Sunday, May 31, 2020

Penipuan Pakatan Harapan Terbongkar Lagi

|0 comments


Kalau pendedahan ini dilakukan oleh pemimpin UMNO atau PAS, pastinya Pakatan Harapan akan katakan ianya adalah satu pembohongan yang bermotifkan politik.

Kita menunggu respon dari Pakatan Harapan bila ianya didedahkan sendiri oleh bekas pemimpin Pakatan Harapan dan juga bekas Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terlibat dalam penyiasatan tuduhan Lim Guan Eng terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh melenyapkan duit kutipan GST sebanyak RM19 bilion.

Kita baca pendedahan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin (dahulu PKR sekarang bersama PPBM) :

Antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara.

Sebenarnya wang tersebut (kutipan GST RM 19 billion) tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib. 

Wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan dengan bukti rekod yang elok.

Saya telah memberitahu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketika saya menganggotai jawatankuasa tersebut, supaya bercakap benar.



Tetapi YB Wong Chen (PKR), menyuruh saya ikut saja dan berkata : 

"Biar DAP uruskan perkara ini". 

"Kita kena menyokong kerajaan yang sedang memerintah".

Saya bertegas dan beritahu anggota di PAC, bahawa apa yang diperkatakan mereka adalah tidak benar. 

Kita mempunyai tanggungjawab berkata benar.

Saya katakan kepada mereka ketika prosiding PAC : 

"Apa peranan kita di sini sekiranya apa yang kita katakan tidak benar” (boleh rujuk hansard PAC)."

2 minggu selepas itu, saya telah digugurkan dari PAC.

Saya tidak menyesal digugurkan dari PAC kerana jawatan tersebut bukan ada gaji atau imbuhan tambahan lain.

Tetapi saya paling kesal kerana kami (termasuk saya pada ketika itu) datang dari parti reformasi yang memperjuangkan keadilan, menentang kleptokrasi, bercakap tentang ketelusan dan akauntabiliti akan tetapi kita tidak amalkan apa yang kita perkatakan.

Sekarang saya boleh beritahu kepada semua kerana perkara ini tidak lagi di kenakan embargo.

Willie Mongin
Bekas Ahli Jawatankuasa PAC
Ahli Parlimen Puncak Borneo (Ex-PKR now PPBM)



Sudah jelas lagi bersuluh, penipuan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat adalah penipuan yang disengajakan dan beliau mengetahui fakta sebenar.

Tetapi Lim Guan Eng dengan angkuhnya enggan meminta maaf atas tuduhan tersebut.

Malah Speaker Dewan Rakyat, Mohd. Arif, juga bersubahat bila menolak usul merujuk Lim Guan Eng kepada Jawatankuasa Parlimen kerana menipu (BACA DI SINI).

Menipu Dewan Rakyat dan bersubahat dalam penipuan dalam Dewan Rakyat adalah satu kesalahan yang sangat serius.

Zaman pemerintahan Pakatan Harapan perkara ini telah ditutup tetapi Kerajaan Perikatan Nasional mestilah mengambil tindakan yang tegas terhadap isu ini kerana ianya telah dilakukan oleh Menteri Kewangan (ketika itu) dan Speaker Dewan Rakyat.

Integriti dan akauntibiliti Dewan Rakyat mesti dipertahankan.

Saturday, May 30, 2020

Dr. Mahathir Meroyan Selepas Di Pecat PPBM, Arahkan Orang Luar PPBM Pecat SUK...😂😂😂

|0 comments

Apa sudah jadi dengan parti PPBM?

Apakah Presiden PPBM, Muhyiddin, sudah hilang kawalan terhadap partinya sendiri atau PPBM sudah menjadi parti sarkas atau Dr. Mahathir sudah meroyan kerana dipecat dari PPBM? (BACA DI SINI).


Perkembangan terkini, selepas SUK PPBM, Kapten (B) Suhaimi memecat Dr. Mahathir bersama 4 lagi Ahli Parlimen PPBM, Marzuki Cambridge pula memecat SUK PPBM, Kapten (B) Suhaimi (BACA DI SINI)...😲😲😲

You scratch my back, I scratch yours...🤭🤭🤭

Persoalannya, adakah 'pemecatan' yang Marzuki lakukan itu sah?


Marzuki sebenarnya sudah dipecat dari jawatan Setiausaha Agung PPBM berkuatkuasa 18 Mac 2020 (BACA DI SINI).

Ini bermakna, Dr. Mahathir mengarahkan orang dari luar PPBM memecat Setiausaha Kerja PPBM yang sah mengikut perlembagaan...😂😂😂

'Rule of law' mana yang digunakan untuk mengambil tindakan tersebut?

Jelas Dr. Mahathir sudah berjaya menjadikan PPBM sebuah parti yang menjadi bahan lawak bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Elok juga dijadikan bahan lawak untuk hilangkan stress dalam musim PKPB nie...🤣🤣🤣

Namun dari satu sudut, timbul pertanyaan, apakah Muhyiddin sudah hilang kawalan ke atas PPBM atau Dr. Mahathir and the gang tengah meroyan sebab kena pecat?

Friday, May 29, 2020

Akhirnya Dr. Mahathir Di Pecat Dari PPBM

|0 comments

Keadaan menjadi semakin sukar bagi Dr. Mahathir bila parti PPBM yang beliau sendiri tubuhkan mengambil tindakan memecat keahlian beliau dari PPBM (BACA DI SINI).


Surat rasmi PPBM yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja PPBM, Kapten (B) Muhammad Suhaimi bin Yahya telah menamatkan teka-teki sama ada PPBM berani mengambil tindakan tatatertib ke atas Dr. Mahathir , Mukhriz, Maszlee dan Amiruddin Hamzah.



Pemecatan itu dilakukan ekoran tindakan Dr. Mahathir dan 4 Ahli Parlimen itu berdegil untuk duduk di blok pembangkang sewaktu Parlimen bersidang pada 18 Mei lalu, walau pun amaran sudah diberi oleh PPBM mengenai kemungkinan tindakan pemecatan sekiranya mereka masih berdegil untuk berada di barisan pembangkang sedangkan PPBM merupakan sebahagian dari kerajaan.

