mahathir, maka seiringan dengan wayang suam-suam kuku yang dimainkan sebbelum kongres, maka tibalah masanya  'anjing tambatan' DAP dikerahkan untuk menyalak waktu Majlis Konvokesyen UM dan DAP akan terus dilihat sebagai satu-satunya parti yang menjadi hero kepada masyarakat bukan Melayu....

Seperti tajuk dalam tulisan admin kali ini, mesej penting untuk semua rakyat Malaysia sama ada yang bergelar ahli akademik, atau yang bergelar ayahanda-ayahanda dalam NGO Melayu Islam, atau yang bergelar pelajar atau mahasiswa atau sesiapa saja, janganlah dibiarkan diri kita, maruah dan harga diri kita digunakan dan diperbodohkan oleh pakar-pakar strategi DAP...

Lihat apa yang berlaku pada Naib Canselor UM, Abdul Rahim, akibat membiarkan dirinya dipergunakan dan diperbodohkan, bukan saja kredibiliti beliau sebagai ahli akademi diperlekehkan malah maruah dan harga diri beliau telah ditelanjangkan dan diletakkan di bawah tapak kaki seorang RBA hingusan dari DAP!!!


Budak biadab hingusan MAHU seorang Naib Canselor datang berjumpanya untuk berbincang dan minta maaf!!!

Wow, pembaca fikir, nak kira macam mana tu!!!


Kepada Abdul Rahim, lihatlah disekeliling sekarang ini, apakah ada ahli politik yang dulunya bersemangat dan beriya-iya mahu beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu tampil untuk membela dan mempertahankan beliau?

Atau apakah Abdul Rahim belum cukup Melayu untuk dibela dan dipertahankan maruahnya?


Dan siapakah yang bangkit untuk mempertahankan maruah Abdul Rahim?

Kepada rakyat Malaysia, admin berpesan, setiap apa yang Allah SWT izinkan untuk berlaku, pasti ada pengajaran dan panduan disebaliknya, fikir dan renungkanlah dengan mata hati supaya kita dapat menyingkap apa yang tersirat disebalik yang tersurat...

Rakyat Malaysia pernah tersilap dan melakukan kesilapan kerana terpedaya dan terperangkap dalam permainan politik dalam PRU 14 lepas, jangan biarkan ianya berulang lagi kerana sekiranya Allah SWT telah memberikan amaran dan pengajaran tetapi kita masih lagi melakukan kesalahan yang sama, takut nanti bencana yang lebih besar akan menanti kita!!!

Saturday, October 19, 2019

Hubungan 3 Penjuru Antara DAP, LTTE Dan Zionis Yahudi

|0 comments

Umum mengetahui bahayanya LTTE ini yang mengganas dengan tujuan untuk mewujudkan negara Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka...

Tapi ramai yang tak tahu bahawa pengganas LTTE ini juga memiliki hubungan erat dengan Zionis Israel...

Ibarat cinta 3 segi, hubungan DAP-LTTE dan LTTE-Israel ini bukan hubungan 'bisher-bisher'...


Bekas pegawai khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman, pernah mendedahkan tentang hubungan DAP dengan Israel...

Walau pun selepas beberapa tahun Mohamed Razali membuat pendedahan, hingga ke hari ini, dari DAP menjadi pembangkang hingga kini DAP menjadi kerajaan di peringkat pusat, tidak ada apa-apa saman, pendakwaan apa-apa hukuman oleh Mahkamah Malaysia ke atas Mohamed Razali, meski pun DAP pernah mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang...

Hubungan 3 penjuru antara DAP-LTTE-Zionis bukanlh sesuatu yang boleh dipandang ringan...


Victor Ostrovsky, bekas pegawai perisikan Israel, Mossad, mendedahkan hubungan Israel dengan pengganas LTTE ini melalui saluran 'Indian Abroad' beliau memaklumkan bahawa Mossad melatih ramai kader LTTE...


