Friday, January 31, 2020

Gong Xi Fa Chai, Sekali Lagi Vincent Tan Dapat Ang Pow Dari Dr. Mahathir, Big Money Woooo...

|0 comments

KONSORTIUM Naza Group of Cos-Berjaya Corp Bhd telah mendapatkan kontrak konsesi armada multimillion dari kerajaan, lapor The Malaysian Reserve yang memetik dua sumber (BACA DI SINI).

Syarikat terpilih, yang akan menyediakan kenderaan dan pengurusan kenderaan kepada kerajaan.

Persaingan untuk kontrak armada yang lumayan telah menjadi sengit dalam beberapa bulan terakhir dengan sekurang-kurangnya empat pihak besar yang membida untuk projek itu. 

Mereka adalah Spanco, Konsortium Naza-Berjaya, DRB-Hicom Bhd dan Sime Darby Bhd.



Konsesi Spanco tidak akan diperbaharui. 

Naza-Berjaya akan mengambil alih dari syarikat itu. 

Kerajaan dijangka membuat pengumuman pada bulan ini, "kata sumber dengan pengetahuan perkara itu kepada The Malaysian Reserve (TMR) tetapi meminta untuk tidak dinamakan sebagai perbincangan itu sulit".

Sumber itu berkata, Spanco akan terus memberi perkhidmatan kepada semua aset di bawah perjanjian konsesi mereka dan perubahan itu tidak dijangka memberi kesan besar kepada syarikat itu.

Sumber lain berkata Spanco dijangka terus memberi perkhidmatan aset semasa sehingga Jun atau Julai tahun depan sebelum syarikat yang baru dilantik mengambil alih konsesi.



Dalam dokumen yang dilihat sebelum ini oleh TMR, Putrajaya berusaha antara 1,600 dan 2,730 kenderaan untuk enam tahun akan datang, termasuk Proton X70, Persona dan Saga, serta Honda Accord dan Toyota Vellfire.

Tetapi kenderaan yang disenaraikan tidak termasuk dalam senarai konsortium kenderaan Naza-Berjaya. 

Kedua-dua Naza dan Berjaya mempunyai bekalan kenderaan mereka.

Dilaporkan bahawa konsesi 15 tahun akan melibatkan 12,500 kenderaan dengan anggaran nilai RM300 juta setiap tahun bermula selepas tahun kelima.

Ini menjadikan nilai konsesi yang dianugerahkan kepada konsortium antara Vincent Tan, kroni Dr. Mahathir, dan Naza ialah RM4.5 bilion!!!

Kita semua tahu apa hubungan Naza Group dengan nenek kebayan yang terkenal dengan dialog "WHY, WHY", satu ketika dulu.

Persoalannya ialah kebanyakan kereta yang akan dibekalkan dan dibuat penyelenggaraan ialah Proton, mengapakah DRB-Hicom tidak diberikan konsesi itu?

Apakah kepakaran yang Berjaya ada dalam teknologi automobil untuk melayakkan Berjaya diberikan konsesi tersebut?

Manakala Naza pula mempunyai rekod yang buruk dalam membekal dan menyelenggara kenderaan rasmi yang digunakan oleh jabatan kerajaan.

Kebanyakan van Kia Pregio yang dibekalkan tersadai dan kos penyelenggaraannya pula sangat tinggi!!!


Kontrak konsesi armada bukanlah anugerah terakhir yang akan diberikan kepada kroni Dr. Mahathir, ada banyak lagi kroni Dr. Mahathir sedang menunggu habuan mereka!!!

Thursday, January 30, 2020

Kenapa Mujahid Takut Nak Debat Dengan Dr. Asyraf Wajidi?

|0 comments

Dicabar tubuh RCI tidak berani.

Sedangkan itu janji manifesto Pakatan Harapan kononnya untuk siasat penyelewengan Tabung Haji.


Dicabar berdebat senyap juga.

Dr. Asyraf Wajidi cabar berdebat kerana isu TH melibatkan fakta dan angka.

Bukan andaian dan persepsi.

Sekiranya berlaku perdebatan secara terbuka, maka sudah pasti sukar untuk Mujahid sembunyikan segala pekong yang telah dilakukan terhadap TH selama 20 bulan ini.

Akhirnya yang keluar dalam Malaysiakini ialah profile kehebatan Dr. Mujahid sebagai seorang yang pantang dicabar.

Tulisan Ali Mudaali Muda Pegawai Khas Mujahid mengenai geniusnya Mujahid semasa zaman pelajarnya menjadikan Mujahaid satu level dengan Dr Maszlee (BACA DI SINI).

Spesis ego.

Sedangkan rakyat mahu tahu kebenaran.

Bukannya mahu tahu tentang keberanian dan geniusnya Mujahid.

Tetapi kalau betullah kata Ali Mudaali bahawa Mujahid orang yang pantang dicabar maka sahutlah cabaran berdebat oleh Dr Asyraf.

Banyak persoalan angka.

Betulkah TH rugi RM17.8 bilion semasa Barisan Nasional?

Betulkah berlaku defisit RM4.1 bilion?

Betulkah pentadbiran Pakatan Harapan lebih baik?

Kenapa hibah TH untuk tahun 2018 cuma 1.25%?


Kenapa berterusan jual aset TH dan terakhir kenapa jual ladang sawit THP sampai 76.2%?

Sebab itu kita mahu Mujahid terima cabaran debat itu.

Jika tidak, Pakatan Harapan dan Mujahid memang mahu menyembunyikan kegagalan mereka.

Hanya pandai bercakap dan menyalahkan Barisan Nasional.

Apakah Mujahid takut berdebat kerana dia tidak ada kuasa atau tak tahu apa-apa tentang Tabung Haji?

Yang berkuasa ialah Lim Guan Eng dan Mujahid hanya boneka Guan Eng.

Mujahid adalah Menteri yang menjaga Tabung Haji.

Samalah dengan Dr. Asyraf semasa menjadi Timbalan Menteri.