Fasal 10.2.3 Perlembagaan PPBM menyatakan, pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka menyertai atau menjadi ahli parti politik lain.

Bolehkah Dr. Mahathir Di Angkat Sebagai Perdana Menteri Sekiranya Undi Tidak Percaya Ke Atas Muhyiddin Berjaya? 




Percaturan politik menjadi semakin menarik sekarang :

- Apakah Dr. Mahathir akan tetap medapat kepercayaan dan sokongan dari Pakatan Harapan dalam undi tidak percaya yang akan beliau usulkan nanti memandangkan Dr. Mahathir sekarang adalah Ahli Parlimen bebas yang tidak menyertai mana-mana parti politik?

- Atau Pakatan Harapan hanya akan menggunakan Dr. Mahathir?

Sekiranya usul undi tidak percaya itu berjaya, maka Dr. Mahathir akan dinafikan jawatan Perdana Menteri atas alasan beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

- Atau Dr. Mahathir terpaksa menyertai parti politik yang lain sama ada PAN atau DAP.

Namun besar kemungkinan Dr. Mahathir akan menyertai PAN dan terpaksalah beliau bertuankan Mat Sabu...😂😂😂

Apakah Dr. Mahathir sanggup bertuankan Mat Sabu yang bertuankan DAP dan PKR?

Namun apakah pilihan yang Dr. Mahathir ada sekarang kerana PKR sudah pasti menolak penyertaan Dr. Mahathir dalam parti tersebut.

Atau Mat Sabu akhirnya akan dijinakkan oleh Dr. Mahathir!!!

Tindakan memecat Dr. Mahathir merupakan pengisytiharan perang Muhyiddin atau PPBM ke atas Dr. Mahathir.

Seperti yang kita ketahui, Dr. Mahathir tidak akan berdiam diri apabila diserang sebegitu rupa.



Malah dikatakan beliau sudah pun memulakan langkah untuk melakukan serangan habis-habisan ke atas Muhyiddin Yassin.
Apakah ini merupakan penghujung karier politik Dr. Mahathir dengan keadaan yang cukup mengaibkan?


Atau apakah ini kifarah dari Allah SWT ke atas Dr. Mahathir yang selama ini terlalu banyak memecahbelahkan bangsa Melayu dan Allah SWT membalas dengan parti yang beliau sendiri tubuhkan di atas ihsan DAP memecat beliau?

Apa pun alasan atau penyebabnya, Dr. Mahathir kini sebenarnya sedang menerima seksaan zahir dan batin dari Allah SWT kerana keangkuhan dan ketamakan beliau.

Wednesday, May 27, 2020

Pakatan Harapan Akan Berkubur Sebelum PRU 15

|0 comments

Sejak Pakatan Harapan tumbang pada Februari lepas, gabungan beberapa parti politik yang kini menjadi pembangkang itu dilihat semakin carca marba.

Bibit perpecahan yang sangat ketara mula kelihatan dalam blok pembangkang, terutama selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir sidang media yang diadakan Dr Mahathir ketika pemimpin Pakatan Harapan yang lain hadir.


Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata :


"Alasan Anwar tidak hadir sidang media itu adalah kerana ianya bukan dianjurkan PH secara rasmi adalah aneh kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu menghadirinya."

Beliau berkata ia jelas ada isu yang belum selesai dalam kalangan pembangkang.


Azmi berkata perselisihan dalaman yang sudah berlaku sejak PH menjadikan PPBM sebagai sekutu, sinonim dengan persepsi pakatan itu tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai sebuah kerajaan."


"Rakyat agak berwaspada dan mungkin mengesyaki mereka tidak memiliki apa yang diperlukan untuk memerintah negara ini," tambah Azmi lagi.


James Chin dari Institut Asia University of Tasmania pula 
berkata :

"PKR dilihat sebagai hubungan yang lemah dalam Pakatan Harapan ketika ini, sambil menambah ada kemungkinan lebih banyak pembelotan dari parti Anwar untuk menyertai Perikatan Nasional."

Beliau berkata pendaftaran rasmi Perikatan Nasional sebagai entiti politik akan menjadi faktor penentu utama sebagai gabungan tunggal menjelang pilihan raya umum akan datang.


"Jika Perikatan Nasional didaftarkan sebagai sebuah gabungan, di mana saya fikir mereka akan lakukannya, maka ini akan membolehkan semua parti dalam Perikatan Nasional termasuk Barisan Nasional berdiri di bawah simbol parti tunggal."


"Dan lebih lama Perikatan Nasional memegang kuasa, lebih mudah untuk mereka membawa masuk beberapa orang PKR," katanya.


Kedudukan PPBM yang memiliki Ahli Parlimen dalam kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang adalah bukti yang cukup jelas kepada kita semua bahawa parti komponen minoriti dalam Pakatan Harapan tetapi mempunyai pemimpin yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan telah berpecah.



Manakala kepercayaan rakyat kepada PAN semakin terhakis apabila PAN cuma dilihat sebagai kuda tunggangan DAP untuk cuba mendapatkan undi orang Melayu dari serpihan PAS.

PAN dilihat tidak mempunyai halatuju perjuangan mereka untuk memenangi hati pengundi Melayu Islam kerana kebanyakan kenyataan pemimpin mereka dan dasar parti PAN dilihat banyak dipengaruhi DAP.


Pakatan Harapan juga tidak mendapat sokongan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kekuatan Warisan di Sabah juga sudah goyah dan telah timbul perkhabaran Kerajaan Warisan Sabah akan tumbang sebagai kesinambungan keruntuhan kerajaan negeri yang berlaku di bawah pemerintahan Pakatan Harapan di Semenanjung Malaysia.

Di peringkat negeri pula, selain telah kehilangan kuasa di Johor, Melaka, Perak dan Kedah, Pakatan Harapan juga dijangkakan akan kehilangan kuasa di Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah.

Kehilangan kuasa di peringkat pusat dan juga di beberapa negeri membuatkan Pakatan Harapan semakin menghampiri penghujung hayatnya dan satu-satunya pilihan yang mereka ada ialah bubar atau terpaksa membubarkan gabungan Pakatan Harapan untuk membentuk satu gabungan pembangkang yang lebih mantap selepas PRU 15 dengan syarat kemelut antara Dr Mahathir mesti diselesaikan segera.