Antara karya Victor Ostrovsky ialah 'By Way of Deception : The Making of a Mossad Officer'...


Wartawan veteran Sri Lanka, Latheef Farook juga mengarang artikel tentang hubungan LTTE dengan Israel di mana beliau mengatakan bahawa Sri Lanka (ketika itu di bawah pimpinan Rajapaksa) gagal untuk mengesan latihan Mossad Israel kepada kader LTTE...

DAP sebagai parti yang mendominasi Pakatan Harapan pula didedahkan menerima dana sebanyak RM1.2 bilion (USD300 juta) daripada Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman...

Kegagalan DAP mengambil tindakan undang-undang dan menjawab secara tuntas pendedahan oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng itu, sehingga kini akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel...

Ada 3 pendedahan serius yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel :


》Mohamed Razali mendakwa DAP menerima dana PRU Ke-13 sebanyak RM1.2 bilion (USD300 juta) dari Israel...

》Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi, malah Mohamed Razali sendiri antara yang menjalani latihan tersebut...

Mohamed Razali juga turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng, kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali sendiri antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut...

》Implikasi dakwaan Mohamed Razali, kapal selam Israel akan dibenarkan berlabuh secara rahsia di Malaysia khususnya di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya...


Terbaru pada April 2019, Senator DAP Nga Hock Cheh, secara terbuka menyeru kerajaan Pakatan supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan membuka pejabat kedutaan di Israel (BACA DI SINI)...

DAP Perak pernah menyelar bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak membenarkan 2 atlet Israel untuk masuk beraksi dalam kejohanan luncur angin di Langkawi pada 2015...

Dalam kes hubungan DAP-LTTE pula, reaksi melampau dua pemimpin DAP iaitu P. Ramasamy dan Lim Guan Eng juga agak mengejutkan...


Dengan bongkak, Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy, mencabar pihak berkuasa untuk menangkapnya di bawah SOSMA 'kalau berani'!!!

P. Ramasamy bahkan mengatakan beliau akan mendesak kerajaan Pakatan untuk bebaskan kesemua 7 individu yang ditahan PDRM kerana menyokong kumpulan pengganas LTTE...

Lim Guan Eng pula melangkaui kuasa PDRM apabila mengeluarkan kenyataan jaminan 'tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan polis'...

Seharusnya, DAP wajib menghormati pasukan keselamatan dan perisikan negara...

DAP kini bukan lagi parti pembangkang, sebaliknya parti kerajaan...


Sesungguhnya, pendedahan hubungan pemimpin DAP dengan pengganas LTTE ini wajib ditangani dengan komprehensif dan strategik, kerana ia melibatkan sokongan ideologi, bukan sekadar hubungan peribadi yang normal...

Demi menghormati institusi keselamatan negara, serta memelihara keharmonian rakyat, DAP wajar memecat pemimpinnya yang jelas terlibat menyokong atau mempromosi pengganas LTTE...

Begitu juga dalam kes hubungan DAP-Israel, segala sumber kewangan asing DAP perlu dibuktikan bebas daripada dana RM1.2 bilion dari Israel seperti mana didedahkan Mohamed Razali...

Hal ini cukup kritikal kerana peranan Israel khususnya Mossad dalam menggugat kestabilan dan keamanan Sri Lanka sudah jelas terbukti...

Maka amat wajar risiko sama dalam konteks Malaysia diambil kira...

Sebagai kerajaan yang berkuasa saat ini, Pakatan Harapan wajib bertindak tegas dalam menangani dan mencegah hubungan sulit tiga segi antara DAP-LTTE-Israel ini demi keselamatan negara...

Berpesan-pesanlah dengan amaran pepatah Melayu ini :

Jangan menjadi kambing yang menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya...





Dari tulisan asal :

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Friday, October 18, 2019

Dulu Anwar Gerakkan Langkah Kajang, Sekarang Sembrong Gerakkan Langkah Putrajaya

|0 comments

2 serangan terbuka Anwar Ibrahim ke atas Hishamuddin Tun Hussien aka H2O, membawa petanda bahawa iklim politik negara akan dilanda ribut yang besar...