Mereka sama level.

Kenapa takut?

Atau Mujahid akui yang beliau memang layak digelar Menteri Agama yang bodoh sangat!!!

Wednesday, January 29, 2020

Sekali Lagi Waytha Moorty Memburukkan Malaysia Di Pentas Dunia Dengan Dakwaan Penganut Hindu Di Paksa Peluk Islam

|0 comments

Baru-baru ini, Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy, telah menghadiri satu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality(NICRE) bertempat di bangunan parlimen Northern Ireland, UK.


Agak menarik kerana Waytha Moorthy selaku seorang menteri dari Malaysia yang memegang potfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial diberi penghormatan untuk memberi ucapan pembukaan.

Waytha Moorthy menyampaikan ucapan aluan secara ringkas dan beliau sendiri seolah-olah agak terkejut dan tidak tahu dengan penghormatan yang diberikan ini (LIHAT VIDEO DI SINI).

Tidak banyak yang disentuh dalam ucapan beliau yang hanya berlangsung selama lebih kurang lima minit.

Apatah lagi beliau menegaskan bahawa beliau terpaksa meninggalkan majlis pada pukul 3.30 pm dan mempunyai masa kurang dari sejam.

Sedangkan majlis sepenuhnya patut berlangsung sehingga pukul 4.30 pm.

Setiap hadirin dibekalkan dengan 2 lampiran kertas :


》Satu mengenai tentatif majlis


》Satu lagi ialah profil Waytha Moorthy.

Oleh kerana ucapannya terlalu pendek maka kebanyakan hadirin hanya menggarab maklumat melalui lampiran yang disertakan.

Kebiasaan soal jawab majlis dialog adalah berdasarkan ucapan tetamu yang bercakap.

Malangnya kandungan ucapan beliau seolah-olah tiada.

Maka rujukan untuk bertanya hanyalah melalui maklumat profil yang dilampirkan.

Amat mengejutkan dengan maklumat yang tertera dalam profil seorang menteri dari kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini.


Pada perenggan pertama lagi Malaysia digambarkan sebagai negara dengan undang-undang rimba yang tidak bertamadun.

Selebihnya silalah baca sendiri.

Ia jelas tidak relevan dengan kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang memegang portfolio berkaitan.

Malaysia telah merdeka hampir 63 tahun dan satu pertiga darinya telah dipimpin oleh individu yang sama menjadi Perdana Menteri hari ini.

Waytha Moorthy seorang menteri dari JPM dengan latarbelakang seorang peguam sepatutnya tahu implikasi profil beliau mengenai pandangan luar terhadap Malaysia.

Beliau tidak membawa risalah Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya.

Apatah lagi Malaysia.

Ironinya, beliau menipu dunia dengan menggambarkan tahap diskriminasi yang teruk di Malaysia terhadap bangsa India dan beliau juga menggambarkan Malaysia adalah sebuah negara yang menjalankan undang-undang rimba terutamanya dalam menangani perkara yabg berkaitan dengan hak asasi kemanusiaan.

Apakah beliau dengan sengaja mahu melakukan kerosakan imej terhadap negara Malaysia melalui profil ini.


2 persoalan yang sangat menjatuhkan imej negara bila delegasi dari negara lain mengemukakan 2 persoalan :

》Apakah betulkah non Muslim di Malaysia dipaksa untuk memeluk agama Islam?

》Ajaran Islam apakah yang Malaysia amalkan dengan memaksa orang untuk memeluk agama Islam?

Tidak boleh disalahkan mereka kerana kenyataan dalam profil Waytha Moorthi bukan hanya sekadar membabitkan Malaysia bahkan ia melibatkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang merentasi sempadan.

Ia membabitkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang mempunyai pengikut sekitar 1.8 billion seluruh dunia.

Tiada dalam ajaran Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam.

Waytha Moorthi sepatutnya membawa mesej perdamaian, perpaduan dan kesejahteraan sosial untuk dikongsi oleh dunia luar.

Ia lebih patut dengan amanah dan jawatan yang anda pegang.

Sesuai dengan  Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup harmoni sejak sekian lama.

Bangsa-bangsa selain Melayu telah sedia diberikan hak malah dibiayai kerajaan untuk meneruskan pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Bandingkan jumlah kuil yang ada mengikut ratio penganut Hindu di Malaysia dengan negara-negara lain.

Kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

Pelepasan cuti umum bersempena hari kebesaran berbanding negara lain.

Bagaimana sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia berbanding di negara lain?

Majlis dialog ini adalah berkaitan 'Hate Crime'.


Apakah Waytha Moorti lupa atau buat-buat lupa bahawa kematian Allahyarham Mohd. Adib adalah natijah dari 'Hate Crime'?

Atau Waytha Moorti adalah seorang pendukung 'Hate Crime'?

Ini bukanlah kali pertama Waytha Moorti menipu dunia dengan menggambarkan Malaysia mengamalkan undang-undang rimba terhadap penganut agama lain.


Kita tuntut supaya Dr. Mahathir lucutkan jawatan senator dan seterusnya jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Keselamatan Sosial yang disandang oleh Waytha Moorti kerana beliau bukan saja telah membuktikan kebencian beliau kepada masyarakat Melayu Islam malah menipu dunia dan menghina Perlembagaan Negara.






Dari sumber asal :

Fb Nabir Othman

Tuesday, January 28, 2020

Jangkitan Maut Koronavirus Dan KEBODOHAN Kerajaan Pakatan Harapan

|0 comments

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran virus baharu yang ditemui di China boleh menyebabkan penyebaran wabak yang lebih luas.

Coronavirus adalah satu keluarga virus yang besar dan boleh menyebabkan jangkitan dari demam selsema biasa kepada Severe Acute Respiratory Syndrom atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Dalam masa 13 hari sejak virus tersebut di kesan pada 13 Januari 2020 hingga 26 Januari 2020, angka korban koronavirus di China telah meningkat kepada 54 orang dan 323 kes baharu dilaporkan menjadikan sebanyak 1,610 kes jangkitan telah dilaporkan di negara China.