Walau pun admin bukan penyokong Pakatan Harapan, namun satu gabungan pembangkang yang mantap sangat diperlukan dalam sistem demokrasi untuk mewujudkan kuasa semak dan imbang kepada kerajaan.

Namun dalam keadaan sekarang, Pakatan Harapan dilihat hampir pasti akan berkubur selewat-lewatnya menjelang PRU 15 atau pun dijangka lebih awal dari itu.

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

|0 comments


Assalamualaikum...

Admin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua...

Ingat yer, kita masih dalam peperangan menentang Covid-19, jadi jangan ke sana, ke sini...😂😂😂

Lepas Covid-19 nanti baru kita ke sana dan ke sini...

Saturday, May 23, 2020

Kerana Tamak Kuasa, Selepas Heret Istana Kini Dr. Mahathir Akan Heret Rakyat Dengan Cubaan Sabotaj Di Dewan Rakyat

|0 comments

Dr. Mahathir akan dikenang dalam sejarah sebagai ahli politik yang paling banyak menghuru-harakan landskap politik tanah air.

Sikap keras kepala dan pendendam Dr. Mahathir menyebabkan beliau akan lakukan apa saja demi untuk memenuhi nafsu serakah beliau untuk terus kekal bekuasa dalam politik tanah air.

Ramai yan sudah menjadi mangsa nafsu serakah politik Dr. Mahathir.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussien Onn, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, DS Anwar Ibrahim, DS Najib Razak dan terkini yang menjadi sasaran beliau ialah TS Muhyiddin Yassin.

Siapa yang menghalang akan ditentang dan dimusnahkan dengan apa cara sekali pun.

Siapa yang membangkitkan kemarahan beliau akan beliau musnahkan.


DYMM Sultan Selangor pernah mengingatkan kita semua, apabila Dr. Mahathir marah, beliau akan bakar seluruh negara dengan kemarahan beliau.

Dan kini Dr. Mahathir sekali lagi marah kerana sejak bulan Februari lalu, apa saja yang beliau lakukan tidak memihak kepada beliau.

Bermula dari keengganan beliau untuk memenuhi janji melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir didesak dan diasak oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat terakhir yang beliau hadir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (DENGAR RAKAMAN AUDIO MESYUARAT MAJLIS PH)

Akhirnya Dr. Mahathir ambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Manteri yang menyebabkan terbubarnya kabinet Kerajaan Pakatan Harapan.

Strategi Dr. Mahathir ialah untuk melakukan pembersihan menteri yang sering mendesak beliau untuk meletak jawatan dari barisan kabinet beliau.

Tapi niat itu tidak tercapai bila ianya tidak dipersetujui.


Kemudian Dr. Mahathir cuba mengugut Pakatan Harapan untuk membawa keluar PPBM dari Pakatan Harapan dengan mengemukakan cadangan PPBM akan keluar dari Pakatan Harapan dalam mesyuarat kepimpinan PPBM.

Tujuan Dr. Mahathir ialah supaya Pakatan Harapan tidak terus mendesak beliau untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri dengan segera kerana mengikut perkiraannya ketika itu, sekiranya PPBM keluar dari Pakatan Hrapan maka dengan sendirinya Kerajaan Pakatan Harapan akan tumbang.

Tujuan Dr. Mahathir hanyalah untuk mengacah Pakatan Harapan tetapi sebaliknya yang berlaku bila kepimpinan tertinggi PPBM mahu tindakan keluar dari Pakatan Harapan dilakukan dengan segera.

Kecewa dengan keputusan kepimpinan PPBM, Dr. Mahathir mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PPBM.


Keadaan menjadi semakin terbelit untuk Dr. Mahathir bila Presiden PPBM, Muhyiddin mengumumkan PPBM keluar dari Pakatan Harapan yang membuatkan runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan.

Akhirnya bukan sahaja Dr. Mahathir kehilangan jawatan Perdana Menteri, tetapi Pakatan Harapan juga dengan rasminya tersingkir dari Putrajaya.

Dan kini Dr. Mahathir memulakan serangan ke atas Muhyiddin untuk memberikan tekanan supaya Muhyiddin berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Apabila diumumkan 18 Mei yang lalu Dewan Rakyat akan bersidang, Dr. Mahathir menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin dan cadangan usul tersebut telah diterima oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Namun sekali lagi Dr. Mahathir kecewa bila persidangan yang diadakan cuma sehari itu hanya akan mendengar titah dari SPB YDP Agong.

Sebaik sahaja selesai persidangan Dewan Rakyat, Dr. Mahathir membuat sidang media bersama-sama beberapa parti dari Pakatan Harapan sebagai langkah awal untuk kembali merampas jawatan Pengerusi Pakatan Harapan tetapi sidang media itu diboikot oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan PKR.

Sebagai menjawab penipuan Dr. Mahathir bahawa kepimpinan PPBM tidak pernah membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan, terdedah pula rakaman audio Mesyuarat Kepimpinan PPBM yang membuktikan cadangan PPBM untuk keluar dari Pakatan Harapan sebenarnya datang dari Dr. Mahathir sendiri (lihat video klip pertama di atas).

Dan kini Dr. Mahathir menggunakan cara terakhir yang cukup berisiko, bukan sahaja kepada kerajaan yang memerintah sekarang, malah akan membuatkan rakyat semakin menderita di era pasca wabak Covid-19.


Dr. Mahathir mengumumkan akan boikot atau bantah setiap usul yang akan dikemukakan oleh kerajaan di dalam Dewan Rakyat (BACA DI SINI) dan (DI SINI).


Implikasi terhadap tindakan yang akan dibuat oleh Dr. Mahathir adalah sangat besar kepada rakyat dan negara.

Sekiranya tidak ada usul dari kerajaan yang akan diluluskan dalam Dewan Rakyat termasuk usul bajet, kerajaan yang memerintah tidak akan mempunyai dana untuk melicinkan pentadbiran negara.

Penjawat-penjawat awam seperti polis, askar dan beberapa perkhidmatan asas yang lain tidak akan menerima gaji bulanan mereka.

Pentadbiran negara akan benar-benar lumpuh, syarikat-syarikat kontraktor yang mendapat tender dari kerajaan tidak akan mendapat bayaran.

