Monday, January 20, 2020

Senarai Kegagalan Pakatan Harapan Selepas 20 Bulan Memerintah Malaysia


20 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia dan dalam tempoh ini terbukti, Pakatan Harapan telah gagal dengan teruk dalam pelbagai perkara sama ada untuk kepentingan negara mahu pun rakyat.

Antaranya :

》Kegagalan ekonomi
》Kegagalan politik
》Kegagalan membangunkan negara
》Kegagalan kemajuan bangsa
》Kegagalan etika

Malah terbukti juga Pakatan Harapan untuk gagal war-warkan pencapaian mereka kerana elemen kegagalan mereka terlalu besar dan lebih menyerlah.

Kegagalan Ekonomi


Pakatan Harapan gagal menjana ekonomi untuk negara dan rakyat.

Model ekonomi Pakatan Harapan lebih pada merosakan ekonomi dari bertahan dalam pelbagai tekanan.

Model ekonomi Pakatan Harapan amat jelas lebih merugikan negara.

Sebagai contoh, amalan penjualan aset negara dalam jumlah besar, mencecah RM50 bilion dalam tempoh 20 bulan telah menyebabkan aset negara susut.

Dana rezab luar negara dan dana rezab Petronas juga menyusut, ini mengakibatkan negara kehilangan pendapatan dari pelaburan ke atas aset-aset strategik.

Nilai mata wang Ringgit jatuh teruk.

KDNK menyusut, hutang luar negara bertambah sehingga RM120 bilion, pasaran saham jatuh teruk dan mencatat sejarah dengan kerugian hingga RM157 billion.

Negara kehilangan pendapatan RM3 bilion sebulan akibat permansuhan GST dan sistem cukai SST serta ditambah dengan pelbagai cukai lain serta kenaikan pelbagai cukai membuktikan pengurusan dan model ekonomi dan kewangan Pakatan Harapan sangat teruk.

Kegagalan Politik


Sama ada di dalam atau di luar negara, dasar politik Pakatan Harapan nyata memberikan masaalah yang sangat besar kepada rakyat dan negara.

Dasar politik dalaman Pakatan Harapan jelas telah menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum dan dasar politik luar negara Pakatan Harapan pula menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang semakin tidak disukai oleh antarabangsa.

Dasar Politik Domestik


Kegagalan terserlah dalam dasar politik domestik Pakatan Harapan terbukti dengan hakikat ketidakharmonian kaum dan agama yg terjadi di Malaysia sehingga diakui oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

Penyokong Pakatan Harapan amat jelas sudah tidak menghormati Institiusi Raja Raja Melayu, Institiusi bangsa dan agama.

Pelbagai provokasi strategik dan penghinaan kepada semua institiusi ini gagal dikawal dan ditangani oleh Pakatan Harapan.

Setiap masa, ada saja komen dan posting biadap yang bersifat kebencian melampau dimuat naik secara terang di media sosial dan lain-lain medium.

Ini telah beberapa kali mencetuskan ketegangan antara kaum di Malaysia.

Dasar Politik Antaranbangsa


Tindakan politik dan dasar luar Malaysia di bawah Pakatan Harapan amat mendukacitakan.

Dalam tempoh 20 bulan sahaja, Malaysia sudah pun bermasalah dengan banyak negara.

Antaranya negara kuasa ekonomi dan kuasa politik besar yang sangat berpengaruh seperti
China, India, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika dan lain-lain.

Secara langsung dan tidak langsung, perkara ini telah mendatangkan pelbagai kesan domino kepada Malaysia.

Kegagalan Pembangunan Negara


Model pembangunan negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan juga dilihat telah gagal.

Pembangunan dan pelbagai kemajuan masakini dilihat amat perlahan.

Sebagai contoh, pemotongan pelbagai bantuan dan kemudahan rakyat seperti UTC dan klinik rakyat telah menyusahkan rakyat jelata.

Kadar pengangguran dan pembuangan kerja serta penutupan sektor pengeluaran dan penarikan diri pelabur luar serta tidak ada pelabur baru akibat ketidak stabilan politik Malaysia dan juga kelemahan kabinet Malaysia menyumbang kepada permasalahan ini.

Anehnya, Pakatan Harapan telah menjual aset negra bernilai RM50 bilion dan telah membuat pinjaman luar yang baru bernilai RM120 bilion, tetapi sedikit pun tidak menunjukan kemajuan di sektor pembangunan negara.

Kegagalan Kemajuan Bangsa


Model intergrasi sosial atau pun model perpaduan negara telah gagal dengan parahnya.

Ketidakharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum semakin buruk dan kerajaan Pakatan Harapan gagal menstabilkannya dan memperbaikinya.

Sebaliknya, beberapa tindakan dan pendirian Pakatan Harapan dalam beberapa isu hangat seperti isu komunis, isu Tulisan Jawi , pengganas LTTE, Raja Raja Melayu dan bangsa telah menambah burukkan lagi keadaan.

Penguasa utama Pakatan Harapan iaitu DAP dengan agenda Malaysian Malaysia mereka yang anti kedudukan khas orang Melayu, walau pun telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia jelas telah menongkah arus sensiviti bangsa Melayu dan agama Islam.

Kegagalan Etika


Model etika kerajaan Pakatan Harapan amat memalukan dan menjelekan di mana elemen yang sangat terserlah hanyalah kejakunan kuasa menteri dan pemimpin pelbagai peringkat Pakatan Harapan.

Pemimpin Pakatan Harapan terlihat amat jakun dengan kuasa dipegang.

Mereka bongkak, riak dan angkuh dengan kuasa yang ada.

Mereka hilang pertimbangan apabila berjawatan dan berkuasa sehingga membuat perkara perkara aneh lagi lucu seperti perasmian lif, perasmian pagar, perasmian papan tanda dan lampu trafik serta pelbagai lagi yang sepatutnya dirasmikan oleh Ketua JKK dan bukannya seorang bertaraf menteri.

Pernah viral di media sosial, Khalid Samad, Menteri Wilayah Persekutuan telah menyalahgunakan penguatkuasa bermotorsikal DBKL sebagai pengiring beliau dan lebih mengejutkan bila sebuah ambulan yang sedang membawa pesakit diarahkan untuk memberi laluan kepada kenderaan Khalid Samad!!!

Akibat daripada model politik dan ekonomi Pakatan Harapan yang jelek dan menjengkelkan,
Malaysia Baru ciptaan mereka dilihat sebagai model murahan serta picisan di mata rakyat dan dunia.

0 comments:

fda

Archives