Koronavirus juga sudah tersebar ke beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.


Malah seorang doktor, Dr. Liang Wudong, di Hubei, China, yang berada dibarisan hadapan dalam menangani koronavirus telah maut akibat jangkitan koronavirus (BACA DI SINI).

Hong Kong dan China yelah mengistiharkan darurat.

Manakala Filipina pula telah mengarahkan supaya semua pelancong dari China keluar dari Filipina.

Indonesia pula telah membatalkan semua penerbangan keluar dan masuk dari wilayah Wuhan dan beberapa daerah lain di China yang berisiko tinggi.

Kerajaan British pula sedang memburu pelancong China yang masih berada dalam negara itu.

Kerajaan Rusia telah mengambil langkah menyekat terus kemasukan pelancong China dari memasuki negara itu.

Semua itu dilakukan untuk melindungi rakyat mereka dari dijangkiti koronavirus.

Tetapi kerajaan Pakatan Harapan di Malaysia, ketika kerajaan lain mengambil langkah satu-satunya kerajaan di dunia yang menggalakkan kedatangan pelancong China ke dalam negara!!!


Malah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, mengeluarkan kenyataan yang paling bodoh dengan menyeru kita supaya tidak mendiskriminasikan pelancong China (BACA DI SINI).

Admin tak tahu pasti sama ada otak Mohamaddin Ketapi letaknya di lutut atau di bontot!!!

Apakah tindakan menyekat kemasukan pelancong dari China yang berisiko tibggi menularkan koronavirus boleh dianggap sebagai mendiskriminasikan pelancong dari China?

Apakah tindakan melindungi nyawa rakyat Malaysia dari risiko dijangkiti koronavirus merupakan tindakan mendiskriminasikan pelancong China?


Dalam satu kenyataan lain pula, Perdana Menteri, Dr. Mahathir pula keluarkan kenyataan tiada keperluan untuk menyekat visa 15 hari pelancong dari China (BACA DI SINI).

Apakah Dr. Mahathir tidak dimaklumkan telah ada pelancong China yang telah disahkan membawa koronavirus?

Atau apakah kerana ingin menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 maka Dr. Mahathir sanggup merisikokan nyawa rakyat Malaysia?


Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah pula dengan angkuhnya mengeluarkan kenyataan kononnya Malaysia mempunyai kemahiran dan pengalaman menangani isu sebegini (BACA DI SINI).

Apa asasnya beliau mengatakan begitu kita kurang pasti.

Sedangkan isu pencemaran toksik yang berlaku di Pasir Gudang pun telah meragut nyawa rakyat Malaysia akibat kerajaan Pakatan Harapan mengambil sikap sambil lewa dalam menanganinya!!!

Atau apakah Wan Azizah menganggap kita mempunyai kepakaran yang jauh lebih baik dari negara Amerika atau negara-negara Eropah yang mengambil langkah pencegahan awal dalam melindungi rakyat mereka?

Begitulah kebodohan dan kesombongan kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir negara hingga sanggup merisikokan nyawa rakyat sendiri!!!

Friday, January 24, 2020

Faktor Kekuatan Fenomena Bossku Hinggakan Pengaruh Dr. Mahathir Semakin Layu

|0 comments

Kita sering memperkatakan kejayaan Bossku mentadbir negara dalam tempuh beliau menjadi Perdana Menteri.

Tiada yang boleh kita nafikan kesungguhannya mengotakan kata 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.


Kebijaksanaan DS Najib menguruskan negara sangat luar biasa sehinggakan beliau pernah dangkat antara Menteri Kewangan Tebaik Dunia.

Mungkin kita terlepas pandang ataupun tidak menjangkakan bahawa DS Najib sedang mencipta satu lagi fenomena.

Tanpa sedar DS Najib sedang menunjukkan semangat juang yang tiada tolok bandingnya.

Andai kita berada di kedudukan DSN, mampukah kita bangun semula?

Pasti tidak ramai yang berani berkata mampu.

Belum ada dalam sejarah politik tanahair, ada seorang ahli politik yang mampu berbuat demikian.


Bayangkan, dari seorang Perdana Menteri yang sudah tewas, hilang jawatan Perdana Menteri, didesak melepaskan jawatan presiden parti, dikenakan berpuluh pertuduhan, isteri dan anak-anak turut ditekan, passport antarabangsa ditahan, akaun bank dibekukan, dipinggirkan rakan seperjuangan.

Terbaru, mahu disabitkan dengan pembunuhan Altantuya.

Apakah ada ahli politik yang sanggup menghadapinya?

Cuma dengan satu pertuduhan mahkamah pun sudah cukup membuatkan mereka tidak bermaya dan terduduk.

Kita kagum dengan perancangan pembangunan DS Najib.

Kita kagum dengan kesungguhannya menyediakan pemudah cara kepada setiap lapisan masyarakat.


Tapi kita lebih kagum dengan kemampuannya untuk bangun semula setelah segala macam permasalahan dan tekanan maha hebat yang dihadapinya.

Jika difikirkan dari logik akal, mana manusia boleh bangun sepantas DS Najib.

Kita tahu bahawa percaturan Dr. Mahathir biasanya terus 'checkmate' untuk 'mematikan' lawan.

Ianya berlaku pada semua musuh politik Dr. Mahathir.


Tun Musa Hitam dijadikan kambing hitam.


Allahyarham Tun Ghafar Baba diaibkan.


Dan Pak Lah bagaikan menerima seadanya.


Malahan Anwar juga sudah di penghujung jalan dan bakal tumbang.

Mungkin masih terlalu awal untuk kita mengatakan bahawa DSN boleh terlepas dari perangkap Dr. Mahathir.

Tetapi jangan lupa, DS Najib adalah anak didik Dr. Mahathir.

Kita juga perlu tahu bahawa DS Najib juga sudah masak dengan percaturan Dr. Mahathir.