Berjuta rakyat Malaysia akan kehilangan punca pendapatan, ekonomi domestik dan luar akan lumpuh sepenuhnya.

Namun bagi Dr. Mahathir, itu semua tidak berada dalam pertimbangan beliau, yang penting, beliau dapat apa yang beliau mahu.

Benarlah seperti apa yang dititahkan oleh SPB Sultan Selangor, Dr. Mahathir akan membakar seluruh negara dengan kemarahan beliau.

Thursday, May 21, 2020

Sidang Parlimen 18 Mei 2020 Dedahkan Tembelang Sebenar Pakatan Harapan

|0 comments

Persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020 lalu, yang kononnya dinanti-nantikan oleh Pakatan Harapan akhirnya mendedahkan tembelang Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan menuduh TS Muhyiddin sengaja memberikan arahan supaya Dewan Rakyat cuma bersdiang satu hari sahaja kerana kononnya Muhyiddin takut dengan usul undi tidak percaya yang akan Pakatan Harapan adakan.

Kononnya Pakatan Harapan merasa sangat yakin yang mereka akan berjaya menumbangkan kerajaan yang memerintah sekarang kerana mereka mempunyai sokongan yang cukup dalam undi tidak percaya yang akan diusulkan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr. Mahathir.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seramai 117 Ahli Dewan Rakyat dilihat berada di blok kerajaan dan cuma 107 Ahli Dewan Rakyat berada di blok pembangkang, manakala seorang Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dari PKR/PH berkecuali.

Sekiranya undi tidak percaya diadakan juga pada 18 Mei yang lepas, berdasarkan kedudukan Ahli Parlimen, sudah terang lagi bersuluh, Pakatan Harapan akan tewas dalam undi tidak percaya tersebut.

Di manakah asasnya dakwaan Pakatan Harapan yang mereka sudah mempunyai bilangan sokongan Ahli Parlimen yang cukup dalam undi tidak percaya itu nanti?

Apakah Pakatan Harapan berharap ada Ahli Parlimen yang berada dalam blok kerajaan akan berpaling tadah dan menyokong undi tidak percaya itu nanti?


Kalau itu asas keyakinan Pakatan Harapan, pastinya mereka akan kecewa kerana Ketua Pembangkan mereka sendiri, Anwar Ibrahim, sudah mengeluarkan Surat Akujanji menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal.

Atau apakah Pakatan Harapan merancang untuk memalukan Dr. Mahathir dengan sengaja sabotaj usul undi tidak percaya yang akan dibawakan nanti?

Kalau memang itu tujuannya, maka jelas pada kita, tiada kesepakatan di dalam Pakatan Harapan.

Mereka saling pancung memancung, lebih teruk dari enau dalam belukar yang hanya mahu melepaskan pucuk masing-masing.

Dr. Mahathir Mahu Tipu Siapa Sebenarnya


Dalam satu sidang media yang Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan adakan selepas Persidangan Parlimen tempoh hari, sekali lagi Dr. Mahathir menipu dengan mengatakan kepimpinan tertinggi PPBM tidak pernah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan.

Tujuan Dr. Mahathir supaya Pakatan Harapan akan meletakkan segala kesalahan ke atas Muhyiddin dan Muhyiddin akan dilihat sebagai punca tersingkirnya Pakatan Harapan dari Putrajaya.

Namun apa yang berlaku adalah berbeza dari apa yang Dr. Mahathir katakan.


Ternyata Dr. Mahathir sendiri mempengerusikan mesyuarat MPT PPBM ketika keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dilakukan dan Dr. Mahathir sendiri bersetuju dengan keputusan itu.

Bekas Setiausaha Agong PPBM, Marzuki juga mengesahkan PPBM telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dan kepimpinan tertinggi PPBM telah menerima keputusan yang telah dibuat itu.

Siapakah yang mahu Dr. Mahathir tipu?


Legitimasi kerajaan sekarang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Apa lagi dalam titah pembukaan Persidangan Parlimen yang lepas, KBDYMM SPB YDP Agong sendiri mengakui kesahihannya dan baginda menjelaskan pemilihan Perdana Menteri adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Malah secara sindiran, baginda menyatakan bahawa punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan adanya pengkhianatan atau konspirasi tetapi segala-galanya berpunca dari sikap keras kepala DR. Mahathir yang tidak mahu mendengar nasihat baginda supaya tidak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Inilah wajah sebenar Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan.

Baling batu dan sembunyikan tangan, lurus di luar tetapi rencong di dalam.

Sebelum mendapat kuasa dalam PRU 14, sibuk menabur fitnah dan menipu serta bermain politik, selepas mendapat kuasa, masih lagi dengan sikap yang sama.

Dan percayalah, sekiranya mereka mendapat kuasa sekali lagi, sikap mereka akan menjadi lebih rakus lagi dari sebelum ini.

Tuesday, May 19, 2020

Dua Kali Tumbang Di Kedah, Layakkah Mukhriz Cabar Presiden PPBM Untuk Jadi PM?

|0 comments

17 Mei 2020, ADUN Jeneri (PAS), Muhamad Sanusi Md. Nor, mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Dengan sempurnanya majlis tersebut, maka secara rasminya untuk kali kedua Mukhriz disingkirkan dari jawatan sebagai Menteri Besar Kedah kerana kehilangan sokongan majoriti dari ADUN negeri Kedah.

Kali pertama Mukhriz disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Kedah adalah pada tahun 2016 ketika era pemerintahan Barisan Nasional di peringkat pusat dan negeri.

Mukhriz mendakwa kali pertama beliau disingkirkan adalah kerana kritikan pedas beliau terhadap DS Najib yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Kali ini pula, Mukhriz mendakwa beliau disingkirkan kerana mencabar Muhyiddin dalam jawatan Presiden PPBM dan juga kerana beliau menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang akan dibawa oleh bapa beliau, Dr. Mahathir di Dewan Rakyat nanti.


Ironinya, penyebab beliau disingkirkan dari kerusi Menteri Besar pada kali ini setelah dua ADUN PKR, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas), keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada PN pada 12 Mei lalu (BACA DI SINI).

Langkah itu disusuli dengan empat ADUN PPBM yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau menerajui Kerajaan Negeri Kedah.