Secara terbuka dan jelas, Anwar Ibrahim memberitahu bahawa ada percubaan yang didalangi oleh MP Sembrong, H2O, untuk menghalang dari peralihan kuasa yang dikatakan telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Harapan antara Dr. Mahathir dan Anwar...


Bukan hanya di dalam Dewan Rakyat, malah ketika di luar Dewan Rakyat, Anwar sekali lagi melakukan serangan yang sama ke atas Hishamuddin...



Kalau kita masih ingat lagi, dalam satu sidang media kepimpinan Pakatan Harapan selepas Kongres Melayu, Anwar telah menyindir Dr. Mahathir secara berdepan...

Persoalannya, mengapakah Anwar secara terbuka dan berdepan berani menyerang Dr. Mahathir dan secara terbuka mengaitkan Hihsamuddin dalam perkara ini?


Hishamuddin pernah dikatakan sebagai dalang utama yang merancang MP keluar dari UMNO awal tahun 2019 (BACA DI SINI)...

Akibat dari gerakan yang dikatakan telah dilancarkan oleh Hishamuddin, beberapa pemimpin parti Pakatan Harapan terutamanya DAP telah melenting dan mengeluarkan beberapa kenyataan yang mendesak Dr. Mahathir supaya tidak menerima mana-mana MP UMNO yang melompat parti...

Bergegar Pakatan Harapan waktu itu...

Dan sekarang sekali lagi dikaitkan dengan perkara yang sama...

Orang tua-tua kata, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang...


Hishamuddin cuba untuk menafikan apa yang sedang hangat diperkatakan bukan saja di kalangan ahli politik malah menjadi perbincangan hangat di merata ceruk rantau di Malaysia sekarang ini (BACA DI SINI)...


Sekarang pokok dah bergoyang kuat (BACA DI SINI)...

Yang nyata, Pakatan Harapan secara jelas goyang dengan usaha untuk menubuhkan kerajaan baru tanpa DAP dan PAN, yang sedang dilakukan oleh Hishamuddin (kalau memang ada)...

Kalau tidak, masakan Anwar sampai terpaksa lepaskan geram depan Dr. Mahathir dan juga di dalam dan di luar Dewan Rakyat menyerang Hishamuddin...

Kalau tidak rasa terjejas, masakan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan terpaksa mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan kebersamaan mereka dan tidak akan berpecah...

Yang jelas seperti cacing kepanasan sudah tentulah Anwar, DAP dan PAN...ðŸĪŊðŸĪŊðŸĪŊ

Sebab, kalau apa yang diperkatakan itu menjadi nyata, Anwar akan kekal sebagai PM tepi buat selama-lamanya, DAP dan anak angkatnya PAN, akan tersingkir dari kerusi empuk di Putrajaya!!!

Sebab itu kita perhatikan, yang terlompat-lompat macam beruk untuk keluarkan kenyataan hanyalah Anwar, DAP dan juga PAN...ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ

Steadylah Sembrong, dahsyat juga penangan Sembrong nie yer...

Apapun percaturan mereka, biarlah mereka dan keluarga mereka yang selesaikan...

Yang penting ialah, langkah Putrajaya yang digerakkan Sembrong bukanlah langkah yang mendapat restu dari gabungan parti dalam Muafakat Nasional terutamanya UMNO dan PAS...

UMNO dan PAS mesti terus perkukuhkan perpaduan dan penyatuan nasional untuk kita merampas Putrajaya secara bersih dalam PRU 15 nanti...

Tanpa perancangan seperti yang dilakukan Sembrong, tanpa PAN, tanpa PPBM dan tanpa PKR dan lebih-lebih lagi tanpa DAP, In Sya Allah, Putrajaya akan menjadi milik parti gabungan Muafakat Nasional...