Sejak Musa Hitam hilang jawatan TPM, DS Najib sudah menjadi menteri kabinet.

Begitulah juga dengan TPM yang lain seperti penyingkiran Anwar dan Ghafar Baba.

Pak Lah turun pun adakah atas desakan Dr. Mahathir.

Semuanya berlaku di hadapan mata DS Najib, segala perancanga dan kelicikan Dr. Mahathir ada dalam tangan DS Najib.

Secara mudahnya, DS Najib kenal Dr. Mahathir luar dan dalam.

Apabila DS Najib berkata dia tidak mahu rakyat berdemonstrasi, mungkin DS Najib sudah melihat Anwar tetap dipenjara walaupun rakyat ketika itu saban hari berdemo.


DS Najib tahu bahawa Dr. Mahathir bijak mencari simpati apabila rakyat menentang secara beremosi.

DS Najib tahu bahawa Dr. Mahathir mengharapkannya berlaku, tapi ianya tidak terjadi.

DS Najib juga tidak mengharapkan sokongan sepenuhnya dari UMNO.

Kita pun sedia maklum bahawa ada pemimpin UMNO yang tidak menyenanginya.

Malahan masih ada orang-orang Dr. Mahathir dalam UMNO.

Pemimpin atasan UMNO jugalah yang mendesak beliau turun.

Maksudnya, campurtangan UMNO boleh membuatnya lebih tidak selamat.

Memang sukar kita membaca perancangan DS Najib.

Beliau ada berkata bahawa beliau tidak mahu kembali menjawat jawatan Perdana Menteri.

Mungkin ini adalah percaturannya yang mahukan Dr. Mahathir menukar strategi atau lebih berlembut.

Apapun kita tahu bahawa rata-rata rakyat masih mahu DS Najib kembali meneraju negara kerana tugasannya menjayakan TN50 belum sampai ke penghujung.

Fenomena Bossku Adalah Yang Paling Menarik


Siapa boleh menjangka, seorang insan yang bernama Najib Razak, yang dihina, dicerca, difitnah, dituduh pencuri dan penyamun kini menjadi pujaan rakyat.

Sangat luar biasa.

DS Najib tahu rakyat membenci Mahathir.

Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh DS Najib.

Perlu diingat, KUASA RAKYAT adalah penentu.

Beberapa PRK yang menumbangkan calon Pakatan Harapan dan yang terbaru di PRK Kimanis telah membuktikan Dr. Mahathir mempunyai kuasa pemerintahan tetapi rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan memerintah.


Kalau kita imbas kembali, sejak munculnya fenomena Bossku, kemunculan DS Najib dalam setiap PRK memberikan impak yang sangat positif kepada calon Barisan Nasional.

Pasti ianya memeningkan dan meresahkan Dr. Mahathir.


Akuan Bersumpah (SD) Azilah yang mengatakan bahawa DS Najib mengarahkannya membunuh Altantuya.

DS Najib tahu bahawa penyataan bertulis itu juga adalah percaturan Dr. Mahathir.

DS Najib tahu bahawa bagi Dr. Mahathir, matlamat menghalalkan cara.

DS Najib segera mengambil langkah melafazkan sumpah laknat.

Ianya sangat berkesan untuk meyakinkan rakyat walaupun kita tahu bahawa ianya adalah urusan antara DS Najib dengan Allah SWT.

Kita tahu bahawa sumpah laknat tidak boleh dilafazkan sembarangan kecuali kita tahu kita tidak bersalah dan kita dianiaya.


Itulah DS Najib Tun Razak.

Tanpa sedar DS Najib mengajar kita menjadi insan yang tabah, tidak mengaku kalah, tidak takut kepada tekanan, menentang kejahatan dan menegak kebenaran.

Lebih mengkagumkan ialah, belum pernah kita mendengar DS Najib berdendam atau menunjukkan amarahnya pada rakan-rakan seperjuangannya yang menyingkir dan menghinanya.

Kita tahu bahawa sehingga sekarang pun masih ada yang memburuk-burukkannya.

Itulah kehebatan pemimpin kesayangan kita.

Sesungguhnya inilah masanya untuk kita belajar.

Andai kita ingin menjadi seorang pejuang, contohilah DS Najib.

Andai kita ingin mencari kekuatan, kuatlah seperti DS Najib.

Andai ingin menjadi pemimpin, ikutlah cara DS Najib.

Andai ingin menjadi insan yang baik, jadilah seperti DS Najib.

Kita tahu Rasulullah SAW adalah yang terbaik dengan sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah.

Apa yang baik kita contohi dan banyak juga yang boleh kita pelajari dari DS Najib.

Ramai pemerhati yakin, kali ini sudah sampai masanya Dr. Mahathir yang akan tumbang.

Benar, Dr. Mahathir adalah seorang yang bijak dalam mengatur perancangan tetapi beliau lupa, Allah SWT Maha Bijak.


Perancangan Dr. Mahathir adalah untuk melenyapkan terus legasi DS Najib dari dunia politik tanah air malah tidak keterlaluan kalau dikatakan melenyapkan terus aura DS Najib dari bumi Malaysia tetapi Allah SWT mempunyai perancangan yang lain.

Setiap yang dirancang oleh Dr. Mahathir, akhirnya memakan diri sendiri.

Bermula dari fitnah 1MDB hinggalah yang terbaru pembunuhan Altantuya, DS Najib bukan sahaja tidak dapat dibunuh karektornya malah mendapat 'polical mileage' dari setiap peluru yang Dr. Mahathir keluarkan.

Memang aneh perancangan Allah SWT tetapi ingatlah, walau seribu tangan ingin menjatuhkan seseorang tetapi sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, PASTI tidak akan jatuh,mereka mempunyai perancangan, Allah SWT juga mempunyai perancangan, sesungguhnya perancangan Allah SWT yang akan berjaya.

Allah SWT akan sentiasa bersama-sama orang yang sabar dan berada dalam kebenaran, inilah sebenarnya faktor utama kekuatan kepada kebangkitan DS Najib.