Apa pun alasan yang diberikan oleh Mukhriz sebagai penyebab tersingkirnya beliau dari kerusi Menteri Besar Kedah, jelas membuktikan keupayaan dan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin diragui.



Sangat jelas peningkatan karier politik Mukhriz sebenarnya didukung dan dibayangi oleh pengaruh bapa beliau, Dr. Mahathir (BACA DI SINI).

Sekiranya Mukhriz gagal mendapatkan kepercayaan dan sokongan dari sekurang-kurangnya 19 ADUN peringkat negeri yang akan mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar, apakah nanti bila sekiranya beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau mampu mengekalkan sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Dewan Rakyat?

Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dengan keadaan politik yang stabil setelah ekonomi negara dan keyakinan pelabur luar terjejas teruk akibat dari pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Memburukkan keadaan setelah Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, negara dilanda pula wabak pandemik Covid-19.

Negara sudah tidak mampu menghadapi krisis politik seperti yang berlaku ketika di penghujung riwayat Kerajaan Pakatan Harapan.

Parti mana pun yang akan membentuk kerajaan, sama ada Muafakat Nasional atau Kerajaan Perikatan Nasional dapat dikekalkan selepas undi tidak percaya yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun ketika Parlimen bersidang nanti, perlu membentuk sebuah kerajaan yang kukuh supaya usaha menjana dan membangunkan ekonomi negara dapat dilakukan dengan segera supaya negara tidak terjebak dalam krisis ekonomi yang lebih teruk.

Ahli Dewan Rakyat mesti membuat pilihan yang bijak ketika undi tidak percaya dilakukan dan sekiranya parlimen dibubarkan, rakyat perlu bijak dalam memberikan mandat kepada parti politik yang akan membentuk kerajaan baharu.

Yang pastinya, jangan dibiarkan Pakatan Harapan yang ditunjangi oleh DAP memerintah Malaysia buat kali kedua.

Pengalaman selama 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan sewajarnya membuatkan rakyat serik untuk memilih mereka semula.

Sunday, May 17, 2020

Undi Tidak Percaya Hanya Untuk Menutup Pekong 22 Bulan PH

|0 comments

Sejak tumbang di Putrajaya, Pakatan Harapan dilihat tidak dapat menerima kenyataan mereka telah kehilangan kuasa akibat dari kerakusan mereka sendiri.

Pakatan Harapan secara berterusan menyalahkan pihak lain yang mereka dakwa menjadi punca kepada kehilangan kuasa mereka.

Sikap degil, tamak dan rakusnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berebutkan pangkat dan kuasa dilihat semakin melampau-lampau sehingga sanggup menderhaka terhadap DYMM SPB YDP Agong dan tidak mempedulikan saat negara sedang dilanda wabak Covid-19.

Tindakan Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution dan Shafie Apdal mempertikaikan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri adalah satu kesalahan yang sangat serius dan tidak boleh dipandang remeh.

Tindakan derhaka ini WAJIB dikenakan tindakan dan dihukum setimpalnya.


Kes yang sama pernah berlaku di negeri Perak.

Karpal Singh mempertikaikan kuasa budi bicara Sultan Perak dalam melantik Menteri Besar.

Sebulan setengah selepas itu, pada 17 Mac 2009, Karpal Singh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali (BACA DI SINI).

Karpal Singh akhirnya didapati bersalah kerana menghasut oleh Mahkamah Tinggi pada 21 Februari 2014 dan telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 sekaligus menghilangkan kelayakan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor (BACA DI SINI).

Peguam Negara mesti memandang serius perkara ini, agar perbuatan menderhaka ini tidak akan menjadi trend atau dipandang remeh oleh golongan politik, seolah-olah kuasa dan pengaruh politik yang ada pada mereka mengatasi kuasa SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu.

Malah, jika dibandingkan penderhakaan Karpal Singh dengan tindakan Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution dan Shafie Apdal sebenarnya jauh lebih berat kerana mereka mempertikaikan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara yang berkedudukan lebih tinggi daripada Sultan Negeri.

Sikap terdesak Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang menimbulkan persoalan.

Apakah sebab sebenar pemimpin Pakatan Harapan dilihat tidak sabar-sabar mahu mendapatkan semula kuasa pemerintahan?

Umum tahu mengenai karakusan dan sifat haloba Pakatan Harapan terhadap kuasa.

Namun sikap terdesak Pakatan Harapan yang dilihat sangat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan sekarang seberapa segera yang boleh sehingga sanggup mengenepikan masaalah wabak Covid-19, malah sanggup menderhaka kepada SPB YDP Agong menimbulkan persoalan yang sangat besar.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrol telah memberikan sedikit gambaran apa sebenarnya yang cuba disembunyikan Pakatan Harapan dengan merencanakan kejatuhan kerajaan sekarang dengan seberapa segera yang boleh.

Seperti yang pernah disiarkan laman blog ini, Tengku Zafrol mempersoalkan kewajaran Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng menambah hutang luar negara berpuloh bilion ringgit sedangkan keadaan kewangan negara adalah sangat kukuh (BACA DI SINI), (DI SINl) dan (DI SINI).

Sepanjang hampir 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan telah membawa perlembagaan dan perundangan negara ke era yang paling gelap dengan bertopengkan laungan Rule of Law mereka.


Kes rasuah banglo Lim Guan Eng, kes pembunuhan Allahyarham Adib, kes fitnah Rafizi, kes penglibatan ahli politik DAP dengan pengganas LTTE dan banyak lagi kes digugurkan tanpa apa-apa perbicaraan.

Itu tidak lagi termasuk beberapa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Kewangan yang melelong berbilion ringgit aset strategik negara di TH, Khazanah Nasional dan IHH.

Sebenarnya inilah yang amat ditakuti oleh Pakatan Harapan.


Kehilangan kuasa secara tiba-tiba membuatkan mereka tidak mempunyai ruang dan peluang untuk membuat 'clearance' dan kini segala maklumat sudah berada dalam simpanan kerajaan sekarang.

Lebih merisaukan Pakatan Harapan bila Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara, Latheefa Koya juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM secara tiba-tba dan Hamid Bador pula akan ditamatkan kontrak dalam masa terdekat.

