Ada juga segelintir rakyat Malaysia yang lahirkan rasa sedih atas perletakan jawatan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.
Mungkin salah seorang yang sedih dengan perletakan jawatan Maszlee Malik ialah Wardina, yer lah buat kata Wardina :
"Saya kenal Dr. Maszlee Malik tu makcik, pakcik, dia memang baik orangnya, baik sangat-sangat"...😂😂😂
Bukan maksud admin kita mesti ketawa bila orang lain ditimpa musibah tapi biarlah kita rasional.
Menteri Pendidikan adalah potfolio kanan dalam kabinet Malaysia.
Ditangan Menteri Pendidikan akan mencorakkan generasi masa depan, Menteri Pendidikan yang baik akan rangka dasar pendidikan negara yang baik.
Dasar pendidikan negara yang baik akan melahirkan generasi akan datang yang produktif, inovatif, kompetitif dan macam-macam 'tif' lagi tapi bukan komunis.
Admin senaraikan kenapa 'pemergian' Maszlee Malik TIDAK PATUT ditangisi :
Tunduk Pada Timbalan Beliau Dalam Kebanyakan Isu
Jelas sekali Maszlee Malik adalah seorang menteri penuh yang tunduk pada timbalan beliau.
Maszlee Malik mengabaikan kementeriannya dulu.
Tindakan itu telah membuka ruang dan memberi laluan kepada timbalannya menguasai portfolio itu.
Terlalu banyak dosa Maszlee Malik yang telah beliau lakukan bukan saja ke atas kedaulatan bangsa Melayu dan Bahasa Melayu, malah Maszlee juga membisu bila timbalannya membuka kepada semua bangsa dan ugama untuk memberikan pendapat dalam membuat silibus baru matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah!!!
Bukankah ini semua secara jelas dan tuntas telah mencabuli dalam Perlembagaan Malaysia dan lebih dahsyat lagi, apakah kita akan membiarkan anak-anak kita mempelajari matapelajaran Pendidikan Islam yang disusun semula oleh penganut ugama lain?
Apa yang mereka tahu tentang ugama Islam?
Dalam isu Tulisan Jawi pula, Maszlee membisu atas campurtangan Dong Zong.
Maszlee juga membisu bila Dong Zong turut campurtangan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apa yang Dong Zong tahu tentang Bahasa Melayu hingga mahu campurtangan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka?
Cakap Melayu pun tak betul?
Tapi kenapa Maszlee boleh membisu dalam isu ini, kenapa takut sangat dengan Dong Zong, apakah kerana Dong Zong ditunjangi oleh DAP!!!
Maszlee juga telah menggantikan sistem kuota kepada sistem merit dalam pemilihan pelajar ke Matrikulasi, memansuhkan sistem pendidikan aliran Sains pada pelajar lepasan PT3 (akan menyebabkan kebanjiran pelajar bangsa lain ke sekolah berasrama penuh) dan banyak lagi kerosakan dasar pendidikan yang membantu pelajar Melayu dan Bumiputera telah dihapuskan oleh Maszlee Malik.
Jadi, sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan dan sebelum sekolah vernakular didaulatkan dalam dasar pendidikan negara, eloklah Maszlee Malik pergi.
Campurtangan Dalam Pentadbiran IPT
Menjadi satu sejarah dan isu besar bila Maszlee Malik secara tidak malu telah melantik dirinya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Admin tak nak sebut pasal Manifesto Pakatan Harapan sebab dah mual.
Tapi perlantikan diri sendiri Maszlee Malik tu telah mendapat tentangan hebat dari kalangan mahasiswa terutamanya mahasiswa UIA sendiri.
Walau pun pada awalnya Maszlee cuba mempertahankan tindakannya, namun akhirnya terpaksa tunduk dengan desakan mahasiswa.
Campurtangan kedua Maszlee dalam kepimpinan dan pentadbiran IPT ialah bila beliau telah menukarkan majoriti kepimpinan IPT dengan kroni beliau dari IKRAM!!!
Mengenepikan kakitangan dan juga mahasiswa Melayu dan Bumiputera dalam Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menyebabkan mereka dilihat bermaharajalela tanpa sebarang pemantauan daripada pihak Kementerian Pendidikan.
Keadaan ini menimbulkan tandatanya kepada kita, apakah Kementerian Pendidikan telah ditadbir sepenuhnya oleh DAP?
Dasar Pendidikan Carca Marba
2012, Dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Dual Language Program (DLP) (BACA DI SINI) dan projek rintis DLP telah dimulakan pada tahun 2016 pada sekolah terpilih sahaja.
DLP dirangka untuk memberi masa kepada sekolah dan murid membuat persiapan yang secukupnya.
Tetapi bila ditanya dalam Dewan Rakyat, Dr. Mahathir jelaskan PPSMI akan dikaji semula secara terperinci untuk dilaksanakan semula.
Tapi Maszlee pula buat pengumuman PPSMI TAK AKAN dilaksanakan semula...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Kecelaruan antara dua dasar yang mempunyai motif yang sama bukan sahaja membingungkan murid sekolah, malah tenaga pelajar.
Sebagai Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee sepatutnya membuat penjelasan untuk menyelesaikan kekeliruan, tapi Maszlee lebih seronok mengumumkan penggunaan kasut hitam nampaknya!!!
Pengiktirafan UEC sudah menjadi isu yang cukup merumitkan bagi kerajaan Pakatan Harapan.
Sekiranya Kementerian Pendidikan mempunyai sikap dan pendirian yang tegas, UEC tidak sepatutnya menjadi isu besar.
Dong Jiao Zong hanyalah sebuah NGO dan Kementerian Pendidikan ialah sebahagian dari portfolio penting pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.
Disebabkan kerana terlalu tunduk kepada Dong Jiao Zong yang ditunjangi DAP, Maszlee mengumumkan penubuhan jawatankuasa penilaian pengiktirafan UEC.
Sangat menghairankan bila jawatankuasa tersebut dikuasai oleh Dong Jiao Zong!!!
Dan Maszlee hanya angguk-angguk, geleng-geleng!!!
Dan isu hangat yang membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya anak muda ialah sikap berdolak dalih serta U-Turn dalam isu bayaran balik PTPTN.
Sepatutnya Maszlee kerana pertahankan hak Bumiputera mendapat dana pendidikan seperti yang tercatit dalam Perlembagaan.
Membuatkan Kakitangan Utusan Hilang Perkerjaan
Inilah kezaliman terbesar Mazlee kepada orang Melayu.
Maszlee telah keluarkan arahan supaya semua pejabat, sekolah dan agensi yang berada di bawah Kementerian Pendidikan berhenti dari melanggan akhbar Utusan Malaysia serta merta (BACA DI SINI).
Tindakan ini telah menyebabkan Utusan Malaysia yang digelar sebagai lidah orang Melayu terpaksa memberhentikan semua perkerja mereka kerana operasi Utusan terpaksa ditutup.
Bukan dua tiga orang atau dua tiga puluh orang malah ribuan perkerja Utusan di seluruh negara kehilangan perkerjaan akibat dari arahan Maszlee!!!
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang tapi keluarnya Maszlee dari Kementerian Pendidikan bukan saja telah menjahanamkan dasar pendidikan negara malah telah menyebabkan ribuan orang menderita.
Jadi admin ingin bertanya, apakah pemergian Maszlee Malik perlu ditangisi atau disyukuri?
0 comments:
Post a Comment