Dari tulisan asal :

RAJA ANNUAR ADNAN

Thursday, January 23, 2020

Auta Dr. Mahathir Dan Pakatan Harapan Dalam Isu Lanjutan Konsesi TOL

|0 comments

Ingat lagi tak mamat kat atas nie?


Masa kempen PRU 14 lepas, dalam satu video klip berdurasi 2 minit 19 saat, beriya-iya mamat nie tuduh DS Najib dan kerajaan Barisan Nasional dahulu sengaja tak nak hapuskan tol sebab nak kayakan kroni.

Mamat nie juga dengan muka tak bersalah san dengan muka konfiden kata bila Pakatan Harapan memerintah, rakyat Malaysia akan nikmati lebuhraya tanpa TOL sepenuhnya.


Tak cukup satu, admin payung lagi satu video klip masa kempen PRU 14 dari Wakanda pulak.

Cuma ada beberapa fakta yang ditukar menjadi auta oleh Wakanda :

》Perkataan yang betul ialah konsesi dan bukannya konsensi yer Wakanda...😂😂😂

》PLUS sudah dibeli balik oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2011.

》Ianya 51% dimilik Khazanah Nasional dan 49% oleh KWSP.

Bukan lagi di bawah tangan swasta sejak 9 tahun dahulu.

》Perjanjian konsesi TOL PLUS bukan di bawah OSA kerana semua perjanjian tol didedahkan kepada orang awam adalah antara langkah pertama yang DS Najib ambil selepas saya mula menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008.

Sekarang Apa Sudah Jadi?


TOL PLUS dilanjutkan 20 tahun lagi dari tahun 2038 hingga 2058 tapi kadar tol diturun 18%

TOL PLUS patut mansuh 18 tahun lagi.

Tapi ditambah 20 tahun menjadi 38 tahun iaitu 111% lebih panjang tempoh.

Walaupun harga TOL turun 18%, rakyat perlu bayar tempoh 111% lebih lama lagi.

Ini bermakna ianya bukan pengurangan 18% tapi kenaikan jumlah kutipan TOL sebanyak 73%.

Dengan bangganya, Pakatan Harapan juga kata kerajaan tak perlu lagi bayar apa-apa pampasan kepada PLUS selepas lanjutkan tempoh TOL.

Kerajaan jimat RM42 bilion sepanjang tempoh, kata mereka.

Sebenarnya, kerajaan Pakatan Harapan tahu tak, kalau pampasan itu dibayar, siapa yang akan dapat munafaatnya?

PLUS 51% milik kerajaan melalui Khazanah dan 49% milik KWSP.

Oleh itu, segala pampasan yang dibayar mengalir 51% ke kerajaan sendiri dan 49% kepada KWSP.

Adakah kerajaan Pakatan Harapan kata kerajaan Pakatan Harapan merupakan beban ataupun pencarum KWSP iaitu rakyat ialah beban?

Selepas Perdana Menteri ke-4 bersara kali pertama, segala TOL lebuhraya milik PLUS tidak pernah naik selama 15 tahun sejak tahun 2004.

Kerajaan Barisan Nasional masa DS Najib menjadi Perdana Menteri ke 6  tidak ada masalah untuk membayar pampasan setiap tahun kepada PLUS.

Kerana ianya beri manfaat kepada pencarum KWSP setelah diambil balik PLUS dari tangan swasta pada tahun 2011.

Kerajaan Barisan Nasional tak rasa pencarum KWSP adalah beban kerana Rakyat memang kroni kerajaan Barisan Nasional.

Dengan diskaun 18% tanpa pampasan kerajaan, pendapatan tahunan KWSP dari PLUS juga akan turun 18%.

Lagipun, sudah 14 tahun pampasan dibayar, cuma ada lagi 18 tahun perlu dibayar.

Itu bukan masalah.

Kerajaan Barisan Nasional bina aset dan ianya boleh menjana pendapatan.

Kerajaan Barisan Nasional tak jual aset yang memberi pulangan baik.

Dan apabila kerajaan Barisan Nasional ada lebihan dana dalam bajet, plaza TOL akan dimansuhkan satu persatu mengikut kemampuan.


Contohnya Plaza TOL Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam milik PLUS dan Lebuhraya EDL di Johor yang sudah dimansuhkan.

Lagipun, jika mahu beri diskaun cuma 18%, tiada keperluan untuk lanjutkan tempoh konsesi TOL.

Misalnya, skim Rebat TOL Pengguna Kerap 1Malaysia yang diumukan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 100 hari DS Najib menjadi Perdana Menteri dan berjalan selama 5 tahun hingga tahun 2014.

Ia memberi diskaun 20% kepada pengguna kerap TOL untuk semua lebuhraya - bukan untuk PLUS sahaja.


Kalau kita masih ingat, selepas 100 hari DS Najib menjadi Perdana Menteri ke 6, beliau juga ada 11 hadiah untuk rakyat (BACA DI SINI) dan sudah ditunaikan bukannya dicapatikan macam 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan.

Mungkin Pakatan Harapan terlupa @ terkeliru bahawa janji manifesto mereka ialah untuk HAPUSKAN TOL, bukan untuk beri diskaun 18%.

Aps lagi untuk gandakan tempoh tol 111% lebih lama lagi sehingga tahun 2058.

Elak bayar pampasan kepada KWSP sebenarnya MATLAMAT UTAMA dalam pengumuman Pakatan Harapan itu.

Dan siapakah yang akan menanggung bebanan lanjutan selama 20 tahun itu?

Jawapannya ialah anak-anak dan cucu cicit kita yang sepatutnya tidak perlu bayar TOL selepas tahun 2038.

Dihadiahkan beban untuk membayar TOL sebanyak 20 tahun lagi.

Dulu kerajaan Barisan Nasional amat rela membayar pampasan setiap tahun kepada pencarum KWSP untuk tidak menaikkan TOL serta tidak menyambung konsesi TOL dan membebankan rakyat masa depan.