Lantas bagi Pakatan Harapan, kerajaan sekarang mesti dijatuhkan dengan seberapa segera sebelum pekong sebenar mereka didedahkan







Kredit :

Editor Malaysia

Friday, May 15, 2020

Bolehkah Undi Tidak Percaya Dr. Mahathir Berjaya, Bila Boboi Pun Tumbang Kali Kedua Di Negeri Sendiri?

|0 comments

Manusia merancang tapi hanya Allah SWT yang layak menentukan.

Itulah yang berlaku pada mantan Perdana Menteri ke 4, ke 7 dan Perdana Menteri Interim, Dr. Mahathir.

Dalam beberapa siri kejayaan beliau jatuhkan beberapa orang Perdana Menteri yang bermula dari Tun Hussien Onn, Tun Abdullah dan DS Najib dan kini dalam perancangan untuk menjatuhkan pula Muhyiddin Yassin (BACA DI SINI), tiba-tiba Allah SWT memberikan kifarah dengan menjatuhkan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh anak kesayangan beliau Mukhriz, bukan kali pertama tetapi kali kedua (BACA DI SINI).

Tersingkirnya Mukhriz dari jawatan Menteri Besar Kedah menimbulkan berbagai persoalan :


》Apakah Mukhriz masih lagi dilihat layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia (seperti yang dirancang oleh Dr. Mahathir) bila kepimpinan beliau ditolak sebanyak 2 kali di Kedah, negeri kelahiran beliau dan ayah beliau?

Untuk rekod, kali pertama kepimpinan Mukhriz ditolak adalah pada bulan Februari 2016 (BACA DI SINI), ketika itu beliau menjadi Menteri Besar dengan tiket UMNO yang membentuk Kerajaan Negeri Kedah ketika itu.


》Apakah Dr. Mahathir dan Mukhriz masih lagi mempunyai cengkaman dan pengaruh ke atas parti PPBM, kerana Dr. Mahathir mengakui beliau telah ditolak oleh parti beliau sendiri, PPBM (BACA DI SINI).

》Apakah Dr. Mahathir boleh berjaya dalam usaha beliau untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin, memandangkan sokongan PPBM terhadap beliau pun sudah berbelah bagi, apakah Ahli Parlimen lain dalam Pakatan Harapan akan berikan sokongan undi tidak percaya yang akan beliau lakukan dalam Dewan Rakyat nanti.

》Apakah Pakatan Harapan akan terus memenuhi kehendak Dr. Mahathir untuk melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya dalam undi tidak percaya nanti?

Pakatan Harapan akan menghadapi pilihan yang sukar untuk melantik seorang yang telah ditolak kepimpinannya sebanyak 2 kali di negeri kelahiran  beliau sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

》Dan sekiranya Pakatan Harapan mungkir janji terhadap Dr. Mahathir, apakah Dr. Mahathir akan sekali lagi akan jatuhkan kerajaan?

Sampai bila kemelut politik negara akan terus bergolak angkara 2 orang manusia yang bernama Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim?

Jalan yang terbaik untuk rakyat dan negara Malaysia ialah singkirkan mereka berdua dari pentas politik tanah air!!!

Tuesday, May 12, 2020

Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara, RCI Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr. Mahathir Dan Guan Eng

|0 comments

Kalau kita imbas kembali kempen-kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14, isu yang menjadi kempen hangat mereka ialah keadaan hutang negara yang di dakwa melebihi RM1 trilion.

Malah sebaik saja membentuk kerajaan, Pakatan Harapan masih terus mendendangkan cerita yang sama.

Rakyat terus dimomokkan dengan cerita kononnya hutang negara yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional membuatkan negara berada dalam keadaan kewangan negara berada dalam keadaan yang cukup kritikal.


Malah Pakatan Harapan melancarkan Tabung Harapan yang berjaya mengumpulkan hingga melebihi RM200 juta hasil dari sumbangan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan cerita Pakatan Harapan.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Pakatan Harapan membuat pinjaman luar yang bernilai ratusan bilion ringgit, menjual hampir semua aset strategik orang Melayu yang bernilai puluhan bilion ringgit lagi di Khazanah Nasional, Tabung Haji dan lain-lain.

Selepas itu harta Petronas pula dijarah berpuluh bilion ringgit, bantuan kepada merhaen, puluhan ribu penjawat awam diberhentikan kerja dengan alasan keadaan kewangan negara yang tenat dan rakyat diminta supaya mengikat perut kononnya untuk membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.

Selama hampir 22 bulan rakyat diperbodohkan dengan lakunan Pakatan Harapan.


Namun segala-galanya terbongkar apabila kerajaan sekarang mengumumkan bantuan segera kepada rakyat dengan dana melebihi RM250 bilion.

Rakyat tertanya-tanya, apakah hanya selepas sebulan Pakatan Harapan tumbang, secara-cara tiba-tiba kerajaan sekarang mempunyai kewangan yang kukuh sehingga berani membelanjakan RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Khas sempena Covid-19?

Bagaimana kerajaan sekarang mendapat duit tanpa membuat apa-apa pinjaman luar, malah tidak menjual apa-apa aset negara sedangkan sebelum ini Pakatan Harapan selalu memomokkan cerita hutang negara RM1 trilion?


Pekong Pakatan Harapan terbongkar dan sekali gus menjawab persoalan rakyat bila Menteri Kewangan sekarang, Tengku Zafrul membuat kenyataan beliau merasa hairan Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan di era Pakatan Harapan membuat pinjaman sedangkan keadaan kewangan negara kukuh!!!

Apa tujuan Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng berhutang?

Apa muslihat mereka?

Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negara?

Tengku Zafrul dilaporkan berkata :


"Adalah menjadi persoalan besar bagi saya kenapa kerajaan Pakatan Harapan begitu rakus membuat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kedudukan negara masih kukuh?"

"Apa sebenarnya motif Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu telah menimbulkan banyak tandatanya?"

Jelas, kenyataan Tengku Zafrul menjelaskan bahawa  negara tidak perlu membuat pinjaman luar negara.


Kenyataan Tengku Zafrul telah membongkar berhubung tujuan pinjaman tersebut dibuat.

Ada perkara yang disembunyikan oleh Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng dari pengetahuan rakyat berhubung tujuan pinjaman melalui bon samurai.