Thursday, October 17, 2019

Terbukti Ramai Pemimpin DAP Ada Kaitan Dengan LTTE, Bukti Apa Lagi Yang Dr. Mahathir Dan KDN Mahu!!!

|0 comments

P. Ramasamy, Kulasegaran, Saminathan, Gunasegaran adalah pemimpin kanan parti DAP yang dikaitkan dengan pengganas LTTE...

2 dah kena cekup...

Saminathan, ADUN Gadek merangkap Exco Negeri Melaka dan Gunasegaran ADUN Seremban Jaya dah ditangkap...

Kulasegaran dan Ramasamy sekarang tengah jadi cacing kepanasan...

Cuba nafikan penglibatan mereka dengan LTTE dengan kenyataan-kenyataan yang merapu...

Ingatkan berani sangat, rupa-rupanya, tak dak teloq!!!

Penglibatan P. Ramasamy


Video klip ini dirakam dalam ucapan Ramasamy di luar negara...

Dalam video klip nie sangat jelas, P. Ramasamy bukan saja bersimpati malah dengan tegas menyokong ideologi dan perjuangan pengganas LTTE...

Ramasamy menggesa supaya perjuangan bersenjata LTTE digandingkan dengan perjuangan politik supaya semangat perjuangan pengganas LTTE boleh lebih berjaya...


Bukan sekadar ucapan biasa, malah dalam satu sambutan LTTR besar-besaran di Kuala Lumpur, P. Ramasamy berjanji, sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya, beliau akan menggesa kerajaan Malaysia supaya mengiktiraf perjuangan pengganas LTTE!!!

Komitmen P. Ramasamy dalam menghidupkan ideologi LTTE tidak terhenti setakat ucapan-ucapan beliau di atas pentas...

Malah beliau telah cuba menanam doktrin pengganas LTTE di kalangan pelajar sekolah Tamil...


P. Ramasamy memuatkan gambar di halaman Facebook rasminya sebuah program motivasi 'Vettri Nayagan' pada 19 November 2013 bersama dengan pelajar-pelajar sekolah Tamil...

Di sana dapat dilihat terdapat potret besar V. Prabhakaran pengasas LTTE di Sri Lanka...


Adakah perlu untuk diangkat wajah pengganas di dalam sebuah program bersama pelajar?

Inikah perpaduan yang ingin dibina di Malaysia?

Penglibatan Kulasegaran


Dalam satu majlis sambutan Hari Perwira LTTE, Maaveerar Naal (BACA DI SINI), Kulasegaran dengan jelas mengagungkan pengganas LTTE...

Malah Kulasegaran mahu monumen pengganas LTTE yang dibina di Mauritius, juga dibina di Malaysia...


Meniupkan semangat untuk membina tugu peringatan pengganas LTTE bukanlah gambaran yang Kulasegaran setakat bersimpati dengan nasib orang Tamil di Sri Lanka tetapi ianya adalah satu sokongan terhadap pengganas LTTE dan cuba menghidupkan semangat itu di Malaysia!!!

Dalam ucapan Kulasegaran, jelas membuktikan kepada kita bahawa hubungan beliau dengan pengganas LTTE bukanlah baru terjalin...

Secara terus terang beliau mengakui hubungan beliau dengan pengganas LTTE sudah terjalin mungkin lebih dari 10 tahun!!!


Malah Kulasegaran turut menggunakan pemimpin kanan pengganas LTTE, Seeman, untuk membantu kempen pilihanraya beliau sebelum PRU 14!!

Semangat Pengganas LTTE Sudah Mula Subur Di Malaysia


Tahniah kepada pihak PDRM, terutamanya Dato' Mohd. Ayob, kerana bertindak tegas dalam menangani isu LTTE...


PDRM TIDAK BOLEH tunduk kepada sebarang tekanan yang datang dari pemimpin DAP...

Penahanan dan siasatan segera mesti dilakukan terhadap P. Ramasamy dan Kulasegaran...