Wednesday, January 22, 2020

Penahanan TS Sharir Samad Dan Tok Mat GST, Pegawai Soal Siasat SPRM Kata Kami Cuma Ikut Arahan Kak Tipah!!!

|0 comments

Macam biasa, bila Pakatan Harapan kalah dalam mana-mana pilihanraya kecil, mesti ada isu yang dibangkitkan untuk membendong kegembiraan Barisan Nasional.

Kali ini, sebaik sahaja Barisan Nasional menang di PRK Kimanis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dikatakan mengarahkan pegawai beliau untuk menahan, menyoal dan mendakwa 2 pemimpin UMNO, TS Sharir Samad dan Datuk Seri Ahmad Maslan atau Tok Mat GST.

DS Ahmad Maslan dikenakan 2 pertuduhan gagal mengisytiharkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan didakwa beri keterangan palsu kepada SPRM.

Tok Mat dituduh gagal mengisytiharkan dana RM2 juta yang kononnya diterima daripada DS Najib.


Tok Mat telah mengaku tidak bersalah, mohon dibicarakan dan mahkamah membenarkan ikat jamin RM500k serta pasport ditahan.

Daripada 78 individu/pihak yang dinamakan, 54 telah dilepaskan kerana sanggup pulangkan semula dengan jumlah 5 kali ganda.

Manakala yang lain diketuai Tok Mat dan TS Sharir Samad bertindak saman semula SPRM.

Ironinya, hanya mereka berdua sahaja yang dikenakan pertuduhan kononnya gagal isytihar dana yang diterima kepada LHDN.

Sebenarnya, sejak Barisan Nasional tewas dalam PRU 14, Tok Mat telah disoal siasat sebanyak 3 kali.

Terkini pada hari Isnin 20 Januari 2020 lepas, ketika disoal siasat lebih kurang 3 jam, SPRM masih tunjukkan salinan cek yang sama di atas nama Ahmad Maslan yang berjumlah RM2 juta.

SPRM mendakwa cek itu telah ditunaikan oleh Tok Mat, di mana duit tersebut masuk ke akaun beliau.

Sepanjang 3 kali soal siasat, jawapan Tok Mat tetap sama.

Beliau tidak pernah melihat cek tersebut dan duit sebanyak RM2 juta tidak pernah dikreditkan atau beliau sendiri tunaikan cek itu di mana-mana bank.

Tok Mat bertanya pegawai SPRM, kenapa bertindak mendakwa semua pemimpin Umno dengan pertuduhan tidak masuk akal dan bukti direka-reka.


Sangat mengejutkan bila pegawai SPRM terbabit hanya jawab, "Kami hanya mengikut arahan Kak Tipah"!!!

Apakah ini bermaksud, kini SPRM tidak lagi mementingkan soal betul atau salah!!!

Semua tindakan adalah semata-mata di atas arahan dan mereka tidak mempunyai hak untuk persoalkan!!!

Siapa pula yang memberikan arahan kepada Latheefa Koya?

Apakah semua itu adalah "cooked up evidence", yang direka-reka SPRM kerana pendakwa tak akan membuat pendakwaan jika IP itu tidak lengkap tanpa bahan bukti?

Sama ada cek itu tulen atau palsu, tidak lagi menjadi isunya.

Yang penting, apabila seseorang terutamanya pemimpin politik dituduh di mahkamah, septikal masyarakat beranggapan orang itu bersalah!!!

SPRM sedang menjalankan "trial by media", sama seperti yang dilakukan oleh Latheefa Koya dalam isu pendedahan rakaman audio DS Najib.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berdendam kerana Tok Mat dan TS Sharir Samad jadi ketua yang kumpulkan 32 Ketua Bahagian untuk saman balik SPRM.

Di mana kredibiliti SPRM sebagai badan penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran dan amanah.

Atau apa mungkin istilah jujur dan amanah sudah dibuang dalam kamus SPRM?

Di mana integriti SPRM sebagai badan penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan Kedaulatan Undang-Undang atau SPRM menggunakan undang-undang yang berbeza dalam menjalankan tugas mereka?

Latheefa Koya dan para pegawai SPRM boleh bermain dan memanipulasi undang-undang dunia semata-mata untuk menganiayai seteru politik.

Namun ingat, kuasa yang ada pada kamu semua adalah pinjaman dari Allah SWT.

Allah SWT yang memberi kamu kuasa, maka Allah SWT boleh mencabutnya pada bila-bila masa dan kebiasaannya, bila sampai masanya untuk Allah SWT mencabut kuasa yang dipinjamkanNya, maka ianya akan diiringi dengan azabNya.

Kerana Allah SWT sudah memberi peringatan dalam Al-Quran :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Mafhumnya :

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya!" 
"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Surah Ibrahim : Ayat 7






Petikan tulisan asal :

Tuesday, January 21, 2020

Dr. Mahathir Semakin Terdesak, Cuba Gunakan PAS Untuk Terus Kekal Berkuasa

|0 comments

Tekanan demi tekanan baik diterima oleh Dr. Mahathir baik dari dalam atau dari luar Pakatan Harapan supaya beliau melepaskan jawatan membuatkan kem Dr. Mahathir semakin panik.


Ramai sedia maklum, Dr. Mahathir TIDAK AKAN menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, walau pun sejak kebelakangan ini Anwar dilihat sering keluarkan kenyataan yang 'mesra' Dr. Mahathir.

Apa pilihan yang Dr. Mahathir ada untuk kekal berkuasa?

Untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen dari UMNO, agak sukar malah boleh dikatakan mustahil.

Iklim politik sudah berbeza dari masa awal kejatuhan Barisan Nasional pada pertengahan 2018.

Senario politik semasa menyaksikan untuk Ahli Parlimen UMNO berpaling tadah adalah satu keputusan yang sangat tidak bijak dan sangat berisiko kerana memandangkan sokongan rakyat, terutamanya dari kalangan masyarakat Melayu kepada UMNO sudah semakin mengukuh.