Sehubungan itu, adalah perlu bagi kerajaan menjalankan siasatan samada oleh SPRM atau pun satu RCI ditubuhkan bagi mencari jawapan mengapa Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng membuat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kewangan negara kukuh.

Lebih-lebih lagi Dr. Mahathir sendiri telah membuat kenyataan terakhir sebagai Perdana Menteri Interim, bahawa negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai RM2 trillion yang dikumpul ketika 9 tahun DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Lim Guan Eng tidak putus-putus membuat kenyataan menipu rakyat dan Parlimen kononnya beliau mengharungi keadaan getir apabila mendakwa 5 bulan pertama beliau hanya berbekalkan hanya RM450 juta sahaja.

Kenyataan Guan Eng ini ternyata disambut sinis oleh sebahagian besar rakyat kerana mereka tahu bayaran gaji dan elaun penjawat awam pun sudah lebih RM8 billion sebulan.

Tiada seorang pun penjawat awam yang tidak menerima atau terlewat dibayar gaji dan elaun masing masing.

Dan Dr. Mahathir ketika menjawat jawatan Perdana Menteri Interim menyatakan bahawa negara mempunyai dana yang besar adalah sesuatu yang jauh berbeza dari apa yang telah dinyatakan oleh Lim Guan Eng.

Mereka mesti disiasat supaya rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana yang akan menanggung dan membayar hutang-hutang tersebut adalah rakyat!!!

Amat keji bagi sesebuah kerajaan dari awal hingga akhir berterusan menipu rakyat kononnya kantung negara hampir kehabisan wang kerana kononnya telah dicuri oleh bekas Perdana Menteri sebelum itu semata-mata mahu membunuh imej personaliti tersebut.

Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan :

"Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan berhubung pengurusan kewangan negara tindakan tegas akan diambil."




Kredit :

Cin-Ca Blogspot

Saturday, May 9, 2020

Konspirasi Terbaru Dr. Mahathir Dan Anwar Untuk Jatuhkan Kerajaan Sekarang

|0 comments

Dalam diam rupanya Dr. Mahathir sudah atur langkah untuk kembali ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri kali ke 4 atau sebagai Perdana Menteri ke 9...

Mula-mula, Dr. Mahathir arahkan supaya anak kesayangan beliau Mukhriz aka Boboi untuk lakukan serangan saraf kepada Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin dan juga Ahli Dewan Rakyat PPBM (BACA DI SINI).


Bila menyedari Pakatan Harapan mempunyai agenda tersendiri dengan mesej yang dihantar oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim (BACA DI SINI), Dr. Mahathir pergi ke perancangan lain.

Jelas bagi Dr. Mahathir, maksud PPBM mesti menerima perjuangan Pakatan Harapan membawa maksud, PPBM mesti menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan buat kali kedua.


Lalu Dr. Mahathir menukar kepada strategi kedua dengan menyuruh Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal untuk menghantar surat kepada YDP Dewan Rakyat, TS Mohamad Arif, supaya Dewan Rakyat mengadakan usul undi percaya kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Agak menghairankan, bagaimana seorang yang sudah lama menjadi Ahli Parlimen seperti Shafie Apdal boleh meminta supaya diadakan undi percaya kepada seorang Ahli Parlimen biasa seperti Dr. Mahathir.


Apakah Shafie tidak tahu, usul undi percaya yang beliau cadangkan itu adalah bertentangan dengan Perkara 43 (1)(2)(a) Perlembagaan Persekutuan?

Apakah Shafie mahu mencabar keputusan dan kuasa SPB YDP Agong seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan?

Atau Shafie sebagai seorang yang berketurunan Filipina mahu menderhaka kepada SPB YDP Agong?


Atas alasan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutan maka Speaker Dewan Rakyat menolak permintaan Shafie.

Bila dilihat usaha kedua gagal, maka Dr. Mahathir mula gerakkan usaha ketiga.


Beliau sendiri telah mengutuskan surat kepada Speaker Dewan Rakyat agar diadakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri bila Dewan Rakyat bersidang selama satu hari pada 18 Mei 2020 ini.

Admin melihat Dr. Mahathir tidak keseorangan dalam usaha melakukan usul undi tidak percaya ini.

Dr. Mahathir memerlukan sokongan dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk berjaya dalam usul undi tidak percaya ini.

Tanpa sokongan dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan, adalah mustahil usul ini akan dapat diluluskan.

Sebenarnya, ini adalah konspirasi antara Dr. Mahathir dan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Bila terbongkar surat Dr. Mahathir kepada Speaker Dewan Rakyat, maka jelaslah bagi kita :


》Maksud Anwar bahawa PPBM mesti menerima perjuangan Pakatan Harapan ialah PPBM mesti menerima Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya usul undi tidak percaya dapat dilakukan dan sebagai imbuhannya, Mukhriz akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (itulah kehendak Dr. Mahathir).

》Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah 2 manusia yang akan menghancurkan Malaysia kerana ketamakan nafsu sarakah mereka kepada kuasa.

》Tujuan sebenar Pakatan Harapan atau Dr. Mahathir mendesak supaya Dewan Rakyat bersidang bukanlah untuk membahaskan tentang Covid-19, tetapi lebih kepada merealisasikan niat mereka untuk jatuhkan kerajaan sekarang.

Mereka tidak peduli dengan kebimbangan rakyat terhadap wabak Covid-19.

Mereka tidak peduli dengan Pelan Pembangunan Ekonomi yang telah dirangka untuk membantu rakyat dan negara menjana perkembangan ekonomi selepas wabak Covid-19.

Mereka tidak peduli dengan penderitaan rakyat selama 22 bulan di bawah pemerintahan regim Pakatan Harapan.

Sekiranya kerajaan sekarang berjaya ditumbangkan melalui undi tidak percaya, kita berharap, Muhyiddin tidak lagi memikirkan kepentingan politik tetapi fikirkanlah tentang nasib rakyat.

Muhyiddin boleh menasihatkan SPB YDP Agong supaya membubarkan Parlimen dan kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang akan membentuk kerajaan.

Sekiranya tidak, penderitaan 22 bulan yang lalu, akan terus menekan rakyat sekurang-kurangnya lagi 3 tahun sebelum PRU 15 diadakan.