Kerana merekalah pendokong utama yang menjadi tunjang untuk menghidupkan ideologi pengganas LTTE...

Kita memuji tindakan PDRM menangkap Saminathan dan Gunasegaran...


Saminathan dengan jelas telah salah guna kuasa dengan melantik penyokong pengganas LTTE untuk menjadi eksekutif kanan di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka...

Mungkin pengaruh Saminathan hanya setakat di Melaka tetapi pengaruh P. Ramasamy dan Kulasegaran boleh menyemarakkan ideologi pengganas LTTE ke seluruh Malaysia!!!

Ianya mesti dibendung dengan segera!!!

Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri MESTI mengambil tindakan segera membubarkan parti politik DAP kerana sudah terbukti beberapa pemimpin utama mereka terlibat secara langsung dengan pengganas LTTE malah cuba menanamkan doktrin oengganas LTTE kepada masyarakat India di Malaysia...


Lebih mengejutkan lagi, PDRM mendedahkan ada transaksi akaun bank dalam jumlah yang besar dengan pengganas LTTE...

Sekira ianya melibatkan akaun parti DAP baik di peringkat pusat atau negeri atau cawangan, maka ianya mesti disiasat di bawah AMLA!!!

Malaysia bukanlah bumi yang subur untuk ideologi pengganas atau perjuangan pengganas...

Mesej kami rakyat Malaysia kepada P. Ramasamy, Kulasegaran, Saminathan, Gunasegaran dan mana-mana pemimpin parti politik dari mana-mana parti politik :

Rakyat Malaysia cintakan keamanan...

Mungkin kami berselisih pendapat dan pandangan dalam politik tapi percayalah, dalam menentang pengganas, kami akan ketepikan perbezaan politik kami dan bersatu untuk menentangnya hingga ke akar umbi!!!

Wednesday, October 16, 2019

Gagal Raih Simpati Melayu Di Kongres Melayu, Dr. Mahathir Akan Lepas Jawatan APEC Chile 2019?

|0 comments

Masa untuk Atoq 'enjoy' ke luar negara lagi...

Yang terkini sebelum ini ialah UNGA...


Medan Atoq bercakap dengan kerusi kosong sebab kabarnya, masa Atoq bercakap, ramai pemimpin luar negara keluar dewan...

Yang Menteri Semburit pula, syok sendiri, bentangkan hala tuju masa depan ekonomi Malaysia...😏😏😏

Rakyat Malaysia sendiri pun 'konpius' dengan hala tuju masa depan ekonomi Malaysia...ðŸĪ”ðŸĪ”ðŸĪ”

Yang rakyat Malaysia nampak, hala tuju ekonomi Malaysia ialah jual aset negara, tambah hutang luar, mansuh semua bantuan dan subsidi pada rakyat, lepas tu buat hubungan Malaysia dengan negara pengimpot utama komiditi Malaysia jadi tegang supaya harga komiditi Malaysia jatuh dan sekarang hampir tak laku!!!


Hubungan dengan China dah hancur dan sekarang nie pula, macam-macam yang keluar dari mulut Atoq yang menyusahkan rakyat termasuk berkenaan India...

Padahal ada cara diplomasi, tapi dia nak tunjuk macam Malaysia nie kuat...


Entah apa yang akan dikatakan Atoq di APEC Chile 2019 nanti...

Apa pun, tahun depan APEC 2020 di Kuala Lumpur...

Belum pasti Atoq jadi tuan rumah sebab banyak khabar dari sumber-sumber rapat sedang bertiup kencang tentang Atoq dan peralihan kuasa...

Sumber terkuat mengatakan Atoq akan letak jawatan selepas APEC Chile 2019!!!

Ramai yang tak tahu, sebenarnya kongres hari tu adalah tempat Atoq 'test market' dengan harapan Atoq akan dapat sokongan atau sekurang-kurangnya ada resolusi yang mendesak supaya Atoq terus pegang jawatan Perdana Menteri paling tidak pun sampai hujung penggal...