Kemenangan Barisan Nasional di PRK Kimanis telah membuktikan ramai pengundi muda dan pengundi atas pagar telah mula mesra kepada Barisan Nasional.

Landskap politik Sabah amat berbeza dengan landskap politik di Semenanjung Malaysia.

Semangat 'keSabahan' rakyat Sabah amat tebal.


Parti Warisan berpusat di Sabah, Ketua Menteri Sabah juga datangnya dari parti Warisan tapi dapat ditumbangkan dengan majoriti melebihi 2K oleh Barisan Nasional yang berpusat di Semenanjung, memberikan gambaran yang cukup jelas pada pola sokongan rakyat marhaen.

Tambahan pula gelombang Muafakat Nasional dilihat masih kurang impaknya di Sabah dan Sarawak.

Faktor-faktor tersebut membuatkan Ahli Parlimen UMNO berfikir dua kali sebelum membuat keputusan berpaling tadah dari UMNO.


Ini membuatkan Dr. Mahathir menemui jalan buntu sedangkan masa yang dijanjikan untuk peralihan kuasa sudah semakin hampir.

Pilihan terakhir Dr. Mahathir ialah dengan cuba mendapatkan sokongan dari PAS (BACA DI SINI).


Parti yang selama ini dimusuhi dan didendaminya.

Tapi itulah Dr. Mahathir.

Dalam keadaan terdesak, dengan serta merta musuh akan menjadi kawan.

Tapi apa percaturan Dr. Mahathir sebenarnya?

PPBM cuma ada 26 kerusi parlimen manakala PAS pula ada 18 kerusi parlimen, kalau dicampur kedua-duanya gabungan itu cuma ada 44 kerusi parlimen, masih jauh untuk menguasai Pakatan Harapan, apa lagi jika mahu membentuk kerajaan, kerana PKR mempunyai 50 kerusi manakala DAP mempunyai 42 kerusi dan PAN 11 kerusi parlimen.

Sekiranya parti Warisan bersetuju menyertai gabungan baru ini (dengan kekalahan di PRK Kimanis, agak sukar untuk Warisan bersetuju), maka gabungan PPBM, PAS dan Warisan mempunyai 54 kerusi.

Ahli Parlimen PKR pula dikatakan ramai yang dah mula menunjukkan sokongan pada Anwar semula membuatkan Dr. Mahathir sukar untuk mencuri Ahli Parlimen PKR, manakala Ahli Parlimen DAP pula PASTI tidak akan menyertai gabungan tajaan Dr. Mahathir kerana gabungan PKR, DAP dan PAN agak kukuh kerana memiliki 103 kerusi parlimen. (PKR 50, DAP 42, PAN 11)

Kalau begitu, mengapa Dr. Mahathir cuba memujuk PAS?

Matlamat utama Dr. Mahathir ialah bilangan Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC.

Mahu atau tidak, suka atau tidak, Dr. Mahathir mesti mengakui bahawa beliau perlukan sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk membentuk gabungan baru supaya sekurang-kurangnya dapat kekal berkuasa sampai akhir penggal.

Dr. Mahathir sedar beliau tidak lagi mendapat sokongan Ahli Parlimen UMNO.

Beliau juga sedar UMNO dan PAS semakin mesra dalam semangat Muafakat Nasional.

Jadi Dr. Mahathir akan gunakan PAS sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sokongan UMNO.

Untuk mengekalkan Dr. Mahathir hingga ke akhir penggal, UMNO dan PAS boleh bersetuju atas kesedaran sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, kerosakan kepada umat Islam dan bangsa Melayu akan menjadi lebih teruk.


Tetapi gelombang Muafakat Nasional MESTI terus diperkukuhkan kerana itu adalah matlamat kita.

Bergabung dalam satu gabungan di bawah tajaan Dr. Mahathir mesti DITOLAK secara TOTAL kerana seandainya berlaku juga, ianya hanya akan memberikan keuntungan kepada Dr. Mahathir.

Rakyat marhaen yang mula memberikan sokongan dan harapan kepada Muafakat Nasional akan melihat pemimpin PAS dan UMNO adalah pemimpin yang gila kuasa yang kemaruk untuk ke Putrajaya.

Sebagaimana hilangnya sokongan rakyat pada Pakatan Harapan, begitulah juga sokongan rakyat pada Muafakat Nasional tetutamanya pada UMNO dan PAS akan hilang.

Rakyat sudah serik memberikan sokongan dan harapan pada pemimpin yang asyik berpolitik kerana berebut kuasa dan mengenepikan masaalah rakyat.

Lebih parah, Muafakat Nasional akan hanya menjadi sejarah bila ada pemimpin UMNO dan PAS yang setia pada perjuangan asal menarik diri dari gabungan tajaan Dr. Mahathir, maka akan kembali berlaku pertembungan 3 penjuru antara UMNO, PAS dan Pakatan Harapan dalam mana-mana pilihanraya.

Akhirnya, yang akan kekal berkuasa ialah Dr. Mahathir dan DAP.


Jangan sekali-kali dilupakan, Dr. Mahathir dan perpecahan adalah 2 entiti yang tidak dapat dipisahkan.

Rakyat sudah lama sedar mengenai perkara ini, apakah pemimpin UMNO dan PAS masih lagi mahu bermimpi?

Monday, January 20, 2020

Senarai Kegagalan Pakatan Harapan Selepas 20 Bulan Memerintah Malaysia

|0 comments

20 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia dan dalam tempoh ini terbukti, Pakatan Harapan telah gagal dengan teruk dalam pelbagai perkara sama ada untuk kepentingan negara mahu pun rakyat.

Antaranya :

》Kegagalan ekonomi
》Kegagalan politik
》Kegagalan membangunkan negara
》Kegagalan kemajuan bangsa
》Kegagalan etika

Malah terbukti juga Pakatan Harapan untuk gagal war-warkan pencapaian mereka kerana elemen kegagalan mereka terlalu besar dan lebih menyerlah.