DAP akan menjadi parti yang paling dominan dalam kerajaan akibat perpecahan dalam PKR dan juga PPBM.

22 bulan DAP berkuasa, berbagai kemusnahan telah mereka lakukan, apa lagi sekiranya mendapat kuasa kali kedua dalam tempoh yang lebih lama.

Siapa yang mampu mengahalang DAP?


Anwar Ibrahim?

Sedangkan Dr. Mahathir sendiri diperkudakan DAP, inikan pula Anwar Ibrahim yang selama ini memang menjadi kuda tunggangan DAP!!!

Untuk pemimpin dan pendokong Muafakat Nasional, kesiap siagaan kita mesti ditahap paling maksima untuk menghadapi segala kemungkinan.

Thursday, May 7, 2020

Propa Pakatan Harapan Dan PPBM Untuk Bergabung Semula...😂😂😂

|0 comments

Nafsu Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan untuk kembali menjadi kerajaan tidak pernah padam.

Anwar yang sudah berpuluh tahun kempunan mahu jadi Perdana Menteri tidak akan jemu-jemu mengintai peluang dan ruang untuk menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).


Anwar tidak peduli sama ada rakyat suka atau tidak, sama ada dia diperalatkan atau tidak, itu tidak menjadi kudis bagi Anwar.

Yang penting, Anwar mahu menjadi Perdana Menteri sebelum menutup mata.

Dalam keadaan negara malah dunia sedang dilanda wabak Covid-19, ramai ahli politik mengenepikan sementara agenda politik mereka tapi nampaknya tidak bagi Anwar dan Dr. Mahathir.


Mula-mula Mukhriz keluarkan kenyataan yabg berbentuk provokasi dan perang psikologi kepada semua Ahli Parlimen PPBM.

Mukhriz cuba bayangkan, seolah-olah karier politik Ahli Parlimen PPBM akan berakhir selepas PRU 15 (BACA DI SINI).

Kerana menurut Mukhriz, dalam PRU 15 nanti, Ahli Parlimen PPBM terpaksa bertanding melawan calon dari Muafakat Nasional, sama ada dari UMNO atau pun PAS.

Memang benar apa yang dikatakan Mukhriz, tapi Mukhriz jangan lupa, lebih dari separuh kerusi Parlimen PPBM adalah kerusi tradisonal UMNO.

Mandat yang rakyat berikan dalam PRU 14 lalu adalah kepada UMNO dan bukannya PPBM.

Sebenarnya, Mukhriz sangat risau mengenai nasib kem Dr. Mahathir dalam PPBM selepas pemilihan PPBM diadakan nanti.

Ahli Parlimen PPBM yang sudah pasti berada dalam kem Dr. Mahathir cuma 3 orang, iaitu Dr. Mahathir sendiri, Mukhriz dan juga Syed Saddiq.

Ahli Parlimen PPBM yang lain sudah menyatakan sokongan secara nyata atau tidak kepada TS Muhyiddin.

Kemungkinan untuk Mukhriz tewas di tangan Muhyiddin dalam perebutan jawatan Presiden PPBM adalah sangat besar.

Peluang untuk Syed Saddiq kecundang dalam perebutan Ketua Armada juga sangat cerah.

Yang menjadi mimpi ngeri kepada kem Dr. Mahathir ialah, apa akan jadi kepada nasib mereka sekiranya ditewaskan dalam pemilihan PPBM nanti?

Dr. Mahathir sudah hampir pasti akan mengekalkan jawatan Pengerusi PPBM kerana tiada pencabar tapi apa yang mampu Dr. Mahathir buat bila berseorangan dalam PPBM.


Khairuddin pula yang dikatakan pendokong tegar Dr. Mahathir dilihat sedang cuba berjinak-jinak dengan kem Muhyiddin bila dapat menghidu malapetaka yang akan menimpa kem Dr. Mahathir selepas pemilihan PPBM nanti (BACA DI SINI).

Yang lebih merisaukan kem Dr. Mahathir ialah, apakah Pakatan Harapan masih akan menerima PPBM dengan tangan terbuka apabila Mukhriz dan Syed Saddiq tumbang dalam pemilihan PPBM?

Bagi Pakatan Harapan, meraka sedar, tanpa sokongan dari Ahli Parlimen PPBM, agenda untuk menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan sekarang adalah mustahil.

Ini terbukti bila Muhyiddin mengisytiharkan PPBM keluar dari Pakatan Harapan, kita menyaksikan tumbangnya Pakatan Harapan selepas menjadi kerajaan cuma dalam masa 22 bulan.

Sokongan dari Ahli Parlimen PPBM sangat-sangat diperlukan untuk memumbangkan Muhyiddin dan kerajaan sekarang dalam undi tidak percaya di Parlimen.

Logiknya, sedangkan masih menjadi kerajaan, Pakatan Harapan boleh tumbang bila Muhyiddin membawa Ahli Parlimen PPBM keluar, inikan pula ketika sekarang ini di blok pembangkang, tanpa sokongan Ahli Parlimen PPBM, tidak mungkin agenda mereka akan berjaya.


Sebab itu Anwar keluarkan kenyataan sedia menerima tetapi bersyarat (BACA DI SINI).

Sekiranya kerajaan sekarang berjaya ditumbangkan dengan undi tidak percaya, nasib PPBM akan ditentukan kemudian.

Kemarahan Pakatan Harapan terhadap PPBM masih belum reda kerana Pakatan Harapan, PPBM menjadi punca mereka tersungkur di Putrajaya.

Sokongan PPBM yang dianggap pengkhianat sangat diperlukan tetapi pengkhianat itu juga mesti dihukum sebagai pengajaran.

Itulah permainan dalam Pakatan Harapan, tikam menikam, pancung memancung, yang penting, diri sendiri berada di puncak.

Bagi Muafakat Nasional, kita kena bersiap siaga untuk hadapi segala kemungkinan selepas wabak Covid-19.

Sama ada kerajaan sekarang tumbang dalam undi tidak percaya atau tidak, Muafakat Nasional tidak akan rugi apa-apa kerana kerjasama Muafakat Nasional dengan PPBM akan berakhir apabila PRU 15 diumumkan.
fda

Archives