Sepatutnya kongres ada babak klimaks yang diberi nama Tangisan Terlampau Atoq Tua untuk tarik simpati...😭😭😭

Untung sabut timbul yer tak...

Jika kuat sokongan, bolehlah Atoq kekal...

Tapi disebabkan mulut longkang Atoq, keadaan sebaliknya yang berlaku...


Kongres yang sepatutnya tarik simpati bertukar jadi kemarahan orang Melayu pada Atoq jadi berapi...


Sebab tu Bang Non berani BARUAHKAN kongres tu betul-betul depan muka Atoq...😂😂😂

Kalau matlamat kongres ikut perancangan, takkan Bang Non berani BARUAHKAN kongres depan muka Atoq!!!

Apakan daya Atoq cuma mampu menjeling Bang Non...😒😒😒

Tak mampu nak buat apa-apa lagi, hanya menanah dalam hati!!!

Mencicit Mat Sabu lari bila tengok Atok menjeling Bang Non, takut kena tempias kemarahan Atoq ler tu...

Tapi, adakah pasti Atoq letak jawatan Disember 2019 dan serah dengan aman pada Bang Non?

Tapi sejarah dah buktikan yang Atoq TIDAK AKAN serahkan jawatan Perdana Menteri tu pada Bang Non...

Atoq lebih rela bubarkan parlimen dari serahkan pada Bang Non...

Mati hidup balik, Bang Non TAK AKAN dapat laluan mudah untuk jadi Perdana Menteri dari Atok...

Jadi pada siapa Atok akan serahkan jawatan Perdana Menteri tu?

Atoq kini diasak kiri dan kanan, depan dan belakang, tapi Atoq diam...


Ada teori katakan, PRK Tg. Piai akan menyaksikan calon Perdana Menteri yang akan menggantikan Atoq!!!

Persoalannya siapa pilihan Atoq sebab Parlimen Tg. Piai penyandangnya adalah PPBM...

Calon yang sesuai dari PPBM nampak macam kelam jer...

Apa mungkin Mukhriz aka Boboi akan bertanding di PRK Tg. Piai?

Kalau untuk sediakan laluan sebagai PM, memang yer lah tu...

Tapi bolehker menang?

Atau Atoq akan buat kejutan dengan berkerjasama dengan UMNO untuk letakkan calon yang berkebolehan di Tg. Piai...


Tak mungkin DS Zahid tapi kalau Tok Mat Hassan mungkin Atoq setuju...

Yang hampir pasti ialah di tangan Atoq sekarang ialah buah catur yang terakhir...

Dan tak mungkin Atoq akan beri mandat pada calon pilihan DAP sebab nampak dah tindakan secara tiba-tiba PDRM tangkap LTTE adalah petanda buah catur terakhir akan Atoq gerakkan...

Sebab katanya PDRM dah ada maklumat tentang LTTE nie dari tahun 2011 lagi, tapi kenapa secara tiba-tiba baru sekarang nie bertindak yer...

8 tahun lama tu!!!

Kes ISIS dengan DAESH cepat jer PDRM ambil tindakan...


Memang menarik derrr, yang digembar-gemburkan ialah 2 ADUN DAP...

Kita tahu, DAP memang tengah pening kepala dengan Atoq dan menekan hebat supaya Atoq cepat serahkan jawatan pada Bang Non...

Jadi, mungkin ini serangan Atoq pada DAP, macam omputeh cakap, 'you scratched my back, I'll scratch yours'...

Apa pun, siapkan Pop Corn untuk siri drama Atoq seterusnya selepas APEC Chile nie?

Atoq akan balik ke Malaysia atau 'cuti panjang aka selama-lamanya' di Buenos Aires atau Bosnia?

Ingat yer, peramal Thailand ada meramalkan sesuatu yang besar akan berlaku di Malaysia pada tahun 2019, bukan admin percaya tapi nak tenguk, 'terror' tak peramal Thailand tu...😜😜😜
fda

Archives