Kegagalan Ekonomi


Pakatan Harapan gagal menjana ekonomi untuk negara dan rakyat.

Model ekonomi Pakatan Harapan lebih pada merosakan ekonomi dari bertahan dalam pelbagai tekanan.

Model ekonomi Pakatan Harapan amat jelas lebih merugikan negara.

Sebagai contoh, amalan penjualan aset negara dalam jumlah besar, mencecah RM50 bilion dalam tempoh 20 bulan telah menyebabkan aset negara susut.

Dana rezab luar negara dan dana rezab Petronas juga menyusut, ini mengakibatkan negara kehilangan pendapatan dari pelaburan ke atas aset-aset strategik.

Nilai mata wang Ringgit jatuh teruk.

KDNK menyusut, hutang luar negara bertambah sehingga RM120 bilion, pasaran saham jatuh teruk dan mencatat sejarah dengan kerugian hingga RM157 billion.

Negara kehilangan pendapatan RM3 bilion sebulan akibat permansuhan GST dan sistem cukai SST serta ditambah dengan pelbagai cukai lain serta kenaikan pelbagai cukai membuktikan pengurusan dan model ekonomi dan kewangan Pakatan Harapan sangat teruk.

Kegagalan Politik


Sama ada di dalam atau di luar negara, dasar politik Pakatan Harapan nyata memberikan masaalah yang sangat besar kepada rakyat dan negara.

Dasar politik dalaman Pakatan Harapan jelas telah menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum dan dasar politik luar negara Pakatan Harapan pula menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang semakin tidak disukai oleh antarabangsa.

Dasar Politik Domestik


Kegagalan terserlah dalam dasar politik domestik Pakatan Harapan terbukti dengan hakikat ketidakharmonian kaum dan agama yg terjadi di Malaysia sehingga diakui oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

Penyokong Pakatan Harapan amat jelas sudah tidak menghormati Institiusi Raja Raja Melayu, Institiusi bangsa dan agama.

Pelbagai provokasi strategik dan penghinaan kepada semua institiusi ini gagal dikawal dan ditangani oleh Pakatan Harapan.

Setiap masa, ada saja komen dan posting biadap yang bersifat kebencian melampau dimuat naik secara terang di media sosial dan lain-lain medium.

Ini telah beberapa kali mencetuskan ketegangan antara kaum di Malaysia.

Dasar Politik Antaranbangsa


Tindakan politik dan dasar luar Malaysia di bawah Pakatan Harapan amat mendukacitakan.

Dalam tempoh 20 bulan sahaja, Malaysia sudah pun bermasalah dengan banyak negara.

Antaranya negara kuasa ekonomi dan kuasa politik besar yang sangat berpengaruh seperti
China, India, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika dan lain-lain.

Secara langsung dan tidak langsung, perkara ini telah mendatangkan pelbagai kesan domino kepada Malaysia.

Kegagalan Pembangunan Negara


Model pembangunan negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan juga dilihat telah gagal.

Pembangunan dan pelbagai kemajuan masakini dilihat amat perlahan.

Sebagai contoh, pemotongan pelbagai bantuan dan kemudahan rakyat seperti UTC dan klinik rakyat telah menyusahkan rakyat jelata.

Kadar pengangguran dan pembuangan kerja serta penutupan sektor pengeluaran dan penarikan diri pelabur luar serta tidak ada pelabur baru akibat ketidak stabilan politik Malaysia dan juga kelemahan kabinet Malaysia menyumbang kepada permasalahan ini.

Anehnya, Pakatan Harapan telah menjual aset negra bernilai RM50 bilion dan telah membuat pinjaman luar yang baru bernilai RM120 bilion, tetapi sedikit pun tidak menunjukan kemajuan di sektor pembangunan negara.

Kegagalan Kemajuan Bangsa


Model intergrasi sosial atau pun model perpaduan negara telah gagal dengan parahnya.

Ketidakharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum semakin buruk dan kerajaan Pakatan Harapan gagal menstabilkannya dan memperbaikinya.

Sebaliknya, beberapa tindakan dan pendirian Pakatan Harapan dalam beberapa isu hangat seperti isu komunis, isu Tulisan Jawi , pengganas LTTE, Raja Raja Melayu dan bangsa telah menambah burukkan lagi keadaan.

Penguasa utama Pakatan Harapan iaitu DAP dengan agenda Malaysian Malaysia mereka yang anti kedudukan khas orang Melayu, walau pun telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia jelas telah menongkah arus sensiviti bangsa Melayu dan agama Islam.

Kegagalan Etika


Model etika kerajaan Pakatan Harapan amat memalukan dan menjelekan di mana elemen yang sangat terserlah hanyalah kejakunan kuasa menteri dan pemimpin pelbagai peringkat Pakatan Harapan.

Pemimpin Pakatan Harapan terlihat amat jakun dengan kuasa dipegang.

Mereka bongkak, riak dan angkuh dengan kuasa yang ada.

Mereka hilang pertimbangan apabila berjawatan dan berkuasa sehingga membuat perkara perkara aneh lagi lucu seperti perasmian lif, perasmian pagar, perasmian papan tanda dan lampu trafik serta pelbagai lagi yang sepatutnya dirasmikan oleh Ketua JKK dan bukannya seorang bertaraf menteri.

Pernah viral di media sosial, Khalid Samad, Menteri Wilayah Persekutuan telah menyalahgunakan penguatkuasa bermotorsikal DBKL sebagai pengiring beliau dan lebih mengejutkan bila sebuah ambulan yang sedang membawa pesakit diarahkan untuk memberi laluan kepada kenderaan Khalid Samad!!!

Akibat daripada model politik dan ekonomi Pakatan Harapan yang jelek dan menjengkelkan,
Malaysia Baru ciptaan mereka dilihat sebagai model murahan serta picisan di mata rakyat dan dunia.
fda

Archives