Laman blog ini ada menulis artikel bertajuk 'Pendedahan Rakaman Perbualan Talipon Oleh SPRM Ibarat Senjata Makan Tuan' (BACA DI SINI).
Kini, apa yang dikatakan oleh admin sudah mula menjadi kenyataan.
Bukan saja apa yang didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Bibi Koya 'back fired' diri sendiri malah Malaysia juga telah mula menerima kesannya.
Kegopohan Latheefa Koya dan dendam Dr. Mahathir pada DS Najib telah menyebabkan Malaysia hilang peluang pelaburan dari UAE bernilai RM70 bilion.
Peluang itu dengan pantas diambil oleh Indonesia.
Presiden Indonesis, Jokowi memang seorang yang sangat bijak mencari peluang.
Ketika Suruhanjaya Perbualan Rakaman Malaysia SPRM cuba mengheret UEA sebagai suspek dalam misi PH menjatuhkan DS Najib, Indonesia bertindak pantas untuk menarik pelaburan UAE masuk ke Indonesia.
Ketika ini Arab Saudi dilaporkan melabur AS$65 bilion (RM287 bilion) di China.
Hampir 10 kali ganda berbanding perjanjian AS$6.71 bilion (RM29.6 bilion) untuk melabur di Indonesia.
Ini peluang terbaik Indonesia untuk menambah pelaburan dari UAE dan berjaya mendapat RM94 bilion pelaburan (BACA DI SINI).
Pada 11 september 2019, Malaysia mendapat peluang bakal mendapat pelaburan bernilai RM70 bilion dari Lembaga Pelaburan Abu Dhabi iaitu pelaburan berkaitan minyak.
Berstatus masih dalam bentuk rundingan.
Tetapi Dr. Mahathir memilih mempertahankan Latheefa Koya walaupun dengan sengaja menyeret Putera UAE sebagai suspek dalam misi menjatuhkan DS Najib.
Ini bakal menjadi persoalan adakah UAE masih berminat meneruskan pelaburan di Malaysia atau akan mengambil tindakan drastik menekan Malaysia demi membersihkan nama Putera Mahkota UAE.
Walhal rakaman audio antara DS Najib dengan Putera Mahkota bukan boleh dibawa ke mahkamah pun.
Sekadar untuk memalukan dan menjatuhkan DS Najib melalui pembicaraan di media sosial semata-mata.
Oleh itu Indonesia dilihat sangat bijak mengambil peluang seperti mana mereka lakukan pada 2018.
Ketika China membatalkan dagangan tanpa had sawit Malaysia kerana Lim Guan Eng cuba heret China sebagai suspek membeli aset negara dan pembatalan projek HSR yang dianugerahkan kerajaan BN kepada China.
Ketika itu Indonesia membolot peluang mengeksport sawit ke China dengan tambahan nilai lebih 800 juta tan.
Adakah ini bakal berlaku sekali lagi kepada Malaysia bila Mahathir terlampau sibuk menjatuhkan Najib dari memikirkan memulihkan ekonomi negara?
0 comments:
Post a Comment